Kawan2 yg saya Sayang

Sunday, January 31, 2010

Makanlah Sireh Tu Kalau Nak Cepat Dipinang.


"Kau serius ke ni?"
"Mestilah... kau fikir benda ni boleh buat main2 ke."
"Sebab tu lah aku tanya betul2... Jadi confirmlah kita nak pergi cuba nasib ni."
"Sudah pasti!"

maka rombongan meminang anak dara orang itu diadakanlah lewat petang selepas zohor hari ini.

Alhamdulillah... semuanya berjalan lancar mengikut perancangan.


"Chop! ... siapa yang pinang siapa? akukah yang dipinang itu? atau akukah yang pergi meminang? (Hello, luar alam sungguhlah kalau Cik kaseh yang pergi meminang anak teruna orang.)


E'ehem~... tenang semua... bukan cik kaseh yang bertunanglah. anak sedara merangkap kawan bergaduh, teman sepermainan dan yang menyambut birthday sama bulan dan lahir sama tahun dengan cik kaseh ... MOHD IDRAKI B. MAT YAZID <-- dia suruh mention nama dia besar2 dalam blog cik kaseh... (Aki, paling kurang pun kena belanja Pizza Hut tau.)



Hantaran dari pihak lelaki, 10 dulang dan dibalas 9 dulang dari pihak perempuan. <-- bukan hantaran kena nombor ganjil ke?... gasaklah! bukan berdosa pun nak letak angka genap.


Ibu Aki merangkap kakak sulung Cik Kaseh bersama dengan bakal menantunya, Cik Iffa (Adoi~ saya lupa nama penuh bakal anak sedara menantu lagi.)

Akhir sekali... sedikit klip video yang teringin nak dikongsikan bersama semua orang.


video


Sampai rumah... "Nurul, pergi makan sireh tu."
Cik Kaseh "Nak buat ape? taknak lah. Tak sedap!"
Orang rumah "Orang tua2 cakap... biar kau cepat dipinang orang pula lepas ni."
Cik Kaseh "Ngaa~~ tak mo lah... orang belom ade pakwe lagi. kang tak pasal2 kena pinang dengan ntah sape2 ntah. dibuatnya dapat pakcik tua gigi rongak, naya je."
"Huarghahaha~~" Semua orang gelak

P/s : Makin seronok kan orang usik aku ngan isu kahwin ni. huhu~... nampaknya kenalah mulakan misi 360 Hari Mencari Kekasih... Eh, silap... Suami sepatutnya.


Wednesday, January 27, 2010

Tuhan Dah Dengar Doa Saya... Alhamdulillah

Cik Kaseh sangat gembira~~!!!
Happy gile vaveng~!!

Syukur alhamdulillah...
tuhan dah dengar doa Cik kaseh

Masalah Cik Kaseh dah settle
jadi tak payahlah nak pergi bercuti
dah tak payah lagi fikir nak pergi bertapa kat mana2 gua... huhuhu~

Cik Kaseh dah dapat kerja baru.
Jadi Cik Kaseh dah boleh senang hati nak pergi konsert SuJu <--sblm ni Cik Kaseh tak sedap hati sebab Nemo nak belikan tiket tu untuk Cik Kaseh. (Nemo, nanti aku bayar balik duit tiket tu kat kau ek)

Cik Kaseh juga dah siap edit A,P&S.
Maka selepas ini Cik Kaseh akan hantar manuskrip pada JS seperti yang dicadangkan oleh Abg Khar(AVA)... Korang semua doakanlah kejayaan Cik Kaseh ya... lepas AP&S, Cik Kaseh nak settlekan AITDS pula. harap2 semuanya berjalan dengan lancar.

Cik Kaseh, hwaiting!! <-- kata2 semangat untuk diri sendiri... hehe

babai~

Tuesday, January 26, 2010

Hello... Good Bye~~

Semakin fikir semakin sakit jiwa!

Saya nak cari tempat untuk tenangkan fikiran.
selagi fikiran saya serabut selagi itulah apa yang saya kejar takkan saya dapat.

Good bye bloger...
Cik Kaseh nak berenti dari dunia bloging untuk seketika.
mungkin seminggu, 2 minggu,
sebulan, 2 bulan, 4 bulan
atau...
selama-lamanya... <-- ini tak mungkin.

Cik kaseh nak keluar daerah.
nak pergi bertapa
mencari ketenangan.
mencari ilham.

~CHIAOW~

Sunday, January 24, 2010

Ai Without Love ::Bab4::


Tajuk : Dunia Ini Penuh kegilaan
Watak : Yna, Ryo
Genre : Friendship & Romance
Lokasi : Kediaman Yna, Kediaman Ryo
Ringkasan : Yna "aku bosan dengan kehidupan di kota yang menjadikan wang sebagai raja ini." ... Ryo"Aku hanya bahan untuk mereka mengaut keuntungan. Yna, mari kita bekerjasama menyelesaikan manusia-manusia gila ini."



Bab4

“Namaku Yna Baktiar. Sejak beberapa tahun ini hidup aku hambar. Setiap hari aku lalui rutin yang sama dan ia sangat membosankan. Kehidupan di Kota Lisberg yang aku lalui hanya bersifat metarial yang berlandaskan wang semata-mata. Aku hidup sebatang kara. Tanpa keluarga. Tanpa saudara. Tanpa teman. Tanpa kekasih... memang bosan…

“Tapi hari ini segala-galanya berubah. Ryo Nishikido… dia adalah subjek utama yang akan aku gunakan untuk mewarnai semula kehidupan aku yang begitu membosankan selama ini.”

Senyuman yang terbentuk di bibir gadis itu penuh makna tersirat. Ada sesuatu yang nakal sedang berlegar-legar dimindanya.

Dia meneruskan langkah kakinya di koridor tingkat kedua pangsapuri tempat kediamannya. Dari jauh dia terpandang seorang lelaki, tuan rumah yang disewanya sedang mengetuk bertalu-talu pintu rumahnya. Yna segera bersembunyi di sebalik dinding di sebelah koridor.

Melihat kemunculan lelaki bertubuh kurus melengking itu membuatkan hati Yna jengkel. Lawatan yang tidak diundang itu tidak lain dan tidak bukan adalah kerana mahu mengutip duit sewa rumahnya yang sudah tertunggak selama beberapa bulan.

Lelaki tuan rumah akhirnya putus asa apabila panggilannya tidak bersahut. Tangannya juga sudah kebas mengetuk pintu rumah tersebut. Orang yang dicarinya tetap tidak muncul. Akhirnya dia menulis satu nota dan menyelitkan di celah pintu sebelum beredar pergi.

Fuh~~ Yna melepaskan nafas lega. Setelah yakin yang lelaki tuan rumah itu tidak berpatah balik untuk mendapatkannya semula barulah dia kembali ke rumahnya.

Sebelum masuk ke rumah nota yang terselit di celah pintunya tadi diambil. Di baca sepintas lalu sebelum digumpal dan dicampak ke tingkat bawah melalui koridor.

“Saya akan datang lagi cari awak esok.” Yna mengulang ayat yang dibacanya dalam nota tadi dengan perasaan jengkel yang berleluasa. “Boleh blah!”

Pintu dikancing dari dalam dan dia segera menuju ke ruang tamu. Merebahkan tubuh di sofa panjangnya yang berwarna biru kundang dengan corak motif rama-rama. Sekilas matanya terpandang beberapa keping surat di atas meja kopi di penjuru sofa. Pemandangan yang dirasakannya begitu menyakitkan hati. Dia bangun duduk lantas mencapai surat-surat tersebut.

Surat penyata pinjaman, bil tunggakan elektrik, bil air, bil itu, bil ini… argh~ semuanya surat minta hutang! Betul-betul buat orang sakit kepala.

Yna mencampak semula semua surat-surat tersebut ke meja tadi. Dia bangkit dari situ dan beredar menuju ke biliknya. Memikirkan semua benda yang memerlukan wang memang menyerabutkan otak. Kehidupan di kota metropolitan tetap terasa bebannya biarpun dia tidak menanggung sesiapa. Segalanya memerlukan not berharga yang dipanggil duit! Tiada satu bendapun yang boleh dimiliki tanpa duit. Huhh~

*************

Ryo masih tekun menghadap laptopnya biarpun hari sudah jauh malam. Dilupakan dulu kepenatan yang menyengat tubuhnya sepanjang hari ini demi untuk melayari dunia maya. Kalau hendak diikutkan hatinya memang dia akan terus melayari mimpi indah di atas katil ketika ini. Masakan tidak penat menempuh satu hari yang penuh kontroversi dalam hidupnya hari ini. Bertemu dengan Yna, terperangkap di dalam lif, diburu paparazzi, dan kenyataan gila tentang hubungannya dengan Yna oleh Aya… dasyat!

Jam di dashboard komputer dikerling. Waktu sudah melewati jam 2.00 pagi. Masih awal, fikirnya. Ada lebih kurang tiga jam lagi sebelum dia perlu keluar bekerja. Hari yang lebih gila bakal dilaluinya nanti. Sebelum sebarang kemungkinan berlaku lebih baik payung disediakan dahulu untuk menepis segala berita negatif tentang dirinya kelak.

“Hoh!... Oh my… teruknya…” sesuatu yang mengejutkan telah ditemui dalam dunia maya yang berhantu itu. Ryo menolak tubuhnya menjauhi komputer riba. Kedua belah tangannya menguak rambut ke belakang. Wajah kerutnya menggambarkan perasaan geram yang bercampur marah saat ini. “Yna~~!!!” Tiba-tiba dia menjerit nama itu.

Ryo bangkit dari kerusi. Berjalan ke hulu ke hilir tidak tentu hala. Dia perlu lakukan sesuatu untuk menyelesaikan perkara ini. Sesekali berita tentang dirinya yang dibacanya dari laman web tadi dikerlingnya. Semakin dipandang semakin menyakitkan hati. Apatah lagi melihat gambarnya yang sedang memeluk dan mendukung Yna. “Wartawan gila ni memang nak kena ajar!” Ryo bertempik marah.


Thursday, January 21, 2010

Aku Bukan Nak Cakap Banyak

Hari ini dia berkata2 lagi.
siapa?
adalah... tak perlu untuk mempublisitikan namanya di dalam blog ini.
saya cerita masalah saya kepadanya.
adakah itu tandanya saya perlukan nasihat daripadanya?
bukan... saya cuma nak dia faham situasi saya yang tak pasti untuk menyertai konsert Suju adalah disebabkan masalah tersebut.
dalam waktu begini, saya bukan mahukan nasihat daripadanya. saya cuma harap dia boleh buat saya gembira dan kembali bersemangat untuk menghadapi situasi saya kini.

disebabkan nasihat dia... fikiran saya kembali serabut.


Please dude... jangan cakap terlalu banyak
apapun yang cuba kau katakan... aku tetap dah lakukan tindakan tersebut.


Tuesday, January 19, 2010

Ujian membuatkan kita berfikir

"Hidup ini tidak semudah yang kita jangka"

Lumrahlah kalau tiba2 kita diuji oleh tuhan.
Yang penting, kena kuatkan semangat
lalui ujian tu dengan hati yang cekal dan jiwa yang kuat.

Ujian tu tuhan turunkan dengan sebab.
jangan anggap ia sebagai musibah,
sebenarnya tuhan nak kita berfikir...
berfikir tentang sesuatu yang telah kita lupakan selama ini.

Aku percaya, ujian yang tuhan turunkan padaku sekarang juga bersebab
DIA nak aku berfikir...
dan aku sedang berfikir...

aku telah lalai dengan kemanisan dunia.
perlahan-lahan juga aku semakin melupaiNya
dan disebabkan kelalaianku itu baru aku sedar...

Rezeki tu tak berkat kalau kita sering alfa terhadapNya.

Tuhan, ampunkan aku...

...
...
...


P/s : Saya takkan patah balik ke tempat tu semula biarpun dia cuba pujuk dengan gaji yang lumayan. apa guna gaji yang banyak tapi tak berkat.

Sunday, January 17, 2010

Gigiku patah lagi tapi...

Malam tadi saya bermimpi...
mimpi yang mungkin membawa satu alamat.

(Saya selalu bermimpi... walau tidur 5 minit saja pun saya boleh bermimpi.)

Tapi mimpi kali ini lain.
Saya mimpi patah gigi

korang tahu apa maksud mimpi patah gigi?

Dulu Cik kaseh tak tahu. biasa mimpi patah gigi tapi tak pernah bagitahu sesiapa sebab masa tu ingatkan itu cuma mimpi biasa... mainan tidur.

bila dapat tahu yang itu sebenarnya alamat... sejak itu cik kaseh cepat2 bagitahu emak setiap kali mimpi patah gigi. sebab mimpi patah gigi tu membawa alamat yang kita akan kehilangan saudara terdekat.

Cik Kaseh harap kalau bagitahu semua orang pasal mimpi malam tadi, alamat tersebut takkan berlaku... walaupun biasanya ia tetap berlaku. <-- bukan cik kaseh nak pembaca percaya bulat2 dengan perkara ni. setiap apa yang berlaku itu kan ketentuan dari Ilahi. so kalau tetiba korang mimpi patah gigi, tp tiada kematian... jangan anggap saya beri ajaran sesat pula...


Gigiku patah lagi tapi... cuma dalam mimpi saja~~

P/S : Harap2 mimpi kali ini cuma sekadar mimpi...

Friday, January 15, 2010

Sayang Menantu Mak...

Menantu : Mak, cantik tak baju ni? Ingat nak beli jadikan hadiah untuk adik2...
Mentua : cantiknya... halus betul sulamannya ya... Eh, mak pun nak beli jugalah... nak balikan untuk Nor, untuk Ipat... untuk anak2 mak.

Menantu (dalam hati) : Mak macam suka je ni. tak pelah... biarlah mak ambil baju ni untuk anak2 dia.


~~Situasi sama pada hari yang lain~~

Menantu : Mak, gelang ni cantik kan... Lin nak belilah. hadiah untuk kawan2 kat Malaysia karang.
Mentua : Iyalah... cantiknya~~ Mak nak juga. karang nak bagi untuk cucu2 mak. mesti comel kan kalau diorang pakai.
Menantu : Mak~~ <-- nada ala2 kecewa
Mentua : Kenapa?
Menantu : tak de papelah. <-- menantu ini hatinya sabar melayani kerenah ibu mentuanya.


~~lagi situasi yang sama pada hari2 yang berikutnya~~

Menantu : Mak, Lin nak beli sarung HP ni untuk anak2 saudara.
Mentua : cantik tu Lin. susah ni nak jumpa dekat Malaysia... hurm~~ mak pun nak beli juga lah.

Menantu tarik muka muncung. merajuk.

Menantu : Semua barang yang kita beli sama je mak. kalau macam ni apa Lin nak beri sebagai buah tangan untuk mereka? tak kan nak bagi barang yang sama macam yang mak bagi juga...

Mentua mengukir senyum manis. tangan mendakap lengan menantunya sambil mengelus2 si anak menantu.

Anak menantu pula terkedip-kedip memandang ibu mentuanya. Tidak faham dengan senyuman si ibu itu.... adakah aku sedang diuji? telah hatinya...

Mentua mencapai sesuatu yang dirasakannya sesuai untuk menantunya itu.

Mentua : Selendang ni cantik untuk kamu. Mak hadiahkan untuk Lin.
Menantu : Eh, untuk Lin?
Mentua : Iyelah, sebab mak saaayang kamu... Seronok membeli belah dengan kamu. semua barang yang kamu pilih cantik2 di mata mak.
Menantu : Mak~~ terima kasih. <--- anak menantu nada terharu di puji mentua.
Mentua : Mak suka semua yang kamu pilih sebab itulah mak ambil keputusan untuk beli barang tu juga... Mak nak beli sarung HP ni juga. <-- muka ceria bahagia je sambil membeli barang tersebut.

Anak menantu dah tak tahu patut buat apa. separuh hatinya geram. separuh lagi hatinya bahagia kerana memiliki seorang ibu mentua yang sangat menyayanginya bagaikan anak sendiri.

P/S : Terima kasih kepada Kak Lin yang sabar melayan dan menjaga emak sepanjang menunaikan ibadat haji di Makkah tempohari.

P/s : dialog di atas adalah rekaan semata-mata. <-- manalah saya tahu dialog sebenar antara mereka berdua yang ketika itu jauhnya beribu batu kan... logik2 sikit... hehehe~

Thursday, January 14, 2010

Skrip + Super Show = #$%^& haru~~

Selamat malam dunia maya
hari ini Cik Kaseh menulis kerana jiwa saya kacau
kacau sebab apa??

err... tak tahu nak cakap macam mana... banyak sangat fikir sampai keliru dengan apa yang sebenarnya saya tengah fikirkan. <--- Cik kaseh susah nak fokus pada satu perkara saja.

Otak sedang mencerna bermacam-macam idea untuk start tulis skrip drama... tapi bila nak start menaip saja, tetiba otak blank.

...
...

Macam mana nak start ni? blur betullah dengan format yang Cik Sofia tu ajar. kang Cik Kaseh tibai ikut format ajaran sesat si En. Ezad tu kang haru je jadinya kang...

aduyai~~

...
...

Tinggalkan skrip kejap dan usha blog kawan2.
tiba2 Cik Kaseh terbaca tentang konsert SuJu yang akan di adakan di Bukit Jalil march nanti

Ngaaa~~~!!!
ini memang gangguan yang tahap super dikala Cik Kaseh sedang giat menyiapkan skrip!!

Otak Cik Kaseh dah melayang nak cari jalan camne nak pergi konsert tu dengan bajet yang paling berbaloi.. <--- ade tak kawan2 yang berhati mulia boleh tolong sponsor tiket Super Show tu untuk Cik Kaseh?


Akhirnya... skrip Cik Kaseh untuk malam ini hanya siap separuh muka surat sebab Cik Kaseh sibuk berdiskusi dengan Nemo tentang konsert tersebut... hehehe~~

P/s : I dah ngantuk... sayonara dunia maya...

Tuesday, January 12, 2010

Antara Menulis Skrip dan Novel

Gambar hiasan yang langsung tak de kena mengena dengan entry ^o^



Sejujurnya... Cik Kaseh tak pernah tahu apa itu skrip sebelum ini. walaupun pernah memasang niat untuk menghasilkan skrip drama dulu tapi ia sekadar angan2 belaka kerana... macam mana nak buat kalau ghupe bentuk skrip tu pun Cik Kaseh tak tahu.

baru2 ini Cik Kaseh mengikuti bengkel penulisan skrip yang dianjurkan oleh AVA. Di bengkel tersebut saya dan rakan2 AVA telah didedahkan dengan dunia penulisan skrip yang sebenar. tak sangka, ia bukan semudah yang Cik Kaseh fikir sebelum ni. cabarannya memang berbeza dengan menulis novel. Kalau novel kita mementingkan gaya bahasa serta penyampaian yang boleh menarik perhatian pembaca tapi kalau skrip pula, arahan yang tepat itu lebih penting agar pengarah, pelakon dan kru dapat memahami apa yang cuba disampaikan oleh penulis skrip. Menulis skrip juga bukan boleh suka2 main tibai saja. kena ikut format (lebih2 lagi pada penulis2 yg baru). pening juga nak memahami format penulisan skrip ni. macam novel pula... pun ada format juga tapi taklah serumit skrip. penulis skrip ni ibarat masuk ke dalam dunia orang glamour (tapi kita tak glamour pun...), yelah dapat kenal pengarah terkenal dan artis2. penulis novel pun famous juga... tapi popularnya tu lainlah sikit... hehe... <-- apa yang lain tu, Cik Kaseh?

Hurm...
...
...
...

Cik Kaseh memang sukakan dunia penulisan. Dengan menulis saya dapat meluahkan sesuatu yang mustahil dalam dunia realiti Cik Kaseh. yang tak mungkin untuk Cik Kaseh lalui. tapi cam best pulak kalau betul2 berlaku. hehehe~...

Dalam beberapa hari ni Cik Kaseh memikirkan sesuatu. Antara menulis skrip dan novel... yang mana lebih memberi faedah kepada Cik Kaseh untuk berjaya di masa hadapan?

Menulis novel... yang menyeronokkan dan memberi kepuasan dalam hidup saya.

Atau

Skrip... yang mungkin boleh mengubah hala tuju sebenar Cik Kaseh dalam bidang penulisan.

...
...
...

mungkin inilah masanya untuk saya memulakan misi baru. tidak perlu memilih antara dua... cuma perlu mengembangkan sebelah lagi sayap. dalam bidang yang sama tapi sesuatu yang berbeza... kalian jadilah saksi, Cik Kaseh sedang menyahut cabaran ini.

P/s : ini boleh dikira sebagai azam ke4 Cik Kaseh tahun ini. Yeah~!!

Sunday, January 3, 2010

Penyebar Virus + Cerewet = Kaseh Esmiralda

Salam, para bloger sekalian...
2 hari tak bloging... rinduuu~~ <-- Poyo!

Cik Kaseh baru balik dari bengkel penulisan yang dianjurkan oleh AVA. penat belum hilang terus je online.

Alhamdulillah... banyak ilmu yang Cik Kaseh dapat hari ini. ia memang sangat berguna untuk setiap penulisan Cik kaseh.

Ok... Cik Kaseh bukan nak ulas pasal bengkel tadi.
cuma sejak dari di bengkel tadi sampai kat rumah sekarang ni otak Cik kaseh ni tak berhenti fikirkan sesuatu. sesuatu yang selama ni Cik Kaseh langsung tak sedar telah Cik kaseh lakukan terhadap ramai orang. terutama semua yang mengikuti kedua2 blog Cik kaseh.

Bila ada yang fikir Cik Kaseh kecewa dengan komen Pn. Nisah pasal AITDS tu sebenarnya mereka salah. Cik Kaseh langsung tak rasa kecewa. Apa yang Cik Kaseh rasa sepenjang perjalanan pulang tadi... Cik Kaseh rasa sangat bersalah. Cik Kaseh dah abaikan tanggungjawab sebagai penulis.

sorang teman bloger kata Cik Kaseh dah sebarkan virus Kpop,Jpop,Anime secara halus melalui setiap penulisan Cik Kaseh. Setiap entry dan enovel cik kaseh sedang mempengaruhi pembaca secara senyap. akhirnya ia bagaikan virus yang merebak dan menyebabkan kegilaan orang terhadap Kpop@Jpop@anime... (pendapat ini telah disokong oleh awek yang duduk sebilik dengan Cik Kaseh)

Bila Pn. Nisah cakap tentang pembudayaan dan jati diri tentang AITDS yang menjurus ke arah itu, dia bimbang cerita sebegini bila menjadi trend penulis di masa hadapan kerana ia dipengaruhi budaya luar (tak kira samada jepun, korea, sepanyol). Cik Kaseh rasa sangat bersalah.

adakah saya sedang mengangkat budaya luar dan mengabaikan budaya sendiri?

Mungkin itu bukan persoalan akar. tapi bila difikirkan lagi... apa bakal berlaku jika ada penerbit nak terbitkan cerita ni sebagai buku? sah2 Cik Kaseh yang bakal menjadi pelopor pada novel bergenre sebegini. kemudian bila ia menjadi trend, mungkin penulis lain akan buat sesuatu yang lebih advance dan semakin menjauhi budaya dan agama kita. kesannya akan mempengaruhi pembaca peringkat muda(terutamanya). dan secara tak langsung, Cik Kaseh pun dapat share dekat akhirat kelak!

... adakah saya berfikir terlalu jauh?...


Saya sedar selama ini saya agak cerewet dalam pemilihan buku bacaan(terutama novel)... tapi saya tak sedar kalau yang saya ni SUPER CEREWET. <-- seorang member tu bagi tahulah.

Bila fikir2... betul apa yang dia cakap tu. kalau Hlovate punya novel yang popular tu pun, boleh cik kaseh tak puas hati... kira boleh tahan lagilah. tapi kalau sampai Pn. Nisah punya Cik Kaseh tak puas hati...( "Kau gila ke, Kaseh?!")... tidak, bukan saya kondem novel dia tapi cuma menyuarakan persoalan yang patut terhadap novelnya. dan dia dah berikan jawapan yang memuaskan hati saya. kira okey lah tu~

"inilah punca menyebabkan penulisan kau agak detail. sebab tulah kau berjaya menyebarkan virus tu secara halus dan tanpa disedari. bila sedar je virus tu dah meletup. orang yang terpengaruh dengan virus tu terus jadi gila! gilakan Kpop,Jpop." kata sorang member tu... dan turut disokong oleh awek yang duduk sebilik dengan saya.

Korang ada pandangan yang nak disuarakan terhadap masalah ni? please~ ringan2kanlah tangan korang untuk type komen pada Cik Kaseh. kepada silence reader, cik kaseh tak kisah korang tak komen enovel cik kaseh tapi tolonglah bagi pendapat tentang masalah Cik Kaseh ni.

Cik Kaseh tak boleh berhenti memikirkan hal ni sejak dari tadi. buat pertama kalinya Cik Kaseh baru sedar dengan kelemahan terbesar AITDS.


P/S : Bukan AITDS saja... enovel yang lain2 juga patut diteliti semula...