Kawan2 yg saya Sayang

Thursday, August 1, 2013

AITDS the sequel :- THE WITCH THAT I LOVE (bab16)

Bab16
“BANG… bang, tumpang tanya boleh?” seorang remaja lelaki di kaki jalan menghampiri Jay yang sedang berjalan menuju ke kedai serbaneka Plane Mart.
Remaja lelaki yang berpakaian seperti seorang pelancong itu memintas langkah Jay yang tidak menghiraukan panggilannya untuk mendapatkan bantuan.
“Bang, saya nak tumpang tanya ni. Abang tahu tak dimana Lisberg Subway? Saya baru pertama kali datang ke sini jadi saya tak berapa arif dengan selok belok kawasan bandar ni.” Rupanya dia seorang pelancong yang telah tersesat dan mengharapkan bantuan seseorang. Roman wajahnya tampak manis kerana mahu mendapatkan bantuan Jay.
Jay merenungnya dengan pandangan yang dingin. Seraya tangannya yang menyembunyikan buku limanya di dalam poket seluar sejak tadi dikeluarkan lantas dengan ringan melayangkan penumbuknya ke wajah remaja malang yang telah tersesat itu. Tindakan Jay yang diluar jangkaan remaja itu menyebabkannya tidak bersedia untuk mengelak lantas jatuh terlentang ke belakang.
“Muka aku ada macam kaunter pertanyaan ke?” nada suaranya yang dingin seolah-olah melepaskan aura jahat yang menakutkan remaja lelaki itu. Jay kembali mengatur langkahnya. Derap kakinya meninggalkan remaja malang itu terkontang kanting sendirian di kaki lima jalan.
“Aku dah salah tanya orang ke?” Dia menyentuh kesan tumbukan Jay pada wajahnya sambil memerhatikan langkah lelaki yang menakutkan itu. Wajahnya berkerut. Pedih. Urat mukanya juga terasa sengal.
Jay tetap Dew yang tidak boleh mengawal diri jika sedang marah. Dia akan membelasah sesiapa sahaja secara rawak untuk melepaskan amarahnya. Hari ini Leah telah menyebabkannya bersikap sedemikian. Dia sangat kecewa dengan perbuatan Leah di belakangnya selama ini.
Pintu kedai yang berdinding lutsinar itu ditolak. Jay melangkah masuk dan mencari kelibat Sam. Sam tiada di kaunter mahupun di sekitar kedai serbaneka tersebut. Rupanya hari ini Sam tidak bekerja kerana cuti sakit.
Jay bergerak meninggalkan Plane Mart dengan rasa hampa. Pada mulanya dia ke situ untuk mencari teman berbual. Walaupun sikap Sam adakalanya merimaskan kerana suka menjaga tepi kain orang tetapi Sam sahajalah satu-satunya teman yang rapat dengannya selain daripada Leah.
Oleh kerana tidak dapat menemui Sam maka Jay mengambil keputusan untuk terus pulang ke rumah. Ketika sampai di rumah dia mendapat panggilan daripada Leah. Dibiarkan sahaja Salamander menjerit menyanyikan lagu Koshi Tantan di atas meja kopi. Dia tidak mahu menjawab panggilan Leah. Hanya sekali panggilan daripada Leah. Gadis tersebut tidak cuba membuat panggilan kali kedua dan itu membuatkan Jay berasa kecewa.


“Meow~” Crow muncul dari bawah meja kopi lantas melompat naik ke atas sofa untuk mendapatkan Jay.
Jay tiada mood hendak melayan kerenah Crow. Dia membiarkan sahaja Crow memanjat tubuhnya yang sedang berbaring di sofa berwarna merah yang menghadap televisyen itu.
“Meowww~~” Crow menggesel-geselkan wajahnya ke dagu dan sekitar wajah Jay. Suara manjanya yang seolah-olah sedang memujuk itu bagaikan mengerti keadaan tuannya yang baru dikecewakan oleh seorang perempuan.
Jay tersenyum memandang Crow yang bermata biru itu. Tubuh gebu Crow dipeluk ke dalam dakapannya. Nampaknya ulah manja kucing hitam itu berjaya mengubat sedikit perasaannya yang sedang lara.
Jay menjeling meja kopi. Salamander tidak lagi menyanyikan Koshi Tantan daripada Scandal. Jay sedikit mengeluh namun tiba-tiba dia teringat sesuatu lantas kembali mencapai telefon pintar berkenaan dan menyentuh-nyentuh skrinnya. Dia menonton sekali lagi video Gwiyomi Camie. Crow yang duduk di pangkuannya juga menonton bersamanya.


“Comelnya dia ni…” katanya disusuli dengan senyum dan tawa yang gembira. Terubat hatinya yang terluka sebaik menonton video tersebut. Betul kata Sam sebelum ini, Camie sebenarnya comel dan pandai membuat aksi-aksi comel secara spontan. Walaupun dia agak kelam kabut dan blur tapi adakalanya itulah yang menyebabkan Jay terhibur. Cuma ada beberapa persoalan yang belum sempat ditanya kepada gadis itu. Iaitu berkaitan dengan lelaki bernama Dew yang disebut-sebut oleh gadis itu sejak kali pertama mereka terserempak.
Jay bercadang hendak menghubungi Camie. Mungkin dengan berbual dengan gadis comel itu dia akan segera melupakan sakit hatinya dengan perbuatan Leah petang tadi. Namun tiba-tiba dia teringat, dia tidak mengambil pun nombor Camie melainkan video tersebut ketika menemuinya sebelum ini. Ahh… menyesal sungguh kerana tidak terfikir hendak mengambil nombor gadis itu walaupun sudah beberapa kali menemuinya.
Ding Dong…
Tiba-tiba kedengaran loceng rumahnya berbunyi. Dia dapat merasakan itu tentu sekali Leah. Jay segera mencampak Salamander bersama-sama Crow ke atas sofa sebelum dia bergegas mencapai Fanderina di guitar stand. Amplifier di penjuru kabinet televisyen dicapai dengan kaki sebelum tergesa-gesa menekan butang ON.
Kedengaran selak pintu dibuka dari luar. Sebentar lagi Leah akan muncul. Dengan pantas Jay menyangkutkan Fanderina ke tengkuknya sebelum tangannya memetik tali gitar dengan kasar.
“Jay!”
Jay buat tidak tahu dengan panggilan Leah. Kepala otaknya tiba-tiba teringat pada kod lagu Liar persembahan One Ok Rock. Dia terus memainkan bahagian korus lagu tersebut yang ternyata begitu membingitkan telinga Leah.
“Jay, stop it!!!” Leah terpaksa menjerit apabila Jay tidak menghiraukan amarannya.
You’re liar… lagu ini memang sesuai untuk kau, Leah.” Jay melontarkan senyuman sinisnya kepada Leah sambil terus menghentam Leah dengan muzik keras yang terhasil dari Fanderina, gitar kesayangannya.
Leah jadi bengang lantas menekan butang OFF pada amplifier sebelum mencabut wayar pada gitar Jay. “What are you trying to do?” soal Leah dengan wajah yang merah padam menahan marah dengan perbuatan Jay tadi.
Practice,” jawab Jay pendek sebelum cuba menyambung semula wayar gitarnya dan menghidupkan semula amplifier.
“Jay!” tangan Leah pantas menghalang perbuatan Jay yang cuba hendak bermain dengan gitarnya semula. “Kau sedang marah?” Leah dapat memahami protes yang sedang dilakukan oleh Jay berdasarkan petikan gitarnya yang kasar serta air muka pemuda itu yang tegang apabila berhadapan dengannya. “Kau marah pada aku?”
Leah cuba memaut pergelangan Jay namun segera ditepis oleh lelaki itu. Jay kembali meletakkan Fanderina pada guitar stand sebelum kembali menghempaskan tubuhnya di atas sofa. Crow masih setia di situ dan sedang memerhatikan tuannya dengan mata yang bulat. Gerun barangkali melihat air muka Jay yang tegang.
What’s wrong with you?” Leah keliru dengan perubahan sikap Jay yang dingin tak bertempat dengannya.
No. What’s wrong with you actually? Lelaki yang kau cium petang tadi… itu Tom Cruise kan.” Tanpa berselindung lagi Jay terus bertanya.
What? Ci… dari mana kau dapat cerita merepek ni, Jay?”
Seriously, Leah… selama ini kau memang langsung tak pernah ada perasaan pada aku ke?” Anak mata Jay tajam merenung tepat ke dasar mata Leah yang masih berdiri di hadapannya.
“Tak. Bukan macam tu. Kau dah salah faham. Aku tak cium sesiapa pun hari ini.” Leah menafikan.
“Soalan aku… adakah kau tak cintakan aku selama ini? Siapa Tom Cruise yang kau sembunyikan dari pengetahuan aku selama ini sebenarnya?” Dia kembali bangkit dan berdiri pada jarak yang paling dekat dengan Leah. Anak matanya masih tepat merenung Leah dengan perasaan marah yang masih bersarang di jiwa.
Leah terdiam. Dia tidak tahu bagaimana hendak menjelaskan keadaan yang sebenar. Apa yang terlintas di fikirannya barangkali Jay berada di stadium petang tadi untuk mencarinya dan kebetulan ternampak aksinya yang cuba bergurau hendak mencium Shin. Yang menjadi masalah padanya kini ialah Tom Cruise. Dia tidak tahu bagaimana hendak menjelaskannya kepada Jay. Jay sudah salah faham kerana menyangka Shin ialah Tom Cruise.
Tiba-tiba ruang yang sunyi itu dikejutkan dengan suara Marina & The diamond yang mendendangkan lagu Primadona Girl. Telefon pintar Leah yang bernama Flexxena berbunyi dari poket beg sandangnya. Walaupun dalam situasi tegang bersama Jay ketika itu Leah terpaksa jua menjawab panggilan tersebut.
Sebaik melihat nama yang tertera pada skrin telefon dahinya berkerut resah. Jay tanpa teragak-agak terus merampas Flexxena dari tangan Leah untuk melihat panggilan tersebut daripada siapa. Dan air mukanya bertambah tegang sebaik melihat nama Tom Cruise yang tertera pada skrin telefon. Dia kembali menyuakan Flexxena kepada Leah.
“Jawab,” arah Jay. Dia mahu Leah menjawab panggilan tersebut di hadapannya.
I… I can’t.” Leah mula gugup.
“Jawab!” tengking Jay.
Teragak-agak Leah menyentuh butang ask key. “Hello…” perlahan suaranya menyapa panggilan tersebut. “Sorry, can I call you back later? Leah tengah bincang dengan Jay,” katanya kepada lelaki yang bergelar Tom Cruise itu.
Jay seakan-akan kurang senang melihat sikap Leah yang cuba mengelak dari bercakap dengan lelaki tersebut di hadapannya. Dari lenggok bicaranya Jay dapat membaca yang lelaki bernama Tom Cruise itu pasti sudah tahu perkara berkaitan dengan dirinya sedangkan dia langsung tidak kenal siapa lelaki tersebut.
Langkahnya diatur keras menuju ke bilik. Sebelum sempat Leah menghalangnya Jay terlebih dahulu menghentam pintu bilik dan menguncinya dari dalam.
Leah mengeluh berat. Talian masih belum diputuskan. Dia kembali mengambil tempat di ruang tamu dan mula bercakap semula dengan tom Cruise.
“Kan Leah dah pesan, Leah sendiri yang akan call uncle malam ini. Sekarang ni dia dah salah faham. Apa Leah nak buat?” dia mendengus kesal kerana gagal mengelak situasi tersebut daripada berlaku.
Kedengaran suara tawa lelaki tersebut di hujung talian. Hati Leah bertambah panas kerana seolah-olah lelaki itu menganggap ianya bagaikan satu gurauan.
“Dia salah faham? Bermakna dia cemburu. Kalau dia cemburu, Leah sepatutnya gembira sebab itu tandanya dia sayangkan Leah,” kata lelaki itu dengan selamba.
“Uncle fikir Leah akan rasa happy dengan perkembangan macam tu? Dia akan bencikan Leah tau. Kalau dia benci pada Leah dia takkan terima lagi apa yang Leah buat untuk dia. And then lepas ni uncle jangan nak sibuk-sibuk cari Leah untuk take care anak uncle tu lagi okey.”
“Lambat laun pun dia memang patut tahu, Leah.” Lelaki yang sedang bercakap dengannya itu sebenarnya ialah Tuan Ramelo. Dialah Tom Cruise yang selama ini menjaga Jay melalui Leah sebagai perantaranya. Secara biologinya, Tuan Ramelo bukanlah ayah kandung Jay namun dia tetap menyayangi anak itu walaupun tidak pernah menunjukkan kasih sayangnya secara lahiriah. Dia masih rasa bertanggungjawab ke atas Jay.
It’s okey. Lepaskan sahaja kalau Leah rasa ia membebankan.”
Leah keluar ke balkoni. Pintu gelongsor ditutup dari luar agar suaranya yang sedang berbincang dengan Tuan Ramelo tidak didengari oleh Jay.
What?! Semudah itu sahaja uncle nak Leah buat keputusan?”
“Jangan cepat naik marah, sayang. Uncle akan ke Lisberg beberapa hari lagi. Kita jumpa nanti. Lepas tu Leah boleh decide samada nak teruskan kerja ini atau tak.” katanya sebelum memutuskan talian.

Leah tidak sempat untuk berkata banyak. Lelaki itu seolah-olah sengaja menghubunginya pada waktu itu kerana biasanya itulah waktu-waktu dimana dia pasti berada di rumah Jay. Barangkali lelaki itu merindui anaknya jadi dia berharap dapat mendengar suara Jay.

Bersambung...


No comments: