Kawan2 yg saya Sayang

Wednesday, June 9, 2010

Angel In The Devil Suit 1 ::Bab 6::




BAB6
HARI-hari yang berikutnya…
Kelas berjalan seperti biasa. Camie agak tenang dan seronok kerana dalam beberapa hari ini Jeremy tidak lagi membulinya. Barangkali Jeremy takut dan masih dibayangi peristiwa kelmarin. Hahaha… kalaulah boleh aku nak ketawa kuat-kuat sekarang. Sesekali Camie menjeling ke sebelah, memandang Jeremy yang masih dengan gaya Superman nya, lena ketika guru hampir nak kering tekak berceramah di hadapan kelas.
Tapi kalau difikir-fikirkan semula, aku tak boleh terlalu gembira. Jeremy bukannya tak berani nak buli aku tapi mungkin dia tak berkesempatan nak mengenakan aku. Kelmarin dia tak datang kelas. Aku tidak tahu kenapa. Siapa yang berani nak tanya The Taiko tu… Semalam pula masa kami banyak terbuang di luar kelas sebab ada aktiviti luar, ceramah tentang kesedaran penyalahgunaan dadah… cuma hari ini masa kami banyak terluang di dalam kelas. Tapi Jeremy pula lebih banyak menghabiskan masa dengan tidur sepanjang hari.
Peliklah Jeremy ni. Selalu kata aku perempuan pelik tapi dia pun pelik juga sebab boleh tidur dalam kelas Cikgu Maka yang bersuara lantang dan kuat ni. Cikgu Maka, tak boleh ke cikgu sergah Jeremy daripada terus tidur! Huh~ cikgu-cikgu kat sekolah ni pun bermasalah juga. Anak murid tidur dalam kelas pun diorang buat daak je
“Woi, budak pelik.”
Suara yang memanggil itu sedikit mengejutkan Camie. Alamak… baru je nak rasa tenang, tiba-tiba dia dah bangun pula. Apa pula kali ni? Janganlah buat aku kecut lagi…
“Kau ambik buku ni…”
Jeremy yang masih menggenyeh-genyeh mata selepas bangun tidur itu menyuakan buku tulisnya kepada Camie. Camie yang tidak tahu apa-apa menurut saja mengambil buku tersebut. Jeremy menjeling sekejap guru yang sedang mengajar di hadapan sebelum kembali mengerling Camie.
“Kau salin semua nota yang cikgu bagi untuk aku… oh ya, termasuk apa yang cikgu cakap juga. Isi penting saja. Jangan kau lurus bendul sangat nak salin semuanya bulat-bulat,” arah Jeremy. Suaranya dikawal perlahan tapi tegas, seolah mengugut.
“Ha?” apasal aku pula yang kena? “tapi…”
“Apa tapi-tapi, kau tak puas hati?” ujar Jeremy keras.
Camie tertunduk diam. Akur sekali lagi dengan arahan Jeremy.
 Si Taiko itu bangun dari tempat duduknya. Kerusinya yang ditolak dengan kasar sehingga jatuh terlentang ke belakang. Semua yang berada dalam kelas tertumpu kepadanya termasuk Cikgu Maka, turut berhenti memberi penerangan tentang subjek Ekonominya.
Jeremy buat tidak faham dengan perhatian semua orang yang tertumpu kepadanya kini. Dia mencapai beg sandangnya dan mula mengatur langkah untuk meninggalkan kelas.
“Jeremy!” panggil cikgu Maka sebaik Jeremy sampai di muka pintu.
Tstt… Jeremy berdecit. Tidak senang dipanggil oleh guru tersebut. Namun dia tetap berpaling kepada gurunya.
“Kemana kamu nak pergi? Duduk semula di tempat kamu.” Cikgu Maka memberi arahan dengan berani walaupun jelas yang riak wajahnya nampak takut-takut.
“Tak nak,” jawab Jeremy selamba.
“Jeremy… duduk!” arahnya sekali lagi.
“Jangan anggap saya macam budak kecil… cikgu yang membosankan.”
Cikgu yang membosankan? Herk… aku baru saja dikritik oleh pelajarku. Teruknya perasaan aku sekarang.
Cikgu Maka tergamam. Kelibat Jeremy menghilang dari pandangannya selepas itu. Disebabkan inilah aku tak mahu menegurnya. Sampai hati budak tu kata aku ni membosankan. Melampau betul!
Camie terus memandang kelibat Jeremy yang sudah hilang. Dalam hati terdetik untuk mengetahui siapa Jeremy yang sebenarnya sehingga guru-guru juga tidak berani menentangnya. Si pembuli merangkap gangster kolej macam Jeremy sepatutnya sudah lama dikenakan tindakan disiplin tapi kenapa semua orang seperti tidak berani menentangnya?
Aku tak pernah nampak dia belajar dengan serius. Belajar dengan serius? Lebih sesuai aku katakan yang dia tidak pernah belajar semasa di kelas… jadi untuk apa dia masuk ke kelas kalau dia tak nak belajar?

No comments: