Kawan2 yg saya Sayang

Sunday, January 31, 2010

Makanlah Sireh Tu Kalau Nak Cepat Dipinang.


"Kau serius ke ni?"
"Mestilah... kau fikir benda ni boleh buat main2 ke."
"Sebab tu lah aku tanya betul2... Jadi confirmlah kita nak pergi cuba nasib ni."
"Sudah pasti!"

maka rombongan meminang anak dara orang itu diadakanlah lewat petang selepas zohor hari ini.

Alhamdulillah... semuanya berjalan lancar mengikut perancangan.


"Chop! ... siapa yang pinang siapa? akukah yang dipinang itu? atau akukah yang pergi meminang? (Hello, luar alam sungguhlah kalau Cik kaseh yang pergi meminang anak teruna orang.)


E'ehem~... tenang semua... bukan cik kaseh yang bertunanglah. anak sedara merangkap kawan bergaduh, teman sepermainan dan yang menyambut birthday sama bulan dan lahir sama tahun dengan cik kaseh ... MOHD IDRAKI B. MAT YAZID <-- dia suruh mention nama dia besar2 dalam blog cik kaseh... (Aki, paling kurang pun kena belanja Pizza Hut tau.)



Hantaran dari pihak lelaki, 10 dulang dan dibalas 9 dulang dari pihak perempuan. <-- bukan hantaran kena nombor ganjil ke?... gasaklah! bukan berdosa pun nak letak angka genap.


Ibu Aki merangkap kakak sulung Cik Kaseh bersama dengan bakal menantunya, Cik Iffa (Adoi~ saya lupa nama penuh bakal anak sedara menantu lagi.)

Akhir sekali... sedikit klip video yang teringin nak dikongsikan bersama semua orang.




Sampai rumah... "Nurul, pergi makan sireh tu."
Cik Kaseh "Nak buat ape? taknak lah. Tak sedap!"
Orang rumah "Orang tua2 cakap... biar kau cepat dipinang orang pula lepas ni."
Cik Kaseh "Ngaa~~ tak mo lah... orang belom ade pakwe lagi. kang tak pasal2 kena pinang dengan ntah sape2 ntah. dibuatnya dapat pakcik tua gigi rongak, naya je."
"Huarghahaha~~" Semua orang gelak

P/s : Makin seronok kan orang usik aku ngan isu kahwin ni. huhu~... nampaknya kenalah mulakan misi 360 Hari Mencari Kekasih... Eh, silap... Suami sepatutnya.


Wednesday, January 27, 2010

Tuhan Dah Dengar Doa Saya... Alhamdulillah

Cik Kaseh sangat gembira~~!!!
Happy gile vaveng~!!

Syukur alhamdulillah...
tuhan dah dengar doa Cik kaseh

Masalah Cik Kaseh dah settle
jadi tak payahlah nak pergi bercuti
dah tak payah lagi fikir nak pergi bertapa kat mana2 gua... huhuhu~

Cik Kaseh dah dapat kerja baru.
Jadi Cik Kaseh dah boleh senang hati nak pergi konsert SuJu <--sblm ni Cik Kaseh tak sedap hati sebab Nemo nak belikan tiket tu untuk Cik Kaseh. (Nemo, nanti aku bayar balik duit tiket tu kat kau ek)

Cik Kaseh juga dah siap edit A,P&S.
Maka selepas ini Cik Kaseh akan hantar manuskrip pada JS seperti yang dicadangkan oleh Abg Khar(AVA)... Korang semua doakanlah kejayaan Cik Kaseh ya... lepas AP&S, Cik Kaseh nak settlekan AITDS pula. harap2 semuanya berjalan dengan lancar.

Cik Kaseh, hwaiting!! <-- kata2 semangat untuk diri sendiri... hehe

babai~

Tuesday, January 26, 2010

Hello... Good Bye~~

Semakin fikir semakin sakit jiwa!

Saya nak cari tempat untuk tenangkan fikiran.
selagi fikiran saya serabut selagi itulah apa yang saya kejar takkan saya dapat.

Good bye bloger...
Cik Kaseh nak berenti dari dunia bloging untuk seketika.
mungkin seminggu, 2 minggu,
sebulan, 2 bulan, 4 bulan
atau...
selama-lamanya... <-- ini tak mungkin.

Cik kaseh nak keluar daerah.
nak pergi bertapa
mencari ketenangan.
mencari ilham.

~CHIAOW~

Sunday, January 24, 2010

Ai Without Love ::Bab4::


Tajuk : Dunia Ini Penuh kegilaan
Watak : Yna, Ryo
Genre : Friendship & Romance
Lokasi : Kediaman Yna, Kediaman Ryo
Ringkasan : Yna "aku bosan dengan kehidupan di kota yang menjadikan wang sebagai raja ini." ... Ryo"Aku hanya bahan untuk mereka mengaut keuntungan. Yna, mari kita bekerjasama menyelesaikan manusia-manusia gila ini."



Bab4

“Namaku Yna Baktiar. Sejak beberapa tahun ini hidup aku hambar. Setiap hari aku lalui rutin yang sama dan ia sangat membosankan. Kehidupan di Kota Lisberg yang aku lalui hanya bersifat metarial yang berlandaskan wang semata-mata. Aku hidup sebatang kara. Tanpa keluarga. Tanpa saudara. Tanpa teman. Tanpa kekasih... memang bosan…

“Tapi hari ini segala-galanya berubah. Ryo Nishikido… dia adalah subjek utama yang akan aku gunakan untuk mewarnai semula kehidupan aku yang begitu membosankan selama ini.”

Senyuman yang terbentuk di bibir gadis itu penuh makna tersirat. Ada sesuatu yang nakal sedang berlegar-legar dimindanya.

Dia meneruskan langkah kakinya di koridor tingkat kedua pangsapuri tempat kediamannya. Dari jauh dia terpandang seorang lelaki, tuan rumah yang disewanya sedang mengetuk bertalu-talu pintu rumahnya. Yna segera bersembunyi di sebalik dinding di sebelah koridor.

Melihat kemunculan lelaki bertubuh kurus melengking itu membuatkan hati Yna jengkel. Lawatan yang tidak diundang itu tidak lain dan tidak bukan adalah kerana mahu mengutip duit sewa rumahnya yang sudah tertunggak selama beberapa bulan.

Lelaki tuan rumah akhirnya putus asa apabila panggilannya tidak bersahut. Tangannya juga sudah kebas mengetuk pintu rumah tersebut. Orang yang dicarinya tetap tidak muncul. Akhirnya dia menulis satu nota dan menyelitkan di celah pintu sebelum beredar pergi.

Fuh~~ Yna melepaskan nafas lega. Setelah yakin yang lelaki tuan rumah itu tidak berpatah balik untuk mendapatkannya semula barulah dia kembali ke rumahnya.

Sebelum masuk ke rumah nota yang terselit di celah pintunya tadi diambil. Di baca sepintas lalu sebelum digumpal dan dicampak ke tingkat bawah melalui koridor.

“Saya akan datang lagi cari awak esok.” Yna mengulang ayat yang dibacanya dalam nota tadi dengan perasaan jengkel yang berleluasa. “Boleh blah!”

Pintu dikancing dari dalam dan dia segera menuju ke ruang tamu. Merebahkan tubuh di sofa panjangnya yang berwarna biru kundang dengan corak motif rama-rama. Sekilas matanya terpandang beberapa keping surat di atas meja kopi di penjuru sofa. Pemandangan yang dirasakannya begitu menyakitkan hati. Dia bangun duduk lantas mencapai surat-surat tersebut.

Surat penyata pinjaman, bil tunggakan elektrik, bil air, bil itu, bil ini… argh~ semuanya surat minta hutang! Betul-betul buat orang sakit kepala.

Yna mencampak semula semua surat-surat tersebut ke meja tadi. Dia bangkit dari situ dan beredar menuju ke biliknya. Memikirkan semua benda yang memerlukan wang memang menyerabutkan otak. Kehidupan di kota metropolitan tetap terasa bebannya biarpun dia tidak menanggung sesiapa. Segalanya memerlukan not berharga yang dipanggil duit! Tiada satu bendapun yang boleh dimiliki tanpa duit. Huhh~

*************

Ryo masih tekun menghadap laptopnya biarpun hari sudah jauh malam. Dilupakan dulu kepenatan yang menyengat tubuhnya sepanjang hari ini demi untuk melayari dunia maya. Kalau hendak diikutkan hatinya memang dia akan terus melayari mimpi indah di atas katil ketika ini. Masakan tidak penat menempuh satu hari yang penuh kontroversi dalam hidupnya hari ini. Bertemu dengan Yna, terperangkap di dalam lif, diburu paparazzi, dan kenyataan gila tentang hubungannya dengan Yna oleh Aya… dasyat!

Jam di dashboard komputer dikerling. Waktu sudah melewati jam 2.00 pagi. Masih awal, fikirnya. Ada lebih kurang tiga jam lagi sebelum dia perlu keluar bekerja. Hari yang lebih gila bakal dilaluinya nanti. Sebelum sebarang kemungkinan berlaku lebih baik payung disediakan dahulu untuk menepis segala berita negatif tentang dirinya kelak.

“Hoh!... Oh my… teruknya…” sesuatu yang mengejutkan telah ditemui dalam dunia maya yang berhantu itu. Ryo menolak tubuhnya menjauhi komputer riba. Kedua belah tangannya menguak rambut ke belakang. Wajah kerutnya menggambarkan perasaan geram yang bercampur marah saat ini. “Yna~~!!!” Tiba-tiba dia menjerit nama itu.

Ryo bangkit dari kerusi. Berjalan ke hulu ke hilir tidak tentu hala. Dia perlu lakukan sesuatu untuk menyelesaikan perkara ini. Sesekali berita tentang dirinya yang dibacanya dari laman web tadi dikerlingnya. Semakin dipandang semakin menyakitkan hati. Apatah lagi melihat gambarnya yang sedang memeluk dan mendukung Yna. “Wartawan gila ni memang nak kena ajar!” Ryo bertempik marah.


Thursday, January 21, 2010

Aku Bukan Nak Cakap Banyak

Hari ini dia berkata2 lagi.
siapa?
adalah... tak perlu untuk mempublisitikan namanya di dalam blog ini.
saya cerita masalah saya kepadanya.
adakah itu tandanya saya perlukan nasihat daripadanya?
bukan... saya cuma nak dia faham situasi saya yang tak pasti untuk menyertai konsert Suju adalah disebabkan masalah tersebut.
dalam waktu begini, saya bukan mahukan nasihat daripadanya. saya cuma harap dia boleh buat saya gembira dan kembali bersemangat untuk menghadapi situasi saya kini.

disebabkan nasihat dia... fikiran saya kembali serabut.


Please dude... jangan cakap terlalu banyak
apapun yang cuba kau katakan... aku tetap dah lakukan tindakan tersebut.


Tuesday, January 19, 2010

Ujian membuatkan kita berfikir

"Hidup ini tidak semudah yang kita jangka"

Lumrahlah kalau tiba2 kita diuji oleh tuhan.
Yang penting, kena kuatkan semangat
lalui ujian tu dengan hati yang cekal dan jiwa yang kuat.

Ujian tu tuhan turunkan dengan sebab.
jangan anggap ia sebagai musibah,
sebenarnya tuhan nak kita berfikir...
berfikir tentang sesuatu yang telah kita lupakan selama ini.

Aku percaya, ujian yang tuhan turunkan padaku sekarang juga bersebab
DIA nak aku berfikir...
dan aku sedang berfikir...

aku telah lalai dengan kemanisan dunia.
perlahan-lahan juga aku semakin melupaiNya
dan disebabkan kelalaianku itu baru aku sedar...

Rezeki tu tak berkat kalau kita sering alfa terhadapNya.

Tuhan, ampunkan aku...

...
...
...


P/s : Saya takkan patah balik ke tempat tu semula biarpun dia cuba pujuk dengan gaji yang lumayan. apa guna gaji yang banyak tapi tak berkat.

Sunday, January 17, 2010

Gigiku patah lagi tapi...

Malam tadi saya bermimpi...
mimpi yang mungkin membawa satu alamat.

(Saya selalu bermimpi... walau tidur 5 minit saja pun saya boleh bermimpi.)

Tapi mimpi kali ini lain.
Saya mimpi patah gigi

korang tahu apa maksud mimpi patah gigi?

Dulu Cik kaseh tak tahu. biasa mimpi patah gigi tapi tak pernah bagitahu sesiapa sebab masa tu ingatkan itu cuma mimpi biasa... mainan tidur.

bila dapat tahu yang itu sebenarnya alamat... sejak itu cik kaseh cepat2 bagitahu emak setiap kali mimpi patah gigi. sebab mimpi patah gigi tu membawa alamat yang kita akan kehilangan saudara terdekat.

Cik Kaseh harap kalau bagitahu semua orang pasal mimpi malam tadi, alamat tersebut takkan berlaku... walaupun biasanya ia tetap berlaku. <-- bukan cik kaseh nak pembaca percaya bulat2 dengan perkara ni. setiap apa yang berlaku itu kan ketentuan dari Ilahi. so kalau tetiba korang mimpi patah gigi, tp tiada kematian... jangan anggap saya beri ajaran sesat pula...


Gigiku patah lagi tapi... cuma dalam mimpi saja~~

P/S : Harap2 mimpi kali ini cuma sekadar mimpi...

Friday, January 15, 2010

Sayang Menantu Mak...

Menantu : Mak, cantik tak baju ni? Ingat nak beli jadikan hadiah untuk adik2...
Mentua : cantiknya... halus betul sulamannya ya... Eh, mak pun nak beli jugalah... nak balikan untuk Nor, untuk Ipat... untuk anak2 mak.

Menantu (dalam hati) : Mak macam suka je ni. tak pelah... biarlah mak ambil baju ni untuk anak2 dia.


~~Situasi sama pada hari yang lain~~

Menantu : Mak, gelang ni cantik kan... Lin nak belilah. hadiah untuk kawan2 kat Malaysia karang.
Mentua : Iyalah... cantiknya~~ Mak nak juga. karang nak bagi untuk cucu2 mak. mesti comel kan kalau diorang pakai.
Menantu : Mak~~ <-- nada ala2 kecewa
Mentua : Kenapa?
Menantu : tak de papelah. <-- menantu ini hatinya sabar melayani kerenah ibu mentuanya.


~~lagi situasi yang sama pada hari2 yang berikutnya~~

Menantu : Mak, Lin nak beli sarung HP ni untuk anak2 saudara.
Mentua : cantik tu Lin. susah ni nak jumpa dekat Malaysia... hurm~~ mak pun nak beli juga lah.

Menantu tarik muka muncung. merajuk.

Menantu : Semua barang yang kita beli sama je mak. kalau macam ni apa Lin nak beri sebagai buah tangan untuk mereka? tak kan nak bagi barang yang sama macam yang mak bagi juga...

Mentua mengukir senyum manis. tangan mendakap lengan menantunya sambil mengelus2 si anak menantu.

Anak menantu pula terkedip-kedip memandang ibu mentuanya. Tidak faham dengan senyuman si ibu itu.... adakah aku sedang diuji? telah hatinya...

Mentua mencapai sesuatu yang dirasakannya sesuai untuk menantunya itu.

Mentua : Selendang ni cantik untuk kamu. Mak hadiahkan untuk Lin.
Menantu : Eh, untuk Lin?
Mentua : Iyelah, sebab mak saaayang kamu... Seronok membeli belah dengan kamu. semua barang yang kamu pilih cantik2 di mata mak.
Menantu : Mak~~ terima kasih. <--- anak menantu nada terharu di puji mentua.
Mentua : Mak suka semua yang kamu pilih sebab itulah mak ambil keputusan untuk beli barang tu juga... Mak nak beli sarung HP ni juga. <-- muka ceria bahagia je sambil membeli barang tersebut.

Anak menantu dah tak tahu patut buat apa. separuh hatinya geram. separuh lagi hatinya bahagia kerana memiliki seorang ibu mentua yang sangat menyayanginya bagaikan anak sendiri.

P/S : Terima kasih kepada Kak Lin yang sabar melayan dan menjaga emak sepanjang menunaikan ibadat haji di Makkah tempohari.

P/s : dialog di atas adalah rekaan semata-mata. <-- manalah saya tahu dialog sebenar antara mereka berdua yang ketika itu jauhnya beribu batu kan... logik2 sikit... hehehe~

Thursday, January 14, 2010

Skrip + Super Show = #$%^& haru~~

Selamat malam dunia maya
hari ini Cik Kaseh menulis kerana jiwa saya kacau
kacau sebab apa??

err... tak tahu nak cakap macam mana... banyak sangat fikir sampai keliru dengan apa yang sebenarnya saya tengah fikirkan. <--- Cik kaseh susah nak fokus pada satu perkara saja.

Otak sedang mencerna bermacam-macam idea untuk start tulis skrip drama... tapi bila nak start menaip saja, tetiba otak blank.

...
...

Macam mana nak start ni? blur betullah dengan format yang Cik Sofia tu ajar. kang Cik Kaseh tibai ikut format ajaran sesat si En. Ezad tu kang haru je jadinya kang...

aduyai~~

...
...

Tinggalkan skrip kejap dan usha blog kawan2.
tiba2 Cik Kaseh terbaca tentang konsert SuJu yang akan di adakan di Bukit Jalil march nanti

Ngaaa~~~!!!
ini memang gangguan yang tahap super dikala Cik Kaseh sedang giat menyiapkan skrip!!

Otak Cik Kaseh dah melayang nak cari jalan camne nak pergi konsert tu dengan bajet yang paling berbaloi.. <--- ade tak kawan2 yang berhati mulia boleh tolong sponsor tiket Super Show tu untuk Cik Kaseh?


Akhirnya... skrip Cik Kaseh untuk malam ini hanya siap separuh muka surat sebab Cik Kaseh sibuk berdiskusi dengan Nemo tentang konsert tersebut... hehehe~~

P/s : I dah ngantuk... sayonara dunia maya...

Tuesday, January 12, 2010

Antara Menulis Skrip dan Novel

Gambar hiasan yang langsung tak de kena mengena dengan entry ^o^



Sejujurnya... Cik Kaseh tak pernah tahu apa itu skrip sebelum ini. walaupun pernah memasang niat untuk menghasilkan skrip drama dulu tapi ia sekadar angan2 belaka kerana... macam mana nak buat kalau ghupe bentuk skrip tu pun Cik Kaseh tak tahu.

baru2 ini Cik Kaseh mengikuti bengkel penulisan skrip yang dianjurkan oleh AVA. Di bengkel tersebut saya dan rakan2 AVA telah didedahkan dengan dunia penulisan skrip yang sebenar. tak sangka, ia bukan semudah yang Cik Kaseh fikir sebelum ni. cabarannya memang berbeza dengan menulis novel. Kalau novel kita mementingkan gaya bahasa serta penyampaian yang boleh menarik perhatian pembaca tapi kalau skrip pula, arahan yang tepat itu lebih penting agar pengarah, pelakon dan kru dapat memahami apa yang cuba disampaikan oleh penulis skrip. Menulis skrip juga bukan boleh suka2 main tibai saja. kena ikut format (lebih2 lagi pada penulis2 yg baru). pening juga nak memahami format penulisan skrip ni. macam novel pula... pun ada format juga tapi taklah serumit skrip. penulis skrip ni ibarat masuk ke dalam dunia orang glamour (tapi kita tak glamour pun...), yelah dapat kenal pengarah terkenal dan artis2. penulis novel pun famous juga... tapi popularnya tu lainlah sikit... hehe... <-- apa yang lain tu, Cik Kaseh?

Hurm...
...
...
...

Cik Kaseh memang sukakan dunia penulisan. Dengan menulis saya dapat meluahkan sesuatu yang mustahil dalam dunia realiti Cik Kaseh. yang tak mungkin untuk Cik Kaseh lalui. tapi cam best pulak kalau betul2 berlaku. hehehe~...

Dalam beberapa hari ni Cik Kaseh memikirkan sesuatu. Antara menulis skrip dan novel... yang mana lebih memberi faedah kepada Cik Kaseh untuk berjaya di masa hadapan?

Menulis novel... yang menyeronokkan dan memberi kepuasan dalam hidup saya.

Atau

Skrip... yang mungkin boleh mengubah hala tuju sebenar Cik Kaseh dalam bidang penulisan.

...
...
...

mungkin inilah masanya untuk saya memulakan misi baru. tidak perlu memilih antara dua... cuma perlu mengembangkan sebelah lagi sayap. dalam bidang yang sama tapi sesuatu yang berbeza... kalian jadilah saksi, Cik Kaseh sedang menyahut cabaran ini.

P/s : ini boleh dikira sebagai azam ke4 Cik Kaseh tahun ini. Yeah~!!

Sunday, January 3, 2010

Penyebar Virus + Cerewet = Kaseh Esmiralda

Salam, para bloger sekalian...
2 hari tak bloging... rinduuu~~ <-- Poyo!

Cik Kaseh baru balik dari bengkel penulisan yang dianjurkan oleh AVA. penat belum hilang terus je online.

Alhamdulillah... banyak ilmu yang Cik Kaseh dapat hari ini. ia memang sangat berguna untuk setiap penulisan Cik kaseh.

Ok... Cik Kaseh bukan nak ulas pasal bengkel tadi.
cuma sejak dari di bengkel tadi sampai kat rumah sekarang ni otak Cik kaseh ni tak berhenti fikirkan sesuatu. sesuatu yang selama ni Cik Kaseh langsung tak sedar telah Cik kaseh lakukan terhadap ramai orang. terutama semua yang mengikuti kedua2 blog Cik kaseh.

Bila ada yang fikir Cik Kaseh kecewa dengan komen Pn. Nisah pasal AITDS tu sebenarnya mereka salah. Cik Kaseh langsung tak rasa kecewa. Apa yang Cik Kaseh rasa sepenjang perjalanan pulang tadi... Cik Kaseh rasa sangat bersalah. Cik Kaseh dah abaikan tanggungjawab sebagai penulis.

sorang teman bloger kata Cik Kaseh dah sebarkan virus Kpop,Jpop,Anime secara halus melalui setiap penulisan Cik Kaseh. Setiap entry dan enovel cik kaseh sedang mempengaruhi pembaca secara senyap. akhirnya ia bagaikan virus yang merebak dan menyebabkan kegilaan orang terhadap Kpop@Jpop@anime... (pendapat ini telah disokong oleh awek yang duduk sebilik dengan Cik Kaseh)

Bila Pn. Nisah cakap tentang pembudayaan dan jati diri tentang AITDS yang menjurus ke arah itu, dia bimbang cerita sebegini bila menjadi trend penulis di masa hadapan kerana ia dipengaruhi budaya luar (tak kira samada jepun, korea, sepanyol). Cik Kaseh rasa sangat bersalah.

adakah saya sedang mengangkat budaya luar dan mengabaikan budaya sendiri?

