Pada mulanya Cik Kaseh langsung tak tertarik nak menonton Filem ni
sebab Cik Kaseh tak suka cerita keganasan.
Bila tertengok The Making of Ninja Assasin di channel MTV,
Cik Kaseh terus tertarik nak menonton.
Dan tak sangka langsung rupanya pelakon utama Filem ni ialah Rain Bi.
(siapa perasan kalau dah poster tu muka dia serabut dengan perut segala bagai)
Cerita dia dari mula sampai akhir penuh dengan aksi yang mendebarkan.
Macam2 jurus ninja ada.
teknik penyamaran, teknik pembahagian badan, teknik bayang... semua ada.
siapa yang layan anime Naruto mesti tahu pasal teknik2 yang sinonim dengan dunia ninja. Kalau tak tengok Naruto, mesti ada pengikut anime Ninja Boy(budak2 bawah umur sukalah tengok anime ni)
Babak paling Cik kaseh suka dalam filem ni ialah
masa Raizo bertarung dengan ninja2 dekat jalan raya.
Best giler~. superb!
Korang kena tengok juga.
dan memang tak rugi keluar RM 10.00 untuk filem ni.
sebab cerita dia memang best!
Cuma ada suatu perkara yang Cik Kaseh tak berkenan...
bukan pasal filem ni tapi pasal klasifikasi 18SG tu.
Saya tak faham dengan pemikiran sebilangan ibu bapa yang
memandang enteng akan parkara ini.
mereka dah tahu klasifikasi filem ini tidak sesuai dengan anak2 yang berusia bawah 18 tahun
sebab filem ini ada unsur2 ganas yang melampau
tapi mereka tetap membawa anak2 mereka yang masih dibawah umur menonton bersama2 di panggung.
Mereka tak sedar ke yang tindakan mereka tu boleh mempengaruhi anak2 meniru aksi2 ganas tersebut. dan ini boleh menyebabkan masalah sosial di kalangan remaja semakin meruncing.
inilah salah salah satu puncanya kes juvana di negara kita semakin meningkat
bukannya semakin menurun!
Tapi bukan salah ibubapa seratus peratus juga,
pihak panggung tersebut pun salah.
mereka pun ambil ringan dengan hal sebegini.
hanya memikirkan keuntungan saja.
Hergh!!! geram betul saya.
(tak tahu nak lepas kat sape, tu yang lepas kat sini ni.)
P/s : Sangat2 berpuas hati dengan filem ni
(walaupun dah cuak habis masa tengok aksi2 dalam filem ni)
6 comments:
x kisah sgt walau muka penuh parut pun. asalkan rain tetap ada ^_^
cume xleh tgk lg citer ni sbb 18sg. tp, rasanya x salah kalau pandai nilai kan?
weh cik kak.... pedulik apa dgn 18sx? tuh sumer terpulang dgn cara pemikiran masing2.... apa? ingat budak yg umo atas 18 nieh pndi sgt keh guna otak? cheh... cheh... sgt2 xbersetuju dgn kegeraman ko tuh.... hahahah..... dgn kata len nyer... aku rasa mender nieh bergantung pd anak2 tuh sndiri... kita nieh kalo xcukup kuat pun akan terikut2 dgn keganasan tuh... kan kan kan???
p/s... cik kaseh... silalah bertukar hijau menahan geram... kuikuikui
Betullah tu Nemo... semua tu bergantung pada diri masing2
tp mencegah tu kan lebih baik drp mengubati...
sy rasa pndangan Kaseh tu tak salah.
Mungkin filem tu ganas dan akak pun belum tengok lagi, tapi tak salah rasanya ibubapa bawa anak-anak tengok cerita macam tu tapi semasa menonton cerita sebegini, maka menjadi tanggungjawab untuk ibu bapa turut sama memberi nasihat tentang apa yang boleh diikut dan juga tidak. Sedikit sebanyak cerita begini memberi pendedahan kepada anak-anak kecil bahawa dunia ini tidak selalunya indah. Dunia ini penuh dengan keganasan sebenarnya. Dan kartun yang dihidangkan kepada umum sekarang ni pun hakikatnya penuh dengan keganasan, macam cerita Naruto dan Bleach yang menjadi tontonan sekeluarga. Still kena beri nasihat pada anak-anak tentang buruk baiknya kartun-kartun ni, dan apa yang boleh diikut atau tidak. Yang paling penting, anak-anak perlu diajar berfikir dan didedahkan kepada berbagai perkara, barulah mereka tidak hidup di bawah tempurung....
Trima kasih untuk semua komen2 anda...
Mungkin waktu saya tulis entry ni sy agak emosional. bila fikir2 balik mmg betul apa kak mina ckp... kita yang dewasa ni sebenarnya bertggjwb mendidik anak2 kecil tu untuk ikut mana yang baik dan salah.
secara positifnya cerita2 mcm ni mendedahkan kenyataan realiti kehidupan yang kita lalui sebenarnya. dunia kita sekarang memang dah tak aman...
aik nurul
angah dah tengok cite ni kat KLCC dgn along dgn cik adi
mama, syasya dgn intan tgok cite budak2 tadika - princess & the frog tu..acik nurul pun kena tegok..& belajo cara2 nak cium katak.... nanti dapat putera raja
p/s - akaun mama
Post a Comment