Kawan2 yg saya Sayang

Thursday, June 10, 2010

Angel In The Devil Suit 1 ::Bab13::

BAB13
CAMIE mengambil keputusan untuk pergi mengintip Jeremy. Seumur hidupnya inilah kali pertama dia membuat suatu perkara yang berani. Camie yang pengecut dan selalu dibuli itu kini sedang mengekori lelaki dengan gelaran The Taiko yang selalu membulinya di kolej.
Si gadis yang sedang memeluk erat begnya itu mengawasi keadaan sekeliling. Kepalanya menoleh ke kiri, kanan, depan dan belakang. Cun! Pak Guard takde… cikgu pun takde. Camie mengikut jejak Jeremy yang baru saja melepasi pintu pagar kolej. Lelaki itu sedang berjalan kaki di lorong pejalan kaki. Kemeja seragamnya ditanggalkan dari tubuh. Digumpal-gumpal dan dicampak masuk ke dalam begnya. Dia hanya mengenakan baju T berwarna putih dengan tulisan ‘Free Man’ berwarna hijau di belakangnya.
Camie menyorok di sebalik pokok, memerhatikan kemana Jeremy hendak pergi sambil melangkah dengan berhati-hati agar dirinya tidak dikesan oleh Jeremy.
Kemana agaknya si gangster ni nak pergi. Agaknya dia nak pergi lepak dekat mall. Atau ke pusat video game? Tapi tak mungkin kat pekan kecil macam Riveria Hook ni ada benda-benda macam tu… ah~ fikir banyak buat apa. Intip sajalah apa dia buat dan kemana dia nak pergi.
Jeremy berhenti berjalan. Camie ikut berhenti dan cepat-cepat mencari tempat bersembunyi. Mujur ada bangunan kedai di situ. Lantas dengan segera dia menyembunyikan diri di situ. Hanya kepala saja yang disua sedikit untuk mengawasi tindakan Jeremy yang selanjutnya.
Apa yang Camie nampak sekarang Jeremy sedang berhadapan dengan tiga orang budak lelaki dalam lingkungan usia sepuluh tahun. Camie tidak nampak riak wajah Jeremy tapi kelihatan seperti pemuda itu sedang memarahi tiga orang budak lelaki itu.
Budak-budak lelaki tersebut tunduk ketakutan. Jeremy menampar kepala salah seorang daripada mereka. Hampir saja budak itu melayang akibat penangan tangan kasar Jeremy. Yang seorang lagi kena luku kepala dan yang terakhir ditolak tubuhnya sehingga jatuh melutut di hadapan Jeremy.
Camie memandang geram. Jeremy benar-benar melampau. Bertindak kasar dengan sesiapa saja tidak mengira usia mahupun jantina. Lelaki tak guna! Aku bersumpah demi nama baik Jeremy(The Angel), aku akan tentang Jeremy(The Devil) habis-habisan. Gangster itu mesti dihapuskan dari muka bumi ini! Jerit hati Camie penuh semangat. Dia bersiap sedia untuk memunculkan diri sekaligus mempertahankan budak-budak yang dibuli oleh Jeremy itu.
“Sekali lagi aku nampak korang seksa anak anjing tu, nahas korang! Bersiap sedia saja untuk jadi hamba aku selepas ni,” tengking Jeremy. “Dah, pergi berambus semua,” sambungnya sebelum ketiga-tiga budak lelaki tersebut bertempiaran melarikan diri.
Camie yang melangkah dengan penuh semangat mahu memarahi Jeremy tadi tiba-tiba jadi cuak setelah hampir dekat dengan Jeremy. Sebelum Jeremy perasan akan kemunculannya cepat-cepat dia menyorok di balik pasu bunga besar di tepi jalan tersebut.
Jeremy yang terasa seperti diperhatikan seseorang sejak tadi menoleh ke belakang. Namun dia memutuskan yang itu sekadar perasannya saja apabila tiada sesiapapun di belakangnya. Dia kembali melangkah setelah melepaskan kaki anak anjing tadi dari ikatan yang dibuat tiga orang budak nakal tadi.
Fuhh~ selamat… mujur dia tak perasankan aku… Alamak Camie, macam mana nak membenteras kejahatan kalau baru nak bertindak dah hilang keyakinan. Huhh~ selagi Camie tak boleh jadi budak yang berani selagi itulah Camie akan terus dibuli sesiapa saja termasuklah Jeremy The Devil dan tidak akan ada lagi Jeremy The Angel yang akan hadir untuk melindungi Camie seperti dulu lagi.
Misi pengintipan diteruskan lagi tanpa Camie sedar apa sebenarnya disebalik tindakan Jeremy bersikap kasar terhadap tiga orang budak lelaki tadi.
Jeremy melalui sebuah padang. Sekumpulan pelajar sekolah rendah sedang bermain bola lisut. Tiba-tiba bola lisut yang dibaling terkeluar padang dan melantun terkena betis Jeremy. Camie bersedia untuk melihat apakah tindakan yang bakal Jeremy ambil kali ini.
Jeremy mengutip bola tersebut. Bola berwarna putih dan agak kotor itu direnung kosong sebelum dibaling semula masuk ke dalam kawasan padang.
“Terima kasih, Abang Dew~!” jerit beberapa orang daripada mereka semua.
Jeremy angkat tangan sambil terus berjalan tanpa memandang kumpulan tersebut.
Camie agak takjub sekejap. Peliknya… Jeremy The devil yang aku kenal sepatutnya akan masuk ke padang dan belasah budak yang baling bola tadi tapi sebaliknya budak-budak itu berterima kasih dengan gembira dan… memanggilnya dengan nama ‘Dew’. Sama seperti Leah juga? Mungkinkah aku patut panggil dia ‘Dew’ juga selepas ini?
Oleh kerana terlalu memikirkan tindakan Jeremy sebentar tadi Camie terus berjalan sambil memikirkan nama yang wajar untuk dia memanggil The Devil selepas ini. ‘Dew’ atau ‘Jeremy’.
“Woi, Si Hodoh…”
Mendengarkan panggilan tersebut serta-merta lamunan Camie terhenti. Tubuhnya kaku serta-merta. Perlahan-lahan dia memusing tubuh memandang ke belakang. O-ouw… dah kantoi~
“Apa kau buat di sini? Kau ekori aku ya,” mendatar sahaja pertanyaan itu tapi ia sudah cukup membuatkan jantung Camie berdegup kencang. Cuak!
“Err… t-t-tak. Mana ada!” segera Camie menafikan. “Siapa yang ikut kau. Tak de, tak de… a-aku tak ikut k-kau pun,” tergagap-gagap dia bersuara mempertahankan diri.
Ceh, nampak sangat tengah menggelabah. Cuak sebab kantoi dengan aku. Nasib baik aku perasan dia di belakang aku masa tengah kutip bola tadi. Dasar Si Hodoh. Nak mengintip tapi cuai dan tak sedar yang aku dah tahu perbuatannya itu.
“Hei, apasal kau ikut aku? Dah tak ada kerja lain nak buat?” Jeremy melangkah setapak ke hadapan dan memandang tajam wajah si gadis bersanggul dua di kanan dan kiri kepala itu. “… ke kau ni betul-betul dah jadi peminat rahsia aku. Sampaikan semua tentang aku kau nak ambil tahu… siap super impose kan gambar aku.” Renungan tajam The Devil bertukar sinis.
Super impose? Super impose apa? Bila pula aku jadi peminat rahsia dia? Gila apa! Kalau aku jadi gila sekalipun aku tak akan suka dengan makhluk jahat seperti dia.
“Ma-mana ada. Aku tak buat semua tulah,” Camie membela diri. Menafikan tuduhan The Devil.
Jeremy tertawa sinis. Camie rasa geram tapi masih tidak terfikir mahu berterus terang akan duduk perkara sebenar tentang foto yang telah disalah sangkakan Jeremy tempoh hari. Dia yakin yang Jeremy tidak akan mempercayai omongannya nanti.
“Memanglah aku ekori kau tapi bukan sebab aku ni peminat rahsia kau,” jelas Camie. Tidak senang dengan tuduhan yang dilemparkan Jeremy.
“Ahah… jadi sebab apa?”
Maa~…” Otak jammed. Tak dapat cari alasan yang sesuai. Camie garu kepala, menggelabah nak cari alasan yang sesuai.
“Oo… tak nak mengaku, ya. Tak apa, kau nak sangat tahu apa aku nak buat kan… kau boleh ikut aku dan kau akan kenal siapa Dew The Taiko. Selepas ini kau dah tiada sebab untuk suka pada aku lagi sebab Si Hodoh macam kau cuma layak jadi hamba aku saja.”
Ngaa~ lelaki ini sejenis makhluk yang kejam terhadap orang-orang tertentu. Aku memang bernasib malang kerana menjadi salah seorang yang dikejami oleh hantu ini. Argh~~!
“Ikut aku.”
Kolar belakang baju Camie ditarik kasar. Serta-merta langkah Camie terkocoh-kocoh mengekori Jeremy.
“Lepaslah, Dew. Kau nak bawa aku pergi mana?”
Dew tidak ambil peduli dan terus menyeret Camie.
“Tadi kau ekori aku sebab nak tahu aktiviti aku di luar kelas kan. Hah, sekarang ikutlah kemana saja aku pergi. Kau akan tahu apa aku nak buat sekarang.”
“Tapi janganlah tarik-tarik macam ni. Susah nak jalanlah.” Dalam langkah yang kelam kabut Camie cuba melepaskan diri dari cengkaman tangan Dew.

No comments: