Kawan2 yg saya Sayang

Wednesday, December 30, 2009

Drama 3 Babak

BABAK 1

Si anak asyik memandang jam dinding, mengira baki waktu yang tinggal sejak malam tadi. Jadual penerbangan yang siap ditampal sejak awal dibaca sekali lagi. kali ini barangkali sudah lebih seribu kali kertas tersebut dibacanya. Mujur ditampal di dinding. kalau tidak harus hancur lunyai jika dipegang sentiasa...

Kakak 1 : Mak dah sampai mana sekarang ya? ... (Jam menunjukkan 8.30 pg)
Kakak 2 : Dekat India kot.
Adik Perempuan : tak lah... mesti dah dekat area Myanmar.


... Penantian suatu penyiksaan...


Jam 9.30 pg...
Menerima panggilan dari Abang 1...

Abang 1 : Mak dah sampai KLIA!!!

Kami semua duduk rapat2 dekat gagang telefon. Terujanya menanti insan yang dirindui.

Jam 12.00 t/hari...
Adik Lelaki : Dah sampai mana?
Abang 1 : Ijok.
Adik Lelaki : Ok, roger and out...

Jam 1.00 Ptg...
Kakak 1 : Dekat mana dah?
Abang 1 : Bawa bersabar. 5 minit lagi sampai.
Kakak 1 : Betul?!... ok.


Emak selamat menjejakkan kaki di rumah setelah pergi menunaikan fardhu haji di Makkah hari ini (Isnin, 28/12/2009).

Makcik (adik emak) : Baru korang semua rasa sekarang kan. selama ni emak yang susah hati tertunggu2 korang balik. hari ini anak2 pula yang tak senang duduk tunggu emak balik rumah.
Pakcik : Dah tahu kan perasaan seorang ibu yang menunggu kepulangan anak2nya.



BABAK 2

Emak : bukalah beg emak tu. ada jajan dari Makkah. ada kurma, kacang, kismis... hidang bagi tetamu2 tu.

Anak2 pun menurut. zip beg dibuka dan segala jajan dari makkah dikeluarkan, dimasukkan ke dalam bekas dan dihidangkan kepada tetamu yang hadir sama menyambut kepulangan si emak. tidak ketinggalan air Zam Zam juga.

Emak : Mak tak beli apa2 kat Makkah tu. tak shopping pun.

Dalam hati anak2 : Oh, yeke... hurm~ takpelah. bukan rezeki nak dapat apa2 buah tangan dari sana nampaknya. mak kan pergi beribadah. tak baik harapkan buah tangan. takpelah... redha saja... <--- sambil menjeling bagasi emak dengan harapan yang... err, sedikit kecewa.

Petang itu...
Emak : Bukalah bagasi emak tu. keluarkan barang2 emak.

Kakak 1, 2 dan adik perempuan pun bukalah. niat di hati nak tolong emak kemaskan barang2.

Emak : kamu pilihlah mana2 yang berkenan. mak tak shopping pun. beli sikit2 je tu.

anak2 termasuk abang dan adik lelaki yang baru masuk pandang emak bagai nak jatuh rahang!!
tahu sebab apa?

Emak punya tak shopping tu... penuh satu bagasi!!

Abang 1 : kalau yang dikatakan shopping tu macamana ya mak?
Adik Lelaki : kalau 2 bagasi tu baru namanya shopping... <--- adik tolong jawab bagi pihak emak.

Emak wajah tenang memandang anak2. anak2 pula dah tertawa gelihati dengan tiori tidak shopping emak... hakhakhak~~



BABAK 3

Cik Kaseh : Eh, sibuk melantak kurma dengan kacang sampai lupa nak minum air Zam Zam.

Tinggalkan makanan dan segera capai gelas comel berisi air Zam Zam di dalam dulang.

Emak : Baca selawat sebelum minum.
Kakak 2 : Minta doa banyak2 juga.
Cik Kaseh : Doa apa??... <--- gelas dah dekat di bibir.
Kakak 2 dan Makcik : Cepat2 dapat jodoh!

Nah kau! kiri kanan sekali doa masuk dalam telinga. ni apa jenis permintaan ni??

Abang 1 : Hah! dapat doa kiri kanan serentak. moga2 dapat jodoh dengan orang kaya yang warak, yang handsome...
Adik lelaki : dan yang boleh control kakak aku yang sorang nih!

Abang 1 dan adik lelaki saling berpandangan... lepas tu gelak sakan sambil meng-amin-kan doa tersebut sebanyak 3 kali.

Makcik : Tahun lepas waktu makcik ke Makkah ada doakan kau cepat2 bertemu jodoh. tahun ini, tak tahulah kalau mak kau ada doakan untuk kau juga.
Emak : ada. mestilah ada untuk anak mak... <-- emak jawab dengan wajah tenang sambil senyum penuh makna.

Cik Kaseh rasa muka ni dah macam kena simbah dengan darah hangat. panas~~ malu gila~~

Abang 1 : jangan tak tahu, budak ni siap tulis segala benda yang dia nak mak doakan kat Makkah tau... dan soal jodoh tu dia letak firsttttt sekali!

Cik Kaseh dalam hati dah rasa macam nak menyumpah abang sendiri je tym tuh. bodoh betul malukan aku depan orang ramai. sengaja nak besar2 kan cerita. padahal takde pun cik kaseh tulis bab2 jodoh tu dalam list. huhuhu~~ aku maluuu~~~ kenapa diorang suka usik aku dengan isu jodoh ni. aku tak sedia lagilah~~



P/s : moral of the story 1; Bila dah rasa sendiri perasaan menunggu kepulangan emak, barulah sedar dan tahu bagaimana siksanya apabila emak menunggu kami setiap kali kami kata nak balik.

P/s : moral of the story 2; Emak tak pernah lupa belikan sesuatu untuk anak2 bila ke mana2 tapi adakah anak2 ingat pada emak bila seronok2 pergi melancong?

P/s : moral of the story 3; Jangan biarkan saudara lelaki anda tahu tentang rahsia diantara anda dengan ibu anda. orang lelaki ni suka kecoh! ...(siapa kata perempuan je yang suka kecoh... lelaki pun sama saja)

1 comment:

Kujie said...

betul mak tak g shopping.... mak kata TAK ADA SATU HARI pun mak pergi shopping - semua barang2 tu mak beli masa dlm perjalanan balik dari masjie ke, dari klinik ke, dari pejabat tabung haji je... mak tak pilih2 belek2 pun...tapi kuasa Allah... semuanya muat-muat dgn anak2 dan menantu mak.


Korang dah balik - mak cerita dia mimpi seseorang kahwin ...jeng...jeng....siapa ituuuuuuuu!!!!!!!

Orang lain kulit bersisik , pecah2...tgok tapak kaki mak.........licin lebih cantik dari sebelum pergi Mekah.