Kawan2 yg saya Sayang

Sunday, September 4, 2011

Cerpen - Suasana Hari Raya...Widya Dan Jubah



Salam Aidilfitri kepada semua pembaca. Agak lama juga Cik Kaseh tak post apa2 e-novel di blog ini. minta maaf sangat2 kepada sesiapa yang menunggu. buat masa ini Cik kaseh tengah tumpukan perhatian untuk editing.
Sempena Syawal kali ini Cik Kaseh bersama 2 orang lagi penulis (Cik Ilya & Cik Nemo) telah bergabung untuk menghasilkan sebuah cerpen. Huhu~~ agak huru hara juga bila baca 1cerpen dengan 3penulis ni... harap2 dapat respon baik dari semua. Selamat membaca.


‘SUASANA HARI RAYA... WIDYA DAN JUBAH?’

WIDYA membelek-belek baju kurung yang tergantung di dalam butik eksklusif itu. Dia menelan air liur berkali-kali. Harga sepasang baju kurung itu hampir mencecah tiga ratus ringgit. Dia tengok kainnya biasa-biasa sahaja. Masakan Firdaus mahu membelikan dia baju kurung di sini. Biar betul? Dia tidak sukalah Firdaus membazirkan duit hanya kerana sepasang baju raya. Dia mahu Firdaus berjimat cermat dalam musim perayaan ini. Dia lebih suka Firdaus membeli baju di jalan TAR sahaja.
            Wajah cuak Widya diperhati dengan Firdaus dengan ekor mata. Agaknya Widya tidak yakin dia mampu membelikan baju di butik tersebut. Widya tidak tahu akan kerjanya kerana dia amat berahsia dengan Widya. Firdaus mengatakan dia hanya seorang kerani biasa di sebuah syarikat kontraktor. Dia mahu menguji hati budi Widya.
            “Wid nak yang mana?” soal Firdaus lembut.
            Widya gelengkan kepala.
            “Wid tak mahu. Kita beli  di jalan TAR saja. Sepasang baru lima puluh ringgit,” balas Widya.
            Firdaus tersenyum.
            “Apa salahnya Wid. Lagipun Fir ada bonus Raya tahun ini.”
            Widya menggelengkan kepalanya lagi.
            “Fir…kita kena berjimat cermat jangan terlalu boros berbelanja. Wid mahu Fir simpan duit itu. Tidak pun kita beli saja kain ela di Jalan TAR Wid boleh buat baju kurung sendiri. Wid juga boleh buatkan baju untuk ibu Fir sekali.” Widya merenung ke dalam anak mata Firdaus.
            Firdaus ketawa kecil. Dia tidak tahu pula yang Widya pandai menjahit.
            “Betul ni?” soalnya.
            Widya laju menganggukkan kepala.
            “Baiklah Fir ikut cakap Wid saja.” Firdaus beralah. Dalam hati dia berasa lega Widya bukan jenis gadis yang memandang kebendaan dan wang ringgit seperti teman wanitanya sebelum ini.
            Terukir senyuman indah di bibir comel Widya. Senyuman yang memukau mata Firdaus. Widya tidak secantik bidadari. Gadis itu berkulit hitam manis dan bertudung litup. Namun gadis itu manis sekali bila tersenyum kerana dan lesung pipit pada kedua belah pipinya.

            “Mari kita ke jalan TAR.” Ajak Firdaus. Mereka beriringan keluar dari butik eksklusif itu.

RAYA tahun ini tidak meriah jika tiada ketupat dan lemang. Tapi dibandar ini mahu dapatkan ketupat dan lemang yang dihasil secara tradisional memang susah. Ketupat pun sudah ada versi segera. Ketupat Adabi! Puan Julia menongkat dagu sambil memerhati jarum jam dinding. Ke mana pula anak bujangnya yang seorang ini. Dia ada hal mahu berbincang dengan Firdaus. Tahun ini dia mahu beraya di kampung. Tidak kisahlah jika di kampung Widya buah hati Firdaus itu. Dia teringin sangat! Ada macam orang mengindam pula. Itulah dulu berlagak sangat masuk jejakkan kaki ke kampung. Jijik! Apabila dia beraya di kampung Bidin, pemandunya itu tahun lepas barulah dia merasa nikmat berhari raya.  Dia memikirkan raya di bandar ni lebih meriah tetapi yang nyata sunyi dan sepi.
Puan Julia malu untuk menyatakan hasratnya pada Firdaus. Dia takut anak lelaki itu ketawakan ibunya ini. Puan Julia pernah mengutuk cara hidup orang kampung ini. Katanya kolot dan kotor. Sampai dia menolak Widya gadis yang berasal dari kampung itu. Widya bukan jadi hipokrit. Gadis itu menghormatinya sebagai orang tua. Malah Widya memberikan dia sebalang kuih siput yang dibuat oleh gadis itu sendiri. Sedap!       
Bunyi deruan enjin kereta Firdaus membuatkan Puan Julia jadi kelam-kabut sedikit. Dia segera menyorokkan balang kuih siput pemberian dari Widya itu. Semalam selepas berbuka dia meratah kuih siput Widya.
“Assalamualaikum Ibu.” Suara Firdaus sebaik melihat wajah ibunya yang duduk berehat diruang tamu itu.
“Waalaikumusalam...kamu sudah solat?”
Firdaus anggukkan kepalanya.
“Sudah ibu.”
Bukan Firdaus tidak nampak apa yang ibunya sedang belek tadi. Kuih siput pemberian dari Widya.
“Fir kata mahu belikan baju untuk ibu. Mana bajunya?”
“Fir sudah belikan tapi Fir bagi pada Wid.”
“Buat apa bagi pada Widya pula?” Raut wajah Puan Julia berubah.
“Widya akan jahitkan baju jubah untuk ibu. Ibu tahu dia ada buka kedai jahit.” Firdaus sudah melabuhkan punggungnya di sisi Puan Julia.
“Dia tahu ke saiz ibu?”
“Ala ibu kan lebih kurang macam mak Widya. Sama besar sama tinggi. Fir gerentilah
ibu mesti berkenan nanti bila sudah siap.” Firdaus tersengih.
            Dia yang beria-ia mahu Widya jahitkan jubah untuknya. Widya tidak pula membantah. Malah kain yang dibeli untuk ibunya juga mencecah ratusan ringgit.  Widya senyap dan hanya membisu. Tidak kuasa mahu membebel dengan dia.
            “Kalau tidak sedap ibu minta ganti rugi pada Widya.”
            “Ditanggung beres!”

WIDYA merenung kain ela jenis Catton yang dibeli oleh Firdaus untuk ibunya. Dia menggarukan kepala yang tidak gatal. Dia takut jubah yang dibuat tidak selesa dipakai oleh ibu Firdaus nanti. Firdaus ada cakap yang ibunya agak cerewet sedikit.
            “Apa yang Wid menungkan tu?” Emak menegur dari belakang.
            “Kus semangat! Emak ni mengejutkan Wid lah.”
            “Dekat nak raya ada tempahan lagi ke? Kan Wid kata tak terima tempahan lagi.” Suara emak.
            “Ini untuk baju ibu Firdauslah mak.”
            “Patutlah...ibu bakal menantu mak.” Emak memuncungkan bibirnya. Widya sekadar melirik senyuman.
            “Macam perli Wid saja mak ni...” Widya mengangkatkan keningnya.
            “Mak tak perli pun tau. Mak cakap saja. Eloklah tu ambil hati bakal mak mertua.” Emak tersengih macam kerang busuk. Emak ni mulut saja pedas tapi hati baik. Teruk juga Firdaus kena soal dengan emak masa mula-mula berkenalan dulu. Emak bukan apa dia risau anak gadisnya berkawan dengan lelaki tidak tentu hala.
            “Emak jangan risau jubah emak dan jubah ibu Firdaus akan sama cantik dan sama padan masa raya nanti.” Widya memberikan jaminan.

DI satu sudut rumah Wafi begitu tekun dengan kerja-kerja seninya. Dia sedang melakar sesuatu pada dinding di belakang rumahnya. Tanpa pengetahuan ibunya, dia yang pantang nampak berus dan cat cuba mencantikkan dinding tersebut dengan lukisan indah hasil kreativitinya. Adik lelaki Widya itu memang sukakan segala benda yang berkaitan dengan seni. Sejak dari kecil lagi Wafi suka ‘menconteng’ dan selalunya dinding rumahlah yang menjadi mangsa.
“Wafi, apa yang kau buat tu?” bunga-bunga kemarahan terpancar di wajah si ibu apabila mendapati ruang dinding di bahagian dapurnya sudah penuh dengan lakaran lukisan anak bujangnya.
“Mak, cantik tak?” Dengan rasa bangga Wafi mendepangkan tangannya mempamerkan lukisan di dinding tersebut pada ibunya. “Mural ni Wafi buat sempena hari raya untuk mak. Sebenarnya Wafi nak buat dekat bilik mak tadi tapi...”
“Anak bertuah! Pantang nampak dinding bersih mesti gatal nak dicontengnya. Mak nak kamu bersihkan semula dinding ni sekarang sebelum senduk mak ni terbang ke dahi kamu, Wafi.” Lengan baju kurungnya sudah disinsing sampai ke siku. Senduk pula diangkat tinggi.
“Ala, mak ni tak sportinglah. Saja je nak menghalang niat murni orang nak mencantikkan rumah sempena syawal.” Mulut Wafi tajam ke hadapan. “Orang nak tolong baiki reban ayam, Mak marah. Orang nak pasang pelita Mak tak kasi. Orang nak tolong masak Mak bising. Orang nak main meriam... lagilah Mak nak mengamuk. Bosanlah macam ni hidup Wafi. Baik Wafi balik kolej, study sampai lebam daripada duduk terperap macam anak dara dekat dalam rumah ni.” Wafi membebel tidak puas hati terhadap ibunya sambil tangannya menggosok permukaan dinding yang dipenuhi dengan lukisannya itu dengan berus sabut.
Masakan Makcik Timah tidak marah, Wafi bukan setakat membaiki reban ayam malah reban ayam sudah hampir menyerupai galeri seni. Sampaikan ayam-ayam pun naik segan hendak bertelur di dalam reban yang sangat cantik itu. Bukan ibunya tidak membenarkan Wafi memasang pelita sempena malam tujuh likur tapi anak muda itu terlalu kreatif hingga tahap mahu memusnahkan pokok mempelamnya. Kata Wafi nak buat ala-ala I-City tapi sudahnya pokok tersebut yang menjadi mangsa.
Bukan ibunya tidak suka dia membantunya memasak tapi Wafi suka menghabiskan sayur-sayurannya untuk dibuat gubahan yang sia-sia. Hidangan biasa untuk keluarga tapi digubah oleh Wafi umpama makanan beradab pengantin pula.
Memandangkan anak bujangnya itu terlebih kreatiflah menyebabkan Mak Cik Timah melarang Wafi bermain meriam dan mercun. Dia takut anaknya itu membahayakan diri sendiri dengan cuba membuat mercun buatan sendiri. Maklumlah budak terlebih kreatif.
“Kalau Wafi bosan, pergilah tolong Kak Widya. Banyak kerja yang boleh Wafi tolong dekat kedai jahit kakak Wafi tu.”
Sedang mulutnya merungut-rungut disebabkan tindakannya yang sering ditegah ibunya tiba-tiba bibir Wafi mengukir senyum. Dia berhenti menggosok dinding. Wajah ibunya ditoleh.
“Mantap juga idea Mak ni.” Wafi terus mengatur langkah meninggalkan tugas mencuci dindingnya yang baru separuh jalan.
“Wafi, bersihkan dulu dinding ni.”
Wafi tidak menghiraukan arahan ibunya. “Nanti Wafi bersihkan. Wafi nak cari Kak Widya dulu.” Sempat dia mengenyitkan mata pada ibu tersayang sebelum bergegas mencari Widya di kedai jahit kakaknya itu.

WIDYA merenung jubah Puan Julia yang sudah hampir disiapkannya. Dia tersenyum gembira. Dia berharap bakal ibu mentuanya itu akan gembira apabila menerima pemberiannya itu. Walaupun jauh di sudut hati dia agak risau sekiranya wanita itu tidak suka akan hasil jahitannya.
“Kakak ni sihat ke tak?” Suara Wafi tiba-tiba berdesing betul-betul di sebelah telinganya menyebabkan senyuman Widya mati mendadak.
“Wafi.” Meninggi sedikit suaranya apabila ditegur sebegitu oleh adiknya.
“Yang kakak sengih sorang-sorang pandang jubah yang kakak jahit ni apasal? Ada muka Abang Firdaus ke dekat jubah kakak ni?” Wafi yang nakal itu memang suka mengusik kakaknya. Widya tersipu-sipu malu.
“Sah Kak Widya dah kronik. Wafi nak call Abang Fir, nak bagitahu dia yang kakak Wafi ni dah sakit. Sakit angau. Hahaha~” Wafi galak mentertawakan kakaknya.
“Wafi...” Wajah Widya merona merah. Malu diusik oleh adiknya. Namun begitu dia tidak mengambil hati dengan usikan Wafi. Wafi adalah satu-satunya adik beradik yang dimilikinya. Maka hubungan mereka sangat akrab.
“Jubah ni untuk ibu Abang Firdaus lah. Cantik tak?”
“Cantik. Kakak Wafi kan pandai menjahit. Beruntunglah Abang Firdaus dapat pikat kakak Wafi yang serba boleh ni.” Wafi dengan gaya hendak menyakat kakaknya lagi.
“Main-mainlah Wafi ni.” Widya mengetap bibir. Geram dengan adiknya yang asyik mahu menyakatnya.
Okey... okey... ini serius.” Wafi berhenti ketawa apabila kakaknya mula menarik muka hendak merajuk. “Jubah ni cantik tapi tak cukup perfect. Kakak kena tambah sesuatu supaya ia nampak menarik,” Wafi memberikan pandangannya.
Hurm... Wafi ada cadangan?” Widya mengelus-ngelus dagu sambil berfikir cara untuk menyempurnakan lagi jubah tersebut.
“Kakak tanya pendapat Wafi?” roman wajahnya nampak begitu ceria. Bagaikan menerima penghargaan yang besar apabila Widya menanyakan pendapatnya.
“Untuk kakak yang paling Wafi sayang, Wafi akan buat yang terbaik demi kebahagiaan Kak Widya.”
Widya melirik ke arah Wafi dengan pandangan yang membawa maksud. “Kakak kurang yakin terhadap Wafi.” Harap-harap daya kreativiti Wafi tidak terlalu melampau kali ini. Widya hanya berdoa di dalam hati.

KEESOKAN paginya...
Seperti biasa Widya akan membuka kedai jahitnya. Namun pagi ini sebaik dia membuka pintu bilik jahitnya dia telah dikejutkan sesuatu yang tidak terduga.
“WAFIII!!!” Widya menjerit nama adik kesayangannya itu sebaik melihat jubah ibu Firdaus yang tergantung di penyangkut baju di bilik tersebut.
Hari ini Firdaus akan datang untuk mengambil jubah tersebut. Dia tidak tahu apa reaksi Firdaus jika melihat jubah tersebut nanti. Paling ditakutinya ialah reaksi Puan Julia. Wafi memang hebat kerana berjaya membuat sesuatu yang tersangat kreatif terhadap jubah tersebut. Widya terjelapuk di atas lantai. Hampir pengsan mengenangkan nasibnya selepas ini.
“Widya, kenapa nampak lain macam saja ni? Ada apa-apa yang tidak kena ke? Wid tak sihat ya?” Sebaik Firdaus tiba dia melihat keadaan Widya yang tidak bermaya.
“Fir... Wid minta maaf. Wid dah cuba sedaya upaya tapi...” Widya tertunduk. Rasa sangat bersalah kerana mengecewakan harapan kekasihnya itu.
“Fir tak fahamlah. Widya cakap apa ni?” Firdaus masih tersenyum tenang kerana tidak dapat menangkap akar bicara yang hendak disampaikan oleh Widya pagi itu.
“Mana jubah tu? Bagilah Fir tengok. Mesti cantik Wid buat untuk ibu Fir kan.” Firdaus bangkit dari duduknya lantas menuju ke ruang yang menempatkan baju-baju yang telah siap dijahit. “Widya, marilah tunjukkan pada Fir. Fir tak tahu yang mana satu ni.”
Widya mengatur langkah perlahan-lahan mendekati Firdaus. Wajahnya masih sugul namun diturutkan jua permintaan lelaki itu.
“Lepas Wid tunjuk, boleh tak Fir janji dengan Wid... beri pandangan yang paling jujur samada patut atau tidak jubah ini dihadiahkan kepada ibu Fir.”
Dahi Firdaus sedikit berkerut tanda curiga tapi akhirnya dia mengangguk setuju. Widya yang masih berasa berat hati akhirnya menunjukkan jubah tersebut kepada Firdaus.
“Err...” Fir hilang kata-kata sebaik melihat jubah tersebut. Dia diam lama sambil merenung dari atas ke bawah jubah tersebut.
“Fir... macam mana?” Roman wajah Widya nampak sangat risau.
Hurm... betul ke jubah ni Wid yang buat?”
Widya garu kepala. Dikerlingnya jubah berwarna coklat lembut itu sebelum mengangguk perlahan. Cara dia menjatuhkan kepala nampak berat hati hendak mengakui hasil kerja sendiri.
“Err...” Sungguh... Firdaus kehilangan kata-kata.
“Assalamualaikum...” kedengaran suara memberi salam dari luar diikuti derap kaki yang menuju ke arah mereka berdua.
“Waalaikumsalam.” Firdaus membalas salam tersebut. Widya menjawab dalam hati sahaja.
“Eh, Abang Firdaus datang nak ambil jubah ya.” Wafi tersenyum ceria.
“Elok sangatlah tu. Memang tepat pada waktunya. Jubah ibu abang tu kakak saya dah siapkan... dan saya pun ada tolong touch-up sikit supaya jubah ibu abang tu nampak lebih vogue.” Wafi yang masih tidak sedar akan perubahan wajah kakak serta abangnya terus teruja bercerita tentang jubah yang baginya.
“Abang Fir jangan risau. Wafi touch-up sikit saja. Biar jubah ibu abang ni nampak glamour gitu... tapi tetap sesuai dengan usia. Lagipun jahitan Kak Widya memang terbaeekk punya. Untuk bakal ibu mentualah katakan. Kehkehkeh~”
Widya dan Firdaus saling berpandangan. Dalam benak hati masing-masing sedang risaukan sesuatu. Puan Julia yang cerewet. Adakah wanita itu dapat menerima jubah tersebut nanti.

WAFI melutut berteleku di tengah-tengah ruang tamu. Kepala ditundukan, namun langsung tidak menggambarkan perasaan bersalah. Sesekali dia menjeling kepada Widya yang memicit-micit pelipisnya. Makcik Timah pula seperti sudah menandatangani MoU dengan angkatan Wataniah dari tadi tidak henti-henti mundar mandir dihadapannya. Alah... Akak dengan Mak ni, propa betul la, mengalahkan Pak Najib merancang Rancangan Malaysia ke 12 pula.
            “Cuba Wafi beritahu akak, kenapa Wafi buat akak macam tu?” Wafi tersengih.
            “Apa yang Wafi buat, kak? Wafi rasa...” Terhenti tutur Wafi apabila Mak berhenti betul-betul dihadapannya sambil mencekak pinggang. Yang paling tak boleh blah bila melihat senduk kayu di tangan kiri Ibu. Ibu dan senduk kayu memang tak boleh dipisahkan.
            “ Kamu jangan nak main-main Wafi. Nanti apa pula kata mak Si Firdaus tu nanti.”
            “ Mesti mak Abang Firdaus suka punyalah Mak. Glam apa?”
            Glam kemendernya? Mengalahkan kedai batu bergerak. Kalau Mak yang kampung ni pun tak sanggup nak pakai, apatah lagi orang Bandar macam dia. Kamu ni, suka berfikir empat dimensi. Pening Mak dibuatnya. Cuba sesekali kamu berfikir macam orang biasa je, tak boleh ke Wafi?” Wafi menggaru kepala. Berfikir empat dimensi? Sejak bila pula Ibu ambil Animation ni? Rasa-rasa animation pun 3D je kan? Mana datang lagi satu D? Wafi memandang Ibu dan Widya silih berganti. Mahu mengharapkan Widya menerangkan tetapi Widya mengambil langkah mengabaikannya, langsung meninggalkan dia menikus mengadap pandangan mata Ibu yang mampu membunuh itu.

WIDYA memandang jubah ditangannya. Perlahan nafas ditarik panjang dan dihela berat. Segala manik-manik yang menghiasi dada jubah itu dipandang kosong, sambil kepalanya bekerja keras memikirkan cara untuk memulihkan kembali jubah itu kepada azalinya, dan bukan kereta beragam bak kata Ibu. Bunyi telefon bimbit mengejutkan lamunan Widya, dan dia mengeluh perlahan melihat nama pemanggil pada skrin.
            “ Assalamualaikum Fir...”
            “ Wa’alaikumsalam. Wid, are you okey?” Widya mengeluh lagi.
            “ Wid, I’m so sorry...”
            “ Tak, bukan salah Fir. Nanti Wid betulkan balik. Ibu Fir tak kisah kan, kalau Wid bagi lambat sikit. Janji sebelum raya.”
            “ Er... Itulah masalahnya Wid...”
            “ Kenapa?” Widya meneguk air liur.
            “ Ibu kata dia nak beraya dengan Wid tahun ini.” Widya terasa mahu pitam.
            “ Er... bila agak-agaknya Ibu Fir nak ke sini?”
            “ Esok...” Widya dah rasa mahu menelefon Pak Amat, mahu menempah tempat di tanah jagaan Pak Amat. Biar Pak Amat siapkan awal-awal supaya tidak kelam-kabut menerima kehadirannya menghuni rumah baru tujuh kaki bawah tanah!!

PUCAT sudah wajah Widya melihat kereta Waja milik Firdaus memasuki perkarangan rumahnya. Dia memandang Makcik Timah yang turut sama terpaku dihalaman rumah menerima kunjungan yang tidak disangka. Berpeluh-peluh Widya menyalami Puan Julia yang kelihatan sangat sofistikated pada pandangannya.
            Terkebil-kebil dia memandang Puan Julia yang sangat mesra bersama Ibunya. Sama-sama jalan beriringan menuju ke dapur, seperti sudah mengenali lama. Cuitan pada bahu membuatkan Widya meloncat, terkejut. Firdaus mengangkat tangan sambil tersengih.
            Sorry...” Widya menjulingkan mata, tak mahu ambil pusing rasa malunya yang tiba-tiba hilang ayu dan sopan dihadapan Firdaus.
            “ Betul ke Ibu Fir nak beraya dengan kami?” Firdaus mengangguk kepala.
            “ Fir tak bagitahu apa-apa ke pada Ibu Fir?”
            “ Bagitahu apa?” Widya mengetab bibir. Fir ni la, tima-time cenggini la buat lawak antarabangsa. Orang tengah darurat ni.
            “ Pasal baju ke?” Cepat-cepat Widya mengangguk kepala.
            “ Fir tak bagitahu apa-apa. Biarlah Ibu tengok sendiri.” Mendengar kata-kata Firdaus membuatkan Widya rasa seakan melangkah menuju ke tali gantung.

TERPISAT-PISAT Widya menggosok mata mendengar ketukan pada pintu biliknya. Ntah bila dia terlelap diapun tak pasti. Perlahan-lahan dia bangun menuju ke pintu, kedengaran suara Makcik Timah sayup-sayup mengejutkannya.
            “ Hish... apa nak jadi dengan anak dara seorang ni, orang lain sibuk di dapur, dia sedap je membuta.” Widya tersengih menutup rasa bersalah.
            “ Fir dengan Ibunya mana Mak?”  Makcik Timah mengunjuk bibir menghala ke ruang tamu.
            Ni, kamu dah siapkan ke baju si Julia tu? Dia dah berkias-kias tanya tema tahun ni warna apa, patern apa.” Widya meneguk air liur. Rasa mamainya terus terbang.
            “ Mana siap lagi ibu.”
            Ish... baik kamu terus-terang ke pada dia. Nanti apa pula kata dia kalau kamu mungkir janji.” Widya mengangguk kepala. Dalam kepalanya sedang merangka jawapan-jawapan yang munasabah, munaserawak untuk diberi kepada Puan Julia. Sekali pakej mengumpat mengutuk menyalahkan Wafi yang punya angkara.

PUAN Julia memandang jubah yang lip-lap lip-lap ditangannya silih berganti dengan Widya yang duduk melutut dihadapannya itu. Firdaus turut menyumbang tenaga dan tempias keterbersalahnya melutut disebelah Widya. Manakalah ibu Widya turut berdiri dibelakang Widya dan Firdaus menukur memerhatikan corak-corak pada permaidani.
            “ Fir, boleh terangkan pada Ibu apa dah jadi?” Firdaus memandang Ibunya terkebil-kebil, tidak tahu mahu memberi alasan apa.
            “ Widya, boleh beritahu Aunty kenapa jadi macam ni?”
            “ Er....”
            “ Fir, Fir kata pada Ibu Widya pandai menjahit.”
            “ Betullah apa Fir kata Ibu. Kan Widya dah jahit jubah untuk Ibu, Cuma terover topping sikit.” Firdaus tersengih-sengih menerima jelingan maut dari Puan Julia dan Widya serentak.
            “ Kalau sikit takpe jugak. Ni dah serupa Pancawarna Malaysia ni kenapa, Fir? Widya? Kau orang nak arakkan Ibu satu kampung ke? Ke nak suruh Ibu masuk pakaian beragam?” Widya meneguk air liur memandang wajah Puan Julia yang memerah.
            “ Ibu, Widya tak bermaksud macam tu pun. Cuma...”
            “ Cuma apa? Owh.... belum apa-apa lagi Fir dah pandai bela dia dari Ibu. Ni belum lagi Fir bernikah dengan dia. Nanti kalau Fir dah kahwin dengan dia, Ibu pun Fir tak pandang.” Pantas Puan Julia memotong kata-kata Firdaus membuatkan anak muda itu tergamam.
            “ Bukan macam tu Ibu...”
            “ Sudah... Fir... Kemas balik semua barang-barang kita. Kita beraya di KL tahun ini.”
            “ Tapi Ibu...”
            “ Tapi apa lagi? Fir nak jadi anak derhaka? Pergi kemas cepat. Kita balik KL sekarang jugak.” Suara Puan Julia yang naik beroktaf-oktaf itu membuatkan Widya tersedar. Cepat-cepat dia melutut dihadapan Puan Julia.
            “ Aunty, jangan macam ni Aunty. Widya takde niat pun nak malukan Aunty. Ini semua salah Widya. Bukan salah Fir. Jangan kata dia derhaka dengan Aunty. Aunty, Widya janji, Widya buat balik baju untuk Aunty. Esok Aunty beraya dengan baju baru. Widya tak tidur pun takpe, Widya janji buat untuk Aunty.” Puan Julia tersenyum sinis. Tangan Widya yang memaut kakinya ditepis kasar.
            “ Tunggu apa lagi Fir? Cepat Ibu kata.” Firdaus serba-salah. Perlahan-lahan menghampiri Puan Julia yang sudah berdiri disebelah kereta.
            “ Aunty, Widya janji  aunty...” Panggilan Widya langsung tidak diperdulikan Puan Julia. Hanya kerana sehelai jubah, ditegar membiarkan wanita yang disayangi anaknya memaut merayu kepadanya.
            “ Aunty...” Puan Julia langsung tidak memandang wajah Widya. Sebaliknya dia bingkas menarik Firdaus memasuki kereta.
            “ Aunty...” Enjin kereta dihidupkan.
            “ Aunty, beri Widya satu lagi peluang Aunty..” Dan Waja itu tegar meninggalkan Widya yang mula mengalirkan air matanya.
            “ Aunty....!!!” Jeritan Widya bergema, tanpa dapat ditahan perasaannya sebak, terjelepuk ke tanah, menukur menahan rasa.
            “ Ya Allah... Widya... Oit Widya...” Widya mengangkat kepala. Kelihatan Makcik Timah memandangnya dengan dahi yang berkerut.
            “Mak...” Widya pantas memeluk Makcik Timah sambil menangis teresak-esak.
            “ Ya Allah... Kenapa ni Widya?”
            “Mak, Fir dah tinggalkan Widya...” Widya mengongoi.
            “ Hah?”
            “ Aunty Julia tak suka Widya. Dia kata Widya malukan dia.”
            “ Hah?”
            “ Apa bising-bising ni Mak? Tengok cerita Hindustan ke?” Wafi menjenguk dimuka pintu. Pelik memandang kakaknya yang menangis mengalahkan budak kecil tak dapat gula-gula.
            “ Ni semua Wafi punya pasal.” Widya membentak geram.
            “ Kenapa pula dengan Wafi?”
            “ Sebab Wafi la Fir kena paksa dengan Aunty tinggalkan akak.” Wafi mengerut dahi. Dia memandang keliling, sebelum kembali membuang pandangannya kepada Widya yang memandangnya geram.
            “ Kejap, kejap... Cop dulu. Bila Aunty suruh Abang Firdaus tinggalkan akak?”
            “ Tadi. Wafi ke mana? Tulah, merayau sentiasa. Tetamu datang ke rumah pun tak tahu.” Wafi memandang Ibu dan Widya silih berganti.
            “Mak, rasanya dari tengah hari tadi Wafi dengan Mak tolong buat keronsong ketupat kan?” Makcik Timah mengangguk kepala.
            “ Bila masa tetamu datang Mak?” Makcik Timah menjongket bahu. Widya memandang Makcik Timah dan Wafi silih berganti. Kedua-duanya memandangnya pelik.
            “ Tadi lah Mak, Mak  lupa ke?”
            “ Kak, Wafi rasa kan, akak mengigau la. Tu la, orang suruh tolong Mak kat dapur. Sibuk dengan jubah bakal mak mertua dia.” Widya memandang Makcik Timah yang dah mula tersenyum simpul. Pandangan Widya berkalih pula kepada jubah ditangannya yang hampir siap. Tiada labuci-labuci seperti pakaian beragam seperti yang dia nampak sebentar tadi. Keadaan keliling diteroka, dan barulah Widya sedar yang dia berada dibiliknya. Serta-merta wajah Widya terasa panas.
            “Mak, apa kata kita abaikan saja orang yang angau macam tu Mak. Kemaruk sangat nak berlaki, belum apa-apa dah mimpi bukan-bukan.” Makcik Timah ketawa kecil. Perlahan bangun meninggalkan Widya yang malu-malu kucing dismash dengan Wafi.
            Bunyi telefon bimbit membuatkan Widya cepat-cepat membelakangan Wafi yang masih seronok bergelak ketawa di muka pintu biliknya.
            “ Assalamualaikum...” Widya diam sementara mendengar tutur disebelah sana.
            “ Ha... takde apa-apa pun. Wafi ni skru dia tertanggal.” Makin kuat ketawa Wafi mendengar ujaran Widya.
            “ Kak, agak-agak akak la kan, kalau Abang Fir tahu hal ni kan, berapa kurun akak nak menyorok bawah tempurung?” Widya membaling bantal tepat mengenai wajah Wafi.
            “ Takde apalah Fir. Hm.. dah nak siap dah. Nanti Wid kasi kat Fir bila dah siap.” Cepat-cepat Widya mematikan talian, memandang geram kepada Wafi yang sudah merah mukanya akibat terlalu banyak ketawa.
            “ Diamlah Wafi..!!”
            “ Kak...”
            “ Apa?’
            “ Jubah dah siap?”
            “ Kenapa?”
            “ Kalau dah siap, Wafi boleh tolong touch-up...”
            “ Tak boleh!!!” Pantas Widya memotong dan meninggalkan Wafi terpinga-pinga.
“... bagi glam sikit.” Sambung Wafi perlahan melihat kelibat Widya yang hilang disebalik dapur bersama jubah ditangan!!


Saturday, June 18, 2011

KL Gangster + Okonomiyaki + Novel = Hari Yang Sangat Relax...


Pagi sabtu yang sangat relax
malam tadi Cik Kaseh stay up sampai dini pagi
tertidur di lantai bilik dengan beralaskan comforter spongebob

(entah pukul brapa terlelap x pasti... perkara terakhir yang Cik Kaseh ingat... Sid(watak dalam ICE AGE tengah selamatkan anak2 angkat dia, 3 ekor dynasour dari emak dynasour) <-- marathon movie ICE AGE 1-3

pagi2 buta Maksim dah kejutkan Cik Kaseh dengan alunan pianonya yang super extreme.. <--alarm memang nak kena lagu2 macam ni sebab saya tido mati, kang x bangun lorh...
dah sudah buat kerja rumah, lepas pukul 9.00pg... siap2 nak keluar <-- biasalah, cuti2 wajib merewang kemana2. mati kutu le dok bertapa dalam umah je kan...hehehe

Wayang apa yang best nak tengok ye...hmm~


Okey... KL Gangster macam gempak kan...
neway, memang superb pun movie ni...bukan jalan cerita tapi semua aksi2 dalam tu.. super extreme!!!...memang puas hati tengok... tak sia2 awek sebilik dengan saya belanja tiket wayang hari ni...kikiki~~

Aaron aziz (Malek) gaya macho habis! qoute dia yang paling femes;- "Cuti sudah habis, bro..."

Syamsul Yusof (Shark) yang gila kuasa sampai bapak sendiri pun dia bunuh!

Adi Putra (Jai) adik kepada Malek yang extreme gile!!!buat apa saja kerana duit.

Zizan raja Lawak (Fadhil) atau Abang Long Dil <-- POYO!!! tp klakar tahap extreme!

Sofi Jikan (Ajib) aku tak bleh blah dengar ayat samseng die.... hahahaha~~

kisah memanggung di panggung wayang sudah settle...kemana kita selepas ini...?
ahah~~ hari ini ada sesi bertemu peminat bersama penulis baru yang baru je keluar novel baru . Cik Kaseh pun baru kenal dia baru2 ini...<--baru baru baru dan baru...hahahaha~~~ 

Bila baca sikit novel dia saya rasa tertarik dengan tema yang dia bawa, maka x salah rasanya kalau nak menyokong kawan sendiri...lebih2 lg dia pun penulis macam saya juga (^_^)



Dari kiri : Anarif , Cik kaseh & Nuril ^^

Seronok dapat jumpa korang berdua hari ni walaupun cuma sekejap je tadi... ^^

BALIK TIME~~... nanti kalau balik lewat sangat, takut jamed pula jalan Klang-Meru tu... huhuhu~~
Owh, sempat menyinggah JUSCO kejap... Cik Kaseh yang gile suka dengan makanan jepun ni mana boleh lepaskan peluang nak beli makanan2 tersebut... Hari ini Cik kaseh bedal OKONOMIYAKI/SUSHI/ONIGIRI... ingat nak beli TAKOYAKI & TERIYAKI juga... tapi macam tamaklah pulak semua cik kaseh nak makan kan... hehehe~~

Tapi gambar makanan tade ye... sebab dah selamat masuk ke perut semuanya..hehehe~~


P/s : Soklan cepuMAS... tanpa membaca kembali entri ini bolehkah anda ingat berapa banyakkah perkataan 'EXTREME' yang Cik Kaseh tulis dalam entri kali ini... mari mari teka~~~lalalala....

P/ss : hidup sangat senang pada hari cuti... NOVEL BILA NAK SIAPKAN!!!!

bye bye... nak kembali meneruskan perjuangan... (◠‿◠)

Wednesday, May 4, 2011

NoT@ $eR@buT....$%$#@


"...$%^&&**&^^^^@@##$..."

Serabutnya saya
macam dah tak lalu nak pandang manuskrip AITDS2
sebab cik kaseh dah mula rasa
plot yang saya tengah susun semakin rumit
(Sakit kepala aku tengok jalan cerita makin complicated) 

Orang macam saya ni 
memang berpotensi untuk merumitkan sesuatu perkara
(sebab tu cerita sume panjang berjela2..penat korang nak baca kan..huhuhu)

Cik kaseh nak minta maaf
AITDS2 kena kuarantin sekejap

nanti bila plot dah cantik
cik kaseh bagi korang baca balik ye...
babai
......

(✿◠‿◠)

Saturday, April 30, 2011

Entri buku dan penggemar buku di PESTA BUKU ANTARABANGSA KL

Penat ah hari nih...
Ramai gilak manusia di PBAKL hari nih...
almaklumlah... cuti kan
lagipun minggu terakhir pesta buku
jadi 
ramailah yang pakat2 turun beramai2 memeriahkan acara 
MEMBELI BUKU
hehehehe~~

Apa yang Cik Kaseh dapat hari ini?


Nilah hasil yang kudapat selama beberapa jam menempuhi lautan manusia di PWTC
haish~~sempat capai empat yang terbaik (rasanya?) je...

Dua buah buku karya Norhayati Berahim 
(suggestion Nemo)
dan dua novel keluaran Kaki Novel
yang agak mendapat perhatian pembaca...
(memang berani mati je beli... kalau best memang berbaloi-baloilah cik kaseh terseksa merentasi lautan manusia tadi...huhuhu)

Mana satu antara 4 novel ni cik kaseh nak baca dulu ye?
hahaha~~ saya memang seorang yang malas untuk memulakan bacaan
so apakata nak mula dengan novel yang paling NIPIS dulu...
BAJU PENGANTIN MAK ANDAM

cik kaseh dah baca beberapa bab buku ni tadi...
so far so good...
insyaallah akan buat sedikit coretan pasal novel ni
di blog tak semenggah ni...hehehe

Lagi apa yang Cik kaseh dapat hari ni?

owh~~ WDH sy nampak tembam dlm pic nih...huhuhu

Saya dapat jumpa Norhayati berahim...
dpt autograph die lagi yuu~~
ehehehe~~
(Cik Kaseh yang kununnya telah divirus ngn buku2 NB oleh si Nemo)

Lagi lagi...apa lagi Cik Kaseh dapat di pesta buku?

dah habis dah... 
tu je yang cik kaseh dapat
hanging out ngan anak saudara dan adik...ape yang aku dapat...
selain melaburkan fulus untuk adik ku itu juga...
extra... best ah, dapat lepaking with my PAKWE(nemo),n Nemo's friend, Awek sebilik ngan Cik Kaseh dan Huda(anak kak long saya)... owh, terlupa nak sebut seorang kumbang dalam group kami hari ini iaitu
Adi Oh Adiy... adik YANG SAYA TAK BERAPA NAK SAYANG TUH....

ok...tu je entri ringkas tentang PESTA BUKU ANTARABANGSA KL

~adios~

Sunday, April 24, 2011

Cerita Belakang Tabir - Angel In The Devil Suit (AITDS)

Haila... bagus betul kan Cik Kaseh ni... e-novel dah sampai bab 20++ baru nak wat entri belakang tabir kan...

hurm...sorry sesangat pada followers yang baru nak tertarik baca e-novel AITDS2 tp mood terus spoiled sebab tak dapat baca yang 1st season enovel ni... gomen gomen gomennasai~~~

tujuan asal saya menulis sebenarnya sebab nak dapatkan kepuasan. menulis demi diri sendiri. tak sangka dalam nak syok sendiri buat novel.. ada juga yang sudi membaca... terima kasih pada followers semua yang setia mengikuti perkembangan enovel cik kaseh. <--ade ke?insyaallah adalah tu...

Berkaitan dengan back story AITDS1... kisah ni konfliknya lebih kepada The Devil yang menjadi tuan kepada hambanya Camie yang sering dipanggilnya dengan gelaran Si Hodoh.

Terwujudnya watak Dew yang super evil dan Camie yang super lembab dan selalu kena buli adalah apabila mata saya sering disajikan dgn drama2 korea/Taiwan dan lambakan novel dan e-novel yang berkaitan dgn watak heronya yang bad boy/berlagak/kaya raya/handsome tahap maut/tapi macam poyo2 jd nakal sebab suke pada watak heroin yang kononnya good girl tapi miskin/lemah tapi berhati waja/heroin tu juga seorang yang berani menentang hero yang bongkak... <--sape yang tak perasan dengan situasi kebanyakan novel dan e-novel camni sekarang, korang memang tipulah...hahaha~~~

Dengan rasa rendah dirinya saya mengaku pada mulanya saya suka dengan cerita sebegini(terpengaruh dengan BOF lah ni)... tapi sebenarnya Cik Kaseh mula terfikir, kalau dah evil tu biarlah betul2 evil tahap puaka... n kalau hero tu anak orang kaya yang berpengaruh dan kacak sekalipun tak mungkin dia seorang yang sangat sempurna macam dalam B.O.F. tu kan... Maka terhasillah watak Dew Jeremy Orbido yang sememangnya anak orang kaya yang berpengaruh lagi kacak... TAPI this guy seorang The Devil yang berhati dingin macam ais. suka membuli insan yang lemah. tak pernah berbaik2 dengan teman sekolej. Cikgu n principle pun tak berani tegur dia. Dia selalu hidup dengan dunianya sendiri dan buat kolej tu macam kolej makbapaktoknenek die yang punya n boleh datang pada bila2 masa yang dia suka. tak siapa yang berani berkawan dengan Dew sebab mesti akan jadi hamba mamat ni je karang.

Miura Haruma as Dew Jeremy Orbido (The Devil)


diz guy sangat teruk bukan? tp saya tak faham kenapa watak ni tetap dicintai oleh kebanyakan pembaca??? huhuhu~~~... okey, saya tahu kenapa ramai yang fall in love dengan watak Dew... sebab disebalik sikap luaran Dew yang trouble, pemuda ini sebenarnya dahagakan kasih sayang tapi dalam masa yang sama sedang berperang dengan jiwanya sendiri yang mula tidak mempercayai ibunya akibat suatu insiden yang membabitkan teman baiknya suatu ketika dahulu(cam nak tolong peluk Dew je waktu dia menangis kesepian). Biarpun Dew nampak dingin namun dia seorang penyayang terutama pada binatang(lelaki yang sukakan binatang terutama kucing sangat sweet kan?). sikapnya sangat cerewet terhadap makanan(boleh jd pengkritik tetap kalau kita masak untuk dia..kritik je bukan kondem tau). penampilannya ala2 pelajar bermasalah dan taiko gangster tapi sebenarnya dia antara pelajar cemerlang di kolej dan seorang budak yang tidak pernah lekang dengan buku(gangster yang ulat buku...huhu). Dew seorang protector dan mentor terbaik. Walaupun layanannya terhadap Camie sangat kasar dan kejam namun dia ada sebab yang kukuh untuk bertindak begitu. Dia nak ubah sikap Camie yang lembab tu..(haaaaa~~~ini part hero idaman cik kaseh...evil dengan niat yang baik...<--syok sendiri)...~macam cik kaseh pun dah jatuh hati pada watak Dew je ni~

Aragaki Yui as Camily Miyazaki Martinez (Camie)


 Okey...cik kaseh nak cerita pasal watak heroin pula... gadis bernama Camily Miyazaki Martinez ni pula memang heroin paling worse pernah cik kaseh create. Dia ni biasa2 je. senang cerita bukanlah katagori gadis cantik, tapi Dew panggil dia Si Hodoh sebab Camie ni suka dress-up pelik2 & selalu tak kena gaya(dengan watak seperti ini sebenarnya cik kaseh nak beritahu pembaca bahawa 'cantik' itu sangat subjektif. Camie ada kecantikan lain yang membuatkan Dew tertarik padanya). Camie seorang yang clumsy dan kelam kabut (sometime sikap macam ni nampak comel..hehehe). Camie seorang yang lambat pick-up bila belajar tapi jenis yang berusaha keras untuk buat yang terbaik. thats why lah dia boleh bertahan dengan kekerasan The devil. Watak Camie berubah dari seorang yang lemah pada mulanya menjadi seorang yang berani pada akhirnya setelah berjaya didesak dengan rejim yang dilakukan oleh Dew.

Miura Haruma as Jeremy Oghio Khitto (The Angel)


Selain The devil wujud juga watak The Angel, kembar kepada watak utama yang telah mati. Jeremy Oghio Khitto merupakan kembar yang tidak pernah ditemui Dew. Walaupun sikap Jeremy dan Dew bagai langit dengan bumi namun jiwa mereka satu. mereka bersatu dalam ilusi kerana Dew hanya mengenali Jeremy setelah kematian kembarnya itu. Melalui sebuah diari milik Jeremy, Dew mula hidup sebagai pasangan kembar Jeremy tanpa pengetahuan sesiapa. Jeremy banyak menulis mengenai impian dan cita2nya serta kehidupan peribadinya bersama orang2 kesayangan disekelilingnya. melalui diari tersebut juga Dew mengetahui suatu rahsia besar disebalik takdir hidupnya dan Jeremy yang sengaja dipisahkan oleh keluarga masing2 disebabkan kepentingan peribadi orang tertentu.

adakalanya rasa macam tak seronok kalau tiada watak jahat yang menggangu gugat hubungan hero dan heroinnya kan. biasanya watak pembantu yang jahat ni mesti akan suka pada watak hero/heroin dan dalam masa yang sama akan menjatuhkan watak utama demi kepentingan peribadi. watak ini akan digambarkan sebagai seorang yang sangat jahat sehingga kita akan rasa sangat simpati pada watak utama. (biasa sangat ada watak macam ini dalam drama2 Korea/Taiwan dan Indon (jarang ada dalam drama jepun)... Walaupun watak begini sangat klise namun kewujudanya amat penting dalam menghidupkan sesebuah cerita. TAPI sebenarnya Cik Kaseh ada persepsi tersendiri terhadap watak begini. SANGAT TAK SETUJU dengan watak jahat yang sangat jahat. Bagi saya... TIDAK MUSTAHIL MANUSIA MENJADI BAIK DENGAN SEBAB TAPI TIADA MANUSIA MAHU MENJADI JAHAT TANPA SEBAB.

Maka wujudlah watak Madam Juwiette yang dibenci oleh kebanyakan pembaca. namun disebalik diri sebenar Madam Juwiette ada sesuatu yang ditakutinya saban waktu. Dia menjadi seorang yang kejam hanya kerana terlampau menyayangi Dew. Dew adalah segala-galanya buat Madam Juwiette. Mungkin ada pembaca yang memandang serong sikap jahat madam Juwiette namun disebalik sikap kental, berani dan kejam Madam Juwiette, wanita tersebut sebenarnya hidup dalam ketakutan. Dia takut seandainya Dew akan meninggalkannya. oleh sebab itu dia semakin obses untuk menghapuskan sesiapa yang cuba menghampiri anaknya.

Toda Erika as Leah (The Queen Of Pirates)


Selain watak Madam Juwiette yang dibenci pembaca, wujud satu lagi watak sampingan yang mungkin agak dibenci pembaca... tapi Cik Kaseh sukakan watak Leah The Queen of Pirates, The Devil versi perempuan yang dalam diam sebenarnya turut menyukai Dew. Gadis ini adalah rakan sekutu Dew setiap kali mereka membuli pelajar yang lemah terutama Camie. Seorang yang cantik tetapi garang. dia ada 2 orang sahabat, Dya dan Mandy... group mereka ala2 macam group Hibari4 dalam drama Hana-Kimi lah...tapi taklah segedik Hibari4 tu sebab gang Queen of Pirates ni jenis yang nakal dan suka membuli budak. kadang tu ala2 Charlie's Angel pun ada gak.

menyentuh tentang watak Lelaki Tuan Kedai yang akrab dengan Dew dan merupakan satu2nya watak yang paling memahami Dew, sebenarnya lelaki tua ini merupakan bekas butler kepada Madam Juwiette suatu ketika dulu. disebabkan dia pernah menjadi orang kepercayaan Madam Juwiette maka tiada sebab untuk wanita itu menghapuskan lelaki tersebut. Malah adakalanya Madam bergantung pada Lelaki Tuan Kedai dalam menangani masalah Dew. kredit lebih kepadanya juga apabila Dew yang sangat cerewet dalam bab pemakanan itu hanya sukakan masakan yang dimasak oleh lelaki tersebut. cukup mudah untuk menambat hati remaja tersebut jika kita tahu selera tekaknya.

hurm...rasa2nya panjang tak cik kaseh membebel dalam entri kali ini? huhuhu~~seronok je tangan ni menaip. mesti penat nak baca cik kaseh merapu kan...tak apa. tak baca pun tak mengapa. entri syok sendiri ni takut akan buat orang menyampah je...



RALAT : AITDS2 telah saya tarik semula penerbitannya dari blog ini untuk tujuan rombakan. Novel ini akan terbit pada Nov'11. Kepada followers E-novel AITDS anda wajib untuk mendapatkannya di pasaran kerana bahagian akhir versi E-novel adalah 100% peratus tidak sama dengan edisi buku.

RALAT II : AITDS2 : The Sequel yang bertajuk THE WITCH THAT I LOVE telah saya upload di blog ini... jemput baca kepada semua peminat Dew dan Camie. link saya telah sisipkan di side bar. =)



Tuesday, January 18, 2011

Baik jangan klik kalau taknak terjangkit penyakit BOSAN saya.


Susah nak puaskan hati orang...
dan tak sangka rupanya nak puaskan hati sendiri pun susah juga...

Cik Kaseh hidup dalam kegelapan selama seminggu ini...
(lampu bilik saya terbakar n moderm internet pun turut nak buat hal)
haish~~ nasib badan betul

tapi itu semua cuma dugaan kecil...
walaupun buntu sekejap tanpa FB(cuma dapat bloging sekejap2 je dekat ofis)

Tapi ada juga hikmah disebalik hidup tanpa internet dan FB sejak seminggu ni...
Cik Kaseh dapat siapkan berbab2 enovella... <--bangga dengan diri sendiri sekejap..kikiki~
Cik Kaseh dapat tengok jdorama yang tertangguh tak sempat ditonton... <--berkurang sudah list jkdrama yang nak kena tonton..hehe

Orang cakap manusia ni banyak muka...
belum tentu orang yang kita kenal sebagai kawan tu boleh dipercayai seratus peratus...
banyak musuh dalam selimut...

Lelaki...
penat nak fikir...
penat nak kaji...
penat nak selidik...
penat nak buat uji kaji...

sebab keputusan yang saya perolehi selalunya sama saja...
atau mungkin saya belum ketemu dengan insan terpilih... HA... HA... HA...

nampaknya karutan Cik Kaseh dah semakin meleret...mesti bosan baca kan... sebab saya sendiri menulis dalam keadaan yang membosankan...

saya berhenti untuk seketika...lain kali menconteng lagi...


P/s : perlukah saya bergembira sebab Super Junior nak dtg ke Malaysia lagi...dengan istilah lain yang lebih best.. saya boleh jumpa dengan semua kawan2 ELF yang sangat saya sayang tu...whoaaa~~ rindu dekat my dongsaeng2 sekalian...



Wednesday, January 12, 2011

Nama saya Cik Nurul Kaseh Esmiralda..???

Dia seperti hendak datang menghampiri saya...
Tapi dia berpatah balik kembali dengan tugasnya...

Dia pandang saya dari jauh...
Saya balas pandangannya...
Dia larikan wajah ke tempat lain...
Saya garu kepala...

Beberapa ketika kemudian...
barangkali dia sudah bertekad untuk bersemuka dengan saya...
maka dengan tanpa rasa ragu2 dan was2 kali ini dia menghampiri saya semula...

Satu soalan diajukannya...
"Siapa nama awak sebenarnya?"

Saya diam buat muka blur pandang wajahnya...
Macam mana dia baru terfikir nak bertanya nama saya sedangkan sudah setahun saya bekerja di sini? jadi selama ini dia tak tahu nama saya kah?

"Nama awak Nur Kaseh ya?"

Bhuahahaha~~~ gila Cik Kaseh nak tergelak dah time tu...tapi oleh kerana saya macam nak jadi bersopan santun sekejap di depan manager so tawa itu saya kulum untuk seketika(biarpun naik berselirat usus perut menahan ketawa)

"Pandai2 je bagi nama orang Nur Kaseh..cheh!"

"Habis tu, ada yang panggil Nurul. Ada yang panggil Kaseh... so nama awak Nur Kaseh lah kot.. saya teka aje."

Cik Kaseh geleng2 kepala. mata dah tak fokus pada si dia. kembali tertumpu pada skrin komputer menyudahkan kerja.

"Ooo... nama awak Cik Nurul Kaseh Esmiralda. betul tak?"

Cik Kaseh jeling pada dia... bibir menyungging senyum.

"Apa-apa lah derr... kau nak panggil aku Nurul(nama betul) pun boleh.. nak panggil Kaseh pun boleh... Nak panggil NUR KASEH pun sumpah aku tak kisah. Asalkan nama tu sedap didengar aku boleh terima."

Cik Nur Kaseh senyum je tak kose nak beri penjelasan lebih lanjut tentang nama sebenar saya pada si dia... ^^

Tuesday, January 11, 2011

Ada ku kesah dengan birthday Siti Nurhaliza?

Hari ini merupakan hari jadi Siti Nurhaliza
macam mana Cik Kaseh boleh tahu padahal Cik Kaseh langsung tak minat Dato' Ct?

sebabnya dekat ERA sibuk sebut pasal birthday dia...hehe

siap boleh buat ucapan untuk Dato' Ct sempena birthday dia...

bersuara awek..ops! bukan awek... dh tittle Pn. dah sekarang...
bersuara cik puan office mate saya tiba2...

"Aku nak buat ucapan kat CT lah...KEPADA CT NURHALIZA, SELAMAT HARI LAHIR SAYA UCAPKAN...BIRTHDAY SAYA NANTI JANGAN LUPA YA..SAYA TUNGGU UCAPAN DARI AWAK JUGAK!"

hakhakhakhak... aku bahagia duduk satu ofis dengan cik kak ni..sebab aku tak pernah stress masa kerja disebabkan lawak2 tak boleh blah dia...


P/S : entry kali ini saya tulis sekali lalu dan tiada editing...so kalau tersalah sana sini tu harap maaf jelah...ok.. Cik Kaseh nak sambung lunch~ chiow~~

Saturday, January 1, 2011

si PEMUJA MALAYA... siapakah?




Siapa pujaan malaya anda pada waktu ini?
saya?... HARIMAU MALAYA, skuad bola sepak kita kowt.. wakaka~~

tak tahulah kenapa... tapi bila dengar lagu ni tiba2 nama Khairul Fahmi Che Mat pula yang melintas dekat otak... bukanlah maksudnya saya sedang memuja penjaga gol terbaik negara yang baru mengharumkan nama negara kita tu... tapi nak tergelak juga dibuatnya bila baca dekat Twitter berkenaan trending dia baru2 ini...

untuk pengatahuan bersama Indonesia merupakan pengguna laman sosial TWITTER ke-3 terluas di seluruh dunia. Maka disebabkan perkara2 hangat yang berlaku sejak kebelakangan ini, nama Malaysia pun turut famous satu dunia disebabkan trending2 yang dibuat oleh mereka di laman Twitter.

berbalik kepada cerita asal..kenapa Cik Kaseh nak tergelak pasal trending Twitter tadi...
kisahnya.. I sajelah klik trending KHAIRUL FAHMI (yg tak pasal2 naik trending masa final match Suzuki Cup tu) ...dan saya dapati ramai cewek2 indon sudah jatuh hati dengan Fahmi ni.. baca post2 dalam twitter tu buat saya tersenyum panjang je... before game punyalah teruk diorang kutuk n maki kita.. lepas game, tak pasal2 si KHAIRUL FAHMI ni jadi PUJAAN SATU MALAYA... bukan setakat rakyat Malaysia malah INDONESIA juga...

cewek2 indon ni bilang muka Fahmi macam artis seberang... DANIEL MANANTA
korang rase same ke?



but for me, muka Fahmi yang ala2 artis korea jepun ni.. macam HIDETOSHI NAKATA , pemain kebangsaan JEPUN lah...



layan sket lirik lagu PUJAAN MALAYA - ADZRIN ADZHAR


Pujaan malaya oh oh oh uuu
Kau pujaan hmmm aiyaiayaai
Pujaan uuuuuuuu


Hati dihantu bayangan mu
Rindu termimpi tiap waktu
Ow ow woh


Cinta bercampur curiga
Kerna kau satu-satunya
Pujaan malaya


Hei sayang ku
Akulah pemuja mu
Sampai bila-bila
Cintaku kan berbunga


( ai yai yai yai )


Korus
Tiada apa dapat menghalang
Tiada kau aku gila bayang
Tiada cinta mu ku tak senang


Cemburu resah ku tak menentu
Diri mu segalanya sempurna
Oh kanda sungguh aku tergoda
Pujaan malaya


This aint no lie
Hari ke hari ku ternanti-nanti
Cinta mu tidak terbanding
Nyata tiada setanding
Walau ku rentas benua
Terbentang luas angkasa
Tak seluas cinta ku
Come on my baby
Let’s get it on


Terbang cinta mu buat ku layang
Renyuk resah bila kau pujuk (Ow ow woh)
Mama bilang jangan ku percaya
Lelaki akan memuja hanya pada mulanya


Nasib kita
Bukan semua sama
Tapi ku kan sedia
Agar tak merana


Ulang korus


Cemburu
Ai yai yai yai
Resah ku tak menentu
Diri mu pujaan malaya


Sungguh ku tergoda
Bahagia






P/S : kenapa Cik Kaseh pakai logo skuad bola sepak negara dkt FB tu... sejak bila addict terlebih dengan bola ni?.. jawapannya sebab haritu saya dah janji dgn FBs utk pakai logo tu selama sebulan if Malaysia menang SUZUKI CUP... ^^


Sunday, December 5, 2010

wrong timing...

Cuaca sangat indah pagi ini...
Rasa macam taknak bangun sebab dah berjaga semalaman malam tadi...<--semalamanlah sangat...
Cik Kaseh tengah buat kuih Keria... entah jadi entah kan tidak...
entah akan dimakan ataupun tidak...

aiya~ wrong timing betullah...
time ngah rajin nak buat kuih tetiba takde sape kat rumah...
kalau takda sesapa kat umah, sape yang nak makan kuih saya nanti...
siapa2 yang sudi, jemput lepak n bergosip2 sambil melantak kuih keria ngan saya...hehehe~~ <--jelas dan nyata cuma ajak2 ayam

malam tadi ada orang tu dah nangis2 segala bagai sebab AITDS2...
apadaa... buat cerita sendiri pun boleh nangis sendiri...
evil konon...tapi dalam hati ada taman rupanya...

Tapi setengah jam saja saya nangis2 tangkap feeling dengan novel sendiri...
sebab lepas tu saya bukak FB n gelak sakan sebab video ni...
Budak gigi rongak nyanyi (...aiya,wrong timing lagi, budak2 ni mmg saje nak spoiled mood touching saya...huhuhu~~~)
Sorry... sekali video tak dpt upload daa~~ tengok jelah link di atas...

updated Angel In The Devil Suit 2 akan masuk sekejap lagi...
insyallah akan masuk n masuk seberapa mampu otak saya mencerna idea nanti...

Tuesday, November 23, 2010

ANGEL IN THE DEVIL SUIT...yang mula trouble

Ini memang trouble
Sejak dari awal lagi saya gunakan tajuk ini
untuk enovel saya...
macam mana tiba-tiba mereka suruh saya cari tajuk lain pula?!

Sesiapa boleh beri cadangan
atau anda rasa ini tajuk yang terbaik
dan biar ia kekalkannya

argh~~dah penat termenung
idea untuk tukar tajuk tak dapat juga ni...

korang~~ tolonglah daku~~~~


Sunday, November 21, 2010

❤❤Dunia Pink Cik Kaseh Pada Hari Ahad ❤❤


Selamat pengantin baru Idraki❤Nazifah 


❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤ 
Cinta Itu indah jika kita pandai mewarnainya...
❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


P/s : Pink sebab tema pengantin hari ini ialah pink..... minggu depan pula --> biru itu tenang dan damai~~

 

Tuesday, November 16, 2010

Setiap JUMAAT yang kubeli pada hari JUMAAT


Mak aiii~~~ rindu gile vavenglah ngan blog Penjerit Yang Sunyi ni... Ye ye ye~~ Cik Kaseh tahu betapa 'rajinnya' Cik Kaseh meng-update blog sejak kebelakangan ni... mohon maaf kepada yang tertunggu-tunggu entry enovella cik kaseh... <-- ade ke yang tunggu... cheh, poyo je kau ni Kaseh...

BTW malam ini Cik Kaseh tergerak hati pula nak buat review novel yang baru cik kaseh habis baca. mungkin ada sesuatu yang menarik untuk dikongsi sehingga menyebabkan Cik Kaseh terus menaip entry sebaik khatam novel SETIAP JUMAAT ni petang tadi.

Pertama kali saya membaca novel karya Norhayati Berahim saya seakan teruja untuk menyelak muka surat demi muka surat. Apa yang puakanya buku ni sampai cik kaseh macam dirasuk untuk menghabiskan novel ini?

1) Salah satu puncanya ialah dari tajuk bukunya. Cik Kaseh tertanya2 apa kaitannya Setiap Jumaat dengan kehidupan Jasmine yang merupakan perantau yang menuntut ilmu di Negara Matahari Terbit, Jepun. Dan Ku Pian... apa kait-mengait lelaki ini dengan kisah Jasmine... ini yang membuatkan Cik Kaseh mahu mencari jawapannya. [komen pertama saya : tajuk yang digunakan sungguh berkesan kerana ia menyebabkan pembaca mahu meneroka maksud disebalik tajuk tersebut.] Cik Kaseh sendiri yang pada mulanya was2 mahu membeli novel ini pun akhirnya mencapainya kembali ketika berada di kaunter untuk membayar.

2) Membeli novel yang berketebalan sama dengan kamus dewan bahasa - Cik Kaseh memang mengambil risiko yang besar dalam mempertaruhkan sejumlah wang untuk mendapatkan kepuasan. Namun novel ini berjaya menarik saya untuk terus membaca tanpa rasa bosan. plotnya bergerak laju. ia sesuatu yang saya suka kerana setiap bab menceritakan babak yang sepatutnya untuk menuju ke klimaks.

3) Bab yang pendek. sekitar 5-6 mukasurat (secara purata). saya mula faham apa yang menariknya dengan novel yang berbab pendek2 seperti ini. saya tidak bijak untuk menghuraikan kelebihan novel berbab pendek tapi apa yang saya nampak bab pendek adalah satu kelebihan jika novel tersebut setebal kamus dewan bahasa. hehehehe~~*harus rujuk pada pakar...sifu~~*

4) Jepun. ini juga salah satu punca juga kenapa Cik Kaseh beli novel ini. Melalui novel ini rasanya penulis telah membuka mata ramai orang yang mengagung2kan jepun selama ini. (tak pasti samada ia benar atau tidak..tp macam betul je). Mendengar nama Jepun kita akan membayangkan yang orang jepun adalah satu bangsa yang hebat,suka membaca,bersopan santun,bijak malah teknologi mereka dikatakan yang pertama di dunia... tapi itu semua hanya yang kita nampak melalui permukaannya sahaja. Melalui watak Jasmine, penulis cuba mengupas sifat sebenar bangsa Jepun... (secara automatik juga Cik Kaseh terfikirkan perkara yang sama dengan bangsa Korea yang lebih kurang sama seperti orang Jepun...hurm~~~)

Walaupun novel ini sebuah novel yang bagus dan berbaloi untuk dimiliki(biarpun muka suratnya tebal gile vaveng!) tapi ia ada kelemahan yang begitu ketara... kelemahan inilah yang menjadi punca Cik Kaseh tidak pernah berminat untuk membeli novel keluaran NB Kara.... Kelemahan tersebut ialah dari segi kulit bukunya... sejujurnya ia langsung tidak menarik di mata saya...mungkin juga di mata kalian yang punya citarasa sama dengan saya? Jika bukan kerana salah seorang teman baik saya yang beriya-iya mencadangkan novel2 terbaru Norhayati Berahim, SUMPAH! saya takkan berani bertaruh untuk memiliki novel ini. Selain daripada itu, cik kaseh kurang berkenan dengan font yang digunakan dalam novel ini... kecik lah dik non oii~~ huhuhu~~ saya dahlah pakai 4 mata, mahu menyumbang pertambahan power rabun aku nieh..huhuhu~~ Cik Kaseh harap sangat NB Kara menilai semula 2 kelemahan yang saya sebut di atas. aci potong jarilah... kalau kulit buku die lebih menarik mesti jualan buku pun berganda tau.

sedikit ringkasan cerita novel ini untuk tatapan pembaca. (mungkin akan tergerak hati untuk membelinya sebaik membaca sinopsis cik kaseh =)


Berkisar tentang Jasmine yang belajar di Jepun selama 5 thn. ayahnya meninggal dunia ketika dia masih di Jepun. setahun selepas ayahnya meninggal dunia, ibunya berkahwin lain. ini mendatangkan persepsi buruk Jasmine terhadap ibunya sehingga membawa dendam yyang berpanjangan. selepas tamat belajar Jasmine bekerja terus di negara matahari terbit itu dan tidak pernah balik ke Malaysia gara2 marahkan ibunya yang berkahwin lain.

Ku Pian yang merajuk dengan ayahnya kerana cintanya yang sentiasa dihalang oleh Tengku Ahmad Saman membawa diri merantau ke Jepun. Ku Pian yang degil dan buta matanya dalam menilai cintanya sanggup bersengketa dengan ayahnya hanya kerana perempuan. Zulfakar, pembantu peribadi Tengku ahmad Saman berkali-kali memujuknya supaya pulang kerana ayahnya sakit.

pertemuan unik diantara Ultraman dan Masako di bawah pohon Sakura telah membenihkan hubungan persahabatan yang manis di bumi Jepun. mereka mula merasai sesuatu setelah terpisah. rasa rindu yang membuak-buak... rasa sunyi yang tak bertepian... masing-masing nekad untuk menjejaki antara satu sama lain. samada di jepun ataupun kembali ke Malaysia, Ultraman mesti menjejaki Masakonya kembali!


Berapa bintang mau bagi....
4bintang untuk SETIAP JUMAAT
(✿◠‿◠)


P/s : kebetulan saya beli novel ini pada hari jumaat...ketika cuti Deepavali... jalan2 pusing KL menaiki KL Hop-on Hop-off 

Sunday, October 24, 2010

Boleh Pandang2...Jangan Pegang2... ❤❤





[Sohaimi Mior Hassan]
Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibubapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Chorus:
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang
[smartiesmanis.blogspot.com]

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

[Ana Raffali]
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarlah rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasih mu disambar buaya

ulang chorus

[Altimet]
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga

Aku penambah perasa
Aku lah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

ulang chorus 2 kali



Lagu ini saya tujukan kepada semua pasangan bercinta... ❤❤❤

 


Kredit : Smartiesmanis.blogspot.com