Kawan2 yg saya Sayang

Tuesday, December 15, 2009

Ai Without Love ::Bab2::

Tajuk : Terperangkap
Watak : Nishikido Ryo, Yna Baktiar, Gina, Vic Teoh
Lokasi : Lapangan Terbang Lisberg, Sweet Chocoretho (kedai coklat)
Genre : Romance
Ringkasan : Ryo cuba menjejaki Gina di Lapangan Terbang Lisberg tapi gagal. Ryo bersua dengan Yna secara kebetulan ketika sedang melarikan diri dari peminat fanatiknya. Yna cuba memabntu Ryo untuk bersembunyi tapi sesuatu tidak terduga berlaku.


2

Setibanya di lapangan terbang Lisberg Ryo terus menuju ke kaunter pertanyaan. Dia menyemak semua penerbangan ke Houston Milan. Dia berasa lega kerana masih sempat mengejar penerbangan terakhir. Ryo berlari di sekitar kawasan lapangan terbang. Mencari dan terus mencari kelibat Gina. Namun dia gagal. Terlalu sukar menjejaki gadis tersebut. Gina seakan cuba bersembunyi.

Ryo rasa tertekan tetapi dia masih belum berputus asa. Dia cuba menghubungi telefon bimbit Gina… Gagal. Gina sengaja tidak menjawab panggilan Ryo. Ryo kecewa. Dia yang keletihan berkejar ke sana ke sini akhirnya mengambil tempat untuk duduk sebentar.

Seorang gadis yang duduk di sebelah memandangnya tidak berkelip. Ryo yang terasa diperhatikan segera menoleh. Pandangan gadis tersebut membuatkannya tidak selesa.

“Awak ni… Nishikido Ryo?”

“Err…” Ryo serba salah hendak mengaku tapi akhirnya dia mengangguk. “Ya, saya...”

Wajah Gadis itu tersenyum berseri-seri. Dia mencuit temannya yang berada di sebelahnya dan memberitahu bahawa lelaki tersebut benar-benar ialah Ryo, penyanyi yang terkenal itu.

“Boleh minta autograph?” Pinta gadis tersebut yang nampak sangat teruja bertemu dengan Ryo. Temannya yang seorang lagi sedang menyelongkar begnya untuk mencari pen dan kertas.

Ryo tersenyum dan mengangguk. Sebentar kemudian gadis tadi menyerahkan sekeping kertas kepada Ryo. Temannya tadi masih mencari-cari pen di dalam beg galasnya. Ryo terus menunggu dengan sabar.

“Ala, pen aku hilang. Kau ada pen tak?”

“Ha? Manalah aku pernah bawa pen. Err, macam mana ni?”

Ryo hanya diam dan membiarkan dua orang gadis tadi mencari ikhtiar untuk mendapatkan autographnya.

“Err… Kami tak ada pen. Macam mana ni?” Akhirnya salah seorang gadis tadi bertanya pula kepada Ryo.

“Hmm… Lipstick? Awak berdua tentu ada lipstick kan?” Ryo memberi cadangan. Selalunya orang perepuan mesti ada lipstick dalam beg tangan.

Dua orang gadis tadi tersenyum dan segera mendapatkan lipstick mereka untuk Ryo. Sebentar kemudian Ryo mencoret sesuatu pada kertas tadi dengan gincu.

“Nah, satu untuk awak dan satu lagi untuk awak.” Ryo menghulur kertas yang sudah ditandatanganinya kepada dua orang peminatnya itu. Dia senyum kepada dua orang peminatnya itu.

Dua orang gadis remaja tersebut sudah jatuh cinta dengan senyuman Ryo sehingga tidak sedar yang Ryo sudah memberikan kertas tadi.

“Err… boleh tak kita tangkap gambar?”

Ambil gambar pula? Hai… apa-apa sajalah. Ryo tidak mahu mengecewakan mereka semua lantas mengangguk. Beberapa keping gambar mereka ambil. Dan masa yang Ryo luangkan itu sudah cukup lama sehingga menyebabkan dirinya mula dikesan orang ramai di sekitar lapangan terbang itu. Daripada dua orang sahaja kini Ryo terpaksa melayan lagi tiga orang. Kemudian bertambah menjadi lima dan sepuluh dan akhirnya Ryo terpaksa melarikan diri kerana mula diserbu.

Berlari ke utara dikejar oleh sekumpulan manusia. Kemudian berlari pula ke timur, Ryo tersepit di jalan buntu. Mati! apa aku nak buat sekarang? Mana lagi aku nak lari ni? Ryo nampak satu lorong. Dia segera berlari ke arah lorong tersebut.

Ada sebuah kedai coklat di bahagian selekoh lorong tersebut. Tanpa berfikir panjang Ryo terus masuk ke dalam kedai tersebut. Sambil menundukkan kepala dia berjalan pantas di sekitar rak-rak coklat. Ada satu sudut yang agak selamat dan tersorok dari pandangan orang ramai. Ryo duduk bertinggung di situ sebentar untuk menghilangkan lelahnya.

Seorang gadis yang merupakan pekerja di Sweet Chocoretto, kedai coklat tersebut menghampiri Ryo. Sambil turut sama bertinggung dia menegur Ryo.

“Apa kau buat di sini?” tanyanya sambil meneroka wajah lelaki yang masih tercungap-cungap itu.

“Hah!” akibat terkejut Ryo menutup sebahagian wajahnya. Mengelak dari dicam oleh sesiapa lagi. Dia sudah tidak larat hendak berlari menyelamatkan diri lagi. “Tak… aku bukan Nishikido Ryo!” katanya dalam keadaan kalut.

Akibat suaranya yang meninggi tiba-tiba itu telah menyebabkan beberapa orang di kedai tersebut perasan akan kehadirannya. Yna yang perasan akan keadaan tersebut segera menolak Ryo ke belakang rak. Sambil tersenyum manis dia menundukkan kepala kepada para pelanggan di kedai tersebut.

Seketika kemudian pelanggan Sweet Chocoreto tidak mengendahkan lagi suara yang mencurigakan tadi. Peluang itu sebaiknya digunakan oleh Yna untuk bercakap dengan Ryo.

“Ryo, ini akulah. Kau tak kenal dengan aku ke?”

“Ha?” Ryo merenung gadis yang sedang mengawal suaranya itu. “Y-Yna…?”

“Ya, Aku Yna lah.” Sempat Yna melepaskan rambutnya agar Ryo lebih mengecamnya.

Ryo ternganga sambil terus merenung Yna. Tak sangka bertemu dengan gadis tersebut dalam keadaan yang kelam kabut begini.

“Apa yang sedang kau buat ni? Ada orang kejar kau ke?” Soal Yna.

“Err… lebih kuranglah. Aku kena kejar dengan sekumpulan peminat.” Mata Ryo masih mengawasi keadaan sekeliling. “Aku tak tahu mana nak larikan diri lagi ni.”

Yna turut sama memerhati keadaan sekeliling terutama di luar kedai. Tidak jelas mana satu peminat Ryo tapi nampak gayanya banyak mata yang sedang melilau-lilau seperti sedang menjejaki sesuatu.

Ryo tidak boleh terus berada di sini. Alamatnya kedai ini pula yang akan roboh diserbu oleh mereka semua kalau Ryo dapat dikesan nanti. Aku patut bawa Ryo keluar dari tempat ini.

“Jom ikut aku.” Yna menarik lengan Ryo dan membawanya secara senyap ke lorong belakang kedai. Dia tahu selok belok kawasan lapangan terbang tersebut. Ada lorong tersorok yang jarang digunakan orang ramai.

“Kau nak bawa aku kemana ni?” Soal Ryo.

“Jangan risau. Aku dah biasa dengan tempat ni. Kita tak akan tersesat.” Dia tahu Ryo tidak yakin dengannya. Satu perkara yang Ryo tidak tahu ialah dia bekerja di sini dan tahu setiap laluan di situ.

Sampai di pintu lif mereka berhenti.

“Yna, macam mana kau tahu selok belok kawasan di sini?”

Yna tersenyum.

“Aku kerja di sini.”

“Hah… yeke? Kerja apa? Pramugari?”

“Hotak kau! Macam perli aku saja.” Hampir saja buku lima Yna singgah di wajah Ryo.

Ryo tertawa.

“Aku kerja di Sweet Chocoretho.”

“Kedai coklat tadi?” Ryo tertarik. “Kau dengan coklat memang tak dapat dipisahkanlah, Yna.” Ryo menggeleng kepala sambil tersenyum lagi. Satu perkara yang dia ingat tentang Yna dulu ialah gadis itu sanggup belasah sesiapa yang termakan coklat kesayangannya.

Well, you know me, right.” Yna bangga dengan pekerjaannya sekarang.

Pintu lif sudah terbuka dan Yna melangkah untuk masuk ke dalam perut lif.

“Kita nak kemana ni?” Tanya Ryo sebelum masuk ke dalam lif.

“Keluar dari sinilah.” Jawab Yna.

“Ikut lif ni?”

Yna mengangguk yakin. Ryo menganggap Yna lebih arif dengan kawasan lapangan terbang ini jadi dia mengikut saja aturan Yna. Dia masuk ke dalam lif bersama Yna.

“Lama betul kita tak berjumpa kan.”

“Ya… sejak tamat kolej. Dah dua tahun agaknya.”

“Dua tahun… tapi rasa macam dah dua belas tahun. Kau dah banyak berubah.”

Yna sekadar tersenyum mendengar pendapat Ryo tentang dirinya kini.

Ryo merenung diri Yna.semula.

saat ini.

atau salah awak sendiri yang tentukan. cuma in yang l Tidak banyak perubahan pada diri Yna sebenarnya melainkan rambut gadis itu yang sudah panjang melepasi pinggang. Tapi dengan sedikit perubahan itu saja, Ryo rasa sedang melihat Yna yang baru hari ini.

“Apa cerita kau sekarang?” Soal Yna sekadar memenuhi masa terluang di dalam lif tersebut.

“Seperti yang kau nampak dan kau dengar di dada akhbar dan kaca tv. Apa lagi yang aku nak cerita…” jawab Ryo sambil tersenyum panjang.

Ya… dia sangat popular sekarang. Semua orang asyik sebut tentang Nishikido Ryo. Untuk kali pertama selepas dua tahun perpisahan kami… adakah patut jika aku masih berasa cemburu dengan dirinya?

“Kau pula macam mana? Masih bersama Vic?”

Wajah Yna berubah sedikit. Kenapa soalan itu pula yang keluar dulu dari mulut Ryo? Tak kan dia tidak tahu cerita diantara aku dan Vic selama ini. Jangan kata yang mereka berdua dah lama tak berhubung… itu pelik.

“Ryo…” Kata-kata Yna terbantut apabila tiba-tiba lif berhenti mengejut.

“Alamak… lif rosak.”

“Oh, no…” Ada keluhan di hujung kata-katanya.

Ryo meraba-raba dinding. Dia menekan butang kecemasan. Sementara Yna pula sedang cuba mencungkil pintu lif. Namun usahanya itu gagal.

“Yna… kau tak akan berjaya buka pintu lif ni.” Ujar Ryo yang sudah menapak di lantai lif.

“Argh… kenapa time macam ni pula lif ni nak buat hal!” Yna nampak geram.

Ryo mengeluarkan telefon selularnya. Moga-moga dia dapat menghubungi seseorang untuk mendapatkan bantuan. Memandang skrin alat komunikasi tanpa wayar itu tiba-tiba menimbulkan rasa geramnya. Patutlah telefonnya senyap sejak tadi, tiada panggilan daripada Aya yang sepatutnya sedang mencarinya pada waktu ini. Rupanya telefon bimbit itu sudah kehabisan bateri.

Yna yang masih sibuk mencungkil pintu lif dikerling. Yna yang perasan dirinya direnung menoleh kepada Ryo. Memahami apa maksud pandangan Ryo itu segera dia meraba poket bajunya… dia menggeleng kepala. Tidak membawa telefon bimbitnya kerana tergesa-gesa keluar dari Sweet Chocoretho ketika melarikan Ryo tadi.

Huhh~~ masing-masing mengeluh sebelum duduk bertinggung di lantai lif. Mahu tidak mahu mereka terpaksa bersabar menunggu pasukan penyelamat yang tidak pasti bila akan tiba.

Relax lah. Perkara macam ni biasa saja, okey.” Ryo cuba menenteramkan Yna yang nampak gelisah.

“Ryo, kau tak fahamlah… sekarang dah jauh malam. Kemungkinan pasukan penyelamat tak akan datang. Kau nak kita duduk di sini sampai esok pagi ke?”

“Hah…! Kau gila! Tak kan lapangan terbang besar macam ni tak ada pasukan penyelamat yang bertugas 24 jam?”

“Ya, memang ada tapi lif yang kita gunakan ni jarang digunakan orang ramai. Kemungkinan besar mereka tidak sedar dengan masalah yang sedang kita hadapi sekarang.”

“Jadi… kita akan terperangkap sampai bila?” Barulah wajah Ryo nampak sedikit cemas.

“Kita kena cari jalan untuk keluar dari sini.”

Yna kembali berdiri dekat dengan pintu lif. Dia mencuba lagi untuk membuka pintu lif yang tertutup rapat itu.

Usaha kau sia-sia, Yna. Kau tak akan berjaya dengan cara begitu. Ryo bersuara di dalam hati sahaja. Dia kembali bangkit. Memandang sekeliling. Apabila dia mendongak ke atas wajahnya tersenyum. Mungkin mereka boleh keluar melalui satu jalan.

“Yna…” Ryo mencuit bahu Yna.

Yna menoleh kepadanya. Yna mendongak ke atas apabila tangan Ryo menuding ke bahagian atas lif. Yna kembali menoleh Ryo semula dengan senyuman di bibir, sama seperti Ryo.

“Kau panjat aku dan cuba kopak bumbung tu, okey.”

“Okey… kadang-kadang boleh pakai juga otak kau ni, ya.”

“Heh, ini Nishikido Ryo lah.” Ryo mendabik dada.

Yna yang mula bersedia untuk memanjat tubuh Ryo itu mencebik. Menyesal pula aku puji dia tadi…

Tubuh lelaki itu dipanjat dengan berhati-hati. Berkerut-kerut wajah Ryo menahan Yna yang sedang cuba berdiri di atasnya.

“Ryo, pegang aku kuat-kuatlah. Nak jatuh ni.” Arah Yna yang sedang cuba mengopak bumbung lif.

“Aku jaga lah ni. Kau tu bukannya ringan tau. Janganlah banyak bergoyang.” Balas Ryo.

Baru saja Ryo habis bersuara, tubuhnya hilang keseimbangan menampung Yna di atas bahunya.

“Argh…!” mereka berdua menjerit sebelum kedua-duanya jatuh menyembah bumi.

Untuk seketika mereka menanggung kesakitan akibat kemalangan kecil tersebut. Ryo memegang kepala yang sakit akibat terhantuk di dinding. Tubuhnya rasa sengal-sengal. Yna pula memegang lutut dan buku lalinya yang cedera.

“Kau okey? Tak apa-apa?” Tanya Ryo mengambil berat akan sang teman.

“Kepala hotak kau tak apa-apa! Sakit tahu tak!” Marah Yna yang masih lagi menahan kesakitan.

Melihat Yna yang memegang kejap lututnya, Ryo cuba menghampirinya.

“Kau cedera?” Soal Ryo prihatin.

“Semua ni kau punya pasallah! Kenapa lepaskan aku macam tu?” Nada suara gadis itu jelas masih marah dengan insiden tersebut.

Sorry, Yna. Aku tak sengaja. Dah tak larat. Bukannya ringan tau nak junjung kau.”

“Apa maksud kau? Kau nak kata aku ni dah gemuk, ya?”

Ryo diam tapi kemudian dia tersengih mengerling Yna yang masih marah.

“Baguslah kalau kau sedar. He,he,he…” Ryo tertawa.

Yna mengetap bibir geram. Tangannya pantas hinggap ke tubuh Ryo. Satu cubitan kuat dihadiahkan kepada pemuda tersebut.

“Sakit~!” Ryo menjerit seraya menepis tangan Yna yang mengetam tubuhnya. Dia menjauhi Yna pada jarak yang lebih selamat.

“Padan muka kau.” Riak wajah wanita itu masih geram. Melihat Ryo menggeliat kesakitan dia tertawa kemudiannya.

Melihat Yna tertawa. Ryo ikut ketawa walaupun belakangnya sakit dicubit oleh Yna.

Yna mendongak ke atas memandang bumbung lif tadi. Dia bangun berdiri. Berkira-kira mahu mencuba sekali lagi memanjat bumbung tersebut.

“Kau terfikir nak kopak bumbung tu lagi ke?”

Yna menoleh memandang Ryo.

“Tak payahlah Yna. Kau berdiri pun dah senget sebelah, inikan pula nak panjat belakang aku semula untuk buka bumbung tu.” Ryo memberi pandangan apabila melihat keadaan Yna yang sudah tidak stabil berdirinya akibat kecederaan buku lali dan lututnya.

“Hei, aku okeylah. Siapa kata aku sakit.” Yna menafikan dakwaan Ryo.

Ryo senyum sinis. Dia tahu Yna sedang menahan kesakitannya. Gadis itu masih tidak berubah. Sentiasa mahu tunjuk yang dirinya kuat. Yna, Yna… apa salahnya tunjukkan perasaan sebenar kau. Aku tahu kau sakit tapi kau sengaja nak tunjuk kuat dihadapan seorang lelaki, kan.

Ryo menarik tangan Yna untuk kembali duduk seperti tadi.

“Lebih baik kita tunggu saja pasukan penyelamat.”

“Ryo…” Yna mahu membantah keputusan Ryo namun tatkala melihat senyuman lelaki itu yang nampak tenang… mungkin ada benarnya juga kata Ryo. Memandangkan keadaan dirinya menghalang niatnya untuk bergerak bebas lagi, dia akur dan menurut saja cadangan Ryo.

Yna mengambil tempat untuk duduk semula. Duduk bertentangan dengan Ryo. Agak jauh dan rapat ke dinding. Tidak mahu terlalu dekat dengan musuh lamanya itu.

Keadaan senyap untuk beberapa ketika. Yna membelek-belek luka di kakinya. Ryo cuma diam memandang diri gadis berambut panjang di hadapannya yang sudah lama tidak dipandangnya itu.

Dia masih seperti dulu. Degil, bengis, angkuh… dan cantik… lebih cantik daripada dulu dengan rambut panjangnya kini. Tapi adakah dia masih membenci lelaki? Hmm, mungkin tidak lagi. Bukankah Vic telah berjaya mengubahnya dulu. Adakah kami akan bermusuh lagi seperti dulu? Hehehe… teringatkan semula kenangan silam membuatkan Ryo tersenyum sendiri.

Yna nampak senyuman tersebut dan dia berasa pelik.

“Apa yang kau senyum-senyum sendirian tu? Gilakah?” Tegur gadis tersebut.

Ryo menggelengkan kepalanya. Masih lagi dalam senyuman.

“Aku teringatkan kenangan lama kita. Masa kita study di Orlando Phill Island dulu.”

“Hmph… apa yang kau ingat?”

“Masa tu ada kau, aku, Vic, Gina, Sutra… and sometime Mint. Kenangan waktu di zaman kolej buat aku tertawa sendiri. Kenangan yang menyeronokkan.”

“Ya, memang tidak dinafikan.” Yna mengiakan pengakuan Ryo. “Susah nak dapatkan kembali kenangan tersebut kembali. Kehidupan kita berubah selepas tamat kolej. Kita semua dah berpisah ikut hala tuju masing-masing.”

“Kau masih berhubung dengan teman-teman lama?” Tanya Ryo.

Yna diam. Hanya menggeleng perlahan. “Kau?” dia memulangkan semula soalan tersebut kepada Ryo.

Sama seperti Yna, Ryo mengeleng juga.

Masing-masing diam semula. Bermain dengan perasaan sendiri.

“Macam mana hubungan kau dengan Vic?” Soal Ryo tiba-tiba.

Tersentak Yna apabila sekali lagi Ryo menguatarakan soalan tersebut. Dia tidak terus menjawab. Sedang mencari alasan untuk mengelak daripada menjawab soalan sensetif tersebut.

“Kau kan kawan baik Vic. Tak kan kau tak tahu apa-apa cerita tentang aku?” Jawapan yang berbentuk soalan daripada Yna untuk Ryo.

“Aku… aku dah lama tak jumpa dengan Vic.” Jelas Ryo. Sejujurnya dia sudah lama tidak berhubung dengan Vic.

Sah… dia pasti tak tahu apa-apa hal yang berlaku diantara aku dan Vic.

“Hei, kau buat apa di sini sebenarnya?” Soal Yna pantas menukar tajuk perbualan.

“Aku…” Ryo teringatkan semula tujuan sebenar dia ke lapangan terbang tersebut. Bukan untuk bertemu dengan Yna tetapi Gina. Namun jodoh mempertemukannya dengan Yna pula petang tersebut.

“Aku sebenarnya nak jumpa dengan Gina.” Jawab Ryo jujur.

“Gina ada di Lisberg?” Soal Yna. Tiba-tiba rasa teruja.

“Tak… dia dah pulang ke Houston Milan.” Nampak riak wajah Ryo yang berubah ketika itu.

Yna tertanya-tanya tentang apa yang sebenarnya telah berlaku. Tentu ada cerita yang tidak diketahuinya diantara kedua pasangan tersebut.

“Ha? So?”

“Jadi aku tak dapat jumpa dia hari ini.”

Dahi Yna berkerut. Sengaja mahu memancing Ryo untuk bercerita dengan lebih lanjut.

“Aku dengan Gina baru saja break up, Yna.”

Ayat pertama itu membawa perasaan Yna ingin lebih tahu dengan lebih lanjut cerita diantara Ryo dan Gina.

“Bila fikir-fikir balik memang patut pun dia minta putus dengan aku. Aku memang tak ada masa untuk dia lagi. Dia tertekan dengan setiap apa yang aku buat sekarang.”

Memang patut pun kalau Gina minta putus. Bukan mudah untuk bercinta dengan artis seperti Ryo. Tapi Ryo nampak tenang melepaskan Gina. Adakah dia benar-benar merelakannya?

“Kau tak menyesal? Bukankah kau cintakan dia.”

“Entahlah… mula-mula tadi aku rasa menyesal sebab tak sempat halang dia daripada pergi. Tapi sekarang…” Ryo terdiam. Fikirannya kosong tanpa sebarang jawapan.

Yna tenang menunggu butir bicara Ryo.

“Sekarang aku rasa macam tak kisah lagi.”

“Ha…? Kau ni memang teruk, Ryo.” Yna seakan kesal dengan sikap Ryo terhadap Gina.

“Kau mungkin tak faham tapi sebelum ni Gina ada katakan sesuatu kepada aku… dia kata aku tak pernah menyintainya.”

“So, adakah kau menyintainya?”

Diam…

“Ryo.” Yna mendesak jawapan daripada Ryo.

“Tak tahu.” Jawab Ryo pendek.

“Mana boleh tak tahu. Ini soal hati kau sendiri. Kau patut lebih memahami perasaan sendiri.” Ternyata Yna kecewa dengan jawapan yang diberikan oleh Ryo.

Ryo senyap… Aku bukan tidak memahami diri sendiri. Cuma dunia aku dan Gina yang berbeza menyebabkan kami gagal mengekalkan hubungan ini.

“Kerja… kadangkala buatkan kita sedar sedalam mana sebenarnya cinta kita terhadap seseorang. Berjauhan membuatkan aku melupakan Gina… atau lebih tepat lagi sebenarnya ia menyedarkan yang aku tidak menyintai Gina.”

“Hmph, memang lumrah lelaki… akan meninggalkan wanita jika dia sudah berasa bosan,” sindir Yna. Marahnya sedang mekar berbunga.

“Kau anggap aku tinggalkan Gina? Itu tidak benar.” Ryo menyangkal dakwaan Yna.

“Kenapa? Kau nak tegaskan Gina yang tinggalkan kau ke? Kau fikir itu penafian yang wajar?” Yna menyerang.

“Bukan begitu… tapi kami berpisah secara baik.”

“Sudahlah, Ryo. Aku dah bosan dengan kata-kata lelaki. Semuanya dusta.”

Ryo berasa sesuatu dengan kata-kata Yna itu.

“Apa maksud kau? Adakah kau…”

Yna mengerling sekejap kepada Ryo yang sedang menatapnya sebelum membetulkan duduknya supaya tidak bertentangan dengan Ryo lagi.

“Kau masih bersama Vic?” Soal Ryo selanjutnya, cuba mencari kebenaran tersembunyi yang belum diceritakan Yna.

“Buat apa kau nak ambil tahu?” Balas Yna sombong.

“Sebab kita kawan. Tak salah bukan kalau aku nak tahu?”

Kawan? Sejak bila? Kau dah silap Ryo. Aku tak pernah anggap kau kawan aku pun selama ini.

“Yna…”

“Heh… apa kata kalau aku tak pernah anggap kau sebagai kawan aku. What do you think, Mr. Nishikido?”

“Ia tetap tak berubah. Jawapan aku tetap sama macam dulu… aku tetap panggil kau sebagai kawan aku.”

Yna ketawa sinis mendengar kata-kata Ryo.

“Satu lagi tabiat lelaki. Suka memutar belitkan kata-kata.”

“Tidak. Aku katakan sesuatu yang jelas, Yna.” Ryo serius.

Yna diam. Tidak membalas lagi kata-kata Ryo. Ryo mengangkat punggung untuk mengambil tempat disebelah Yna pula kali ini. Dia merenung Yna yang memegang buku lalinya yang cedera tadi. Gadis itu tidak memandangnya walau sedikitpun. Seolah kebenciannya terhadap lelaki telah menghalangnya daripada menerima kata-kata Ryo tadi.

“Kau dan Vic dah putus? Apa yang berlaku? Boleh kau ceri…”

“Jangan sebut tentang Vic lagi.” Pintas Yna. Tidak mahu Ryo melanjutkan soalan tentang Ryo lagi. Hatinya sangat sakit.

“Jadi itulah sebabnya kau kembali membenci lelaki? Kau hilang kepercayaan terhadap lelaki semula. Apa Vic dah buat pada kau? Kenapa berpisah?”

“Ryo, berapa kali aku nak ulang, jangan sebut tentang Vic lagi!” tempik Yna. Geram dengan kedegilan Ryo yang tetap mahu tahu tentang hubungannya dengan Vic.

Sorry… tapi aku tetap nak tahu sebab Vic juga kawan baik aku.”

“Itu dulu. Bukankah kau sendiri yang cakap kau tak pernah berhubung dengan dia lagi sekarang. Jadi itu bermaksud yang kau dan dia bukan lagi kawan baik.”

Fine, kau menang…” Ryo mengalah. Yna berjaya mematikan bidasannya. “Yna, terpulang pada kau nak cerita atau tidak tapi aku nak kau tahu yang aku rasa sakit hati sekarang. Lelaki tu pernah cakap dengan aku yang dia sangat menyintai kau. Dia sanggup mati demi kau. Jadi aku tak boleh terima hubungan korang yang tiba-tiba putus.” Ryo meluahkan rasa hatinya lantaran berita perpisahan tersebut.

Yna menjeling Ryo. Dia nampak kerut di wajah Ryo. Seolah-olah tertekan mahukan penjelasan daripadanya. Hmph… tindakan lelaki memang sukar diduga.

“Ryo…” Yna menarik nafas panjang. Dia rasa patut bersikap terbuka dengan Ryo. Mungkin dia patut meluahkan sesuatu kepada seorang teman dan Ryo adalah orang pertama yang muncul mengaku sebagai temannya selepas dia berpisah dengan Vic setahun yang lalu.

“Tiada perkara buruk yang berlaku diantara kami. Kami berpisah sebab kami tak sefahaman. Itu saja.”

“Itu saja?” Ryo nampak tidak puas hati dengan jawapan ringkas Yna.

Yna sekadar mengangguk. Tiada kesedihan yang Ryo nampak di wajah yang tidak beriak itu. Dia tidak pasti apa perasaan gadis itu apabila kisah lamanya diungkit kembali hari ini.

Selama ini kisah Yna hanya samar-samar singgah ke telinganya. Sehingga sekarang dia masih tidak tahu rahsia hidup yang disembunyikan oleh wanita tersebut. Berat sangatkah beban tersebut? Kenapa Yna tidak mahu berkongsi kesengsaraannya itu dengan sesiapa? Dia menutup semua itu dengan sifat cerianya di hadapan teman-teman. Dan kebenciannya terhadap lelaki yang begitu mendalam bukti yang dia ada sejarah hitam yang sukar dipadam dari kotak memorinya. Walau jika dia kehilangan ingatan sekalipun belum tentu mampu memadam kebencian tersebut.

Kruuu…!

Yna menoleh kepada Ryo apabila mendengar suara asing tersebut. Ryo sedang memegang perutnya. Dia tersenyum menyembunyikan perasaan malu.

“Kau lapar?” Tanya Yna.

Ryo mengangguk perlahan sebelum menundukkan kepalanya. Malu apabila ditegur oleh seorang wanita.

“Kau tak makan lagi, ya?”

“Tak sempat… tak ada masa.” Jawab Ryo.

Yna menggeleng-gelengkan kepala. Ryo tidak pasti adakah Yna sedang kesal dengan sikapnya yang mengabaikan soal kesihatan ataupun… erm, faham sajalah sikap Yna yang bijak mencari kelemahan orang itu.

Yna menyeluk poket bajunya dan mengeluarkan sesuatu. Satu bar coklat dihulurkan kepada Ryo. Ryo hanya memandangnya. Rasa sangat takjub. Betulkah Yna yang menghulurkan makanan kepadanya?

“Untuk aku ke?” Soal Ryo tidak percaya.

Yna dah berubah. Macam bukan perempuan kejam yang pernah aku kenal dulu.

“Kau nak atau tidak?” Soal Yna apabila melihat perlakuan Ryo yang terpinga-pinga apabila dia menghulurkan coklat tersebut.

“Tak nak, sudah.” Yna hendak menyimpan semula coklat tersebut ke dalam poket baju luarnya memandangkan Ryo tidak bercadang hendak mengambilnya.

“Eh, aku naklah.” Pantas Ryo menarik tangan Yna yang hendak menyimpan semula bekalan coklatnya itu. Coklat tadi segera dirampas Ryo.

Yna hanya memerhatikan tingkah pemuda tersebut. Tersenyum sinis. Dah lapar tapi masih berlagak tak nak terima makanan yang aku beri. Ceh!

“Betul ke kau kasi aku makan coklat ni?”

“Apasal kau tanya macam tu?”

“Yelah… bukankah sebelum ni kau sangat berkira kalau bab coklat. Setahu aku kau lebih sayangkan coklat berbanding…” Ryo tidak meneruskan tutur katanya. Sengaja dia menjeling Yna untuk menduga reaksi gadis tersebut.

“Berbanding apa?” Kasar nada Yna. Seakan mengesyaki Ryo.

“Berbanding… aku.” Jawab Ryo. Kemudian dia ketawa apabila Yna membalas jawapannya dengan cebikan panjang.

Perasan nak mampos! Memanglah aku sayangkan coklat daripada dia. Nak sayangkan dia buat apa? Bukannya dia tu kekasih atau abang aku pun.

Ryo mengoyak plastik pembungkus coklat. Coklat bar itu dipatahkannya. Ngap! Dia menggigit kepingan coklat tersebut. Yna tidak lebih sekadar merenungnya… Err, lebih tepat lagi sebenarnya sedang memandang coklat di tangan Ryo.

Gulp… rasa macam menyesal pula aku beri Ryo kepingan coklat terakhir aku tu. Rasa macam nak ambil semula tapi buruk siku namanya tu.

Lelaki itu sedar yang Yna sedang memerhatikannya lantas dia menoleh kepada Yna. Tersenyum dengan penuh makna. Cepat-cepat Yna mengalih pandangan ke arah lain.

“Yna…”

Yna buat tidak tahu. Tidak langsung menoleh semula kepada Ryo. Ryo cuma senyum sambil mengunyah coklat yang manis berkrim itu. Kalau ikut menu dietnya setiap hari dia jarang sekali menyentuh coklat. Hari ini terkecuali kerana darurat.

Wajah gadis di sebelahnya direnung lagi. Rambut panjangnya hitam berkilat. Mata bundarnya yang galak itu tidak merenung ke arahnya. Tahi lalat di bawah mata kanannya itu sama dengan yang ada di wajahnya. Apabila bertentangan mereka seperti nampak pantulan wajah sendiri. Ramai yang mengatakan wajah mereka berdua seperti adik beradik dulu. Ryo terus tersenyum. Percaya atau tidak dia pernah menaruh hati pada gadis tersebut suatu ketika dulu.

**********

“Ryo, bagi baliklah!”

“Tak nak… aku tahu ini bukan duit kau.”

Yna cuba menangkap tangan Ryo yang sedang menggenggam duitnya. Geram sungguh dia apabila lelaki itu sungguh pantas melari-larikan tangannya.

“Kau nak cari nahas dengan aku ya? Cepat pulangkan duit aku!”

Ryo mencebik mulutnya. Cerlungan mata Yna sedikitpun tidak menakutkannya kali ini. Duit tadi segera disimpan di dalam poket belakang seluarnya. Dia bercekak pinggang dan berdiri jauh sedikit menghadap Yna.

“Ini bukan duit kau, bukan?” Soalnya marah.

“Woi, kau nak kena belasah dengan aku ya? Bak balik duit tu, Ryo.”

Yna cuba menghampiri Ryo tapi setiap kali dia melangkah, Ryo turut sama melangkah ke belakang menjauhinya.

“Apa yang kau buat dengan Jericho dalam hotel tadi?”

Yna gigit bawah bibirnya. Wajah Ryo direnungnya geram. Macam mana pula dia tahu aku bersama dengan Jericho tadi? Kenal pula tu dengan Si Jericho bodoh tu. Hmm… mungkin sebab mereka berdua satu kolej tapi Jericho tu famous sangat ke sampai Ryo pun kenal? Heh, tapi tak mustahil juga kalau Ryo dan Jericho tu sama spesies. Spesies kasanova.

“Apa yang aku buat dengan dia, itu hal aku. Langsung tiada kena-mengena dengan kau.”

“Memanglah tak ada kena-mengena dengan aku. Cuma aku tak suka dengan sikap kau. Lagipun apa orang lain akan fikir kalau nampak pelajar kolej macam kau masuk ke hotel dengan seorang lelaki? Satu gejala yang tidak sihat tu…” Ryo seakan cuba menasihati Yna.

Yna mencebir. Heh… macam bagus pula nak berceramah dekat aku.

“Dan kalaulah Vic nampak apa yang kau buat tu…”

“Hei, biarlah kalau dia nampak! Aku lagi suka kalau kawan kau tu nampak apa yang aku buat tadi. Biar dia sedar diri dan tak payah nak terhegeh-hegeh kejar aku lagi.”

Kata-kata Yna benar-benar menaikkan darah Ryo. Hampir saja dia hilang sabar dan mahu melempang gadis tersebut. Mujur kedudukan mereka berdua jauh. (Er… kalau dekat pun belum tentu juga Ryo berani melempang Yna.)

“Kau ni kan… argh…! Aku tak faham kenapa Vic boleh jatuh cinta dengan kau. Kau langsung tak layak untuk lelaki macam Vic… eh, salah. Kau tak layak untuk mana-mana lelaki dalam dunia ni. Kau ni perempuan jalang!” Ujar Ryo yang dalam kemarahan yang memuncak.

Ahh…! Kau boleh anggap aku apapun sebab aku juga membenci kau dan Vic dan semua lelaki dalam dunia ni. Pendek kata bukan aku yang tak layak untuk lelaki tapi semua lelaki yang tidak berhak memiliki aku. Aku adalah aku. Hanya aku yang berhak ke atas diri sendiri. Lelaki cuma sampah. Sampah tak guna yang bernafsukan iblis!

“Aku tak peduli dengan kata-kata kau. Bagi balik duit aku.”

Yna mengejar Ryo. Biarpun Ryo cuba mengelak tapi Yna berjaya menangkap tangannya. Langkah kaki Ryo tersekat. Dia cuba melepaskan diri daripada Yna.

“Ryo!”

“Tak nak! Tak boleh!”

Sakit sungguh hati Yna. Dia hilang sabar lantas menumbuk muka Ryo. Ryo hampir hilang kawalan. Mujur tembok pemisah laut telah menjadi penyelamatnya. Ryo memegang mulutnya yang sakit. Urgh… kuatnya raksasa cantik ni. Dia menjeling Yna yang masih cuba meraba tubuhnya untuk mendapatkan semula duit tadi.

Tiba-tiba telefon bimbit berbunyi. Ada panggilan masuk. Ryo menolak tangan Yna yang sibuk mahu mendapatkan semula duitnya. Ryo tidak sempat mengambil telefon selularnya. Tangan Yna lebih pantas menyeluk telefonnya.

“Yna, bagi telefon aku!”

Telefon masih bernyanyi-nyanyi di tangan Yna. Gadis itu tersenyum nakal kepada Ryo.

“Bagi duit tadi kalau kau nak telefon kau.” Yna memberi syarat.

Kurang asam boi. Tak guna betul perempuan gila ni… Ryo cuba merampas telefonnya. Yna segera melarikan diri. Dia ketawa gembira melihat wajah Ryo yang kebengangan.

Yna melihat skrin telefon. Mulutnya memuncung ke hadapan. Kemudian dia menjeling Ryo.

“Kawan baik kau yang call. Nak aku jawabkan?”

Vic? Ahh, tidak…! Jangan jawab, Yna. Tolong jangan jawab panggilan yang penting tu…! Malangnya tanpa mendapat persetujuan Ryo, Yna terus menjawab panggilan daripada Vic.

“Hello…” Yna sengaja menyaringkan suaranya.

“Err… siapa ni?”

“Ala, tak kan tak kenal pula? Ke pura-pura tak kenal?” Yna sempat melihat reaksi Ryo. Dia sengih. Pemuda itu jelas sedang sakit hati dengannya.

“Yna, bak telefon aku tu!”

Yna menghalang Ryo yang menerpanya dengan kudrat tangan kirinya. Sementara tangan kanannya memegang telefon yang masih berada di telinganya.

“Hello… hello…” Wajah Vic berkerut. Dia dapat mendengar kekecohan yang sedang berlaku di hujung corong telefon. Dia cuba mengecam suara yang menjawab panggilannya tadi. Suara siapa tu? Leny? Rasanya bukan. Ini macam suara… dia ke? Vic tertanya-tanya sendiri memandangkan belum dapat bercakap dengan Ryo lagi.

Sementara itu Ryo sudah berjaya merebut telefon bimbitnya dari tangan Yna. Dia segera menjawab panggilannya.

“Vic!”

“Ha, Ryo…”

“Aku dah nak sampai. Kau tunggu sekejap ya.”

“Okey… err, siapa tu?”

Ryo tidak sempat menjawab pertanyaan itu kerana diganggu Yna lagi. Gadis itu cuba merampas telefonnya semula.

“Janganlah kacau! Aku gigit kau karang!”

“Gigitlah kalau berani!” Balas Yna. Serentak dengan itu dia menyiku perut Ryo.

Uhh… pedih! Tajamnya siku perempuan ni…

“Cepatlah bagi balik. Dah tak ada masa ni.” Gesa Yna sambil mencubit lengan dan tubuh Ryo bertalu-talu.

“Argh…! Sakitlah!” Jerit Ryo dengan gigi yang terkatup rapat. Matanya bulat mencerlung Yna.

Yna tidak peduli. Telefon di tangan Ryo cuba dirampas lagi. Akhirnya dia berjaya.

“Woi, Yna!”

Yna senyum puas setelah harta Ryo berada dalam genggamannya. Ryo tidak membuang masa. Segera dia mengejar Yna.

“Hoi, Vic! Kawan kau dalam kesusahan. Datanglah selamatkan dia. hahaha…!” Yna ketawa kuat. Dia sangat seronok melihat wajah Ryo yang masam mencuka. Geram.

“Er… Yna?” Vic meneka namun Yna tidak menghiraukannya. Gadis itu terus ketawa.

Ryo berjaya menghampiri Yna yang sibuk mengetawakannya.

“Kenapa kau degil sangat?”

Ryo menarik pergelangan tangan Yna. Yna terdorong ke belakang. Dia menolak tubuh Ryo sebelum Ryo sempat mendapatkan semula telefon selularnya. Tatkala kakinya melangkah lagi ke hadapan, malang tidak berbau, Yna terpijak tin kosong sehingga menyebabkannya tergelincir. Ryo yang masih memegangnya turut ikut jatuh.

Tanpa berfikir panjang Ryo segera merangkul tubuh Yna sebelum tubuh gadis itu terbanting ke tanah. Yna baring terlentang dan Ryo berada betul di atasnya. Yna menindih tangan Ryo yang masih berada di belakangnya kerana cuba menyelamatkannya tadi.

Masing-masing diam tidak bersuara. Hanya dengusan nafas saja yang menguasai alam mereka ketika ini. Ryo telan liur dan merenung anak mata gadis di hadapannya. Begitu juga dengan Yna. Mereka diam dan merenung antara satu sama lain. Jantung berdegup kencang. Samada masih terkejut dengan situasi yang tidak terduga itu atau kerana… err, kerana ada sesuatu yang pelik sedang mereka rasakan. Apa ya?

Mata terus bertaut pada jarak yang sangat dekat. Kenapa perasaan ini muncul? Kenapa dengan dia? Tak tahu… tak tahu apa yang berlaku pada diri ini. Ini suatu perasaan yang pelik. Aku tak pernah rasa perasaan ini. Istilah apa yang sesuai dengan perasaan aku sekarang?

“Ryo… Ryo… kau dengar tak ni? Woi…!” Suara dari telefon bimbit yang masih di tangan Yna begitu mengganggu lantas Ryo segera mematikan taliannya. Dia sepatutnya sedar dengan perkara ini tapi entah kenapa hatinya tidak ingin menolak kewujudan Yna di hadapannya. Dia tidak tahu kenapa tapi perasaan ini hanya muncul pada waktu-waktu tertentu.

***********

“Hello… kau dah gila ke asyik tersenyum-senyum sendiri sejak tadi?”

Suara Yna mengejutkannya daripada lamunan. Ryo kembali ke dunia asalnya. Jelingan tajam Yna menjadi santapan pencuci mulut setelah coklat di tangannya hamper lembik kerana digenggam sejak tadi. Ryo tiada selera untuk menghabiskannya. Dibungkus semula coklat tersebut sebelum diletak di atas lantai. Di hadapan Yna.

“Apasal tak habiskan?” Tanya Yna sambil mengerling bungkusan coklat tersebut.

“Dah kenyang… err, sebenarnya tak sedap.” Jawab Ryo selamba. Sengaja mahu membuatkan Yna marah. Seolah-olah merindui wajah marah gadis tersebut seperti waktu dulu.

Yna sekadar mengerutkan wajah. Amarahnya ditahan. Seolah-olah tahu Ryo sedang mengujinya.

Pemuda tersebut sedikit kecewa apabila Yna sekadar membuat muka apabila dia sengaja menyakiti gadis tersebut. Macam tahu-tahu saja aku nak uji dia. Ceh!

“Kau dah menang, Ryo.”

“Hah?” Ryo mendongak. Tidak faham dengan kata-kata Yna.

“Kau dah berjaya dan terkenal sekarang. Kiranya kau dah kalahkan akulah.”

“Hish… apa yang kau cakap ni. Aku tak kalahkan sesiapa pun…”

“Kau tak ingat ke yang dulu kita selalu berlawan untuk jadi paling terkenal.”

“Mana ada. Kau tu saja yang tak puas hati dengan aku. Aku tak pernah pun nak jadi seperti yang kau bayangkan tu.” Jawab Ryo Ikhlas tapi sedikit menyakitkan hati Yna.

“Macam mana kau boleh jadi artis? Aku tahulah kau pernah bekerja di kelab Hungry Heart sebagai penyanyi dulu tapi…”

Yna tidak meluahkan terus apa di dalam kotak fikirannya.

“Aku pun tak sangka juga. Mungkin ini rezeki aku kot.”

Ya, memang rezeki aku di jalan ini tapi ia tetap bermula disebabkan Gina. Tanpa Gina mungkin aku tidak pernah terfikir mahu menceburi bidang ini dengan lebih serius. Tapi hari ini aku telah mengecewakan dia. Kenapa aku sanggup melukakan hatinya? Kejamkah aku atau ini adalah jalan terbaik demi kebahagian yang dicarinya selama ini.

*********

Sekeping kertas putih diletak di atas meja di hadapan Ryo. Ryo merenungnya pelik. Sebentar kemudian dia mendongak memandang gadis comel yang sedang meleretkan senyuman gembiranya.

“Apa ni?” Soal Ryo yang masih tidak faham akan tujuan gadis tersebut menyerahkan kertas tersebut.

“Awak tak tahu baca ke?”

“Ya… saya tahu ini borang penyertaan Perfect Starz tapi apa makna semuanya ni?” Soal Ryo kepada kekasihnya yang masih tersenyum-senyum penuh makna.

“Awak tak payah cakap banyak. Just do it. Saya dah tolong awak dan awak cuma perlu bersedia untuk ujibakat saja nanti, okey?” jawab Gina sambil mengangkat ibu jarinya kepada Ryo.

“Gina, awak tak boleh buat macam ni. Kenapa tak tanya pendapat saya dulu? Sejak bila awak pandai buat keputusan sendiri ni? Dan yang lebih penting lagi ini berkenaan dengan diri saya. Awak tak boleh buat macam ni!” Ryo merengus geram. Dia merasakan perbuatan Gina sudah melampau. Dia tidak dapat menerimanya.

“Awak… saya buat semua ni untuk kebaikan awak juga. Saya nak tolong awak. Itu saja.”

“Tolong apa? Ini macam nak tambah masalah saya saja tau. Lepas ni kalau ayah saya dapat tahu, apa saya nak jawab dengan dia. Penat-penat dia habiskan duit untuk saya lanjutkan pelajaran, tapi akhirnya saya pilih untuk jadi… eh, saya tak nak jadi artislah. Awak tak faham ke? Kan dari dulu lagi saya dah beritahu awak...” Bebel Ryo panjang lebar. Gina hanya menadah telinga sehingga lelaki itu berhenti bercakap.

“Siapa yang suruh awak jadi artis. Saya suruh awak masuk rancangan realiti ni untuk dapatkan sejuta ringgit tu saja. Lepas tu nanti bolehlah awak settle kan hutang ayah awak tu. Itu saja.”

Ryo terdiam. Terfikirkan semula masalah hutang ayahnya dia jadi runsing. Sudah banyak kali Gina menawarkan diri mahu mambayarkan hutang tersebut tetapi dia menolak. Dia tidak mahu Gina terlibat dengan masalah keluarganya walaupun Gina kekasihnya. Malah sudah kenal benar dengan ahli keluarganya.

Jika dia mahu memang dia boleh minta bantuan Gina. Kekasihnya itu anak orang berada. Ayahnya memiliki syarikat yang besar dan kukuh. Malah tersenarai dalam bursa saham. Tinggal di rumah agam… tak mainlah rumah banglo ataupun kondo. Kalau setakat satu dua juta ringgit tu, dia merengek sikit dengan ayahnya pun boleh dapatlah. Kalau bernasib baik mungkin ayahnya akan beri lebih dari itu.

Tapi apabila memikirkan air mukanya sebagai lelaki dia menolak tawaran Gina. Bukan setakat mahu mempertahankan ego seorang lelaki tapi juga demi tidak mahu dikatakan cuba mempergunakan nilai seorang kekasih.

“Macam mana? Awak ada ikhtiar lain untuk dapatkan duit tu ke?” Soal Gina cuba menduga hati sang kekasih.

Dahi Ryo berkerut. Sekejap merenung Gina dan sekejap lagi memandang borang Perfect Starz di atas meja. Dia masih mempertimbangkan keputusannya.

Betul ke boleh guna cara ini untuk dapatkan sejuta ringgit tu? Nilai itu dah lebih dari cukup untuk langsaikan hutang tersebut. Mungkin seronok juga menyertai pertandingan macam ni. Boleh jadi terkenal dan glamour. Dipuja dan diminati ramai peminat macam masa aku kerja di Hungry Heart dulu. Wow, that’s great!

Oh, tidak… aku tak boleh fikir begitu. Sebenarnya ia bukannya seronok sangat. Sampai satu tahap kemungkinan kita akan rasa tertekan. Macam Leslie Gray yang mati bunuh diri sebab tak tahan dengan sikap seorang peminat fanatiknya.

Hish… apa yang aku fikirkan ni? Apa kata kalau kita bersikap positif dan pandang ke hadapan. Tak semestinya aku boleh menang dalam pertandingan tu. Lagipun aku tak pergi lagi uji bakat tu. Entah boleh dapat atau tak. Di luar sana tu ramai lagi yang hebat-hebat berbanding aku ni. Jadi kalau aku nak tahu aku ni hebat atau pun tidak aku patut cuba nasib.

“Diam tandanya setuju. Senyum tandanya suka.” Gina bersuara setelah lama membiarkan Ryo berfikir.

Ryo tersenyum tanpa sedar. Mendengar teguran Gina dia segera mengunci senyumannya dan memandang kepada Gina semula.

“Awak dah ada keputusan?”

“Erm… nantilah, saya pertimbangkan lagi.” Ryo memberi alasan. Dia tidak mahu terburu-buru membuat keputusan. Ada sesuatu yang membimbangkan hatinya. Ayah… orang tuanya itu melarang keras dia menjadi penyanyi. Walaupun hanya sekadar suka-suka. Hubungannya dengan lelaki itu pernah renggang hanya disebabkan dia bekerja di Hungry Heart sebagai penyanyi sambilan ketika dia menuntut di Orlando Phill Island dulu.

“Awak dah tiada masa untuk memikirkannya lagi, sayang. Esok adalah tarikh uji bakat tu.”

“Hah?!” Ryo mengangkat kertas tadi dan meneliti semula tarikh yang tertulis di perenggan terakhir borang tersebut.

“Tapi…”

“Ala, buat apa nak fikir panjang-panjang. Pergi saja, okey. Nanti saya temankan awak.”

“Gina, saya tak boleh. Ini terlalu drastik. Saya tak bersedia.”

“Ryo, awak bukannya tak bersedia tapi awak tu tak yakin. Betul tak?”

“Err…”

“Sayang, trust me… You can do it. Saya kenal awak. Saya nampak bakat yang awak ada. Awak boleh pergi jauh.”

“Tapi apa yang saya nak buat esok?”

Gina senyum merenung wajah Ryo. Lelaki itu selalunya tenang tapi hari ini nampak sedikit gusar.

“Saya percayakan awak. Awak penghibur yang berbakat. Saya akan jadi penyokong dan peminat nombor satu awak. Sekarang kita sama-sama fikirkan lagu apa yang patut awak persembahkan untuk uji bakat esok.”

“Hmph… bercakap memanglah senang. Guna modal air liur saja. Saya ni yang nak kena fikir jalan untuk esok tau. Dan alasan apa saya nak bagi pada ayah kalau dia dapat tahu saya masuk rancangan realiti tu nanti.”

Ceh, macam confirm je aku terpilih dalam rancangan Perfect Starz tu. Apa-apapun aku mesti yakinkan mereka semua yang aku layak untuk dapat satu juta ringgit tu nanti. Mungkin ayah tak akan marah kalau aku berjaya dan menjadi juara.

“Tak payah fikir sekarang. Nanti lepas awak terpilih baru kita fikirkan alasan apa kita nak beri pada ayah awak tu karang.” Balas Gina.

Tatkala melihat leretan senyuman di bibir Ryo, Gina tahu yang Ryo telah setuju untuk menyertai uji bakat tersebut. Ini menggembirakan hatinya. Dia yakin dengan bakat yang dimiliki oleh kekasihnya itu.

Sejak kali pertama dia mendengar suara nyanyian Ryo dia sudah jatuh hati. Waktu itu mungkin dia sekadar meminati suara Ryo kerana perangai Ryo bukanlah seindah suaranya yang merdu itu. Ryo suka membuli dan mengenakannya setiap kali mereka bersua. Sakit hatinya waktu itu. Tapi akhirnya dia sedar itu cuma cara lelaki itu mahu menarik perhatiannya. Dan dia jatuh cinta tanpa sedar dengan Ryo.

***********

Houston Milan…

Gina yang duduk berteluku di kerusi rotan di beranda biliknya. Bingkai foto Ryo berdiri tegak di atas meja sambil merenung ke arahnya. Dia turut membalas renungan itu sejak tadi. Selama ini gambar tanpa jasad itulah yang menemani dirinya. Sedang lelaki itu asyik diulit kegemilangan dan populariti dia sebaliknya menanggung rindu yang tidak bertepian. Mendamba kasih kepada insan yang semakin melupakannya.

Mengapa cinta itu kejam? Dilafaz dengan sesungguh hati namun kemudiannya dibiar tanpa erti. Perasaan yang terjerut akibat cinta itu menyebabkan Gina semakin tertekan menjadi kekasih Ryo.

Sengaja dia menipu lelaki itu dengan mengatakan penerbangannya pada sebelah petang. Padahal dia sudah berangkat ke Houston Milan pada sebelah pagi. Dia tidak mahu menyulitkan lagi keadaan. Dia kenal Ryo sebagai seorang lelaki yang tidak sanggup melukakan hati seorang. Pasti lelaki itu datang ke lapangan terbang untuk menghalangnya daripada kembali untuk pulang.

Dia tahu Ryo tidak menyintainya tetapi lelaki itu terus memaksa diri dengan menganggapnya sebagai kekasih. Tanpa Ryo sedari sebenarnya dalam diam perasaan Gina telah terluka selama ini. Memutuskan hubungan adalah jalan yang Gina ambil demi untuk kebaikan mereka bersama. Demi kehidupan masa hadapan Gina dan demi karear Ryo yang sedang berkembang sekarang.

Tak mengapa Ryo… aku pasrah. Melepaskan kau yang ku cinta adalah keputusan yang sukar tetapi aku yakin ini adalah keputusan yang tepat. Kita ada kenangan manis yang akan aku simpan di dalam kotak memoriku sebagai kenangan terindah. Dan sekurang-kurangnya kenangan indah itu lebih banyak berbanding kenangan pahit. Terima kasih kerana pernah mewarnai hidupku dengan cinta manis mu…

Wajah dalam bingkai gambar yang sentiasa mempamer senyuman menawan itu diambil oleh Gina. Gadis itu bangkit dan masuk ke kamarnya. Bingkai gambar itu diterbalikkan dan dimasukkan ke dalam laci meja solek.

Segaris senyuman tercorak di bibir Gina. Mulai hari ini gambar tersebut tidak akan berdiri di sudut mejanya lagi. Gambar itu akan menjadi sejarah dan akan bersemadi jauh di hujung lacinya.

***********

“Argh~! Sakit!”

Akibat rasa sakit di picit Ryo, Yna dengan serta-merta mencengkam pergelangan tangan Ryo dengan kuat. Diusir tangan lelaki itu dari terus cuba menyembuhkan sakit kakinya.

“Hei, lagi sakit kalau kau biarkan kaki tu tau.” Kata Ryo seraya cuba memegang semula kaki gadis tersebut.

“Tak nak lah. Kau urut lagi sakit tau.” Yna menolak tubuh Ryo menjauhinya.

“Yna, kaki kau terseliuh tu.”

“Biarkan.”

Ryo menggeleng kepala. Tidak mampu untuk memujuk si kepala batu itu. Ryo kembali mengambil tempat di sebelah Yna yang sedang bersandar di dinding. Baju luarnya ditanggalkan kemudian diletakkan di riba Yna.

Yna mengerling kepada Ryo minta kepastian dengan perbuatannya itu.

“Tak rasa sejuk ke?” Soal Ryo.

Yna membisu dan terus merenung Ryo.

“Kalau kau sejuk, gunalah baju aku. Itu saja.”

Melihat tingkah Ryo yang seperti mahu menjaganya menyebabkan Yna terfikirkan kebaikan seorang lagi insan yang pernah menyayanginya suatu masa dulu. Kebaikan seorang lelaki hanyalah topeng plastic untuk menduga hati seorang perempuan yang bagaikan kerak nasi. Yna tidak akan mempercayai mereka lagi!

***************

Dalam kepekatan malam yang semakin larut itu akhirnya kedua-dua mereka terlena akibat kepenatan. Gadis yang pernah mendapat gelaran ‘Anti Lelaki’ itu tertidur dengan berselimutkan baju seorang lelaki yang pernah menjadi salah seorang daripada musuhnya dulu. Dan lelaki popular yang telah menjadi buruan para peminatnya itu tanpa sedar sudah terlentok di bahu Yna.

Malam telah membawa mereka jauh ke destinasi lalu. Mengimbau kenangan lalu yang telah menjadi sejarah. Kadang sejarah itu amat manis untuk ditinggalkan. Adakala juga sejarah itu terlalu pahit untuk kita imbas semula. Namun ada satu sejarah yang masih menjadi tanda tanya dalam hati masing-masing… soal hati… Untuk merungkai soal hati tersebut mereka tidak pasti samada perlu bermusuh semula atau memulakan suatu perhubungan yang lebih harmoni…


Monday, December 14, 2009

Movie Marathon


Hari cuti memang bahagia.
sebab tak perlu runsing fikir pasal kerja
dan tak perlu mengadap my super fussy boss
memang berbahagia~~

Cuti minggu lepas Cik kaseh habiskan masa menonton segala movie
yang tak terhabis2 dalam simpanan Cik kaseh selama ni.
sebab balik kampung... kat kampung takde internet.
sebab tulah boleh melayan segala movie tu.
(penat2 adik aku tolong masuk dalam lappy, tak tengok kang kecik hati dia... hikhikhik)


Untuk warming up, Cik kaseh start dengan Papadom dulu...


Cerita ini sangat best. inilah satu2nya filem Afdlin yang buat Cik Kaseh nangis. Really2 touching movie. No wonder lah filem ni berjaya mengungguli filem terbaik FFM.

Watak2 yang ada dalam filem ni boleh dikatakan unik.
Que pegang watak Wajib Tayang yang nerd?... kelakar sungguh
Farid Kamil pula jadi mamat kasanova yang... tutt~... kahkahkah... lawak!
yang menariknya lagi watak Moon... isteri Saadom yang dah mati
tapi kewujudannya cuma dapat dilihat oleh Saadom sorang... dan penonton... hehehe
kelakar betul Norkhiriah pegang watak tu...



Dah sudah warming up... dah puas gelak n nangis tengok Papadom
Cik kaseh beralih pula tonton Final Destination 4.
I hate keganasan <-- sebenarnya takut!
tapi sebab tahu cerita dia best so tetap juga nak tengok
(biarpun asyik tutup muka dengan bantal setiap kali adegan kematian yang dasyat2 tu)




Komedi dah... horror pun dah...
Now tengok cerita kemanusiaan pula... Slumdog Millionaire
melihat kedaifan masyarakat india yang ditunjukkan dalam filem ni buat Cik kaseh sangat2 bersyukur hidup di tanah Malaysia ni.
hidup kita di sini berkali ganda mewahnya jika nak dibandingkan dengan mereka di sana.
biarpun khabarnya realiti kehidupan mereka yang sebenar lebih dasyat berbanding yang ditunjukkan dalam filem ni...

Cerita ni... bila sampai klimaks dia betul2 mendebarkan.
Cik kaseh dengan awek yang duduk sebilik dengan saya dah gelabah habis tunggu keputusan terakhir untuk soalan 1 juta tu.
ending... tentulah happy ending.
siap nari2 lagi... <--- biasalah... hindustan.




After that... The Sniper
Filem Hongkong
Baru lagi keluar...
Tengok movie ni sebab pelakon utamanya Edisen Chen
ngeh ngeh ngeh...

Cerita dia... Biasalah kalau hongkong punya filem polis...
Memang superb!! sangat best.

Actually nak tengok The Sniper versi hollywood juga
tapi tajuk dia lain... The Shooter



Dah penat layan movie... Cik Kaseh beralih pula menonton drama Jepun
Kali ini Change.

Satu daya penariknya ialah pelakonnya
Takuya Kimura.

Kalau tak ada Takuya Kimura... aci potong jarilah
takkan nya saya nak tengok filem berunsur politik ni.

Cerita dia best... ya, betul! best!
kalau tak best, tak mungkin saya boleh habiskan 10 episod dalam 1 malam saja.

Cakap banyak tak guna...
sila klik sini untuk baca review yang saya buat.


Dan acara marathon ditamatkan dengan 17 Again lakonan Zac Efron.

Starting... agak wierd lah tengok gaya Zac(Mike)... rambut agak kelakar
tapi lepas tu dia jadi super handsomelah pulak lepas kembali jadi budak 17 tahun.

Filem ni sesuai untuk relax2 lepas tengok drama dan filem yang hard
macam The sniper, Final Destination dan Change.


Sampai sini saja acara olahraga saya di hujung minggu.
dah penat ni... kaki dah kejang, pinggang dah bengkok
dan stamina pun dah semakin kehabisan...
lain minggu saya marathon lagi...

err, agaknya tak sempat kot...
tapi kalau merentas desa ok lagi agaknya.

(ada lagi cerita yang aku tak khatamkan ni...)

P/s : Cukuplah sekali ni buat movie marathon... kalau setiap minggu jawabnya tak sudah2lah novel saya... & yang penting sekali... tugas untuk bengkel penulisan karang jangan lupa!! kang AK marah... padan muka aku...

Friday, December 11, 2009

Ai Without Love ::Bab1::


Tajuk : Break up!

Watak : Nishikido Ryo, Gina, Aya(pengurus Ryo)

Genre : Love

Ringkasan : Good bye my love... http://emo.huhiho.com





1

Perkarangan Artict Blue Central sangat sesak. Terlalu ramai manusia pada waktu-waktu begini. Semua orang tertumpu dekat pintu gerbang yang dilatari karpet merah yang panjang sehingga ke ruang dalam. Gina menyelinap di celah-celah manusia yang berasak-asak di situ. Dia mahu ke hadapan untuk mencari kelibat Ryo. setelah bersusah payah akhirnya dia berjaya berdiri sampai di kawasan yang dihadkan untuk para peminat yang tidak mendapat tiket.

Pandangan Gina mula fokus kepada beberapa orang artis yang sedang berjalan di karpet merah. Dia masih tidak nampak Ryo. Mungkin lelaki itu belum lagi muncul (itulah harapannya). Keadaan orang ramai yang berhimpit-himpit begitu merimaskannya. Dia mengipas-ngipas mukanya dengan tapak tangan kerana kepanasan. Peluhnya yang memercik di sekitar wajahnya sudah tidak terkira banyaknya. Dia tidak peduli dengan masalah itu. apa yang penting dia dapat menjejaki Ryo.

Seorang artis wanita bersama pasangannya yang agak terkenal melambai tangan ke arahnya. Err… pembetulan, sebenarnya melambai kepada para peminatnya. Dia mungkin popular memandangkan Gina semakin lemas dengan jerit pekik orang di sekelilingnya. Ingin saja dia menjerit untuk menenangkan mereka semua. Tapi macamlah mereka semua nak mendengar suaranya memandangkan telinganya sendiri sudah bingit menampung suara mereka semua yang bagaikan kerasukan itu.

Sekejap kemudian keadaan sangat tidak terkawal sehingga para pengawal mengetatkan lagi kawalan mereka apabila artis paling popular tahun ini telah muncul. Gina semakin tersepit. “Ahh, tolong… aku dah jadi sandwich!” Sakit benar tubuhnya ditolak-tolak oleh orang ramai yang sangat teruja mahu melihat artis kesayangan mereka. Yang menjadi mangsanya pula ialah Gina.

Gina tahu tentu orang yang ditunggunya sudah muncul. Dia segera menjejaki kelibat Ryo. Lelaki yang segak bersut warna putih itu melangkah dengan bergaya di atas karpet merah. Di sisinya seorang wanita yang sangat jelita bergaun warna sedondon dengan Ryo. Gina tergamam seketika melihat pasangan tersebut melangkah perlahan-lahan di sepanjang karpet merah itu. Kedua pasangan yang sangat sepadan itu melambaikan tangan ke arah semua peminat mereka. Sempat juga mereka mempamerkan pose yang paling istimewa untuk para peminat yang sanggup berasak-asak demi menanti kehadiran mereka. Senyuman yang mereka pamerkan seakan sangat bahagia. Gina terasa sangat cemburu melihat adegan yang turut ditonton oleh ramai orang itu.

“Cantiknya Kristal!” Gina dapat mendengar orang di sebelahnya yang sedang memuji artis wanita tersebut.

“Dia sangat sepadan dengan Ryo. Mereka berdua sangat secocok!” Bertambah bara kemarahan Gina tatkala mendengar pendapat tersebut. Ingin saja dia membakar dua orang gadis di sebelahnya itu… Woi, manusia! Kau sedang bercakap sesuatu yang tak sepatutnya di hadapan kekasih Ryo! Argh… geramnya. Kalaulah semua orang tahu siapa aku… Gina hampir gagal membendung rasa marahnya terhadap gadis-gadis tersebut. Dia terus merenung Ryo dan gadis cantik yang bernama Kristal itu lalu di hadapannya.

Ryo masih tidak sedar dengan kemunculannya di celah-celah orang ramai di situ. Gina masih berharap yang Ryo nampak kewujudannya di situ. Sehingga Ryo berhenti di satu kawasan pemuda itu tertoleh kepadanya. Mata mereka berdua bertembung agak lama. Gina nampak riak serba salah di wajah lelaki itu yang perlahan-lahan melepaskan pegangan tangannya dengan Kristal. Mungkin Ryo ingin mendekati Gina tetapi tidak boleh memandangkan dia sudah hampir sampai di pintu masuk dewan besar itu.

Gina sangat kecewa. Dia segera beredar meninggalkan situ secepat mungkin. Dia mula merasakan jarak diantaranya dengan Ryo semakin jauh. Mungkin ini akan berakhir tidak lama lagi.

***********

Sebelum berakhirnya majlis anugerah tadi Ryo sudah beredar awal. Hatinya tidak tenteram sejak melihat Gina petang tadi. Dia tidak dapat melakukan persembahannya dengan baik akibat terlalu memikirkan Gina. Dia berasa sesuatu dengan kemunculan Gina yang tiba-tiba itu. Namun dia tidak memanjangkan rusuh hatinya itu kepada pengurusnya. Dia tahu apa tindakan wanita itu jika mendapat tahu hal mengenai kekasihnya. Ryo memberi alasan yang dia tidak sihat kepada pengurusnya dan mahu pulang awal. Pada awalnya agak sukar untuk melepaskannya pergi kerana tidak manis meninggalkan majlis yang sedang berjalan. Namun apabila melihat wajah muram Ryo akhirnya dia bersetuju.

Tapi nampaknya ada satu lagi masalah yang dihadapi oleh Ryo. Pengurusnya itu nampaknya tidak akan melepaskannya pergi sendirian. Terpaksalah Ryo pulang bersamanya.

“Aya, aku boleh pulang sendiri.”

“Kau cakap kau tak sihat. Jadi ini tanggungjawab aku untuk memastikan kau selamat sampai ke rumah.” Ujar wanita tersebut selamba sambil membuka pintu limosin dan membiarkan Ryo masuk dahulu sebelum dirinya.

“Aya…”

Pengurus wanita itu menoleh memandang Ryo.

“Adakah mencampuri hal peribadi aku juga adalah sebahagian daripada tugas kau sebagai seorang pengurus?” Soal Ryo.

“Apa maksud kau? Adakah ini dianggap mencampuri urusan peribadi kau?”

Ryo diam dan sekadar membalas pandangan Aya.

“Dengar sini… kau adalah periuk nasi aku. Semakin popular diri kau semakin tinggilah gaji aku. Tugas aku adalah untuk menjaga kau dan menguruskan segala-galanya untuk kau.” Ujar Aya serius. “Jangan kau anggap setiap yang aku lakukan selama ini sebagai mencampuri hal peribadi kau.”

Ryo tidak suka dengan pendapat Aya. Aya mementingkan diri sendiri. Dia semakin muak dengan sikap suka mengawal Aya. Seolah-olah kehidupannya adalah milik wanita itu. Ruang peribadinya semakin terhad malah hampir tiada. Dia tidak minta banyak. Cukuplah hanya untuk beberapa jam, dia ingin kembali ke dirinya yang asal untuk beberapa ketika sahaja. Dia perlu bersosial. Dia mahu bertemu dengan teman-teman. Dia ingin sekali berduaan dengan Gina. Bercinta, bergurau, bertengkar, bermain, bertikam lidah… semua itu sudah lama ditinggalkannya. Hari ini dia perlu bertegas dan tidak terlalu menurut kata Aya biarpun dia percaya pada pengurusnya itu.

“Berhenti!” Ryo mengarahkan pemandu di hadapannya memberhentikan limosin yang dinaikinya itu.

“Ryo, kau nak buat apa?” Soal Aya dengan marah yang hendak berbunga.

“Lepaskan aku, Aya. Hanya untuk malam ini…”

“Tapi kau nak kemana? Hei, aku boleh temankan kau kalau kau nak kemana-mana, Ryo.”

“Tak… aku nak bersendirian. Cuma untuk malam ini, Aya. Aku janji semuanya akan berjalan lancar.” Pinta Ryo. “Aku tak boleh lepaskan malam ini. Mungkin semuanya akan tamat jika aku biarkan malam ini berlalu begitu saja.”

Ryo membuka pintu dan segera melangkah meninggalkan situ. Aya turut keluar dari perut limosin tersebut. Dia memanggil Ryo yang sedang berjalan di arah bertentangan dengan lorong jalan.

“Ryo!” Jeritnya kuat. “Kau tak boleh buat macam ni! Kau faham tak bahaya berjalan sendirian di kawasan awam?”

Ryo kembali menoleh kepada Aya.

“Aku bukan budak kecil. Jangan risau. Aku janji semuanya akan berjalan lancar.” Ujar Ryo sebelum berlari meninggalkan Aya dan limosin tadi.

Aya tidak berjaya menghalang Ryo lagi. Walaupun hatinya tidak senang dengan tindakan Ryo tapi dia terpaksa melepaskan Ryo pergi.

***********

Gina membuka pintu setelah berulang kali pintu biliknya diketuk dari luar. Dia tahu siapa yang datang menemuinya. Sengaja dia melambat-lambatkan langkahnya pergi menyambut Ryo. Sebaik pintu di buka dia membiarkan tetamunya masuk sendiri sementara dia kembali menuju ke ruang rehat di dalam bilik hotel berkenaan.

Nampak saja muram di wajah Gina, Ryo segera menghampiri kekasihnya setelah menutup pintu bilik tadi.

“Gina…”

“Tak… jangan cakap apa-apa lagi.” Gina memintas niat Ryo yang ingin berkata sesuatu.

Lelaki itu mengambil tempat duduk di sebelah Gina. Suasana senyap sunyi tanpa sebarang perbualan untuk beberapa ketika.

“Kenapa datang tak beritahu saya?” Ryo bertindak dahulu apabila melihat Gina tidak ingin bersuara.

“Jangan cakap dengan sayalah!” Ujar Gina keras.

“Hei, apasal ni? Tiba-tiba saja nak naik angin. Apa masalah awak?”

Gina menjeling tajam pada lelaki di sebelahnya itu. Ryo tidak menghiraukan jelingan tersebut. Wajahnya dipalingkan ke arah kaca tv.

“Ryo, kita ni masih pasangan kekasih lagikah?” Soal Gina. Ada keluhan kekecewaan di hujung bicaranya.

Ryo diam. Dia tak tahu macam mana hendak menjawab soalan tersebut. Takut bicaranya berbunyi dusta jika dia membuka mulut.

“Jawab dengan jujur dan jangan buat saya tertanya-tanya lagi.”

Ryo menundukkan kepala. Memandang hujung kaki sekejap sebelum mendongak kembali memandang Gina.

“Tentulah. Lagipun saya masih menyintai awak. Sama macam dulu. Tak pernah berubah.” Jawab Ryo dengan senyuman yang penuh yakin.

“Awak memang pandai berlakon. Layak sangat dengan gelaran yang awak dapat sekarang. Artis baru yang serba boleh. Bukan saja setakat menari, menyanyi dan bermain alat muzik malah berlakon juga. Tahun depan tentu awak boleh bolot anugerah pelakon lelaki terbaik pula.” Sindir Gina yang dapat mengesan ketidak jujuran perasaan sebenar Ryo terhadapnya sejak kebelakangan ini.

Senyuman Ryo sudah mati. Akhirnya dia berdusta lagi. Namun kali ini ia dapat dikesan Gina.

“Gina, saya…”

“Sudahlah, Ryo. Mungkin kita patut tamatkan hubungan ini. Dah tak ada maknanya lagi.”

“No… Gina, please…”

“Ryo, lebih baik kita berkawan sahaja.”

“Tak nak… saya masih sayangkan awak.”

“Betulkah, Ryo? Awak fikir awak masih sayangkan saya macam dulu?” Gina merenung tajam ke dalam dasar mata Ryo. “Tapi saya tak rasa yang awak masih menyintai saya. Kita dah semakin jauh, Ryo. Awak tak sedar ke?”

Ryo diam. Seakan sedang memikirkan kata-kata Gina.

“Sebenarnya awak tak cintakan saya, Ryo. Tak pernah menyintai saya.”

“Babe, kenapa awak cakap macam tu? Awak dah salah… saya memang menyintai awak. Cuma sejak kebelakangan ini saja saya tak hubungi awak. Itupun sebab kerja. Saya sangat sibuk dan tak ada masa untuk awak. tolonglah faham keadaan saya.” Jelas Ryo. Dia yakin Gina yang silap menilai cintanya.

“Ryo, dah lama saya menilai perhubungan kita. Awak memang tak pernah menyintai saya. Awak suka saya tapi sebenarnya awak tak menyintai saya.”

“Hei, apa yang awak merepek ni?” Ryo seakan tidak percaya dengan penilaian Gina terhadapnya.

“Saya rasa lebih baik awak berehat saja malam ini. Awak tentu dah penat seharian dalam pesawat. Saya tak nak ganggu awak. Esok kita jumpa lagi ya, sayang.” Sebelum Gina bercakap sesuatu diluar dugaannya lebih dia mengambil tindakan meninggalkan Gina.

Ryo bangkit dan melangkah menuju ke pintu bilik.

“Esok saya nak pulang ke Houston Milan.”

Langkah kaki Ryo serta merta terhenti. Dia menoleh semula kepada Gina dengan wajah tanda tanyanya.

“What…?”

“Hubungan kita tamat sampai di sini. Saya nak pulang esok.”

“Gina, awak gila ke? Awak sedar tak apa yang sedang awak lakukan ni?” Ryo kembali duduk dekat Gina.

“Saya dah buat keputusan… Kalau awak rasa saya yang silap, awak ada hak untuk halang saya esok.”

“Kita masih boleh berbincang sekarang. Awak beritahu apa yang awak tak puas hati dengan saya. Saya akan cuba perbaiki kelemahan saya. Tolonglah jangan buat keputusan terburu-buru macam ni.”

“Ryo, saya tak main-main… saya dah fikir masak-masak sebelum datang ke Lisberg. Rasanya awak tu yang tak pernah fikir secara serius tentang hubungan…”

Gina tidak menghabiskan kata-katanya apabila Ryo bertindak drastik merangkul tubuhnya.

“Please, Gina. Saya cintakan awak. Saya masih perlukan awak. Hubungan kita mungkin tak boleh seperti dulu lagi tapi percayalah… saya masih menyintai awak, Gina. Tolong jangan buat keputusan terburu-buru macam ni.” Ryo merangkul dengan kejap tubuh wanita tersebut.

Gina diam dan tidak membalas rangkulan kekasihnya. Memang dia rindukan belaian lelaki itu tapi dia tahu sebenarnya dia tidak pernah memiliki hati Ryo. Mungkin ada orang lain yang lebih layak memilikinya selain dirinya. Dia tidak tahu siapa yang ada di hati Ryo sebenarnya.

Rangkulan lelaki tersebut dileraikan perlahan-lahan. Bahu Ryo dipegang lembut.

“Ryo, saya nak awak balik sekarang dan fikirkan kata-kata saya. Betul atau salah awak sendiri yang tentukan. Cuma apa yang boleh saya katakan… awak ada hak untuk halang saya jika awak rasa keputusan saya salah.”

“Gina…”

“Flight saya pukul 6.00 petang esok.”

Ryo merenung wajah gadis di hadapannya. Tenang. Tiada langsung riak kesal dalam setiap kata-katanya. Mungkin Gina betul… aku tak pernah fikir jauh tentang hubungan kami.

“Saya balik dulu.”

Gina senyum. Senyuman itu sebenarnya menutup gelojak perasaan sebenar dalam dirinya di saat ini.

Ryo melangkah kembali menuju ke pintu utama. Langkahnya agak perlahan. Gina sekadar memandang belakangnya.

“Ryo…” Sewaktu kakinya melangkah ke luar pintu Gina memanggilnya semula.

Ryo berhenti tetapi tidak menoleh kepada Gina.

“Terima kasih sebab pernah mewarnai dunia saya dengan cinta awak.”

Ryo tidak tahu makna kata-kata tersebut. Adakah itu tanda yang mereka betul-betul sudah berpisah. Dia tidak ingin menoleh kepada Gina tapi bila memikirkan mungkin ini kali terakhir perjumpaan mereka, dia menoleh kembali kepada Gina.

Gadis itu sedang berdiri di ruang tengah sambil terus memandang ke arahnya. Padangan yang sayu dan sukar dimengertikan.

Gina… aku pasti akan halang kau pergi esok. Ryo menutup pintu dan berlalu pergi dari situ.

*************

Ryo berlegar-legar tanpa haluan di sekitar Bandar Lisberg. Hari sudah menjengah ke dinihari tapi dia masih belum bercadang untuk pulang. Dia tidak tahu kemana patut dituju dalam gelap malam itu.

Dalam pada berjalan-jalan itu tiba-tiba dia dikejutkan dengan bunyi telefon bimbitnya. Sudah beberapa kali telefonnya itu berbunyi tetapi tetap dibiarkan sahaja. Dia tidak ingin menjawab apa-apa panggilan untuk waktu ini lantas di matikan terus telefon bimbitnya itu. Beberapa minit kemudian tiba-tiba ada sebuah kereta berhenti di sebelahnya. Ryo memandangnya. Sebaik terpandangkan Aya yang sedang memandu keretanya dia segera melangkah laju ke hadapan. Aya memberhentikan keretanya dan lekas-lekas keluar dari perut kereta.

“Ryo!”

Dalam keadaan yang malas Ryo menoleh ke belakang.

“Kau nak pergi mana lagi?”

“Apasal kau nak sibuk hal aku?” Ujar Ryo kasar sebelum kembali melangkah ke hadapan.

Aya menutup pintu kereta dan mengejar Ryo.

“Ryo, tunggu aku!” Aya cuba menahan Ryo yang tidak mahu berhenti melangkah.

“Hei, kau ikut aku ya?” Tanya Ryo marah. “Kan aku dah cakap aku nak bersendirian. Kau tak faham ke?”

“Cool okey… aku tak ikut kaulah. Aku terjumpa kau secara kebetulan saja.” Jelas Aya. Dia nampak wajah Ryo yang seakan tidak mempercayai kata-katanya. “Hei, aku tak tipu kau. Percayalah.”

“Sudahlah…” Ryo tidak mahu memanjangkan hal tersebut lantas berpusing dan menuju ke keretanya. Aya mengekorinya dan masuk ke bahagian memandu sementara Ryo duduk di tempat duduk sebelah pemandu.

Aya kembali memandu. Sekali-sekala dia menjeling Ryo di sebelahnya. Pemuda tersebut langsung tidak berbual dan hanya termenung sejak tadi. Aya mula tidak senang dengan sikap Ryo yang lain malam ini. Perubahan tersebut sudah dikesannya sejak petang tadi lagi tetapi kini ia sangat jelas dan Aya berasa patut mengambil tahu masalah pemuda itu.

“Err… Ryo, kau macam ada masalah.”

Ryo tidak menjawab Aya. Dari riak wajahnya sahaja menggambarkan yang dia tidak mahu berbual dengan Aya.

“Aku bukan pendengar yang bagus tapi aku sudi mendengar kalau kau rasa nak luahkan perasaan kau.”

“Tak ada apa yang aku nak luahkan. Bila aku ambil keputusan untuk pilih jalan ini maka aku tak boleh menyesal atau berpatah balik pada keadaan asal aku. Meluahkan perasaan seumpama aku telah gagal.”

“Inilah masalah orang lelaki… ego. Hei, meluahkan perasaan tiada kena mengena dengan kegagalanlah. Jiwa yang luka sangat bahaya kalau dibiarkan tanpa sebarang rawatan. Jangan jadikan masalah yang kecil bertambah besar sehingga menyebabkan kerjaya kau musnah, Ryo.”

Ryo merenung sisi wajah Aya yang sedang memandu. Wanita itu adakalanya bertindak seperti seorang kakak yang mengambil berat akan masalah adiknya. Ryo terasa diambil berat biarpun selalunya dia geram dengan sikap Aya yang sangat mengawal tingkah laku dan pergerakannya.

“Sudahlah… aku hantar kau pulang. Rehat cukup-cukup dan lupakan masalah kau tu. Esok kau ada rakaman untuk sebuah rancangan televisyen. Aku tak nak tengok muka Ryo yang muram macam hari ini. Pastikan Ryo yang suka tersenyum tu kembali semula ke jasad kau, okey.”

Ryo mengangguk lemah sebelum kembali diam. Dia memandang ke luar tingkap. Cermin tingkap diturunkan dan angin malam serta merta menerpa ke wajahnya.

“Tutup tingkap tu, Ryo. Sangat sejuklah.” Arah Aya.

Ryo menutup separuh saja cermin tingkap tersebut. Dia menoleh merenung Aya yang sedang memandu.

“Aya…”

“Apa?”

“Apa akan jadi kalau semua orang tahu aku dah ada kekasih waktu ini?”

Aya menggores senyuman sinis di wajah. Soalan itu tidak perlu dijawabnya kerana Ryo patut lebih jelas dengan peraturan syarikat agensinya.

“Soalan itu lebih baik kau tanyakan kepada Big Boss.” Aya menjawab ringkas.

Membayangkan wajah lelaki dengan gelaran Big Boss itu membuatkan hati Ryo kacau. Walaupun dia selalu berlagak berani setiap kali berhadapan dengan lelaki tersebut namun sebenarnya dia paling takut apabila dipanggil ke bilik Big Boss.

“Kalau aku jatuh cinta secara tak sengaja?”

“Hei, kau jangan nak tanya soalan-soalan macam tulah. Kau boleh fikir tak kenapa syarikat agensi letakkan syarat macam tu?”

Ryo diam dan hanya memandang wanita di sebelahnya itu.

“Kau dah jadi milik masyarakat. Kau masih mentah dan karear kau belum stabil sekarang. Lebih baik kau fokus dengan tugas kau sebagai artis dan jangan nak sibuk fikirkan soal cinta.” Jawab Aya tegas.

“Heh, aku milik masyarakat atau milik syarikat agensi sebenarnya?” Soal Ryo sinis.

“Ryo…” Aya menoleh memandang Ryo. Dahinya sedikit berkerut.

“Okey… aku tidak akan bangkitkan lagi soalan ini.” Ryo tahu Aya sedang memberi amaran kepadanya.

Dia kembali bersandar pada kerusi dan memejamkan matanya. Dan Aya pula kembali memberi tumpuan pada pemanduannya.

Thursday, December 10, 2009

Lagu tema untuk Ai Without Love

Triangle.mp3


Hai hai semua...
hari ni entry pasal Ai Without Love lagi...
(hehe... tengah mood bahagia)

Ini lagu tema untuk Enovella terbaru Cik Kaseh.

Tri-Angle - DBSK

Lagu ni agak hard sikit.
sebab enovella kali ini agak dewasa dan berani

Cik Kaseh pilih lagu ni sebab tajuk dia Triangle(tiga segi)
sebab cerita Cik kaseh kali ini ada cinta tiga segi.

Muzik Tri-Angle sangat sesuai dengan watak Yna yang berani dan agresif.
sesuai juga dengan watak Ryo yang maskulin dan menjadi pujaan para peminatnya.
dan masuk dengan jiwa sentimental Vic bila sampai part chorus yang slow tu.

Tiada kelaianan yang ketara dalam enovella Cik kaseh kali ini.
(mungkin agak stereotype bila cik Kaseh masukkan elimen cinta tiga segi... dan kisah pasangan kontrak)

Tapi hanya itu saja...
selebihnya saya tetap sediakan sesuatu yang fresh untuk santapan pembaca.
Harap anda semua terhibur seperti membaca AITDS.

::Douzo::

Wednesday, December 9, 2009

betul pun kira salah juga... dah nasib~~

Aku tak faham dia ke
atau dia yang tak faham aku??
Setiap kali aku cakap, dia bilang penerangan aku tak jelas.
Setiap kali aku jawab pertanyaannya, dia bilang aku tak beri jawapan yang dia mahukan.
Tapi apsal orang lain faham apa yang aku cakap.
dan kenapa orang lain ulang soalan yang sama dengannya, aku boleh faham.
So, aku atau dia yang salah...
dia atau aku... jawapannya tetap aku
Sebab aku pekerja dan dia majikan.
Boss mana boleh salah.
kita buat benda yang betul pun dia boleh kata salah apatah lagi buat kesalahan.
tapi kalau dia... dia salah pun kira betul aje...
Huhh~... penat betul follow boss yang cerewet tak bertempat ni.

Tuesday, December 8, 2009

Ai Without Love ::Prolog::

Untuk pengenalan dan sinopsis sila klik Sinopsis

PROLOG

Di suatu kawasan di tengah-tengah kota Lisberg…

Bilik persalinan itu ditutup rapat dari dalam. Seorang pemuda awal 20-an mengambil tempat di hadapan meja solek. Dia mencapai botol mineral di atas meja sebelum meneguk isinya. Setelah membasahkan tekak yang kering akibat banyak mengeluarkan suara tadi dia memandang pantulan imejnya di dalam cermin di hadapannya. Rambutnya yang panjang yang jatuh di dahinya di tolak ke belakang. Peluh yang membasahi sekitar dahi dan leher merimaskannya lantas dia mengambil tisu lalu mengelap peluh di sekitar mukanya.

Pintu di ketuk dari luar. Belum sempat dia menjemput tetamunya masuk tiba-tiba pintu itu sudah dibuka dahulu. Dua orang wanita muncul. Seorang daripadanya mengenakan kaca mata dan memegang sesuatu di tangannya. Wanita tersebut terus mengambil tempat berdiri di hadapannya. Sementara itu seorang lagi wanita yang bertindak sebagai juru solek segera menjalankan tugasnya merias pemuda yang akan meneruskan persembahannya sebentar lagi itu.

“Ryo, standby. Lepas ni adalah persembahan klimaks. Semua orang harapkan yang terbaik dalam persembahan terakhir kau malam ini.” Ujar wanita tadi sambil memerhatikan kerja juru solek. “Ingat… mesti fokus.” Pesannya.

Ryo senyum dan mengangguk sahaja. Dia malas hendak bersuara. Lebih baik dia menyimpan tenaga untuk persembahan yang selanjutnya.

“Yin, boleh tak buat kerja dengan pantas. Kita bukannya ada banyak masa untuk bersenang lenanglah!” Sempat wanita itu mengkritik kerja jurusolek tersebut.

Jurusolek yang bernama Yin itu hanya buat muka di belakang pengurus Ryo. Hei, kerja aku, tahulah apa aku nak buat…

Ryo nampak tetapi dia hanya mendiamkannya. Sebentar kemudian Ryo menukar bajunya dengan kemeja yang sudah siap tergantung di penyangkut baju. Pengurusnya keluar setelah dipanggil oleh seseorang. Tinggal dia bersama jurusoleknya yang membantunya bersiap untuk persembahannya sebentar lagi. Setelah tiada apa lagi yang memerlukan bantuan jurusolek berkenaan Ryo menyuruhnya keluar dahulu kerana dia ingin bersendirian sebelum memulakan persembahannya.

Ryo kembali memandang dirinya di hadapan cermin besar. Sempurna. Tiada cacat ataupun kekurangan pada dirinya. Ryo tersenyum memandang dirinya yang sekarang. Dia benar-benar berbeza dalam tempoh dua tahun ini. Segala-galanya berubah. Dia tidak pernah bermimpi untuk berdiri di tempat yang tinggi seperti ini. Selama ini dia menyangka yang dia akan menjadi seorang jurutera… mungkin terlalu besar cita-cita tersebut tetapi memandangkan itulah jurusan yang diambilnya ketika di kolej dahulu.

Dia memang seorang penyanyi sebelum bergelar artis terkenal lagi. Dulu dia menyanyi dengan satu sebab iaitu untuk membantu meringankan beban keluarga. Dia bukan berasal dari keluarga yang senang. Adik beradiknya seramai lapan orang dan dia adalah anak sulung. Dia pernah menyanyi di jalanan tanpa pengetahuan ayahnya. Dia juga pernah menyanyi di kelab sewaktu masih bergelar penuntut biarpun telah dilarang oleh ibunya. Alasannya cuma satu iaitu demi adik-adiknya yang masih bersekolah semuanya. Dia tahu yang perbuatannya itu melanggar prinsip ayahnya yang tidak suka dia bekerja selagi belum tamat belajar. Namun atas rasa tanggungjawab sebagai anak sulung dia nekad memilih jalannya sendiri.

Hari ini dia juga telah memilih jalannya sendiri setelah memasuki sebuah rancangan realiti tidak lama dahulu. Bukan niatnya untuk masuk ke dunia yang penuh glamour ini sebagai bintang. Dia cuma mahu mengubah kehidupan keluarganya yang tidak pernah lari dari belenggu kemiskinan. Nasibnya baik apabila dia berjaya menjadi juara dalam rancangan pencarian bakat baru tersebut. Sekelip mata sahaja dia menjadi terkenal dan diminati ramai. Dalam masa dua tahun sahaja dia sudah berada di puncak kejayaan.

“Ryo…!”

Lamunan Ryo terhenti. Dia menoleh ke belakang. Pengurusnya sedang berdiri di luar pintu. Hanya kepalanya sahaja yang masuk ke dalam bilik.

“Apa lagi yang kau buat? Cepatlah. Giliran kau dah nak sampai.”

“Okey…” Ryo segera meninggalkan bilik tersebut dan menuju ke belakang pentas. Penyanyi jemputan yang sedang membuat persembahan tadi akan menamatkan persembahannya sekejap lagi dan Ryo perlu bersiap sedia untuk kembali menghiburkan penonton yang telah sanggup membayar tiket yang mahal semata-mata untuk menyaksikan persembahannya di dalam konsert malam ini.

Cahaya spotlight fokus kepadanya sebaik dia berdiri betul di tengah ruang pentas tersebut. Sebentar kemudian jeritan dan sorakan orang ramai di dalam dewan besar itu bergema.

Sebaik pengarah muzik mengangkat tangan memberi isyarat kepada anak-anak buahnya untuk memulakan muzik suara yang riuh rendah tadi beransur-ansur senyap dan apabila Ryo mula mengeluarkan suara emasnya dewan bergema lagi dengan tepukan gemuruh para hadirin. Masing-masing yang membawa sepanduk dan kain rentang mengangkatnya tinggi-tinggi tanda sokongan mereka terhadap artis kesayangan mereka itu.

Seketika kemudian tepukan diam bagai diserkup dengan sebuah tudung. Masing-masing menumpukan perhatian pada lagu berentak sentimental dendangan Ryo. Tiada yang lebih dikesali selain terlepas pandang setiap persembahan pemuda yang bukan hanya mempunyai suara emas malah juga seorang yang tanpan itu. Masing-masing begitu teruja. Inilah malam yang paling indah dan tidak akan dilupakan seumur hidup mereka.



Di waktu yang sama di suatu lorong di kota Lisberg…

Gadis bersanggul dan berpakaian kemas itu berjalan pantas mendekati sekumpulan remaja yang sedang membuli seorang budak lelaki di sebatang lorong di belakang bangunan. Dengan wajah yang berapi kerana marah dia mencapai sebatang kayu di tepi dinding. Marahnya meluap-luap apabila melihat lima orang remaja itu nampak sangat gembira dengan aktiviti tidak bermoral berkenaan. Tanpa sebarang isyarat dia terus menghentak salah seorang remaja tadi dengan kepala kayu yang keras itu.

Remaja yang masih berseragam pelajar sekolah menengah tadi memegang kepala yang terasa sakit akibat pukulan kayu. Dia berundur sedikit ke belakang. Begitu jaga dengan rakan-rakannya yang lain. Semua memandang kepada gadis yang sedang menyinseng lengan kemejanya sehingga ke paras siku. Kayu ditangannya tadi dicampak ke belakang. Matanya menikam satu-persatu remaja yang membuli budak lelaki yang masih terduduk di tanah itu.

“Siapa kau ni?” Tanya salah seorang daripada mereka.

“Jangan peduli siapa aku. Lebih baik kamu semua selamatkan diri sebelum aku mengamuk.”

Remaja-remaja tadi ketawa mengejek mendengar kata-kata gadis yang baru muncul itu.

“Dia fikir kita takut dengan perempuan macam dia? Kelakarnya…”

“Dia langsung tak fikir yang kita lebih ramai dari dia. Bodoh betul.”

Gadis bertahi lalat di bawah mata kanan itu hanya melihat gelagat remaja-remaja tersebut dengan senyuman. Dia biarkan dulu pembuli-pembuli itu ketawa dengan puas.

“Dah cukup ke belum…? Aku tiada masa nak tunggu kamu semua habis ketawa.”

Ringan sungguh kaki itu melayang dan menerajang mereka berlima. Tiada siapa yang terkecuali. Belum sempat membalas serangan gadis itu terlebih dahulu melukakan mereka semua. Pantas dan tangkas. Kuat dan kejam. Tiada pengecualian. Tiada tolak ansur. Akhirnya mereka semua mengaku kalah dan melarikan diri dari terus diserang gadis ganas itu.

Gadis itu melepaskan kepalan tangannya setelah remaja-remaja tadi melarikan diri. Dia melihat mereka semua bertempiaran menyelamatkan diri. Seketika kemudian dia pergi mendapatkan budak lelaki yang duduk menyorok di belakang kotak yang telah dilipat di tepi dinding. Dia menghulurkan tangan kepada budak tersebut. budak yang berkaca mata itu memandangnya sahaja. Masih was-was dengan keikhlasan hatinya. Dia tersenyum dan duduk mencangkung di hadapan budak tersebut.

“Jangan takut. Saya datang untuk selamatkan awak.”

Senyuman gadis tersebut membuatkan budak itu yakin. Dia membalas senyuman itu sebelum menyambut huluran tangan yang telah menyelamatkannya sebentar tadi.

“Terima kasih, kakak.”

“Tak perlu. Aku cuma tak suka tengok orang kena buli. Mereka tu sama sekolah dengan kau?”

“Ya.”

“Kau kena jadi kuat lepas ni kalau tak nak kena buli. Hari ini cuma satu kebetulan aku muncul selamatkan kau.”

Gadis itu bangun dan beredar. Budak tadi turut bangun.

“Tunggu…!”

Gadis itu menoleh semula kepada budak yang diselamatkannya tadi.

“Siapa nama kakak?”

“Tak perlulah tahu. Lagipun bukannya kita akan bertemu semula selepas ini.” jawab gadis tersebut.

“Saya pernah nampak kakak di Sweet Chocoretho. Kakak pekerja di sana kan?” budak lelaki itu membetulkan kaca matanya sebelum berdiri dekat dengan gadis tadi.

“Hmm… jadi panggil saja aku ‘Yna’.” Balasnya sebelum melangkah pergi.

“Terima kasih sekali lagi, kakak Yna.” Ujar budak tersebut.

“Jangan panggil ’kakak’. Panggil ‘Yna’ saja.” Yna tidak berpaling kepada budak itu dan terus melangkah meninggalkannya.



Enovella baru saya

"Orang bilang cinta tapi tidak pada mereka.

Secara lahiriahnya mereka mengatakan tidak

Tapi soal hati… tiada siapa bisa mengelak."


Ini sekadar kesinambungan dari Aku, Perempuan & Sesuatu(AP&S).

Maaf, kerana tak habiskan AP&S di blog ini.

Jangan risau… kisah ini bukan sambungan dari AP&S.

Jadi takkan berlaku kekeliruan pembaca.

Saya menulis ikut suka je. Tiba2 idea melintas lalu terhasillah

Ai Without Love (tapi belum lengkap lagi)

Harap masih ada yang sudi menyokong…


Watak2


Ryo Nishikido, 21
Kerjaya : penyanyi, pelakon
status : bujang
kelebihan : bermain alat muzik; piano, gitar
sifat positif : Optimis, sentiasa berusaha untuk jadi yg terbaik.
Sifat negatif : cakap lepas, suka cari gaduh dengan orang2 tertentu dalam senarainya.
orang yang paling dihargai : keluarga, sahabat (Vic) dan peminat




Yna Baktiar, 20
Kerjaya : pembuat coklat di Sweet Chocoretto
Status : Bujang
Kelebihan : memasak dan... err~ menggoda
Sifat positif : menghargai setiap benda kesayangan, berkeyakinan tinggi
Sifat negatif : pendendam
Orang yang paling dihargai : tiada





Vic Teoh, 22
Kerjaya : dirahsiakan
Status : bertunang
Kelebihan : setia
Sifat positif : bertanggungjawab, mementingkan sahabat,
Sifat negatif : perahsia
Orang paling dihargai : semua disisinya



Sinopsis :
Kisah ini berlaku 2 tahun selepas AP&S. kehidupan selepas kolej. menempuh kehidupan sebenar sebagai orang dewasa di kota metropolitan, Kota Lisberg. satu insiden menyebabkannya Ryo bertemu semula dengan Yna secara tidak sengaja. dan insiden itu telah menyebabkan mereka berdua terjerumus ke dalam satu situasi yang mendesak mereka untuk menipu masyarakat. Yna mengikat perjanjian dengan Ryo untuk menjadi kekasih kontrak. dalam masa yang sama sebenarnya dia ada agenda tersendiri untuk membalas dendam terhadap Vic, yang mengkhianati cinta mereka. Yna tahu betapa akrabnya hubungan diantara dua sahabat tersebut, maka dia menggunakan senjata itu untuk menjatuhkan kedua2 mereka. Dendamnya terhadap lelaki kembali berdarah. Dan sasarannya kali ini ialah Ryo dan Vic.

::Douzo::

Monday, December 7, 2009

Ninja Assasin - Pembunuh Yang Dasyat!


Pada mulanya Cik Kaseh langsung tak tertarik nak menonton Filem ni
sebab Cik Kaseh tak suka cerita keganasan.

Bila tertengok The Making of Ninja Assasin di channel MTV,
Cik Kaseh terus tertarik nak menonton.
Dan tak sangka langsung rupanya pelakon utama Filem ni ialah Rain Bi.
(siapa perasan kalau dah poster tu muka dia serabut dengan perut segala bagai)

Cerita dia dari mula sampai akhir penuh dengan aksi yang mendebarkan.
Macam2 jurus ninja ada.
teknik penyamaran, teknik pembahagian badan, teknik bayang... semua ada.
siapa yang layan anime Naruto mesti tahu pasal teknik2 yang sinonim dengan dunia ninja. Kalau tak tengok Naruto, mesti ada pengikut anime Ninja Boy(budak2 bawah umur sukalah tengok anime ni)

Babak paling Cik kaseh suka dalam filem ni ialah
masa Raizo bertarung dengan ninja2 dekat jalan raya.
Best giler~. superb!

Korang kena tengok juga.
dan memang tak rugi keluar RM 10.00 untuk filem ni.
sebab cerita dia memang best!

Cuma ada suatu perkara yang Cik Kaseh tak berkenan...
bukan pasal filem ni tapi pasal klasifikasi 18SG tu.
Saya tak faham dengan pemikiran sebilangan ibu bapa yang
memandang enteng akan parkara ini.
mereka dah tahu klasifikasi filem ini tidak sesuai dengan anak2 yang berusia bawah 18 tahun
sebab filem ini ada unsur2 ganas yang melampau
tapi mereka tetap membawa anak2 mereka yang masih dibawah umur menonton bersama2 di panggung.
Mereka tak sedar ke yang tindakan mereka tu boleh mempengaruhi anak2 meniru aksi2 ganas tersebut. dan ini boleh menyebabkan masalah sosial di kalangan remaja semakin meruncing.
inilah salah salah satu puncanya kes juvana di negara kita semakin meningkat
bukannya semakin menurun!

Tapi bukan salah ibubapa seratus peratus juga,
pihak panggung tersebut pun salah.
mereka pun ambil ringan dengan hal sebegini.
hanya memikirkan keuntungan saja.

Hergh!!! geram betul saya.
(tak tahu nak lepas kat sape, tu yang lepas kat sini ni.)


P/s : Sangat2 berpuas hati dengan filem ni
(walaupun dah cuak habis masa tengok aksi2 dalam filem ni)


Friday, December 4, 2009

Bad Day

Today is my bad day
Pagi2 dah terpaksa dengar Boss nyanyi lagu 'Negaraku'
(istilah mengamuk dalam kamus Cik Kaseh)
Dia marah orang lain pun membebel dengan Cik Kaseh
Dia marah dengan staf CIMB pun dia membebel dekat Cik Kaseh
Dia marah Cik Kaseh lagilah... sah2 muka ni yang kena mengadap dia.
My office mate pula cuti MC hari ni.
memang ngam ho~!!
aku sorang yang kena mengadap muka tempe pakcik tu hari ni.
Dari pagi bawa ke petang??
Aduss~~ tensionnya...

Thursday, December 3, 2009

Godaanmu Si Kawaii Sushi...


Moshi moshi~
(intro entry kali ini berkait rapat dengan makhluk kawaii (comel) di atas.)

Apa jadi apabila makhluk luar alam (saya) bertemu dengan makhluk comel tahap giga?

Malam semalam Cik Kaseh teman awek yang duduk sebilik dengan saya ke Shah Alam.
Dia nak ambil barang yang dia kirim dari Kelantan dengan kawan dia.
Kopok Leko.

Jumpa kawan dia tu sekejap je.
tak sampai 5 minit pun.
Chess~ buat habis petrol je. Sib baik dia yang payung duit minyak.

Boring lepak kat rumah saja lalu masa balik Cik kaseh pusing stereng kereta
masuk Jusco Bukit Raja.

Buat apa?
Saja... jalan2, cuci mata

Masuk ke sebuah kedai ni tetiba Cik Kaseh digoda dengan makhluk comel di atas.
tiga empat kali pusing kat situ akhirnya Cik Kaseh tak daya menahan nafsu,
lantas merembat si comel yang belum lagi Cik Kaseh beri nama tu.

Dari pagi bawa ke petang si comel tu sentiasa menggunakan
aset kecomelannya untuk menggoda saya.
dan Cik Kaseh memang telah gagal menahan nafsu
dari tidak merenungnya ke-cute-tannya.
I hate this moment!
Sushi yang comel tu memang melalaikan orang.
lebih2 lagi bila kepala dia bergoyang2. <-- super kawaii~~!!!
mujur saya tak hilang tumpuan ketika memandu.

"Dear my kawaii sushi, please don't goda2 me again k. Mmuah... love you!"

P/s : maaf, sebab entry kali ni agak geli geleman sikit. hehehe~

Tuesday, December 1, 2009

Rancangan Tanpa Perancangan


kadang kala sesuatu yang kita tak rancang pun boleh jadi sesuatu yang superb.
berbanding dengan perkara yang kita dah rancang awal2,
dah target mesti jadi begitu atau begini
tapi akhirnya perkara tu gagal.

macam gambar yang Cik Kaseh upload hari ini.
gambar ni kami langsung tak bersedia
tiba2 saja my abang snap
tapi hasilnya...
cun!
boleh tahan kan.
nampak hidup dan rasa happy je bila pandang.

macam juga dua daripada karya saya,
Angel In The Devil Suit(AITDS)
&
Aku, Perempuan Dan Sesuatu(AP&S)

Kalau nak tahu,
AP&S tu saya buat dengan perancangan yang teliti
sebab saya fikir saya nak cuba nasib
mungkin ada rezeki dengan karya kedua
setelah karya pertama mengalami kegagalan

tapi kan...
lebih dari 90% yang membaca dan menilai menganggap
AITDS lebih baik.

Perasaan saya?
pelik kot... kelakar pun ya, kot... dan
hurm~ saya anggap itu sebagai rezeki
walaupun sebenarnya saya mengarang AITDS
secara cincai (main belasah saja. janji aku happy).
malah tanpa perancangan yang rapi pun.

...
...
...

Tapi saya ada masalah dengan AITDS sekarang ni
masalah nak mengedit!
Bila saya menulis tanpa perancangan,
walaupun orang fikir ia karya yang baik
saya tetap rasa banyak cacat cela yang perlukan pembaikan.
Mengkritik karya orang lain lebih mudah berbanding mengkritik hasil kerja sendiri.

Kesimpulannya :
jangan cuba mengejar kesempurnaan
kerana tiada perkara yang sempurna dalam dunia ini melainkan-Nya
Kecacatan sebenarnya pelengkap dalam sesebuah kejadian.
hiduplah dengan harapan mahu jadi yang terbaik,
dan bukan untuk jadi yang sempurna.

sekian, chiow~~