Kawan2 yg saya Sayang

Sunday, July 21, 2013

AITDS the sequel :- THE WITCH THAT I LOVE (bab4&5)

BAB4
SALAMANDER, telefon pintar milik Jay sedang bergegar mendendangkan Koshi Tantan oleh SCANDAL di atas meja di biliknya. Jay bergegas mendapatkan telefon pintar berwarna merah dengan lingkaran hitam di bahagian sisinya itu. Dia tersenyum sebaik melihat nama pemanggil yang sedang menguhubunginya. Sepantas kilat dia terus menjawab panggilan tersebut.
Hello…” sepatah dia menyapa panggilan tersebut sambil kakinya menyepak beberapa helai baju yang tersadai di atas katilnya sejak beberapa hari lalu. Punggungnya dilabuhkan di atas katil tersebut sejurus kemudian. “My sweet little angel… how are you today?
“Hmm… merindui seseorang… mungkin.” Suara di hujung talian sedikit mengeluh dan keluhan itu dibalas dengan senyuman oleh Jay. “Kau pula? Tengah buat apa tu?”
“Menunggu bidadari turun dari langit untuk mengemaskan rumah aku yang semak ni sambil ditemani Fenderina.” Dia memusingkan bola matanya sambil menarik senyuman kelat sebagai simbolik yang dia mengharapkan gadis tersebut datang ke rumahnya sekarang untuk mengemaskan rumahnya yang bak tongkang pecah itu.
“Kau ni… ingat aku ni apa? Maid kau?” suara gadis itu sedikit tinggi. Lenggoknya seperti hendak merajuk mendengarkan kata-kata Jay. Jay tersenyum nakal.
Come on, Leah. Kau dah seminggu tak datang rumah aku, okey.”
So? Itu bukan bermakna yang kau rindukan aku pun.” Dia masih lagi merajuk dan mengharapkan pujukan Jay.
“Mana kau tahu yang aku tak rindukan kau?”
“Kau suruh aku datang rumah kau semata-mata untuk jadi orang gaji kau sahaja. Kemaskan rumah, basuh baju dan memasak.”
Then apa kata kalau malam ini juga aku pergi kidnap kau untuk aku jadikan kau hamba di rumah aku.”
Seriously?! You’re bad guy.”
“Terima kasih kerana memuji.” Jay tersengih lebar menampakkan barisan giginya yang putih.
“Ohh… Jay…” dan akhirnya hanya tawa yang bersulam di hujung talian.
“Hari ini aku dah berjaya mainkan satu lagu dan kau tahu tak… sebenarnya aku mengharapkan kau jadi pendengar pertama yang akan beri kritikan terhadap persembahan aku.” Jay menyentuh tubuh langsing Fanderina, gitar kesayangannya dengan senyuman yang bahagia, seolah-olah itu ialah gadis yang sedang bercakap dengannya dalam talian kini. “Aku… sedang menunggu kau sekarang.”
Yeah… I know.” Dia tersenyum penuh makna. Dia tahu ayat tersebut menggambarkan yang Jay sedang merinduinya tetapi sengaja tidak mengakuinya. “I will come… but tomorrow.
Promise?
Yeah, promise.”
Jay tersenyum dan dia dapat merasakan gadis tersebut juga sedang tersenyum bahagia bersamanya kini. Mereka menamatkan perbualan sebentar kemudian.
“Meowww~~” seekor kucing hitam yang gemuk dan berbulu lebat melompat ke ribaan Jay sebaik pemuda itu menamatkan perbualan dengan ‘sahabat’nya. Hidungnya mengusap-ngusap wajah Jay. Kemudian kepalanya digesel-geselkan di dada tuannya. Dia mahukan perhatian.
“Crow…” Jay menepis muka binatang peliharaannya yang galak mahukan perhatiannya. “Kau lapar ya?” Dia faham akan ulah si kucing gemuk itu lalu mengendongnya menuju ke dapur untuk memberikannya makanan.




Bab5
KOLEJ UNIVERSITI PRINCE GELIUS II
PERPUSTAKAAN…
Terdapat ramai siswa siswi sedang bercinta dengan buku dan tugasan masing-masing di dalam perpustakaan besar itu. Suasana sunyi. Hanya kedengaran suara-suara kecil separuh berbisik di situ. Kawasan larangan untuk membuat bising memang begitu. Kalau bising orang tak panggil tempat ini sebagai perpustakaan.
Shin bersama beberapa orang rakan siswanya sedang berbincang sesuatu tentang tugasan mereka di sebuah meja. Salah seorang temannya sedang menerangkan sesuatu dan mereka semua kusyuk memberi perhatian. Shin sangat tekun dan fokus. Namun bukan pada penerangan temannya itu sebaliknya matanya sedang tertumpu pada meja di hadapannya. Selang dua meja dari tempat duduknya sekarang terdapat dua orang gadis yang juga sedang menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh pensyarah mereka.
Salah seorang gadis tersebut kelihatan stress menelaah segala macam buku yang bersepah di atas meja. Wajahnya berkerut seolah-olah terdesak melakukan perkara tersebut. Pandangannya terhadap teman di sebelahnya itu pula adakalanya kelihatan seperti tidak berpuas hati. Apa tidaknya, dia bersusah payah menyelesaikan tugasan sebaliknya temannya itu sibuk membuat hal sendiri dengan laptopnya. Shin senyum tipis sambil terus melihat gelagat Camie yang sesekali memebebeli temannya di sebelah.
Gadis di sebelah Camie itu sedang menaip sesuatu di komputer ribanya. Sesekali mulutnya memberi arahan kepada Camie dan adakalanya dia membalas kata-kata Camie dengan kata-kata yang pedas agar Camie berhenti dari membebel. Dari segi personaliti gadis itu jauh berbeza dengan Camie. Jika Camie seorang yang kelam kabut, gadis itu lebih kool tetapi bersifat garang apabila Camie cuba membantah kehendaknya. Dari segi penampilan pula Camie kelihatan comel dengan imej girlie nya. Sementara temannya itu pula nampak lebih matang walaupun berimej seksi. Mereka berdua umpama satu gandingan yang kelihatan janggal namun ada chemistery tersendiri. Black and white. Barbie and dark witch.
Shin kenal mereka berdua dan tahu yang selama ini mereka berdua memang akrab biarpun sering dilihat asyik bertengkar. Gadis berambut warna merah gelap dan berpotongan bob itu adakalanya kelihatan seperti pembuli Camie tapi bila mengenalinya dengan lebih dekat sebenarnya memang karaktor dirinya begitu. Lady boss. Entah dimana silapnya Camie berkenalan dengan sahabat seperti Leah Dianza Mikeilson.
“Shin, kau dah terbang sampai kemana?” salah seorang teman menegur Shin.
Perhatian Shin serta merta kembali semula pada teman-temannya. Kelibat Camie bersama sahabatnya yang berambut merah berpotongan bob itu ditinggalkan.
Sorry, guys.” Shin memohon maaf di atas keterlanjuran sikapnya yang mengabaikan perbincangan bersama kumpulannya. Dia kembali menghadap buku di tangan. “Kita sampai mana tadi?”
“Rasanya kita berhenti sampai di sini sahajalah. Our leader pun macam dah kurang fokus dalam perbincangan ini.” seorang lagi teman memberi cadangan. Memang dia perasan sejak tadi mata Shin sentiasa fokus pada perkara lain di hadapannya. “Well… ada bunga yang sedang menarik perhatian nampaknya, bro.” lelaki berambut blonde itu tersenyum nakal sambil menjeling ke arah dua bunga yang duduk selang dua meja dari mereka.
“Hah?” Shin sudah kantoi.
Masing-masing tersenyum nakal memerhatikan riak serba tidak kena Shin. Mata mereka bertiga sedang mengisyaratkan sesuatu kepada Shin agar pemuda itu pergi bertindak.
“Pergilah, Shin. Sementara tengah ada peluang.”
Shin buat muka blur. Peluang apa?
Matanya kembali dipicing ke arah Camie dan Leah. Mungkin itulah peluang yang dimaksudkan oleh rakan-rakannya. Dia menolak kerusi lalu bangkit berdiri. Terasa lutut sedang menggeletar sebaik merenung ke arah salah seorang gadis tersebut. Gulp! Shin sedikit gementar. Dia kembali merenung satu persatu teman-temannya yang bertiga di meja tersebut. Masing-masing mengangguk untuk meyakinkan Shin. Shin dapat sedikit kekuatan daripada rakan-rakannya.
“Awas dengan title ‘putera’ kau tu. Ramai gadis yang akan menangis kelak.”
Shin garu kepala. Blur lagi. Apa kaitan dirinya dengan title putera pula?
Dia mula melangkah menuju ke arah meja Camie…

***********

“LEAH, bahagian ni sangat susah. Kau tolonglah selesaikan. Takkan semuanya aku yang kena buat.” Camie separuh merungut melihat lambakan buku rujukan di atas meja. Sejak dari tadi Leah sedikitpun tidak mahu membantunya menyelesaikan tugasan tersebut. Padahal mereka satu kumpulan.
“Si Hodoh, apa kata kalau aku humban semua assignment yang kau dah siapkan tu ke dalam lubang tandas. Tentu bahagia hidup aku selepas ini sebab tak payah lagi dengar kau asyik merungut pasal assignment ni kan.” Leah asyik dengan sebuah artikel berkaitan dengan muzik di sebuah blog yang dilawatinya. Wajah tidak puas hati Camie sekadar dijeling sekali imbas.
“Kau ni memang suka mendera orang. Hei, aku bukan hamba kaulah.”
“Ya, kau bukan hamba aku tapi budak suruhan aku. Aku tak kira… disebabkan kau yang hilangkan file assignment tu aku nak kau handle semua masalah ni. Aku tak nak bantu.”
Bencinya. Kenapa takdir aku dipertemukan lagi dengan perempuan ni. Dari zaman high school sampai ke universiti dia masih lagi membuli aku. Leah Dianza Mikeilson… No way! Leah The Queen Of Pirate actually. Kau memang pirate sepanjang zaman. I hate you!
Namun Camie tidak berani membantah kerana semuanya berpunca darinya sendiri. Dia yang menjahanamkan file assignment yang sudah hampir Leah siapkan. Akibatnya dia terpaksa menyiapkan sekali lagi tugasan mereka. Mujur sebahagian rujukan masih ada dalam simpanannya.
“Hai, Camie…” Shin muncul menegur.
Serta merta perhatian Camie terhadap buku-buku rujukannya terbantut. Dia mendongak dan sebaik melihat Shin senyumannya mekar bak bunga daisy di waktu pagi. Ceria.
“Hai, Shin. Kau buat apa di sini?” mood stressnya lenyap serta merta sebaik melihat pemuda tersebut.
Leah di sebelah menjeling Camie yang tiba-tiba ceria sebaik ditegur oleh sang putera pujaan ramai gadis itu. Tangannya berhenti menaip. Pandangannya juga sudah dilarikan dari skrin laptop. Dia merenung dingin ke arah Shin yang hanya menegur Camie.
“H-hai, Leah…” Shin serba salah menegur gadis itu. Aura dingin yang dilepaskan oleh Leah seolah-olah cuba menerkannya.
Leah mendengus geram. Sapaan Shin tidak dihiraukan. Tak pedulilah Shin tu putera kacak atau anak bangsawan yang agung sekalipun. Baginya kehadiran Shin hanya mengganggu. Dia menyematkan head phone ke telinga dan fokus pada laptopnya semula.
“Aku ada perbincangan dengan group aku tapi kami baru sahaja selesai.” Shin kembali kepada Camie. Tak berani nak menegur sahabat Camie yang garang itu. “Korang tengah buat assignment apa? Ada apa-apa yang boleh aku bantu?” Shin sekadar mencari point untuk bercakap. Tanpa dipelawa dia mengambil tempat duduk di hadapan Camie. Ekor matanya sempat menjeling Leah semula. Gadis itu langsung tidak mempedulikannya. Lebih sibuk bercinta dengan laptopnya. Sesekali dilihat dia menyelak sebuah buku berkaitan muzik di sebelah laptopnya. Kepalanya terangguk-angguk menghayati muzik dari head phonenya. Ada ketikanya mulutnya terkumat-kamit menyanyikan lagu dengan perlahan. Terdetik sejenak di hati Shin tentang Leah. Gadis itu mungkin seorang pencinta muzik.
“Baiknya hati awak nak bantu kami siapkan assignment… tapi simpan sahajalah niat murni awak tu sebab kami tak sudi nak terima.” Leah bercakap sambil memandang ke arah skrin laptopnya. Rupanya dia masih mendengar setiap patah bicara Shin biarpun telinganya ditutup head phone. Sikapnya seolah-olah prejudis terhadap lelaki kacak yang cuba hendak bergaul mesra dengan mereka itu. Dasar lelaki handsome yang sinonim dengan title kasanova. Itulah motto yang tersemat dalam hatinya.
“Leah, Shin cuma berniat baik sahajalah.” Camie berasa malu dengan sikap Leah yang melayan Shin dengan kasar tanpa sebab.
“Kau jangan nak banyak cakap, Si Hodoh. Perhitungan kita belum selesai lagi. Aku takkan maafkan kau kalau assignment aku tak sukses kali ni!” tegas Leah sambil mencerlingkan bola matanya ke arah Camie.
Shin di hadapan hanya tergamam melihat sikap Leah terhadap Camie.
“Dan kau…” Leah tertumpu pada Shin pula. “Jangan cuba nak goda budak suruhan aku ni dengan rupa paras dan status kau.” Dia menuding jari telunjuknya yang runcing tepat ke muka Shin. Memberi amaran keras terhadap lelaki tersebut.
Shin telan liur. Wajahnya sangat hampir dengan Leah. “Err… bukan begitu. Saya cuma…” Shin hanya tergamam. Matanya bertentangan dengan mata galak Leah. Tiada kata-kata yang mampu terucap dari mulutnya. Kalau nak dikira rekod, inilah kali pertama Leah bercakap secara bersemuka dengannya dengan begitu rapat.
“Saya minta maaf. Saya takkan ganggu korang berdua lagi.” Shin mengangkat punggung dan bangkit dari kerusi. Dia tidak mahu bermain api apatah lagi dengan gadis seperti Leah.
Leah puas hati. Wajah dinginnya kembali menghadap laptop. Shin masih curi-curi merenungnya. Air mukanya menampakkan kekesalan kerana cuba datang menegur tadi. Camie yang duduk di sebelah Leah rasa bersalah pada Shin disebabkan sikap Leah yang kasar tadi. “Sorry, Shin.” Bibirnya bergerak secara bisu sebaik Shin menoleh ke arahnya.
Shin sekadar melemparkan senyuman untuk menutup kegusaran Camie. Sebelum melangkah pergi Shin sempat kembali menatap wajah ayu Leah yang tenggelam di sebalik kedinginan wajahnya yang garang.
Rakan-rakan Shin yang masih menapak di meja berhampiran hanya mampu menggeleng seakan-akan tidak percaya apabila kali pertama melihat Shin ditengking oleh seorang perempuan.

************

“SHIN!” Camie sempat mengejar Shin yang baru hendak melepasi pintu perpustakaan.
Shin berhenti melangkah dan kembali menoleh kepada Camie.
“Shin, aku minta maaf pasal Leah.” Camie rasa bersalah terhadap Shin disebabkan layanan buruk Leah tadi. “Actually dia tengah bad mood. Dia memang pantang orang datang ganggu dia masa dia tengah bad mood.”
“Tak apa, Camie. Aku tak ambil hati pun.” Shin melemparkan senyumannya untuk menutup rasa bersalah Camie. “Sekurang-kurangnya dapat juga aku bercakap dengan dia hari ini.”
“Hmm?” Camie mengerutkan dahi sambil merenung Shin dengan suatu persoalan.
“Tak apalah. Aku balik dahulu. Jumpa lagi petang ini, okey.” Shin mengelus-ngelus lembut kepala Camie sebelum mengatur langkah untuk beredar. Bibirnya hanya mengukir senyuman melihat raut tanda soal di wajah Camie.
Camie terus terpinga-pinga diperlakukan sedemikian rupa oleh Shin. Dia terus berdiri di situ sambil memerhatikan langkah Shin yang berlalu pergi. Sejurus kemudian dia tersenyum apabila teringatkan janji temu mereka petang nanti.

Dan di suatu sudut di dalam perpustakaan tersebut mata Leah sedang memicing tajam ke arah perbualan Camie dan Shin.

Bersambung...

No comments: