Kawan2 yg saya Sayang

Wednesday, June 9, 2010

Angel In The devil Suit 1 ::Bab 10::




Bab 10
KELAS pertama bermula pagi itu. Masing-masing sudah berada di tempat duduk masing-masing setelah guru yang mengajar masuk ke dalam kelas. Cikgu Stein mengeluarkan buku rekod kedatangan dan menanda kedatangan para pelajar. Sebelum itu dia mendongak melihat keseluruh ruang kelas. Anak matanya tiba-tiba tertumpu pada dua buah meja di sudut hujung kelas yang kosong.
“Dew Jeremy tidak hadir hari ni?” soalnya kepada seluruh kelas.
“Erm… ada, cikgu. Pagi ini saya ada nampak dia masuk kelas.” Jiro yang duduk di barisan setentang dengan Jeremy menjawab.
Cikgu Stein mengangguk. Nampaknya dia tidak begitu peduli dengan kehilangan Jeremy di awal pagi begini. “Hurm… Camily?” selanjutnya dia bertanya pula tentang Camie.
Semua senyap. Tiada yang menjawab. Tiada siapa yang perasan dengan kemunculan Camie pagi ini.
“Baiklah, lupakan saja tentang mereka. Mereka mungkin dah cukup pandai untuk hadir dalam kelas saya,” kata Cikgu Stein selamba lagi mendatar. Macam tiada perasaanlah cikgu ni…
“Cikgu Stein… dia sedang maksudkan kata-katanya atau dia sedang menyindir?” Jiro menggaru hujung dahi sambil mengerling ke tempat duduk Jeremy dan Camily. Sedang mencurigai kehilangan dua orang rakan sekelasnya itu.

************

GULUNGAN sanggulnya dibuka. Kiri dan kanan. Sambil duduk di atas meja, Camie mengeringkan rambut yang basah dengan tuala kecil. Tali leher sudah ditanggal dan dijemur di tembok. Butang atas kemejanya dilonggarkan. Memang tidak selesa dalam pakaian yang basah tapi dia tiada pilihan. Terpaksalah berjemur di atas bumbung bangunan kolej sehingga pakaiannya kering.
Jeremy yang sibuk menyusun nota di bawah cahaya matahari pagi itu diperhatikannya. Camie tersenyum kecil. Terdetik di hatinya, kenapa dia begitu bersungguh-sungguh mahu menyelamatkan nota-nota tersebut? Bukannya dia nak guna sangat pun nota-nota tu. Yelah, maksud aku bukannya dia hadap sangat nak belajar. Lagipun kalau cuma berpandukan nota-nota yang aku buat itu, mana cukup untuk skor dalam exam.
Jeremy menyelak lembaran buku notanya satu demi satu. Tidak basah semua. Mujur sempat diselamatkannya tadi. Kalau tidak, memang nahaslah kau Si Hodoh. Tak balik langsung jawabnya kau hari ni. Memang mati kau aku kerjakan. Lembab. Lembik. Lemah. Dengan Leah pun tak boleh nak settle. Nasib baik kebetulan aku nampak dia tadi. Kalau tak, habis jahanam semua nota-nota aku ni. Tapi apa-apa hal pun, baik aku sound sikit budak tu. Naik lemak pula dia karang kalau aku bagi chance.
Buku-buku nota dibiarkan di atas lantai. Biar kering dulu. Jeremy pergi mendapatkan Camie yang sedang duduk di atas meja tadi. Namun sebaik tubuhnya berpusing untuk mendapatkan Camie, Jeremy tergamam sekejap. Langkahnya seakan tergam di lantai. Matanya tepat memandang gadis yang dalam pakaian basah itu.
Camie nampak berbeza dari biasa. Kali pertama Jeremy nampak Camie melepaskan rambut panjangnya dan dia tidak menyangka bahawa Si Pelik itu tidak nampak pelik lagi apabila mengenakan pakaian seragam kolej (walaupun pakaiannya basah lenjun). Si Hodoh itu nampak lebih cantik bila melepaskan rambutnya. Dia memang cantik sebenarnya kalau kena dengan gayanya. Dalam rambut basah dan serabai itupun Camie boleh nampak cun di mata Jeremy. Hmm… nampaknya hamba aku ni boleh jadi awek aku juga nanti. Hehehe…
Chup! Apa yang aku sedang fikir ni. Perempuan lembik ni jadi awek aku? No way! Hamba tetap hamba. Mana boleh naik taraf jadi ratu. Sorry sikit nak ambik dia jadi awek aku. Oh,ya… kan nak pergi sound dia tadi…
“Hari ni aku lepaskan kau. Lain kali hati-hati sikit dengan Leah tu.” Lain yang difikirkan lain pula yang termuntah di mulutnya.
Wheehoo~ I’m lucky. Mood Jeremy tengah baik agaknya. Camie mengawal mulutnya yang bagai hendak menjerit gembira kerana selamat daripada ancaman Jeremy.
Sementara Jeremy pula kembali memusing badan, menyeluk kedua belah tangannya masuk ke dalam poket dan melangkah terus ke tembok tempat dia menjemur nota-notanya tadi.
Apa yang aku cakap ni? Macam dah tersalah dialog je. Woi, kan kau nak sound budak perempuan tu tadi, Dew! Argh… bodoh betul!
Camie yang sedang mengawal tingkahnya yang bagai hendak melompat tadi sempat mengerling kepada Jeremy semula. Melihat tingkah Jeremy yang sedang mengetuk-ngetuk dahi di tiang besi di sebelah tembok itu membuatkannya berasa pelik. Kenapa dengan taiko? Pelik semacam saja gelagat dia. Hurm… dia juga tak pernah bercakap selembut tadi. Selalu tu suaranya saja kuat mengalahkan petir. Mulut pula lancang tak ingat bila bercakap dan gaya cool habis. Taikolah katakan… tapi hari ni macam lain sikitlah… hurmm…
“Err… Jeremy, boleh aku balik kelas sekarang?” Camie memberanikan diri pergi bertanya kepada Jeremy yang masih berdiri jauh di tembok.
Dia nak balik kelas. Apa aku nak jawab? Boleh ke tidak? Nak kasi ke tidak?
“Tak boleh!” jawab Jeremy  dengan tegas. Masih tidak menoleh kepada Camie yang sedang berdiri di belakangnya.
“Kenapa?” Camie tarik muka tak puas hati. Rambutnya yang panjang mengurai di tarik jatuh ke bahu kanannya. Disikat-sikat dengan jemarinya sambil matanya memandang belakang Jeremy. “Baju aku dah kering sikit. Rasanya tak ada orang akan syak kalau nampak aku nanti. Kau janganlah risau.”
Risau? Risau kepala hotak dia. Apasal pula aku nak risau. Apa kena mengena baju dia basah dengan aku.
“Bukan sebab itulah, Si Hodoh! Kalaupun kau ni hodoh tapi sekurang-kurangnya janganlah bodoh sangat.” Kasar Jeremy menjawab seraya dia memusing tubuh menghadap gadis tersebut.
Wajah Camie dilihat mendung. Sekejap lagi hujan nak turun…
Sampai hati kau kutuk aku macam tu. Aku tahulah aku tak cantik tapi janganlah asyik panggil aku Si Hodoh. Dan aku bukannya bodoh sangat… cuma lembab sikit saja.
Jeremy garu kepala. Serba salah apabila melihat air mata Camie yang sedang bertakung di tubir mata... Hii~ susah betullah bercakap dengan budak perempuan ni. Tak boleh tinggikan suara sikit. Asyik-asyik nak meleleh. Leceh betul. Rengus Jeremy dalam hati.
“Nama aku bukan Si Hodoh. Kalau kau tak nak panggil aku Camie, kau boleh panggil aku Camily atau Mimi… ataupun Milly. Kekasih lama aku panggil aku Milly dulu,” kata Camie dalam getar suara yang menahan sebak.
Nama…  Err, rasanya macam tak pernah panggil nama sebenar dia selama ni. Alahai, apa kes nak ambil hati dengan benda kecik macam ni.
“Nama kau tak sedap. Lagipun aku rasa panggilan ‘Si Hodoh’ tu sesuai untuk kau,” jawab Jeremy selamba tanpa mempedulikan langsung perasaan gadis di hadapannya itu.
“Aku tahulah aku ni tak cantik macam Leah tu tapi nama aku tetap bukan Si Hodoh… dia tak pernah panggil aku ‘Si Hodoh’ walaupun semua orang anggap aku hodoh. Kenapa kau tak sama macam dia?”
Dia? Siapa dia? “Woi, kau cakap pasal apa ni? ‘dia’ tu siapa?”
“Jeremy lah!” jerit Camie marah. Dia terus angkat kaki pergi dari situ. Langkahnya dihentak kasar menunjukkan yang dia sedang bengang. Tali leher di tembok dan beg di kaki meja dicapai sebelum beredar meninggalkan The Devil.
Otak Jeremy dipenuhi dengan tanda tanya. Dia keliru dengan kata-kata Camie sebentar tadi. Dia? Jeremy? Jeremy mana? Akulah Jeremy… atau ada Jeremy lain selain daripada aku? Argh, Si Hodoh ni blah macam tu saja pula!

***************

Hati Camie menangis lagi. Jeremy, Kau sengaja nak siksa aku. Kau tak sayang aku lagi. Kau sengaja nak dera perasaan aku. Kenapa kau menjelma semula? Tak salah kalau kau nak menjelma tapi kenapa kau nak menjelma dalam bentuk yang paling membencikan! Argh… aku nak tinggalkan tempat yang teruk ni!
Aku akan pastikan dapat skor dalam ujian penilaian nanti. Itu saja cara supaya mama dan papa bawa aku pulang ke Roseland semula. Lepas tu tak payahlah nak menghadap si jahat tu lagi. Jadi aku perlu berusaha keras untuk capai 800 markah dalam ujian kali ini.

No comments: