Kawan2 yg saya Sayang

Sunday, November 1, 2009

Impian Tsu Ryi - Sebuah Inspirasi


Ohh~~ lamanya Cik Kaseh tak buat novel review kan… Hurm, malas nak beri alasan… saya memang lambat nak start menaip sesuatu.

Okey, ini adalah buku terbaru yang Cik Kaseh habis baca (paling akhir beli tapi paling awal Cik Kaseh habis baca). Kenapa Cik Kaseh katakan ianya sebuah inspirasi adalah kerana ia sebuah buku yang sebenarnya Cik kaseh cari2 selama ini. (berhubung minat saya yang lebih kepada dunia fantasi)

Impian Tsu Ryi ialah sebuah buku yang menggabungkan cerpen2 hasil buah tangan Pn. Nisah Haron. Ingat lagikah anda pada cerpen Annyss Sophilea dalan subjek komsas tingkatan 4? Dialah pengarang cerpen berkenaan.

Apa yang menyebabkan Cik kaseh membeli buku ini tempohari adalah kerana Annyss Sophilea. Cik Kaseh ingat lagi, waktu sekolah dulu cerpen inilah yang paling Cik kaseh minat dalam banyak2 cerpen dalam buku Antalogi Anak Laut, dan Cik kaseh memang agak teruja bila dapat tahu rupanya Pn. Nisah yang mengendalikan bengkel penulisan cerpen oleh AVA adalah penulis karya tersebut. Dalam buku ini juga anda dapat mengikuti sambungan kisah Annyss Sophilea. Apa yang berlaku terhadap Akmal dan berjayakah Akmal dihidupkan semula selanjutnya pulang ke dunia asalnya.

Impian Tsu Ryi menggabungkan 15 buah cerpen yang kebanyakannya bagi Cik Kaseh sangat mantap (no wonder-lah saya boleh habiskan buku ni lebih awal berbanding buku2 lain yang baru separuh jalan dah stop!). Beberapa cerpen dalam buku ini juga pernah memenangi hadiah sastera.

Antara yang menarik ialah Penawar Astrid (masa mula2 membaca Cik Kaseh rasa macam tengah baca manga Gundam Seed. Tabik spring-lah dekat Pn. Nisah punya imaginasi yang tinggi. Tapi mungkin ada sesetengah pembaca yang akan lekas2 selak mukasurat selanjutnya, tak mau baca cerpen berbentuk begini. Hehe~).

Selain itu ada juga Disebalik Wajahmu Aries, Atlantis, Duniaku duniamu, Pintu Senja Eur Durantis dan Lagenda Vigna Y’Drina yang bagi Cik Kaseh betul2 yang dinamakan fantasi. Ada kuda bersayap yang boleh terbang, ada kuda laut yang lebih besar dari manusia yang dipacu sebagai tunggangan, ada cerita tentang bidadari, ada manusia bersayap, ada manusia separuh jembalang dan banyak lagilah.

Tapi yang paling Cik Kaseh suka ialah Istimewa Dari Cenma Detara. Ceritanya unik. Kisah pasal dunia orang kerdil. Dyna dari Cosmo, seorang peguam yang dijemput oleh Fragg ke Cenma Detara iaitu sebuah komuniti yang besar tetapi orangnya kerdil2. Membaca cerpen ini sekaligus membawa saya ke dunia ciptaan penulis. Jalan ceritanya yang mantap digabungkan dengan gambaran yang ditunjukkan dalam dunia Cenma Detara begitu teliti sehingga saya dapat membayangkan setiap inchi plot. Sebuah cerita yang memberatkan tentang keadilan dan hubungan persahabatan. Penyelesaian masalahnya ditamatkan dengan cantik. Tidak hairanlah ia pernah memenangi Hadiah Sastera Siswa Bank Rakyat 1993.

Selain cerita2nya, Cik kaseh suka dengan bunga bahasa yang digunakan penulis. Menarik. Memang tip top dan meletup! Cuma pada saya dalam dan luar cerpen, penulis tidak menyembunyikan dirinya sebagai peguam… erm~ sorry… pembetulan… bekas peguamlah.

“Andai tak mampu menjadi bintang di langit tinggi, jadilah intan di atas bumi” –Pn. Nisah Haron. Terima kasih untuk kata2 ini… ;)




Tulus dari hati…


No comments: