







Tulus dari hati…
Kisah hidup seorang penjerit yang bisu... kerana hanya jemarinya yang menjerit di dada key board.








Tulus dari hati…
Cik Kaseh yang mudah bosan…
Selepas habis membaca Mikhail karya Ramlee awang Murshid, Cik Kaseh start pula membaca Mandatori... ini bukan novel terbarunya tapi Cik Kaseh belum pernah membacanya jadi layan sajalah. Alang2 dah melekat dengan novel thriller so kalau boleh Cik Kaseh nak sudahkan semua buku Ramlee awang Murshid.
Tapi kesudahannya… Mandatori ni tak boleh masuk dalam jiwa Cik kaseh. Ceritanya rumit. Watak utama samar2 & lambat muncul. Banyak sangat watak sampai Cik Kaseh blur mana watak utamanya. Siapa Carlos? Norman ke?... Cik Kaseh dah bosan tahap dewa sebab dah sampai setengah muka surat pun feeling masih tak sampai ke puncak. Camne nak habiskan membaca ni.
Okey… inilah sisi Cik Kaseh yang negatif. Cepat bosan dan akan tinggalkan bahan bacaan yang lambat menarik perhatian saya.
Cik Kaseh yang cerewet…
Cik Kaseh tinggalkan Mandatori dan capai 5 Tahun 5 Bulan karya Hlovate. Okey… cool… Cik Kaseh suka baca waktu Ana jadi orang gaji di rumah En, Latfy. Melayan Afiq @ Along Serbia. Memang mencuit hati.
Tapi… hah, ada tapi lagi tu. hehehe~… Terus terang Cik Kaseh katakan kalau Cik Kaseh baca 5 Tahun 5 Bulan dahulu sebelum baca Aa+Bb tentu Cik Kaseh tak rasa perasaan macam ni sekarang. Buhsan~
Terlebih dahulu Cik Kaseh menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada peminat Hlovate dan terutama sekali kepada Hlovate sendiri sebagai penulisnya(Kalau dia terbacalah).
Cik Kaseh stop(utk sementara) baca novel ni di tengah muka surat juga. Ini kerana Cik Kaseh rasa watak2 utama dalam novel2 Cik Hlovate lebih kurang sama saja. Macam tak banyak beza antara Addin dan Johanna. Masing2 ala2 brutal dan cool je. Pastu they all berdua ni ambil Medic. (Hurm~ macam dapat gambarkan siapa Hlovate dalam setiap watak yg direkanya)
Cik Kaseh sukakan ayat2 Hlovate yang sempoi. Cik Kaseh dok ketawa terkekeh-kekeh membaca semua novel Hlovate… lepas tu dari segi motivasi dan ada part2 yang ada hadis, ayat Quran dan doa. Satu pembelajaran secara tak langsung… tapi dari segi jalan cerita Kaseh tak feeling sangat.
Inilah satu lagi sisi buruk Cik Kaseh. Cerewet tahap ntah pape ntah. Memilih bahan bacaan macam memilih ikan Talapia di dalam kolam yang keruh(ape benda peribahasa ni? haru btol Cik Kaseh ni). Nampak kelebihan tapi tak lepas kelemahannya.
ps : Nasihat untuk diri sendiri… tiada apa yang sempurna dalam dunia. Kelebihan dan kelemahan itu adalah suatu kesempurnaan. Terimalah seadanya setiap kejadian kerana diri kita juga sebenarnya bukanlah sempurna.
Pss : Masih tetap menganggap Konserto Terakhir adalah novel terbaik di hati.
Tulus dari hati…

Ngaa~~ suddenly Cik Kaseh masuk mood jiwang karat…
Kelmarin… entah angin mana dah masuk dalam kepala Cik Donut, dia pergi download lagu 6ixth Sense masuk Lappy Cik Kaseh. So secara tak sengajanya lagu Khatimah Cinta ni pun termasuk le ke dalam minda seterusnya ke ruang jiwa Cik Kaseh (Ek Cheh~… sekali guna bahasa novel pula =))…
Cik Kaseh rasa lagu ni best jugak. Kira boleh layanlah~
Bila hayati liriknya betul-betul… tiba-tiba Cik Kaseh terbayang diri ni jadi Camie yang kehilangan Jeremy(Enovel- Angel In The Devil suit). macam lagu ni Jeremy nyanyi untuk Camie. Ahh~~ sedihnya. Lagi-lagi bila terbaca semula chapter waktu Jeremy mati tu… sobs~~ chedihnya…

(Ape ke sengalnya aku boleh layan terlebih dengan novel sendiri… huhuhu~)
So, Cik kaseh nak jadikan lagu ni sebagai lagu tema antara Camie+Jeremy the Angel.
Tajuk entry saya hari ini langsung tiada kaitan dengan sastera mahupun penulisan novel… harap maklum.
Dah biasa kan nampak Cik Kaseh selitkan bahasa2 luar dalam novel Cik Kaseh. Kadang ada bahasa jepun… sometime ade pula bahasa sepanyol… broken English jangan katalah. Banyak kan… but hari ini special sket… jom blaja bahasa JAWA.
Kisahnya bermula apabila dua orang pakcik ni bertegur sapa. Dua orang pakcik ni berbangsa jawa tapi dari suku yang berbeza. Wak A dari suku jawa Pegelen dan Wak B dari suku Jawa Ponorogo.
WAK A : gowo pisang opo, wak? (maksudnya : bawa pisang apa, wak?)
WAK B : pisang nangka~ tok. (untuk sebutan “tok” sila bawa lidah ke tengah lelangit agar sebutan jawa itu betul)
WAK A : Pisang nang katok????????????? (Wak A buat muka terkejut!)…
Tentu ramai yang tak faham mengapa Wak A terkejut. Sila lihat dan beza bandingkan kedua-dua ayat ini :
“Pisang nangka tok”… maksud Wak B ialah ‘pisang nangka saja’
“Pisang nang katok”… apa yang difahami oleh Wak A pula ialah ‘pisang di dalam seluar kecik’(korang faham2 sendirilah seluar kecik tu apa ek)
Wak A telah salah faham dengan perkataan Wak B... Wargh hahaha~~…(Cik Kaseh gelak guling2 bila dengar lawak ni dari My Emak.) mungkin ramai di luar sana yang tak dapat nak gelak sebab anda tidak memahami bahasa jawa. Tapi rasanya orang jawa yang terbaca entry ni mesti tersengih2 atau tutup mulut cover gelak yang nak pecah kan. hehehe~
biarpun dalam bahasa yang sama tapi tetap wujudnya salah faham disebabkan perbezaan penggunaan perkataan dari dua suku yang berbeza. Uniknya bahasa… satu ilmu yang Cik Kaseh dapat waktu di kampung tempoh hari dan saja nak kongsi bersama pembaca semua.
P/s : selalu kena kutuk dengan abang… Cik kaseh ni bila bercakap melayu bunyi slanga jawa tapi bila cakap jawa, slanga melayu pula keluar… bunyi cam sengal jer… huhuhu~
Tulus dari hati…

Tulus dari hati…
Tulus dari hati…
Tulus dari hati…

(tak cakap apa-apa selain dari rasa cam nak tembak diri sendiri... bleh tak kalau aku x nak makan mendalah tu?)
(pengsan aku)Tulus dari hati…








Tulus dari hati…