Mungkin itu bukan persoalan akar. tapi bila difikirkan lagi... apa bakal berlaku jika ada penerbit nak terbitkan cerita ni sebagai buku? sah2 Cik Kaseh yang bakal menjadi pelopor pada novel bergenre sebegini. kemudian bila ia menjadi trend, mungkin penulis lain akan buat sesuatu yang lebih advance dan semakin menjauhi budaya dan agama kita. kesannya akan mempengaruhi pembaca peringkat muda(terutamanya). dan secara tak langsung, Cik Kaseh pun dapat share dekat akhirat kelak!

... adakah saya berfikir terlalu jauh?...


Saya sedar selama ini saya agak cerewet dalam pemilihan buku bacaan(terutama novel)... tapi saya tak sedar kalau yang saya ni SUPER CEREWET. <-- seorang member tu bagi tahulah.

Bila fikir2... betul apa yang dia cakap tu. kalau Hlovate punya novel yang popular tu pun, boleh cik kaseh tak puas hati... kira boleh tahan lagilah. tapi kalau sampai Pn. Nisah punya Cik Kaseh tak puas hati...( "Kau gila ke, Kaseh?!")... tidak, bukan saya kondem novel dia tapi cuma menyuarakan persoalan yang patut terhadap novelnya. dan dia dah berikan jawapan yang memuaskan hati saya. kira okey lah tu~

"inilah punca menyebabkan penulisan kau agak detail. sebab tulah kau berjaya menyebarkan virus tu secara halus dan tanpa disedari. bila sedar je virus tu dah meletup. orang yang terpengaruh dengan virus tu terus jadi gila! gilakan Kpop,Jpop." kata sorang member tu... dan turut disokong oleh awek yang duduk sebilik dengan saya.

Korang ada pandangan yang nak disuarakan terhadap masalah ni? please~ ringan2kanlah tangan korang untuk type komen pada Cik Kaseh. kepada silence reader, cik kaseh tak kisah korang tak komen enovel cik kaseh tapi tolonglah bagi pendapat tentang masalah Cik Kaseh ni.

Cik Kaseh tak boleh berhenti memikirkan hal ni sejak dari tadi. buat pertama kalinya Cik Kaseh baru sedar dengan kelemahan terbesar AITDS.


P/S : Bukan AITDS saja... enovel yang lain2 juga patut diteliti semula...

Thursday, December 31, 2009

Entry Tahun Baru

...
...
...

Selamat tahun baru...

...
...
...

Malam tahun baru... apa kalian sedang buat?
menonton konsert?
menyaksikan pertunjukan bunga api?
countdown ramai2 dekat dataran?

atau

... adakah ada diantara kalian yang duduk di tikar sejadah memanjatkan syukur ke hadrat ilahi diatas kurniaanNya...

Mungkin ada... mungkin tidak...



P/s : Aku lebih senang memerap diri di rumah sambil surf internet... cuti ini harus dinikmati sebaik mungkin... hehehe~~

Wednesday, December 30, 2009

Drama 3 Babak

BABAK 1

Si anak asyik memandang jam dinding, mengira baki waktu yang tinggal sejak malam tadi. Jadual penerbangan yang siap ditampal sejak awal dibaca sekali lagi. kali ini barangkali sudah lebih seribu kali kertas tersebut dibacanya. Mujur ditampal di dinding. kalau tidak harus hancur lunyai jika dipegang sentiasa...

Kakak 1 : Mak dah sampai mana sekarang ya? ... (Jam menunjukkan 8.30 pg)
Kakak 2 : Dekat India kot.
Adik Perempuan : tak lah... mesti dah dekat area Myanmar.


... Penantian suatu penyiksaan...


Jam 9.30 pg...
Menerima panggilan dari Abang 1...

Abang 1 : Mak dah sampai KLIA!!!

Kami semua duduk rapat2 dekat gagang telefon. Terujanya menanti insan yang dirindui.

Jam 12.00 t/hari...
Adik Lelaki : Dah sampai mana?
Abang 1 : Ijok.
Adik Lelaki : Ok, roger and out...

Jam 1.00 Ptg...
Kakak 1 : Dekat mana dah?
Abang 1 : Bawa bersabar. 5 minit lagi sampai.
Kakak 1 : Betul?!... ok.


Emak selamat menjejakkan kaki di rumah setelah pergi menunaikan fardhu haji di Makkah hari ini (Isnin, 28/12/2009).

Makcik (adik emak) : Baru korang semua rasa sekarang kan. selama ni emak yang susah hati tertunggu2 korang balik. hari ini anak2 pula yang tak senang duduk tunggu emak balik rumah.
Pakcik : Dah tahu kan perasaan seorang ibu yang menunggu kepulangan anak2nya.



BABAK 2

Emak : bukalah beg emak tu. ada jajan dari Makkah. ada kurma, kacang, kismis... hidang bagi tetamu2 tu.

Anak2 pun menurut. zip beg dibuka dan segala jajan dari makkah dikeluarkan, dimasukkan ke dalam bekas dan dihidangkan kepada tetamu yang hadir sama menyambut kepulangan si emak. tidak ketinggalan air Zam Zam juga.

Emak : Mak tak beli apa2 kat Makkah tu. tak shopping pun.

Dalam hati anak2 : Oh, yeke... hurm~ takpelah. bukan rezeki nak dapat apa2 buah tangan dari sana nampaknya. mak kan pergi beribadah. tak baik harapkan buah tangan. takpelah... redha saja... <--- sambil menjeling bagasi emak dengan harapan yang... err, sedikit kecewa.

Petang itu...
Emak : Bukalah bagasi emak tu. keluarkan barang2 emak.

Kakak 1, 2 dan adik perempuan pun bukalah. niat di hati nak tolong emak kemaskan barang2.

Emak : kamu pilihlah mana2 yang berkenan. mak tak shopping pun. beli sikit2 je tu.

anak2 termasuk abang dan adik lelaki yang baru masuk pandang emak bagai nak jatuh rahang!!
tahu sebab apa?

Emak punya tak shopping tu... penuh satu bagasi!!

Abang 1 : kalau yang dikatakan shopping tu macamana ya mak?
Adik Lelaki : kalau 2 bagasi tu baru namanya shopping... <--- adik tolong jawab bagi pihak emak.

Emak wajah tenang memandang anak2. anak2 pula dah tertawa gelihati dengan tiori tidak shopping emak... hakhakhak~~



BABAK 3

Cik Kaseh : Eh, sibuk melantak kurma dengan kacang sampai lupa nak minum air Zam Zam.

Tinggalkan makanan dan segera capai gelas comel berisi air Zam Zam di dalam dulang.

Emak : Baca selawat sebelum minum.
Kakak 2 : Minta doa banyak2 juga.
Cik Kaseh : Doa apa??... <--- gelas dah dekat di bibir.
Kakak 2 dan Makcik : Cepat2 dapat jodoh!

Nah kau! kiri kanan sekali doa masuk dalam telinga. ni apa jenis permintaan ni??

Abang 1 : Hah! dapat doa kiri kanan serentak. moga2 dapat jodoh dengan orang kaya yang warak, yang handsome...
Adik lelaki : dan yang boleh control kakak aku yang sorang nih!

Abang 1 dan adik lelaki saling berpandangan... lepas tu gelak sakan sambil meng-amin-kan doa tersebut sebanyak 3 kali.

Makcik : Tahun lepas waktu makcik ke Makkah ada doakan kau cepat2 bertemu jodoh. tahun ini, tak tahulah kalau mak kau ada doakan untuk kau juga.
Emak : ada. mestilah ada untuk anak mak... <-- emak jawab dengan wajah tenang sambil senyum penuh makna.

Cik Kaseh rasa muka ni dah macam kena simbah dengan darah hangat. panas~~ malu gila~~

Abang 1 : jangan tak tahu, budak ni siap tulis segala benda yang dia nak mak doakan kat Makkah tau... dan soal jodoh tu dia letak firsttttt sekali!

Cik Kaseh dalam hati dah rasa macam nak menyumpah abang sendiri je tym tuh. bodoh betul malukan aku depan orang ramai. sengaja nak besar2 kan cerita. padahal takde pun cik kaseh tulis bab2 jodoh tu dalam list. huhuhu~~ aku maluuu~~~ kenapa diorang suka usik aku dengan isu jodoh ni. aku tak sedia lagilah~~



P/s : moral of the story 1; Bila dah rasa sendiri perasaan menunggu kepulangan emak, barulah sedar dan tahu bagaimana siksanya apabila emak menunggu kami setiap kali kami kata nak balik.

P/s : moral of the story 2; Emak tak pernah lupa belikan sesuatu untuk anak2 bila ke mana2 tapi adakah anak2 ingat pada emak bila seronok2 pergi melancong?

P/s : moral of the story 3; Jangan biarkan saudara lelaki anda tahu tentang rahsia diantara anda dengan ibu anda. orang lelaki ni suka kecoh! ...(siapa kata perempuan je yang suka kecoh... lelaki pun sama saja)

Sunday, December 27, 2009

Ai Without Love ::Bab3 Bhg 3::

Tajuk : Yna + Aya = Muslihat canggih!
Watak : Ryo, Aya, Yna, Wartawan, Peminat Maya
Genre : Friendship n Romance
Lokasi : Luvryotarou.com.mdl , kediaman Ryo Nishikido
Ringkasan : Belum sempat sidang akhbar diadakan, berita gosip Ryo bermalam dengan seorang gadis misteri telah tersebar dengan pantas. Aya perlu melakukan sesuatu untuk mengelak dari Ryo menerima gosip liar yang boleh menjatuhkan kariernya. Yna memberi satu cadangan gila yang dibantah keras oleh Ryo. Tapi Aya telah terpengaruh dan ikut rancangan tersebut...


Namaku Yna... dunia bakal mengenali siapa aku tidak lama lagi.


Alam maya, LuvRyotarou.com.mdl

Dalam teknologi yang semakin maju satu dunia maya terbentuk. Di dunia ini terkumpulnya sebilangan orang dengan tujuan yang satu. Iaitu Nishikido Ryo. Tanpa disedari oleh artis tersebut, LuvRyotarou.com diwujudkan demi mengumpulkan para peminat Ryo dari seluruh pelusuk negara. Berkongsi cerita dan info tentang artis kesayangan mereka sambil berkenalan antara satu sama lain. Menjalin suatu persahabatan tanpa mengenali wajah. Walaupun hanya berlandaskan satu minat yang sama namun segala-galanya telah menjadi sesuatu yang manis dalam perhubungan yang unik ini.


Sushi_neko : Hello, everybody~!!

Miss Heartness : Hello Sushi…

Cherry_cholk : Hai, Sushi… ada story baru nak kongsi ke hari ni?

Sushi_neko : Memang ada. Ini memang gempar. Sushi nak korang buka laman web magazine M&W sekarang juga. Ada berita gempar tentang Ryo pagi ini.

Miso_t@ro : Wow, gossip hangat ke ni sushi?

Sushi_neko : Sushi takde masa nak jelaskan. Lebih baik kalian semua buka link tu sekarang. Tengok gambar dan baca artikel tu baru kita ulas apa yang berlaku selepas ini.


Masing-masing akur dengan saranan Sushi_neko yang terkenal dengan gelaran wartawan tanpa pas. Selepas beberapa minit kotak chating kembali sibuk. Semua sedang menyuarakan komen tentang gambar terbaru yang mereka lihat dalam laman web majalah M&W.


Miss Heartness : Stupid pic*! What the hell is going on actually?!

Cherry_cholk : pic Ryo tengah peluk seorang gadis… Sushi, ini sangat melampau!

Momo : Hwaa~~ sampai hati Ryo buat macam tu. Siapa gurl yang jahat tu? Kenapa dia rampas Ryotarou kita. Hwaa~~

Ryolando : I want to fire dat stupid gurllll…!!!!!!!!! hiarghh~~!!

Miso_t@ro : Jadi gossip tentang Ryo dah ada kekasih selama ini memang betul. Dan sekarang ianya telah terbukti. Gosh!!!

Sushi_neko : Sabar kawan-kawan. Kita tak boleh cepat naik angin dengan pic tu. Mungkin juga Ryo telah terperangkap. Kita tunggu berita selanjutnya. Sushi akan bawakan berita terbaru dari semasa ke semasa.


**********


Dalam tempoh kurang dari sehari berita Ryo bermalam dengan seorang gadis di dalam lif telah tersebar dengan meluas. Belum sempat sidang akhbar diadakan ianya telah menjadi buah mulut orang ramai. Dan dalam sekelip mata Yna menjadi tumpuan yang asyik disebut-sebut oleh para wartawan dan peminat Nishikido Ryo. Biarpun siapa dirinya yang sebenar di sisi Ryo masih belum jelas namun spekulasi tentang hubungannya dengan Ryo semakin hangat diperkatakan.

“Aya, macam mana ni… belum apa-apa lagi wartawan dah nak serang aku. Mana nak lari ni?” Ryo nampak cemas. Pertama kali Yna melihat Ryo berkeadaan begitu. Jika sebelum ini dia mengenali Ryo sebagai seorang yang sentiasa tenang menghadapi sebarang kesulitan tapi kali ini sebaliknya pula yang berlaku.

“Kita nak buat apa lagi. Terpaksalah berhadapan dengan mereka juga.” Jawab Aya separuh marah. Mahu atau tidak dia perlu menghadapi masalah ini kerana memang tanggungjawabnya menguruskan Ryo sebagai artis.

“Kau tak kan dapat lari kemana-mana… sebab Ryo Nishikido adalah bahan penting untuk melariskan majalah dan akbar mereka.” Jawab Aya bersahaja. Dalam pada itu dia sedang memikirkan cara terbaik untuk berhadapan dengan semua wartawan yang sedang berkumpul di luar kediaman Ryo.

Yna yang berdiri di sudut tangga memerhatikan sahaja perbincangan diantara Ryo dan Aya. Sesekali dia mengerling ke luar rumah melalui tingkap. Melihat ramai wartawan yang sedang terpacak diluar pintu pagar rumah. Dia tersenyum sinis. Menjeling penuh makna ke arah Ryo yang masih berbincang dengan pengurusnya di ruang tamu.

Hmm… Gosip hangat Ryo dan seorang gadis misteri di dalam lif… Sesuatu yang menarik bakal berlaku selepas ini. Mungkin aku boleh dapat manfaat daripada kejadian ini. Aha~ ini bukanlah sesuatu yang sangat teruk kalau aku pandai mengawal situasi.

“Jadi apa yang patut kita jelaskan pada wartawan-wartawan kat luar tu?”

“Jelaskan saja perkara sebenar. Tak perlu sembunyikan apa-apa. Katakan yang ini cuma accident. Perkara yang diluar jangkaan…” Jujur itu mungkin lebih baik untuk mengelakkan kontroversi. Fikir Aya.

“Bolehkah kata-kata macam itu memuaskan hati mereka semua?” Yna mencelah dalam perbincangan tersebut. Dia yang berdiri menjauh sejak tadi berjalan mendekati mereka berdua. Ryo dan Aya memusatkan pandangan kepada gadis yang masih dengan skirt Maroon dan apron kuning cair, Pakaian seragam tempat kerjanya di Sweet Chocoretto. Masih tidak berganti sejak malam tadi.

“Gosip akan jadi lebih hangat kalau sesuatu yang mereka jangkakan tidak berlaku. Selagi mereka tidak dapat mencari siapa gadis misteri Ryo Nishikido, selagi itu mereka akan terus memperbesarkan berita ini. Jadi berterus terang mungkin bukan jalan terbaik untuk selesaikan masalah ini.”

Dahi Ryo berkerut mendengar hujah Yna. Dia berbalas pandangan dengan Aya. Mencari suatu kepastian dalam kata-kata Yna.

“Apa maksud kau?” Ryo curiga.

“Kau tak terfikir ke kalau ini boleh jadi sesuatu yang akan… boom!-kan nama kau.”

Aya merenung Yna penuh dengan jawapan di minda. Dia semakin dapat meneka apa yang cuba disampaikan oleh gadis bermata galak itu.

“Aha~ aku tahu apa nak buat sekarang.” Dia senyum penuh makna sebelum menjeling ke tingkap, memandang para wartawan yang masih berkumpul di luar. “that’s brilliant idea, Yna.”

Well…” Yna mendabik dada, bangga dengan pujian daripada pengurus Ryo itu.

“Hello~ apa ni? Apa yang cuba kau maksudkan?” Ryo seorang saja yang masih belum mengerti maksud Yna. “Aya?” Aya yang selaku pengurus itu menjadi sasarannya.

“Kau dan Yna tak perlu cakap apa-apa. Biar aku seorang saja yang jawab semua soalan wartawan.”

*************

that’s brilliant idea, Yna… kepala hotak dia brilliant idea! ini bukan idea bijak tapi idea yang bakal nak menjahanamkan hidup seorang Ryo Nishikido. Aya ni memang gila sebab ikut rancangan Yna. Dia tak kenal siapa Yna. Dan dia tak sedar yang dia sedang membawa aku ke dalam neraka.

Awal-awal lagi aku dah rasa curiga melihat air muka Yna yang penuh muslihat. Aku harap Aya tidak terpengaruh dengan idea gila perempuan kejam tu tapi nampaknya aku silap. Apabila perempuan dengan perempuan merancang, orang lelaki hanya layak jadi pak pacak dan ikut telunjuk mereka. Dan akhirnya aku telah menjadi mangsa. Mangsa? Boleh dikatakan begitulah. Semuanya bermula sebaik pintu rumah di buka…



Klik! Klik! Snap~!

Sekelip mata Ryo menjadi tumpuan segerombolan wartawan yang setia menunggu di luar perkarangan rumah sejak lewat pagi tadi. Dia dihujani bermacam soalan daripada sang pemburu berita sensasi. Sebagai artis yang punya nama yang besar dalam persada penuh glamour ini Ryo dikawal ketat oleh para pengawal. Dan Aya, selaku pengurus yang bertanggungjawab dalam karearnya menjalankan tugas sebagai jurucakap untuk setiap soalan-soalan yang diajukan oleh para wartawan.

“Sabar, sabar… semua bawa bertenang. Saya akan jawab semua soalan anda.” Wajah senyuman Aya cuba bertindak tenang mengawal situasi para wartawan yang agak gelojoh mengajukan soalan-soalan.

“Cik Aya, siapakah gadis ini dan apa hubungannya dengan Ryo Nishikido?”

“Adakah dia gadis misteri yang pernah Ryo sebut suatu ketika dulu?”

“Kekasih misteri Ryo yang cuba disembunyikan identitinya selama ini? betul ke dia ni bakal isteri Ryo Nishikido?”

Whoa~ soalan mereka semua ni betul-betul buat aku rasa nak cabut rambut. Aya, tolonglah berikan jawapan terbaik untuk halang daripada gossip yang bukan-bukan keluar di dada akhbar. Please~

Yna yang berdiri di sisi Ryo hanya senyum selamba. Langsung tidak menampakkan riak gementar atau gugup seperti yang sepatutnya. Tingkah tenangnya membuatkan Ryo tambah tidak senang. Dia dapat merasakan kewujudan niat tidak baik seorang gadis seperti Yna… memang ada yang tak kena dengan ketenangannya. Dia benar-benar buat Ryo rasa curiga.

“Rasanya rahsia ini tidak patut disembunyikan lagi. Seperti yang anda teka, memang benarlah gadis ini kekasih Ryo.”

Semakin rancak silau flash kamera mengambil gambar Yna dan Ryo.

“Secara tidak rasminya saya memperkenalkan kekasih rahsia Ryo selama ini, Yna Baktiar.”

Kyaaa~~ apa yang Aya cakap ni?? betul-betul gila! Putus fius ke bilang perempuan jahat ni sebagai kekasih aku. Mangkuk! Kau memang nak kena dengan aku, Aya!!

“Ini satu kenyataan yang berani. Kenapa cik Aya ubah fikiran untuk membongkarkan rahsia tentang kekasih sebenar Ryo?” Seorang wartawan lelaki dari majalah hiburan terkemuka mengemukakan soalan tajam. Tujuannya untuk mencari muslihat di sebalik tindakan pengurus artis terkenal itu.

“Betul tu. Selama ini Cik Aya sentiasa berdalih setiap kali kami ajukan soalan berkaitan teman wanita Ryo. Adakah sesuatu yang besar telah berlaku?” seorang lagi wartawan menyoal.

“Sesuatu yang besar? Apa maksud anda?” dengan lagak tenangnya Aya senyum sinis. Merenung tajam ke arah wartawan yang mengajukan soalan tadi.

“Maksud saya seperti… Ryo telah menyebabkan cik Yna hamil? Atau mungkin berita perkahwinan?”

Yna yang berdiri di belakang Aya mengulum senyuman. Gelihati mendengar tekaan wartawan tersebut. Manakala Ryo hampir tak dapat bernafas mendengarkan setiap soalan dan tekaan yang menerjah. Namun lagak cool nya tetap terpamer pada wajahnya demi menjaga kepentingan diri sendiri. Bersikap tenang itu penting setiap kali berhadapan dengan wartawan. Lebih-lebih lagi apabila menghadapi situasi seperti hari ini.

“Hahaha~ Hamil? itu sesuatu yang gila. Manakala perkahwinan pula… itu lebih mengarut. Seperti yang anda semua jelas, semua artis di bawah agensi kami tak dibenarkan berkahwin sebelum usia mencecah 30. Ryo artis terpenting agensi kami, tak mungkin dia dibenarkan berkahwin dalam waktu ini...”

Yna mengerling Ryo di sebelah… tak boleh berkahwin? Hurm, nampaknya Ryo terikat dengan syarat dalam kontraknya.

“Buat masa ini cik Yna hanyalah teman wanita Ryo…”

“Jadi boleh jelaskan tentang insiden di dalam lif pagi tadi?”

Kepala semua orang terarah pada satu suara yang menyoal. Sesetengah daripada mereka tersenyum… terima kasih untuk soalan utama itu, kawan.

“Tentang yang itu…”

“Biar saya jelaskan sendiri.” Ryo bersuara memintas bicara pengurusnya.

Semua tertumpu kepada Ryo termasuk Aya dan Yna. Wajah Aya sedikit berkerut melihat tindakan Ryo. Ryo faham maksud renungan pengurusnya saat itu. Dia tahu pasti pengurusnya itu takut jika dia berkata dengan sewenang-wenangnya lagi.

Don’t worry, Aya. Ryo Nishikido tahu apa yang patut dilakukan saat ini. Percayalah… perkara ini akan lebih terkawal selepas aku sendiri membuat pengakuan… Ryo senyum menyambut pandangan risau Aya. Sementara Yna pula sedang menyampaikan suatu isyarat melalui renungan matanya. Ryo tidak faham… err, sengaja tidak mahu memahami renungan penuh makna itu sebenarnya.

“Sebenarnya apa yang berlaku hari ini bukan sesuatu yang disengajakan. Kami berdua… Ahh~!!” ketam menyengat pinggang Ryo. Ryo menoleh ke sebelah. Dilihat Yna sedang menjeling sekali kepadanya sebelum mengukir senyuman di hadapan wartawan.

“What the heck.” Ryo merengus perlahan.

“Jangan bertindak bodoh. Biar Aya uruskan wartawan-wartawan semua ni.” Yna bersuara perlahan antara dengar dan tidak. Dia berdiri rapat di sisi Ryo sambil menggenggam telapak tangan pemuda tersebut agar mudah mengawal tindakan luar batasan Ryo nanti.

Berdiri di sebelah Yna waktu ini, rasanya bagai sedang menjadi seorang pesalah yang bakal menjalani hukuman. Aku kembali ke dunia perempuan ini. Kali ini mungkin bukan sebagai musuh tetapi sebagai pelakon dalam sandiwara hebatnya. Apa yang bakal berlaku selepas ini, aku perlu bijak mengawalnya. Mungkin benar… situasi kali ini ada kebaikan dan keburukannya. Perhaps~

Thursday, December 24, 2009

Tahniah!!!

OMEDETO GOZAIMASU~~!!!

untuk anak2 sedara Cik Kaseh yang maybe tengah selebret kejayaan kalian dalam PMR hari ni,
Cik Kaseh... ec'ceh! Acik Nurul lah... ucapkan tahniah ya sebab korang berdua dapat result yang cemerlang.


Angah 7A 1B
(Cik Intan payung... jangan marah ek... dpt masuk kepala je dlm blog acik... hehehe~)



Alia 9A


Acik takde hadiah nak bagi kat korang berdua... ni kira hadiah jugaklah sebab dah feymes kan muka korang dalam blog glamour acik... err, glamour ke... poyo je lebih!
hehe~ jangan marah ek~~


P/S : Angah, hari tu bukan main lagi gaya dah ngalahkan ustaz... awat dapat B plak subjek Pendidikan Islam tu... hailo~

Wednesday, December 23, 2009

Ai Without Love ::Bab3 Bhg 2::

Tajuk : S.O.S
Watak : Ryo, Yna, Aya
Genre : Friendship and romance
Lokasi : Diamond Tsubasa(kereta Ryo)
Ringkasan : Baru terlepas dari serangan Piranha. Perlu menemui Aya untuk mendapatkan bantuan kecemasan. Walaupun terpaksa kena bebel tapi hanya Aya seorang saja yang boleh menyelamatkan situasinya kini.


I'm sorry, Aya... i make this trouble again...



“MEREKA semua tu wartawan kan?” Soal Yna sebaik kereta yang dipandu oleh Ryo keluar meninggalkan Lapangan Terbang Lisberg.

Ryo tidak terus menjawab. Matanya masih memandang sekeliling mahu memastikan yang mereka sudah selamat dari diekori. Setelah yakin keadaan selamat, Diamond Tsubasa berwarna putih itu meluncur deras sebaik pedal minyaknya ditekan. Yna rasa bagai hendak terbang ke belakang dengan kepantasan kenderaan tersebut.

“Ya, mereka wartawan… macam mana mereka boleh kesan aku di dalam lif pun aku tak faham. Gila betul!” Tempiknya melepaskan geram yang terbuku sejak tadi.

“Aku rasa mereka follow kau sejak semalam.” Yna membuat andaian.

Ya, andaian Yna sama dengan aku. Kalau tidak masakan mereka boleh tiba-tiba muncul sebaik lif dibaiki. Tapi masalahnya sekarang…

“Mereka anggap aku ni kekasih kau.” Yna menolak anak-anak rambut yang nakal memukul wajah.

“Memanglah! Sebab kau yang kononnya terror dengan selok belok lapangan terbang tu dah bawa aku ke tempat ‘puaka’ tu.” Serang Ryo secara tiba-tiba. “Tak pasal-pasal kena bermalam kat dalam lif,” sambungnya dengan nada yang rendah selepas itu, cuba menyimpan separuh daripada amarahnya terhadap Yna.

Malaun tak guna! Selamba je sound-sound aku. “Hei, yang kau tu suka-suka hati bawa aku lari gaya ala-ala Romeo nak larikan Juliet tu apa kes pula? Ada ke aku benarkan kau peluk dan dukung aku macam tu tadi!” Yna membalas serangan Ryo. Matanya menjegil rapat menikam Ryo yang sedang memandu di sebelahnya.

“Woi, fikir logiklah sikit. Kau nak ke aku tinggalkan kau sorang-sorang kat situ dengan wartawan-wartawan yang macam piranha nak ratah mangsanya tu. Kalau kaki kau tu tak terseliuh, tak hinginlah aku nak dukung kau.” Ryo mempertahankan diri. “… dahlah berat macam…”

“Macam apa?!” Yna yang terdengar suara halus Ryo menyambung kata-katanya segera mencengkam pangkal baju lelaki itu.

“Lepaslah. Aku tengah drive ni.” Ryo memegang tangan Yna yang sungguh-sungguh menarik pangkal kolar bajunya sehingga dia rasa bagai nak lemas.

Yna melepas kasar baju Ryo. Kemudian dia kembali duduk betul menghadap ke hadapan. Wajah tegangnya tidak mengerling ke arah lelaki di sebelahnya lagi selepas itu.

Ryo diam dan memberi tumpuan di jalan raya. Tidak mahu menegur Yna yang masih marah. Namun matanya tetap mencuri pandang merenung sisi wajah gadis tersebut. Keayuan aslinya masih terserlah biarpun dilitupi sikap garangnya selama ini. Yna menolak rambutnya ke belakang telinga. Wajah Yna semakin terserlah di pandangan mata Ryo. Wajah yang disaluti sedikit kecewa.

Anak mata kembali fokus ke jalan raya yang masih kurang kenderaan di awal pagi itu.

Sorry, Yna.” Ucap Ryo.

Mendengar ucapan maaf itu membuatkan Yna kembali berpaling kepada Ryo.

“Aku tak sengaja marah kau. Aku yang salah sebenarnya. Maafkan aku.” Mendatar suara Ryo kala itu.

Sedar pun diri tu yang salah. Nasib baik kau lekas minta maaf. Kalau tak, perang dingin semulalah kita lepas ni. Tapi masalahnya sekarang… “Kau nak bawa aku pergi mana?” Tanya Yna yang terlupa hendak bertanya hala tuju mereka sejak tadi.

“Jumpa pengurus aku. Sebelum berita ni tersebar lebih baik aku beritahu dia dulu.” Jelas Ryo.

“Aku kena ikut sekali?”

“Yelah. Kau kan terlibat juga.”

Ha? Apa ni… aku nak tolong dia tapi alih-alih aku pun dapat bala sekali. Teruknya…

“Tapi aku kena masuk kerja sekejap lagi.” Yna memberi alasan untuk tidak mahu terlibat dengan masalah Ryo.

“Ambil cuti.”

“Tapi…”

“Katakan kau terpaksa ambil cuti kecemasan sebab nenek kau sakit. Habis cerita.”

Senangnya dia bagi cadangan macam tu. Macam bapak dia pula yang bagi aku makan gaji. Cis~

*************

Kebetulan Ryo ternampak Aya yang baru saja keluar dari perut keretanya di perkarangan pejabat agensi. Dengan seberapa pantas Ryo pergi mendapatkan wanita tersebut. Ditariknya pengurusnya menuju ke belakang kereta. Aya yang terpinga-pinga diperlakukan serupa itu tidak sempat mengatur bicara hendak memarahi artis muda itu apabila ternampak seorang gadis bersama-sama Ryo pagi ini.

“Ryo…”

“Chup, sebelum kau nak cakap atau marah aku, tolong dengar dulu cerita aku ni. Aku jamin ini lebih besar dan penting daripada apa yang kau nak leterkan tu.”

“Ha?” Aya terpinga-pinga. Terus memandang Ryo dan gadis yang tidak dikenalinya itu silih berganti. Curiga bersarang penuh di mindanya.

Melihat tempat mereka berbicara yang sangat terbuka Ryo memutuskan untuk masuk ke dalam kereta Aya. Dia mengajak Aya ke suatu tempat lain yang lebih selamat. Aya yang masih samar-samar dengan tindakan Ryo hanya menurut kemahuan lelaki tersebut. Sebaik berada di atas jalan Aya segera meminta Ryo berterus terang dengan apa yang berlaku sebenarnya.

“Boleh kau janji jangan melenting lepas aku berterus terang?” Pinta Ryo sebagai jaminan.

Aya rasa tidak sedap hati. Ini tanda-tanda awal yang Ryo telah melakukan kesalahan.

“Boleh janji tak?” ulang Ryo semula di sebelahnya. Yna di belakang hanya duduk diam-diam.

“Okey…” Aya mengangguk sekali memberi persetujuan. Diam-diam jari telunjuknya bersilang dengan jari hantu. Tanda janjinya tadi terbatal. Pada bila-bila masa dia akan melenting jika berita yang bakal diterimanya itu nanti Berjaya menaikkan darahnya. “Cepatlah cakap.”

“Kami berdua terkantoi dengan wartawan.”

“Hah, apa maksud kau terkantoi?” Suara Aya agak meninggi. Bunga-bunga kemarahan hendak berkembang.

“Kami terperangkap dalam lif malam tadi. Kemudian pagi tadi kami terkantoi dengan beberapa orang wartawan.”

Aya yang sedang memandu itu mengerling tajam kepada Ryo di sebelah. Dia diam sahaja tanpa berkata apa-apa. Kemudian dengan mata yang tetap fokus pada jalan raya itu sempat dia menoleh ke belakang melontar jelingan kepada Yna pula. Yna buat selamba tanpa rasa bersalah… memang bukan salah dia pun.

“Tapi dia bukan Gina kan. Apa yang kantoi? Cerita betul-betul dengan aku. Apa yang kau buat semalam, Ryo?” Suara Aya menunjukkan bunga-bunga kemarahan sedang berkembang.

“Err…” Ryo sedang mengatur bicara.

“Cepat cakap apa yang berlaku?” tengking Aya yang semakin tidak dapat mengawal rasa marahnya. Terasa sesuatu yang teruk bakal berlaku apabila melihat wajah serba salah Ryo. “Kemana kau pergi semalam? Apa yang berlaku? Dan siapa perempuan ni?”

“Sabarlah… tadi kata janji takkan marah.” Pujuk Ryo sambil mengelus-ngelus bahu Aya yang sedang memandu itu. Mujur wanita itu sedang memandu kalau tidak jawabnya lebih teruk dia diserang oleh pengurusnya itu.

“Ryo, aku kena masuk kerja sekarang.” Yna bersuara dan ia langsung tidak meredakan ketegangan yang sedang dihadapi oleh Ryo. Tambah mengusutkan otak adalah. Yna tidak tahu yang hal ini bukannya remeh untuk diselesaikan. Entah gossip apa yang akan keluar di media esok.

“Okey, sebelum tu aku kenalkan… Aya, ini Yna. Kawan lama aku… Yna, ini Aya. Pengurus aku.”

“Hai, Aya. Nice to meet you.” Sapa Yna sambil pura-pura memaniskan muka. “Okey, now… boleh hantar aku pergi kerja?” Air mukanya kembali serius memandang Ryo. Dia masih memikirkan tentang kerjanya pada waktu ini tanpa mengambil kira akan masalah yang masih tidak jelas itu.

“Yna… please. Jangan anggap ini bukan masalah kau. Ia dah jadi masalah kita bersama sekarang.” Ryo geram dengan sikap pentingkan diri Yna walaupun dia tahu yang Yna tidak tahu apa-apa kerana bukan dalam situasinya ketika ini.

“Hei, apa yang serabut-serabut. Benda dah jadi, bukannya boleh dibetulkan semula pun. Lagipun kita cuma accident. Bukannya sengaja pun.”

Mendengarkan kata-kata Yna menambahkan lagi kusut otak Aya memikirkan apa sebenarnya telah berlaku diantara mereka berdua. Accident? Kantoi? Apa yang mereka berdua cuba nak beritahu ni?

Aya membelokkan keretanya ke bahu jalan. Dia berhenti mengejut bagi membolehkan perbincangan mereka berlaku dalam suasana yang lebih lancar. Ryo dan Yna hampir tersungkur ke hadapan akibat tindakan Aya yang membreak dengan mengejut.

“Sakitlah, makcik!” marah Ryo.

Yna mengusap-ngusap kepala yang terhantuk di kerusi hadapan. Dalam hati turut menyumpah Aya yang sengaja berhenti mengejut.

“Cepat cerita perkara sebenar yang dah berlaku.” Soal Aya tegas sambil anak mata Ryo direnungnya dengan tajam.

Ryo tertunduk memandang peha. Sesekali dia menjeling Yna di belakang. Yna diam saja. Buat-buat tidak masuk campur dalam perbincangan tersebut.

“Secara ringkasnya aku terperangkap dalam lif bersama Yna. Kemudian pagi tadi selepas lif dibaiki beberapa orang wartawan menyerbu kami dan…”

“Dan kami kantoi sebab Ryo terpaksa dukung saya waktu tu. mereka semua sedang anggap saya sebagai kekasih Ryo.”

“Yna!!!” Ryo menjerit geram. Tindakan Yna yang memintas penerangannya itu bagai sengaja mahu membuatkan darah Aya menggelegak dengan cepat.

Yna menjelir lidah tatkala dijeling dengan tajam oleh Ryo. Memang dia sengaja bertindak begitu kerana tidak puas hati apabila Ryo mengheretnya ke dalam masalah ini.

“Ryo Nishikido…” suara Aya berubah menyeramkan. “Kau dah bagi aku satu masalah baru untuk diselesaikan.” Anak mata Aya merenung tepat ke wajah cuak Ryo.

“Err…” Ryo mengetap bibir. Anak matanya dilarikan ke luar tingkap. Tidak berani membalas renungan maut pengurusnya.

“Berapa kali aku nak cakap… jangan bergerak bersendirian tanpa pengawasan!! Kau bukan budak hingusan yang menyanyi kat kelab malam macam dulu!!! Kau tu artis popular, bodoh!” Suara Aya sudah tinggi melangit. Bingit dibuatnya apabila mendengarkan suara nyaring tersebut dalam ruang terhad yang tertutup rapat sebegitu. Yna di belakang sudah menekup telinga dengan kedua belah tangan sementara Ryo pula sedang berusaha mengelak tempias air liur Aya yang tersembur di hadapannya.

“Apa nak buat sekarang, Aya?” soal Ryo sebaik Aya penat membebel.

Aya diam. Dia menghidupkan kembali enjin keretanya.

“Pertama sekali kita perlu buat sidang akhbar untuk menjelaskan semua ini.” Keretanya kembali meluncur di jalan raya.

“Apa yang nak dijelaskan?” Soalan bodoh Yna membuatkan Aya dan Ryo menjeling geram kepadanya.

“Okey… pasal salah faham semua ni.” Yna menjawab sendiri soalannya tadi.

Perbincangan mereka tamat untuk seketika. Kereta yang dipandu bergerak menuju ke kediaman Ryo.