Kawan2 yg saya Sayang

Sunday, May 16, 2010

Ai Without Love ::Bab 8::

Tajuk : Langkah Pertama... Permainan Ryo atau Yna Sebenarnya.

Watak : RyoYna pairing

Genre : Friendship & Romance

Lokasi : Alam maya; luvryotarou.com.mdl ... kediaman Ryo

Ringkasan : Kehadiran Ryo bersama dengan teman wanitanya di sebuah majlis mengundang berita hangat di dunia maya. Yna memulakan langkah pertamanya untuk memikat Ryo. Ryo memberikan reaksi yang tidak terduga.


Bab 8

Bolehkah kita memahami kehendak diri sendiri sekiranya hati kita sentiasa memikirkan orang lain? Jawapannya… adalah hak masing-masing untuk menentukannya.

Bertanya seorang si tukang karut di pentas hiburan… “Apakah beza sebelum dengan selepas anda menjadi seorang artis?”

Seperti selalu Ryo akan melemparkan senyuman menawannya sebelum menjawab pertanyaan si penanya-penanya yang tidak pernah bosan menemuramahnya.

“Sebelum menjadi artis, saya adalah saya yang berhak ke atas diri sendiri… tapi selepas menjadi artis, saya perlu menjadi seperti apa yang diharapkan oleh peminat.”

Lensa kamera yang begitu rancak menjalankan tugas masih giat menangkap wajah pemuda yang menjadi kegilaan ramai gadis remaja itu. Ryo terus memaniskan wajah biarpun hakikatnya dia sudah penat untuk bersenyum sepanjang hari. Sesungguhnya untuk mendapat apa yang dimilikinya kini dia telah mengorbankan banyak perkara dalam hidupnya termasuklah cinta.

 

LuvRyoutaro.com.mdl

Miss Heartness : I’m sick… just sick when thinking about Ryotarou~~

Momo : @Miss Heartness… I follow~~ nak gila sama-sama ngan you!!!

Ryolando : Ahahaha~~ putus fius… kalau korang baca gosip terbaru Ryo kali ini mesti korang pengsan.

Miss Heartness : @Ryolanda Gosip apa? Tell me now!!!

Ryolando : Ryo with his girl… tunggu @Sushi_neko. Dia ada gossip baeekk punya nak khabar pada you all…

Sushi_neko : Hai hai hai~~ I’m back!

Momo : @Sushi_neko si wartawan sensasi, ada cerita baru nak kongsi ke hari ni?

Sushi_neko : Yup! Terbaik dari ladang. Masih fresh lagi ni… bukan lagi gossip tapi bakal jadi berita sensasi seantero negara.

Miso_t@ro : Baru lepas usha blog @Sushi_neko… *speechless* … going to cry now…

Miss Heartness : @Sushi_neko; @Miso_t@ro what happen? It’s that about Ryo’s secret lover again?

Sushi_neko : This pic can tell you everything… Sushi tak mahu cakap banyak…




**Sorry… tak pasal2 aku belasah pic ni smpi jadi rupe gini**

“Kyaaaa~~~!!!!!”  apa lagi reaksi yang boleh digambarkan tentang peminat-peminat artis seperti Ryo selain dari jeritan yang berkumandang apabila melihat artis kesayangan mereka berdampingan penuh bahagia dengan gadis lain.

 

******

 

“Ryo, it’s over, right?” Yna separuh berbisik di telinga Ryo.

Ryo memerhati sekeliling. Bersikap berjaga-jaga sebelum bersuara.

“Untuk malam ini… nampaknya kita dah boleh tamatkannya.”

Yna senyum lega. Dia segera masuk ke dalam perut kereta. Ryo di bahagian memandu sedang menghidupkan enjin keretanya.

“Kita balik rumah aku kejap. Ada sesuatu aku nak buat sebelum hantar kau pulang.”

“Hurm…” Yna memikir-mikir sebentar akan cadangan Ryo.

“Anggap je pergi melawat rumah kawan lama.” Ryo bersuara tanpa menoleh kepada Yna. Tangannya mengawal stereng kereta yang mula bergerak meninggalkan Hotel Priston Valley. Malam ini mereka berdua menghadiri parti ulang tahun perkahwinan seorang penerbit filem. Jemputan tersebut dijadikan sebagai medan pertama Ryo memperkenalkan Yna sebagai kekasihnya kepada umum.

Kemunculan Yna sememangnya telah menjadi perhatian ramai terutama para wartawan. Mewujudkan Yna sebagai kekasihnya adalah suatu pertaruhan. Hanya ada dua kemungkinan, samada menang ataupun kalah. Jika peminat menyokong maka dia selamat. Namun jika kehadiran Yna ditolak, kedudukannya di persada seni bakal goyah.

 

*********

 

Yna menuruti langkah Ryo menuju ke kediaman pemuda tersebut.

“Kau duduk sini kejap.” Ryo memegang bahu Yna dan mendudukkannya di sebuah kerusi di ruang santai di bahagian beranda di luar rumah.

Yna terduduk secara paksa. Ekor matanya melirik menjejaki kelibat Ryo yang pantas melangkah masuk ke dalam rumah. Dia dibiarkan termangu-mangu sendirian di situ.

“Ergh! Dia nak aku ikut saja semua arahan dia sepanjang hari ini. Betul-betul menyakitkan hati.” Yna memanjangkan leher, mengintai ke dalam rumah menjejaki kelibat Ryo. “Kau siap nanti Ryo. Aku mesti dapat makan kau balik,” tekadnya dalam hati.

Tidak lama kemudian kedengaran hempasan pintu dari ruang dalam rumah diikuti tempikan Ryo memanggil Yna.

“Ynaa~~!!!” pemuda itu muncul mendapatkan Yna semula.

“Kau gila ke menjerit tengah-tengah malam macam ni, Ryo.” Hampir saja tapak tangan Yna melekap di mulut Ryo namun sempat dielak oleh lelaki itu. “Apa hal?”

Ryo tersengih. Sengihannya itu hanya menambahkan lagi rasa jengkel Yna terhadapnya.

“Duduk dulu. Aku nak tunjuk sesuatu pada kau.” Ryo tidak peduli dengan reaksi bengang Yna. Dia menarik lengan Yna untuk kembali duduk di kerusi. Sebuah komputer riba yang dijinjingnya bersama dibuka dihadapan Yna.

“Kau nak tunjuk apa?”

Ryo tidak menjawab soalan Yna sebaliknya jari jemarinya ligat menekan dada keyboard. Giginya yang mengetap bibir bawah mencacatkan sedikit senyuman di wajahnya. Matanya tertumpu pada skrin komputer, begitu tekun dengan apa yang dilakukannya.

“Ryo~” Yna mula bosan dengan sikap Ryo yang masih belum menjelaskan tindakannya.

“Sabarlah… kau ni lorat mengalahkan mak neneklah.”

Yna mengerutkan dahi memandang Ryo yang bercakap dengannya tetapi mata tertumpu pada skrin laptop. Sisi wajah Ryo disantap matanya tanpa sengaja. Wajah itu tidak banyak berubah. Diri sebenar Ryo juga tidak banyak berubah sebenarnya. Walaupun penampilan Ryo telah berubah setelah bergelar artis namun pada satu sudut tertentu, Ryo tetap sama seperti Ryo yang dikenalinya dulu.

Dia seorang yang menumpukan perhatian hanya pada satu perkara. Hal ini menyebabkan Yna makan hati kerana Ryo tidak peka terhadap perkara lain yang berlaku di sekelilingnya kerana hanya tertumpu pada suatu perkara sahaja. Dia perlu bertindak segera agar matlamat utamanya tercapai.

“Aku tak salah. Kau memang pilihan yang tepat. Best tahap world, Yna.” Sesaat ekor mata Ryo menangkap Yna di sebelah. “Kau tengok sendiri dalam laman web ni. Baru beberapa jam, berita tentang kita dah tersiar. Aku rasa…” belum sempat bicara Ryo tamat, Yna menutup laptop yang ternganga.

“Kau buat apa ni?”

“Aku tak peduli semua tu, Ryo.” Laptop tadi ditolak menjauhi mereka berdua. “Lupakan sebentar cerita dunia glamour kau yang bagaikan karutan ayam jantan di pagi hari tu.”

“Apa maksud kau?” Ryo mengerutkan dahi tidak berpuas hati.

“Jangan mudah teruja. Biarkan ia berlaku secara semulajadi. Semuanya akan terus dalam kawalan kita jika kau percayakan aku.” Yna merapatkan wajah Ryo. Renungannya bagai mahu menikam hati sang teruna di hadapannya.

Ryo masih tenang. Tidak mudah gugup dengan sikap teman lamanya itu.

“Antara kau dan aku… kita tetap seorang lelaki dan perempuan…” Jari jemari Yna mula menjalar ke pangkal leher Ryo. “Jadi, apakata kalau…”

“Stop!” Ryo mula menyedari sikap Yna yang berubah. Tangan Yna yang menjalar di lehernya tidak ditepis sebaliknya tangannya memaut wajah gadis itu. Seraut wajah ayu itu dalam genggaman tangannya kini. Ryo merenung tajam wajah Yna yang beransur-ansur berubah membalas renungannya.

“Aku rasa kau cuba nak bermain api malam ini, Yna,” ujar Ryo sinis. Dia melepaskan wajah Yna, serentak menepis tangan Yna di lehernya.

“Jom, aku hantar kau balik.” Ryo mencari jalan keluar sebelum Yna cuba bertindak lebih jauh. Laptop di atas meja diambil sebelum bangkit untuk beredar.

“Aku bermain dengan api atau kau yang cuba mengelak untuk terjebak dalam cinta, Ryo.” Yna tidak dapat menerima sikap dingin yang dipamerkan Ryo terhadapnya tadi.

Ryo yang baru hendak mengatur langkah itu kembali menoleh kepada Yna. Senyuman yang telah mati sejak tadi kini berubah menjadi kerutan yang tidak keruan.

“Aku sukakan kau…”

“Tidak… ayat tu langsung tak sesuai, Yna.” Ryo menafikan secara lurus biarpun jauh di sudut hati dia tidak merelakannya.

“Aku suka…”

“Tidak…” Ryo memintas Yna yang cuba untuk terus membuat pengakuan.

“Tapi aku suka kau!” Yna tetap tidak berputus asa.

“TIDAK! Aku cakap ‘tidak’ dan kau tak boleh sangkal kata-kata aku.”

Yna tergamam. Ryo sungguh-sungguh menafikan pengakuannya.

“Aku yang suka pada kau sebenarnya.” Nada suara lelaki itu kendur dan separuh perlahan.

“Hah?” Yna terkesima. Keliru dengan apa yang didengarinya dari mulut Ryo.

“Sudahlah… mari aku hantar kau pulang.” Ryo membiarkan Yna terus tertanya-tanya. Langkahnya diatur semula meninggalkan ruang beranda.

“Ryo…” pantas tangan Yna memaut lengan Ryo. “Kau katakan apa tadi?”

Riak persoalan di wajah Yna diteroka Ryo.

“Aku hantar kau pulang.” … dan tanpa menjawab soalan Yna, Ryo berlalu pergi.

Yna tak terkata apa. Belakang Ryo yang sedang berjalan ke pintu rumah diperhatikannya penuh persoalan.

Ryo… aku pasti yang aku tidak salah dengar tadi. Kau sukakan aku… walaupun aku tak pasti sejauh mana pengakuan kau tadi. Mungkin kau sukakan aku hanya sekadar kawan… tapi itu lebih baik daripada kita bermusuhan seperti dulu…

“Aku akan buat kau suka pada aku lebih daripada seorang kawan.” Ada senyuman penuh makna di bibir gadis tersebut. Niat jahat yang tersembunyi di lubuk hatinya tiada siapa yang mengerti.

 


P/s : Hahaha~~ aku telah mencipta skandal Ryo bersama Kristine di blog ini... layan jelah... selamat membaca ya... 


Sunday, May 9, 2010

Talian ibu yang sibuk dengan 'urusan negara'... T_T



tut tut... tut tut... tut tut...
"Nombor yang anda hubungi sedang sibuk. harap maaf"

...
...
...

setiap kali call je beliau tiada
it's ok... apa kata try telefon rumah pulak

tut tut... tut tut... tut tut...

...
...
...
 
sama juga~~ ㅠ_ㅠ

Omma~~ kenapa diary hidup mak ni selalu je bz

Mak... janganlah pergi mana2... tak payahlah buat semua kerja2 tu
mak rehat je lah kat rumah... 

"Mak dah biasa... lagipun mak bosan kalau asyik dok rumah saja" <-- jawapan standard mak dari dulu sampai sekarang.

"Mak tinggal sama ngan kitorang ya..." <-- sejak ayahanda meninggal dunia, mak tinggal sendirian di kampung.

"Alah, tak payah risaulah. Mak boleh jaga diri. Kalau mak tinggalkan rumah ni, siapa nak tengok2kan kebun... rumah ni karang merajuk kalau tak didiami. Jangan risau... orang kampung kan ada. diorang semua sayangkan mak. Lek Ri ngan Lek Sah pun ada(pakcik & makcik, adik mak)"

...
...
...

tut tut... tut tut...

"Hello, assalamualaikum."

"Hello... boleh bercakap dengan Pn. hjh. Suraya?" <-- sambil pura2 buat suara halus. nak menyamarlah kununnya ni...

"Ya, Hjh Suraya bercakap ni." <-- menjawab penuh protokol. skema!

"Puan, sihat ya? dah makan? susahnya nak hubungi puan ya. bznya sejak kebelakangan ni. apa masalah negara yang sibuk sangat sedang diuruskan tu, puan?"

"Tengah sibuk buat rundingan damai dengan negara jiran... melawat mangsa bencana di hospital dan memenuhi undangan majlis2 perkahwinan diseluruh negara." <-- erk~ sekali mak aku pun turut masuk air seperti anaknya juga daa~~

"Puan tengah buat apa tu?"

"Memasak... hari ini ada tetamu terhormat dari luar negara nak datang."

"kihkihkih~~ masak apa?" <-- mana tukang masak?

"Kangkung Masak Tumis... Ayam Goreng Berempah... & sambal kicap meletup"

"Peh~~ air liur meleleh tak dapat ketagih... mak, nak makan mak masak~~ㅠ_ㅠ" <-- ayat skema dah hilang lepas dengar mak masak ape.

...
...
...

(sebab dah banyak sangat merapu, cik kaseh skip je k)

"Mak, selamat hari ibu."

"terima kasih"

"Mak..."

"Ya..."

"Terima kasih..."

"Terima kasih?"

"Ya, untuk segala-galanya... I love U... muah muah."

My emak tak jawab pape... cuma dengar suara dia ketawa bahagia je dalam talian




KEPADA EMAK, MUMMY, MAMA, IBU, UMMI, OKASAN, OMMA, AMMA, MOTHER
SELAMAT HARI IBU SEDUNIA UNTUK ANDA

Iklas daripada KASEH ESMIRALDA.

(✿◠‿◠)


Thursday, May 6, 2010

Ai Without Love ::Bab 7::

Tajuk : The Make Over

Watak : Yna, Ryo... Miss Ferez(pemilik butik)

Genre : Friendship & romance

Lokasi : Lobi Hotel pearl Intrusa, Butik NAF Miracle

Ringkasan : Ryo nak make over Yna jadi gadis impian yang diharapkan oleh peminatnya. Say no pada Yna yang seksi... say yes pada Yna yang bersopan santun; say no pda Yna yang penggoda... say yes pada Yna yang berbudi pekerti; Say no pada Yna yang garang... say yes pada Yna yang comel. ;P




Bab 7

Sudah hampir setengah jam Yna menunggu di ruang lobi hotel. Batang hidung Ryo masih tidak kelihatan. Dia mula berasa bosan lantas segera menghubungi lelaki itu.

“Kat mana? Cepatlah! Kenapa lambat sangat?” Tanpa sebarang pembuka kata, Yna terus menyerang Ryo.

“Pergi ke Butik NAF Miracle sekarang. Kita jumpa di sana.” Yang di sana juga terus memberi arahan tanpa pembuka bicara yang sepatutnya terhadap Yna.

“Kau ni kan…” … Sesedap oren pula dia nak bagi aku arahan macam tu. “Motif?”

“Motif… motif apa pula?”

“Motif kenapa aku perlu ikut arahan kau?”

“Kat sana nanti aku beritahu. Cepat pergi. Sekarang!”

Plup! Talian segera dimatikan Ryo.

Yna mengetap bibir. Geram. Sakitnya hati dengan mamat ni!!!

 

************

 

BUTIK NAF MIRACLE…

Yna tercari-cari kelibat Ryo di sekitar butik tersebut. Seperti yang dijanjikan dia ke situ biarpun marahkan tindakan Ryo yang sesuka hati memberi arahan kepadanya tadi. Pekerja di butik tersebut datang menyambutnya dengan senyuman mesra namun dia tidak menghiraukannya. Apa yang dicarinya kini bukan pakaian baru tetapi Ryo.

Tiba-tiba lengannya ditarik dari belakang oleh seseorang. Yna yang terkejut segera melawan dengan mengilas semula tangan yang disangkanya berniat jahat itu.

“Ahh~!!” Ryo menjerit kesakitan apabila tangannya dikilas secara tiba-tiba oleh Yna.

“Kau?” Yna segera melepaskan Ryo. “Padan muka! Siapa suruh muncul macam penyangak.” Yna sengih sinis sambil merenung jejaka di hadapannya itu.

“Penyangak kau panggil aku… teruk betul.” Tangan Ryo sudah gatal hendak mencekik seseorang. Wajah sarkastik Yna dipandang sekilas sahaja sebelum mengurut tangan kanan yang masih terasa sakit akibat dikilas Yna tadi.

“Nasib baik penyangak, kalau perogol bersiri…” Yna tidak meneruskan kata-katanya. Riak bengang pada wajah Ryo dikesannya. Renungannya lekat pada seraut wajah yang sudah hilang ketampanannya akibat muncung di wajah itu. Langsung tidak sesuai dengan imej idol yang menjadi kegilaan ramai. Yna terasa ingin ketawa. Namun tawanya itu hanya dikulum di dalam mulut. Hasilnya senyuman yang tidak sekata dan pincang yang terhasil.

“Yna…” Ryo mencurigai situasi Yna.

“Kita nak buat apa di sini?” Yna segera bertanya. Cuba menutup segala tindakannya tadi.

Ryo merenungnya tajam. Seolah-olah sedang meneka hati Yna. Dia terasa seperti ditertawakan dalam diam.

Make over.” Ryo melupakan saja perasaan sangsinya itu. Dia berjalan pergi mendapatkan khidmat pemilik butik NAF Miracle.

Make over?” Yna menututinya. “Nak make over apa?”

Ryo tidak menghiraukan soalan Yna. Dia bercakap-cakap dengan seorang wanita berpenampilan unik yang merupakan pemilik butik tersebut. Yna yang tidak tahu apa-apa terpaksa menjauhi perbincangan tersebut. Hanya selepas seketika barulah Ryo kembali kepadanya semula.

Sorry, buat kau tertunggu-tunggu.”

Yna mengangkat wajah memandang Ryo.

“Miss Ferez, saya tak suka gadis ini. Tolong bawa dia pergi jauh dari sini sekarang juga,” kata Ryo kepada wanita pemilik butik berkenaan dengan nada serius.

Dahi Yna berkerut geram. Kedua belah tangan sedang dikepal. Bersedia hendak membelasah mulut cabul Ryo.

“Saya nak yang comel-comel. Lepas tu yang bersopan. Tak mahu yang over seksi macam ni. Tolong ubah dia jadi apa yang saya nak.”

Wajah marah Yna bertukar menjadi tanda tanya. Motif apakah yang cuba dsampaikan oleh Ryo? Mahu dia menjadi gadis idamannyakah?


P/S : selamat membaca~~

Berani kau membuat onar!!!

sepanjang usiaku
tidak pernah sekali pun aku menyakiti...
apatah lagi membuat onar terhadap Fiona Lime, kereta ku...

tapi kenapalah aku sering menjahanamkan 
kereta orang lain?

dah lebih 3 tahun aku jaga Fiona Lime
tak pernah sekali pun aku mencalarkannya
walaupun cara pemanduanku selalunya mengalah Michael Schumacher

kesian kereta awek yang duduk sebilik dengan aku
baru beli kereta tu tak sampai 3 bulan
aku dah jahanamkan...

Kepada awek yang duduk sebilik dengan aku...
Cik kaseh minta maaf ya...
huhuhu~~~

<(TT..TT)>

Sunday, May 2, 2010

Ai Without Love ::Bab 6::

Tajuk : The Deal!

Watak : Ryo Nishikido, Yna Baktiar

Genre : Friendship & Romance

Lokasi : Hotel Pearl Intrusa

Ringkasan : We are the couple... the trouble couple... Ryo- "Betul ke pilihan aku ni? Yna, tolonglah jadi kekasih terbaik aku... walaupun cuma olok-olok."





Bab 6

Suasana sepi menyelimuti ruang bilik tersebut. Masing-masing tertumpu pada helaian kertas perjanjian di tangan masing-masing. Tekun meneliti setiap syarat perjanjian kontrak percintaan mereka.

Anak mata Ryo yang bergerak-gerak tidak hanya tertumpu pada kontrak di tangannya. Sesekali dia mencuri pandang pada Yna di hadapan. Gadis tersebut khusyuk meneliti kontrak tersebut dan langsung tidak menghiraukan kewujudan Ryo.

“Deal!” Tiba-tiba suara Yna memecahkan suasana hening di bilik yang ditempah khas oleh Ryo pada petang itu.

“Hah?” Ryo terpinga-pinga apabila Yna bersuara dengan tiba-tiba.

“Aku setuju dengan kontrak ni.”

Wajah Ryo tersenyum lebar. Kertas di tangannya di letak di atas meja.

“Bagus. So kita boleh sign kontrak ni sekarang.” Ryo sangat gembira kerana Yna tidak banyak kerenah seperti sangkaan awalnya sebelum ini.

“Kau dah baca habis syarat-syarat yang aku kenakan ke?” tanya Yna sambil menjeling kertas-kertas yang tertulis segala syarat kontrak percintaan Yna terhadap Ryo Yang bersepah di sekeliling Ryo. Ada yang diletakkan di atas kerusi, bersepah di meja malah yang tercicir di lantai di bawah meja juga ada.

Ryo memandang sekelilingnya. Dicapai satu persatu kertas-kertas yang berselerakan di sekelilingnya. Dikumpul menjadi satu dan disusun di atas meja semula.

“Dah. Aku dah baca semuanya,” katanya dengan penuh yakin. Padahal hakikatnya dia tidak membaca keseluruhan isi perjanjian yang disediakan oleh Yna itu. Terlalu banyak.

Maka dengan rasminya setelah masing-masing bersetuju, kontrak pun ditandatangani.

“Kontrak percintaan kita akan bermula sebaik kita melangkah keluar dari bilik ini.” Ryo menghulurkan tangan kanannya kepada pasangan kekasih kontraknya, Yna.

Yna mengangkat wajah merenung jejaka di hadapannya. Perlahan-lahan dia berganjak mendekati Ryo. Roman wajahnya manis mendapatkan pasangan kekasih kontraknya. Ryo berasa janggal lantas perlahan-lahan menjauhkan diri. Namun Yna semakin mendekatinya sehingga jarak diantara mereka hanya tinggal beberapa inchi.

“Okey… deal.” Yna bersuara separuh berbisik. Matanya terus menjejaki wajah lelaki itu tanpa menghiraukan huluran tangan Ryo terhadapnya tadi. Ryo kaku direnung sebegitu dekat oleh Yna.

“Kita jumpa di ruang lobi sekejap lagi, ya sayang.” Sempat Yna mengusik sambil menampar lembut pipi Ryo sebelum bangkit untuk beredar keluar dari bilik hotel berkenaan.

Gulp! Ryo hanya mampu menelan liur sebaik kelibat Yna lesap. Dia masih lagi duduk kaku di kerusi.

“Adakah aku telah buat keputusan yang tepat kali ini?” Dia bertanya sendiri kepada dirinya. “Perhaps…” Otaknya tidak mampu mencerna apa-apa kemungkinan dikala ini.


P/s : Seberapa pantas!!! aku sedang menaip dan cuba bergerak seberapa pantas untuk menyiapkan Ai Without Love... HWAITING!! <-- kata2 semangat untuk diri sendiri.

Wednesday, April 28, 2010

Ai Without Love ::Bab 5::

Tajuk : Kontrak Percintaan

Watak : Ryo Nishikido, Yna Baktiar

Genre : Friendship & Romance

Lokasi : Apartment kediaman Yna

Ringkasan : Yna - "Kau ingat bercinta tu macam makan donut ke. main nak sesedap rasa je ajak bercinta. huh!" ... Ryo - "Aku pilih kau sebab kau pelakon yang hebat... best tahap world!"




Pintu dibuka dan seorang pemuda berpakaian kemas sedang berdiri di luar rumah Yna. Ryo senyum manis kepada Yna. Senyuman yang bagai tiada niat yang tersirat. Yna tidak membalas senyuman lelaki tersebut. Sekadar memandangnya tanpa sebarang perasaan.

“Boleh kita bercakap sekejap? Ada sesuatu yang aku nak bincangkan dengan kau,” ujar Ryo.

“Erm… tunggu aku bersiap sekejap. Kita berbincang di luar,” balas Yna lalu cuba menutup semula pintu rumahnya.

“Tidak…” Ryo menahan pintu yang hendak ditutup itu. “Kita bincang di dalam. Sekarang.” Ryo melangkahkan kakinya masuk ke dalam rumah Yna.

“Hei…” Yna agak tidak berpuas dengan tindakan Ryo yang masuk ke rumahnya tanpa kebenaran.

“Lebih elok berbincang di dalam. Err… ada wartawan sedang ekori aku.”

Fine… hanya untuk kali ini. Lagipun aku dah terlibat dalam kehidupan glamournya sekarang.

Yna menutup rapat pintunya dan menjemput Ryo ke ruang tamu. Ryo duduk di kerusi empuk yang rapat di penjuru dinding itu. Sementara Yna di ruang dapur sedang menuang jus ke dalam sebiji gelas. Selepas itu dia  kembali mendapatkan Ryo.

Sempat matanya menjeling ke tingkap, menjejaki kelibat beberapa orang yang mencurigakan di luar kawasan pangsapurinya. Minuman diletak di atas meja di hadapan Ryo sebentar kemudian. Yna mengambil tempat di sebelah Ryo.

“Kau memang sangat popular sekarang. Aku cemburukan kau.” Yna memulakan kata-kata.

“Heh… perkataan cemburu kau tu macam dah tak sama bunyinya seperti waktu dulu. Kau sindir aku ya.”

Yna mencebik. Ryo masih ingat akan kisah lama mereka yang selalu bergaduh demi merebut populariti sewaktu di zaman kolej dulu.

“Apa yang kau nak bincangkan dengan aku? Cepatlah cakap,” soal Yna sejurus kemudian. Dia tidak mahu topik tadi  berlanjutan.

“Aku nak bincang soal perniagaan dengan kau.”

“Hah? Apa maksud kau?”

“Aku dah fade up apabila terlalu menjadi perhatian orang. Kadangkala aku rasa dipergunakan oleh sesetengah pihak. Mereka anggap aku sebagai benda yang boleh memberi keuntungan yang lumayan.”

Yna mengerutkan dahi. Kurang jelas dengan titik utama yang cuba hendak disampaikan oleh Ryo.

“Mari kita bercinta.”

Yna tergamam. Matanya buntang merenung Ryo.

Pap!!

Yna memukul dahi Ryo kuat. Seolah-olah cuba hendak menyedarkan temannya itu.

“Ouwch!” Ryo memegang dahi yang tiba-tiba ditampar oleh Yna.

“Kau gila ke? Kau ingat bercinta tu macam makan donut… senangnya bercakap.” Yna geram.

“Aku tak habis cakap lagi. Sabarlah…”

“Hah, cakaplah cepat. Kau nak ambil berapa banyak masa untuk cakap dengan jelas?”

“Aku nak buat kontrak percintaan dengan kau. Itulah urus niaga yang aku nak cakap tadi.”

“Apa? Kontrak percintaan?” reaksi terkejut dari Yna. Namun ada riak tertarik pada wajahnya.

“Ya… aku bayar kau untuk bercinta dengan aku di hadapan umum,” jelas Ryo.

“Tapi untuk apa?”

Ryo mengambil masa sebelum dia menjelaskan dengan lebih lanjut.

“Ada orang sedang cuba jatuhkan aku melalui berita tentang kita berdua. Sebelum berita yang lebih mengarut berjaya mereka cipta aku perlu tutup mulut mereka.

“Jadi?”

“Kau kan pelakon terbaik. Best tahap world. Sebab tu aku pilih kau untuk jadi kekasih aku.”

“Aku…?” Yna menuding pada diri sendiri. Roman wajahnya seakan tidak puas hati dengan kenyataan Ryo. Terasa Ryo sedang menyindirnya.

“Macam ni…” Mereka memulakan perbincangan tersebut dengan lebih serius.

 

*********

 

Yna memandang majalah yang memaparkan gambarnya bersama Ryo yang diambil oleh paparazzi selepas Ryo meninggalkan kediamannya tadi. Sejak insiden terperangkap di lif tempohari kehidupan sehariannya turut menjadi perhatian umum. Walaupun tidak banyak tapi kini dia turut menerima tempias populariti Ryo. Banyak andaian-andaian yang dicipta tentang kewujudannya di sisi Ryo. Ada yang menganggapnya adalah kekasih rahsia yang disembunyikan olehh Ryo selama ini. Ada juga berita mengatakan yang kewujudannya sengaja diada-adakan untuk menaikkan lagi populariti Ryo. Ada juga yang menganggap sebenarnya Yna adalah saudara kandung Ryo kerana melihat persamaan yang wujud di wajah kedua-dua mereka.

Bagi Yna, dia tidak peduli dengan semua khabar angin tersebut. Memikirkan tawaran yang diajukan oleh Ryo tadi membuatkan dia berfikir akan faedah yang bakal diperolehinya nanti.

“Menjadi kakasih kontrak untuk mengaburi mata umum. Untuk menutup mulut wartawan yang suka mensensasikan cerita artis… dan sekaligus mendapatkan kepercayaan daripada peminatnya.” Yna mencapai berita dalam majalah yang dilihatnya di atas meja. Ditatap semula gambarnya bersama Ryo di dalam majalah tersebut. “Kau memang bijak, Ryo. Aku juga tidak bodoh untuk menggunakan peluang yang ada untuk membalas perbuatan yang kawan baik kau tu dah lakukan terhadap aku.” Matanya tajam merenung wajah kacak yang menghiasi dada majalah itu. Senyuman penuh makna terlakar di wajah gadis tersebut.

Majalah tersebut dilontar ke atas meja semula. Yna bangkit lantas berjalan menuju ke meja konsol di sebelah televisyen. Dia menarik laci meja dan mencapai sesuatu yang disimpan jauh di dalam laci tersebut. Bagaikan sesuatu yang sudah lama dibuang namun tidak berani untuk dibuang terus dari kotak kenangannya.

Wajah Vic kembali datang menyapa dari sudut dalam laci berkenaan. Yna menatapnya semula setelah sekian lama.

“Sekali kau tinggalkan luka di hati ini… selamanya ia akan berbekas. Kini aku akan pulangkan semula kesakitan itu kepada kau. Aku nak kau rasa, Vic… dilukakan oleh sahabat sendiri itu lebih pedih berbanding membunuh cinta sendiri.”

Gambar tidak bernyawa itu direnung tajam penuh dendam. Yna… dia telah kembali sebagai pendendam kepada kaum lelaki.




Nota kaki : Sorry... Gomennasai... mianhae... sangatlah lama tak post entry enovella. Kesulitan amatlah dikesali... (╯︵╰,)

Monday, April 26, 2010

Lasykar Pelangi Yang Indah


Agak lama juga rasanya Cik Kaseh tak buat review novel. tiba2 hari ini datang pula mood nak buat entry.

sebelum start tulis entry, mata bekerja keras mengusha rak buku... "mana satu dulu aku nak buat review dalam blog."

Banyak sangat yang best. (yang tak habis baca pun banyak lagi.. huhuhu~~)

Maka... disebabkan Lasykar Pelangi ni buku pertama yang Cik kaseh habiskan pada tahun ini, so saya pilih untuk buat review pasal Lasykar pelangi.

Actually ini bukan novel terbaru di pasaran tapi memandangkan Cik Kaseh nak mendalami apa itu sastera..(saya tak mahu diperkecilkan hanya kerana menulis novel yang dianggap picisan oleh sesetengah masyarakat)... Cik Kaseh kena mula dengan yang paling ringan dulu. (nak capai A.Samad Said punya... huhuhu~ gua tak berani lagi beb.)

Masa mula baca, Cik Kaseh tak tahu pula novel ni telah difilemkan. My sis yang beritahu... disebabkan saya ni jenis tak sabar nak tahu kesudahan cerita, maka dengan semangatnya saya tinggalkan sekejap novel ni n pergi search filemnya di internet.

watch... watch... n watch until the end... the result... SUPERB!!!

tapi layan movie mana sama ngan feel baca novel. kekuatan filemnya, apa yang dibayangkan oleh penulis di buku dapat dilihat secara bergerak melalui skrin. bahasa percakapannya juga unik. bunyinya ada sikit persamaan dengan bahasa melayu yang kita guna sehari-harian. Mudah nak faham. dan kita dapat saksikan keindahan Pulau Belitong yang digambarkan penulis di buku secara lahiriah di sini. seriously, Pulau Belitong memang indah!

Tentang Novelnya pula... THUMB UP!!... Cik Kaseh sifatkan Andrea Hirata seorang penulis yang sangat tinggi imaginasi. dia sorang yang prihatin dan peka dengan setiap inchi cerita karangannya. dia hanya bercerita tentang postman pada satu babak, tapi disebabkan cara pengolahannya yang berkesan membuatkan Cik kaseh pandang dua belah mata pada tugas postman kini. hehe~

Dalam Lasykar Pelangi pun ada kisah cinta tau... bukan setakat cerita pasal pelajar2 di maahad Muhammadiah tu saja. Dan kisah cinta Ikal dengan seorang gadis tionghwa di kedai buruk(ku lupa nama kedai tu) itu sangatlah sweet. ia bukan cinta biasa. cinta seorang budak(boleh kira cinta monyetlah) tapi penulis berjaya mengangkat kisah cinta tersebut menjadi kisah semanis madu yang tanpa adegan romantis untuk menguatkan jalan ceritanya seperti kebanyakan novel...(◡‿◡✿)...

Banyak sangat yang menarik untuk dikongsikan tentang Lasykar Pelangi ni. dah tulis berjela pun tak juga masuk2 part sinopsis. huhuhu~~ so sorry... tapi secara ringkasnya novel ini mengisahkan  11 orang anak Melayu Belitong yang luar biasa dan tidak pernah putus asa mahu menuntut ilmu biarpun banyak halangan yang perlu mereka tempuhi demi mencapai cita2. Lintang, si cilik yang genius. hidupnya daif namun sangat suka menuntut ilmu dan tidak kisah berulang alik dari rumah ke sekolahnya sejauh 20km setiap hari demi menuntut ilmu. Mahar, seorang yang sangat kreatif dan tinggi daya imaginasinya. walaupun sering dipersenda teman2nya namun dia berjaya mengangkat darjat Sekolah Muhammadiyah di kampung mereka. Ikal pula memainkan peranan utama sebagai pencerita dalam Lasykar Pelangi.

Sesiapa yang belum membaca... saya cadangkan untuk membaca Lasykar Pelangi... selamilah kehidupan mereka, kejujuran pemikiran serta keindahan pengembaraan mereka. memori zaman kanak2 dan remaja itu memang indah untuk dikenang kembali.

Akhir kata... bacalah... tak rugi... berbaloi-baloi~~



Tuesday, April 20, 2010

I'm not HOT... I'm sooo COOL~~



Halluu~~ dunia bloger...
lama tak datang menjenguk
maaflah biarkan blog ni bersawang sekejap...

sesungguhnya cik kaseh ketandusan idea nak menulis dalam blog...
mujur ada Putri Lily bagi award n tag ni...
so now... ada jugaklah sesuatu yang boleh cik kaseh conteng dalam blog

Terima kasih untuk tag n award ni, Kak Lily...
sesungguhnya si penjerit ini tidak lagi sunyi... kikiki~~

are you ready... let's start now!!!


1) Adakah anda rasa HOT?
I'm not HOT... I'm soo COOL~~

2)Upload wallpaper PC/Laptop yang anda gunakan sekarang..?


3) cerita pasal gambar nih...

ini yang dinamakan kipas-susah-mati JKpop... motif utama guna wallie ni sbb ia banyak main kaler hitam... pastu pic ni ala2 snap dari binocular jerk... smart n simple!


4) kali terakhir makan pizza...?

kali terakhir makan pizza tu x ingat bila... tapi kalau kali terakhir masuk pizza hut... bulan lepas. tapi Cik kaseh tak jadi makan kat situ... sebab my adik ubah fikiran nak makan KFC plak tym tu...


5) Lagu terakhir anda dengar...?

Demam SuJu Cik kaseh belum berakhir... maka setiap hari pun dengar lagu SuJu... yang terakhir cik kaseh dengar lagu... Why I Like You-Super Junior.


6) Apa anda buat selain selesaikan tag ni...?

FB n Twitter... ada lagi... You Tube... ngah d.load sitcom Hey! Hey! Hey!... Heechul yang putus fius tu buat usus perut saya berselirat ketawa malam2 begini... huhuhu~~~


7) selain nama sendiri anda dipanggil nama apa...?

