Kawan2 yg saya Sayang

Tuesday, December 8, 2009

Ai Without Love ::Prolog::

Untuk pengenalan dan sinopsis sila klik Sinopsis

PROLOG

Di suatu kawasan di tengah-tengah kota Lisberg…

Bilik persalinan itu ditutup rapat dari dalam. Seorang pemuda awal 20-an mengambil tempat di hadapan meja solek. Dia mencapai botol mineral di atas meja sebelum meneguk isinya. Setelah membasahkan tekak yang kering akibat banyak mengeluarkan suara tadi dia memandang pantulan imejnya di dalam cermin di hadapannya. Rambutnya yang panjang yang jatuh di dahinya di tolak ke belakang. Peluh yang membasahi sekitar dahi dan leher merimaskannya lantas dia mengambil tisu lalu mengelap peluh di sekitar mukanya.

Pintu di ketuk dari luar. Belum sempat dia menjemput tetamunya masuk tiba-tiba pintu itu sudah dibuka dahulu. Dua orang wanita muncul. Seorang daripadanya mengenakan kaca mata dan memegang sesuatu di tangannya. Wanita tersebut terus mengambil tempat berdiri di hadapannya. Sementara itu seorang lagi wanita yang bertindak sebagai juru solek segera menjalankan tugasnya merias pemuda yang akan meneruskan persembahannya sebentar lagi itu.

“Ryo, standby. Lepas ni adalah persembahan klimaks. Semua orang harapkan yang terbaik dalam persembahan terakhir kau malam ini.” Ujar wanita tadi sambil memerhatikan kerja juru solek. “Ingat… mesti fokus.” Pesannya.

Ryo senyum dan mengangguk sahaja. Dia malas hendak bersuara. Lebih baik dia menyimpan tenaga untuk persembahan yang selanjutnya.

“Yin, boleh tak buat kerja dengan pantas. Kita bukannya ada banyak masa untuk bersenang lenanglah!” Sempat wanita itu mengkritik kerja jurusolek tersebut.

Jurusolek yang bernama Yin itu hanya buat muka di belakang pengurus Ryo. Hei, kerja aku, tahulah apa aku nak buat…

Ryo nampak tetapi dia hanya mendiamkannya. Sebentar kemudian Ryo menukar bajunya dengan kemeja yang sudah siap tergantung di penyangkut baju. Pengurusnya keluar setelah dipanggil oleh seseorang. Tinggal dia bersama jurusoleknya yang membantunya bersiap untuk persembahannya sebentar lagi. Setelah tiada apa lagi yang memerlukan bantuan jurusolek berkenaan Ryo menyuruhnya keluar dahulu kerana dia ingin bersendirian sebelum memulakan persembahannya.

Ryo kembali memandang dirinya di hadapan cermin besar. Sempurna. Tiada cacat ataupun kekurangan pada dirinya. Ryo tersenyum memandang dirinya yang sekarang. Dia benar-benar berbeza dalam tempoh dua tahun ini. Segala-galanya berubah. Dia tidak pernah bermimpi untuk berdiri di tempat yang tinggi seperti ini. Selama ini dia menyangka yang dia akan menjadi seorang jurutera… mungkin terlalu besar cita-cita tersebut tetapi memandangkan itulah jurusan yang diambilnya ketika di kolej dahulu.

Dia memang seorang penyanyi sebelum bergelar artis terkenal lagi. Dulu dia menyanyi dengan satu sebab iaitu untuk membantu meringankan beban keluarga. Dia bukan berasal dari keluarga yang senang. Adik beradiknya seramai lapan orang dan dia adalah anak sulung. Dia pernah menyanyi di jalanan tanpa pengetahuan ayahnya. Dia juga pernah menyanyi di kelab sewaktu masih bergelar penuntut biarpun telah dilarang oleh ibunya. Alasannya cuma satu iaitu demi adik-adiknya yang masih bersekolah semuanya. Dia tahu yang perbuatannya itu melanggar prinsip ayahnya yang tidak suka dia bekerja selagi belum tamat belajar. Namun atas rasa tanggungjawab sebagai anak sulung dia nekad memilih jalannya sendiri.

Hari ini dia juga telah memilih jalannya sendiri setelah memasuki sebuah rancangan realiti tidak lama dahulu. Bukan niatnya untuk masuk ke dunia yang penuh glamour ini sebagai bintang. Dia cuma mahu mengubah kehidupan keluarganya yang tidak pernah lari dari belenggu kemiskinan. Nasibnya baik apabila dia berjaya menjadi juara dalam rancangan pencarian bakat baru tersebut. Sekelip mata sahaja dia menjadi terkenal dan diminati ramai. Dalam masa dua tahun sahaja dia sudah berada di puncak kejayaan.

“Ryo…!”

Lamunan Ryo terhenti. Dia menoleh ke belakang. Pengurusnya sedang berdiri di luar pintu. Hanya kepalanya sahaja yang masuk ke dalam bilik.

“Apa lagi yang kau buat? Cepatlah. Giliran kau dah nak sampai.”

“Okey…” Ryo segera meninggalkan bilik tersebut dan menuju ke belakang pentas. Penyanyi jemputan yang sedang membuat persembahan tadi akan menamatkan persembahannya sekejap lagi dan Ryo perlu bersiap sedia untuk kembali menghiburkan penonton yang telah sanggup membayar tiket yang mahal semata-mata untuk menyaksikan persembahannya di dalam konsert malam ini.

Cahaya spotlight fokus kepadanya sebaik dia berdiri betul di tengah ruang pentas tersebut. Sebentar kemudian jeritan dan sorakan orang ramai di dalam dewan besar itu bergema.

Sebaik pengarah muzik mengangkat tangan memberi isyarat kepada anak-anak buahnya untuk memulakan muzik suara yang riuh rendah tadi beransur-ansur senyap dan apabila Ryo mula mengeluarkan suara emasnya dewan bergema lagi dengan tepukan gemuruh para hadirin. Masing-masing yang membawa sepanduk dan kain rentang mengangkatnya tinggi-tinggi tanda sokongan mereka terhadap artis kesayangan mereka itu.

Seketika kemudian tepukan diam bagai diserkup dengan sebuah tudung. Masing-masing menumpukan perhatian pada lagu berentak sentimental dendangan Ryo. Tiada yang lebih dikesali selain terlepas pandang setiap persembahan pemuda yang bukan hanya mempunyai suara emas malah juga seorang yang tanpan itu. Masing-masing begitu teruja. Inilah malam yang paling indah dan tidak akan dilupakan seumur hidup mereka.



Di waktu yang sama di suatu lorong di kota Lisberg…

Gadis bersanggul dan berpakaian kemas itu berjalan pantas mendekati sekumpulan remaja yang sedang membuli seorang budak lelaki di sebatang lorong di belakang bangunan. Dengan wajah yang berapi kerana marah dia mencapai sebatang kayu di tepi dinding. Marahnya meluap-luap apabila melihat lima orang remaja itu nampak sangat gembira dengan aktiviti tidak bermoral berkenaan. Tanpa sebarang isyarat dia terus menghentak salah seorang remaja tadi dengan kepala kayu yang keras itu.

Remaja yang masih berseragam pelajar sekolah menengah tadi memegang kepala yang terasa sakit akibat pukulan kayu. Dia berundur sedikit ke belakang. Begitu jaga dengan rakan-rakannya yang lain. Semua memandang kepada gadis yang sedang menyinseng lengan kemejanya sehingga ke paras siku. Kayu ditangannya tadi dicampak ke belakang. Matanya menikam satu-persatu remaja yang membuli budak lelaki yang masih terduduk di tanah itu.

“Siapa kau ni?” Tanya salah seorang daripada mereka.

“Jangan peduli siapa aku. Lebih baik kamu semua selamatkan diri sebelum aku mengamuk.”

Remaja-remaja tadi ketawa mengejek mendengar kata-kata gadis yang baru muncul itu.

“Dia fikir kita takut dengan perempuan macam dia? Kelakarnya…”

“Dia langsung tak fikir yang kita lebih ramai dari dia. Bodoh betul.”

Gadis bertahi lalat di bawah mata kanan itu hanya melihat gelagat remaja-remaja tersebut dengan senyuman. Dia biarkan dulu pembuli-pembuli itu ketawa dengan puas.

“Dah cukup ke belum…? Aku tiada masa nak tunggu kamu semua habis ketawa.”

Ringan sungguh kaki itu melayang dan menerajang mereka berlima. Tiada siapa yang terkecuali. Belum sempat membalas serangan gadis itu terlebih dahulu melukakan mereka semua. Pantas dan tangkas. Kuat dan kejam. Tiada pengecualian. Tiada tolak ansur. Akhirnya mereka semua mengaku kalah dan melarikan diri dari terus diserang gadis ganas itu.

Gadis itu melepaskan kepalan tangannya setelah remaja-remaja tadi melarikan diri. Dia melihat mereka semua bertempiaran menyelamatkan diri. Seketika kemudian dia pergi mendapatkan budak lelaki yang duduk menyorok di belakang kotak yang telah dilipat di tepi dinding. Dia menghulurkan tangan kepada budak tersebut. budak yang berkaca mata itu memandangnya sahaja. Masih was-was dengan keikhlasan hatinya. Dia tersenyum dan duduk mencangkung di hadapan budak tersebut.

“Jangan takut. Saya datang untuk selamatkan awak.”

Senyuman gadis tersebut membuatkan budak itu yakin. Dia membalas senyuman itu sebelum menyambut huluran tangan yang telah menyelamatkannya sebentar tadi.

“Terima kasih, kakak.”

“Tak perlu. Aku cuma tak suka tengok orang kena buli. Mereka tu sama sekolah dengan kau?”

“Ya.”

“Kau kena jadi kuat lepas ni kalau tak nak kena buli. Hari ini cuma satu kebetulan aku muncul selamatkan kau.”

Gadis itu bangun dan beredar. Budak tadi turut bangun.

“Tunggu…!”

Gadis itu menoleh semula kepada budak yang diselamatkannya tadi.

“Siapa nama kakak?”

“Tak perlulah tahu. Lagipun bukannya kita akan bertemu semula selepas ini.” jawab gadis tersebut.

“Saya pernah nampak kakak di Sweet Chocoretho. Kakak pekerja di sana kan?” budak lelaki itu membetulkan kaca matanya sebelum berdiri dekat dengan gadis tadi.

“Hmm… jadi panggil saja aku ‘Yna’.” Balasnya sebelum melangkah pergi.

“Terima kasih sekali lagi, kakak Yna.” Ujar budak tersebut.

“Jangan panggil ’kakak’. Panggil ‘Yna’ saja.” Yna tidak berpaling kepada budak itu dan terus melangkah meninggalkannya.



Enovella baru saya

"Orang bilang cinta tapi tidak pada mereka.

Secara lahiriahnya mereka mengatakan tidak

Tapi soal hati… tiada siapa bisa mengelak."


Ini sekadar kesinambungan dari Aku, Perempuan & Sesuatu(AP&S).

Maaf, kerana tak habiskan AP&S di blog ini.

Jangan risau… kisah ini bukan sambungan dari AP&S.

Jadi takkan berlaku kekeliruan pembaca.

Saya menulis ikut suka je. Tiba2 idea melintas lalu terhasillah

Ai Without Love (tapi belum lengkap lagi)

Harap masih ada yang sudi menyokong…


Watak2


Ryo Nishikido, 21
Kerjaya : penyanyi, pelakon
status : bujang
kelebihan : bermain alat muzik; piano, gitar
sifat positif : Optimis, sentiasa berusaha untuk jadi yg terbaik.
Sifat negatif : cakap lepas, suka cari gaduh dengan orang2 tertentu dalam senarainya.
orang yang paling dihargai : keluarga, sahabat (Vic) dan peminat




Yna Baktiar, 20
Kerjaya : pembuat coklat di Sweet Chocoretto
Status : Bujang
Kelebihan : memasak dan... err~ menggoda
Sifat positif : menghargai setiap benda kesayangan, berkeyakinan tinggi
Sifat negatif : pendendam
Orang yang paling dihargai : tiada





Vic Teoh, 22
Kerjaya : dirahsiakan
Status : bertunang
Kelebihan : setia
Sifat positif : bertanggungjawab, mementingkan sahabat,
Sifat negatif : perahsia
Orang paling dihargai : semua disisinya



Sinopsis :
Kisah ini berlaku 2 tahun selepas AP&S. kehidupan selepas kolej. menempuh kehidupan sebenar sebagai orang dewasa di kota metropolitan, Kota Lisberg. satu insiden menyebabkannya Ryo bertemu semula dengan Yna secara tidak sengaja. dan insiden itu telah menyebabkan mereka berdua terjerumus ke dalam satu situasi yang mendesak mereka untuk menipu masyarakat. Yna mengikat perjanjian dengan Ryo untuk menjadi kekasih kontrak. dalam masa yang sama sebenarnya dia ada agenda tersendiri untuk membalas dendam terhadap Vic, yang mengkhianati cinta mereka. Yna tahu betapa akrabnya hubungan diantara dua sahabat tersebut, maka dia menggunakan senjata itu untuk menjatuhkan kedua2 mereka. Dendamnya terhadap lelaki kembali berdarah. Dan sasarannya kali ini ialah Ryo dan Vic.

::Douzo::

Monday, December 7, 2009

Ninja Assasin - Pembunuh Yang Dasyat!


Pada mulanya Cik Kaseh langsung tak tertarik nak menonton Filem ni
sebab Cik Kaseh tak suka cerita keganasan.

Bila tertengok The Making of Ninja Assasin di channel MTV,
Cik Kaseh terus tertarik nak menonton.
Dan tak sangka langsung rupanya pelakon utama Filem ni ialah Rain Bi.
(siapa perasan kalau dah poster tu muka dia serabut dengan perut segala bagai)

Cerita dia dari mula sampai akhir penuh dengan aksi yang mendebarkan.
Macam2 jurus ninja ada.
teknik penyamaran, teknik pembahagian badan, teknik bayang... semua ada.
siapa yang layan anime Naruto mesti tahu pasal teknik2 yang sinonim dengan dunia ninja. Kalau tak tengok Naruto, mesti ada pengikut anime Ninja Boy(budak2 bawah umur sukalah tengok anime ni)

Babak paling Cik kaseh suka dalam filem ni ialah
masa Raizo bertarung dengan ninja2 dekat jalan raya.
Best giler~. superb!

Korang kena tengok juga.
dan memang tak rugi keluar RM 10.00 untuk filem ni.
sebab cerita dia memang best!

Cuma ada suatu perkara yang Cik Kaseh tak berkenan...
bukan pasal filem ni tapi pasal klasifikasi 18SG tu.
Saya tak faham dengan pemikiran sebilangan ibu bapa yang
memandang enteng akan parkara ini.
mereka dah tahu klasifikasi filem ini tidak sesuai dengan anak2 yang berusia bawah 18 tahun
sebab filem ini ada unsur2 ganas yang melampau
tapi mereka tetap membawa anak2 mereka yang masih dibawah umur menonton bersama2 di panggung.
Mereka tak sedar ke yang tindakan mereka tu boleh mempengaruhi anak2 meniru aksi2 ganas tersebut. dan ini boleh menyebabkan masalah sosial di kalangan remaja semakin meruncing.
inilah salah salah satu puncanya kes juvana di negara kita semakin meningkat
bukannya semakin menurun!

Tapi bukan salah ibubapa seratus peratus juga,
pihak panggung tersebut pun salah.
mereka pun ambil ringan dengan hal sebegini.
hanya memikirkan keuntungan saja.

Hergh!!! geram betul saya.
(tak tahu nak lepas kat sape, tu yang lepas kat sini ni.)


P/s : Sangat2 berpuas hati dengan filem ni
(walaupun dah cuak habis masa tengok aksi2 dalam filem ni)


Friday, December 4, 2009

Bad Day

Today is my bad day
Pagi2 dah terpaksa dengar Boss nyanyi lagu 'Negaraku'
(istilah mengamuk dalam kamus Cik Kaseh)
Dia marah orang lain pun membebel dengan Cik Kaseh
Dia marah dengan staf CIMB pun dia membebel dekat Cik Kaseh
Dia marah Cik Kaseh lagilah... sah2 muka ni yang kena mengadap dia.
My office mate pula cuti MC hari ni.
memang ngam ho~!!
aku sorang yang kena mengadap muka tempe pakcik tu hari ni.
Dari pagi bawa ke petang??
Aduss~~ tensionnya...

Thursday, December 3, 2009

Godaanmu Si Kawaii Sushi...


Moshi moshi~
(intro entry kali ini berkait rapat dengan makhluk kawaii (comel) di atas.)

Apa jadi apabila makhluk luar alam (saya) bertemu dengan makhluk comel tahap giga?

Malam semalam Cik Kaseh teman awek yang duduk sebilik dengan saya ke Shah Alam.
Dia nak ambil barang yang dia kirim dari Kelantan dengan kawan dia.
Kopok Leko.

Jumpa kawan dia tu sekejap je.
tak sampai 5 minit pun.
Chess~ buat habis petrol je. Sib baik dia yang payung duit minyak.

Boring lepak kat rumah saja lalu masa balik Cik kaseh pusing stereng kereta
masuk Jusco Bukit Raja.

Buat apa?
Saja... jalan2, cuci mata

Masuk ke sebuah kedai ni tetiba Cik Kaseh digoda dengan makhluk comel di atas.
tiga empat kali pusing kat situ akhirnya Cik Kaseh tak daya menahan nafsu,
lantas merembat si comel yang belum lagi Cik Kaseh beri nama tu.

Dari pagi bawa ke petang si comel tu sentiasa menggunakan
aset kecomelannya untuk menggoda saya.
dan Cik Kaseh memang telah gagal menahan nafsu
dari tidak merenungnya ke-cute-tannya.
I hate this moment!
Sushi yang comel tu memang melalaikan orang.
lebih2 lagi bila kepala dia bergoyang2. <-- super kawaii~~!!!
mujur saya tak hilang tumpuan ketika memandu.

"Dear my kawaii sushi, please don't goda2 me again k. Mmuah... love you!"

P/s : maaf, sebab entry kali ni agak geli geleman sikit. hehehe~

Tuesday, December 1, 2009

Rancangan Tanpa Perancangan


kadang kala sesuatu yang kita tak rancang pun boleh jadi sesuatu yang superb.
berbanding dengan perkara yang kita dah rancang awal2,
dah target mesti jadi begitu atau begini
tapi akhirnya perkara tu gagal.

macam gambar yang Cik Kaseh upload hari ini.
gambar ni kami langsung tak bersedia
tiba2 saja my abang snap
tapi hasilnya...
cun!
boleh tahan kan.
nampak hidup dan rasa happy je bila pandang.

macam juga dua daripada karya saya,
Angel In The Devil Suit(AITDS)
&
Aku, Perempuan Dan Sesuatu(AP&S)

Kalau nak tahu,
AP&S tu saya buat dengan perancangan yang teliti
sebab saya fikir saya nak cuba nasib
mungkin ada rezeki dengan karya kedua
setelah karya pertama mengalami kegagalan

tapi kan...
lebih dari 90% yang membaca dan menilai menganggap
AITDS lebih baik.

Perasaan saya?
pelik kot... kelakar pun ya, kot... dan
hurm~ saya anggap itu sebagai rezeki
walaupun sebenarnya saya mengarang AITDS
secara cincai (main belasah saja. janji aku happy).
malah tanpa perancangan yang rapi pun.

...
...
...

Tapi saya ada masalah dengan AITDS sekarang ni
masalah nak mengedit!
Bila saya menulis tanpa perancangan,
walaupun orang fikir ia karya yang baik
saya tetap rasa banyak cacat cela yang perlukan pembaikan.
Mengkritik karya orang lain lebih mudah berbanding mengkritik hasil kerja sendiri.

Kesimpulannya :
jangan cuba mengejar kesempurnaan
kerana tiada perkara yang sempurna dalam dunia ini melainkan-Nya
Kecacatan sebenarnya pelengkap dalam sesebuah kejadian.
hiduplah dengan harapan mahu jadi yang terbaik,
dan bukan untuk jadi yang sempurna.

sekian, chiow~~


Monday, November 30, 2009

Hati Seorang Ibu



Kenapa tiba2 letak gambar ni Cik Kaseh?

Hurm~ tak de apa2.
Cuma bila tengok semula gambar ni
saya rasa ini salah satu gambar yang bernilai dalam simpanan Cik Kaseh.

Kenapa ia bernilai?

sebabnya~~
bukan senang saya nak ambil gambar bersama dengan abang 'bertuah' saya ni.
Asyik nak mengelak saja kerja dia. sampaikan nak ambil gambar family pun siap nak pergi paksa dan tarik dia keluar dari bilik.
Dia memang tak suka bergambar.
Sekarang dia berada di Algeria. bekerja.


beberapa minggu lepas, sebelum mak saya terbang ke
tanah suci Makkah, mak bertanya sesuatu yang kelakar...

"Makkah dengan Algeria dekat tak?" Tanya emak dengan wajah tanda tanyanya.
Saya jawab "macam dekat tapi jauuuhhh~, mak. kenapa mak tanya?"
My emak diam sambil melihat gambar2 terbaru yang My abang hantar dari Algeria.
dan waktu itu sesuatu terlintas di benak saya sehingga menyebabkan tawa tak sengaja termuntah dari mulut nakal ini.
"Katalah yang mak nak singgah Algeria jumpa Abang An dan Abang Musa bila sampai kat Makkah karang."

Hai mak saya ni... di mulut saja kata tak kisah, tak rindu,
padahal agaknya macam nak peluk cium je gambar abang kat pc Cik Kaseh tu...

"Mak bukan macam orang lain yang sampai menangis2 bila berjauhan dengan anak2."
tapi setiap kali Cik kaseh tayang gambar2 yang abang2 hantar, mata dia dah start bergenang.
tapi yang respect tu memang tak gugur air mata tu depan Cik kaseh. (belakang Cik Kaseh tak tahulah)

Cik Kaseh faham...
hati seorang ibu.
mana mungkin dia tidak rindukan anak2nya
apatah lagi kedua-dua abang Cik Kaseh tu berada jauh di perantauan.
Di negara orang pula tu.
Hanya gambar dan webcam saja jadi pengubat rindu
(walaupun susah nak berchating atau berwebcam dengan mereka
atas beberapa faktor.)


Kiri : Mohd Musa b. Daud
Kanan : Saipul Anwar b. Daud

Akhir bicara...
"Salam AidilAdha kepada seluruh umat islam"

Thursday, November 26, 2009

Boys Are Stupid...



Hehehe~... apadaa tajuk entry...

Sorry ye kepada semua boys kat luar sana yang terbaca entry saya...
Cik Kaseh sekadar memetik kata2 Johanna, watak utama dalam novel ni saja.

setelah lebih 3 bulan akhirnya saya berjaya menyudahkan novel ini.
(maaf... saya memang lambat tahap siput)
ala okeylah tu... mujur tak sampai 5 tahun 5 bulan kan.
hehehe~

Saya percaya dan yakin ramai diantara anda diluar sana
dah baca novel ni. (saya je yang lambat)
Dan saya lambat adalah bersebab

sebabnya~~

...
...

Saya tak enjoy dengan buku ni.

Sebelum saya menulis dengan lebih lanjut ingin saya perjelaskan sekali lagi di sini...
Saya bukan seorang pengkritik...
saya bukan si tukang komen...
saya juga bukan seorang hakim yang layak
meletakkan nilai pada karya seseorang...
jauh sakali untuk menjadikan blog ini
sebagai medan untuk menjatuhkan seseorang...

Saya menulis selaku seorang pembaca.
saya hanya meluahkan perasaan terhadap setiap buku
yang saya baca.
Sebagai pembaca yang telah mengeluarkan duit membeli buku rasanya saya berhak
meluahkan perasaan saya.
Saya seorang yang jujur dan saya tidak akan sesekali menulis
sesuatu yang bertentangan dengan hati dan minda saya.
Jadi, harap2 tiada sesiapa yang akan salah sangka dengan
setiap kata2 saya...


Membaca 5 Tahun 5 Bulan...
diawal bab saya sangat happy
melihat gelagat Ana yang menjadi pembantu rumah di rumah En. Latfy
memang seronok.
Lagi2 part bila Ana kena buli dengan Along Serbia tu...
Aiyo~ kelakarlah...
tapi...

Bila sampai part Ana keluar dari rumah En. Latfy
Feeling saya mula down perlahan2

Apasal?
Saya mula rasa bosan
sebab saya mula mengesan yang cerita Hlovate dari
buku pertama yang saya baca sampai buku yang ini...
(saya baca Aa+Bb & Tunas dulu biarpun 5 Tahun 5 Bulan yang keluar dulu)
semuanya lebih kurang sama.

cerita berkaitan dengan girl yang ambil medic,
hero dia pula budak engineer
pas tu lagi girl tu jenis yang suka dengar muzik
stok yang gamble-mamble punya minah
tapi pandai gilelah kan...

Dari segi gaya bahasa, terus terang saya mengaku yang saya suka.
Memang seronok dan tipulah kalau saya tak gelak
langsung dengan setiap bahasa yang Hlovate tulis.
Tapi saya tetap tak puas.
(memang susah nak puaskan hati semua orang... betul tak)
Bagi saya, secara peribadilah
jalan cerita novel ni agak mendatar.
Hlovate bagai menulis sebuah jurnal kehidupan seorang gadis (Johanna)
Dan saya bukan penggemar novel genre sebegini.
Saya lebih suka sesebuah cerita yang punya klimak yang tinggi
dan penamat yang mengejutkan.

membaca novel ini, saya dah boleh agak apakah penamat jalan ceritanya.
Walaupun kelihatan Ana dan Along main tarik tali dalam soal hati dan perasaan
tapi saya tahu ia mesti akan tamat dengan penyatuan kedua pasangan tersebut.

Secara keseluruhan, novel ini bukanlah teruk sangat.
Walaupun jalan ceritanya kurang menarik minat saya membaca
namun pengisian dan kelainan yang cuba dibawa oleh Hlovate pada saya agak menarik.
mana pernah baca novel yang tiba2 ada resipi kat m/s akhir novel.
hmm~ unik tu. insyaallah nak cuba resipi Peach Cobbler tu.


Selingan... sila sambung tajuk entry...
... some man too... kihkihkih~





Sunday, November 22, 2009

2012... Not The End Of The World




Cik Kaseh baru pulang dari menonton 2012. <-- malam? memang pun...

sebelum menonton filem ini Cik Kaseh dah dapat agak apa yang bakal disajikan
dalam filem holywood seperti ini.
Cik Kaseh tak mahu sentuh isu2 sensetif yang melibatkan kita
sebagai umat islam khususnya.
biasalah... orang putih kalau buat filem memang akan tunjuk
yang baik tu hanyalah mereka.
Mereka yang buat filem, maka mestilah mereka mahu tunjukkan sisi
yang putih itu adalah mereka... kononnyalah kan...

Bagi saya, kita jangan terpengaruh dengan segala yang disuap
oleh mereka. bukan semuanya betul pun.

cuma part2 masa dunia nak musnah tu memang
memberi keinsafan kepada saya.
bayangkanlah kalau betul2 3 tahun dari sekarang
dunia kita akan tamat...
...
...
...
sungguh... saya tak tahu bagaimana hendak menghadapinya.

bayangkan yang dunia kita dilanda mega tsunami yang setinggi 1500meter...
bayangkan apabila gempa bumi yang super dasyat menimpa negara kita...
bayangkan tanah tempat kita berpijak terbelah dua...
bayangkan bangunan KLCC yang megah berdiri tumbang atau patah dua...
bayangkan lava gunung berapi yang meletup di kaki gunung
(macam dodol nak masak dalam kuali tapi lagi dasyat dari itu)

bayangkanlah... kemana kita akan lari waktu itu.
ke dataran lapang di negara China?
ke gunung Everest, gunung tertinggi di dunia?
Ke kutub utara yang dah terbalik jadi kutub selatan waktu tu?
...
...
Hmph... tak ada satupun tempat yang selamat pada ketika itu kawan2

satu persamaan yang ketara dengan filem Titanic dalam 2012...
iaitu diskriminasi antara kaum dan darjat.
memang sakit hati bila wang dan darjat sekali lagi menduduki carta teratas dalam
mendapatkan sesuatu.

dan apabila rakan watak utama yang berbangsa india
mati dengan sia2 biarpun sebenarnya
dialah orang pertama yang mengesan kedatangan
bencana besar yang digambarkan sebagai kiamat dalam filem ini.

namun mungkin ini yang dikatakan sebagai daya tarikan dalam filem ini.
Cuma saya tak suka dengan ending cerita ni.
rasanya tak ada masalah kalau ia ditamatkan dengan kematian semua
manusia.
tapi pengarah memilih untuk menghidupkan mereka semua
dengan watak utamanya menjadi hero yang menyelamatkan dunia... <-- yelah sangat~

bagi saya (pendapat peribadi)...
ia agak keterlaluan dan tak logik.
kalau dah dunia ni musnah sampai tahap tak ada apa
yang boleh diselamatkan lagi,
orang2 yang terselamat tu boleh ke selamat selama2nya?
Maksud saya logik ke kalau dunia ni boleh dibangunkan semula
setelah kejadian dasyat macam tu berlaku?
sedangkan tsunami yang berlaku di Acheh beberapa tahun lalu tu pun
ambil masa untuk dipulihkan semula.
itu baru tsunami yang beberapa ratus kaki ketinggiannya...
sedangkan tsunami yang digambarkan dalam filem ini lebih dasyat
sampaikan gunung pun boleh kene telan.

Kesimpulannya... filem ini memang
memberi kesedaran dan pengajaran kepada semua orang.
tanda2 kecil yang keta rasa sekarang
contahnya gempa bumi, tsunami semua tu...
sebenarnya tuhan sedang memberi petunjuk kepada umat manusia...
bersedialah...
hari tersebut bakal datang pada bila2 masa dari sekarang...

P/s : Ada 3 tahun lagi sebelum 2012.. hehehe~



Saturday, November 14, 2009

Kerinduan...

Rindu...
rindu sangat ni...

walaupun baru seminggu berpisah
tapi rasa macam dah bertahun2 tak jumpa

betapa hati ini tidak tertahan menanggung kerinduan
kalaulah Tangjung Malim tu dekat
memang sekarang juga saya nak kesana menjenguknya

tak sabar menanti minggu hadapan.
penantian itu sesungguhnya benar2 menyiksakan

...
...
...

Kronik bunyinya kan
Hai~~ *sigh*

Cik Kaseh call my adik semalam...

"Adik, jadi tak? janji seminggu je kan," kataku
"Tak bolehlah kak. esok tak boleh. Aku tak dapat kelepasanlah. taklimat tu wajib. kalau tak pergi... bla, bla, bla... dan bla... " dia memberi alasan paling kukuh untuk tidak melayan sebarang permintaan kakaknya. *cheis~*

...
...
...

Nii-Dew, Nii-Dew, Nii-Dew... (it's my laptop. baru je bagi nama)
Saya tak boleh buat apa2 tanpa my lappy tu
Saya tak boleh taip cerita saya,
saya tak boleh tengok variety show yg tak sudah2 lagi tu
argh~~ hujung minggu kali ini sangat teruk!

...
...
...

Adik, cepat2 pulangkan Nii-Dew aku.
aku dah separuh gila ni.

P/s : Suka beri nama pada harta2 kesayangan.

Tuesday, November 10, 2009

Hilang penatku pabila...



Kisah 09 November... (semalamlah~)

Kerja yang bertimbun di ofis menyebabkan Cik Kaseh pulang lewat. sampai rumah pukul 7.00 malam.

Aduh~ sungguh... letih sungguh!

masuk bilik terus bum! atas katil sekejap. Awek yang duduk sebilik dengan saya tengah surf internet. seronoknya dia layan FaceBook sejak kebelakangan ni.

Cik Kaseh tak peduli sekarang ni senja ke nak maghrib ke apa... nak baring kejap gak!

tiba2 mata ni tertancap pada bungkusan Pos Express dekat meja sudut katil. usha dengan ekor mata... nama Norhazirah yang terpampang di atas sampul. hurm~ bolayan. bukan aku punya.

"Acik, tu barang kaulah." Kata awek yang duduk sebilik dengan aku.
"Ha?" Segera bangkit lantas pergi menerpa sampul tersebut.

Jeng jeng jeng!! trenggg~~!!

"Kyaa~~!!" Punyalah Cik Kaseh ni menjerit tak ingat waktu apa time ni sebab dapat barang ni.

Ingat lagi tak review buku Impian Tsu Ryi yang Cik Kaseh entrykan tempoh hari... tak sangka apabila sang penulisnya telah terbaca entry Cik Kaseh dan berbesar hati bagi novel ni yang dikembangkan dari cerpen Istimewa Dari Cenma Detara (salah satu cerpen yang terkandung di dalam buku Impian Tsu Ryi)


(Sila sambung ayat pada tajuk entry)
...mendapat Puisi Untuk Esdyzuar.

Terima Kasih Pn. Nisah...


P/s : Insyallah saya akan buat ulasan tentang buku ini nanti.

Monday, November 9, 2009

Hari istimewa untuk insan tersayang

Konbawa... Minna~ ogenki desuka?
(ngehngehngeh... gatal speaking jepun plak...)

....
....
....

ni dah startlah tetiba otak blur tak Tau nak taip apa... aduyai~

....
....
....

Hujung minggu lalu Cik Kaseh balik kampung
kononnya nak balik sebab nak relax2... lepaking2... sambil melakukan aktiviti2 kemalasan di rumah.
tapi sebenarnya tujuan utamanya ialah nak jumpa bonda tercintalah.
i miss my mum very very much...
minggu depan dia dah nak terbang ke tanah suci makkah untuk menunaikan fardhu haji.
Jadi supaya nanti tak rindu-rinduan dengannya baik Cik Kaseh balik sekarang... dapatlah dok bawah ketiak mak sekejap. hehehe~

Tanpa terduga waktu yang konon2nya Cik Kaseh nak gunakan untuk bermalas-malasan sambil bermanja2 dengan my emak tak de langsung...

sebabnya hari ahad tu emak adakan bacaan yasin serta sedikit doa selamat bersempena nak pergi menunaikan haji.
so, secara tak langsung hari yang kusangka relax telah menjadi sibuk tahap gaban nak bertarung dengan resakse.


My emak(tudung kuning) bersama my ustazah yang mengetuai bacaan yasin pada petang tersebut. member kamcheng nih... hehehe~




ramai juga tetamu yang hadir petang itu. mujur ruang tamu rumah saya agak luas.


Dan kebetulan pada hari tersebut (8 Nov), adalah hari lahir anak saudara saya yang ke 15.
Dia happy semacam... sebabnya...

"Pertama kali Angah sambut birthday waktu kenduri. macam kenduri ni untuk sambut hari lahir Angah sekali je rasanya." ... siap buat muka bahagia dia depan semua orang. hahaha~

Bercerita tentang Angah@ Amirul Syafiq (anak kedua kepada abang ke-5 Cik Kaseh)... bagi Cik Kaseh dia ni unik... dan bijak... bijak? huh, 1st time memuji birthday boy ni.
Tapi dia memang bijak. banyak perkara yang dia tahu tapi Cik Kaseh tak tahu... terutama bab yang berkaitan komputerlah.

Selain itu dia orang seni... samalah macam makcik dia juga <-- akulah tu.
Dia bermula dengan meminati bidang penulisan... tapi sekarang minat dia dah beralih pada seni melukis. Nak usha? silalah jenguk di sini --> Amifiq

Macam Cik Kaseh ni start dengan melukis. Gila2 minat melukis time melayan segala manga jepun suatu masa dulu. skarang dah slow sikit. tupun kadang2 dapat permintaan dari budak2(anak2 saudara) suruh lukiskan sesuatu... skarang ni Cik Kaseh lebih tumpukan perhatian terhadap penulisan saja.



Happy belated birthday Angah... (dah makin besar dan tinggi. Tak dapek lagi den nak buli ekau)


yang cuba nak mencuri buah ceri tu adalah tangan saya... hehe~ <--- pengakuan beranilah kononnya ni.


Last but not least... Happy birthday to Farah Hanani, anak saudara Cik Kaseh juga yang menyambut hari lahir pada hari ini, 9 Nov.
Cik Farah cayang~ hari ini umur kau dah masuk 22 tahun ya... sila jangan nak mengaku yang awak tu masih lagi si gadis 20 0k... kihkihkih~

Bercakap tentang cik Farah, anak ke-4 kak Ngah saya yang juga merangkap cucu perempuan sulong keluarga kami ni pula...
Dia seorang minah cute yang tak boleh blah.
dia ni kiranya salah seorang daripada gang Cik Kasehlah...
atau lebih tepat lagi rakan sekongkol dalam aktiviti2 gila kami.
hubungan kami berdua taklah ngupa makcik dengan anak sedara sangat...
kami ni ala2 member gitu... sebab umurpun selang setahun je.

Malam tadi dia singgah bermalam di rumah Cik Kaseh. Kesian... pagi tadi dia sakit
lelah dia datang lagi. ubat pula dah habis.


Selamat pagi birthday girl...
Cik Farah baru bangun tidur... dalam keadaan yang tak berapa sihat sempat lagi senyum waktu cik Kaseh snap pic. dia...

Dia pesan... jangan berani2 letak pic ni dekat blog.
Tapi Cik kaseh peduli apa. blog ini aku yang punya. bukan Ahmad Albab yang punya... hahahaha~~!!

~OTANJOUBI OMEDETTO~

~sekian~
~arigato~
~sayonara~


P/s : Sorry, pic agak hampeh sebab saya tak edit langsung. saya pinjam lappy orang... kerana cinta hati pertama saya tu telah dipinjam oleh encik adik... (Woi, mangkuk tingkat!! kalau kau baca entry aku, sekali lagi aku pesan. jaga leklok lappy aku tu!!)

Sunday, November 1, 2009

Impian Tsu Ryi - Sebuah Inspirasi


Ohh~~ lamanya Cik Kaseh tak buat novel review kan… Hurm, malas nak beri alasan… saya memang lambat nak start menaip sesuatu.

Okey, ini adalah buku terbaru yang Cik Kaseh habis baca (paling akhir beli tapi paling awal Cik Kaseh habis baca). Kenapa Cik Kaseh katakan ianya sebuah inspirasi adalah kerana ia sebuah buku yang sebenarnya Cik kaseh cari2 selama ini. (berhubung minat saya yang lebih kepada dunia fantasi)

Impian Tsu Ryi ialah sebuah buku yang menggabungkan cerpen2 hasil buah tangan Pn. Nisah Haron. Ingat lagikah anda pada cerpen Annyss Sophilea dalan subjek komsas tingkatan 4? Dialah pengarang cerpen berkenaan.

Apa yang menyebabkan Cik kaseh membeli buku ini tempohari adalah kerana Annyss Sophilea. Cik Kaseh ingat lagi, waktu sekolah dulu cerpen inilah yang paling Cik kaseh minat dalam banyak2 cerpen dalam buku Antalogi Anak Laut, dan Cik kaseh memang agak teruja bila dapat tahu rupanya Pn. Nisah yang mengendalikan bengkel penulisan cerpen oleh AVA adalah penulis karya tersebut. Dalam buku ini juga anda dapat mengikuti sambungan kisah Annyss Sophilea. Apa yang berlaku terhadap Akmal dan berjayakah Akmal dihidupkan semula selanjutnya pulang ke dunia asalnya.

Impian Tsu Ryi menggabungkan 15 buah cerpen yang kebanyakannya bagi Cik Kaseh sangat mantap (no wonder-lah saya boleh habiskan buku ni lebih awal berbanding buku2 lain yang baru separuh jalan dah stop!). Beberapa cerpen dalam buku ini juga pernah memenangi hadiah sastera.

Antara yang menarik ialah Penawar Astrid (masa mula2 membaca Cik Kaseh rasa macam tengah baca manga Gundam Seed. Tabik spring-lah dekat Pn. Nisah punya imaginasi yang tinggi. Tapi mungkin ada sesetengah pembaca yang akan lekas2 selak mukasurat selanjutnya, tak mau baca cerpen berbentuk begini. Hehe~).

Selain itu ada juga Disebalik Wajahmu Aries, Atlantis, Duniaku duniamu, Pintu Senja Eur Durantis dan Lagenda Vigna Y’Drina yang bagi Cik Kaseh betul2 yang dinamakan fantasi. Ada kuda bersayap yang boleh terbang, ada kuda laut yang lebih besar dari manusia yang dipacu sebagai tunggangan, ada cerita tentang bidadari, ada manusia bersayap, ada manusia separuh jembalang dan banyak lagilah.

Tapi yang paling Cik Kaseh suka ialah Istimewa Dari Cenma Detara. Ceritanya unik. Kisah pasal dunia orang kerdil. Dyna dari Cosmo, seorang peguam yang dijemput oleh Fragg ke Cenma Detara iaitu sebuah komuniti yang besar tetapi orangnya kerdil2. Membaca cerpen ini sekaligus membawa saya ke dunia ciptaan penulis. Jalan ceritanya yang mantap digabungkan dengan gambaran yang ditunjukkan dalam dunia Cenma Detara begitu teliti sehingga saya dapat membayangkan setiap inchi plot. Sebuah cerita yang memberatkan tentang keadilan dan hubungan persahabatan. Penyelesaian masalahnya ditamatkan dengan cantik. Tidak hairanlah ia pernah memenangi Hadiah Sastera Siswa Bank Rakyat 1993.

Selain cerita2nya, Cik kaseh suka dengan bunga bahasa yang digunakan penulis. Menarik. Memang tip top dan meletup! Cuma pada saya dalam dan luar cerpen, penulis tidak menyembunyikan dirinya sebagai peguam… erm~ sorry… pembetulan… bekas peguamlah.

“Andai tak mampu menjadi bintang di langit tinggi, jadilah intan di atas bumi” –Pn. Nisah Haron. Terima kasih untuk kata2 ini… ;)




Tulus dari hati…