Bab 4
Sulalatus
Salatin yang aku baca sejak petang tadi masih di takuk lama. Sejak dari
kelmarin membawa ke hari ini pembacaanku masih lagi pada bab pertama. Betapa
tersiksanya membaca naskah buku sebegini. Buku ini adalah tentang sejarah
melayu yang dikarang oleh Tun Sri Lanang atas arahan Sultan Abdullah Ma’ayah
dan merupakan antara naskah terawal kesusasteraan melayu dalam bentuk bertulis
menggunakan bahasa melayu klasik. Kisah-kisahnya menarik tetapi bahasanya
terlalu indah sehingga sukar untuk difahami oleh generasi moden sepertiku. Bab
satu sahaja aku perlu mengulang baca sebanyak lima kali untuk memahaminya. Aku
harap aku mampu menamatkan buku setebal novel RM21.90 ini walaupun dalam
keadaan tersiksa. Aku percaya ada sesuatu kemanisan yang tersembunyi dalam buku
ini. Tapi bukan sekarang masanya untuk aku tamatkannya kerana Vampire Knight
sedang menggamitku dari hujung katil.
Aku
sempat mengerling jam digital berbentuk kiub di atas mejaku. Tepat jam 12.00
tengah malam. Aku capai baju sejuk di kepala kerusi sebelum bangun dari meja
belajar. Jendela aku tutup rapat tanpa menguncinya sebelum menuju ke atas
katil. Aku menekan butang power pada laptop yang sudah sedia terbuka di atas
katil. Sementara menunggu sistem terpapar di skrin aku menyarung sarung kaki.
Kesejukan sangat mencengkam pada malam ini disebabkan hujan lebat yang turun
petang tadi.
Dua
biji bantal aku letakkan di kepala katil sebagai tempat bersandar dengan laptop
kuletak di atas peha. Baru sahaja hendak mula menonton tiba-tiba aku dikejutkan
dengan cermin jendelaku yang ditendang dari luar bilik. Aku terkejut dan hampir
sahaja hendak mencampak laptopku.
Satu
makhluk hitam melompat sebelum bergolek di atas lantai bilikku. Disebabkan
pendaratannya yang kurang sempurna kepalanya terhantuk pada kaki katil. Aku
hampir menjerit kerana menyangkakan yang tenggiling sesat tadi.
“Ouch!
Damn!” lelaki berpakaian serba hitam
itu memegang kepalanya. Kesakitan.
Aku
tergamam melihat lelaki tersebut. Sekali lagi pada waktu yang sama, tepat jam
12.00 tengah malam dia muncul lagi masuk ke bilikku.
“Kau
lagi…” Aku segera turun dari katil lantas mendekati lelaki misteri tersebut.
“Apa kau nak sebenarnya? Kenapa kau masuk ke bilik aku?”
“Hah?”
Dia sedang mengelus-ngelus kepalanya yang sakit akibat terhantuk tadi. Renungannya
ditala ke arahku. Kemudian dia menoleh ke kiri dan kanan. Seolah-olah keliru
dengan persekitaran dalam bilikku. Dia segera bangkit berdiri. “S-O-R-R-Y…
salah masuk bilik.” Dia segera angkat kaki dan menuju ke jendela.
“Tunggu!”
Aku menahannya dari pergi. Dia tidak jadi hendak memanjat jendela. “Hoi,
vampire! Baik kau mengaku apa sebenarnya niat kau?” Disebabkan rasa tidak puas
hati aku terus menembaknya.
Lelaki
itu tertoleh-toleh ke belakangnya. Ingin memastikan dengan siapa aku bercakap.
Memang dialah yang aku panggil vampire.
“Hei,
semalam kau ceroboh masuk bilik aku dan aku rawat luka kau. Kau menghilangkan
diri sebelum aku terjaga. Kemudian pagi tadi kau muncul di kolej aku. Baik kau
mengaku… siapa sebenarnya kau?” Aku tak beri peluang untuknya melepaskan diri.
Dia nampak terkulat-kulat nak memberi jawapan selepas kena serang bertubi-tubi
dengan aku.
Kadang
aku rasa aku selalu bertindak tanpa menggunakan akal. Aku terlupa yang dia tu
M-O-N-S-T-E-R. Macam mana yang aku boleh berani tak kena tempat pergi terjah
dia pula.
“Hmm…
okey. Nama aku…”
“Kau
bukan manusia. Kau vampire!”
“What?!” suaranya meninggi dan terkejut.
Dia memandangku dengan pelik. “Seriously?”
Dia menggeleng-geleng seakan tidak percaya dengan kenyataan tersebut.
“Kau
keluar malam-malam buta sebab kau nak cari mangsa. Kau laparkan darah manusia.
Kau masuk ke bilik aku dan cari peluang untuk hisap darah aku. Betul kan?”
Lelaki
berpakaian serba hitam itu yang pada mulanya terpinga-pinga akhirnya tertawa
mendengar kata-kataku. Menyirap juga aku mendengarkan tawanya yang seperti
kambing mengembek itu. Sempat aku kerling dahinya yang bertampal plaster. Aku
menjuihkan bibir. Pandai mamat vampire ni berlakon di hadapanku. Sengaja
menampal plaster pada bekas lukanya. Walhal pagi tadi aku lihat lukanya telah
sembuh sepenuhnya.
“Seriously… aku dah tersalah masuk bilik.
Aku pergi dahulu.” Jendela dikuak. Kaki sudah diangkat untuk memanjat jendela
tersebut.
Aku
tidak berpuas hati dan kerana terlupa akan perasaan takutku dengan selambanya
aku cengkam pangkal lengan kirinya dan menahannya dari pergi. Dah kantoi ada
hati nak buat-buat tak bersalah. Chis!
“Arghhh!!!”
lelaki itu menepis kasar tanganku yang mencengkam lengannya. Dia mengerang
kesakitan. Matanya merah, mencerlingku dengan tajam. “Kau tahu tangan aku
cedera kan.”
“Ops!
Aku sengaja.” Okey… aku gila sebab buat vampire naik angin. Tapi pandai dia
berlakon kononnya cedera yang dia alami belum sembuh lagi. Amboi, muka dah
merah macam udang bakar. Cantik sangatlah mata coklat tu tenung macam nak telan
aku. Aku korek nanti baru kau tahu.
“Terima
kasih sebab rawat aku semalam, cik adik,” ucapnya dalam nada yang dapat aku
kesan betapa sarkastiknya dia terhadapku. “Mana kau tahu aku vampire?”
Soalannya
membuatkan aku terkesima. “Jadi betullah kau ni vampire?”
“Kau
rasa?” bibirnya meleretkan senyuman senget. Sangat mencurigakan. Terasa aura
merbahaya di situ.
“Jadi
betullah kau masuk ke bilik aku sebab nak makan darah aku.” Aku dah mula berasa
cuak. Mamat vampire ni sedang menyeringai menampakkan gigi siongnya. Tiba-tiba
aku terbayang yang gigi siong itu memanjang dan meruncing. Apa akan jadi
sekiranya dia benar-benar mahu menghisap darahku malam ini?
Aku
mula melangkah setapak ke belakang. Aku mesti cari jalan untuk menyelamatkan
diri sebelum diapa-apakan oleh lelaki ini. Tapi kemana aku boleh melarikan
diri? Sekuat mana pun aku melarikan diri, vampire mempunyai kelajuan seperti
kilat untuk mengejarku. Lambat laun pun aku akan menjadi mangsanya. Cuma aku
tidak pasti apa yang akan berlaku sekiranya darahku dihisap oleh vampire…
“Boleh
aku tanya sesuatu… apa akan berlaku sekiranya kau hisap darahku? Kau takkan
bunuh aku kan? Kau takkan ubah aku menjadi vampire seperti kau kan?” Serius aku
takut dan buntu dengan situasi tegang dalam bilik ini. Hanya ada aku dan dia
sahaja di sini. Kalau aku menjerit untuk mendapatkan bantuan pun belum tentu
aku sempat diselamatkan.
“Bertenang…
aku akan bunuh kau...” Gulp! Perlukah aku mengucap Syahadah siap-siap sekarang.
Terasa nafasku tersangkut di rengkung. Aku sedang menghadapi saat-saat dimana
bak kata pepatah ‘nyawa di hujung tanduk’. “…tapi bukan sekarang,” sambung
lelaki itu disusuli tawa yang keras.
What?!
Dia sedang mainkan aku ke? Sedap pula dia gelakkan aku. Melampau ni…
“Aku
pergi dahulu.”
“Kau
nak pergi mana?” hoi! Berani aku tanya lagi… adoi, tak boleh control mulut!
“Aku
kan vampire. Mestilah nak pergi memburu,” jawabnya dengan selamba. Kedua belah
kakinya sudah memanjat jendela.
“Hei…”
dia kembali menoleh apabila aku memanggilnya lagi. “Sebelum kau ambil nyawa aku
nanti, boleh aku tahu siapa nama kau?”
Dia
merenungku. Senyumannya dileret sempurna. Serta merta jantungku berdegup laju.
Senyuman itu membunuh persepsiku terhadap betapa vampire itu makhluk ganas yang
menakutkan. Aku hilang akal ke apa buat rumusan sebegini. Sumpah… aku harap
dapat lihat senyuman itu sekali lagi sebelum dia mencabut nyawaku kelak.
Kebahagiaan terakhir sebelum kembali ke alam lain.
“Nama
aku Adrian... Selamat malam. Jumpa lagi lain kali, Sofie.”
Aku
terpaku di hadapan jendela tanpa menyedari yang lelaki misteri itu telah
hilang. Tidak, dia bukan lagi lelaki misteri kerana malam ini aku telah
mengetahui siapakah dia. Dia vampire yang bernama Adrian dan dia memanggilku…
Sofie. Dia tahu nama aku.
“Ehhh!!!???
Dari mana dia tahu nama aku?”
3 comments:
Seronok laa semua novel akak !!! ♥♥♥[>\\\\\\<]
Seronok laa semua novel akak !!! ♥♥♥[>\\\\\\<]
Terasa macam baca komik tebal..arhh..saya suka saya suka..novel grafik..
Post a Comment