Kawan2 yg saya Sayang

Wednesday, October 7, 2009

Saya suka coklat sebenarnya...

My Life story today...

Cik Kaseh bawa kek coklat yang Cik Kaseh buat malam tadi untuk all my work mate...gembira rasa hatiku pabila mereka semua sukakan kek saya... =)

semua dah rasa kecuali seorang saja lagi. Dia budak baru. Hari ni hari kedua dia bekerja di Hitech Comp. Forms...

Cik Kaseh pun macam ala2 malu lah pulak nak pelawa dia rasa kek yang Cik Kaseh bawa... yelah, dia budak baru. kami tak kenal lagi dan pekerja baru tu sebenarnya anak kepada senior Cik Kaseh dalam ofis... lelaki pulak tu.

aduyai~~ dah lah saya ni ada masalah komunikasi dengan orang yang kurang dikenali (pendek kata saya ni nampak agak menyombong pada permulaan perkenalan dengan sesiapa. ~my bad attitude~)

Dia masuk ofis tengahari tadi. Nak tak nak akhirnya at the first time Cik Kaseh tegur dia. Depan mak dia pulak tu. Ches~ maluuu~~

"Err, Brian... you makan cok..."

"Tak!" Tiba2 je mamat tu cakap 'tak' tanpa sempat Cik kaseh habiskan ayat Cik Kaseh. hampehnya.

"Erm~ actually saya buat kek coklat. Ingat nak bagi awak rasa sebab semua orang dah rasa. cuma awak je belom, tapi..."

Brian nampak kalut je pandang Cik kaseh time tu. Pegang2 telinga. Cepat2 je capai tombol pintu ofis tapi kaki tak berganjak pun dari meja Cik Kaseh. Pas tu sempat lagi dia jeling kat mak dia yang dok seberang Cik Kaseh. hak hak hak... awatnya dia ni kalut semacam pulak. Macam aku ni hantu pulak. chess~~

"Awak pun sama macam mak awak juga? Tak suka coklat ya?" (fakta : mak Brian iaitu Ms Soo tak suka apa saja makanan yang berkaitan dengan coklat)

"Err..." Brian diam. Macam tak tahu nak cakap apa2. Tapi lepas tu dia bersuara. "Nanti bagi mak saya bawa balik."

"Haa?" Cik Kaseh pulak yang blur... pekejadahnya pulak? Bukan tadi dia kata tak suka coklat ke? so, buat apa suruh Ms Soo bawa balik???

"Nanti bagi mak saya bawa balik rumah," dia ulang sekali lagi sebelum bergegas cabut keluar dari ofis.

Cik Kaseh kerling pada Ms Soo... jelingan tanda musykil.

"Dia malu... sebenarnya dia memang sangat suka makan coklat... tapi dia malu dengan awak." Jawab Ms Soo selaku mak Brian.

... dan Cik kaseh selepas itu...
"Huarghahaah~~!!!" ... dalam hati... kelakarnya mamat ni. Apa ke halnya nak malu sangat dengan aku. Bukannya aku nak ngorat dia pun... ke style aku yang ala2 muslimah sejati masa kat ofis tadi yang buat dia rasa segan semacam dengan aku kot... huhuhu~ dia tak tahu sebenarnya itu semua personaliti luaran saja... hakikatnya Cik Kaseh Esmiralda ni seorang minah yang sempoi dan ala2 brutal je. kadang kala otak senget juga... ada masanya boleh bertukar jadi resakse macam dalam cerita Ultraman... dan bila rasa nak jadi the devil pun boleh bertukar pada bila2 masa... kwa kwa kwa...



PS : Kali pertama Cik Kaseh jumpa Brian, dalam satu party. masa tu Brian hulur tangan pada Cik Kaseh nak salam tapi Cik Kaseh dengan sengalnya buat don't know je. senyum seulas pada dia sebelum meluru berjabat tangan dengan Ms Soo... bukan tak nak salamlah. kan bukan muhrim. jadi mcm dah terbiasa buat gitu sampai terlupa yang mamat cina tu manalah tahu hukum hakam agama islam...agak2 dia ambil hati tak dengan tindakan Cik Kaseh masa tu?


Ps : Anak teruna Ms Soo tu boleh tahan handsome juga. "Ms Soo, boleh tak saya masuk line? ngeh ngeh ngeh"http://emo.huhiho.com




Tulus dari hati…

No comments: