Kawan2 yg saya Sayang

Sunday, May 16, 2010

Ai Without Love ::Bab 8::

Tajuk : Langkah Pertama... Permainan Ryo atau Yna Sebenarnya.

Watak : RyoYna pairing

Genre : Friendship & Romance

Lokasi : Alam maya; luvryotarou.com.mdl ... kediaman Ryo

Ringkasan : Kehadiran Ryo bersama dengan teman wanitanya di sebuah majlis mengundang berita hangat di dunia maya. Yna memulakan langkah pertamanya untuk memikat Ryo. Ryo memberikan reaksi yang tidak terduga.


Bab 8

Bolehkah kita memahami kehendak diri sendiri sekiranya hati kita sentiasa memikirkan orang lain? Jawapannya… adalah hak masing-masing untuk menentukannya.

Bertanya seorang si tukang karut di pentas hiburan… “Apakah beza sebelum dengan selepas anda menjadi seorang artis?”

Seperti selalu Ryo akan melemparkan senyuman menawannya sebelum menjawab pertanyaan si penanya-penanya yang tidak pernah bosan menemuramahnya.

“Sebelum menjadi artis, saya adalah saya yang berhak ke atas diri sendiri… tapi selepas menjadi artis, saya perlu menjadi seperti apa yang diharapkan oleh peminat.”

Lensa kamera yang begitu rancak menjalankan tugas masih giat menangkap wajah pemuda yang menjadi kegilaan ramai gadis remaja itu. Ryo terus memaniskan wajah biarpun hakikatnya dia sudah penat untuk bersenyum sepanjang hari. Sesungguhnya untuk mendapat apa yang dimilikinya kini dia telah mengorbankan banyak perkara dalam hidupnya termasuklah cinta.

 

LuvRyoutaro.com.mdl

Miss Heartness : I’m sick… just sick when thinking about Ryotarou~~

Momo : @Miss Heartness… I follow~~ nak gila sama-sama ngan you!!!

Ryolando : Ahahaha~~ putus fius… kalau korang baca gosip terbaru Ryo kali ini mesti korang pengsan.

Miss Heartness : @Ryolanda Gosip apa? Tell me now!!!

Ryolando : Ryo with his girl… tunggu @Sushi_neko. Dia ada gossip baeekk punya nak khabar pada you all…

Sushi_neko : Hai hai hai~~ I’m back!

Momo : @Sushi_neko si wartawan sensasi, ada cerita baru nak kongsi ke hari ni?

Sushi_neko : Yup! Terbaik dari ladang. Masih fresh lagi ni… bukan lagi gossip tapi bakal jadi berita sensasi seantero negara.

Miso_t@ro : Baru lepas usha blog @Sushi_neko… *speechless* … going to cry now…

Miss Heartness : @Sushi_neko; @Miso_t@ro what happen? It’s that about Ryo’s secret lover again?

Sushi_neko : This pic can tell you everything… Sushi tak mahu cakap banyak…




**Sorry… tak pasal2 aku belasah pic ni smpi jadi rupe gini**

“Kyaaaa~~~!!!!!”  apa lagi reaksi yang boleh digambarkan tentang peminat-peminat artis seperti Ryo selain dari jeritan yang berkumandang apabila melihat artis kesayangan mereka berdampingan penuh bahagia dengan gadis lain.

 

******

 

“Ryo, it’s over, right?” Yna separuh berbisik di telinga Ryo.

Ryo memerhati sekeliling. Bersikap berjaga-jaga sebelum bersuara.

“Untuk malam ini… nampaknya kita dah boleh tamatkannya.”

Yna senyum lega. Dia segera masuk ke dalam perut kereta. Ryo di bahagian memandu sedang menghidupkan enjin keretanya.

“Kita balik rumah aku kejap. Ada sesuatu aku nak buat sebelum hantar kau pulang.”

“Hurm…” Yna memikir-mikir sebentar akan cadangan Ryo.

“Anggap je pergi melawat rumah kawan lama.” Ryo bersuara tanpa menoleh kepada Yna. Tangannya mengawal stereng kereta yang mula bergerak meninggalkan Hotel Priston Valley. Malam ini mereka berdua menghadiri parti ulang tahun perkahwinan seorang penerbit filem. Jemputan tersebut dijadikan sebagai medan pertama Ryo memperkenalkan Yna sebagai kekasihnya kepada umum.

Kemunculan Yna sememangnya telah menjadi perhatian ramai terutama para wartawan. Mewujudkan Yna sebagai kekasihnya adalah suatu pertaruhan. Hanya ada dua kemungkinan, samada menang ataupun kalah. Jika peminat menyokong maka dia selamat. Namun jika kehadiran Yna ditolak, kedudukannya di persada seni bakal goyah.

 

*********

 

Yna menuruti langkah Ryo menuju ke kediaman pemuda tersebut.

“Kau duduk sini kejap.” Ryo memegang bahu Yna dan mendudukkannya di sebuah kerusi di ruang santai di bahagian beranda di luar rumah.

Yna terduduk secara paksa. Ekor matanya melirik menjejaki kelibat Ryo yang pantas melangkah masuk ke dalam rumah. Dia dibiarkan termangu-mangu sendirian di situ.

“Ergh! Dia nak aku ikut saja semua arahan dia sepanjang hari ini. Betul-betul menyakitkan hati.” Yna memanjangkan leher, mengintai ke dalam rumah menjejaki kelibat Ryo. “Kau siap nanti Ryo. Aku mesti dapat makan kau balik,” tekadnya dalam hati.

Tidak lama kemudian kedengaran hempasan pintu dari ruang dalam rumah diikuti tempikan Ryo memanggil Yna.

“Ynaa~~!!!” pemuda itu muncul mendapatkan Yna semula.

“Kau gila ke menjerit tengah-tengah malam macam ni, Ryo.” Hampir saja tapak tangan Yna melekap di mulut Ryo namun sempat dielak oleh lelaki itu. “Apa hal?”

Ryo tersengih. Sengihannya itu hanya menambahkan lagi rasa jengkel Yna terhadapnya.

“Duduk dulu. Aku nak tunjuk sesuatu pada kau.” Ryo tidak peduli dengan reaksi bengang Yna. Dia menarik lengan Yna untuk kembali duduk di kerusi. Sebuah komputer riba yang dijinjingnya bersama dibuka dihadapan Yna.

“Kau nak tunjuk apa?”

Ryo tidak menjawab soalan Yna sebaliknya jari jemarinya ligat menekan dada keyboard. Giginya yang mengetap bibir bawah mencacatkan sedikit senyuman di wajahnya. Matanya tertumpu pada skrin komputer, begitu tekun dengan apa yang dilakukannya.

“Ryo~” Yna mula bosan dengan sikap Ryo yang masih belum menjelaskan tindakannya.

“Sabarlah… kau ni lorat mengalahkan mak neneklah.”

Yna mengerutkan dahi memandang Ryo yang bercakap dengannya tetapi mata tertumpu pada skrin laptop. Sisi wajah Ryo disantap matanya tanpa sengaja. Wajah itu tidak banyak berubah. Diri sebenar Ryo juga tidak banyak berubah sebenarnya. Walaupun penampilan Ryo telah berubah setelah bergelar artis namun pada satu sudut tertentu, Ryo tetap sama seperti Ryo yang dikenalinya dulu.

Dia seorang yang menumpukan perhatian hanya pada satu perkara. Hal ini menyebabkan Yna makan hati kerana Ryo tidak peka terhadap perkara lain yang berlaku di sekelilingnya kerana hanya tertumpu pada suatu perkara sahaja. Dia perlu bertindak segera agar matlamat utamanya tercapai.

“Aku tak salah. Kau memang pilihan yang tepat. Best tahap world, Yna.” Sesaat ekor mata Ryo menangkap Yna di sebelah. “Kau tengok sendiri dalam laman web ni. Baru beberapa jam, berita tentang kita dah tersiar. Aku rasa…” belum sempat bicara Ryo tamat, Yna menutup laptop yang ternganga.

“Kau buat apa ni?”

“Aku tak peduli semua tu, Ryo.” Laptop tadi ditolak menjauhi mereka berdua. “Lupakan sebentar cerita dunia glamour kau yang bagaikan karutan ayam jantan di pagi hari tu.”

“Apa maksud kau?” Ryo mengerutkan dahi tidak berpuas hati.

“Jangan mudah teruja. Biarkan ia berlaku secara semulajadi. Semuanya akan terus dalam kawalan kita jika kau percayakan aku.” Yna merapatkan wajah Ryo. Renungannya bagai mahu menikam hati sang teruna di hadapannya.

Ryo masih tenang. Tidak mudah gugup dengan sikap teman lamanya itu.

“Antara kau dan aku… kita tetap seorang lelaki dan perempuan…” Jari jemari Yna mula menjalar ke pangkal leher Ryo. “Jadi, apakata kalau…”

“Stop!” Ryo mula menyedari sikap Yna yang berubah. Tangan Yna yang menjalar di lehernya tidak ditepis sebaliknya tangannya memaut wajah gadis itu. Seraut wajah ayu itu dalam genggaman tangannya kini. Ryo merenung tajam wajah Yna yang beransur-ansur berubah membalas renungannya.

“Aku rasa kau cuba nak bermain api malam ini, Yna,” ujar Ryo sinis. Dia melepaskan wajah Yna, serentak menepis tangan Yna di lehernya.

“Jom, aku hantar kau balik.” Ryo mencari jalan keluar sebelum Yna cuba bertindak lebih jauh. Laptop di atas meja diambil sebelum bangkit untuk beredar.

“Aku bermain dengan api atau kau yang cuba mengelak untuk terjebak dalam cinta, Ryo.” Yna tidak dapat menerima sikap dingin yang dipamerkan Ryo terhadapnya tadi.

Ryo yang baru hendak mengatur langkah itu kembali menoleh kepada Yna. Senyuman yang telah mati sejak tadi kini berubah menjadi kerutan yang tidak keruan.

“Aku sukakan kau…”

“Tidak… ayat tu langsung tak sesuai, Yna.” Ryo menafikan secara lurus biarpun jauh di sudut hati dia tidak merelakannya.

“Aku suka…”

“Tidak…” Ryo memintas Yna yang cuba untuk terus membuat pengakuan.

“Tapi aku suka kau!” Yna tetap tidak berputus asa.

“TIDAK! Aku cakap ‘tidak’ dan kau tak boleh sangkal kata-kata aku.”

Yna tergamam. Ryo sungguh-sungguh menafikan pengakuannya.

“Aku yang suka pada kau sebenarnya.” Nada suara lelaki itu kendur dan separuh perlahan.

“Hah?” Yna terkesima. Keliru dengan apa yang didengarinya dari mulut Ryo.

“Sudahlah… mari aku hantar kau pulang.” Ryo membiarkan Yna terus tertanya-tanya. Langkahnya diatur semula meninggalkan ruang beranda.

“Ryo…” pantas tangan Yna memaut lengan Ryo. “Kau katakan apa tadi?”

Riak persoalan di wajah Yna diteroka Ryo.

“Aku hantar kau pulang.” … dan tanpa menjawab soalan Yna, Ryo berlalu pergi.

Yna tak terkata apa. Belakang Ryo yang sedang berjalan ke pintu rumah diperhatikannya penuh persoalan.

Ryo… aku pasti yang aku tidak salah dengar tadi. Kau sukakan aku… walaupun aku tak pasti sejauh mana pengakuan kau tadi. Mungkin kau sukakan aku hanya sekadar kawan… tapi itu lebih baik daripada kita bermusuhan seperti dulu…

“Aku akan buat kau suka pada aku lebih daripada seorang kawan.” Ada senyuman penuh makna di bibir gadis tersebut. Niat jahat yang tersembunyi di lubuk hatinya tiada siapa yang mengerti.

 


P/s : Hahaha~~ aku telah mencipta skandal Ryo bersama Kristine di blog ini... layan jelah... selamat membaca ya... 


3 comments:

YONG JIAO XIU said...

best!!!!!!!!!!!!keep writing it..make it long lah ye. baru lagi best.

mie said...

eh!!!
drama oh drama..
hehehee

Kaseh Esmiralda said...

@yong ; hehe~~ sebenarnya ngah praktis nak memendekkan bab... maka enovel kali ini menjadi bahan eksperimennya..

@mie ; drama kehidupan...