Gambar hiasan yang langsung tak de kena mengena dengan entry ^o^
Sejujurnya... Cik Kaseh tak pernah tahu apa itu skrip sebelum ini. walaupun pernah memasang niat untuk menghasilkan skrip drama dulu tapi ia sekadar angan2 belaka kerana... macam mana nak buat kalau ghupe bentuk skrip tu pun Cik Kaseh tak tahu.
baru2 ini Cik Kaseh mengikuti bengkel penulisan skrip yang dianjurkan oleh AVA. Di bengkel tersebut saya dan rakan2 AVA telah didedahkan dengan dunia penulisan skrip yang sebenar. tak sangka, ia bukan semudah yang Cik Kaseh fikir sebelum ni. cabarannya memang berbeza dengan menulis novel. Kalau novel kita mementingkan gaya bahasa serta penyampaian yang boleh menarik perhatian pembaca tapi kalau skrip pula, arahan yang tepat itu lebih penting agar pengarah, pelakon dan kru dapat memahami apa yang cuba disampaikan oleh penulis skrip. Menulis skrip juga bukan boleh suka2 main tibai saja. kena ikut format (lebih2 lagi pada penulis2 yg baru). pening juga nak memahami format penulisan skrip ni. macam novel pula... pun ada format juga tapi taklah serumit skrip. penulis skrip ni ibarat masuk ke dalam dunia orang glamour (tapi kita tak glamour pun...), yelah dapat kenal pengarah terkenal dan artis2. penulis novel pun famous juga... tapi popularnya tu lainlah sikit... hehe... <-- apa yang lain tu, Cik Kaseh?
Hurm...
...
...
...
Cik Kaseh memang sukakan dunia penulisan. Dengan menulis saya dapat meluahkan sesuatu yang mustahil dalam dunia realiti Cik Kaseh. yang tak mungkin untuk Cik Kaseh lalui. tapi cam best pulak kalau betul2 berlaku. hehehe~...
Dalam beberapa hari ni Cik Kaseh memikirkan sesuatu. Antara menulis skrip dan novel... yang mana lebih memberi faedah kepada Cik Kaseh untuk berjaya di masa hadapan?
Menulis novel... yang menyeronokkan dan memberi kepuasan dalam hidup saya.
Atau
Skrip... yang mungkin boleh mengubah hala tuju sebenar Cik Kaseh dalam bidang penulisan.
...
...
...
mungkin inilah masanya untuk saya memulakan misi baru. tidak perlu memilih antara dua... cuma perlu mengembangkan sebelah lagi sayap. dalam bidang yang sama tapi sesuatu yang berbeza... kalian jadilah saksi, Cik Kaseh sedang menyahut cabaran ini.
P/s : ini boleh dikira sebagai azam ke4 Cik Kaseh tahun ini. Yeah~!!
5 comments:
chaiyyookk...
yana sokong cik Kaseh..
mst best gle la klu cik Kaseh wat skrip..
go cik kaseh, go!
best menulis skrip ni... cuba-cubalah, musti suka gak nanti...
Pada pandangan akak yang tua ni lah, apapun bidang yang kita nak masuk, masuklah dengan minat dan cinta, InsyaAllah ia akan membuahkan hasil yang baik nanti.
Selamat menulis skrip.
greeny gurlz : trimas untuk sokongan anda ^o^
Neddo : i'll try my best... hwaiting~ yeah~!!
K.maria : trima kasih untuk nasihat k.maria.
Post a Comment