Kawan2 yg saya Sayang

Thursday, June 10, 2010

Angel In The Devil suit 1 ::Bab20::

BAB 20
MEMOIR Camie & Jeremy…
Camie berlari-lari anak mendapatkan Jeremy. Temannya itu tentu sudah lama menunggunya di tempat biasa perjumpaan mereka. Dia sudah terlewat petang itu. Semuanya gara-gara terpaksa menyudahkan tugas membersihkan kelasnya tadi.
Dari jauh dia nampak batang tubuh Jeremy yang sedang berdiri di tangga di tebing sungai mengadap ke satu arah. Camie segera mempercepatkan langkahnya. Tentu sudah lama Jeremy berdiri disitu menunggunya hari ini. Moga-moga Jeremy tidak marah dengan kelewatan yang tidak disengajakannya itu.
“Jeremy!”
Jeremy tidak menyahut panggilan Camie. Matanya terus tertumpu pada arah yang sedang direnungnya. Camie melompat menerpa lelaki itu.
“Jeremy…” lengan baju Jeremy ditariknya. Jeremy menoleh sekilas kepada si gadis sebelum kembali merenung tempat tadi.
Sorry lambat. Awak marah saya?” Camie terasa yang lelaki itu sedang marah disebabkan kelewatannya hari ini. “Awak… saya minta maaf, ya,” pujuk Camie dengan lembut.
It’s okey, Milly,” jawab Jeremy tanpa menoleh kepada Camie.
No… I think it’s not okey. Awak tak pandang pada saya pun. Maknanya awak sedang marah saya kan, Jeremy.”
Jeremy pantas menoleh kepada Camie. Senyuman manis terukir di bibir lelaki itu. “Saya tak marah awaklah, Milly,” ucap Jeremy penuh keikhlasan. Kepala Camie diusap-usap lembut menandakan yang dia tidak marah walau sedikitpun terhadap kelewatan Camie petang itu.
Camie berasa lega tapi dia tertanya-tanya apa yang menarik perhatian Jeremy sejak tadi sehinggakan lelaki itu tidak lepas-lepas memandang ke arah jambatan yang tidak jauh dari mereka.
“Apa yang awak asyik pandang tu?”
“Tu~.” Mata Jeremy terarah tepat pada sesuatu di tebing jambatan.
Camie menajamkan matanya ke arah yang ditunjukkan oleh Jeremy. Seekor anak anjing terperangkap di luar tebing jambatan.
“Kesihannya anak anjing tu. Kita kena selamatkan dia, Jeremy.”
“Err… saya tengah fikir cara nak selamatkan anak anjing tu sejak tadi.”
“Apa yang susah sangat. Pergilah panjat tebing tu,” Camie memberi cadangan mudah. Jelas yang dia sangat risau akan keselamatan binatang tersebut.
Jeremy diam. Matanya hanya memandang anak anjing tersebut dengan perasaan simpati. Namun hanya sekadar simpati. Dia tidak berusaha untuk pergi menyelamatkan anak anjing tersebut. Camie jadi tidak sabar dengan perlakuan Jeremy lantas dia berlari menuju ke jambatan tersebut untuk cuba menyelamatkan anak anjing yang malang itu.
Pemuda yang masih mengelek beg sekolah itu hanya memerhatikan tindakan berani Camie yang sedang memanjat tebing jambatan itu semata-mata mahu menyelamatkan anak anjing tersebut. Jeremy mengawasi langkah Camie. Dalam hatinya berdoa agar Camie berjaya menyelamatkan anak anjing tersebut.
Camie hampir mencapai tubuh kecil anak anjing itu. “Mari… marilah ke sini. Aku datang nak selamatkan kau. Marilah datang lebih dekat, sayang,” panggil Camie. Namun si anak anjing itu hanya memerhatikan Camie dengan wajah comelnya. Tidak mengerti yang gadis itu sedang bertungkus lumus cuba menyelamatkannya.
“Aahh~~!!” tiba-tiba Camie tersilap langkah dan tergelincir. Mujur sempat tangannya memaut besi pada tebing jambatan itu.
Jeremy yang melihat kejadian tersebut bergegas berlari ke jambatan.
“Milly~!!” jeritnya cemas memanggil Camie yang sedang tergantung di tebing jambatan tersebut.
“Jeremy~!! Selamatkan saya! Saya tak nak mati~” Camie sudah meraung ketakutan. Air matanya sudah bergenang di kolam mata.
“Tak… awak takkan mati. Saya akan selamatkan awak!” Jeremy segera memanjat tebing besi di jambatan tersebut. Tangannya segera dihulur kepada Camie sebaik berada di luar tebing. Camie sangat jauh dari capaian tangannya lantas dia bergerak perlahan-lahan sehingga berjaya menyentuh Camie.
Gadis itu terus meraung ketakutan. Dalam kepayahan Jeremy terus memujuk Camie agar bertenang. Anak anjing berwarna coklat keperangan tadi sekadar melihat tanpa bisa membantu Camie. Ia takkan mampu menghulurkan bantuan melainkan jika ia berakal.
“Ouw!” si comel itu berbunyi seolah-olah memahami kesulitan yang sedang dihadapi oleh kedua pasangan tersebut.
Jeremy yang terus cuba menghulur tangan kepada Camie mengerling kepada anak anjing tersebut. Wajahnya nampak cemas. Berharap anak anjing itu duduk diam di situ dahulu sementara dia menyelamatkan Camie.
Akhirnya setelah berusaha keras Jeremy berjaya memaut tangan Camie. Namun ketika dia cuba menarik Camie tiba-tiba anak anjing tadi menghampirinya. Akibat terkejut dengan tindakan anak anjing tersebut Jeremy terlompat dan akhirnya dia dan Camie terhumban ke dalam sungai bersama-sama.
“Ahh~!!”
Jeremy, adakah kita akan mati bersama-sama dalam sungai ini? kata hati Camie… Tiada penyesalan jika takdir saya untuk mati bersama-sama awak, Milly… hati Jeremy turut bersuara. Masing-masing memejamkan mata. Tapak tangan saling berpaut… Andai takdir kita tidak dapat dipisahkan, biarlah kita bersatu sehingga maut yang memisahkan kita, sayang…
CHEBUSH~!!
Beberapa saat kemudian salah seorang daripada mereka timbul dan berdiri di tengah sungai tersebut. Jeremy mengusap muka yang baru keluar dari air tawar itu. Tangan kanan yang masih menggenggam tangan Camie menarik gadis tersebut keluar dari air.
“Milly…”
Perlahan-lahan Camie cuba berdiri. Gadis itu mengusap-ngusap wajahnya yang hampir lemas. Kemudian mereka saling berpandangan… dan…
“Hahaha~~!!!” Tawa masing-masing meletus dengan kuat.
“Air sungai ni ceteklah! Hahaha~!!”Camie ketawa berdekah-dekah.
“Kita tak mati. Sungai ni tak dalam. Hahaha~!!” Jeremy turut ketawa deras. Masing-masing sudah menyangka yang nyawa mereka berada di hujung tanduk tadi. Rupa-rupanya air sungai itu cetek. Apabila berdiri dalamnya cuma di takat bawah pinggang sahaja.

***************

SELEPAS keluar dari sungai cetek tersebut, Jeremy dan Camie pergi menyelamatkan anak anjing tadi semula. Selepas itu mereka duduk di tangga di tebing sungai untuk mengeringkan tubuh.
Camie asyik bermain dengan anak anjing tersebut. Manakala Jeremy sebaliknya  menjauhi binatang tersebut. Bukan setakat anjing, malah Camie juga tidak mahu dihampirinya kini. Agak pelik Camie melihat sikap Jeremy.
“Kenapa awak menjauhkan diri dari kami?” tanya Camie merujuk kepada dirinya serta anak anjing dalam rangkulannya itu.
“Err… sebenarnya saya…” Jeremy nampak serba salah.
“Jeremy, awak ada masalah dengan anak anjing ni?”
“Maaf, Milly. Bukannya saya tak suka tapi saya alergi dengan haiwan berbulu,” jelas Jeremy sekaligus menjelaskan kenapa dia tidak pergi menyelamatkan sendiri anak anjing tersebut tadi. “Awak tahu kan saya sakit. Disebabkan penyakit saya, Ma tak benarkan saya sentuh haiwan-haiwan berbulu. Jadi sampai besar saya tak suka dengan binatang macam anjing dan kucing,” cerita Jeremy menjelaskan kedudukannya yang sebenar.
“Err… I’m so sorry. Saya tak tahu.” Camie melepaskan sebentar anak anjing tersebut dan pergi mendekati kekasihnya.
Jeremy tersenyum memandang wajah simpati Camie.
“Saya suka anak anjing tu. Ia comel tapi saya tak boleh pegang.”
“Tak apa, saya pun boleh jadi anak anjing comel awak… kalau awak nak. Awak boleh pegang dan belai saya macam anak anjing.”
Jeremy ketawa gelihati. “Mengarutlah awak ni, Milly.” Hidung gadis itu dikuis manja.
Camie tersenyum malu. Kata-katanya tadi tidak lebih sekadar gurauan untuk memujuk lara hati Jeremy yang seakan bersedih.
Jeremy menyeluk begnya mengeluarkan sesuatu. Sebungkus roti dihulurkan kepada Camie.
“Tak nak. Saya tak lapar,” kata Camie.
“Bukannya bagi awak… tu, anak anjing tu yang lapar. Awak pergi bagi dia makan.”
Camie malu sendiri apabila rupanya niat Jeremy mahu memberikan makanan tersebut kepada anak anjing tadi tapi disebabkan Jeremy tidak mahu mendekati binatang tersebut lalu dia menyerahkan roti itu kepada Camie.
“Okey…” Camie tersenyum malu. Roti itu diambil kemudian dia mendekati anak anjing yang sedang menguis-nguis tanah itu.
Tatkala Camie menghulurkan cubitan roti, dengan segera anak anjing tersebut menggigitnya. Nampaknya betul kata Jeremy. Anak anjing tersebut benar-benar kelaparan. Bersungguh dia makan roti tersebut. Barangkali sudah terlalu lama dia terperangkap di tebing jambatan tadi.
Jeremy memerhati Camie dan anak anjing yang bersungguh mengunyah makanannya itu. Segaris senyuman bahagia bergayut di bibir lelaki itu. Gembira hatinya melihat Camie melayan kerenah manja anak anjing tersebut. Walaupun dia tidak dapat bermain bersama dengan anak anjing tersebut namun dia tetap rasa senang melihat kebahagiaan Camie bersama anak anjing itu dari jauh.
Namun dalam tawa gambiranya itu jauh di sudut hatinya diburu perasaan sayu. Entah berapa lama lagi dia dapat melihat senyuman gadis tersebut. Dia sedar yang senyuman itu tak kan boleh dimilikinya lantas setiap hari dia menghargainya. Cuba menggembirakan Camie sepanjang masa agar senyuman gadis itu tidak akan lekang dari bibirnya. Semoga senyuman ini kekal biarpun aku tiada lagi di dunia ini, sayang…

No comments: