Kawan2 yg saya Sayang

Wednesday, June 9, 2010

Angel In The Devil Suit 1 ::Bab 9::




BAB 9
“AHH~!” Terkejut Camie apabila tiba-tiba kolar belakang  bajunya ditarik kasar oleh seseorang. Camie terdorong ke belakang apabila dia di tolak ke dinding.
Tiga orang gadis berseragam sama sepertinya berdiri di hadapannya. Dia kenal. Si cantik manis yang bercekak pinggang di tengah-tengah itu namanya Leah… err, Camie tidak tahu nama penuhnya tapi tahu gelaran yang diberi oleh salah seorang daripada kuncu-kuncunya. “Queen of Pirate…” sebutnya.
“Kau…” mata Leah mengecil dan menikam wajah Camie dengan tajam. Jari telunjuknya yang runcing hampir mencucuk biji mata Camie. “Berani kau panggil aku macam tu.”
Leah tidak jadi mencucuk mata Camie. Sebaliknya baju Camie ditarik kasar dan mereka membawa Camie masuk ke dalam tandas.
“Woi, Si Hodoh… perhitungan kita belum selesai lagi.”
“Apa maksud kau?” tanya Camie dengan muka separuh selamba membetulkan semula kemejanya yang sudah tidak kemas akibat diheret oleh Leah.
Mandy dan Dya cuma diam mematung di belakang ketua mereka sambil merenung Camie dengan perasaan benci. Benci tanpa sebab. Bagi mereka kalau Leah tak suka dengan seseorang, bermakna orang itu harus dibenci oleh mereka.
“Apa hubungan kau dengan Dew sebenarnya? Macam mana kau ada gambar bersamanya?” Leah memulakan sesi soal siasatnya.
Owh… pasal gambar hari tu rupanya. “Err… itu sebenarnya…” Camie terkulat-kulat mencari jawapan yang sesuai hendak dilontarkan. Dia tidak tahu bagaimana hendak menjelaskan perkara tersebut. Leah akan percaya ke kalau aku katakana yang itu bukan Jeremy The Taiko?
“Kau dengar sini… Jangan cuba nak rapat dengan Dew. He is mine. Sesiapa yang cuba nak memiliki dia perlu melepasi aku dulu,” Leah cuba tunjuk kuasa.
Mandy dan Dya mengangguk-ngangguk macam burung belatuk, mengiakan kata-kata ketua mereka. “Betul, betul, betul…”
“Tapi aku cuma…” terhenti sekali lagi kata-kata Camie.
“Cuma apa?” Gertakan Leah sekaligus membantutkan terus apa yang cuba hendak dijelaskan oleh gadis bersanggul dua di kiri dan kanan itu.
“Woi, Si Hodoh!” Mandy mula masuk line. Kepala Camie ditenyeh-tenyeh dengan hujung jarinya. “Tak padan dengan hodoh, ada hati nak syok kat lelaki handsome ya.”
Eleh, kalau setakat handsome tapi perangai macam setan, aku tak hinginlah dengan lelaki tu. Boleh blahlah… kutuk Camie di dalam hati. Seperti biasa dia tidak berani hendak meluahkan kata-kata tersebut dengan mulut.
Dya menarik kasar beg yang disandang bahu Camie.
“Wah, rajinnya Si Hodoh buat nota. Semua subjek ada nota.” Dya sekali lagi mengambil tugas menyelongkar barang-barang Camie.
Alamak! Itu nota Jeremy. Tolong… tolonglah jangan jahanamkan nota-nota tu. Mati aku kalau kena salin balik semula nanti. Bukannya sikit. Boleh patah jari-jemari aku nak siapkan nota-nota tu.
“Hmm… baguslah Si Hodoh ni, Leah. Apa kata kalau…” riak sinis Dya mencurigakan Camie. Ditambah pula melihat jelingan Leah dan Mandy yang semacam ada makna tersirat itu.
No way… aku tak kan buat untuk korang semua. Untuk Jeremy saja pun aku dah rasa macam nak larikan diri, sekarang nak buat untuk korang pulak. No way!
“Ops…” buku-buku nota tadi sengaja Dya jatuhkan ke lantai. “Terjatuh pula. Sorry.” Jelas nada suaranya yang tidak ikhlas. Berpura-pura.
Mandy masuk ke dalam tandas. Salur getah yang panjang di tarik keluar dan kepala paip dipulas. Air paip memancut keluar. Leah dan Dya yang sudah bersedia tadi telah mengelak. Mandy menyerahkan salur paip getah itu kepada Leah.
Oh, tidak… bukan seperti yang aku jangkakan. Camie menggeleng-geleng kepala. Ternyata mereka bertiga bukan mahu melakukan perkara yang sama seperti The Devil.
Salur getah tadi disuakan kepada Camie.  Habis basah baju seragam Camie. Namun dia tidak dapat melawan tindakan Leah. Tiada tempat untuk dia melarikan diri kerana pintu keluar berada di belakang Leah.
“Hahaha…” bukan main seronok lagi tiga orang gadis tersebut mentertawakan Camie.
Selepas habis basah lenjun Camie dikerjakan, kini giliran buku-buku nota yang sengaja di campak ke lantai oleh Dya tadi pula menjadi mangsa.
“Jangan!” Camie cuba hendak menyelamatkan buku-buku tersebut malangnya sudah terlambat. Mandy dan Dya menghalang tubuh Camie yang cuba hendak menyelamatkan buku-bukunya.
Rasa macam nak menangis di saat ini. Kenapa mereka semua suka menyusahkan aku? Jeremy mesti akan mengamuk nanti. Berganda-gandalah jawabnya kerja aku lepas ni.
“Woi!”
Tiba-tiba terdengar suara garau memecah suasana di dalam tandas tersebut. Ish… aku salah dengar ke apa? Mana boleh orang lelaki masuk sini… Camie cuba mendongak menjenguk suara tersebut.
J-jeremy?? ma-macam mana dia boleh berada di sini? Mati aku… tiga perempuan ni plus Jeremy… maksudnya hidup aku semakin terancam. Dalam bahaya! Kenapa aku? Why me~? Tidak~!!
“Korang semua nak mam%#* ke, hah?” tengking Jeremy seraya merampas salur paip getah di tangan Leah. Pili air segera di tutup.
He? Apasal tiba-tiba Jeremy marah diorang ni pula? Err, dan percaya atau tak sekarang ni dia sedang berdiri di hadapan aku. Gayanya macam sedang nak pertahankan aku? He? He?? He??? Betul ke ni? Macam tak percaya saja dia datang untuk back up aku.
“Dew, ke tepi. Jangan ganggu kami bermain,” kata Leah dingin. Langsung tiada sebarang riak ketakutan berhadapan dengan The Taiko.
“Aku cakap berhenti! Berambus sekarang!” tengking Jeremy.
“Kenapa dengan kau ni?” Leah tarik muka bengang. Tak sangka dengan tindakan Jeremy yang sedang mempertahankan Si Hodoh yang sedang  dibulinya itu.
“Hei, kalau tak nak kena lempang, lebih baik kau berambus sekarang,” kata Jeremy yang sedang mengemaskan buku limanya. Seakan sedang bersedia mahu melempang seseorang. Biar betul Jeremy ni… dia nak lempang Leah ke?
Dahi Leah berkerut. Bibir diketap sambil matanya tajam merenung Jeremy. Nampaknya dia tidak berpuas hati dengan tindakan Jeremy.
Dengan separuh rela Leah melangkah meninggalkan tandas. Mandy dan Dya mengekor di belakangnya. Dia mengalah kali ini kerana rasa hormatnya pada taiko kolej.
Camie memandang Jeremy@Dew yang sedang mengutip buku-buku nota yang basah di atas lantai. Tiba-tiba dia berasa seperti melihat mendiang Jeremy ketika ni. Seorang Jeremy yang sentiasa melindunginya setiap kali dia dibuli oleh para pembuli bertauliah di kolej lamanya. Camie terharu sampai rasa macam nak menangis.
“Terima kasih…”
Jeremy yang sedang membelakangi Camie perlahan-lahan bangkit lalu menoleh kepada gadis tersebut. Dia merenung Camie. Renungannya dingin seperti selalu. Camie segera mengelak. Tidak berani membalas renungan bak ais di antartika itu.
Pap!
Adoi~ apasal tiba-tiba kena ketuk pula? Camie meraba dahi yang baru saja diketuk oleh Jeremy dengan salah sebuah buku di tangannya.
“Kau terima kasih apa?” soalnya dingin.
Err… betullah. Aku berterima kasih sebab dia dah selamatkan aku dari kena buli dengan Queen Of Pirate tadi. Tak kan aku nak kena ucap minta maaf pula. Tak sesuai langsung…
“Aku cuma nak selamatkan nota-nota aku saja. Kau patut minta maaf dengan aku sebab tak jaga nota ni elok-elok!”
He~? Bodohnya aku… tak mungkin penjahat kelas S(tahap serius dan bahaya) ni datang nak selamatkan aku. Aku patut sedar semua tu. Dia cuma nak selamatkan nota-nota dia sajalah. Huh, sungguh mementingkan diri sendiri betul lelaki ni…
Camie kecewa apabila sebenarnya Jeremy langsung tiada niat hendak menyelamatkannya tadi.
“Tak habis-habis menyusahkan aku,” gumam Jeremy perlahan sambil menjeling Camie dengan rasa geram.
“Jeremy… aku minta maaf.” Camie tunduk memohon maaf kepada Jeremy.
Jeremy bercekak pinggang. Masih memandang Camie. Hii~ kalau ikutkan hati memang dah lama tak hidup budak ni kena dengan aku. Nasib baik aku ni masih lagi manusia yang bertimbang rasa… tapi tetap tak boleh lepaskan dia macam tu saja.
“Ikut aku kejap.” Jeremy menarik lengan baju Camie dengan kasar.
“Ahh… sakitlah~” Camie terdorong mengikut langkah Jeremy yang menariknya keluar dari tandas.
“Diamlah!” balas Jeremy kasar.
Beberapa orang pelajar perempuan yang baru hendak masuk ke dalam tandas tergamam melihat Jeremy yang sedang menarik Camie keluar dari tandas pelajar perempuan. Mereka saling berpandangan. Tertanya-tanya…mengapa Jeremy berada di tandas perempuan? dengan seorang pelajar perempuan yang kebasahan? Apa Jeremy dah buat pada gadis itu? Oh my god… Takkanlah dia… Naa~ ilusi kot… (mereka tidak mahu percaya kalau Jeremy lakukan sesuatu yang teruk terhadap seorang gadis juga)

No comments: