Jam menunjukkan tepat pukul 12.00 tengah malam. Tapi mata aku masih segar. masih ligat menaip manuskrip di laptop.
Che Kodok mula membuka buku untuk menelaah sesuatu. biasalah... study lewat malam. kata Che Kodok, ilmu senang masuk bila hari menjelang ke pagi. entah teori mana dia pakai, aku tak tahu...
Cik Donut yang sekali sekala memekak, menyumbangkan lagu yang berkumandang di radio sudah mula letih.
CIK DONUT : Okey... kita TUTUP RADIO, Che Kodok nak study.
Che Kodok jeling Cik Donut yang sedang tutup radio demi kawannya yang hendak study. selepas itu Che Kodok pun bolehlah Study dengan tenang. Baik kan Cik Donut ni?... tapi lepas tu Cik Donut berkata lagi...
CIK DONUT : Okey... kita TUTUP LAMPU. Cik Donut nak tidur.
Che Kodok toleh kepada Kaseh sambil buat muka... err, Kaseh sendiri tak dapat nak pastikan apa maksud air muka Che Kodok time ni...
CHE KODOK : Err... okey. GIVE AND TAKE. (sambil tutup semula bukunya)
Hakhakhak~ Cik Donut sanggup tutup radio sebab Che Kodok nak belajar. Jadi Che Kodok pun kena tutup lampu sebab Cik Donut nak tidur. Adil kan?
P/s : Mujur Kaseh menaip guna laptop. agaknya kalau Kaseh jadi Che Kodok, Kaseh akan belajar guna Braille la. boleh study dalam gelap. KihKihKih~ ;p
Tulus dari hati…
No comments:
Post a Comment