Kaseh Esmiralda... This is not my real name... hehe~~

Ada lagi... Ayim, Carrie Jelly <-- weird right... yg satu bunyik cam budak manja tak sempat nak jadi anak bongsu... yang satu lagi... erk~ aku dan Jelly??? 


8) Tag lagi lima orang yang anda suka?

1)Nemo

2)Nina alona

3)Qyn Qyna

4)Ffill@ @naheR

5)Nadz


9) Siapa orang no 1 pada anda..?
Teman blogger merangkap teman dikala nak putus fius layan JKpop.


10) Katakan sesuatu pada orang no 5...?
Hi Nadz yang cute~~... ucapan dengan unsur2 nak mengampu? kuikuikui~~


11) No 3 ada hubungan dengan sape...?
Dengan Pak Amid gigi jongang belakang umah tok wan aku... hakhakhak~ merapu je... Be smile Qyn...


12) Bagaimana pulak dengan no 2....?
dengar cerita dia ada skandal ngan HyunJoong SS501... hahhaha~~


13) Kata-kata cinta dengan orang no 4...?
Atashi wa anataga daisuki~~... erkk... tak sesuai!!!


14) Berikan 5 fakta yang anda tahu pasal orang yang tag anda...?

1)Singapore mali~~ ^^

2)Penulis tegar seperti Kaseh juga~~ ^^

3)Suka bunga terutama sekali bunga lily~~ ^^

4)Manis dan bersopan santun orangnya... (I malu bila bersamanya sebab cik kaseh ni kuat merapu...huhuhu) ~~ ^^

5)lagiiii~~~ apa ya???... tak de... just ucapan untuk Kak Lily...

"SELAGI HAYAT DI KANDUNG BADAN... TERUSKANLAH PERJUANGAN DALAM BIDANG PENULISAN."


~PEACE, NO WAR~

^^


Wednesday, March 31, 2010

Awak didapati bersalah!!!

Hari ini sy sergah dia lagi... tapi bukan dalam stor... dalam panggilan telefon je... hahaha~~ 
 
"Hello... saya dari balai polis Pantech... Boleh saya bercakap dengan En. D....."
 
"Hoh??"
 
"En. D......, Awak didapati bersalah kerana telah menyebabkan taman dalam hati Cik kaseh berbunga." 
 
"Err... Sape ni?"
 
"Berani awak tak kenal saya... Ni yang rasa macam nak saman awak sekarang jugak!"
 
"Ahahaha~~~"
 
"Nurul lah!!!"
 
"Ler, mana tau... berleluasa je guna telefon ofis... mentang2 ada speed dial sy."
 
"Eh, D... Nurul nak bla... bla.. bla..." <--sembang hal berkaitan keje... tulispun bukan korang faham.hehe~ 
 
 
 
 
P/S :  I tak dapat hati U... dapat simpan senyuman U yang menawan tu dalam hati pun kira okey je... I lagi ske mulut jahat D daripada jantan murahan yang berfikiran ortodoks tempohari...
 
 
Cik Kaseh, HWAITING!!!... 
 

Friday, March 26, 2010

I'm so beautiful... or my blog?

TQ kepada MiRa'e yang bagi award...
sangat menghargainya.. 





Syarat - syarat nya ialah :

1.THANK & LINK THE PERSON THAT GAVE YOU AWARD
2. PASS THIS AWARD ONTO 15 BLOGGER YOU'VE RECENTLY DISCOVERED AND
THINK ARE FANTASTIC
3.CONTACT SAID BLOGS AND LET THEM KNOW THEY'VE WON THE AWARD
4.STATE 7 THINGS ABOUT YOURSELF



1) -done- ... hehehe

2) Pass pada 15 blogger?... Alemek~~ ramainya... Cik Kaseh tak tau nak pilih ni... Hurmm~~ Cik kaseh ada idea... Cik kaseh nak bagi award ni kepada semua gadis2 bloger yang rasa dirinya cantik!!! terutama sekali yang selalu datang singgah kat teratak Penjerit yang sunyi ni... (^0^)v

Kepada gadis2 bloger di luar sana... jangan lupa ambil award ni k...


3) yang ni takyah kot... sebab orang yang baca entry ni n rasa dirinya orang yg Cik kaseh maksudnya secara automatik telah menerima award ni...


4) 7 things about me ?

~ degil, keras kepala
~ imaginasi tahap luar alam...
 ~Kaseh+Green Mafia@Fiona Lime = jiwa kelajuan!!!










~Kipas susah mati Nishikido Ryo & SuJu






~Layan Jdorama... but not Kdrama... <-- tipu... ada jugak Kdrama yang saya layan... tp tak banyaklah.
~Penulis tegar... tapi bukan pembaca tegar
~impian... nak melancong ke Korea n Jepun...

Thursday, March 25, 2010

Cik kaseh Nak Lepas Geram Sikit Je...

Boys and Men...
are stupid!!!!
like B%^&*t&*o

Okey... Kaseh...
bersabar ya...
Ini adalah dugaan. Tuhan nak uji sekuat mana kita menghadapi ujianNya.

Mungkin saya dah tersalah kenal orang...
tak mengapalah kalau mereka nak anggap macam tu pada saya

Dia tak kenal siapa Kaseh yang sebenarnya...
bukan senang nak jadi baik... 
dan tak susah untuk jadi jahat...
pertimbangkanlah mana yang terbaik...


 dia kata saya playgirl? ... My god! kalau kawan2 n family saya tahu mesti diorang gelak guling2... Cik kaseh yang alergi ngan lelaki ni dipanggil playgirl?
Dia kata saya ni suka promote diri n bagi no. hp pada lelaki?... <-- wow! it's dat me?? sila check contact list dalam my Narsha(hp)... boleh kira dengan jari je no. kawan lelaki...
Cik Kaseh seorang girl yang terhegeh2 dengan lelaki yang dia suka... <-- Peh! statement bikin gua panas~~
kau ni macam perigi cari timba!... <-- Erk!

Bila kita beramah mesra dengan semua orang... ada yang cakap belakang, kononnya saya ni bajet cun... mentang2 ku sorang je yang masih single di office...

Bila ku buat sombong n tegur bila perlu saja... pun ada jugak yang cakap belakang, kononnya aku ni mcm bagus... sombong tak bertempat...

Pulak... habis tu... ku nak wat macam mana?
Aiyoo~~

mereka cakap, perempuan ni complicated...
sebenarnya lelaki lagi complicated!!!

What should I do?
juz kembali pada moto hiduplah...

IF YOU THINK SOMETHING IT'S RIGHT
JUST BECAUSE EVERYONE ELSE BELIEVE IT
,... YOU'RE NOT THINKING.

I know who am I better then everyone else 


p/s : jangan menilai buku kerana kulitnya...

Friday, March 12, 2010

Bekalan untukmu, Kaseh

Hari kedua selepas saya buat kerja gila sergah jejaka yang saya minati

Today langsung tak bertembung dengan dia... so sad~
hari ini Cik kaseh mesej tapi dia tak balas... too sad~~
Hari ini balik awal sebab sakit perut... lagilah tak dapat jumpa dia... *sigh sigh sigh*

Terasa macam bertepuk sebelah tangan pula dengan dia.

tapi... tiba2 dia send mesej...
saya tak faham apa maksud mesej dia tu?
macam ada sesuatu yang tersirat cuba dia nak beritahu...
Owh D~~ kau ni misteri sungguhlah... apasal aku boleh tersuka pada kau??

Kawan2... boleh tolong cik kaseh tak...
sila beri komen pasal mesej D yang kat bawah ni kepada cik kaseh...


D : "Bekalanmu... Berfikiran positif dan optimislah kamu bila suatu hari nanti semua urusan terlihat amat buruk.kerana hal itu merupakan petanda akan datangnya hari lain yang dekat waktunya,yang semuanya dipenuhi kegembiraan dan keceriaan"


Kali pertama... dia berkirim salam saja
kemudian senyumannya buat saya jatuh hati
lepas tu saya buat kerja gila pergi sergah dia dekat bilik stor...



P/s : Kalaulah saya ada kuasa baca hati dan fikiran dia...


Thursday, March 11, 2010

Not Weird But Crazy Overboard... oh~ cinta~

Singgah kembali mencoret sesuatu di blog yang agak dah usang ni... tapi masih belum bersawang sebab masih dijenguk sesekali... hehehe~~

Sorilah kepada bloger2 yg jalan2 singgah blog cik kaseh... sejak kebelakangan ni cik kaseh asyik masuk entry pasal peribadi je... Enovella pun dah berbulan tak up-date... mesti ada yang bosan kan...


Hari ini Cik Kaseh dah lakukan sesuatu yang gila...
gila tahap maksimum!


Cik Kaseh "apahal pulak aku nak start dulu. dia kan lelaki... patut dielah start dulu."
My friend "ape plak... tak de masalah pun kalau kau nak mula dulu. Siti Khadijah dulu pun bukannya nabi muhamad yang pergi lamar dia dulu."

So... saya berfikir semula dengan kata2 tersebut.
tak salah barangkali kalau kita sebagai perempuan mulakan dulu.


& nak dijadikan cerita... pagi tadi, Cik kaseh masuk ofis dan terserempak lagi dgn dat guy... dalam hati ngah berperang... ape aku nak buat? biarkan? senyum dengan dia macam biasa n blah? atau pegi ngorat dia tym tu jugak?? gila!!

Cik Kaseh "Azie, dokumen ni bla bla bla..."
Azie pun cot cet cot cet bagitau pasal dokumen yang perlukan pembetulan tu...

at the other side, si dia tengah berjalan menuju ke pintu belakang... nak ke stor check barang.

Cik Kaseh tak fikir panjang... cik kaseh biarkan Azie membebel sorang2 dan segera kejar si dia.

Cik Kaseh nampak dia masuk bilik stor tu... saya plak terpacak kat luar pintu ofis... macam dah tak centre dok ke hulu ke hilir. dalam hati sebenarnya masih cuak nak pergi jumpa dia ke tak... macam tak berani je rasanya... kalau orang lain tu gamblelah... mmg tak kisah punye... tapi masalahnya dengan dia... ergh~~ sengal cap kapak... adoyai~~

My heart berkata2 "pergi jumpa dia sekarang! anggap je dia sebagai musuh yang perlu di sergah dan dikasi warning!!"

Wut the heck?!!
Ahh... redah je!

Masuk dalam stor...
now hanya ade dia dan saya...
Inilah masanya...

"D, I HATE YOU!!! saya benci saya benci saya benci awakkk!!! huhh!"

Pusing badan dan jalan menonong keluar dari bilik stor.

Dia blur... apa tak nya... dah kena sergah gitu dengan saya secara tiba2..

but then... dia halang saya... "Apasal awak benci saya? saya buat apa?"

"Sebab awak jahat! sebab tulah saya BENCI!" ...Dia buat muka blur kuasa 5... "Saya benci tapi sebenarnya saya nak berkawan dengan awak. sudikah awak berkawan dengan saya?" <-- ayat innocent habis. siap buat mata bling bling dengan harapan dia bagi jawapan gembira pada Kaseh.

...
...
...

diam beberapa saat... "Ok-okey je... saya tak kisah." <-- ini dah ala2 skema jawapan tak nak mengecewakan hati seorang gadis je bunyik... cheit!

"Awak ni kan... ergh~~... sengaja tau. buat saya tertanya2 selama ni... awak dah tau sebenarnya tapi sengaja buat2 tak tahu dengan saya..."

"Tak... Nurul, seb..."

"satu lagi saya nak cakap." <-- memang dasar tak nak kasi chance si dia tu bercakap langsung. "Saya benci awak senyum2 macam tu kat saya. awak ingat menawan sangat ke senyuman awak tu... dah lah langsung tak penah tegur orang... dah bagi no. hp pun tak sudi nak msg orang. huh~" Aku dok membebel merapu apa depan dia pun tak perasan... main cakap ikut sedap mulut je time tu...

"Saya tak nak dari Nadia... saya tunggu tuan punya badan cakap sendiri dekat saya."

What?! kepala dah kona maut dongak pandang dia balik... (apsallah ko tinggi sangat... ambil jarak sikit sebelum kembali bersuara.)... err, apa kes lelaki tunggu perempuan bertindak? cheit!

"so sekarang awak tak nak ke... err, mintakkk..." (sambil gentel2 kain meja dalam bilik stor <-- astaghfirullah, gatainya... anak sapa lah ni... huhuhu) "... nombor saya..."

"Kalau awak nak bagi..." <-- sambil senyum tahap nak menguji jiwa aku. mangkuk!!



Baiklah... drama di atas ditamatkan dengan bunga2 cinta... kahkahkah... cintalah sangat!



Lunch Hour
Mesej dari nombor yg tidak di kenal pasti telah masuk... "Salam... ai, dah lunch ke?"
Cik Kaseh balas "w'salam... tengah lunch. siapa ni?"
dia balas "hurm~ tak dapat teka? tentulah orang yang awak gegar pagi tadi."


Yes! dan di sinilah bermulanya...




Mutiara kata : kalau kail panjang sejengkal... jangan laut hendak diduga... kalau kau rasa mengorat lelaki tu sengal... baik kau bungkus perasaan tu simpan dalam laut mati. <-- ape benda peribahasa ni. ade kena mengena ke kail dan laut? lantaklah labuu~~


p/s : rasa macam dah jumpa my real Ryo-chan lah hari ni... XD


Saturday, February 27, 2010

Apa Salah Aku???

Kenapa dia marah sangat?
Apa Cik Kaseh buat sampai dia terasa hati sangat??

Adakah sebab statement dalam blog tu sampai dia tak nak tegur aku?

Saya takde niat pun nak kutuk sesiapa
memanglah saya minat Jdorama
tapi saya tak kata pun saya tak suka artis korea.

Dah banyak kali saya baca balik entry tu...
tapi still tak nampak apa benda yang buat dia sangat marah pada saya.

I'm sorry if i'm wrong, friend
i'm sorry to all readers yang pernah terasa hati dengan setiap kata2 saya, baik dalam blog mahupun dalam YM, facebook, my sapace, friendster, twitter, GB... <-- macamlah aku aktif dalam semua laman2 sosial ni... huhuhu~

Apapun saya nak minta maaf untuk semua kesilapan lalu, kini mahupun yang mendatang... Saya bukan insan sempurna. maka saya cuba belajar melalui kesilapan2 yang saya telah buat.


Thursday, February 25, 2010

Nota Cinta 'Meletup'!

26 February

Ini adalah 1 tarikh keramat dalam kehidupan Cik Kaseh...
Esok hari lahir Cik kaseh but...

don't wish happy birthday to me...

why??

Sebab itu adalah tarikh keramat buat my emak.
saya tak layak untuk menerima ucapan tersebut... Emaklah orang yang layak menerima penghargaan tersebut kerana dialah insan yang telah bersusah payah melahirkan saya pada tarikh tersebut...


Nota buat emak :
Mak, terima kasih kerana melahirkan saya
terima kasih kerana memberi peluang untuk saya melihat dunia
terima kasih kerana menjaga saya selama ini
terima kasih kerana mendidik saya menjadi seorang manusia

Saya tak tahu bagaimana susahnya emak ketika mengandungkan saya
saya juga tak tahu bagaimana sakitnya emak ketika melahirkan saya
tapi saya tahu... emak sangat gembira setelah melahirkan saya
emak juga sangat bahagia melihat saya membesar sampai dah jadi anak dara sekarang kan...

I love you... & always love you forever & ever MAK



p/s : Ingat ya, kawan2... wish my birthday pada my emak, bukan pada Cik Kaseh ya, selepas ni... hehehe~


Monday, February 22, 2010

Mimpi Itu Ilham...

Semalam ku bermimpi...
kisah seorang gadis berkasih dengan serigala jadian
bagaikan aku sedang menonton sebuah drama/filem dalam waktu tidur
siyes! aku saksikan semuanya... dari awal hingga akhir percintaan mereka
sengat mencabar... & mendebarkan...
sampaikan aku berpeluh2 setelah bangun dari tidur

hohoho~
maka dengan ini kuputuskan
itu adalah ilham dari Tuhan

enovel aku yang seterusnya ialah
tentang apa yang aku mimpikan



P/s : sangat excited nak buat cite tu tapi lebih baik aku sudahkan dulu Ai Without Love & Bunga Cinta Dang Wangi... huhu~~


Saturday, February 20, 2010

Tanda berkirim salam... signal ke tu?

halluu~~ bloger~~
hari ni Cik Kaseh dah masuk balik mood nak berfoye-foye dalam blog.

bulan February kali ini merupakan fasa baru dalam kehidupan Cik kaseh. I start my new life right now. kerja baru, kawan baru dan waktu kerja baru dengan kesibukan yang tahap super dengan tugas2 baru. penat gile vavenglah skang ni... hari2 balik pukul 7.00 malam. tak sempat nak berfoye2 n bersantai2 tetiba je dah masuk waktu maghrib.

huhuhu~~ kadang tu hari ahad pun boss panggil kerja... sobs~... tapi I enjoy coz I have many2 friends at here (^o^). tapikan dalam ramai2 kawan tu tetiba muncul pula encik yang tidak dikenal pasti cuba nak masuk line... <-- tak tau nak discribe camne sebab dia suke main sembunyi2 lah...



Receptionist : Nurul, si dia kirim salam pada awak.
Cik Kaseh : waalaikumsalam.
Receptionist : awak tak nak tau siapa dia ke?
Cik Kaseh : kalau awak bagi tau pun saya bukannya kenal. saya baru kerja berapa minggu kat sini... n saya tak berminat pun nak ambik tahu.

Cik Receptionist buat muka kecewa sebab reaksi Cik Kaseh yang tak excited.


The next day...

Cik Receptionist : Nurul, budak tu kirim salam lagi dekat awak.
Cik Kaseh : Iye ke... wa'alaikumsalam... <-- jawab dengan muka takde perasaan. tak curious langsung nak tahu siapakah gerangan yang berkirim salam tu.


The next next day...

Cik Receptionist : Nurul... dia...
Cik Kaseh : Kirim salam lagi...

Cik Receptionist senyum je pada Cik Kaseh.

Cik Receptionist : ha'ah.
Cik Kaseh : kirim salam je ke... apalah~~

itulah yang berlaku dalam beberapa minggu ni setiap kali Cik Kaseh masuk ofis. selain daripada berkirim salam, dia memang tak kirim papepun pada cik kaseh... (kalau kirim bunga ke, coklat ke... ok gak... apadaa...)

tapi akhirnya Cik Kaseh dah tau siapa mahkluk tuhan yang selalu berkirim salam tu. rupa2nya memang Cik Kaseh selalu jumpa dia setiap kali masuk production office.

Okey... Cik Kaseh dah tau siapa dia... tapi actually saya cuma tahu orangnya... tentang dirinya saya tak tahu. nak siasat latar belakangnya? oh, no way... mungkin kalau orang lain akan buat tapi Kaseh Esmiralda takkan lakukannya. <-- tak tau sama ada takut atau ego tinggi, nak tunggu sampai si dia start dulu. hahaha~~

by the way... ade lagi cerita pasal si dia tu... cik kaseh rasa nak kongsi dengan korang semua sebab hati ni tengah geram gile plus sakit hati dengan dia. tak tau nak luah kat mana, so tulis jelah kat entry ni... harap ada orang sudi beri pandangan dengan situasi saya ni.



P/S : Cik kaseh berani start dulu kalau si dia tu darah type A. kuikuikui~~ I admirer dengan lelaki type A lepas tengok U-Kiss Vampire.

Tuesday, February 16, 2010

Ber-KLAH (^o^)


Cuti tiga hari... takkan nak lepak sesaja kat rumah.
kena buat sesuatu yang best.

Awek sebilik dengan saya beri cadangan pergi mandi air terjun.
Ok... setuju.

Disebabkan Cik Kaseh balik kampung dekat Sabak Bernam
maka kenalah cari air terjun yang paling dekat... area Perak.

Cik Kaseh pergi bersama awek yang duduk sebilik dengan cik Kaseh tu
serta dua orang bodyguard yang tak rupa bodyguard lah sangat... my bro n my nephew

Kami berkelah di Sungai Klah


air terjun memang best~~


inilah my bro... poyo tahap gaban! hmph~


Dah penat berendam... jom melantak!



P/S: Sempat dapat pesanan penaja waktu dalam perjalanan ke Sg. Klah drp My Emak... "Jangan lama2 tau. balik cepat!" ... huhuhu~ sabau jelah... orang ajak takmo ikut, tp tak kasi plak berlama2...

P/S : Entry yang pendek sebab Cik Kaseh tengah malas hari ni... chiouw~http://emo.huhiho.com

Friday, February 12, 2010

Jangan.pandang.muka.sebelum.layan.lagunya.



Hari ini mood agak kesengalan sedikit.

tak pernah2 cik kaseh layan lagu indon
tiba2 hari ini Cik Kaseh telah melayan lagu ini

YANK by WALI BAND


Abaikan saja dengan siapa artisnya.
sejujurnya saya tak kenal pun dengan Wali Band ni
lagu diorang (Cari Jodoh) yang memang tengah famous seantero malaya tu pun cik kaseh boleh tak tahu. <-- nampak sangat kau jarang bukak radio melayu.

(Camno den nak tau kalau dok layan lagu Korea je selama ni.. huhuhu~~)

Diorang memang tak hensem. Aci berani potong jarilah kalau ada yang kata diorang ni hensem... kikiki~~... tapi macam yang Cik Kaseh kata tadi... abaikan semua itu kerana kita perlu menilai bakat serta muzik diorang.

Cik Kaseh memang tak anti dengan apapun genre muzik sebab semua itu seni dan saya seorang pencinta seni. semuanya cik kaseh dengar. dari timur sampai ke barat (cuma yang paling melekat dengan jiwa buat masa ini muzik jepun n korealah)



P/S : Kumpulan 2AM tu pun bukan handsome. tapi dengar diorang menyanyi terus je meremang tengkuk Cik Kaseh. huhu~~


Thursday, February 4, 2010

Don't Be Silly~~

"Kalau kau rasa jealous tengok enovel orang best2 tahap gaban, so janganlah pergi bukak enovel tu and baca!" <-- ayat sarkastik tahap maut dari seseorang.

"Tapi aku tak puas hati. Aku rasa aku kena baca juga... sebab aku nak tahu apa kekuatan cerita tersebut."


Seseorang pernah beritahu Cik kaseh "Tidak puas hati itu adalah proses kematangan seseorang dalam mengejar impian"


Saya kunci mulut dan diam sambil membaca blog2 enovel senyap2. saya juga jauhkan jari jemari dr papan kekunci untuk menghindarkan diri dari memberi sebarang komen.

Inilah tindakan paling wajar kalau dah sedar diri sendiri sangat cerewet memilih bahan bacaan.


:: Aku takkan memperbodohkan karya orang kerana aku sendiri tak tahu sejauh mana bagusnya tahap penulisan sendiri::