Kawan2 yg saya Sayang

Saturday, August 22, 2009

Cream Puff Cik Kaseh ;p

yum... yum... nampak chedaphttp://emo.huhiho.com




Wahh~~ pandai2 je letak nama resipi guna nama sendirik... saje je nak famous, hohoho~http://emo.huhiho.com

okey, sebab ada permintaan daripada beberapa bloger maka dengan ini Cik Kaseh meng-entry-kan resipi Cream Puff.

Ermm~ korang jangan lupa try resipi ni nnt. lepas tu tunjuk pada Cik Kaseh kalau jadi... haa~ kalau dah jadi tu jangan lupa plak ajar Cik kaseh k...http://emo.huhiho.com


CREAM PUFF (utk 10 biji)


Puff

100ml air

45g butter

60g tepung gandum

2 biji telur


Kastard Cream

1 sudu besar tepung gandum

1 sudu besar tepung jagung

4 sudu besar gula

1 cawan susu segar

1 biji telur (saiz L)

1 sudu butter


Cara membuat puff

1) Panaskan oven - 200°c. –sapu minyak di atas dulang pembakar.

2) Ayak tepung & pukul telur.

3) Masak air & butter dalam periuk dengan api sederhana. –kuatkan api sebaik butter cair. Masak sehingga mendidih dan tutup api. –kemudian masukkan tepung & kacau cepat2.

4) Panaskan semula adunan dengan api sederhana hingga kepingan nipis terbentuk. Padamkan api.

5) Masukkan telur & kacau cepat2.

6) masukkan adunan ke dalam piping & paipkan ke dulang pembakar. Anggaran diameter 5cm.

7) Spray Puff dengan air sebelum membakar. – Bakar dalam oven. Suhu 200°c selama 15 minit. –kemudian turunkan suhu ke 180°c & bakar selama 25 minit. –selepas itu biakan puff di dalam oven untuk beberapa minit utk hasil yang lebih baik.

8) lepas sejuk baru masukkan cream.

P/s : gunakan novel bersaiz 1cm.



Cara membuat kastard cream

1)Masukkan tepung gandum+tepung jagung+gula dalam 1 bekas. –masukkan 1-2 sudu susu segar dan kacau.

2) masukkan telur & kacau lagi. Akhir sekali masukkan baki susu segar dan kacau sehingga sebati.

3) Wraping mangkuk & masukkan ke microwave. Guna suhu yg tinggi. –keluarkan setiap seminit dan kacau. Lakukan sehingga cream masak pekat.

4) dah siap, masukkan butter & kacau.

Ps : boleh gantikan sebiji telur dengan dua biji kuning telur.


pss : Cik Kaseh cam minah desparate yamg macam tak penah makan Cream Puff. huhuhu~~

Tulus dari hati…

3 comments:

Yong said...

fulamakkkkkk bestnye....terliur oooo..my fav ni slain kuih seri muka.hehehe

FAR said...

Assalamualaikum^^
Wahh~ Nmpk sedap cream Puff Cik Kaseh yg akhirnya menjadi ek? hehe~
Mana lagi sedap Cik Kaseh? Cream Double Puff ke Cream Puff?
Thanks 4 da recipe^^
InsyaAllah bebila kelapangan nanti,FAR buat.

Kaseh Esmiralda said...

dua dua sedap... cream puff lembut & sedap... cream double puff pun not bad... crispy... hwa hwa hwa~~