![]() |
lukisan yang saje2 letak sebab ada orang tu baik hati sudi melukis Camie/Jay a.k.a. Dew & Jeremy |
Bab18
KEDAI
SERBANEKA PLANE MART…
SHIN
bercekak pinggang sambil memandang papan tanda kedai tersebut. Gambar sebuah
kapal terbang kertas yang simple
tetapi cukup simbolik. Hanya pemilik kedai tersebut yang tahu makna disebalik
logo kapal terbang kertas tersebut. Tapi Shin tidak kisah dan bukan itu yang
mahu dia ambil peduli sekarang. Dia cuma tertarik dengan iklan yang tertera di
luar kedai tersebut.
“Jawatan
kosong sebagai pekerja tetap ataupun separuh masa. Berminat sila singgah ke
Plane Mart dan temui Mr. Tommy Lee Jones… amboi, nama dah macam bintang
Hollywood.” Shin tersenyum sendiri.
Kertas
iklan tersebut dicabut agar tiada siapa yang akan nampak iklan jawatan kosong
itu lagi. Dia akan pastikan jawatan tersebut menjadi miliknya. Rambutnya dilurutkan
dengan kemas ke belakang. Pakaiannya ditarik sedikit untuk memastikan dia dalam
keadaan kemas sebelum menemui Mr. Tommy Lee Jones. Kertas iklan tadi
direnyuk-renyuk dan disimpan ke dalam poket seluarnya. Dengan senyuman yang terbaik
dia menolak daun pintu dan masuk ke kedai tersebut dengan sebuah harapan
menggunung.
Sebaik
masuk ke dalam Plane Mart dia bercakap dengan seorang pemuda bernama Sam. Sam
terangguk-angguk sebelum menjerit nama lelaki yang hendak ditemui oleh Shin.
“Encik
Tom! Ada budak datang nak minta kerja ni!” jerit Sam dari kaunter membayar. Dia
nampak sibuk kononnya sehingga malas hendak berjalan ke belakang memanggil
supervisornya itu. “Tunggu dahulu ya. Sekejap lagi Abang Donut datang untuk interview kau.” Sam tersenyum penuh
makna kepada Shin.
Shin
hanya mengangguk. Leretan senyumannya seolah-olah blur dengan Abang Donut yang dimaksudkan oleh Sam.
Sebentar
kemudian seorang lelaki lembut yang segak berkemeja merah jambu gelap dengan memakai
apron coklat di pinggang muncul keluar dari pintu stor. Kepalanya memakai skaf
berwarna sedondon dengan baju kemejanya. Shin tidak nampak wajahnya kerana
lelaki itu memakai topeng muka. Di tangannya memegang penyapu dan bulu ayam.
Pada firasat Shin pasti lelaki itu sedang mengemaskan bilik stor tersebut.
“Encik
Tommy Lee Jones?” ujar Shin untuk memastikan lelaki tersebut.
“Ya,
aku.” Encik Tom meninggalkan penyapu dan bulu ayamnya di sebelah kaunter Sam.
Topeng mukanya ditanggalkan. “Siapa nama kau?” soalnya kepada Shin.
“Shin…
Shin Viera.” Shin menguntumkan senyumannya. Dia sudah faham kenapa Sam
memanggil lelaki itu Abang Donut.
“Hah,
Shin… mari ikut aku.”
Shin
pantas mengekori Encik Tom yang sudah mula melangkah. Mereka menuju ke
belakang. Sam di meja kaunter hanya menjeling sambil tersengih-sengih macam
kerang busuk. “Yes… akhirnya dapat
juga partner. Harap-harap boleh ngam
macam dengan Jay.”
*********
“WAKTU
aku sedar dahulu aku berada di hospital dan aku tak tahu apa yang telah
terjadi.” Jay sedang berlari setempat untuk memanaskan badan.
“Bagaimana
pula kau berkenalan dengan Leah?” soal Camie yang turut berlari setempat di
sebelah Jay sambil menghadap tasik buatan di taman rekreasi berhampiran
universiti mereka.
“Kebetulan
sahaja. Waktu itu dia sedang melawat neneknya yang sakit dan kami terserempak
sewaktu aku cuba…” Jay terdiam seketika. Memikirkan yang dia pernah cuba hendak
membunuh diri dahulu adalah suatu perbuatan paling bodoh pernah dia lakukan dan
untuk mengakuinya di hadapan Camie dia berasa sedikit malu.
“Sewaktu
apa?” Camie menyoal apabila ayat Jay tergantung.
“Aku
pernah cuba hendak membunuh diri.” Camie hampir terkejut mendengarkan perkara
tersebut. “Waktu itu emosi aku sangat tak stabil. Berada di tempat asing dalam
keadaan tidak mengenali diri sendiri membuatkan aku rasa sungguh tertekan. Aku hilang
keyakinan untuk meneruskan kehidupan.”
Langkah
Camie yang sedang membuat pergerakan setempat itu serta merta terhenti sebaik
mendengar kisah Jay yang pernah cuba hendak membunuh diri. “Dew…” dia memaut
lengan baju Jay. Air muka lelaki itu direnungnya. Hatinya berasa terkilan
kerana tidak berada disamping Jay pada saat-saat kritikalnya waktu itu. Camie
cuba hendak memeluknya namun segera ditegah oleh Jay.
“Camie,
jangan…” Jay memaut tubuh Camie untuk dijarakkan. “Tidak… selagi aku tak dapat
ingat apa-apa.”
Camie
mengangguk pasrah. Seperti yang dikatakan oleh Jay tadi, dia tidak boleh
mempercayai sesiapa selagi memorinya masih belum pulih.
“Okey,
tapi jangan cuba halang aku untuk panggil kau dengan nama Dew… even The Devil sekalipun,” pinta Camie.
Jay
meleretkan senyuman sengetnya. “Whatever…
asalkan kau bahagia.” Dia mula mengatur langkahnya untuk berlari secara
perlahan menyusuri laluan pejalan kaki di sekitar tasik tersebut.
Camie
menyusul dari belakang untuk beriringan dengannya.
“Dahulu
kita selalu jogging macam ni bersama-sama.” Camie mula bercerita tentang kisah
silam.
“Oh,
yeah?” Jay sekadar memberikan respone
untuk menyedapkan hati Camie. Walhal hatinya belum sepenuhnya mempercayai
Camie.
“Kau
suka buat competition yang
bukan-bukan. Salah satunya berlumba lari. Kemudian siapa kalah mesti kena
denda,” cerita Camie lagi.
“Interesting… jadi siapa yang selalu
kalah dan kena denda?” Jay mula tertarik.
“Kau
tu seorang yang licik. Kau selalu menang sebab main taktik kotor dengan aku.
Dan bila aku kalah kau selalu kenakan aku dengan denda-denda yang mengarut dan
memalukan.”
“Really?” Dahi Jay berkerut. Seolah-olah
tidak percaya yang dirinya seteruk itu dahulu. “So, Dew is a bad guy lah
ye?” soalannya itu seolah-olah dia bertanya tentang orang lain. Walhal dialah
Dew yang dimaksudkan oleh Camie sejak tadi.
Camie
mengangguk sambil meleretkan senyuman kepada Jay yang sedang buat memek muka
tidak percaya dengan dakwaan Camie.
Denda
yang paling tidak boleh dilupakan oleh Camie ialah menari lagu Nobody – Wonder
Girls di khalayak ramai. Waktu itu kemenangan yang diperolehi Dew agak tidak
adil sebab lelaki itu guna taktik kotor untuk memenangi perlumbaan. Dew berpura-pura
telah cedera dan menyebabkan Camie berpatah balik untuk mendapatkannya. Akhirnya
Dew mengambil kesempatan untuk memecut ke garisan penamat dan memenangi
perlumbaan tersebut.
Kali
ini Camie berjanji mahu memastikan Jay kalah dan akan menerima denda yang sama.
Sebenarnya bukanlah sukar hendak menewaskan lelaki itu. Jay bukan seperti Shin
yang memang seorang atlit olahraga. Jay itu kakinya sahaja panjang tetapi bukan
kuat berlari pun. Cepat pancit. Jay memang bukan seorang yang berbakat dalam bidang
sukan Jadi Camie ada kelebihan di situ.
“Apa
kata kita berlumba lari hari ini… dan untuk membuktikan aku tak sama dengan
Dew. Aku janji takkan main kotor dengan kau.”
Camie
tersenyum panjang. Belum pun sempat dia mencabar, pemuda itu yang terlebih
dahulu mengajaknya berlumba lari.
“Jadi
kau setuju jika siapa yang kalah nanti akan didenda?”
“Okey,
setuju… tapi apa dendanya?”
“Nak
tahu apa dendanya? Apakata kita berlumba lari dahulu. Siapa kalah dapatlah
merasa denda tu.” Ekor mata Camie mencari ranting kayu atau batu untuk membuat
garisan mula di atas tanah. “Satu pusingan seluruh tasik ni sahaja. Kita mula
dari sini dan tamatkan di sini juga. Setuju?” dia mengibas-ngibaskan tapak
tangannya setelah selesai membuat garian mula.
“Aku
janji akan berlumba secara adil tapi beritahulah dahulu pasal denda tu.” Teringin
sungguh hatinya mahu tahu tentang denda yang kononnya pernah memalukan Camie
dahulu.
“Siapa
kalah kena buat Gwiyomi. Siapa menang boleh buat satu permintaan. Setuju atau
tidak?”
Mendengar
perkataan Gwiyomi serta merta senyuman Jay meleret lebar. Sudah tentulah dia
akan memastikan Camie kalah kerana dia mahu melihat Camie membuat Gwiyomi
secara live petang ini. “Setuju.”
(cuba bayangkan Jay yang evil n kaku tu wat gwiyomi cam Zain...Camie mesti gelak guling2 punye)
SETENGAH jam kemudian…
“Camie,
kau tahu tak… ini adalah satu perkara yang paling tak macho dalam hidup aku. Apa
kata kita tukar denda ni.” Jay berdalih setelah kalah dalam perlumbaan tadi.
“No choice. Kau yang setuju. Janji tetap
janji. Aku nak tengok kau buat Gwiyomi jugak.” Sebelah kening Camie terangkat
sambil kedua belah tangannya disilangkan ke hadapan. Tidak sabar rasanya mahu
melihat Jay melakukan denda yang telah dijanjikannya tadi.
“Woi,
aku ni dahlah handsome. Macho pula
tu. Lelaki berjiwa rockers, yang main
gitar elektrik dan pergi gig konset… tiba-tiba nak kena denda buat Gwiyomi kat
tengah-tengah taman rekreasi ni. Pleaselah
Camie. Ini memang teruk.”
Camie
tarik muka. Memang sah dasar The Devil. Tadi sebelum berlumba bukan main lagi
dia setuju dengan denda tu. Sekarang dah kalah, nak buat alasan pula. Cheesedale punya boyfriend.
“Apa
kata kita tukar denda tu dengan aku belanja kau makan aiskrim ke… atau belanja
kau tengok wayang ke…”
“NOOO!!! Aku nak kau buat Gwiyomi jugak!”
tiba-tiba Camie bersifat garang dek kerana tidak tahan mendengar alasan-alasan
Jay lagi.
“Erghhh….
$%^$#” Sikap degil Camie membuatkan Jay geram. Namun apakan dayanya. Terlanjur berjanji.
Kononnya mahu menonton Gwiyomi Camie secara live.
Manalah dia tahu rupanya Camie yang pendek itu boleh berlari laju dan telah
mengalahkannya.
“Kau
buatlah versi apa sekalipun. Janji ianya Gwiyomi. Maybe kau boleh cuba buat Gwiyomi versi One Ok Rock ke atau versi
Nirvana ke. Mesti best. Cepatlah,
Dew.” Camie tersengih-sengih melihat telatah Jay yang tertekan disebabkan
Gwiyomi. Entah-entah sedang menyumpah-nyumpah pencipta yang telah mempopularkan
Gwiyomi ke seluruh dunia itu.
Jay
duduk bersila di atas rumput berhampiran tasik. Camie juga ikut duduk
bertentangan dengan Jay.
“Aku
tak hafal lagu tu.” Dia masih mencari jalan untuk mengelak denda tersebut.
“Alasan
lah tu.” Camie tarik muncung pada wajahnya. Bercadang hendak merajuk seandainya
Jay terus-terusan mahu mengelak dari melakukan denda tersebut.
“Serius
lah. Sedangkan nama kau pun susah aku nak ingat, apatah lagi bahasa Korea yang
lebih berbelit sebutannya tu.” Kiranya ini adalah alasan yang bernas untuk
tidak melakukan denda tersebut.
“Kalau
macam tu biar aku pasang lagu tu, kemudian kau miming sahaja sambil buat
gwiyomi yang cute-cute tu ye.” Setiap
alasan pasti ada jalan untuk dipatahkan. Camie takkan biarkan Jay terlepas
daripada dendanya.
Akhirnya
Jay tetap gagal untuk melarikan diri dari denda tersebut. Dia akur walaupun
terpaksa menahan muka yang tebal lebih dari seinchi gara-gara penangan Gwiyomi.
Lagu gwiyomi dipasang dari Hunnypink yang berwarna pink dan ada rantai blink-blink sebagai hiasannya. Tidak banyak
yang Jay boleh ikut. Dia cuma ingat sedikit sahaja melalui video Camie yang
dilihatnya tapi dia hafal gaya di bahagian korus lagu tersebut.
“1
+ 1 = Gwiyomi...”
Camie
tersenyum panjang melihat Jay yang bermuka kaku tapi tengah buat gaya comel.
“2
+ 2 = Gwiyomi...”
Camie
mengulum tawa di dalam mulutnya melihat telatah Jay yang sedang mengembungkan
mulutnya dengan dahi yang berkerut. Pastinya dia tidak senang untuk berlagak
comel di tempat awam.
“3
+ 3 = Gwiyomi… gi-gi-gwiyomi… gi-gi-gwiyomi…”
Bhahahaha~~
Camie sudah tidak tertahan menahan tawanya. Gaya straight face Jay yang ditambah dengan gerakan tangannya yang
nampak kalut dan keliru membuatkannya ketawa terbahak-bahak. Sumpah comel tahap
overboard.
“4
+ 4 = Gwiyomi…” Jay buat tak peduli dengan sikap Camie yang sedang
mentertawakannya. Dia terus sahaja menyudahkan Gwiyomi nya.
“5
+ 5 = Gwiyomi…” Camie ikut sekali dalam pergerakan Jay namun tawanya masih
belum berhenti. Dia nampak begitu gembira sehingga tidak dapat mengawal
gelaknya sejak tadi.
“6
+ 6 = chu chu chu chu chu chu gwiyomi gwiyomiii!!!” Mereka berdua menjerit
sekuat hati di akhir lagu tersebut. Jay menjerit kerana melepaskan geram sebab
bernasib malang kerana didenda petang itu. Sementara jeritan Camie lebih berunsur
perasaan gembira yang tidak terhingga kerana telah berjaya mendenda Jay hari
ini.
“Puas
hati sekarang, Cik Camily Miya… Miya… whatever
your name. Seronok ya dapat kenakan aku petang ni.”
Camie
tarik muka ketat. Jay lupa lagi dengan nama penuhnya. Tapi tidak mengapa kerana
hari ini dia berjaya mendenda lelaki itu. Dia tersenyum panjang semula.
“Kau
mesti lupa yang dahulu kau pernah denda aku menari lagu Nobody-Wonder Girls kat
tempat macam ni tau. Hari ini kira kita dah seri satu samalah.”
“Hmm…”
wajah Jay sedikit berkerut. Seolah-olah sedang mengingati memori tersebut. Dia
bangkit berdiri. Masih lagi cuba mengingati sesuatu tentang masa silamnya
bersama Camie namun percubaannya menemui jalan buntu. Dia masih tidak dapat
mengingati memori tersebut. Jangan kata memori bersama Camie sahaja, malah
semua perkara pun gagal diingatinya.
Tiba-tiba
sedang dia cuba meraih ingatannya, matanya tertancap pada sesusuk tubuh seksi
yang sedang berdiri di samping sebuah kereta mewah yang berhenti di bahu jalan
di luar kawasan taman rekreasi tersebut. Secara automatik kaki Jay dihayun
pergi menuju ke arah gadis tersebut.
“Dew,
nak kemana tu?” Camie memanggilnya.
Jay
menghentikan langkahnya dan kembali menoleh kepada Camie.
“Nak
balik.” Tanpa mempedulikan reaksi Camie terhadapnya, Jay kembali melangkah
untuk mendapatkan Leah yang kelihatan sudah membuka pintu kereta. Belum sempat
dia sampai kepada Leah, kereta mewah tersebut telah membawa Leah meninggalkan
kawasan tersebut.
Jay
berpatah balik untuk mendapatkan Camie.
“Camie,
jom ikut aku.” Jay segera memaut lengan Camie dan menariknya untuk menuju ke
parkir kereta dengan dengan terkocoh-kocoh.
“Nak
pergi mana?” Camie tertanya-tanya dengan langkah yang kelam kabut menuruti Jay.
“Aku
ada perhitungan yang penting dengan perempuan talam dua belas muka tu.”
“Siapa?”
“Leah
Dianza Mikeilson!”
“What? The Queen Of Pirate? Apa dia dah
buat pada kau?”
“The
Queen Of Pirate? Ahah… cantik sangatlah gelaran tu. Memang kena dengan dia.” Bibir
Jay senget ke atas mempamerkan senyuman sarkastiknya. Ada sesuatu sedang
bermain di dalam benaknya. Sebelum ini dia nampak Leah bercium dengan seorang
atlit kacak dan hari ini Leah bersama dengan seorang lelaki kaya yang sudah bergelar
pakcik pula. Yang mana satu Tom Cruise sebenarnya ni? Siap kau kejap lagi Leah!
Bersambung...
Bersambung...
No comments:
Post a Comment