Kawan2 yg saya Sayang

Wednesday, April 28, 2010

Ai Without Love ::Bab 5::

Tajuk : Kontrak Percintaan

Watak : Ryo Nishikido, Yna Baktiar

Genre : Friendship & Romance

Lokasi : Apartment kediaman Yna

Ringkasan : Yna - "Kau ingat bercinta tu macam makan donut ke. main nak sesedap rasa je ajak bercinta. huh!" ... Ryo - "Aku pilih kau sebab kau pelakon yang hebat... best tahap world!"




Pintu dibuka dan seorang pemuda berpakaian kemas sedang berdiri di luar rumah Yna. Ryo senyum manis kepada Yna. Senyuman yang bagai tiada niat yang tersirat. Yna tidak membalas senyuman lelaki tersebut. Sekadar memandangnya tanpa sebarang perasaan.

“Boleh kita bercakap sekejap? Ada sesuatu yang aku nak bincangkan dengan kau,” ujar Ryo.

“Erm… tunggu aku bersiap sekejap. Kita berbincang di luar,” balas Yna lalu cuba menutup semula pintu rumahnya.

“Tidak…” Ryo menahan pintu yang hendak ditutup itu. “Kita bincang di dalam. Sekarang.” Ryo melangkahkan kakinya masuk ke dalam rumah Yna.

“Hei…” Yna agak tidak berpuas dengan tindakan Ryo yang masuk ke rumahnya tanpa kebenaran.

“Lebih elok berbincang di dalam. Err… ada wartawan sedang ekori aku.”

Fine… hanya untuk kali ini. Lagipun aku dah terlibat dalam kehidupan glamournya sekarang.

Yna menutup rapat pintunya dan menjemput Ryo ke ruang tamu. Ryo duduk di kerusi empuk yang rapat di penjuru dinding itu. Sementara Yna di ruang dapur sedang menuang jus ke dalam sebiji gelas. Selepas itu dia  kembali mendapatkan Ryo.

Sempat matanya menjeling ke tingkap, menjejaki kelibat beberapa orang yang mencurigakan di luar kawasan pangsapurinya. Minuman diletak di atas meja di hadapan Ryo sebentar kemudian. Yna mengambil tempat di sebelah Ryo.

“Kau memang sangat popular sekarang. Aku cemburukan kau.” Yna memulakan kata-kata.

“Heh… perkataan cemburu kau tu macam dah tak sama bunyinya seperti waktu dulu. Kau sindir aku ya.”

Yna mencebik. Ryo masih ingat akan kisah lama mereka yang selalu bergaduh demi merebut populariti sewaktu di zaman kolej dulu.

“Apa yang kau nak bincangkan dengan aku? Cepatlah cakap,” soal Yna sejurus kemudian. Dia tidak mahu topik tadi  berlanjutan.

“Aku nak bincang soal perniagaan dengan kau.”

“Hah? Apa maksud kau?”

“Aku dah fade up apabila terlalu menjadi perhatian orang. Kadangkala aku rasa dipergunakan oleh sesetengah pihak. Mereka anggap aku sebagai benda yang boleh memberi keuntungan yang lumayan.”

Yna mengerutkan dahi. Kurang jelas dengan titik utama yang cuba hendak disampaikan oleh Ryo.

“Mari kita bercinta.”

Yna tergamam. Matanya buntang merenung Ryo.

Pap!!

Yna memukul dahi Ryo kuat. Seolah-olah cuba hendak menyedarkan temannya itu.

“Ouwch!” Ryo memegang dahi yang tiba-tiba ditampar oleh Yna.

“Kau gila ke? Kau ingat bercinta tu macam makan donut… senangnya bercakap.” Yna geram.

“Aku tak habis cakap lagi. Sabarlah…”

“Hah, cakaplah cepat. Kau nak ambil berapa banyak masa untuk cakap dengan jelas?”

“Aku nak buat kontrak percintaan dengan kau. Itulah urus niaga yang aku nak cakap tadi.”

“Apa? Kontrak percintaan?” reaksi terkejut dari Yna. Namun ada riak tertarik pada wajahnya.

“Ya… aku bayar kau untuk bercinta dengan aku di hadapan umum,” jelas Ryo.

“Tapi untuk apa?”

Ryo mengambil masa sebelum dia menjelaskan dengan lebih lanjut.

“Ada orang sedang cuba jatuhkan aku melalui berita tentang kita berdua. Sebelum berita yang lebih mengarut berjaya mereka cipta aku perlu tutup mulut mereka.

“Jadi?”

“Kau kan pelakon terbaik. Best tahap world. Sebab tu aku pilih kau untuk jadi kekasih aku.”

“Aku…?” Yna menuding pada diri sendiri. Roman wajahnya seakan tidak puas hati dengan kenyataan Ryo. Terasa Ryo sedang menyindirnya.

“Macam ni…” Mereka memulakan perbincangan tersebut dengan lebih serius.

 

*********

 

Yna memandang majalah yang memaparkan gambarnya bersama Ryo yang diambil oleh paparazzi selepas Ryo meninggalkan kediamannya tadi. Sejak insiden terperangkap di lif tempohari kehidupan sehariannya turut menjadi perhatian umum. Walaupun tidak banyak tapi kini dia turut menerima tempias populariti Ryo. Banyak andaian-andaian yang dicipta tentang kewujudannya di sisi Ryo. Ada yang menganggapnya adalah kekasih rahsia yang disembunyikan olehh Ryo selama ini. Ada juga berita mengatakan yang kewujudannya sengaja diada-adakan untuk menaikkan lagi populariti Ryo. Ada juga yang menganggap sebenarnya Yna adalah saudara kandung Ryo kerana melihat persamaan yang wujud di wajah kedua-dua mereka.

Bagi Yna, dia tidak peduli dengan semua khabar angin tersebut. Memikirkan tawaran yang diajukan oleh Ryo tadi membuatkan dia berfikir akan faedah yang bakal diperolehinya nanti.

“Menjadi kakasih kontrak untuk mengaburi mata umum. Untuk menutup mulut wartawan yang suka mensensasikan cerita artis… dan sekaligus mendapatkan kepercayaan daripada peminatnya.” Yna mencapai berita dalam majalah yang dilihatnya di atas meja. Ditatap semula gambarnya bersama Ryo di dalam majalah tersebut. “Kau memang bijak, Ryo. Aku juga tidak bodoh untuk menggunakan peluang yang ada untuk membalas perbuatan yang kawan baik kau tu dah lakukan terhadap aku.” Matanya tajam merenung wajah kacak yang menghiasi dada majalah itu. Senyuman penuh makna terlakar di wajah gadis tersebut.

Majalah tersebut dilontar ke atas meja semula. Yna bangkit lantas berjalan menuju ke meja konsol di sebelah televisyen. Dia menarik laci meja dan mencapai sesuatu yang disimpan jauh di dalam laci tersebut. Bagaikan sesuatu yang sudah lama dibuang namun tidak berani untuk dibuang terus dari kotak kenangannya.

Wajah Vic kembali datang menyapa dari sudut dalam laci berkenaan. Yna menatapnya semula setelah sekian lama.

“Sekali kau tinggalkan luka di hati ini… selamanya ia akan berbekas. Kini aku akan pulangkan semula kesakitan itu kepada kau. Aku nak kau rasa, Vic… dilukakan oleh sahabat sendiri itu lebih pedih berbanding membunuh cinta sendiri.”

Gambar tidak bernyawa itu direnung tajam penuh dendam. Yna… dia telah kembali sebagai pendendam kepada kaum lelaki.




Nota kaki : Sorry... Gomennasai... mianhae... sangatlah lama tak post entry enovella. Kesulitan amatlah dikesali... (╯︵╰,)

4 comments:

Unknown said...

hehe :)
best3x! ntah2 nnti yna fall in love ngan ryo ;D

fndrocka said...

not bad

fndrocka said...

tp tak suka macam ada gaya2 korean drama..hhuhu

Kaseh Esmiralda said...

@fndrocka ; ngaaa~~ tapi kite tak suke korean drama... neway, thanx 4 comment