Kawan2 yg saya Sayang

Thursday, June 10, 2010

Angel In The Devil Suit 1 ::Bab11::

BAB 11
MINGGU ujian penilaian…
Hati Camie lebih tenang biarpun otaknya sedang berserabut menjawab ujian yang pertama hari ini. Huh~ baru dua minggu lebih masuk kolej ini dah kena duduki ujian yang super susah tahap tak ingat. Jangan kata nak capai markah yang mama dan papa tetapkan, nak dapat separuh markah pun aku terpaksa berusaha separuh mati. Nak gapai 900 markah(markah keseluruhan)? Dalam mimpipun susahlah.
Tapi sekurang-kurangnya hati aku tenang sedikit sebab tidak diperhambakan oleh Jeremy lagi. Agaknya lelaki tu nak kasi chance pada aku untuk jawab exam dengan tenang barangkali. Tempat duduknya masih di sebelahku walaupun meja kami dijarakkan sepanjang ujian ini berlangsung. Tapi agak pelik bila dia tidak bercakap walau sepatah pun dengan aku. Jauh sekali menengking-nengking macam selalu. Tenteram sungguh telinga ini kerana tidak mendengar suara herdikannya setiap hari.
Camie mengerling kepada Jeremy ketika separuh masa ujian Matematik Moden. Terbeliak matanya melihat Jeremy. Percaya atau tidak The Devil sedang nyenyak tidur. Selamba gila mamat ni. Tidur tidak kira masa. Apa yang dia buat setiap malam sampai tak cukup tidur setiap hari?
Camie menjeling pula kertas jawapan Jeremy yang diletak di sudut mejanya. Kalau mata aku tak silap, kertas tersebut penuh dengan jawapan. Tapi aku tak pastilah samada ia jawapan atau apa. Yang pasti…
“Camily!” Tiba-tiba satu suara lantang memecah sunyi kelas. Semua orang masih fokus pada kertas soalan masing-masing kecuali Camie yang namanya dipanggil oleh Cikgu Maka.
Erk… kantoi. Ampun, cikgu. Sumpah aku tak meniru orang sebelah.
“Ada apa-apa yang boleh saya bantu?”
Peh… sarkastik sungguh bunyinya tu, Cikgu Maka… Camie menggeleng sambil buat muka satu sen, kemudian kembali menjawab kertas soalan tanpa sibuk nak ambil tahu pasal Jeremy lagi.
Aduh… memandang angka-angka dan simbol-simbol ni membuatkan otak aku jammed. Sakit kepala betul. Ini baru Math, tak tahulah apa nasib aku bila menjawab kertas Add Math nanti. Semoga ada keajaiban hendaknya di hari terakhir minggu ujian nanti.

*************

HARI terakhir minggu ujian penilaian…
Kertas terakhir hari ini iaitu Matamatik Tambahan berjalan dengan lancar. Namun yang lancar itu tidak semestinya tiada masalah. Sekali lagi otak Camie serabut mengalahkan perdana menteri yang kusut otak memikirkan masalah negara. Melihat Jeremy yang sudah terbang ke alam mimpi membuatkan Camie berasa cemburu. Akhirnya dia pun…  join to the club. Ikut tidur juga.
Camie hanya terjaga dari tidur apabila terdengar suara lantang Cikgu Maka yang mengingatkan masa menjawab tinggal 15 minit lagi. Terus segar mata Camie. Dia segera mencapai pen dan kertas soalan. Tapi sempat juga matanya menjeling kepada Jeremy di sebelah.
Hee~? Percaya atau tidak kali ini bukan pemandangan biasa yang Camie nampak disepanjang minggu ujian ini berlangsung. Jeremy sedang tekun menulis sesuatu di kertas jawapannya. Lebih pelik lagi apabila melihat lelaki itu tersenyum tenang menjawab soalan. Apa yang sedang berlaku ni? Betul ke ini Jeremy The Taiko yang malas belajar dalam kelas tu? atau ini jelmaan Jeremy kekasih lama aku?
Akhirnya kerana terlalu memikirkan Jeremy, satu butir jawapan pun Camie tidak tulis. Dia hanya mampu mengeluh selepas tamat masa ujian.
“Sah-sah aku tak boleh capai 800 markah seperti yang dijanjikan dengan mama dan papa. Huh~~” … mengeluh panjang.
“Woi, Si Hodoh…”
Herk… sekali lagi ke? Camie menarik muka sambil menjeling Jeremy dengan ekor mata.
“Pergi beli makanan untuk aku,” arah Jeremy sambil kakinya di angkat sebelah ke atas kerusi. Gaya taiko sepanjang zaman.
Ah, pergilah beli sendiri. Ingat aku ni apa? Hamba dia ke? Suka-suka je nak buat delivery order.
“Nak beli apa?” Hii~ bodoh betul mulut ni. Kenapa takut sangat nak melawan lelaki jahat ni?
Ham burger. Aku tunggu kau di taman bonsai Pendekar Penyu (nama gelaran untuk tuan pengetua yang tak cukup ketinggian dan miang keladi).”
“Baik… duitnya?”
“Gunalah duit kau dulu.” Jawapan Jeremy membuatkan Camie sakit hati… Dah lah suruh aku pergi beli makanan untuk dia, duit tak nak hulur pula. Melampau sungguh.
Jeremy beredar keluar dari kelas tapi sampai di muka pintu dia berpaling semula kepada Camie.
“Oh ya, aku bagi kau masa 10 minit dari sekarang. Kau lambat… nahas!” katanya sebelum berlalu.
Gulp! Camie telan liur. 10 minit saja? Pergi balik ke caféteria saja dah ambil masa lebih dari 5 minit. Nak beratur beli makanan lagi. Argh~ melampau sungguh! Camie segera berlari keluar menuju ke café untuk membeli makanan Jeremy.

No comments: