Kawan2 yg saya Sayang

Sunday, August 25, 2013

AITDS the sequel : THE WITCH THAT I LOVE (bab21)

Bab21
LELAKI memang tak guna! Kalau diberi peluang kehidupan kedua, aku pasti akan ambil alih tempat Madam Juwiette untuk menghapuskan Dew. Kenapa mesti lelaki seperti dia yang perlu aku beri perhatian selama ini? Kenapa perangai dia selalu buat aku rasa telah kalah pada lelaki? Kenapa dia selalu buat aku rasa menyesal dan macam orang bodoh sebab sanggup buat apa sahaja untuk melindungi dia? Kenapa aku perlu ada kawan yang teruk seperti Dew The Devil? Kenapa…?
“Sebab selama ini kau cintakan dia, Leah…” satu suara terimbau dari kotak memori Leah. Serta merta Leah mendongak ke atas seperti memerhatikan seseorang. Seseorang yang telah lama pergi dari hidupnya.
Shut up, Leo…” bisikannya itu disusuli dengan satu keluhan berat.
Itu adalah kata-kata terakhir yang pernah diucapkan oleh Leo kepadanya sebelum Leo mati. Suatu masa dahulu Leah, Dew dan Leo adalah BFF. Leo ialah sepupu merangkap sahabatnya sejak kecil. Dew pula adalah sahabat Leo ketika di sekolah menengah dan Leah berkenalan dengan Dew melalui Leo. Sebagai sahabat dan keluarga, Leo sangat memahami hati Leah terhadap Dew.
Sayangnya kini Leo sudah tiada. Leo pergi membawa sekali memori-memori indah yang mereka bertiga pernah cipta bersama. Selepas kematian Leo, hubungan diantara Leah dan Dew mula berubah. Mereka bukan lagi sahabat tetapi hanyalah rakan sekutu pada waktu-waktu tertentu sahaja. Mereka bukan lagi BFF walaupun dalam hati Leah tidak pernah berubah perasaan terhadap Dew.
Leah mengatur langkahnya yang longlai menuju ke fakultinya kembali setelah kelibat Dew yang pergi meninggalkannya tidak lagi dipandang.
“Camie…” sorotan matanya tajam memerhatikan kelibat Camie yang berdiri terpacak berhampiran tangga di foyer fakulti. Memikirkan gadis tersebutlah orang yang telah berjaya mengubah sikap The Devil dalam diri Dew, membuatkan jiwa Leah sangat sakit hati. Tidak kira samada ketika ingatan Dew normal mahupun ketika dia hilang ingatan kini, gadis itu sentiasa berjaya menarik perhatian Dew. Camie sentiasa berada di tempat yang istimewa di mata Dew.
Leah mengatur langkahnya menuju ke arah Camie yang kelihatan sedang basah kuyup akibat disimbah Cold Blog oleh peminat-peminat Shin Viera. Senyuman sinis Leah tersungging melihat keadaan Camie yang basah dan melekit akibat minuman manis berperisa strawberi itu.
You look so sweet, honey,” ujar Leah disusuli tawa sarkastiknya mengejek Camie.
Yes, I know.” Camie sempat menjilat cecair yang mengalir di bibirnya. Betul, memang manis pun. “Well, thank you, Leah.” Dia hanya menganggap kata-kata Leah sebagai satu pujian untuk menyedapkan hati sendiri walaupun jelas sekali yang Leah sedang mengejeknya.
“Aku dah cakap… kalau bukan aku pun pasti kau akan dibuli oleh orang lain. Jadi terima sahaja kenyataan yang kau tu memang ditakdirkan untuk dibuli oleh semua orang.”
“Kau memang seronok tengok aku dibuli.”
Well… membuli kau adalah suatu perkara yang menyeronokkan.” Roman wajah Leah nampak begitu puas. Seolah-olah melihat pesaingnya dibuli merupakan kegembiraan baginya. “Aku jamin kau tak nak Dew lihat kau dalam keadaan yang kotor dan melekit seperti ini. Jadi lebih baik kau jangan tunjukkan muka di hadapan Dew even kau ada temujanji bersamanya petang ini,” hati jahat Leah tetap mahu memisahkan Camie dan Dew.
Dia meninggalkan Camie dengan satu perasaan puas. Terubat jua jiwanya yang stress dengan sikap Dew terhadapnya tadi setelah melihat keadaan Camie begitu.

*************

KEDAI SERBANEKA PLANE MART…
Dew melangkah masuk ke kedai tersebut. Sorotan matanya segera menjejaki kelibat En. Tom. Namun En. Tom tidak kelihatan di sekitar kedai melainkan Sam yang sedang tersengih kepadanya di dalam kaunter membayar. Dew bergegas menuju ke arah temannya itu.
“Sam…” Dew menghulurkan tangan kanannya yang dikepal untuk dilagakan dengan kepalan tangan Sam; salam sahabat namanya.
“Jay, what’s up dude… lama tak nampak. Busy ke?”
Dew sekadar senyum tiga saat. Dia akan bersembang dengan Sam bila-bila masa tetapi sekarang dia ada hal mustahak untuk bertemu dengan Encik Tom.
“Abang Donut kau mana?” soalnya kepada Sam.
“Wow, tak sangka kau lebih rindukan dia berbanding aku.” Sam keluar ayat sinis.
Dew menggeleng sambil mengeluh mendengar kata-kata Sam. Nak kena luku agaknya budak Sam ni dengan aku…
“Sam, aku nak jumpa dengan Encik Tom.”
Sam merenung Dew dengan teruja. Senyumannya sentiasa terukir sinis penuh curiga.
“Aku… nak minta kerja di sini semula.” Dew akhirnya berterus terang.
“Hah?” mata Sam terbelalak. Mulutnya melopong mendengar tujuan sebenar Dew.
“Kau dah mula bosan dengan kolej ke, Jay?” Suara yang muncul secara tiba-tiba itu menarik perhatian Dew dan Sam secara serentak. Masing-masing menegakkan tubuh apabila melihat Encik Tom sedang berjalan ke arah kaunter tempat mereka berdua berbual.
“Bukan begitu. Kalau Encik Tom tak keberatan, boleh tak benarkan saya bekerja part time di sini?” Dew bertutur sopan dengan harapan dia mendapat peluang yang cerah di Plane Mart.
“Hmm…” Encik Tom mengelus-ngelus dagunya sambil merenung Dew untuk membuat pertimbangan. “Kenapa kau nak bekerja semula?”
“Sebab saya perlukan duit. Saya tiada sumber kewangan dan saya tiada keluarga jadi saya perlukan pekerjaan ini.”
“Hmm… baiklah. Memandangkan aku tahu bagaimana prestasi kerja kau selama ini, walaupun kadang-kadang kau pandai curi tulang tapi aku sudi terima kau bekerja semula di sini.”
Dew tersenyum lebar. Jawapan Encik Tom bagaikan telah memberi sinar harapan buatnya. “Terima kasih, Encik Tom.”
“Jadi tugas pertama kau… tu…” ibu jari Encik Tom mengunjuk ke suatu arah di bahagian rak makanan. Secara automatik juga mata Dew terlontar ke arah yang ditunjukkan oleh Encik Tom. Kelihatan seorang pemuda sedang melemparkan senyuman ke arahnya sambil memegang puncher di tangan.
“Aku nak kau ajar budak baru tu tentang susun atur semua barang-barang dalam kedai ni. Stok baru sahaja sampai jadi kau memang dah ada kerja sekarang,” kata Encik Tom memberi arahan.
 Dew tergamam tanpa suara sebaik melihat pemuda tersebut. Dalam kepala otaknya cuma ada satu soalan sahaja kini… “Kenapa dia?”
“Tunggu apa lagi. Kerjalah.”
Arahan dari Encik Tom menyebabkan tindakan reflek Dew bergerak menuju ke rak tersebut walaupun separuh hatinya berasa tidak rela kerana terpaksa bekerjasama dengan budak baru tersebut.
“Hai, Jay,” sapa si budak baru. “Nama aku Shin. Selamat bekerjasama.” Dia tersenyum bagaikan bunga matahari di waktu pagi yang ceria.
Dahi Dew berkerut sambil melontarkan jelingan kerek kepada pemuda ber-T putih dan memakai apron itu. Ada aura gelap sedang dilepaskan. Ada petir yang sedang cuba hendak memusnahkan cuaca yang indah tadi.

***************

“PUAS hati aku. Mulai sekarang dia takkan berani mendekati The Prince lagi.”
Leah yang sedang berada di dalam salah satu tandas di bilik tersebut hanya memasang telinga.
“Selepas dimalukan di hadapan ramai orang tadi, kau fikir dia akan berani ke?” suara lain menyampuk membalas kata-kata temannya. Kemudian suara mereka bergabung dalam tawa yang sangat puas.
Leah menyelitkan rambutnya ke belakang telinga. Kepalanya dirapatkan ke pintu tandas. Dia tertarik untuk terus mendengar perbualan tersebut. Siapa agaknya yang telah menjadi mangsa bulian gadis-gadis tersebut? Hati Leah tertanya-tanya.
“Tapi kan, sweet pula aku tengok perempuan tu kena simbah dengan Cold Blog tadi. Muka terkejut dia sangat kelakar. Bagus juga idea kau nak kenakan budak tu tadi.”
“Tak pasal-pasal dia dapat mandi air Cold Blog hari ini. Perisa strawberi pula tu. Padan muka dia.”
“Biar dia rasa. Untuk berada di samping The Prince, dia belum cukup layak lagi.”
“Dia tak kan layak selagi fans The Prince tak approve dia.”
Perbualan mereka berselang seli dengan suara tawa yang keras. Leah yang sedang mendengar perbualan tersebut sekadar tersenyum sinis. Dia dapat mengagak mereka semua sedang berbincang tentang siapa kini.
“Jadi semua ini angkara peminat The Fake Prince rupanya. Bagus, Camie. Kau dah buat aku jumpa dengan bahan yang menyeronokkan petang ini.” Bibirnya tersungging sebuah senyuman sinis yang penuh dengan muslihat jahat.
Sebelum keluar dari tandas, Leah melakukan sesuatu pada pam tandas. Setelah memastikan rancangannya berjalan lancar dia membetulkan pakaiannya lalu membuka tombol pintu untuk keluar dari tandas tersebut.
Sebaik dia keluar dari tandas tiga orang siswi tadi masih ada di situ sedang merias wajah di hadapan cermin. Kebetulan cermin tersebut berada di hadapan pintu tandas maka pantulan imej Leah serta merta menyapa mereka. Senyuman Leah terukir penuh makna sebelum mengambil tempat diantara mereka bertiga.
“Hai, Leah.” Salah seorang dari mereka yang mengenali Leah sekadar menegur.
“Hai, Tracy.” Leah yang sedang mencuci tangan sekadar melemparkan senyuman palsu kepada gadis berambut perang itu.
Salah seorang dari mereka mengatur langkah untuk ke salah satu tandas. Serta merta Leah menegur. “Kalau nak guna tandas lebih baik guna yang saya masuk tadi. Tandas yang lain tu pam macam dah rosak,” Leah bermuslihat.
Okey, thank’s.”
Welcome.” Siap mencuci tangan Leah pun berlalu untuk keluar dari bilik tersebut. Senyumannya terus meleret nakal. Dia tidak terus pergi sebaliknya menunggu di luar bilik tersebut.
Warghh!!!” tiba-tiba kedengaran suara jeritan yang disusuli dengan deburan air yang bertubi-tubi keluar dari arah tandas yang digunakan oleh gadis tadi. Leah mengintai dari luar. Dia menahan mulutnya yang mahu ketawa apabila melihat dua orang gadis tadi kelam kabut cuba menyelamatkan teman mereka yang masih bergelut dengan air yang memancut-mancut keluar dari pam tandas yang sengaja dirosakkan oleh Leah. Setelah misi kecilnya berjaya Leah mula mengatur langkah untuk beredar pergi.

“Hidup ini kadang-kadang memang stress… tapi kita mesti tahu cara untuk enjoy.” Sempat dia memusing kepala ke arah pintu bilik tandas semula. “Terima kasih sebab beri peluang pada Leah untuk enjoy petang ini.” Dia tersenyum sarkastik sebelum langkah kakinya panjang meninggalkan kawasan tersebut.

Bersambung...


Sunday, August 18, 2013

AITDS the sequel : THE WITCH THAT I LOVE (bab20)

Bab20
Semenjak kejadian di Kelab Golf Silverwolf tempohari Dew tidak lagi mempedulikan Leah. Malah kelibat Leah pun sedaya upaya hendak dijauhinya. Dia benar-benar tidak dapat menerima perbuatan Leah yang menipunya selama ini.
Boleh dikatakan dia banyak menghabiskan masanya bersama Camie sejak kebelakangan ini. Bergaul dengan Camie membuatkannya mula mengenali dirinya sendiri. Dia tidak lagi rasa keliru biarpun ingatannya belum pulih sepenuhnya. Dia selesa dengan sikap Camie yang ceria walaupun kadangkala agak kelam kabut dan blur. Sikap semulajadi Camie yang begitulah yang membuatkannya gembira setiap hari.
Petang itu dia ke Fakulti Sains & Matematik untuk mencari Camie. Untuk ke sana mungkin dia berhadapan dengan risiko akan terserempak dengan Leah tapi dia peduli apa. Lambat laun pun dia tetap tidak boleh lari dari berhadapan dengan Leah juga. Jadi dia memilih untuk ke sana sahaja selepas kelasnya untuk hari itu tamat.
 Ketika dia mencari Camie di foyer fakulti matanya terserempak dengan seorang pemuda bersusuk tubuh tinggi, berkemeja-T warna merah jambu dan memakai earphone di telinganya. Pemuda itu berjalan santai sambil mengelek buku dan fail hitam di tangan kirinya. Ada beberapa orang siswi yang cuba menegurnya namun pemuda itu langsung tidak mengambil peduli. Dia kelihatan sombong atau terleka dengan muzik yang didengarinya sehingga tidak sedar akan orang sekeliling yang sedang menegurnya. Barangkali. Namun apa yang lebih penting Dew masih ada persepsi yang negatif terhadap pemuda tersebut.
Parasit. Perampas. Pemusnah… dan Dew yakin pemuda itu adalah pencabar yang hebat. Pemuda itulah yang menyebabkan dia mula mengenali sifat sebenar Leah terhadapnya selama ini. Leah, si penggoda yang licik dan seorang yang bijak memanipulasikan setiap mangsanya…
…Tapi benarkah dakwaannya terhadap Leah sebenarnya? Apabila memikirkan yang selama ini Leah satu-satunya teman yang sentiasa ada disampingnya membuatkan Dew tertanya-tanya apakah motif sebenar Leah terhadap terhadapnya? Logikkah kalau Leah bertindak begitu kerana cemburu melihat keakraban Dew bersama Camie…?
Dew kembali memerhatikan Shin… Dari segi penampilan dan rupa paras atlit yang tidak diketahui namanya itu, Dew percaya pemuda itu seorang yang mudah diminati oleh sesiapa sahaja. Dia kelihatan seperti seorang lelaki yang ringkas dan berimej sopan. Caranya berjalan, berdiri mahupun duduk seolah-olah sudah terdidik dengan protokol sejak dari kecil. Namun sikapnya seperti tidak peduli dengan perhatian orang ramai terhadapnya. Dia bagaikan dalam dunianya sendiri dan lelaki seperti ini biasanya bukan calang-calang gadis dapat memikat hatinya. Setiap tindakannya pasti bermotif dan tanpa disedari sesiapa sebenarnya lelaki itu sedang memilih setiap pemujanya untuk dijadikan mangsa. Tentang Leah… Dew percaya Leah boleh lakukan apa sahaja jika gadis itu juga meminati Shin seperti kebanyakan gadis lain.
Dalam tempoh pemerhatiannya terhadap pemuda tersebut tiba-tiba kelibat Camie muncul di situ. Dew tersenyum gembira lantas mahu mengatur langkah untuk pergi mendapatkan Camie yang comel mengenakan gaun bertali halus berwarna putih dengan corak bunga ros merah di kaki gaun yang separas lutut itu. Rambutnya yang lurus melepasi bahu itu sengaja dibiarkan bebas begitu sahaja hari ini.
Langkah kaki Dew terhenti sebaik melihat Camie melencongkan langkahnya pergi mendapatkan Shin yang sedang bersandar di tembok berhampiran tangga. Wajah gadis itu tersenyum ceria sambil menepuk bahu Shin untuk menegurnya. Dew mula rasa tidak sedap hati melihat telatah Camie yang juga mesra terhadap Shin. Fikiran jahatnya mula memikirkan seandainya Camie juga meminati pemuda tersebut. Adakah mungkin yang Camie dan Leah bertelagah kerana masing-masing menyukai lelaki yang sama???
“Nampaknya dia bukan calang-calang pencabar. Aku akan tunggu peluang terbaik untuk bersemuka dengan kau… Mr. Gummy Smile!” bisiknya perlahan sendirian sambil sorotan matanya tajam memandang ke arah Camie yang sedang berbual dengan Shin.
“Jay…”
Suara seorang gadis menghentikan perhatian Dew terhadap Shin dan Camie. Dia menoleh ke belakang dan air mukanya ketat sebaik melihat susuk tubuh Leah yang sedang berdiri tegak di situ.

*******************

“Hei, Shin!” Camie menepuk bahu Shin setelah beberapa kali panggilannya tidak dihiraukan oleh Shin tadi.
Shin menoleh memandang Camie seraya menegakkan tubuhnya dan menanggalkan earphone di telinganya. Dia tersenyum memandang roman wajah Camie yang seakan-akan geram terhadapnya. Pastinya angkara earphone yang telah memisahkannya dengan dunia sekeliling akibat asyik dengan muzik yang sedang dilayannya.
“Camie, sorry. Dah lama sampai?”
Camie menggelengkan kepala berulang kali. Dia mencapai sebelah earphone yang tergantung di leher Shin lantas disematkan ke telinganya. “Apa yang kau layan sampai tak sedar orang sekeliling ni?”
Muzik keras dari band underground yang entah dari mana diperolehi oleh Shin menghentam telinga Camie. Tak sampai sepuluh saat Camie mencabut kembali earphone tersebut dan menyerahkan semula kepada Shin. “Lagu jenis apa yang kau dengar ni? Sakit telinga aku.”
Shin tersenyum sehingga menampakkan barisan gigi atasnya sampai ke gusi. “Land Of Roses lah. Ingat tak, aku pernah cerita pada kau tentang lagu Black Sakura In The Desert?”
Camie diam sejenak untuk meraih kembali memorinya tentang lagu tersebut. Shin pula mengambil tindakan menyematkan semula earphone nya ke telinga kanan Camie. Kemudian dia memutarkan semula lagu tersebut. Perlahan-lahan Camie tersenyum. Dia sudah mula mengingati lagu tersebut. Itulah lagu yang pernah Dew mainkan dengan gitarnya dahulu. Waktu itu dia bersama-sama dengan Shin menonton persembahan Dew dari balkoni rumah Shin.
“Macam mana… dah ingat?” Shin tersenyum lebar.
Camie mengangguk. “Aku nak lagu ni.” Bola mata Camie bagai bercahaya merenung Shin. Teruja dengan lagu tersebut biarpun baru dua kali mendengarnya.
“Tak boleh. Kau bukannya suka muzik yang bising dan keras macam ni. Buat apa kau nak simpan.” Shin sengaja mengusik. Dia tahu Camie mahukan lagu tersebut kerana ianya ada kaitan dengan Dew.
“Shin~~” Camie mula merengek dan tarik muka.
Kiss dulu. Nanti aku bluetooth kat kau.” Jari telunjuk Shin menyentuh pipinya sambil tersenyum nakal terhadap Camie. Dia sengaja mahu mengusik Camie kerana tahu yang Camie takkan menciumnya.
“Jadi aku tak nak pinjamkan kau vcd Master Piano ni kalau kau tak nak bagi lagu tu pada aku.” Camie juga ada modal untuk mengugut Shin. Ditangannya kini ada vcd Master Piano yang menghimpunkan klip-klip persembahan terbaik dari pemuzik terkenal seluruh dunia. Dia tahu vcd itu memang dicari-cari oleh Shin dan kebetulan Camie telah menemuinya di sebuah kedai menyewa vcd. Dia sengaja meminjamkannya untuk Shin.
“Wow… dari mana kau dapat? Bagi aku tengok…” Shin cuba mengambil vcd tersebut dari tangan Camie namun Camie mengelak dan menyorokkannya di belakang tubuh. “Camie, come on. Kau tahu kan dah lama aku cari vcd tu.”
“Yeah… aku tahu. Dan aku juga tahu yang kau sangat meminati muzik walaupun kau belajar dalam bidang Sains selama ini.” Camie tersengih melihat gelagat Shin yang begitu mahukan vcd di tangannya. “Bluetooth lagu tu untuk aku dahulu. Nanti aku beri kau pinjam vcd ni.”
Akhirnya Shin mengalah kerana begitu mahukan vcd Master Piano tersebut. Camie tersenyum girang melihat Shin mula menyentuh-nyentuh skrin telefon pintarnya untuk menghantar lagu tersebut kepadanya melalui Hunnypink. Ekor mata Camie sempat memandang sekeliling sementara menunggu lagu tersebut berjaya dihantar kepadanya. Ada beberapa mata sedang menjeling tajam kepadanya. Dia tidak pasti mengapa. Lagipun dia kurang mengenali gadis-gadis tersebut biarpun pernah melihat mereka.
“Siap. So, can I borrow the vcd?”
Camie tersenyum gembira. Vcd Master Piano diserahkan kepada Shin.
Thank’s.” Shin menyimpan vcd tersebut ke dalam beg sandangnya. “Aku pergi dahulu.” Shin segera mengatur langkah untuk beredar. Dia kelihatan mahu segera bergegas.
“Eh, nak kemana kelam kabut ni?”
“Ada kerja sikit. Jumpa lagi, okey.”
“Okey…” Camie hanya melihat langkah Shin yang bergegas meninggalkan foyer fakulti. Dalam kepalanya tertanya-tanya kemana Shin mahu pergi. Sejak kebelakangan ini agak sukar mahu menemui Shin pada waktu petang. Takkanlah setiap hari dia ada latihan olahraga… atau barangkali dia sudah ada jadual baru sekarang. Entahlah.
Camie kembali mengatur langkahnya meninggalkan foyer. Belum pun melebihi sepuluh tapak kakinya melangkah tiba-tiba dia disergah oleh sekumpulan gadis. Tiga orang gadis yang berdiri secara mengejut di hadapannya itu sedang memegang gelas kertas berisi minuman Cold Blog. Tanpa sebarang ucapan, dengan renungan dingin dan tidak puas hati terhadap Camie mereka bertiga melontarkan isi Cold Blog berperisa strawberi itu kepada Camie. Camie terkejut dan hanya mampu tergamam di situ.
“Hadiah untuk kau yang berani menghampiri putera kami.”
What the… fish!” Camie meraup wajahnya yang sejuk dan manis sambil menahan geram terhadap perbuatan peminat-peminat Shin.
Kedengaran tawa mengejek dari mereka semua sebelum berlalu meninggalkan Camie dalam keadaan manis berperisa strawberi.

***************

“JAY!”
Panggilan Leah menghentikan langkah kaki Dew yang sudah mahu beredar.
“Nak apa lagi? Aku sibuk ni.” Dew malas hendak bercakap dengan Leah.
“Kau sibuk apa? Kau takkan berada di sini kalau bukan kerana kelas kau dah habis.” Leah melangkah pantas dan memintas langkah Jay. “Let me guess… kau tengah tunggu Camie kan?” senyuman sinisnya tersungging di bibir.
“Kalau betul pun, kenapa? Jealous?”
Jealous? No way. Siapa Si Hodoh tu yang boleh buat aku jealous hanya kerana dia keluar bersama kau.”
See… memang kau jealous pada dia. Mengaku sahajalah, Leah.” Dew memusingkan kakinya untuk mengelak dari tubuh Leah yang menghalang laluannya.
Wajah Leah merona merah akibat menahan marah. Dalam tidak disedari tebakan Dew memang tepat mengena batang hidungnya. Dia sakit hati melihat Dew semakin akrab dengan Camie. Dia sakit hati apabila Dew semakin menjauhinya sejak kebelakangan ini. Dan dia sakit hati kerana hari ini dia menegur Dew semata-mata kerana dia sangat merindui lelaki itu. Namun lumrah gadis yang bernama Leah Dianza Mikeilson untuk mengekalkan keegoannya dan menafikan perasaannya terhadap Dew.
“Oh, ya…” langkah kaki Dew terhenti. Dia kembali memusingkan kakinya menghadap Leah. Dia menyeluk saku beg sandangnya dan mengeluarkan sejumlah not kertas lalu berjalan kembali mendapatkan Leah.
Leah merenungnya dengan tanda tanya. Dew menarik tapak tangan Leah untuk menerima pemberiannya.
“Apa ni, Jay?” Leah memandang not kertas dalam tapak tangannya.
“Pulangkan semula duit ini pada Tuan Ramelo.”
“Tapi kenapa?”
“Leah, semua kesenangan yang kau hadiahkan kepada aku selama ini datang dari lelaki itu, kan. Jadi aku tak nak.”
“Jay, kalau kau masih fikir yang lelaki tu sugar daddy aku…”
“Aku tak pedulilah siapa dia dengan kau. Aku cuma tak nak hidup dalam dunia kepura-puraan lagi. Dia tak perlu berbuat baik pada aku kalau tak berani nak bersemuka dengan aku.”
“Dia cuma nak jalankan tanggungjawab dia sebagai ayah.” Leah mempertahankan tindakan Tuan Ramelo.
“Ya, aku tahu. Camie dah beritahu pada aku tentang siapa dia tapi itu tak bermaksud yang aku akan terima dia sebagai ayah. Kau lupa? Aku tak ingat apa-apa memori tentang siapa ayah aku dan setahu aku, ayah aku bernama Rafael. Bukan Ramelo.”

Leah mati bicara. Bukan dia tiada fakta untuk membidas Dew tetapi apapun fakta yang dia tahu tentang Dew, lelaki itu tetap takkan menerimanya selagi memorinya masih hilang. Leah tidak mampu menarik kepercayaan Dew seperti dahulu lagi. Akhirnya Leah hanya membiarkan Dew berlalu pergi meninggalkannya terkulat-kulat di situ sendirian bertemankan sejumlah wang yang dikembalikan oleh Dew di tangannya.

Bersambung...

