Kawan2 yg saya Sayang

Thursday, May 6, 2010

Ai Without Love ::Bab 7::

Tajuk : The Make Over

Watak : Yna, Ryo... Miss Ferez(pemilik butik)

Genre : Friendship & romance

Lokasi : Lobi Hotel pearl Intrusa, Butik NAF Miracle

Ringkasan : Ryo nak make over Yna jadi gadis impian yang diharapkan oleh peminatnya. Say no pada Yna yang seksi... say yes pada Yna yang bersopan santun; say no pda Yna yang penggoda... say yes pada Yna yang berbudi pekerti; Say no pada Yna yang garang... say yes pada Yna yang comel. ;P




Bab 7

Sudah hampir setengah jam Yna menunggu di ruang lobi hotel. Batang hidung Ryo masih tidak kelihatan. Dia mula berasa bosan lantas segera menghubungi lelaki itu.

“Kat mana? Cepatlah! Kenapa lambat sangat?” Tanpa sebarang pembuka kata, Yna terus menyerang Ryo.

“Pergi ke Butik NAF Miracle sekarang. Kita jumpa di sana.” Yang di sana juga terus memberi arahan tanpa pembuka bicara yang sepatutnya terhadap Yna.

“Kau ni kan…” … Sesedap oren pula dia nak bagi aku arahan macam tu. “Motif?”

“Motif… motif apa pula?”

“Motif kenapa aku perlu ikut arahan kau?”

“Kat sana nanti aku beritahu. Cepat pergi. Sekarang!”

Plup! Talian segera dimatikan Ryo.

Yna mengetap bibir. Geram. Sakitnya hati dengan mamat ni!!!

 

************

 

BUTIK NAF MIRACLE…

Yna tercari-cari kelibat Ryo di sekitar butik tersebut. Seperti yang dijanjikan dia ke situ biarpun marahkan tindakan Ryo yang sesuka hati memberi arahan kepadanya tadi. Pekerja di butik tersebut datang menyambutnya dengan senyuman mesra namun dia tidak menghiraukannya. Apa yang dicarinya kini bukan pakaian baru tetapi Ryo.

Tiba-tiba lengannya ditarik dari belakang oleh seseorang. Yna yang terkejut segera melawan dengan mengilas semula tangan yang disangkanya berniat jahat itu.

“Ahh~!!” Ryo menjerit kesakitan apabila tangannya dikilas secara tiba-tiba oleh Yna.

“Kau?” Yna segera melepaskan Ryo. “Padan muka! Siapa suruh muncul macam penyangak.” Yna sengih sinis sambil merenung jejaka di hadapannya itu.

“Penyangak kau panggil aku… teruk betul.” Tangan Ryo sudah gatal hendak mencekik seseorang. Wajah sarkastik Yna dipandang sekilas sahaja sebelum mengurut tangan kanan yang masih terasa sakit akibat dikilas Yna tadi.

“Nasib baik penyangak, kalau perogol bersiri…” Yna tidak meneruskan kata-katanya. Riak bengang pada wajah Ryo dikesannya. Renungannya lekat pada seraut wajah yang sudah hilang ketampanannya akibat muncung di wajah itu. Langsung tidak sesuai dengan imej idol yang menjadi kegilaan ramai. Yna terasa ingin ketawa. Namun tawanya itu hanya dikulum di dalam mulut. Hasilnya senyuman yang tidak sekata dan pincang yang terhasil.

“Yna…” Ryo mencurigai situasi Yna.

“Kita nak buat apa di sini?” Yna segera bertanya. Cuba menutup segala tindakannya tadi.

Ryo merenungnya tajam. Seolah-olah sedang meneka hati Yna. Dia terasa seperti ditertawakan dalam diam.

Make over.” Ryo melupakan saja perasaan sangsinya itu. Dia berjalan pergi mendapatkan khidmat pemilik butik NAF Miracle.

Make over?” Yna menututinya. “Nak make over apa?”

Ryo tidak menghiraukan soalan Yna. Dia bercakap-cakap dengan seorang wanita berpenampilan unik yang merupakan pemilik butik tersebut. Yna yang tidak tahu apa-apa terpaksa menjauhi perbincangan tersebut. Hanya selepas seketika barulah Ryo kembali kepadanya semula.

Sorry, buat kau tertunggu-tunggu.”

Yna mengangkat wajah memandang Ryo.

“Miss Ferez, saya tak suka gadis ini. Tolong bawa dia pergi jauh dari sini sekarang juga,” kata Ryo kepada wanita pemilik butik berkenaan dengan nada serius.

Dahi Yna berkerut geram. Kedua belah tangan sedang dikepal. Bersedia hendak membelasah mulut cabul Ryo.

“Saya nak yang comel-comel. Lepas tu yang bersopan. Tak mahu yang over seksi macam ni. Tolong ubah dia jadi apa yang saya nak.”

Wajah marah Yna bertukar menjadi tanda tanya. Motif apakah yang cuba dsampaikan oleh Ryo? Mahu dia menjadi gadis idamannyakah?


P/S : selamat membaca~~

1 comment:

YONG JIAO XIU said...

alahai yang, nape pendek je ari ni.huhuhu. cepat sambung ye. @^_^@