Kawan2 yg saya Sayang

Saturday, August 1, 2009

Bunga Cinta Dang Wangi ~bab18,19~

Bab18

Suci Liasari duduk menanti seseorang di kerusi rehat dekat foyer di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal. Sesekali gadis berselendang warna hati dan berbaju kurung bercorak jalur-jalur merah itu menelek jam tangannya.

“Suci…”

Suci menoleh tatkala seseorang menepuk belakangnya. Dia tersenyum apabila mendapati Laila sudah sampai.

“Sorry lewat.”

“Dapat cari Ali?” Tanya Suci kepada sahabatnya.

Laila mengangguk.

“Tapi dia tak boleh join kita. Dia ada study group dengan teman sekuliahnya so nampaknya kita pergi berdua sahajalah. Tak mengapa kan?”

Wajah Suci sedikit kecewa tetapi akhirnya dia senyum dan mengangguk.

“Tak apa. Lagipun bukan dia sengaja tak nak pergi. Jangan sedih, okey.” Pujuk Laila sambil memeluk bahu sahabatnya.

“Suci tak apa-apa lah. Laila ni janganlah fikir yang bukan-bukan.”

“Betul ni?” Laila merenung Suci dalam riak menduga.

“Betul.”

“Tapi saya tahu awak minat kat Ali.”

“Laila… mana ada Suci minat dia. Janganlah nak buat cerita pula.”

Ala, yelah tu. Macam saya tak tahu. Sekilas ikan di sungai saya dah tahu jantan atau betina tau.”

“Sudahlah. Tak nak cakap dengan awak lagi. Suci dah lapar. Nak pergi cari port melantak.”

Suci cuba mengelak. Tak mahu dikaitkan dengan pemuda itu. Dia sukakan Ali tapi hanya sebagai kawan. Itulah rasanya. Dia tidak jelas jika perasaan itu lebih dari sekadar teman.

“Suci~!” Laila mengejar Suci yang sudah berjalan dahulu di hadapan. Sebentar kemudian mereka berjalan beriringan menuju ke kafeteria.



Bab19

Seorang kanak-kanak lelaki berdiri di hadapan pintu pagar rumah yang masih berkunci. Rumah itu kosong. Panas terik matahari memedihkan kulit. Terang cahaya sang suria menyilaukan mata. Si kanak-kanak montel itu terus setia menunggu di situ. Tiada tempat lain yang boleh ditujuinya selain dari rumah tersebut. penat berdiri dia duduk di tembok sebelah pagar. Beg yang digalas di belakang tubuh terasa berat lantas dilepaskan jatuh di atas tanah. Dia mengusap-ngusap perut yang terasa lapar. Botol air yang tersemat elok di leher dibuka dan isinya diteguk sehingga ke titisan terakhir. Aahh~ lega.

Dari kejauhan sayup-sayup kedengaran suara nyaring seorang perempuan sedang marah. selepas satu suara, satu suara lagi bertingkah membalas suara itu sehinggalah kedua-dua mereka hampir dekat dengan rumah mereka.

“Memanglah aku bengang. Disebabkan kau lah aku terpaksa bergaduh dengan budak lelaki tu. Muka dah lah macam king kong. Rasa macam nak tembak je lubang hidung dia yang macam serombong kapal tu. Argh… bengangnya aku!” Qaseh terus meluahkan kebengangannya.

Ala, kau bengang sebab kau kalah bertekak dengan dia tadi. Kalau kau menang taklah kau bising. Betul tak?” Sutra memerli kakaknya.

“Woi, kau nak makan buku lima aku ke? dah tak sayang mulut? Cakap baik-baik sikit. Kalau aku tak ada tadi apa yang boleh kau buat? Entah-entah dah menangis melolong dalam bas tu.”

Sutra diam. Dia mengaku jika bukan kerana Qaseh tentu dia sudah menangis dibuli oleh pelajar lelaki tersebut. tiba-tiba mata tertancap pada sesuatu yang menarik dekat pintu pagar rumah mereka. Sutra menahan Qaseh untuk melihat sesuatu.

“Qaseh, tengok siapa tu?”

Qaseh melihat ke arah rumah mereka. Dia menoleh semula kepada Sutra dengan wajah yang tersenyum. Begitu juga dengan Sutra. Kedua-dua mereka segera mendapatkan budak lelaki yang setia duduk di pintu pagar rumah walaupun kepanasan.

“Guppy!” Serentak Qaseh dan Sutra menyeru nama budak tersebut.

kanak-kanak montel itu mencari suara yang menjerit itu. hanya ada empat orang gadis saja yang memanggilnya dengan nama itu iaitu kakak-kakaknya. Dia tersenyum apabila orang yang dinantinya sejak tadi sudah muncul. Tidak sempat dia bersuara Qaseh dan Sutra terlebih dahulu merangkul dan mengucupnya bertalu-talu. Berebut-rebut dua orang gadis itu mahu memeluk adik kesayangan mereka. Sangat rindu. Sudah lama mereka tidak bertemu. Nadim Zafran yang dipanggil Guppy itu sudah pening lalat diperlakukan seperti teddy bear oleh kakak-kakaknya. Ini baru dua orang. Belum termasuk yang lagi dua orang tu.

“Kak Qaseh… Kak Sutra… Nadim lapar.”

Qaseh dan Sutra saling berbalas pandangan kemudian tersenyum memandang adik bongsu mereka yang sedang menggosok-gosok perut. Si ikan Guppy ini sudah kelaparan rupanya. Kesian…

“Jom masuk. Kakak masak untuk Guppy.” Ujar Qaseh sambil menyeluk kunci rumah dari saku baju sekolahnya.

“Qaseh nak masak? Wah, ini sesuatu yang ajaib. Guppy, berhati-hati makan masakan kak Qaseh. Takut keracunan makanan.”

Sutra ketawa mengejek kakaknya. Muka Qaseh sudah berapi. Buk! Nah, rasakan. Sebiji tumbukan singgah di perut Sutra.

“Aduh…” Sutra menahan perut yang senak akibat penangan Qaseh. Padan muka aku. siapa suruh berani buat Qaseh marah.

Si adik kecil garu kepala. Berfikir sesuatu.

“Guppy fikir apa?” tegur Sutra.

“Kak Sutra, keracunan makanan tu apa?”

“Hmm… maksudnya…” tatkala melihat air muka Qaseh, Sutra tidak berani mahu menjelaskan lebih lanjut tentang perkara yang ditanya oleh adiknya. Mati aku kalau semakin banyak soalan budak ni. Qaseh tengah bengang. Nanti tak semena-mena aku makan penumbuk dia lagi.

“Jom masuk. Panaslah di luar ni.” Sutra menukar topik dan membawa adiknya masuk ke dalam rumah.


*********


Selepas menukar pakaian Qaseh dan Sutra masuk ke dalam dapur untuk memasak. Inilah kali pertama mereka bersama-sama turun ke dapur untuk memasak. Demi Guppy.

“Qaseh, Guppy datang sendiri. Tak apakah?”

“Apa yang kau cakap? Apa yang salah? Dia kan adik kita.” Qaseh membuka peti sejuk dan mula berfikir apa yang boleh dimasak.

“Tak rasa pelikkah? Kalau dia dapat kebenaran pun takkanlah keluarga angkatnya lepaskan dia pergi sendiri. Dia tu budak kecil. Baru enam tahun tau.” Sutra menyuarakan pendapatnya.

Hmm, betul juga. Qaseh mula memikirkan kebenaran kata-kata Sutra. Dia menutup semula peti sejuk lalu menuju ke ruang tamu untuk mendapatkan Guppy. Sutra mengekori Qaseh. Qaseh berhenti terpaku. Dia melihat adiknya sudah tertidur di atas sofa di ruang tamu.

“Dia dah tidur. Petang nanti sajalah kita tanya dia.”

“Apa kata kita call rumah keluarga angkatnya dan tanya mereka.”

“Jangan.” Qaseh melarang niat Sutra.

“Kenapa?”

“Kita tunggu Kak Wangi. Ingat tak malam tadi Kak Wangi ada cakap yang dia rindukan Guppy. Biarlah dia jumpa si Guppy ni dulu.” Ada segaris senyuman di wajah Qaseh.

Sutra akur. Dia juga rindukan Guppy. Mungkin bagus juga cadangan Qaseh. Tidak… sebenarnya dia takut jika Guppy datang ke sini tanpa mendapat keizinan keluarga angkatnya terlebih dahulu. Jika dia mengkhabarkan kemunculan Guppy yang tiba-tiba kepada keluarga angkatnya kemungkinan masa mereka bersama akan terhad. Tak nak… biarlah tunggu Kak Wangi. Dia yang akan memutuskan segalanya nanti. Dia kan kakak sulung.

Qaseh masuk ke biliknya. Sementara Sutra menghampiri adik comelnya yang sedang nyenyak lena. Dia tersenyum. Comelnya…dah lama tak jumpa. Kau dah bertambah comel sekarang. Mata bulat macam Kak Wangi. Bulu mata panjang melentik macam Kak suci. Hidung mancung macam Qaseh dan pipi tembam macam aku. kau adalah gabungan kami berempat. Adik yang paling comel. Geramnya... Gigi sutra berlaga-laga. Tangannya gatal mahu merangkul adiknya lagi tapi ditahan niatnya itu kerana tidak mahu mengganggu tidur adiknya. Dia beredar menuju ke dapur semula untuk memasak. Nak harapkan Qaseh, mimpilah…


**********


Ada sepasang kasut comel yang mencurigakan Dang Wangi. Siapa punya kasut? Ada tetamukah? Dia masuk ke dalam rumah setelah salamnya disambut oleh adik-adiknya. Belum sempat Dang Wangi bertanya tentang kasut yang dilihatnya tadi tiba-tiba dia diserbu oleh Nadim.

“Kak Nongi~!” Nadim melompat merangkul kakak sulungnya.

Dang Wangi hampir tumbang kerana serangan tiba-tiba daripada Guppy.

“Guppy~!” Dang Wangi separuh menjerit. Dia membalas rangkulan adiknya. Dikucupnya bertalu-talu wajah adik montelnya itu. dipeluk dan dirangkul berulang kali.

Guppy lemas. Perkara yang sama berulang lagi pada petang itu.

“Kenapa datang tiba-tiba? Buat kakak terkejutlah Guppy ni.”

Guppy cuma tersengeh. Qaseh dan Sutra berdiri di samping mereka berdua dan turut tersenyum melihat kegembiraan Dang Wangi.

“Patutlah malam tadi kak Wangi asyik tersebut-sebut adik akak yang seorang ni. Rupanya dia nak balik rumah.”

“Mulut orang tua memang masin.” Ujar Qaseh.

Dang Wangi melirik kepada Qaseh.

“Siapa orang tua?” tanyanya keras.

“Tentulah Qaseh.” Pantas Sutra membalas dan Qaseh sedang geram dengan kata-kata Sutra.

“Tapi kenapa kak Qaseh tak ada uban? Bukankah orang tua ada uban… macam embah(nenek).” Guppy bersuara.

Qaseh tersenyum. Terasa diri di bela oleh Guppy.

“Jadi kakak bukan orang tua macam yang Kak Sutra cakap. Kakak masih muda dan cantik. betul tak?”

Sutra meluat apabila Guppy mengangguk mengiakan kata-kata Qaseh. Ceh, dengan budak bolehlah kau manipulasikan dia.

Mereka beralih tempat dan berkumpul di ruang tamu. Dang Wangi mengangkat Guppy duduk di ribaannya. Qaseh dan Sutra duduk di samping Dang Wangi.

“Tadi datang dengan siapa? Naik apa?” Tanya Dang Wangi kepada adik kesayangannya itu.

“Papa hantar.” Jawab Guppy ringkas.

Sutra dan Qaseh berbalas pandangan. Wajah mereka berdua lega. Soalan itu memang masih belum ditanya oleh mereka berdua sejak tadi.

“Berapa hari nak tinggal di sini? Ada bawa pakaian?” Tanya Dang Wangi lagi.

Guppy mengangguk sahaja sambil mengukir senyuman.

“Nanti pergi sekolah kak Nongi hantar, okey.”

Dang Wangi senyum dan mengangguk. Adik kecil itu masih tidak pandai menyebut namanya lagi… atau barangkali sudah terbiasa memanggilnya begitu. Sampai besarlah jawabnya melekat dengan panggilan ‘Kak Nongi’. Dang Wangi merangkul lagi adiknya dengan ketat.

“Okey, kakak akan ambil dan jemput Guppy setiap hari.”

Wajah mereka sekeluarga sangat ceria petang itu. Masing-masing sangat gembira dengan kehadiran Nadim si ikan Guppy. Itulah gelaran yang mereka berikan kepada adik yang paling kecil itu kerana kecomelannya. “Comel macam ikan guppy” kata Dang Wangi suatu ketika dulu.

“Oh, ya… kita macam tak cukup kuorum, right?” ujar Sutra tiba-tiba.

“Kak Suci tiada.”

Dang Wangi merenung satu persatu adik-adiknya. Ada riak mengharap pada wajah mereka semua terutamanya Guppy. Dang Wangi faham dan dia perlu melakukan sesuatu agar adik-adiknya gembira. dia bangkit lantas mengambil telefon selularnya di dalam beg sandangnya. Dia mendail nombor Suci.


*************


“Guppy~!”

Setelah memberi salam dan masuk ke dalam rumah Suci segera mendapatkan Nadim.

“Kak Suci~!”

Guppy berlari keluar dari ruang dapur dan mendapatkan seorang lagi kakaknya. Seperti jejak kasih, mereka berdua saling berdakapan. Berpeluk dan bercium setelah lama berpisah. Air mata Suci mengalir kegembiraan. Dang Wangi yang baru menyusul keluar dari dapur memerhatikan Suci. Tersenyum. Diantara mereka berempat, Sucilah yang paling mudah menangis. Adakalanya menangis kerana perkara yang tidak munasabah seperti pakaian yang tidak sesuai dengan tudung atau kasut. Memang adik yang pelik tapi juga yang paling cerdik.

“Amboi, macam rancangan Jejak Kasih pula.” Dang Wangi sengaja mengusik.

Suci melepaskan Guppy lantas menghampiri kakaknya.

“Sebab kakaklah yang buat kejutan macam ni. Kenapa tak cakap awal-awal yang Guppy nak balik rumah hari ni?” Suci sedikit kecewa apabila dia menjadi orang yang terakhir mengetahui tentang kepulangan adik bongsunya itu.

Ala, kami semua pun terkejut juga. Dia ni yang datang tiba-tiba.” Sutra bersuara sambil memeluk Guppy dari belakang.

“Betul tu. Nasib baik hari ni kami berdua balik awal. Kalau tak sampai ke senjalah Guppy tunggu kita di luar rumah ni.” Sambung Qaseh pula.

“Guppy, lain kali janganlah buat macam ni. Kalau nak balik cakap dulu dengan kami. Ni datang tadi siapa yang hantar?” Tanya Suci kepada adik kecilnya itu.

“Papa yang hantar.” Jawab Guppy dengan senyuman yang melekat di bibirnya memandang Suci.

“Jadi papa temankan Guppy sampai kak Qaseh dan kak Sutra pulang?” Soal Suci lagi mahu kepastian.

Qaseh dan Sutra tiba-tiba cuak mendengar soalan yang diajukan oleh Suci itu. Mati mereka jika Suci dan Dang Wangi tahu sebenarnya Guppy seorang diri menunggu mereka pulang dari sekolah petang tadi. Guppy pula diam tidak mengiakan mahupun menidakkan pertanyaan Suci. Matanya berkalih memandang Qaseh dan Sutra seakan minta bantuan untuk menjawab persoalan Suci.

“Err… ya, En. Imran tunggu sampai kami pulang baru dia balik.” Qaseh segera menjawab bagi pihak Guppy.

“Ha’ah, betul tu.” Dia turut mendapat sokongan Sutra.

Suci tersenyum lega. Pipi tembam Guppy dicubit manja sebelum dia mengalih perhatian kepada Dang Wangi yang sedang memegang senduk.

“Kak Wangi tengah masak ke?”

“Tak lah. Baru nak pergi memasak ni.” Jawab Dang Wangi.

“Nak masak apa malam ni? Biar Suci tolong kakak.”

“Bagus juga tu. Aku dah sediakan semua bahan. Kau tolong aku masak ya. Lagipun kau punya masakan lagi sedap daripada aku. Tolong ya. Aku nak pergi mandi dulu.” Dang Wangi segera menyerahkan senduk di tangannya kepada Suci. Dia gesa-gesa meninggalkan situ dan menyerahkan tanggungjawab menyediakan makan malam bulat-bulat kepada Suci.

“Eh, kak Wangi! Suci cuma nak tolong saja bukan nak selesaian tugas kakak ni.”

Dang Wangi memekakkan telinga masuk ke dalam biliknya. Geram juga Suci dibuatnya.

Menyesal aku masuk ke dapur. Patutnya aku perlu tahu apa yang akan berlaku. Dah nasib aku jadi tukang masak sepenuh masa untuk keluarga aku…

Dang Wangi sudah hilang dari pandangan mata Suci. Suci yang keberatan dan berharap dapat merasa masakan kakaknya akhirnya mengalah untuk menyediakan makan malam.

Malam ini keluarga Dang Wangi sempurna semula. Ini adalah makan malam paling istimewa. Walaupun hidangannya tidak seberapa tapi ia tetap terasa sedap kerana dipenuhi dengan perasa kasih sayang yang melimpah ruah. Ini adalah keluarga paling bahagia dan Dang Wangi bersyukur kerana hidup dalam keluarga ini. walaupun banyak dugaan yang menimpa semenjak kematian kedua ibu bapanya lima tahun lalu namun dia bersyukur kerana masih punya adik-adik. Biarpun keluarganya sudah tidak sempurna lagi namun inilah harta yang akan dipertahankannya sehingga ke akhir hayat. Abah… mama… Wangi akan jaga keluarga kita. Wangi akan lindungi adik-adik. Itulah janji Dang Wangi.



Tulus dari hati…

Friday, July 31, 2009

cerita demam saya

malam tadi on9 sekejap je... 9.30 p.m dah tumbang kat katil sampai esok pagi...

pagi tadi bangun... rasa dah ok sikit... yeke? my kakak try rasa suhu badan... makahai~ panasnye cik Kaseh oi~

Kaseh ingat nak pergi keje juga sbb x rasa teruk sangat pun... rasanyalah~

MY KAKAK : pergi klinik sekarang!

Maka arahan yang dipertuan besar itu Kaseh ikut. Kaseh pun pergila klinik. ini result yg Kaseh dapat :

Suhu badan : 40°c (boleh tahan tinggi tu~)
Tekanan darah : 135/72 (tak normal)
denyutan nadi : 118

CIK KASEH : Doktor, saya nak MC.
DOKTOR : hurm~ okey... sy bagi. kalau demam tak kebah juga isnin ni datang semula buat pemeriksaan ya.

Apa maksud doktor tu? ... jangan suspect aku kena penyakit yg tengah famous tu dah la...


Tulus dari hati…

Thursday, July 30, 2009

Uhuk... uhuk... tulun~ Kaseh demam...

adoi~~
mula2 tersedak waktu tonton Harry Potter kat TGV kelmarin(hari selasa-time jiwa tgh kacau tu)... siapalah yg dok sebut2 nama Kaseh ni? (ke ade yg tengah ngumpat aku tak...http://emo.huhiho.com)

pas tu melarat-larat pula sampai ke rumah. semalam(Rabu)... tekak dah mula sakit(petanda tu)...
dan hari ni Kaseh betul2 dijangkiti demam selsema+batuk2...

Argh~ Kaseh x suke demam(siapa yg suke sakit, sila angkat mouse korang!http://emo.huhiho.com)... pagi tadi sebelum pergi kerja saya teguk 2 sudu ubat batuk plus 2 biji panadol.

ok... i feel better now~

... but sudently batuk saya makin menjadi-jadi waktu kat tempat kerja. http://emo.huhiho.comnende~~?? kan aku dah makan ubat. teruknye~... Kaseh telan 3 biji ubat batuk yg ada dlm simpanan(ubat tu tablet yg kena hisap)...

batuk dah boleh dikawal tp rase mcm panas badan masih x surut. Kaseh x puas hati. telan separuh papan panadol lagi(gile sungguh!)... bersungguh nak elak demam dari terus melarat punye pasalhttp://emo.huhiho.com.

tunggu masa nak balik. siap berchenta lagi ngan jam punch card gara-gara nak balik awal http://emo.huhiho.com.

tepat jam 5.00 Kaseh cabut~

sempat upload AITDS last chapter... and diz entry also...

ok... now s-saya... err, ap-apa lagi n-nak t-t-tulis niiii..........................................................................................................................


CHIK DONUT : Maaf ye semua... sy Cik Donut, house mate Cik Kaseh. sekarang ni cik Kaseh dah pengsanhttp://emo.huhiho.com kat atas katil sebab over doss... Bingai betul mak cik ni. sib baik x jumpa road block waktu drive balik tadi... kalau tak percuma je kena tahan sebab berada dalam pengaruh dadah http://emo.huhiho.com.

Angel In The Devil Suit ~bab48~

Camie & Dew



Ps : bab terakhir dah settle. tinggal epilog saja. so anda semua yg dah daftar tu rajin2la usha email 5 hari dari sekarang ya... erm, mungkin juga seminggu lepas ni baru Kaseh send epilog utk korang... hehehe~(malasnya nak siapkan cepat2). & kalau masih ade yg tak tahu mcm mana nak daftar utk epilog tu sila usha side bar blog ni. klik pada mahkluk berskarft hijau yg asyik menari x henti2 tu. k...


Pss : ada yg kata cite ni mcm sambungan Koizora(sbb part yg waktu Jeremy mati tu)... hahaha~ wutever... Kaseh x kisah lagipun watak utk Dew,Jeremy n Camie pun mmg pelakon2 Koizora.


Psss : lastly... harap pembaca puas hati dgn cerita ni. apa yg Kaseh harap... setiap yg baik dalam cerita ni jadikanlah tauladan dan part2 yg buruk tu janganlah sesekali nak contohi. terutama pada adik2 yg masih di bawah umur tu(Kaseh tau ramai kalangan pembaca blog sy ni adalah remaja belasan tahun). ok, Chiow~





Tulus dari hati…

Tuesday, July 28, 2009

Jiwa tengah Kacau~!!

Semangat saya untuk menulis telah jatuh secara mendadak!

kenapa? apa yang berlaku?...

Huuh~ *sigh*
kenapalah banyak sangat cabaran dan liku-liku untuk mencapai sebuah impian...
bila karya kita diterima oleh pembaca, ada pula rintangan lain yg datang menduga.

orang kata lumrahlah kita lalui kesakitan dahulu sebelum mendapatkan kemanisan dalam mengejar suatu impian.

saat kita putus asa untuk menggapai bintang, ada pula yg sudi menghulur tangan memberi sinar harapan. memberi sebuah semangat untuk kita bangkit semula dari kegagalan. hatta akhirnya dia pula yang putus asa dahulu sebelum cahaya yang dikejar sempat digapai. apa maknanya semua ini? adakah suatu gurauan di pentas dunia. teruk betul~

otak Kaseh dah stuck. semangat dah luntur tatkala nak siapkan chapter AITDS malam tadi.

tutup laptop dan masuk tidur utk tenangkan fikiran.

pagi ni nak pergi kerja dan lupakan semua kejadian yg telah meragut semangat saya tu...

tapi rupanya saya masih gagal untuk tarik semula semangat tu.

solat subuh dan berdoa pada tuhan agar diberi kekuatan untuk mengahadapi semua ini...

lepas tu siap2... gosok tudung and... NOO~~!!! iron tak guna tu dah bakar tudung Kaseh.

my spirit utk pergi kerja semakin down. what should i do now?

menangis macam orang putus cinta. teruk betul!

pergi kerja... oh, no~ akhirnya Kaseh melencongkan Fiona Lime (my car) ke Setia Alam. lepak kat situ sambil usha orang berjogging.(Aku tak ponteng tau, dah call Boss... boleh kire tak ponteng ke tu?)

bosan... lalu buka novel Hlovate(5 tahun 5 bulan). sonok gak... hilang sekejap perasaan teruk di hati ku tadi. tp akhirnya aku bosan. Hlovate~!! apasal buku kau langsung tak masuk otak aku?! amende yang Jo dan Along Serbia ni bercerita? entah! x tau.

campak buku ke belakang seat n drive back to my home...

Hurm~ lepas masuk entry ni Kaseh nak buat ape plak ek??

okey... Kaseh dah dapat plan baeek~ punya... nak pergi Bukit Raja pergi tengok wayang~!! yeah~

Ps : korang semua jangan jadikan perangai kaseh yang satu ni sebagai teladan ya... terutama adik2 yang masih bersekolah tu. Jangan memonteng~

Pss : korang semua plis la bagi komen papepun supaya semangat saya nak menulis kembali semula... tu pun kalau nak bace ending AITDS cepat2...hehe~


Tulus dari hati…

Monday, July 27, 2009

award dari Qyn~~




1-Nama sebenar awak?


-Kaseh Esmiralda... Owh~ sorry... nama betul x nak gtaulah. tapi nama pertama Kaseh ialah NURUL.



2-Awak dah berpunya ker belum?

-belum... (sapelah yg nak kat budak otak luar alam mcm aku ni... huhuhu~)



3-Kawan blogger yg awk suka?

-Hurmm~ selain org yg bg tagged ni... semua member blog Kaseh suke. =)



4-Warna kegemaran awk?

-Kaseh gilakan warna HIJAU & MERAH



5-Kenapa awk buat blog?

-saja suke2. actually dah buhsan dengan Friendster n My space... tp sbb paling utama coz aku kan suka menulis. so dengan adanya blog, bolehlah Kaseh meluaskan lagi ilmu serta menajamkan lagi skill penulisan... sambil2 usha blog penulis lain juga.



6-Kalau awk diberi untuk memilih, awk pilih keluarga atau cinta?

-ofcourse i choose my family. Cinta? cinta boleh datang dan pergi tapi keluarga mana boleh ditukar ganti.



7-Bestfwen awk?

-E-kin... dude~ i miss you la~~ lame gile kita x jumpa... (mujur skang dah ade member2 blog. x lah aku sepi sgt.)



8-Haiwan kesayangan?

-Kucing... Miko~~ my lovely neko-chan~ i'm really miss U jugak~!!



9-Award ini untuk?

-Kepada semua pelawat Blog Kaseh terutama yang setia membaca my E-novella.



Tulus dari hati…

Sunday, July 26, 2009

PERHATIAN~

Hwaa~~~
Sedihnya Kaseh...
Korang semua ni kan langsung tak alert tau...

Penat2 kaseh buat EmailMeForm kat side bar tu... tapi korang masih tanye lagi cmne nak hubungi Kaseh utk dptkan epilog AITDS tu... huhuhu~

nevermind... so kepada semua pembaca terutama silent readers tu...sila ambil perhatian ya...

sila lihat side bar blog ini... di Kaseh 2 U, sila klik di bhg tersebut(kalau tak jumpa lg, sila buka mata besar2... lihat di bhg atas Blog Archive)

caranya mudah je... tinggalkan pesanan anda di situ dan Kaseh akan balas... lepas tu tunggu saja AITDS bab terakhir. k...

Hampir terlupa... jgn lupa tinggalkan nama dan umur sbb kaseh nak buat sedikit bancian. ~yoroshiku onegaisimasu~



Klik kat sini pun boleh juga


Tulus dari hati…

Thursday, July 23, 2009

Mimpi buruk yang teruk!

Mimpi oh mimpi~~
perkara biasa yang Kaseh alami setiap hari. even tertidur selama lima minit di siang hari pun Kaseh boleh bermimpi. best kan... berada di alam fantasi.

tapi mimpi aku kali ini sgt membencikan! (maaf... kali ini Kaseh sgt bengang sampai bahasakan diri dgn 'aku'...) aku mimpikan si penerbit jahat yg telah menipu aku tu. dia berpura-pura tidak mengenali aku. memalukan aku di khalayak ramai sambil mengatakan aku kononnya org gila yg cuba nak menjatuhkan nama baiknya.

Cis! siapa jatuhkan siapa ni~~!! tak guna betul perempuan tu. bengangnya akuuu~~!!!
walaupun ini cuma mimpi tapi sampai sekarang pun aku masih terbawa-bawa perasaan sakit hati ni. benci benci benci~!! dan BENCI LAGI~~!!!

Untuk mengubat kebengangan aku... kali ini aku dah ambil keputusan untuk entrykan VELVET ESPRADA di blog ini. so pembaca semua... bersiap sedia untuk kemunculan Velvet Esprada ya.


Wednesday, July 22, 2009

Mikhail... Bukan sekadar Nama~



Kaseh baru habis baca MIKHAIL. Walaupun novel ni dah lama Kaseh beli (sejak pesta buku di PWTC)… tapi baru sekarang Kaseh berkesempatan nak membaca.

Kaseh tahu mesti ada orang tengah ngata Kaseh ni lambat. Ketinggalan sungguh. Orang dah lama khatam buku ni, aku baru nak start baca… whatever~ (Nemo kau jgn nak gelak kan aku ek… sekeh ko kang)

1st reason Kaseh lambat nak start membaca ialah cite ni agak lambat menarik perhatian Kaseh. Startingnya mengisahkan tentang pembunuhan yang tak jelas, pasal dunia korporat dan polis (bab yang bosan dan paling leceh nak faham).

2nd …sangat mendukacitakan kerana Kaseh bukan orang yang free memanjang. Siang sibuk dengan kerja. Malam dok memerah otak siapkan novel… plus nak update blog… plus lagi dengan nak usha banyak blog2 orang… and plus lagi nak habiskan segala variety show korea kat internet and dvd jdorama(drama jepun) baru yang Kaseh beli. Memang tak cukup masa lah nak sudahkan semua buku-buku yang Kaseh borong masa pesta buku tu. kalaulah boleh nak tambahkan je masa 24jam sehari tu jadi 48jam sehari. Biar panjang sikit. Baru best. Hahaha~ aku merapu!

Okey, Kaseh tak nak cerita pasal synopsis buku ni sebab Kaseh yakin memang ramai yang dah tahu pasal Mikhail karya Ramlee Awang Murshid ni. Kaseh cuma nak buat kesimpulan lepas membaca novel ni.

1st word… HONTO SUGOI~~!!! OWESOME!!... novel ni betul2 buat Kaseh tak nak buat benda lain lagi bila dah sampai bab Mikhail bertemu dengan Raihana, gadis yang hendak dibunuhnya. Memang hati tak senang nak buat kerja lain. Dalam kepala otak ni dok terfkir pasal Mikhail je selagi x habis membaca.

Apa yang berlaku di akhir penyiasatan Zetty memang diluar dugaan. Musuh dalam selimut.

“Jangan terpedaya dengan seekor harimau yang berlagak seperti kucing yang jinak”

Kata2 Mikhail telah membantu Zetty menangkap penjenayah yang sebenar. Banyak perkara yang diluar dugaan berlaku dlm kisah ini. itu yg menyebabkan Kaseh melekat terus pada Novel ni. saya habiskan novel ni selama 3 hari biarpun dalam tempoh kritikal (tempoh sibuk tak hengat dunia ngan tugas di pejabat). Aku fikir kalau aku x kerja, mungkin aku boleh habiskan dalam masa sehari saja… mcm dulu2… hehehe~

Lastly… selamat membaca entry baru Angel in the Devil Suit dan Bunga Cinta Dang Wangi… hope korang enjoy singgah ke blog Kaseh ni. Oh ya… satu lagi… Kaseh mohon maaf, mungkin lepas ni Kaseh dah kurang update Aku,Perempuan&sesuatu. Sebabnya novel tu sedang dalam proses pengubahsuaian. Insyaallah, kalau ada rezeki Kaseh nak novelkan cerita tu dalam bentuk buku. Doakan usaha saya ye teman2… sblm ade yg bertanya ttg AITDS nak dinovelkan @ x… biar Kaseh jawab awal2… semuanya masih dalam proses. Banyak kelemahan dalam penulisan serta tatabahasa saya jd Kaseh kena tumpukan perhatian pd satu-satu cerita dulu. Ada rezeki, insyaallah AITDS pun akan menyusul. Pengalaman lalu membuatkan Kaseh lebih berhati2 untuk menerbitkan novel utk kali kedua.



Tulus dari hati…