Azam tahun baru kali ini...
kenapa kuasa dua?
sebab ada dua tahun baru kan...
(jangan nak buat2 lupa...)
Azam saya tahun ini ada banyak
tak banyak sangat kot...
adalah...
tak nak cakap semua... <-- err, malulah...
3 azam Cik Kaseh tahun baru kali ini... <--- korang semua jadi saksi ya.
1- sekurang2nya satu daripada manuskrip saya mesti diterima untuk diterbitkan menjadi sebuah novel. samada Aku, Perempuan & sesuatu ... @ ... Angel In The Devil Suit.
2- Satu buku satu bulan. saya mesti habiskan baca satu buku dalam satu bulan. (untuk enovela pula... maaf, saya hanya akan baca yang dah siap sahaja... saya tak suka menunggu... lagipun lambakan enovela di internet boleh membuatkan saya terlupa mana satu nak kena baca dulu.)
3- Berusaha untuk diet! ... err, sejak kebelakangan ni berat badan dah makin meningkat. target untuk sebelum hujung tahun depan... sekurang2nya dapat kurangkan berat badan lebih dari 5kg... ok tak... kira dah ok dah tu... kurus sangat pun bukan cantik.
P/s : hari ni dengan semangatnya saya beli kasut sukan baru... mulai esok kononnya nak berjoging setiap hari... kikiki~
No comments:
Post a Comment