Kawan2 yg saya Sayang

Wednesday, June 9, 2010

Angel In The Devil Suit 1 ::Bab 8::




BAB 8
PAGI yang ceria. Camie tersenyum lebar memandang pantulan imejnya di dalam cermin. Hari ini adalah hari pertama dia memakai pakaian seragam kolej selepas dua minggu di kolej Reveria Hook. Camie sangat gembira. Apa tidaknya, sebelum ini di kolej lamanya tiada peraturan yang mewajibkan pelajar berpakaian seragam. Jadi itulah sebabnya dia sangat teruja untuk mengenakan seragam.
Sudah bosan asyik berpakaian kasual. Mereka semua kata penampilan aku pelik. Pelik ke? Mana ada. Masa di kolej lama tak ada pun yang kata aku ni pelik. Err… ada sebenarnya tapi… ala, diorang tu jealous (saja nak sedapkan hati sendiri). Jeremy tak pernah pun kata aku pelik. Malah dia yang sentiasa beri semangat supaya yakin dengan apa yang aku buat. Jadi, buat apa aku nak peduli dengan apa yang semua orang anggap. Yang penting aku selesa dengan apa yang aku buat. Itu yang terpenting.
Camie senyum lagi memandang dirinya di dalam seragam tersebut. Kemeja biru mengikut bentuk tubuh dengan lengannya di paras bawah siku. Tali leher berwarna biru tua berjalur warna yang lebih muda. Skirt paras lutut berwarna sedondon dengan tali leher dan stoking putih panjang diparas tengah betis. Dia berpusing-pusing di hadapan cermin sambil menggayakan seragam barunya.
“Camie~!”
Sikit lagi nak terbabas melanggar kaki cermin tatkala terdengar pekikan Makcik Paula. Melihat Makcik Paula yang tiba-tiba berdiri di muka pintu biliknya menyebabkan Camie segera membetulkan berdirinya.
“Ya, makcik Paula,” dia menjawab panggilan makciknya biarpun sudah agak terlewat.
“Kenapa lambat sangat menyahut?”
“Err…” ala, itupun nak marah ke? Kecohlah Makcik Paula ni… Camie merungut diam-diam.
“Mama call. Nak cakap dengan kamu.”
Mendengar perkataan ‘mama’ dari mulut Paula menyebabkan Camie tersenyum lebar. Segera dia keluar dari bilik untuk menjawab panggilan mamanya.
Boeno…”
Ohaiyo, Camie,” kata-kata Camie dipintas oleh satu suara garau seorang lelaki.
Err… Papa? Makcik tipu… tadi kata mama yang call
Ohaiyo gozaimasu (selamat pagi), papa.” Camie tarik muka. Sedikit kecewa.
Ogenki desuka(apa khabar)?”
Sejak bila pula papa baik sangat nak tanya khabar aku ni? Hari tu bukan main lagi mengamuk. Macam nak terbalik dunia ni bila tengok result exam aku jatuh teruk. Tegur aku pun nak tak nak masa hantar aku ke sini. Menyampah…
Genki desu(baik)…” jawab Camie hendak tidak hendak.
Paula Martinez memerhati dari meja makan. Cuba mencuri-curi dengar perbualan antara Miyazaki Mashiro, ayah Camie dengan anak saudaranya itu tapi malangnya dia tidak dapat memahami patah bicara yang Camie bualkan kerana mereka dua beranak berbual dalam bahasa yang tidak difahaminya. Huh~ sengaja tak nak bagi aku faham. Bukankah sepatutnya Juliana yang berada dalam talian semasa aku menjawab panggilan tadi? Tentu Mashiro ada di sebelahnya…
“Hmm… boleh Camie cakap dengan mama?”
Mashiro mengerling Juliana Martinez, isterinya di sisi. Wajah isterinya itu mencorak segaris senyuman. “Bagilah saya bercakap dengan Camie juga,” … mungkin itulah yang cuba Juliana maksudkan dalam renungannya terhadap Mashiro.
“Dengan satu syarat…”
Huh~ itupun nak kena bersyarat ke? Camie buat muka di gagang telefon.
“Apa?”
Call meotosan’.”
He? Apa papa ni… bosan betullah. Tak sudah-sudah. Apa bezanya ‘otosan’ dengan ‘papa’. Sama saja maknanya. Itupun nak berkira.
“Papa…” Camie enggan menurut permintaan ayahnya.
“Camie,” panggil Mashiro dengan keras.
Hai(ya)… otosan. Can I talk with mom, now?”
Mashiro tersenyum di hujung talian. Puas. Selepas itu gagang telefon diserahkan kepada Juliana dan dua beranak itu mula berbual melepaskan rindu. Di akhir perbualan Juliana sempat berpesan kepada anak perempuannya.
Next week Camie ada ujian, kan. Mama dan papa nak tengok keputusan Camie meningkat naik. Kalau result Camie masih banyak merah dan tak melepasi 800 mata keseluruhan, jangan nak mimpi papa dan mama datang jemput kamu pulang.”
La-lapan ratus mata! Mama gila ke? Tak mungkin aku boleh dapatkan markah setinggi itu. Mama dan papa sangat keras kali ini.
“Lupakan dia, sayang. Jangan pandang ke belakang lagi. Dia adalah masa lalu kamu. Cerita antara kamu dengan dia dah tamat. Sekarang masa untuk buka buku baru.”
“Camie, faham. Camie akan ikut nasihat mama dan papa.” Camie mengetap bibir. Menahan perasaan yang sedang menghampap jiwa. Kalaulah mama dan papa tahu siapa yang aku jumpa di sini, tentu mereka tidak percaya…
Sebaik tamat perbualan, Camie pergi ke meja makan untuk bersarapan dengan Paula. Baru saja Camie hendak menyapu jem di rotinya, Makcik Paula sudah bangkit dari kerusinya.
“Dah lambat, Camie. Mari kita pergi.”
“Ha? Tapi Camie belum makan lagi.”
“Dah lewat. Makcik tiada masa nak tunggu orang yang tak pandai menguruskan masa. Kamu lambat, makcik tinggal,” kata Paula sambil langkahnya pantas menuju ke pintu rumah.
Camie tarik muka bengang. Tak bertimbang rasa betul. Bagilah masa sikit. Bukannya aku sengaja nak lambat. Kan tadi mama dan papa call
Hurry up, Camie!” jerit Paula dari muka pintu.
Ish, orang tua ni dah mula nak memekak lagi. Sabar sikit tak boleh ke.
“Huh~ makcik andartu yang sangat bising.” Camie merengus perlahan. Sempat dia mencapai apa saja makanan di atas meja sebelum pergi mendapatkan makciknya yang sudah terpacak di sebelah keretanya di luar rumah.
Selepas mengunci pintu rumah, Camie segera masuk ke dalam kereta. Kereta Paula mula bergerak namun tiba-tiba berhenti mengejut apabila Camie menjerit cemas.
“Apa hal lagi ni?” Paula separuh marah.
“Kejap, makcik… my bag… t-tertinggal…” kata Camie takut-takut.
“Ergh~! Budak ni kan…” Paula rasa macam nak naik angin semula melihat kecuaian anak saudaranya itu. Nasib malang betul apabila terpaksa menjadi penjaga anak kakaknya itu. Setiap hari dia perlu menegur bermacam-macam perkara dengan gadis tersebut. Umur dah nak masuk 18 tapi masih tak pandai nak berdikari. Ada saja perkara yang tidak betul dimatanya. Tak tahulah samada dia yang terlampau cerewet ataupun Camie yang sering cuai dan lalai.

No comments: