Kawan2 yg saya Sayang

Wednesday, December 23, 2009

Ai Without Love ::Bab3 Bhg 2::

Tajuk : S.O.S
Watak : Ryo, Yna, Aya
Genre : Friendship and romance
Lokasi : Diamond Tsubasa(kereta Ryo)
Ringkasan : Baru terlepas dari serangan Piranha. Perlu menemui Aya untuk mendapatkan bantuan kecemasan. Walaupun terpaksa kena bebel tapi hanya Aya seorang saja yang boleh menyelamatkan situasinya kini.


I'm sorry, Aya... i make this trouble again...



“MEREKA semua tu wartawan kan?” Soal Yna sebaik kereta yang dipandu oleh Ryo keluar meninggalkan Lapangan Terbang Lisberg.

Ryo tidak terus menjawab. Matanya masih memandang sekeliling mahu memastikan yang mereka sudah selamat dari diekori. Setelah yakin keadaan selamat, Diamond Tsubasa berwarna putih itu meluncur deras sebaik pedal minyaknya ditekan. Yna rasa bagai hendak terbang ke belakang dengan kepantasan kenderaan tersebut.

“Ya, mereka wartawan… macam mana mereka boleh kesan aku di dalam lif pun aku tak faham. Gila betul!” Tempiknya melepaskan geram yang terbuku sejak tadi.

“Aku rasa mereka follow kau sejak semalam.” Yna membuat andaian.

Ya, andaian Yna sama dengan aku. Kalau tidak masakan mereka boleh tiba-tiba muncul sebaik lif dibaiki. Tapi masalahnya sekarang…

“Mereka anggap aku ni kekasih kau.” Yna menolak anak-anak rambut yang nakal memukul wajah.

“Memanglah! Sebab kau yang kononnya terror dengan selok belok lapangan terbang tu dah bawa aku ke tempat ‘puaka’ tu.” Serang Ryo secara tiba-tiba. “Tak pasal-pasal kena bermalam kat dalam lif,” sambungnya dengan nada yang rendah selepas itu, cuba menyimpan separuh daripada amarahnya terhadap Yna.

Malaun tak guna! Selamba je sound-sound aku. “Hei, yang kau tu suka-suka hati bawa aku lari gaya ala-ala Romeo nak larikan Juliet tu apa kes pula? Ada ke aku benarkan kau peluk dan dukung aku macam tu tadi!” Yna membalas serangan Ryo. Matanya menjegil rapat menikam Ryo yang sedang memandu di sebelahnya.

“Woi, fikir logiklah sikit. Kau nak ke aku tinggalkan kau sorang-sorang kat situ dengan wartawan-wartawan yang macam piranha nak ratah mangsanya tu. Kalau kaki kau tu tak terseliuh, tak hinginlah aku nak dukung kau.” Ryo mempertahankan diri. “… dahlah berat macam…”

“Macam apa?!” Yna yang terdengar suara halus Ryo menyambung kata-katanya segera mencengkam pangkal baju lelaki itu.

“Lepaslah. Aku tengah drive ni.” Ryo memegang tangan Yna yang sungguh-sungguh menarik pangkal kolar bajunya sehingga dia rasa bagai nak lemas.

Yna melepas kasar baju Ryo. Kemudian dia kembali duduk betul menghadap ke hadapan. Wajah tegangnya tidak mengerling ke arah lelaki di sebelahnya lagi selepas itu.

Ryo diam dan memberi tumpuan di jalan raya. Tidak mahu menegur Yna yang masih marah. Namun matanya tetap mencuri pandang merenung sisi wajah gadis tersebut. Keayuan aslinya masih terserlah biarpun dilitupi sikap garangnya selama ini. Yna menolak rambutnya ke belakang telinga. Wajah Yna semakin terserlah di pandangan mata Ryo. Wajah yang disaluti sedikit kecewa.

Anak mata kembali fokus ke jalan raya yang masih kurang kenderaan di awal pagi itu.

Sorry, Yna.” Ucap Ryo.

Mendengar ucapan maaf itu membuatkan Yna kembali berpaling kepada Ryo.

“Aku tak sengaja marah kau. Aku yang salah sebenarnya. Maafkan aku.” Mendatar suara Ryo kala itu.

Sedar pun diri tu yang salah. Nasib baik kau lekas minta maaf. Kalau tak, perang dingin semulalah kita lepas ni. Tapi masalahnya sekarang… “Kau nak bawa aku pergi mana?” Tanya Yna yang terlupa hendak bertanya hala tuju mereka sejak tadi.

“Jumpa pengurus aku. Sebelum berita ni tersebar lebih baik aku beritahu dia dulu.” Jelas Ryo.

“Aku kena ikut sekali?”

“Yelah. Kau kan terlibat juga.”

Ha? Apa ni… aku nak tolong dia tapi alih-alih aku pun dapat bala sekali. Teruknya…

“Tapi aku kena masuk kerja sekejap lagi.” Yna memberi alasan untuk tidak mahu terlibat dengan masalah Ryo.

“Ambil cuti.”

“Tapi…”

“Katakan kau terpaksa ambil cuti kecemasan sebab nenek kau sakit. Habis cerita.”

Senangnya dia bagi cadangan macam tu. Macam bapak dia pula yang bagi aku makan gaji. Cis~

*************

Kebetulan Ryo ternampak Aya yang baru saja keluar dari perut keretanya di perkarangan pejabat agensi. Dengan seberapa pantas Ryo pergi mendapatkan wanita tersebut. Ditariknya pengurusnya menuju ke belakang kereta. Aya yang terpinga-pinga diperlakukan serupa itu tidak sempat mengatur bicara hendak memarahi artis muda itu apabila ternampak seorang gadis bersama-sama Ryo pagi ini.

“Ryo…”

“Chup, sebelum kau nak cakap atau marah aku, tolong dengar dulu cerita aku ni. Aku jamin ini lebih besar dan penting daripada apa yang kau nak leterkan tu.”

“Ha?” Aya terpinga-pinga. Terus memandang Ryo dan gadis yang tidak dikenalinya itu silih berganti. Curiga bersarang penuh di mindanya.

Melihat tempat mereka berbicara yang sangat terbuka Ryo memutuskan untuk masuk ke dalam kereta Aya. Dia mengajak Aya ke suatu tempat lain yang lebih selamat. Aya yang masih samar-samar dengan tindakan Ryo hanya menurut kemahuan lelaki tersebut. Sebaik berada di atas jalan Aya segera meminta Ryo berterus terang dengan apa yang berlaku sebenarnya.

“Boleh kau janji jangan melenting lepas aku berterus terang?” Pinta Ryo sebagai jaminan.

Aya rasa tidak sedap hati. Ini tanda-tanda awal yang Ryo telah melakukan kesalahan.

“Boleh janji tak?” ulang Ryo semula di sebelahnya. Yna di belakang hanya duduk diam-diam.

“Okey…” Aya mengangguk sekali memberi persetujuan. Diam-diam jari telunjuknya bersilang dengan jari hantu. Tanda janjinya tadi terbatal. Pada bila-bila masa dia akan melenting jika berita yang bakal diterimanya itu nanti Berjaya menaikkan darahnya. “Cepatlah cakap.”

“Kami berdua terkantoi dengan wartawan.”

“Hah, apa maksud kau terkantoi?” Suara Aya agak meninggi. Bunga-bunga kemarahan hendak berkembang.

“Kami terperangkap dalam lif malam tadi. Kemudian pagi tadi kami terkantoi dengan beberapa orang wartawan.”

Aya yang sedang memandu itu mengerling tajam kepada Ryo di sebelah. Dia diam sahaja tanpa berkata apa-apa. Kemudian dengan mata yang tetap fokus pada jalan raya itu sempat dia menoleh ke belakang melontar jelingan kepada Yna pula. Yna buat selamba tanpa rasa bersalah… memang bukan salah dia pun.

“Tapi dia bukan Gina kan. Apa yang kantoi? Cerita betul-betul dengan aku. Apa yang kau buat semalam, Ryo?” Suara Aya menunjukkan bunga-bunga kemarahan sedang berkembang.

“Err…” Ryo sedang mengatur bicara.

“Cepat cakap apa yang berlaku?” tengking Aya yang semakin tidak dapat mengawal rasa marahnya. Terasa sesuatu yang teruk bakal berlaku apabila melihat wajah serba salah Ryo. “Kemana kau pergi semalam? Apa yang berlaku? Dan siapa perempuan ni?”

“Sabarlah… tadi kata janji takkan marah.” Pujuk Ryo sambil mengelus-ngelus bahu Aya yang sedang memandu itu. Mujur wanita itu sedang memandu kalau tidak jawabnya lebih teruk dia diserang oleh pengurusnya itu.

“Ryo, aku kena masuk kerja sekarang.” Yna bersuara dan ia langsung tidak meredakan ketegangan yang sedang dihadapi oleh Ryo. Tambah mengusutkan otak adalah. Yna tidak tahu yang hal ini bukannya remeh untuk diselesaikan. Entah gossip apa yang akan keluar di media esok.

“Okey, sebelum tu aku kenalkan… Aya, ini Yna. Kawan lama aku… Yna, ini Aya. Pengurus aku.”

“Hai, Aya. Nice to meet you.” Sapa Yna sambil pura-pura memaniskan muka. “Okey, now… boleh hantar aku pergi kerja?” Air mukanya kembali serius memandang Ryo. Dia masih memikirkan tentang kerjanya pada waktu ini tanpa mengambil kira akan masalah yang masih tidak jelas itu.

“Yna… please. Jangan anggap ini bukan masalah kau. Ia dah jadi masalah kita bersama sekarang.” Ryo geram dengan sikap pentingkan diri Yna walaupun dia tahu yang Yna tidak tahu apa-apa kerana bukan dalam situasinya ketika ini.

“Hei, apa yang serabut-serabut. Benda dah jadi, bukannya boleh dibetulkan semula pun. Lagipun kita cuma accident. Bukannya sengaja pun.”

Mendengarkan kata-kata Yna menambahkan lagi kusut otak Aya memikirkan apa sebenarnya telah berlaku diantara mereka berdua. Accident? Kantoi? Apa yang mereka berdua cuba nak beritahu ni?

Aya membelokkan keretanya ke bahu jalan. Dia berhenti mengejut bagi membolehkan perbincangan mereka berlaku dalam suasana yang lebih lancar. Ryo dan Yna hampir tersungkur ke hadapan akibat tindakan Aya yang membreak dengan mengejut.

“Sakitlah, makcik!” marah Ryo.

Yna mengusap-ngusap kepala yang terhantuk di kerusi hadapan. Dalam hati turut menyumpah Aya yang sengaja berhenti mengejut.

“Cepat cerita perkara sebenar yang dah berlaku.” Soal Aya tegas sambil anak mata Ryo direnungnya dengan tajam.

Ryo tertunduk memandang peha. Sesekali dia menjeling Yna di belakang. Yna diam saja. Buat-buat tidak masuk campur dalam perbincangan tersebut.

“Secara ringkasnya aku terperangkap dalam lif bersama Yna. Kemudian pagi tadi selepas lif dibaiki beberapa orang wartawan menyerbu kami dan…”

“Dan kami kantoi sebab Ryo terpaksa dukung saya waktu tu. mereka semua sedang anggap saya sebagai kekasih Ryo.”

“Yna!!!” Ryo menjerit geram. Tindakan Yna yang memintas penerangannya itu bagai sengaja mahu membuatkan darah Aya menggelegak dengan cepat.

Yna menjelir lidah tatkala dijeling dengan tajam oleh Ryo. Memang dia sengaja bertindak begitu kerana tidak puas hati apabila Ryo mengheretnya ke dalam masalah ini.

“Ryo Nishikido…” suara Aya berubah menyeramkan. “Kau dah bagi aku satu masalah baru untuk diselesaikan.” Anak mata Aya merenung tepat ke wajah cuak Ryo.

“Err…” Ryo mengetap bibir. Anak matanya dilarikan ke luar tingkap. Tidak berani membalas renungan maut pengurusnya.

“Berapa kali aku nak cakap… jangan bergerak bersendirian tanpa pengawasan!! Kau bukan budak hingusan yang menyanyi kat kelab malam macam dulu!!! Kau tu artis popular, bodoh!” Suara Aya sudah tinggi melangit. Bingit dibuatnya apabila mendengarkan suara nyaring tersebut dalam ruang terhad yang tertutup rapat sebegitu. Yna di belakang sudah menekup telinga dengan kedua belah tangan sementara Ryo pula sedang berusaha mengelak tempias air liur Aya yang tersembur di hadapannya.

“Apa nak buat sekarang, Aya?” soal Ryo sebaik Aya penat membebel.

Aya diam. Dia menghidupkan kembali enjin keretanya.

“Pertama sekali kita perlu buat sidang akhbar untuk menjelaskan semua ini.” Keretanya kembali meluncur di jalan raya.

“Apa yang nak dijelaskan?” Soalan bodoh Yna membuatkan Aya dan Ryo menjeling geram kepadanya.

“Okey… pasal salah faham semua ni.” Yna menjawab sendiri soalannya tadi.

Perbincangan mereka tamat untuk seketika. Kereta yang dipandu bergerak menuju ke kediaman Ryo.