Kawan2 yg saya Sayang

Friday, December 18, 2009

Panggilan Rindu Di Tahun Baru

"SALAM MA'AL HIJRAH"


1:45 pagi ... tiba2 menerima panggilan dari satu nombor misteri.

Cik Kaseh dah terbang sampai ke langit tujuh dan malas nak hiraukan panggilan tersebut walaupun sebenarnya ada dengar my Narsha(HP saya) berbunyi.

Awek yang duduk sebilik dengan saya masih berjaga... (sedang asyik bersengkang mata bermain game online dekat Facebook). Mungkin dia rasa tidak sedap hati dengan panggilan sebegitu di awal pagi lantas segera menjawab panggilan Cik Kaseh tu.

"Acik!! bangun!!!!!!!!!!" dia menjerit tak tentu pasal. (mentang2 ibu tak ada... kot yepun janganlah menjerit macam nampak jembalang)

"Embah nak cakap ni!!!"

Ha?? embah? emak aku ke??

Cik Kaseh yang ala2 mabuk ecstasy mula mencelikkan mata. dan mencapai my Narsha...

"Assalamualaikum! Nurul dah baca yasin?"

He?? ape ke pembuka bicara macam tu di awal2 pagi macam ni wahai bonda ku...

Cik Kaseh blur habis time ni. dapat panggilan daripada my emak dari Makkah. Pas tu tiba2 dia tanya dah baca yasin dalam jam 1:45 pagi... ??

"Maakkk!!!" Malas nak fikir soalan pembuka bicara emak yg bertanya pasal baca yasin tadi, terus je Cik kaseh jerit panggil dia. rindu beb!

"Mak apa khabar? sihat tak? mak kat mana? tengah buat ape? kat sana pukul brapa skang?" Peh! dalam satu nafas tu bertanya semua soalan pada My emak. (soalan dia yang satu tadi pun aku tak jawab lagi... hish aku ni~)

"Sihat. mak kat masjid. kat sini baru nak masuk isyak. Nurul dah baca yasin ke belum?" Bertanya semula soalannya tadi.

"Err... baca yasin untuk apa mak?" <--- memanglah saya sengal plus lampi tak faham apa maksud emak.

"Sempena tahun baru. esok kan awal Muharam. baca yasin ke tak?" dia ulang lagi soalan dia dengan nada cuba menangkap kesalahan si anak.

"Bukan tak nak baca tapi orang cutilah mak. hehehe~" <-- alasan ni patutnya boleh diterima kan? Cik Kaseh memang tak tipu ok.


Dan perbualan lebih kurang 5 minit itu tamat bagaikan baru sesaat berbual dengan insan tercinta. pagi tadi merupakan hari yang sangat happy buat Cik Kaseh kerana antara ramai2 anak mak, Cik kaseh menjadi salah seorang yang terpilih untuk mak hubungi.


"Mak..."
"Ya..."
"I MISS YOU!!!"
"Hish budak bertuah ni!"

Cik Kaseh ketawa terkekek2. mungkin mak tak faham yang Cik Kaseh cakap rindukan dia. Biarlah dia tak faham. sebab selama Cik kaseh jadi seorang anak pun memang tak pernah luahkan perasaan rindu atau sayang atau yang seumpama dengannya terhadapnya... (aku bukan anak dia yang baik pun...)



P/s : pagi tadi saya terlewat ke pejabat gara2 lewat bangun pagi. disebabkan dapat panggilan mengejut dari emak, mata Cik Kaseh terus bulat segar tak mahu tidur. muka penuh dengan senyuman je pergi ke pejabat... dah lambat pun relax je lagi... siap singgah gerai beli nasi lemak lagi... hehehe~

P/s : Boss masuk lewat hari ini... so dengan tenang dan sopannya saya sudahkan nasi lemak sambil tersenyum panjang akibat tertelan tablet bahagia dari emak... hikhikhik...

3 comments:

Kujie said...

mak selalu tepon adi
tak batak dah...



p/s -adi suruh kak jie taip mcm ni...hahahaha

Kaseh Esmiralda said...
This comment has been removed by the author.
Kaseh Esmiralda said...

kau pergi berambus dari blog aku. jgn cuba nak tinggalkan apa2 jejak dlm blog aku. semua komen kau dlm entry aku sangat menyakitkan mata..

Kak jie, gi ckp kat dia cm tu plak...