Wednesday, August 14, 2013

AITDS the sequel : THE WITCH THAT I LOVE (bab19)



Bab19
KELAB GOLF SILVERWOLF…
LEAH tidak tahu kenapa ke tempat sebegini Tuan Ramelo membawanya untuk bertemujanji. Dia hanya memaniskan wajahnya di hadapan lelaki itu walaupun jiwanya memberontak untuk beredar secepat mungkin. Leah cuma terfikir, adakah Tuan Ramelo terlalu gian untuk bermain golf sehinggakan temujanji mereka pun diadakan di padang golf. Oh, barangkali Riveria Hook sangat terpencil untuk dibina sebuah kelab golf… ataupun lelaki itu sengaja mahu merasai bau padang golf di Lisberg? Ahh… mengarut betul orang tua ini. Sehingga sekarang aku tidak faham mengapa golf terlalu sinonim dengan orang-orang kaya.
“Madam Juwiette sudah mula mencium sesuatu tentang Dew.” Lelaki separuh abad itu bersuara sebaik bola golf yang dipukulnya terbang melayang jauh ke tengah padang. Dia melintangkan tapak tangannya ke dahi untuk melihat sejauh mana bola yang dipukulnya itu pergi.
Leah tidak terus membalas kenyataan Tuan Ramelo apabila tiba-tiba Flexxena bergegar dan menyanyikan lagu Primadona Girl dari Marina & The Diamond. Nama ‘SELENA GOMEZ’ muncul di skrin telefonnya. Dia memutuskan panggilan dan kembali memerhatikan Tuan Ramelo yang sedang kusyuk meninjau sejauh mana bola golfnya telah pergi.
Sukar untuknya menafikan yang Tuan Ramelo masih kelihatan tampan dan berkarisma pada usianya yang sudah mencecah angka 50 kini. Lelaki itu tidak terlalu tinggi. Jika hendak dibandingkan dengan Dew pun Tuan Ramelo lebih rendah. Namun tubuhnya agak tegap berisi. Kumisnya tidak terlalu lebat namun nampak rapi menghiasi wajah. Raut mukanya sentiasa tenang dengan sepasang mata berwarna coklat yang agak sepet. Gayanya penuh karisma. Pakaian rasminya suit kemeja yang lengkap dengan kot. Cuma hari ini sahaja Tuan Ramelo ber-T kerana berada di padang golf.
“Kita tak boleh sembunyikan Dew selamanya di Kota Lisberg ini. Lambat laun pasti Madam Juwiette akan dapat mengesannya juga.” Tuan Ramelo menyerahkan kayu golfnya kepada pembantu yang setia berada disampingnya sejak tadi. Pemuda yang merangkap pemandu peribadi Tuan Ramelo itu tidak banyak bercakap. Dia mengendong beg kayu golf tuannya dan akan menurut sahaja kemana Tuan Ramelo pergi.
“Uncle… Madam Juwiette tu serius ke nak bunuh Dew?” Gadis ber-T jenama Polo berwarna Pink dan dipadankan dengan skirt putih itu melambung-lambung sebiji bola golf yang diambilnya dari poket beg kayu golf Tuan Ramelo sebentar tadi.
Tuan Ramelo sekadar tersenyum nipis mendengar pertanyaan Leah. “Kenapa Leah tanya lagi soalan itu? Leah tak percaya?”
Mereka berdua berjalan santai di kawasan lapang padang rumput tersebut.
“Bukan. Cuma Leah tak faham. Madam Juwiette tu macam orang gila sampai sanggup nak bunuh anak sendiri.” Tuan Ramelo tersenyum lagi sambil menggelengkan kepalanya mendengar kenyataan Leah. “Okey, fine. Dew bukan anak kandung dia. Tapi dia pernah sayang Dew separuh nyawa kan? Jadi kenapa dia sampai tergamak nak hapuskan Dew semata-mata kerana tak nak kalah pada ibu kandung Dew? Eh, Leah tak fahamlah gila jenis apa sebenarnya Madam Juwiette ni.”
“Dia seorang Psikopat,” jawab Tuan Ramelo seraya kakinya melangkah menuju ke arah bola golf. Pembantunya menurunkan beg golf lantas mengeluarkan salah satu kayu golf untuk Tuan Ramelo. Pada ketika itu sempat Tuan Ramelo mengerling kepada Leah yang terpinga-pinga memikirkan maksud perkataan yang baru disebutnya tadi.
“Psikopat tu apa?” Leah melangkah menghampiri Tuan Ramelo dan kembali bertanya.
“Psikopat ialah sejenis penyakit gila yang tak pernah ada masalah mental.” Tuan Ramelo membelek-belek kayu golfnya sebelum mengukur jarak bola golf yang mahu dipukulnya.
“Hah? Gila tapi tak gila. Macam tu?” dengan selamba Leah merampas kayu golf dari tangan Tuan Ramelo. Dia sudah mula bosan asyik mengekori Tuan Ramelo sejak tadi tanpa melakukan apa-apa. Terasa macam orang bodoh sahaja berjalan di tengah padang yang luas begitu sambil menonton lelaki itu memukul bola golf. Mungkin dia patut mencuba bermain golf kali ini.
“Nak cuba pukul?” tanya Tuan Ramelo.
“Uncle ajarlah.” Leah cuba mengikut gaya Tuan Ramelo memegang kayu golf tadi tapi terasa janggal kerana tidak biasa memegang peralatan tersebut. “Tapi sambil tu tolong ceritakan lagi tentang Psikopat. Leah tak faham.”
Tuan Ramelo melepaskan tawanya secara sederhana. Perkara berkaitan jiwa Madam Juwiette hanya diketahuinya selepas dia mengahwini wanita tersebut. Itupun selepas kelahiran anak pertama mereka. Madam Juwiette semakin menunjukkan sifat sebenarnya pada Tuan Ramelo.
Tidak ramai yang mengetahui tentang penyakit psikologi yang dinamakan sebagai Psikopat kerana jumlah pesakitnya sangat kecil. Pesakit yang mengalami masalah ini juga sukar dikesan kerana mereka bijak berpura-pura dan sentiasa berpenampilan menarik sehingga ada sebahagiannya disanjung orang ramai. Disebabkan itu jugalah penyakit ini hanya akan dikesan oleh orang yang rapat dengan pesakit sahaja.
“Salah cara pegang kayu golf tu. Mari uncle tunjukkan.” Tuan Ramelo merapatkan kedudukannya dengan Leah. Tangannya membetulkan pegangan tangan Leah pada kayu golf. “Jangan pegang terlalu kuat. Relax sahaja.”
Leah tidak menbantah. Cuma mengangguk. Sesekali ekor matanya menjeling wajah menawan Tuan Ramelo yang begitu hampir dengan wajahnya. Jantungnya berdegup laju. Sedikit gugup.
“Ni kenapa kaku sangat ni. Leah takut pada uncle ke?”
“Eh, taklah. Mana ada.” Leah berlagak normal semula dengan melenturkan semula tubuhnya menyendeng ke bahu Tuan Ramelo. Mata bundarnya yang berwarna hazel itu melirik nakal kepada lelaki segak itu. Kalau bukan kerana hartanya pun, lelaki itu tetap ada pakejnya yang tersediri. Mana-mana wanita pun akan memandang Tuan Ramelo sebagai lelaki budiman yang penuh karisma. “Uncle~~ sebenarnya kan…” suara Leah tiba-tiba berubah menjadi lebih lunak dan gemersik. Tiba-tiba dia teringin hendak cuba memikat lelaki itu.
“Hai, daripada kaku semacam sekarang dah berubah jadi sotong pula? Leah… tak perlu buat begini sebab uncle bukan Dew yang ingat dirinya ialah Jeremy.”
Serta merta Leah tarik muka muncung sambil kembali memegang dengan betul kayu golfnya. Tubuhnya juga sudah kembali tegak.
Tuan Ramelo sekadar tertawa kecil melihat telatah Leah. Walaupun sikap Leah tadi sepatutnya sesuatu yang menyeramkan bagi lelaki berstatus tinggi sepertinya namun entah mengapa dia rasa terhibur dengan gelagat Leah. Gadis itu walaupun pada luarannya seorang yang suka mengambil kesempatan dan pandai menggoda lelaki namun dari segi dalamannya dia seorang yang bijak dan bermatlamat. Dia suka mengikut jalan pintas walaupun dia tahu jalan itu lebih bahaya. Dia sanggup menghadapi sebarang risiko dan itulah sebabnya Tuan Ramelo memilihnya untuk menjaga Dew selama anaknya itu sakit.
“Uncle… Psikopat tu ada tak ubatnya?” Kayu golf dihayun tinggi melepasi bahu. Tuan Ramelo sedang memastikan kedudukan kaki Leah agar pukulannya tepat. Setelah bersedia kayu golf tersebut mula dihayun ke bawah untuk memukul bola golf.
“Ada… mati,” selamba sahaja Tuan Ramelo bertutur.
Serta merta pukulan Leah tergelincir dari sasaran. Konsentrasinya terganggu sebaik mendengar perkataan ‘mati’ dari mulut Tuan Ramelo. Kedengaran Tuan Ramelo tertawa melihat gelagat Leah yang hampir melayang sendiri mengalahkan bola golf yang langsung tidak bergerak di atas padang rumput.
“Uncle Ramelo!” suara tegas Leah berbaur amarah kerana ditertawakan oleh lelaki itu.
Sorry… uncle bergurau. Sebenarnya sukar hendak mengubati pesakit Psikopat melainkan rawatan psikologi dari pakar psikitriat. Itupun bergantung pada pesakit jika dia mahu menerima rawatan.”
“Maksud uncle?”
“Ada ke orang gila yang mengaku dia gila dan dengan rela hati nak berubat dengan doktor?”
Leah tersengih. Faham dengan maksud Tuan Ramelo.
Tiba-tiba sekali lagi Marina & The Diamond menyanyikan lagu Primadona Girl. Flexxena bergegar dari poket skirtnya. Leah mengambil telefon pintarnya untuk melihat panggilan tersebut. Nama SELENA GOMEZ lagi yang tertera pada skrin telefon.
“Ergh… perempuan ni lagi…” Dia sedikit merungut menerima panggilan tersebut. Tanpa mempedulikan panggilan tersebut dia terus mematikan panggilan dan kembali kepada Tuan Ramelo semula.

***************



SEJAK tadi Jay mengekori Leah bersama dengan seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Dia tidak menunggu Camie yang memakir kereta. Pandai-pandailah Camie mencarinya di padang golf itu nanti. Dia cuma pedulikan Leah yang disyaki sedang bermain kayu tiga di belakangnya.
Jay sedang bersembunyi di sebalik sepohon pokok kayu yang agak terpencil dan dilitupi semak rumput belaan yang tinggi. Matanya memicing tajam ke arah Leah yang sedang berbual dengan seorang lelaki separuh usia. Yang pasti lelaki itu bukan orang yang sama yang dikucup Leah ketika di stadium tempohari. Dari segi penampilan Jay percaya lelaki itu seorang yang kaya dan berkedudukan. Kalau tidak masakan dia mengajak Leah bertemu janji di kelab golf ternama sebegini.
“Dew, penat aku cari kau.” Camie sudah muncul sebaik menemui kedudukan Jay. Gadis itu segera bertinggung di sebelah Jay yang sedang tekun memerhatikan sesuatu. “Mana Leah? Dia dengan siapa?” mata Camie tercari-cari dimana kelibat Leah.
“Perempuan tu tengah mainkan aku, Camie. Tempoh hari dia dengan lelaki lain dan hari ini dengan lelaki lain pula.” Air muka Jay nampak tegang menahan amukan yang sedang berkumpul dalam dadanya.
Camie menoleh ke arah pandangan mata Jay dan matanya terus tertancap kepada pasangan yang sedang bersama Leah. Kelihatan Leah rancak berborak dengan lelaki tersebut. Mata Camie terbuntang setelah melihat siapakah lelaki tersebut. Sesuatu yang tidak dijangkakannya apabila Leah menemui seseorang yang turut dikenalinya.
Jay bergerak sedikit ke hadapan, ke sebuah lagi pokok lain untuk melihat dengan lebih dekat lelaki tersebut. Camie mengambil peluang itu untuk menghubungi Leah. Sambil itu dia memerhatikan Jay dari situ.
Talian sengaja diputuskan oleh Leah. Dia nampak perbuatan Leah yang memang sengaja memutuskan panggilannya. Camie merengus geram dengan perangai Leah. Dia cuma berniat baik untuk memberitahu Leah tentang kehadiran Jay di situ yang telah salah faham tentang siapa Tuan Ramelo. Camie segera bergegas mendapatkan Jay semula yang sudah mula bergerak lagi apabila mendapati Leah dan Tuan Ramelo sudah beredar ke tempat lain.
Gigi Jay berlaga-laga menahan amarah tatkala melihat adegan Leah yang kelihatan manja meminta tunjuk ajar Tuan Ramelo tentang permainan golf. Hatinya tambah terbakar melihat tangan Tuan Ramelo yang mula menyentuh kulit gadis itu. Sekejap pada tangannya untuk membetulkan pegangan kayu golf Leah. Sekejap pula pada pinggangnya untuk membetulkan posisi gadis itu. Dan adakalanya pada betis gebu Leah. Jay sudah hilang sabar. Dia segera bangkit untuk mula bertindak.
Camie datang tepat pada masanya lantas menyambar tangan Jay untuk menghalangnya.
“Dew, calm down... Sabar. Jangan nak terus serang orang secara melulu sahaja. Kau tak tahu lagi siapa sebenarnya lelaki itu. Boleh jadi dia…”
“Apa? Bapa angkat dia? Ke bapa ayam? Kalau dah raba sana, raba sini… pimpin ke hulu ke hilir itu namanya sugar daddy, Camie!” Jay menepis tangan Camie yang sedang menghalangnya pergi ke arah Leah dan Tuan Ramelo.
“Dew, dengar cakap aku. Leah tak mungkin ada skandal dengan lelaki itu.” Camie cuba meyakinkannya.
“Kau jangan cuba nak back up dia lah, Camie. Hei, bukankah selama ini kau orang berdua tak sebulu. Kenapa kau cuba nak pertahankan dia pula?” Jay kembali mengatur langkahnya.
Camie terpaksa mengekorinya. Sebolehnya dia mahu menghalang Jay dari bertindak melulu terhadap Tuan Ramelo. “Tak… bukan. Aku cuma cakap demi kebaikan kau. Kau cakap kau percayakan aku, kan.”
“Tak. Aku tak nak percaya pada kau.” Dia sedang marah dan dia tidak mahu mendengar setiap perkataan Camie. “Kalau orang yang aku percaya selama ini pun berani tipu aku, apatah lagi orang yang baru seminit aku kenal macam kau. Jangan halang aku lah, Camie!” Jay menepis tubuh Camie yang terus cuba menghalangnya pergi berhadapan dengan Tuan Ramelo.
“Hei… hei…! Listen to me, lelaki tu sebenarnya ayah kau.”
“Tak payah susah-susah nak cipta kisah dongenglah. Kau fikir aku akan percayakan kau?”
Camie tak mampu menghalang Dew lagi. Langkah kaki pemuda itu sudah panjang mahu pergi mendapatkan Tuan Ramelo. Camie tiada jalan lain lagi selain kembali mengubungi Leah.
Please, Leah. Pick up the phone!” Camie jadi hilang sabar apabila sekali lagi Leah sengaja mengabaikan panggilannya. “Baka Leah!” dia menjerit pada Hunnypink di tangannya. Kemudian matanya kembali menjejaki Dew yang sedang berjalan pantas untuk pergi menghampiri Leah dan Tuan Ramelo. Camie menggeleng kepala apabila mendapati Leah masih tidak sedar dengan kemunculan Dew.

SEBAIK sampai kepada Leah, Dew tanpa teragak-agak terus menerjah Tuan Ramelo. Tangannya mencekak kolar baju lelaki itu. Tuan Ramelo kelihatan terkejut dengan tindakan mengejut Dew. Sebelum sempat masing-masing bertindak Dew terus melepaskan satu tumbukan ke wajah Tuan Ramelo.
“JAY!” Leah menolak tubuh Dew menjauhi Tuan Ramelo. “Kau gila ke serang orang membabi buta macam ni.” Serta merta dia terus mendapatkan Tuan Ramelo yang terduduk di atas padang rumput selepas tercedera di bahagian mulut akibat tumbukan kencang Dew. Pembantunya yang pergi mengutip bola golf tadi terpinga-pinga melihat kejadian tersebut kerana dia baru tiba di situ. Leah membantu Tuan Ramelo untuk bangun semula.
Dew memandang dengan wajah yang tidak puas hati.
“Memang patut pun aku belasah orang tua kutuk, tak sedar diri macam dia ni. Disebabkan dia ni lah, perempuan mata duitan macam kau senang-senang sahaja jatuh ke tangan dia.”
Tuan Ramelo yang sedang memegang wajahnya yang masih sengal akibat ditumbuk tadi masih lagi berdiam diri dan tidak membalas sebarang kata-kata kesat yang dilontarkan oleh Dew.
“Kau belasah orang sesuka hati kemudian kau tuduh orang ikut sedap mulut. Kau fikir kau siapa?” Leah berdiri mendekati Dew secara berhadapan. Bola matanya tepat menikam cerlingan tajam Dew yang berapi-api. Dia sangat marah dengan tuduhan yang dilemparkan oleh pemuda itu terhadap Tuan Ramelo.
“Kau ni perempuan jenis apa, hah? Kelmarin kau bersama jantan lain dan hari ini kau dengan orang tua ni pula. Ni siapa? Sugar daddy kau kan?”
PANG!
Tanpa teragak-agak Leah melepaskan tamparannya ke wajah Dew yang lancang mulutnya. Sekilas Leah sempat menjeling kepada Tuan Ramelo. Air muka lelaki itu nampak sedikit berubah tetapi cuba disembunyikan dengan segaris senyuman tawar. Leah menahan perasaannya agar tidak bersikap terlalu menonjol. Tuan Ramelo masih belum memberi isyarat untuk dia membongkarkan rahsia siapa dirinya jadi Leah tidak boleh berterus terang kepada Dew.
“Aku percayakan kau selama ini. Kau satu-satunya orang yang aku percaya di tempat yang tiada siapa aku boleh percaya… dan sekarang kau musnahkan kepercayaan aku terhadap kau, Leah. Kau tampar aku disebabkan orang tua kutuk ni!”
“Ya, memang dia sugar daddy aku! Puas hati kau sekarang.” Leah tidak tahu jika dia telah mengambil langkah yang salah dengan membuat pengakuan sebegitu. Namun sebaik dia melihat Camie muncul, dia berasa sakit hati kerana Dew datang ke situ bersama-sama Camie. “Pergi berambus sekarang. Kita dah tak ada apa-apa hubungan lagi!”
Telinga Dew panas sampai ke hati sehingga menyebabkan otaknya terasa sedang menggelegak. Tangannya yang menggeletar digenggam kuat. Dia segera mengatur langkah. Dia tidak boleh terus berdiri di situ. Dia akan jadi hilang kawalan dan membelasah Leah jika dia tidak pergi dengan segera.
Sebaik Camie tiba di situ Dew sudah berpatah balik untuk pulang. Camie pantas memaut kedua belah lengan Dew dan memusingkannya semula menghadap Leah dan Tuan Ramelo.
“Dew… Dew, kau tak boleh pergi. Ini semua salah faham. Lelaki ini bukan sugar daddy Leah…”
Dew menepis pegangan Camie lantas meneruskan semula langkahnya. Setiap patah kata Camie langsung tidak berkesan lagi di hatinya. Amarahnya yang beraja di hati lebih menguasai jiwanya kini.
Leah mengerutkan dahi sambil ekor matanya mengerling Tuan Ramelo. Dia risau jika Camie membongkarkan rahsia mereka.
“Lelaki ini ayah kau!” jeritnya.
“Camie!” bola mata Leah menikam pandangan kepada Camie untuk memberikan amaran.
“Leah, cukuplah. Berhenti buat Dew jadi lebih keliru.”
Leah tidak mempedulikan omongan Camie. Malah kelibat Dew dilihat sudah semakin jauh meninggalkan padang golf tersebut. Tuan Ramelo sekadar melemparkan senyuman bermakna sebaik mata Camie merenung ke arahnya. Anak matanya bergerak mengarahkan Camie pergi mengejar Dew dan tidak perlu memanjangkan perbalahannya dengan Leah di sini.
Camie segera bergegas pergi mendapatkan Dew semula.
“Dew… Dew!” Camie berlari untuk menyaingi langkah Dew. “Dew, berhentilah! Beri peluang pada aku untuk…”
“DIAM! Pergi berambus dan jangan ikut aku lagi!” Dew bertempik ke muka Camie sebelum kembali mengatur langkahnya dengan kasar.
“Dew…” belum sempat Camie memanjangkan kata-katanya, belakang tapak tangan Dew melayang ke pipinya. Camie terkesima. Pipinya terasa pijar lantas disentuh perlahan-lahan. Terasa darah merah mengalir dari bibirnya yang pecah akibat sentuhan kasar tersebut. Bola matanya berkaca-kaca merenung Dew dengan perasaan sayu.
“…dan jangan panggil aku dengan nama tu. Nama aku Jeremy Oghio Khitto. Panggil aku Jay!” Wajahnya kelihatan bengis bagaikan raksasa yang sedang mengamuk. Dadanya berombak kuat akibat menahan perasaan yang berkecamuk dalam jiwanya. Dia sangat marah. Lebih-lebih lagi apabila mendengar Camie yang sering memanggilnya dengan nama asing yang tidak pernah diketahuinya sejak dia hilang ingatan.
No way… aku takkan panggil kau Jay sebab aku tak nak lagi kau percaya dengan identiti palsu tu. Jeremy dah mati dan aku nak kau sedar realiti sebenar siapa sebenarnya kau, Dew.” Camie memang degil dan takkan pernah putus asa untuk mengembalikan memori Dew biarpun terpaksa berhadapan risiko dikasari oleh pemuda itu.
“Selepas Leah musnahkan kepercayaan aku pada dia, kau fikir aku boleh terima lagi orang seperti kau? yang sama seperti Leah… yang kononnya cuba hendak membantu aku tapi sebenarnya menipu aku selama ini. Kau gila ke, perempuan! Pergi berambus dan jangan ganggu hidup aku lagi.” Dew menolak tubuh Camie sehingga gadis itu terjatuh ke belakang. Dia kembali mengatur langkah panjangnya untuk pergi secepat mungkin.
“Tak… aku tak sama seperti Leah…” dia memerhatikan langkah Dew yang telah diatur untuk meninggalkan padang golf tersebut. Dew semakin jauh meninggalkannya. Hati Camie remuk. Adakah dia perlu menghadapi sekali lagi kehilangan lelaki itu dalam hidupnya. Tidak… bukan ini yang dia mahu. Dia perlu mengubah situasi yang mengelirukan ini. Dia perlu mengembalikan memori Dew. Dia percaya ada sesuatu yang Leah sedang rancang di belakang Dew. Cuma dia tidak tahu adakah Leah berniat baik atau sebaliknya.
Camie bangkit dan kembali mengejar Dew.
“Hei…” Camie memaut kasar pergelangan tangan Dew untuk menghalangnya dari pergi. “Aku nak kau tarik balik apa yang kau tuduh tadi. Aku tak sama seperti Leah dan aku takkan putus asa selagi aku tak dapat kembalikan memori kau, Dew.”
Dew menepis tangan Camie sebelum menolak tubuh gadis itu dengan kasar. Camie terkebelakang tetapi tidak jatuh seperti tadi. “Jadi  buktikan kalau betul aku memang bukan Jeremy Oghio Khitto.”
“Jeremy tak pernah marah dan mengamuk macam orang gila. Jeremy tak pernah menuduh secara melulu. Jeremy rasional dan seorang yang sangat sabar dan sentiasa bersangka baik… kau patut sedar semua tu jika kau baca diari Jeremy selama ini. Kau boleh rasa semua tu. Kau boleh rasa kalau jiwa kau dan Jeremy sama atau tidak.”
Dew terdiam. Kata-kata Camie seolah-olah menamparnya semula. Fakta Camie tak pernah bercanggah dengan diari Jeremy biarpun gadis itu tidak pernah membaca diari yang sentiasa ada dalam simpanannya. Perlahan-lahan dia mula sedar yang sebenarnya dia terlalu marah sehingga tidak dapat berfikir secara rasional. Leah yang menjadi puncanya dan Camie pula yang menjadi mangsanya.
“Aku tak nak minta apa-apa daripada kau, Dew. Aku cuma mahu kau percaya yang aku nak bantu kau untuk pulih. Aku nak tolong kau untuk dapatkan semula semua benda yang kau dah hilang selama ini. Aku nak Dew aku kembali. Bukan Jay.” Camie tidak dapat menahan perasaan sebaknya. Air matanya mengalir tanpa dapat ditahan lagi. Selama ini dia memendam perasaan. Hatinya sakit. Jiwanya terluka. Orang yang dirindu ada di hadapan mata tapi terasa jauh hendak disentuh. Apatah lagi hendak didakap, langsung tak tergapai.
“Camie…” Dew merenung anak mata Camie yang berkaca-kaca. Air mata gadis itu membasahi pipinya yang mulus. Sorotan matanya terhadap Dew seolah-olah cuba merayu agar Dew mempercayainya. Dew hanya terkesima dan tidak mampu berkata apa-apa. Separuh jiwanya masih lagi keliru.
“Percayalah, Dew… kalau Jeremy masih hidup, dia akan sakit hati melihat keadaan kau sekarang.” sesekali sendunya kedengaran. Tangisannya bukan kerana sakit dilempang oleh Dew tetapi sedih melihat keadaan Dew yang keliru dan takut untuk mempercayai sesiapa disebabkan penyakit yang dialaminya kini.
“Aku minta maaf.” Nama Jeremy yang keluar dari mulut Camie menyebabkan perasaan Dew yang bercelaru menjadi sayu. Raksasa dalam jiwanya tadi perlahan-lahan lenyap. Wajah Camie yang berlinangan air mata itu ditatapnya. Darah yang mengalir dari bibir Camie yang pecah membuatkan Dew rasa bersalah. Dia menyentuh perlahan-lahan luka di tebing mulut Camie. “Aku tak sengaja menyakiti kau. Aku minta maaf, Camie.” Dia menyesali sikapnya terhadap Camie.
Camie menggelengkan kepalanya sambil memaut tapak tangan Dew yang mengusap pipinya setelah menyesali perbuatannya menampar Camie tadi. “Tak apa. Tak sakit. Apa sangatlah luka aku yang hanya bersifat luaran jika hendak dibandingkan dengan luka dalam jiwa yang kau alami sejak bertahun-tahun, Dew.”
“Tapi…”
“Aku tak kisah kau pukul aku. Yang penting aku nak kau sembuh. Aku nak tengok kau bahagia… dan aku percaya mendiang Jeremy pun harapkan perkara yang sama seperti aku juga. Dia nak kau bahagia… dia nak kita bahagia.” Air mata Camie kembali bergenang. Dia sedar yang Jeremy sudah menjadi lipatan dalam sejarah hidupnya tetapi dia tidak boleh menolak yang pertalian diantara Jeremy dan Dew lah yang membuatkan dirinya terus terikat dengan pasangan kembar tersebut. Dia sayangkan Jeremy tapi dia menyintai Dew kini.
Dew menarik tubuh Camie ke dalam dakapannya. Dia tidak memikirkannya secara rasional. Dia hanya melakukannya mengikut gerak hati.

“Aku mahu mempercayai kau mulai saat ini.” Memorinya tidak jelas tentang diri Camie tetapi nalurinya merasakan pernah dekat dengan hati Camie. Dia tahu, berbanding Leah, mungkin Camie lebih boleh dipercayai.

Bersambung....

Sunday, August 4, 2013

AITDS the sequel :- THE WITCH THAT I LOVE (bab18)

lukisan yang saje2 letak sebab ada orang tu baik hati sudi melukis Camie/Jay a.k.a. Dew & Jeremy

Bab18
KEDAI SERBANEKA PLANE MART…
SHIN bercekak pinggang sambil memandang papan tanda kedai tersebut. Gambar sebuah kapal terbang kertas yang simple tetapi cukup simbolik. Hanya pemilik kedai tersebut yang tahu makna disebalik logo kapal terbang kertas tersebut. Tapi Shin tidak kisah dan bukan itu yang mahu dia ambil peduli sekarang. Dia cuma tertarik dengan iklan yang tertera di luar kedai tersebut.
“Jawatan kosong sebagai pekerja tetap ataupun separuh masa. Berminat sila singgah ke Plane Mart dan temui Mr. Tommy Lee Jones… amboi, nama dah macam bintang Hollywood.” Shin tersenyum sendiri.
Kertas iklan tersebut dicabut agar tiada siapa yang akan nampak iklan jawatan kosong itu lagi. Dia akan pastikan jawatan tersebut menjadi miliknya. Rambutnya dilurutkan dengan kemas ke belakang. Pakaiannya ditarik sedikit untuk memastikan dia dalam keadaan kemas sebelum menemui Mr. Tommy Lee Jones. Kertas iklan tadi direnyuk-renyuk dan disimpan ke dalam poket seluarnya. Dengan senyuman yang terbaik dia menolak daun pintu dan masuk ke kedai tersebut dengan sebuah harapan menggunung.
Sebaik masuk ke dalam Plane Mart dia bercakap dengan seorang pemuda bernama Sam. Sam terangguk-angguk sebelum menjerit nama lelaki yang hendak ditemui oleh Shin.
“Encik Tom! Ada budak datang nak minta kerja ni!” jerit Sam dari kaunter membayar. Dia nampak sibuk kononnya sehingga malas hendak berjalan ke belakang memanggil supervisornya itu. “Tunggu dahulu ya. Sekejap lagi Abang Donut datang untuk interview kau.” Sam tersenyum penuh makna kepada Shin.
Shin hanya mengangguk. Leretan senyumannya seolah-olah blur dengan Abang Donut yang dimaksudkan oleh Sam.
Sebentar kemudian seorang lelaki lembut yang segak berkemeja merah jambu gelap dengan memakai apron coklat di pinggang muncul keluar dari pintu stor. Kepalanya memakai skaf berwarna sedondon dengan baju kemejanya. Shin tidak nampak wajahnya kerana lelaki itu memakai topeng muka. Di tangannya memegang penyapu dan bulu ayam. Pada firasat Shin pasti lelaki itu sedang mengemaskan bilik stor tersebut.
“Encik Tommy Lee Jones?” ujar Shin untuk memastikan lelaki tersebut.
“Ya, aku.” Encik Tom meninggalkan penyapu dan bulu ayamnya di sebelah kaunter Sam. Topeng mukanya ditanggalkan. “Siapa nama kau?” soalnya kepada Shin.
“Shin… Shin Viera.” Shin menguntumkan senyumannya. Dia sudah faham kenapa Sam memanggil lelaki itu Abang Donut.
“Hah, Shin… mari ikut aku.”
Shin pantas mengekori Encik Tom yang sudah mula melangkah. Mereka menuju ke belakang. Sam di meja kaunter hanya menjeling sambil tersengih-sengih macam kerang busuk. “Yes… akhirnya dapat juga partner. Harap-harap boleh ngam macam dengan Jay.”

*********

“WAKTU aku sedar dahulu aku berada di hospital dan aku tak tahu apa yang telah terjadi.” Jay sedang berlari setempat untuk memanaskan badan.
“Bagaimana pula kau berkenalan dengan Leah?” soal Camie yang turut berlari setempat di sebelah Jay sambil menghadap tasik buatan di taman rekreasi berhampiran universiti mereka.
“Kebetulan sahaja. Waktu itu dia sedang melawat neneknya yang sakit dan kami terserempak sewaktu aku cuba…” Jay terdiam seketika. Memikirkan yang dia pernah cuba hendak membunuh diri dahulu adalah suatu perbuatan paling bodoh pernah dia lakukan dan untuk mengakuinya di hadapan Camie dia berasa sedikit malu.
“Sewaktu apa?” Camie menyoal apabila ayat Jay tergantung.
“Aku pernah cuba hendak membunuh diri.” Camie hampir terkejut mendengarkan perkara tersebut. “Waktu itu emosi aku sangat tak stabil. Berada di tempat asing dalam keadaan tidak mengenali diri sendiri membuatkan aku rasa sungguh tertekan. Aku hilang keyakinan untuk meneruskan kehidupan.”
Langkah Camie yang sedang membuat pergerakan setempat itu serta merta terhenti sebaik mendengar kisah Jay yang pernah cuba hendak membunuh diri. “Dew…” dia memaut lengan baju Jay. Air muka lelaki itu direnungnya. Hatinya berasa terkilan kerana tidak berada disamping Jay pada saat-saat kritikalnya waktu itu. Camie cuba hendak memeluknya namun segera ditegah oleh Jay.
“Camie, jangan…” Jay memaut tubuh Camie untuk dijarakkan. “Tidak… selagi aku tak dapat ingat apa-apa.”
Camie mengangguk pasrah. Seperti yang dikatakan oleh Jay tadi, dia tidak boleh mempercayai sesiapa selagi memorinya masih belum pulih.
“Okey, tapi jangan cuba halang aku untuk panggil kau dengan nama Dew… even The Devil sekalipun,” pinta Camie.
Jay meleretkan senyuman sengetnya. “Whatever… asalkan kau bahagia.” Dia mula mengatur langkahnya untuk berlari secara perlahan menyusuri laluan pejalan kaki di sekitar tasik tersebut.
Camie menyusul dari belakang untuk beriringan dengannya.
“Dahulu kita selalu jogging macam ni bersama-sama.” Camie mula bercerita tentang kisah silam.
“Oh, yeah?” Jay sekadar memberikan respone untuk menyedapkan hati Camie. Walhal hatinya belum sepenuhnya mempercayai Camie.
“Kau suka buat competition yang bukan-bukan. Salah satunya berlumba lari. Kemudian siapa kalah mesti kena denda,” cerita Camie lagi.
Interesting… jadi siapa yang selalu kalah dan kena denda?” Jay mula tertarik.
“Kau tu seorang yang licik. Kau selalu menang sebab main taktik kotor dengan aku. Dan bila aku kalah kau selalu kenakan aku dengan denda-denda yang mengarut dan memalukan.”
Really?” Dahi Jay berkerut. Seolah-olah tidak percaya yang dirinya seteruk itu dahulu. “So, Dew is a bad guy lah ye?” soalannya itu seolah-olah dia bertanya tentang orang lain. Walhal dialah Dew yang dimaksudkan oleh Camie sejak tadi.
Camie mengangguk sambil meleretkan senyuman kepada Jay yang sedang buat memek muka tidak percaya dengan dakwaan Camie.
Denda yang paling tidak boleh dilupakan oleh Camie ialah menari lagu Nobody – Wonder Girls di khalayak ramai. Waktu itu kemenangan yang diperolehi Dew agak tidak adil sebab lelaki itu guna taktik kotor untuk memenangi perlumbaan. Dew berpura-pura telah cedera dan menyebabkan Camie berpatah balik untuk mendapatkannya. Akhirnya Dew mengambil kesempatan untuk memecut ke garisan penamat dan memenangi perlumbaan tersebut.
Kali ini Camie berjanji mahu memastikan Jay kalah dan akan menerima denda yang sama. Sebenarnya bukanlah sukar hendak menewaskan lelaki itu. Jay bukan seperti Shin yang memang seorang atlit olahraga. Jay itu kakinya sahaja panjang tetapi bukan kuat berlari pun. Cepat pancit. Jay memang bukan seorang yang berbakat dalam bidang sukan Jadi Camie ada kelebihan di situ.
“Apa kata kita berlumba lari hari ini… dan untuk membuktikan aku tak sama dengan Dew. Aku janji takkan main kotor dengan kau.”
Camie tersenyum panjang. Belum pun sempat dia mencabar, pemuda itu yang terlebih dahulu mengajaknya berlumba lari.
“Jadi kau setuju jika siapa yang kalah nanti akan didenda?”
“Okey, setuju… tapi apa dendanya?”
“Nak tahu apa dendanya? Apakata kita berlumba lari dahulu. Siapa kalah dapatlah merasa denda tu.” Ekor mata Camie mencari ranting kayu atau batu untuk membuat garisan mula di atas tanah. “Satu pusingan seluruh tasik ni sahaja. Kita mula dari sini dan tamatkan di sini juga. Setuju?” dia mengibas-ngibaskan tapak tangannya setelah selesai membuat garian mula.
“Aku janji akan berlumba secara adil tapi beritahulah dahulu pasal denda tu.” Teringin sungguh hatinya mahu tahu tentang denda yang kononnya pernah memalukan Camie dahulu.
“Siapa kalah kena buat Gwiyomi. Siapa menang boleh buat satu permintaan. Setuju atau tidak?”
Mendengar perkataan Gwiyomi serta merta senyuman Jay meleret lebar. Sudah tentulah dia akan memastikan Camie kalah kerana dia mahu melihat Camie membuat Gwiyomi secara live petang ini. “Setuju.”




(cuba bayangkan Jay yang evil n kaku tu wat gwiyomi cam Zain...Camie mesti gelak guling2 punye)

SETENGAH jam kemudian…
“Camie, kau tahu tak… ini adalah satu perkara yang paling tak macho dalam hidup aku. Apa kata kita tukar denda ni.” Jay berdalih setelah kalah dalam perlumbaan tadi.
No choice. Kau yang setuju. Janji tetap janji. Aku nak tengok kau buat Gwiyomi jugak.” Sebelah kening Camie terangkat sambil kedua belah tangannya disilangkan ke hadapan. Tidak sabar rasanya mahu melihat Jay melakukan denda yang telah dijanjikannya tadi.
“Woi, aku ni dahlah handsome. Macho pula tu. Lelaki berjiwa rockers, yang main gitar elektrik dan pergi gig konset… tiba-tiba nak kena denda buat Gwiyomi kat tengah-tengah taman rekreasi ni. Pleaselah Camie. Ini memang teruk.”
Camie tarik muka. Memang sah dasar The Devil. Tadi sebelum berlumba bukan main lagi dia setuju dengan denda tu. Sekarang dah kalah, nak buat alasan pula. Cheesedale punya boyfriend.
“Apa kata kita tukar denda tu dengan aku belanja kau makan aiskrim ke… atau belanja kau tengok wayang ke…”
NOOO!!! Aku nak kau buat Gwiyomi jugak!” tiba-tiba Camie bersifat garang dek kerana tidak tahan mendengar alasan-alasan Jay lagi.
“Erghhh…. $%^$#” Sikap degil Camie membuatkan Jay geram. Namun apakan dayanya. Terlanjur berjanji. Kononnya mahu menonton Gwiyomi Camie secara live. Manalah dia tahu rupanya Camie yang pendek itu boleh berlari laju dan telah mengalahkannya.
“Kau buatlah versi apa sekalipun. Janji ianya Gwiyomi. Maybe kau boleh cuba buat Gwiyomi versi One Ok Rock ke atau versi Nirvana ke. Mesti best. Cepatlah, Dew.” Camie tersengih-sengih melihat telatah Jay yang tertekan disebabkan Gwiyomi. Entah-entah sedang menyumpah-nyumpah pencipta yang telah mempopularkan Gwiyomi ke seluruh dunia itu.
Jay duduk bersila di atas rumput berhampiran tasik. Camie juga ikut duduk bertentangan dengan Jay.
“Aku tak hafal lagu tu.” Dia masih mencari jalan untuk mengelak denda tersebut.
“Alasan lah tu.” Camie tarik muncung pada wajahnya. Bercadang hendak merajuk seandainya Jay terus-terusan mahu mengelak dari melakukan denda tersebut.
“Serius lah. Sedangkan nama kau pun susah aku nak ingat, apatah lagi bahasa Korea yang lebih berbelit sebutannya tu.” Kiranya ini adalah alasan yang bernas untuk tidak melakukan denda tersebut.
“Kalau macam tu biar aku pasang lagu tu, kemudian kau miming sahaja sambil buat gwiyomi yang cute-cute tu ye.” Setiap alasan pasti ada jalan untuk dipatahkan. Camie takkan biarkan Jay terlepas daripada dendanya.
Akhirnya Jay tetap gagal untuk melarikan diri dari denda tersebut. Dia akur walaupun terpaksa menahan muka yang tebal lebih dari seinchi gara-gara penangan Gwiyomi. Lagu gwiyomi dipasang dari Hunnypink yang berwarna pink dan ada rantai blink-blink sebagai hiasannya. Tidak banyak yang Jay boleh ikut. Dia cuma ingat sedikit sahaja melalui video Camie yang dilihatnya tapi dia hafal gaya di bahagian korus lagu tersebut.
“1 + 1 = Gwiyomi...”
Camie tersenyum panjang melihat Jay yang bermuka kaku tapi tengah buat gaya comel.
“2 + 2 = Gwiyomi...”
Camie mengulum tawa di dalam mulutnya melihat telatah Jay yang sedang mengembungkan mulutnya dengan dahi yang berkerut. Pastinya dia tidak senang untuk berlagak comel di tempat awam.
“3 + 3 = Gwiyomi… gi-gi-gwiyomi… gi-gi-gwiyomi…”
Bhahahaha~~ Camie sudah tidak tertahan menahan tawanya. Gaya straight face Jay yang ditambah dengan gerakan tangannya yang nampak kalut dan keliru membuatkannya ketawa terbahak-bahak. Sumpah comel tahap overboard.
“4 + 4 = Gwiyomi…” Jay buat tak peduli dengan sikap Camie yang sedang mentertawakannya. Dia terus sahaja menyudahkan Gwiyomi nya.
“5 + 5 = Gwiyomi…” Camie ikut sekali dalam pergerakan Jay namun tawanya masih belum berhenti. Dia nampak begitu gembira sehingga tidak dapat mengawal gelaknya sejak tadi.
“6 + 6 = chu chu chu chu chu chu gwiyomi gwiyomiii!!!” Mereka berdua menjerit sekuat hati di akhir lagu tersebut. Jay menjerit kerana melepaskan geram sebab bernasib malang kerana didenda petang itu. Sementara jeritan Camie lebih berunsur perasaan gembira yang tidak terhingga kerana telah berjaya mendenda Jay hari ini.
“Puas hati sekarang, Cik Camily Miya… Miya… whatever your name. Seronok ya dapat kenakan aku petang ni.”
Camie tarik muka ketat. Jay lupa lagi dengan nama penuhnya. Tapi tidak mengapa kerana hari ini dia berjaya mendenda lelaki itu. Dia tersenyum panjang semula.
“Kau mesti lupa yang dahulu kau pernah denda aku menari lagu Nobody-Wonder Girls kat tempat macam ni tau. Hari ini kira kita dah seri satu samalah.”
“Hmm…” wajah Jay sedikit berkerut. Seolah-olah sedang mengingati memori tersebut. Dia bangkit berdiri. Masih lagi cuba mengingati sesuatu tentang masa silamnya bersama Camie namun percubaannya menemui jalan buntu. Dia masih tidak dapat mengingati memori tersebut. Jangan kata memori bersama Camie sahaja, malah semua perkara pun gagal diingatinya.
Tiba-tiba sedang dia cuba meraih ingatannya, matanya tertancap pada sesusuk tubuh seksi yang sedang berdiri di samping sebuah kereta mewah yang berhenti di bahu jalan di luar kawasan taman rekreasi tersebut. Secara automatik kaki Jay dihayun pergi menuju ke arah gadis tersebut.
“Dew, nak kemana tu?” Camie memanggilnya.
Jay menghentikan langkahnya dan kembali menoleh kepada Camie.
“Nak balik.” Tanpa mempedulikan reaksi Camie terhadapnya, Jay kembali melangkah untuk mendapatkan Leah yang kelihatan sudah membuka pintu kereta. Belum sempat dia sampai kepada Leah, kereta mewah tersebut telah membawa Leah meninggalkan kawasan tersebut.
Jay berpatah balik untuk mendapatkan Camie.
“Camie, jom ikut aku.” Jay segera memaut lengan Camie dan menariknya untuk menuju ke parkir kereta dengan dengan terkocoh-kocoh.
“Nak pergi mana?” Camie tertanya-tanya dengan langkah yang kelam kabut menuruti Jay.
“Aku ada perhitungan yang penting dengan perempuan talam dua belas muka tu.”
“Siapa?”
“Leah Dianza Mikeilson!”
What? The Queen Of Pirate? Apa dia dah buat pada kau?”

“The Queen Of Pirate? Ahah… cantik sangatlah gelaran tu. Memang kena dengan dia.” Bibir Jay senget ke atas mempamerkan senyuman sarkastiknya. Ada sesuatu sedang bermain di dalam benaknya. Sebelum ini dia nampak Leah bercium dengan seorang atlit kacak dan hari ini Leah bersama dengan seorang lelaki kaya yang sudah bergelar pakcik pula. Yang mana satu Tom Cruise sebenarnya ni? Siap kau kejap lagi Leah!

Bersambung...