Kawan2 yg saya Sayang

Wednesday, August 12, 2009

Mari Belajar bahasa JAWA

Tajuk entry saya hari ini langsung tiada kaitan dengan sastera mahupun penulisan novel… harap maklum.

Dah biasa kan nampak Cik Kaseh selitkan bahasa2 luar dalam novel Cik Kaseh. Kadang ada bahasa jepun… sometime ade pula bahasa sepanyol… broken English jangan katalah. Banyak kan… but hari ini special sket… jom blaja bahasa JAWA.

Kisahnya bermula apabila dua orang pakcik ni bertegur sapa. Dua orang pakcik ni berbangsa jawa tapi dari suku yang berbeza. Wak A dari suku jawa Pegelen dan Wak B dari suku Jawa Ponorogo.


WAK A : gowo pisang opo, wak? (maksudnya : bawa pisang apa, wak?)

WAK B : pisang nangka~ tok. (untuk sebutan “tok” sila bawa lidah ke tengah lelangit agar sebutan jawa itu betul)

WAK A : Pisang nang katok????????????? (Wak A buat muka terkejut!)


Tentu ramai yang tak faham mengapa Wak A terkejut. Sila lihat dan beza bandingkan kedua-dua ayat ini :


“Pisang nangka tok… maksud Wak B ialah ‘pisang nangka saja’

“Pisang nang katok… apa yang difahami oleh Wak A pula ialah ‘pisang di dalam seluar kecik’(korang faham2 sendirilah seluar kecik tu apa ek)


Wak A telah salah faham dengan perkataan Wak B... Wargh hahaha~~…(Cik Kaseh gelak guling2 bila dengar lawak ni dari My Emak.) mungkin ramai di luar sana yang tak dapat nak gelak sebab anda tidak memahami bahasa jawa. Tapi rasanya orang jawa yang terbaca entry ni mesti tersengih2 atau tutup mulut cover gelak yang nak pecah kan. hehehe~

biarpun dalam bahasa yang sama tapi tetap wujudnya salah faham disebabkan perbezaan penggunaan perkataan dari dua suku yang berbeza. Uniknya bahasa… satu ilmu yang Cik Kaseh dapat waktu di kampung tempoh hari dan saja nak kongsi bersama pembaca semua.


P/s : selalu kena kutuk dengan abang… Cik kaseh ni bila bercakap melayu bunyi slanga jawa tapi bila cakap jawa, slanga melayu pula keluar… bunyi cam sengal jer… huhuhu~



Tulus dari hati…

4 comments:

.::noriko::. said...

hahaha...
klaka...
sy pun org jawa, jd sy phm la mksdnya...
kikiki...=p

MaY_LiN said...

la..
kok org jowo..

Sue said...

hi cik kaseh...
org jawa rupernyer...
sya pun org jawa tp sedih langsung2 tak tahu nak cakap jawa...

neway memang kelakar....

Aya said...

lorr.. kaseh nie org jawa rupenyer..
sm la.. sy pn org jawa gak tp x reti sgt ckp jawa.. hihi..