Kawan2 yg saya Sayang

Saturday, December 19, 2009

Ai Without Love ::Bab3 Bhg1::

Tajuk : Diserang Piranha!
Watak : Ryo, Yna, wartawan
Lokasi : Lif, Lapangan Terbang Lisberg
Genre : Friendship & romance
Ringkasan : Ini bukan masalah nak cari publisiti tapi bila dalam keadaan terdesak apa2 pun boleh terjadi. selamatkan diri lebih penting! jangan main2 dengan piranha di atas darat yang lebih dasyat daripada Piranha di dalam air!


3

Cahaya terang yang menyilaukan tiba-tiba mengejutkan lena Yna. Tangannya segera menutup matanya. Kemudian perlahan-lahan dia cuba membuka katupan matanya setelah biasa dengan cahaya yang baru muncul itu. Dalam keadaan nanar dia cuba mengecam satu-persatu orang yang berdiri di hadapannya.

Ada ramai… lebih daripada lima orang. Ada juga yang sedang memegang kamera sambil memokuskan lensa kamera ke arahnya dan… Ryo? Tatkala berpaling ke sebelah, dia melihat lelaki tersebut masih nyenyak lena tanpa menyedari situasi mereka berdua ketika itu. Kepalanya yang terlentok di bahunya segera di tolak bangun.

“Bangun, bodoh!” bisik Yna ke copeng telinga lelaki itu dengan keras.

Mata Ryo terbuka separuh tapi masih belum sedar betul. Yna cuba menggegar bahu Ryo. “Ryo-chan, bangunlah cepat. Ramai orang ni!” Dia bersuara kuat. Juru gambar dan wartawan di sekelilingnya langsung tidak dipedulikannya. Mengejutkan Ryo lebih penting waktu ini.

Akhirnya Ryo sedar setelah dijerit Yna. Terdengar suara riuh rendah di sekelilingnya menyebabkannya terpinga-pinga sebelum menyedari situasinya kini.

Wartawan? ini memang teruk. Masalah besar ni… Aku dah terperangkap. Akhirnya Ryo sedar dengan keadaan sekelilingnya. Dia perlu melakukan sesuatu sebelum perkara ini menjadi besar. Lengan Yna dipaut untuk segera bangun.

“Yna, cepat. Kita kena pergi sekarang.” Serta merta Ryo bertindak cergas setelah menyedari masalah bakal menimpanya disebabkan wartawan-wartawan tersebut.

Lensa kamera rancak menangkap gambarnya bersama Yna. Sama rancak juga dengan mulut para wartawan yang bagai bertih jagung menyoal itu dan ini terhadapnya.

“Argh!” Yna menjerit kecil sambil memegang buku lalinya yang terseliuh akibat kecederaan malam tadi.

Dia melontar pandangan ke arah Ryo. Pandangan itu cuba menjelaskan kepada Ryo akan keadaannya kini. Wajah Ryo berkerut. Dia tahu kaki Yna terseliuh dan ini benar-benar membataskan pergerakan. Mereka perlu pantas untuk keluar dari kelompok pemburu berita sensasi tersebut.

“Tak ada jalan lain. Terpaksalah…”

Yna terkesima apabila tiba-tiba Ryo merangkul pinggangnya sebelum tubuhnya tergantung dalam dukungan Ryo.

“Ryo!” mata Yna terbuntang besar menikam Ryo yang sangat berani bertindak begitu tanpa keizinannya.

“Kau diam.” Ryo tidak cakap banyak. Segera dia memanjangkan kakinya meninggalkan perkarangan lif tersebut.

Yna terpaksa menyimpan rasa tidak puas hatinya untuk sementara memandangkan keadaan mendesak mereka untuk segera bertindak menjauhi wartawan-wartawan yang bagaikan piranha bertemu mangsanya.

Melihat tindakan berani Ryo, maka semakin rancaklah lensa kamera memburunya. Wartawan-wartawan yang rakus mahu mendapatkan berita sensasi tadi tidak tunggu lama untuk mengejar Ryo.

“Nishikido, adakah ini kekasih yang awak sembunyikan daripada pengetahuan umum selama ini?” Salah seorang daripada mereka bersuara menanyakan soalan.

“Apa yang awak lakukan bersama dengan kekasih awak di dalam lif ini?” dan soalan selanjutnya ditanya sebelum soalan pertama menerima jawapannya.

“Boleh kami tahu sejak bila awak berdua bercinta?” semakin gelojoh mereka bertanyakan soalan memandangkan Ryo semakin pantas bergerak cuba melarikan diri.

Yna dah pening kepala. Melihat air muka Ryo yang tenang dalam tegang menyebabkannya terasa hendak membalas setiap soalan pertuduhan para wartawan tersebut.

“Sebenarnya…”

“Diam, Yna!” Yna tidak jadi membuka mulut apabila dilarang keras oleh Ryo yang sedang mendukungnya. “Jangan cuba jawab setiap soalan mereka kalau nak selamat.” Ryo merendahkan suara agar hanya Yna yang mendengar amarannya itu.

Ryo dapat meneka sesuatu. Tentu dia diekori sejak semalam dan wartawan-wartawan tersebut menunggunya di situ sehingga lif yang rosak itu dibaiki. Setelah pintu lif terbuka maka mudahlah mereka hendak menyerangnya.

Hmph… tapi ia tetap tidak semudah yang mereka sangka kerana dia mengambil langkah yang selamat untuk tidak memberikan sebarang komen. “Jangan jawab soalan wartawan yang bagaikan peluru berpandu tanpa aku di sisi.” Itu pesan Aya kepadanya selama ini.

No comments: