Kisah hidup seorang penjerit yang bisu... kerana hanya jemarinya yang menjerit di dada key board.
Tuesday, December 1, 2009
Rancangan Tanpa Perancangan
Monday, November 30, 2009
Hati Seorang Ibu
Thursday, November 26, 2009
Boys Are Stupid...

Sunday, November 22, 2009
2012... Not The End Of The World

Saturday, November 14, 2009
Kerinduan...
Tuesday, November 10, 2009
Hilang penatku pabila...
Monday, November 9, 2009
Hari istimewa untuk insan tersayang
Sunday, November 1, 2009
Impian Tsu Ryi - Sebuah Inspirasi
Ohh~~ lamanya Cik Kaseh tak buat novel review kan… Hurm, malas nak beri alasan… saya memang lambat nak start menaip sesuatu.
Okey, ini adalah buku terbaru yang Cik Kaseh habis baca (paling akhir beli tapi paling awal Cik Kaseh habis baca). Kenapa Cik Kaseh katakan ianya sebuah inspirasi adalah kerana ia sebuah buku yang sebenarnya Cik kaseh cari2 selama ini. (berhubung minat saya yang lebih kepada dunia fantasi)
Impian Tsu Ryi ialah sebuah buku yang menggabungkan cerpen2 hasil buah tangan Pn. Nisah Haron. Ingat lagikah anda pada cerpen Annyss Sophilea dalan subjek komsas tingkatan 4? Dialah pengarang cerpen berkenaan.
Apa yang menyebabkan Cik kaseh membeli buku ini tempohari adalah kerana Annyss Sophilea. Cik Kaseh ingat lagi, waktu sekolah dulu cerpen inilah yang paling Cik kaseh minat dalam banyak2 cerpen dalam buku Antalogi Anak Laut, dan Cik kaseh memang agak teruja bila dapat tahu rupanya Pn. Nisah yang mengendalikan bengkel penulisan cerpen oleh AVA adalah penulis karya tersebut. Dalam buku ini juga anda dapat mengikuti sambungan kisah Annyss Sophilea. Apa yang berlaku terhadap Akmal dan berjayakah Akmal dihidupkan semula selanjutnya pulang ke dunia asalnya.
Impian Tsu Ryi menggabungkan 15 buah cerpen yang kebanyakannya bagi Cik Kaseh sangat mantap (no wonder-lah saya boleh habiskan buku ni lebih awal berbanding buku2 lain yang baru separuh jalan dah stop!). Beberapa cerpen dalam buku ini juga pernah memenangi hadiah sastera.
Antara yang menarik ialah Penawar Astrid (masa mula2 membaca Cik Kaseh rasa macam tengah baca manga Gundam Seed. Tabik spring-lah dekat Pn. Nisah punya imaginasi yang tinggi. Tapi mungkin ada sesetengah pembaca yang akan lekas2 selak mukasurat selanjutnya, tak mau baca cerpen berbentuk begini. Hehe~).
Selain itu ada juga Disebalik Wajahmu Aries, Atlantis, Duniaku duniamu, Pintu Senja Eur Durantis dan Lagenda Vigna Y’Drina yang bagi Cik Kaseh betul2 yang dinamakan fantasi. Ada kuda bersayap yang boleh terbang, ada kuda laut yang lebih besar dari manusia yang dipacu sebagai tunggangan, ada cerita tentang bidadari, ada manusia bersayap, ada manusia separuh jembalang dan banyak lagilah.
Tapi yang paling Cik Kaseh suka ialah Istimewa Dari Cenma Detara. Ceritanya unik. Kisah pasal dunia orang kerdil. Dyna dari Cosmo, seorang peguam yang dijemput oleh Fragg ke Cenma Detara iaitu sebuah komuniti yang besar tetapi orangnya kerdil2. Membaca cerpen ini sekaligus membawa saya ke dunia ciptaan penulis. Jalan ceritanya yang mantap digabungkan dengan gambaran yang ditunjukkan dalam dunia Cenma Detara begitu teliti sehingga saya dapat membayangkan setiap inchi plot. Sebuah cerita yang memberatkan tentang keadilan dan hubungan persahabatan. Penyelesaian masalahnya ditamatkan dengan cantik. Tidak hairanlah ia pernah memenangi Hadiah Sastera Siswa Bank Rakyat 1993.
Selain cerita2nya, Cik kaseh suka dengan bunga bahasa yang digunakan penulis. Menarik. Memang tip top dan meletup! Cuma pada saya dalam dan luar cerpen, penulis tidak menyembunyikan dirinya sebagai peguam… erm~ sorry… pembetulan… bekas peguamlah.
“Andai tak mampu menjadi bintang di langit tinggi, jadilah intan di atas bumi” –Pn. Nisah Haron. Terima kasih untuk kata2 ini… ;)
Tulus dari hati…
Saturday, October 24, 2009
Melepaskan batuk di tangga

Tulus dari hati…
Friday, October 23, 2009
Bengkel Penulisan AVA - 12 Desember 2009
Saya baru sahaja berbincang dengan Puan Nisah Hj Haron, alhamdulillah... nampaknya beliau sekali lagi bersetuju untuk menjadi pemudahcara bagi bengkel penulisan novel yang bakal diadakan oleh AVA. Bagi mereka yang berminat untuk mengikuti bengkel penulisan ini, ada beberapa perkara yang diperlukan :
1) Hanya terbuka kepada 15 orang sahaja (terbuka kepada semua dan yang menempah awal). Sila daftar dengan menghantar emel pada ejenmanuskrip@yahoo.com dengan memberikan nama, nama pena (sekiranya ada), alamat, nombor telefon.
2) Sila hantar/emel sinopsis lengkap novel (tidak kira apa genre) kepada ejenmanuskrip@yahoo.com bagi dinilai di dalam bengkel kelak. Boleh memasukkan sinopsis untuk watak-watak, latar tempat, masa dan sebagainya. Contoh/format akan diberikan kepada perserta melalui emel perserta dalam masa yang terdekat.
3) Menyertakan bab 1 (bukannya salah satu daripada bab yang ada/siap)
4) Tarikh : 12 Disember 2009 (Sabtu)
5) Pemudahcara : Puan Nisah Hj. Haron
6) Tempat : Pusat Belia Antarabangsa, Cheras.
7) Yuran pendaftaran : RM 100.00 (Dibayar sewaktu pendaftaran bengkel)
8) Selain itu, pemudahcara memohon agar perserta membaca semua sinopsis - agar dapat memahami apa yang bakal diterangkan serta dapat memberi buah fikiran dan pendapat.
9) Makan dan minum disediakan, surau ada di tempat bengkel.
p/s : Sekiranya ada sambutan atau sesiapa yang berminat dan tidak dapat mengikuti bengkel ini, tarikh bengkel penulisan novel seterusnya adalah 3 Januari 2010 (Ahad). Sila buat tempahan awal, kerana untuk menjaga kualiti bengkel, hanya 15 orang perserta sahaja yang dapat menyertai. Terima kasih.
AGENSI VILLA AKSARA (AVA)
http://ejenmanuskrip.blogspot.
Monday, October 19, 2009
MINTA MAAF SEMUA~~
Tulus dari hati…
Wednesday, October 7, 2009
Saya suka coklat sebenarnya...

Tulus dari hati…
Saturday, October 3, 2009
Riang Ria Raya (last entry-Cerita Raya)
Untuk entry kali ini Cik kaseh kasi tengok gambar banyak2. cerita sikit2 je. korang pun mesti penat asyik baca karangan berjela-jela kan. lagi2 mengadap pc or laptop... berpinar je mata tu. so, apa kata usha cerita dalam gambar yang Cik Kaseh upload kali ini k...
Habis acara bermaaf-maafan... sesi paling best... ambil gambar. Acara wajib kami setiap tahun. adakalanya sebab seronok sangat ambil gambar sampai tak sedar matahari dah tegak di atas kepala. tahun ni pun sama... akhirnya kami tak kemana-mana pun pada hari raya pertama. sebab baru nak keluar, tiba-tiba semua saudara mara dah bertandang dulu ke rumah kami. haha~
Konon cunlah ni... empat dara pingitan yang dopoyokan oleh Aki. Aduyai~ apsallah aku bleh ikut cakap pakcik tu soh buat gaya gini...
kepada Abang Ann... semoga selamat diperantauan.
My abang bertolak ke Algeria seminggu selepas raya... Sobs~
Petang raya sempat lagi singgah pantai... err, laut sebenarnya. siapa pelajar Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam... tahulah port ni...
Ewah... berangan ala2 pengacara tv pula.
daa~ i will back with da Enovella entry after diz... Chiow~~
Tulus dari hati…
