Kawan2 yg saya Sayang

Monday, February 4, 2013

Aku Bukan Malaikat (BAB6)


Bab kali ini agak kontroversi sikit... so kepada yang dah start follow tu jangan terkejut pula ye... selamat membaca dengan tenang. PEACE (^__^) V

Bab6
MALAM masih muda. Suasana belum terasa sunyi. Hakimi sedang tekun menyediakan masakannya di dapur. Api dapur yang menyala sedang memasak sos spaghetti di dalam periuk. Sesekali dia mengacau masakannya. Sambil itu dia mengemaskan meja dapur yang telah digunakannya.

Di ruang tamu yang bersatu dengan ruang dapur, muzik lembut yang berasaskan alunan piano sedang mendayu-dayu bergema menghiasi suasana kediaman tersebut. Alunan instrumen tersebut kedengaran sungguh menenangkan dan mendamaikan telinga yang mendengar.

“Hakimi…”

Hakimi yang sedang sibuk dengan tugasnya di dapur itu tersenyum apabila namanya diseru. Dia menoleh ke arah suara yang memanggilnya. Seorang pemuda muncul menghampiri Hakimi. Di tangannya memegang tuala kecil sambil menggosok kepalanya yang masih basah kerana baru lepas mandi. Tubuhnya yang sasa dibiarkan terdedah sehingga ke paras pinggang. Dia hanya memakai seluar boxer paras atas lutut.

“Wow!” Hakimi merenungnya dengan pandangan yang sukar dimengertikan. “Kau cuba nak goda aku ke ni?” kata-kata Hakimi mengundang tawa Ameer yang sedang berjalan menghampirinya.

“Aku bau sesuatu yang sedap sehingga menyebabkan perut aku berasa lapar sekarang.” Ameer sudah berdiri rapat di sisi Hakimi yang sedang memeriksa masakannya untuk kali terakhir sebelum mematikan api dapur.

“Nak rasa?” Hakimi menyudu sedikit masakan di dalam periuk. Ditiup sedikit untuk mengurangkan kepanasannya sebelum disuakan ke mulut Ameer. Ameer yang sudah sedia menganga terus menelan sos spaghetti yang disuapkan ke mulutnya.

Perfect!” dia tersenyum sambil mengangkat ibu jarinya tanda bagus.

Hakimi tersenyum mendengar komen pendek Ameer. Setelah berpuas hati dengan masakannya dia mematikan api dapur sebelum sedia menghidangkan masakannya untuk Ameer.


*****************

Ting! Tong!
MARIYA yang baru selesai membersihkan tubuh keluar dari bilik air apabila terdengar loceng biliknya dibunyikan dari luar. Dengan hanya memakai jubah mandi yang disediakan pihak hotel dia terus membuka pintu bilik hotel. Seorang pekerja hotel berpakaian seragam rasmi hotel menyambutnya dengan senyuman di luar bilik tersebut.

“Cik Dhia Mariya…”

“Ya, saya.” Mata Mariya melirik ke arah dulang yang ditatang pemuda tersebut.

“Pesanan yang cik minta.” Pekerja hotel tersebut menghulurkan dulang berisi makan malam yang dipesan oleh Mariya.

Mariya tersenyum gembira. Selesai mandi makanan sudah sedia terhidang.

“Terima kasih.” Dulang bertukar tangan. Sebentar kemudian pekerja hotel itu beredar meninggalkan Mariya.
Mariya membawa dulang makanan ke meja yang terletak di sudut katil yang bersambung dengan dinding. Ruang bilik tersebut memang kecil tetapi cukup untuk dirinya sendiri. Dia tidak memerlukan ruang yang luas. Asalkan selesa dan murah sudah memadai.

Rambutnya yang basah selepas dicuci tadi dibalut dengan tuala. Mariya merebahkan diri di atas katil. Makanan dibiarkan dahulu walau perutnya sudah terasa lapar mahu diisi. Kepalanya asyik memikirkan seseorang sehingga menyebabkan seleranya terhadap makanan terbantut. Peristiwa petang tadi menerjah ruang ingatannya semula. Entah kenapa dia rasa sebak ketika dihalau oleh Ameer. Lebih sebak lagi kerana gagal mendapatkan semula rantai lehernya.

Tangan Mariya meraba lehernya. Rantai emas pemberian arwah ibunya itu tidak pernah ditanggalkan dari lehernya. Apatah lagi disebabkan loket anak kunci yang terdapat pada rantai tersebut. Loket itu sangat bermakna biarpun ia pemberian dari insan yang sangat dibencinya.

Sebenarnya Mariya sengaja meninggalkan rantai tersebut di bilik Ameer. Dengan cara itu dia ada sebab untuk kembali ke rumah Ameer. Dia mahu mendekati Ameer. Dia mahu tahu siapa sebenarnya Ameer yang menjadi punca perpisahannya dengan Hakimi. Dia cuma mahukan bukti yang kukuh sebelum menuduh Hakimi menjalinkan hubungan dengan lelaki itu.

“Irfan Hakimi… aku tak kan lepaskan kau dengan begitu mudah. Aku juga takkan biarkan Ameer memiliki cinta kau dengan senang hati.” Dalam wajah ayu dan lembut itu sebenarnya hatinya dipenuhi perasaan dendam. Kebenciannya terhadap Irfan Hakimi bermula kerana dendamnya terhadap lelaki dan Ameer telah menjadi punca dia kembali berdendam.

*************

DUA mug milo panas yang masih berasap diletakkan dengan tertib di atas meja kopi oleh Hakimi. Kemudian dia mengambil tempat di sisi lelaki yang hanya ber-boxer di atas sofa di ruang tamu itu. Dia mengerling Ameer yang sedang khusyuk membelek kotak-kotak DVD di tangannya selepas mereka selesai makan malam tadi. Sehelai comforter di atas lantai dicapai oleh Hakimi lantas dia menyelimutkan sebahagian tubuh Ameer yang telanjang.

“Kau ni tak reti sejuk ke?”

Ameer berhenti membelek kotak-kotak DVD di tangannya. Hakimi dikerling sambil mulutnya menyeringai nakal. “Selagi ada kau, aku tak pernah risau dengan kesejukan,” jawabnya.

Hakimi menggeleng beberapa kali. “Jadi kau dah pilih cerita apa yang kita nak tengok malam ini?” dia segera menukar topik.

Twilight, okey?”

What, Twilight?” Hakimi sedikit terkejut. Ameer buat muka penuh harapan. “Okey, sure fine… whatever.” Hakimi hanya akur walaupun merasakan ada yang tidak kena dengan pilihan Ameer.

Muzik piano yang mendayu-dayu melatari suasana sejak tadi sudah tenggelam dalam sepi dan berganti pula dengan tayangan filem Twilight di kaca televisyen. Ameer membetulkan punggungnya sambil menarik sedikit comforternya untuk dikongsikan bersama Hakimi. Hakimi mencapai dua mug milo di atas meja kopi. Satu untuknya dan satu lagi dihulurkan kepada Ameer. Kemudian dia menarik comforter dan dibetulkan di atas bahunya sebelum menyandarkan tubuhnya di sofa empuk di ruang menonton itu. Ameer menghirup sedikit milo panas yang baru dihulurkan oleh Hakimi tadi. Kehangatan milo panas tersebut bersatu dengan suhu tubuhnya dan Hakimi di dalam comforter yang mereka kongsi bersama. 

Bersambung....

3 comments:

Nemo^0^eriMo said...

hm... Something missing... but I like the "boxer" part... (@0@)

eija said...

aiii biar btl dorg nie..gay ke?? euwwwww gelinya...

Kaseh Esmiralda said...

Jangan cepat sangat terus menilai sesuatu...cite baru je bab6