Kawan2 yg saya Sayang

Wednesday, July 22, 2009

Mikhail... Bukan sekadar Nama~



Kaseh baru habis baca MIKHAIL. Walaupun novel ni dah lama Kaseh beli (sejak pesta buku di PWTC)… tapi baru sekarang Kaseh berkesempatan nak membaca.

Kaseh tahu mesti ada orang tengah ngata Kaseh ni lambat. Ketinggalan sungguh. Orang dah lama khatam buku ni, aku baru nak start baca… whatever~ (Nemo kau jgn nak gelak kan aku ek… sekeh ko kang)

1st reason Kaseh lambat nak start membaca ialah cite ni agak lambat menarik perhatian Kaseh. Startingnya mengisahkan tentang pembunuhan yang tak jelas, pasal dunia korporat dan polis (bab yang bosan dan paling leceh nak faham).

2nd …sangat mendukacitakan kerana Kaseh bukan orang yang free memanjang. Siang sibuk dengan kerja. Malam dok memerah otak siapkan novel… plus nak update blog… plus lagi dengan nak usha banyak blog2 orang… and plus lagi nak habiskan segala variety show korea kat internet and dvd jdorama(drama jepun) baru yang Kaseh beli. Memang tak cukup masa lah nak sudahkan semua buku-buku yang Kaseh borong masa pesta buku tu. kalaulah boleh nak tambahkan je masa 24jam sehari tu jadi 48jam sehari. Biar panjang sikit. Baru best. Hahaha~ aku merapu!

Okey, Kaseh tak nak cerita pasal synopsis buku ni sebab Kaseh yakin memang ramai yang dah tahu pasal Mikhail karya Ramlee Awang Murshid ni. Kaseh cuma nak buat kesimpulan lepas membaca novel ni.

1st word… HONTO SUGOI~~!!! OWESOME!!... novel ni betul2 buat Kaseh tak nak buat benda lain lagi bila dah sampai bab Mikhail bertemu dengan Raihana, gadis yang hendak dibunuhnya. Memang hati tak senang nak buat kerja lain. Dalam kepala otak ni dok terfkir pasal Mikhail je selagi x habis membaca.

Apa yang berlaku di akhir penyiasatan Zetty memang diluar dugaan. Musuh dalam selimut.

“Jangan terpedaya dengan seekor harimau yang berlagak seperti kucing yang jinak”

Kata2 Mikhail telah membantu Zetty menangkap penjenayah yang sebenar. Banyak perkara yang diluar dugaan berlaku dlm kisah ini. itu yg menyebabkan Kaseh melekat terus pada Novel ni. saya habiskan novel ni selama 3 hari biarpun dalam tempoh kritikal (tempoh sibuk tak hengat dunia ngan tugas di pejabat). Aku fikir kalau aku x kerja, mungkin aku boleh habiskan dalam masa sehari saja… mcm dulu2… hehehe~

Lastly… selamat membaca entry baru Angel in the Devil Suit dan Bunga Cinta Dang Wangi… hope korang enjoy singgah ke blog Kaseh ni. Oh ya… satu lagi… Kaseh mohon maaf, mungkin lepas ni Kaseh dah kurang update Aku,Perempuan&sesuatu. Sebabnya novel tu sedang dalam proses pengubahsuaian. Insyaallah, kalau ada rezeki Kaseh nak novelkan cerita tu dalam bentuk buku. Doakan usaha saya ye teman2… sblm ade yg bertanya ttg AITDS nak dinovelkan @ x… biar Kaseh jawab awal2… semuanya masih dalam proses. Banyak kelemahan dalam penulisan serta tatabahasa saya jd Kaseh kena tumpukan perhatian pd satu-satu cerita dulu. Ada rezeki, insyaallah AITDS pun akan menyusul. Pengalaman lalu membuatkan Kaseh lebih berhati2 untuk menerbitkan novel utk kali kedua.



Tulus dari hati…

5 comments:

- Izzati - said...

haha...
bru bce sis???
bru je nk ckp ketinggalan, nsib dh ckp awal2, :D (peace)...
tp citer ni mmg best r, sye pun beli kt pesta buku tu gak, sehari semalam sye duk bce nvel nie je, x ingat bnda lain...

Lieza said...

hihi.. kaseh.. best kan? skrg nih tunggu novel baru dia 9 nyanwa.. mesti lagi beh.. ekekekek

-Ain-Dak In- said...

teruja kan baca novel mikhail tu..
hahahahahahaha...
congrats dah abis baca...
syabas..syabas...

♥corcraze♥ said...

hurm!Michael??Cerita mengenainya?haha,joking!
hm,biasanya cite2 ramli awang murshid or any penulis lelaki bkn jd pilihan sy sbb cite dorg kasar and ganas,takot nak baca..
best ehh..

Kaseh Esmiralda said...

izzati : ye ye... Kaseh mmg ketinggalan even dah lame beli novel tu... huhu~

Lieza : ye... sgt teruja menunggu 9 nyawa. dgr tajuk je dh teruja habis ni...

Ain : thank's... (cm ade makne je ucapan syabas tu... ko perli ke ape ni~)

corcraze : sy sarankan awk cube novel penulis lelaki kalau dah bosan bace kisah cinta yg berat dr penulis wanita.