Kawan2 yg saya Sayang

Thursday, August 27, 2009

Belajar Bahasa 2 -Broken Malay

Broken Malay... Hurm~ atau lebih senang nak faham lagi ialah bahasa melayu rojak...

kita biasa menggunakan beberapa perkataan dan ayat yang dicampur aduk @ diubahsuai @ ditokok tambah untuk menyedapkan percakapan seharian kita. penggunaan perkataan tersebut meliputi perbualan harian dan sms... (tidak terkecuali dalam entry blog.. hehe). bahasa rojak ni paling popular digunakan oleh remaja (Kadang sampai mak, bapak, pakcik, makcik start blur bila anak2 bersembang sesama sendiri. sepatah haram tak difahaminya... hehehe, biasalah tu...)


kehidupan Cik Kaseh...
Bila mula bekerja, Cik kaseh bergaul dengan ramai orang dari bermacam bangsa yang ada di Malaysia ni. so secara tak langsung Cik kaseh dapat tangkap serba sedikit percakapan harian bangsa lain seperti india dan cina.

ayat rojak yang best Cik Kaseh belajar tempoh hari...

"Ngo illek tahu." ... Maksudnya ialah 'Saya tidak tahu'

ia adalah gabungan antara bahasa cina+india+melayu...

cool kan... start hari tu Cik Kaseh suka guna ayat ni kalau malas nak jawab soalan orang. yelah, sebab kadang kala kita sangat sibuk dan takde masa nak ambil perhatian pada sesuatu perkara yang bukan tugas dan kerja kita.


P/s : Bertanya seorang anak kepada ibunya di suatu petang di bulan Ramadhan yang damai... "Ma, menu berbuka hari ni kita makan apa?"... dan jawab si ibu, "NGO ILLEK TAHU..."... huhuhu~ parah kalau mak sendiri dah start pakai bahasa rojak bila berbual dengan anak2.



Tulus dari hati…

Saturday, August 22, 2009

Cream Puff Cik Kaseh ;p

yum... yum... nampak chedaphttp://emo.huhiho.com




Wahh~~ pandai2 je letak nama resipi guna nama sendirik... saje je nak famous, hohoho~http://emo.huhiho.com

okey, sebab ada permintaan daripada beberapa bloger maka dengan ini Cik Kaseh meng-entry-kan resipi Cream Puff.

Ermm~ korang jangan lupa try resipi ni nnt. lepas tu tunjuk pada Cik Kaseh kalau jadi... haa~ kalau dah jadi tu jangan lupa plak ajar Cik kaseh k...http://emo.huhiho.com


CREAM PUFF (utk 10 biji)


Puff

100ml air

45g butter

60g tepung gandum

2 biji telur


Kastard Cream

1 sudu besar tepung gandum

1 sudu besar tepung jagung

4 sudu besar gula

1 cawan susu segar

1 biji telur (saiz L)

1 sudu butter


Cara membuat puff

1) Panaskan oven - 200°c. –sapu minyak di atas dulang pembakar.

2) Ayak tepung & pukul telur.

3) Masak air & butter dalam periuk dengan api sederhana. –kuatkan api sebaik butter cair. Masak sehingga mendidih dan tutup api. –kemudian masukkan tepung & kacau cepat2.

4) Panaskan semula adunan dengan api sederhana hingga kepingan nipis terbentuk. Padamkan api.

5) Masukkan telur & kacau cepat2.

6) masukkan adunan ke dalam piping & paipkan ke dulang pembakar. Anggaran diameter 5cm.

7) Spray Puff dengan air sebelum membakar. – Bakar dalam oven. Suhu 200°c selama 15 minit. –kemudian turunkan suhu ke 180°c & bakar selama 25 minit. –selepas itu biakan puff di dalam oven untuk beberapa minit utk hasil yang lebih baik.

8) lepas sejuk baru masukkan cream.

P/s : gunakan novel bersaiz 1cm.



Cara membuat kastard cream

1)Masukkan tepung gandum+tepung jagung+gula dalam 1 bekas. –masukkan 1-2 sudu susu segar dan kacau.

2) masukkan telur & kacau lagi. Akhir sekali masukkan baki susu segar dan kacau sehingga sebati.

3) Wraping mangkuk & masukkan ke microwave. Guna suhu yg tinggi. –keluarkan setiap seminit dan kacau. Lakukan sehingga cream masak pekat.

4) dah siap, masukkan butter & kacau.

Ps : boleh gantikan sebiji telur dengan dua biji kuning telur.


pss : Cik Kaseh cam minah desparate yamg macam tak penah makan Cream Puff. huhuhu~~

Tulus dari hati…

Thursday, August 20, 2009

Cream Puff ke Cream Double Puff??

Cream Puff Cik Kaseh... ke Cream Double Puff??


Beberapa minggu yang lalu Cik Kaseh menonton sebuah drama jepun bertajuk Zettai Kareshi(Absalute Boyfriend)... turut ditayangkan di 8tv setiap ahad jam 3.00 p.m. tapi Cik Kaseh taklah tengok di 8tv sebab memang dah ada dvdnya(yg dibeli tapi tak tersempat2 nak menengoknya.hehe)

Apa kena mengenanya Zettai Kerashi dengan entry kali ini yang menayangkan Cream Puff? haa~ memang ada kena mengena tau...

sebab drama tu lah yang Cik Kaseh exited bagai nak rak mencari resipi Cream Puff macam dalam drama tu... bila nampak je Cream Puff tu masuk ke dalam mulut, lepas tu bila Cream Puff tu digigit dan kastard cream terkeluar dari puff yang nampak menyelerakan tu buat jiwa Cik Kaseh tak daya menahan godaan makanan tersebut.

http://emo.huhiho.comhttp://emo.huhiho.comhttp://emo.huhiho.comhttp://emo.huhiho.com


Akhirnya Cik Kaseh berjaya dapat resipi Cream Puff dan dah buatpun puff tu sabtu lalu. cumaa~~... err, tak berapa nak menjadilah pula Cream Puff Cik Kaseh tu. tak sama macam yg Cik Kaseh tengok dalam drama tu pun. kastard Cream memang dah cun dah rasanya tapi Puff tu pula yang slek. Misi buat Cream Puff gagal... dah jadi Cream Double Puff... huhuhu~~http://emo.huhiho.com


Cik Kaseh tak pernah beri apa2 penghargaan kepada pembaca blog Cik Kaseh selama ini. Jadi sempena bulan Ramadhan lusa nanti...terimalah Cream Double Puff Cik Kaseh ni sebagai juadah berbuka puasa ya. Boleh ambil Pic. ni pastu print & letak kat meja makan masa nak berbuka nanti ya...hehehe~

http://emo.huhiho.comhttp://emo.huhiho.comhttp://emo.huhiho.comhttp://emo.huhiho.com


ps : sesiapa yang tahu resipi cream puff yang sedap, ajarlah Cik Kaseh. email lah Cik Kaseh... kongsilah ilmu korang kat Cik kaseh. Cik Kaseh ngah menggila nak makan Cream Puff ni...http://emo.huhiho.com


Tulus dari hati…

Wednesday, August 19, 2009

Si Cerewet & Cepat Bosan

Cik Kaseh yang mudah bosan…

Selepas habis membaca Mikhail karya Ramlee awang Murshid, Cik Kaseh start pula membaca Mandatori... ini bukan novel terbarunya tapi Cik Kaseh belum pernah membacanya jadi layan sajalah. Alang2 dah melekat dengan novel thriller so kalau boleh Cik Kaseh nak sudahkan semua buku Ramlee awang Murshid.

Tapi kesudahannya… Mandatori ni tak boleh masuk dalam jiwa Cik kaseh. Ceritanya rumit. Watak utama samar2 & lambat muncul. Banyak sangat watak sampai Cik Kaseh blur mana watak utamanya. Siapa Carlos? Norman ke?... Cik Kaseh dah bosan tahap dewa sebab dah sampai setengah muka surat pun feeling masih tak sampai ke puncak. Camne nak habiskan membaca ni.

Okey… inilah sisi Cik Kaseh yang negatif. Cepat bosan dan akan tinggalkan bahan bacaan yang lambat menarik perhatian saya.



Cik Kaseh yang cerewet…

Cik Kaseh tinggalkan Mandatori dan capai 5 Tahun 5 Bulan karya Hlovate. Okey… cool… Cik Kaseh suka baca waktu Ana jadi orang gaji di rumah En, Latfy. Melayan Afiq @ Along Serbia. Memang mencuit hati.

Tapi… hah, ada tapi lagi tu. hehehe~… Terus terang Cik Kaseh katakan kalau Cik Kaseh baca 5 Tahun 5 Bulan dahulu sebelum baca Aa+Bb tentu Cik Kaseh tak rasa perasaan macam ni sekarang. Buhsan~

Terlebih dahulu Cik Kaseh menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada peminat Hlovate dan terutama sekali kepada Hlovate sendiri sebagai penulisnya(Kalau dia terbacalah).

Cik Kaseh stop(utk sementara) baca novel ni di tengah muka surat juga. Ini kerana Cik Kaseh rasa watak2 utama dalam novel2 Cik Hlovate lebih kurang sama saja. Macam tak banyak beza antara Addin dan Johanna. Masing2 ala2 brutal dan cool je. Pastu they all berdua ni ambil Medic. (Hurm~ macam dapat gambarkan siapa Hlovate dalam setiap watak yg direkanya)

Cik Kaseh sukakan ayat2 Hlovate yang sempoi. Cik Kaseh dok ketawa terkekeh-kekeh membaca semua novel Hlovate… lepas tu dari segi motivasi dan ada part2 yang ada hadis, ayat Quran dan doa. Satu pembelajaran secara tak langsung… tapi dari segi jalan cerita Kaseh tak feeling sangat.

Inilah satu lagi sisi buruk Cik Kaseh. Cerewet tahap ntah pape ntah. Memilih bahan bacaan macam memilih ikan Talapia di dalam kolam yang keruh(ape benda peribahasa ni? haru btol Cik Kaseh ni). Nampak kelebihan tapi tak lepas kelemahannya.



ps : Nasihat untuk diri sendiri… tiada apa yang sempurna dalam dunia. Kelebihan dan kelemahan itu adalah suatu kesempurnaan. Terimalah seadanya setiap kejadian kerana diri kita juga sebenarnya bukanlah sempurna.

Pss : Masih tetap menganggap Konserto Terakhir adalah novel terbaik di hati.



Tulus dari hati…

Saturday, August 15, 2009

The song for Camie+Jeremy The Angel (AITDS)

Camie@Milly&Jeremy... in memory



Ngaa~~ suddenly Cik Kaseh masuk mood jiwang karat…http://emo.huhiho.com


Kelmarin… entah angin mana dah masuk dalam kepala Cik Donut, dia pergi download lagu 6ixth Sense masuk Lappy Cik Kaseh. So secara tak sengajanya lagu Khatimah Cinta ni pun termasuk le ke dalam minda seterusnya ke ruang jiwa Cik Kaseh (Ek Cheh~… sekali guna bahasa novel pula =))…

Cik Kaseh rasa lagu ni best jugak. Kira boleh layanlah~http://emo.huhiho.com

Bila hayati liriknya betul-betul… tiba-tiba Cik Kaseh terbayang diri ni jadi Camie yang kehilangan Jeremy(Enovel- Angel In The Devil suit). macam lagu ni Jeremy nyanyi untuk Camie. Ahh~~ sedihnya. Lagi-lagi bila terbaca semula chapter waktu Jeremy mati tu… sobs~~ chedihnya…http://emo.huhiho.comhttp://emo.huhiho.comhttp://emo.huhiho.com (Ape ke sengalnya aku boleh layan terlebih dengan novel sendiri… huhuhu~)

So, Cik kaseh nak jadikan lagu ni sebagai lagu tema antara Camie+Jeremy the Angel.http://emo.huhiho.com



Khatimah Cinta - 6ixth Sense

Bintang Malam nyanyikan lagu
Rindu hatiku yang terpendam
Bintang malam lukis wajahku
Katakan aku pergi

Genggamlah cinta yang ku berikan
Simpanlah selalu dalam hati
Ku akan selalu dalam mimpimu
Menemani tidurmu

Sudahlah sudah
Ku harus pergi
Jangan kau tangisi aku lagi
Biarku bawa seluruh cintamu
Ku dakap dalam tidur panjangku

Peluk tubuhku
Kucup bibirku
Relakan saja aku pergi...


P/s : Untuk Camie+Dew punye lagu tema... entah... Cik Kaseh belum terfikir lagi. korang ada cadangan ke?




Tulus dari hati…


Wednesday, August 12, 2009

Mari Belajar bahasa JAWA

Tajuk entry saya hari ini langsung tiada kaitan dengan sastera mahupun penulisan novel… harap maklum.

Dah biasa kan nampak Cik Kaseh selitkan bahasa2 luar dalam novel Cik Kaseh. Kadang ada bahasa jepun… sometime ade pula bahasa sepanyol… broken English jangan katalah. Banyak kan… but hari ini special sket… jom blaja bahasa JAWA.

Kisahnya bermula apabila dua orang pakcik ni bertegur sapa. Dua orang pakcik ni berbangsa jawa tapi dari suku yang berbeza. Wak A dari suku jawa Pegelen dan Wak B dari suku Jawa Ponorogo.


WAK A : gowo pisang opo, wak? (maksudnya : bawa pisang apa, wak?)

WAK B : pisang nangka~ tok. (untuk sebutan “tok” sila bawa lidah ke tengah lelangit agar sebutan jawa itu betul)

WAK A : Pisang nang katok????????????? (Wak A buat muka terkejut!)


Tentu ramai yang tak faham mengapa Wak A terkejut. Sila lihat dan beza bandingkan kedua-dua ayat ini :


“Pisang nangka tok… maksud Wak B ialah ‘pisang nangka saja’

“Pisang nang katok… apa yang difahami oleh Wak A pula ialah ‘pisang di dalam seluar kecik’(korang faham2 sendirilah seluar kecik tu apa ek)


Wak A telah salah faham dengan perkataan Wak B... Wargh hahaha~~…(Cik Kaseh gelak guling2 bila dengar lawak ni dari My Emak.) mungkin ramai di luar sana yang tak dapat nak gelak sebab anda tidak memahami bahasa jawa. Tapi rasanya orang jawa yang terbaca entry ni mesti tersengih2 atau tutup mulut cover gelak yang nak pecah kan. hehehe~

biarpun dalam bahasa yang sama tapi tetap wujudnya salah faham disebabkan perbezaan penggunaan perkataan dari dua suku yang berbeza. Uniknya bahasa… satu ilmu yang Cik Kaseh dapat waktu di kampung tempoh hari dan saja nak kongsi bersama pembaca semua.


P/s : selalu kena kutuk dengan abang… Cik kaseh ni bila bercakap melayu bunyi slanga jawa tapi bila cakap jawa, slanga melayu pula keluar… bunyi cam sengal jer… huhuhu~



Tulus dari hati…

Tuesday, August 11, 2009

Dimana Cinta?


Dimana cinta,
dimanakah cinta kucari,
cinta tak mungkin aku beli,
tak mungkin juga aku curi...



hohoho~ ni apa kes tiba2 muncul ayat2 macam ni dalam entry Cik Kaseh??
why? nande nande??

entahlah... tapi yang pasti ada seseorang telah menyedarkan Cik Kaseh beberapa hari yang lalu.

CIK A : Cik Kaseh, kau ni betul tak normal!
CIK KASEH : apasal pulak?
CIK A : kau tak tingin nak berlaki ke?
CIK KASEH : ?????????

lepas tu Cik Kaseh pun mulalah terfikir bab ini... bukan bab rumah tangga tapi... betul ke Cik Kaseh ni tak normal??

yelah, orang lain yang seusia Cik Kaseh semuanya dah sibuk nak mulakan hubungan dengan somebody, berkawan dan saling mengenali pasangan hidup masing2. tapi Cik Kaseh ni langsung tak fikirkan bab2 macam ni.

siap nak mengelak daripada jalinkan apa-apa hubungan lagi adalah. nak kata Cik Kaseh anti dengan lelaki tu taklah (tapi maybe agak was2 mahu mempercayai lelaki). nak kata Cik Kaseh lesbian pulak... huhu~ minta dijauhkan. tidak sama sekali! cuma kadang2 tu bila otak tengah mereng mmg suka nyakat member2 dgn ayat2 yang ...tuuttt~... (tak leh cakap sbb ramai pembaca blog yang masih di bawah umur. hahaha~)

perkataan yang lebih tepat untuk Cik Kaseh saat ini ialah... saya suka bebas!. buat apa saja tanpa halangan. so... CINTA... aku harap kau hadir dimasa yang sesuai suatu hari nanti. moga tuhan bukakan pintu hati Cik Kaseh ni untuk terima somebody dalam hidup nanti. Insyaallah~ and i hope i'll find a true love. lelaki yang soleh dan boleh membimbing saya ke jalan yang diredhai oleh Allah.



p/s : Nak cari lelaki macam Laksamana Sunan... tapi itu semua mustahil di abad ke21 mcm sekarang ni... hurm~ cari lelaki macam Ryo-chan lah. hahaha~ putus fius!!


Tulus dari hati…

Sunday, August 9, 2009

Epilog AITDS...? Kaseh dah sent~

ok... ini entry ringkas...

sila ambil perhatian terutama yang setia mengikuti Angel In The Devil Suit...

Kaseh dah siap epilog nak dah send kepada semua yg mendaftar. tapi rasenya ada email2 yang tak boleh nak lepas. i don't know why... so, kalian semua sila check email masing2.

kepada yang dah dapat email n dah bace epilog... n dah pun bagi komen pada Cik Kaseh... tahniah n terima kasih. tahniah sebab korang bernasib baik sbb email tu lepas n trima kasih kerana menyokong saya selama ini...


Tulus dari hati…

Ampunkan saya emak.

Dosa-dosa yang nampak ringan tapi tanpa sedar ia sebenarnya adalah dosa besar...

Cik Kaseh mengaku sekarang yang Cik Kaseh adalah seorang yang lalai pada tanggungjawab sebagai seorang anak. Mak... orang minta ampun banyak2. Orang sayang sangat kat mak. mak jangan kecik hati kat orang lagi ek... mmuuaahh~~!!

MY ADIK : kak, bile ko nak balik?
CIK KASEH : minggu ni x boleh. aku bz
MY ADIK : minggu lepas bz. minggu ni bz... amende ko buat hari2 yang asyik bz je tu?...(cakap dalam nada kesal)
CIK KASEH : betullah... memang aku nak balik minggu ni kalau tak tapi dah tetiba aku ada hal. so, nak buat camne lagi... (cuba mempertahankan diri)
MY ADIK : dah brape tahun ko tak balik jumpa mak?
CIK KASEH : ...(cis! hiperbola sungguh. agak-agak la sampai makan tahun plak aku tak balik!)
MY ADIK : dalam sebulan, brapa kali ko call mak? ade lebih dari sekali?
CIK KASEH : err... (sangkut tak tau nak jawab ape)
MY ADIK : mak rindu anak perempuan dia. bila ko nak balik jenguk mak?
CIK KASIH : err... aku...
MY ADIK : aku nak cite satu rahsia... dalam ramai2 adik beradik kite mak paling sayang kite dua orang tau. dia tak kisah langsung kalau yg lain2 tak call atau tak balik langsung tapi die kisah sangat kalau kite dua orang tak call n tak balik. die sedih sangat. ingat ko dah lupe die. dah tak sayang die...

Cik Kasih haru giler... rase berdosa sesangat sebab tak ambil berat hal macam ni. selalu tahu khabar mak dari kakak je, langsung tak reti2 nak ambil insiatif gi call mak. ape jenis anak perempuan ni?

Cik Kaseh rase cik kaseh dah buat dosa besar lalu malam tadi gak cik kaseh balik kampung. cik kaseh dah tak peduli lagi, malam pun malam lah... cik kaseh redah balik gak malam tu(sabtu)

Sampai rumah pukul 11.oo malam. My emak tengah solat. Cik Kaseh lepaking sebentar di ruang tamu sambil gebang2 dgn my abang yang kebetulan balik juga minggu ni.

Lepas my emak siap solat, dia keluar. Cik Kaseh terus lari dekat emak dan peluk cium my emak dengan erat. Minta ampun, minta maaf sebab dah lukakan hati seorang ibu.

CIK KASEH : orang sayang emak. sayang sangat2... lepas ni orang janji tak buat perangai gitu lagi. orang akan call mak sekurang-kurangnya 2 kali seminggu... balik kampung sekurang-kurangnya sekali sebulan ye mak~~
MY EMAK : ... (senyum senyum hepi. peluk sayang Cik Kaseh n lepaking sama-sama my abang di ruang tamu.)

Kitorang sembang sampai dekat nak pukul satu malam tu. macam2 cerita keluar. My emak ni pula jenis pandai buat lawak sarkastik... die cerita selambe je, tapi kitorang yang dengar ni gelak guling2... hahahaha~ n my abang pula stok yang pandai menambah huru-harakan keadaan. Tambah berseliratlah segala usus di perut Kaseh gara-gara lawak mereka berdua.

petang tadi Cik Kaseh balik ke Meru semula... My emak bawakan buah cempedak di dalam pagar yang masak ranum sbg buah tangan dari kampung. balik tadi sekali lagi dia peluk sayang anak perempuan dia... siap bisik kat telinga Cik Kaseh "pandu kereta jangan lebih dari 80Km/J. ini bukan pesanan tapi arahan!"... Kaseh hangguk2 kepala je. die tahu Cik Kaseh pandu kereta stok macam jalan tu Cik Kaseh sorang je yang bayar cukai jalan. main nak 100Km/J je... huhuhu~

Cik Kaseh bagi satu keping not kertas pada emak...
CIK KASEH : Mak, ni duit belanja... 2 minggu lagi puasa. mak puasa rumah anak2 ya.
MY EMAK : yelah. tapi rumah kamu minggu ke-2 ya... minggu pertama mak di Rawang dulu(rumah my abang yg ke lima n kakak yg ke 2)
CIK KASEH : wokeh! tadda hal punya... nanti orang jemput mak kat Rawang.




Tulus dari hati…

Monday, August 3, 2009

Jauhkan daku dari benda itu~~Pls...

AyamAYAMayamAYAMayamAYAMayamAYAMayamAYAMayamAYAMayamAYAM
ayamAYAMayamAYAMayamAYAMayamAYAMayamAYAMayamAYAMayamAYAM

27 June 09 :
MY ADIK : Kak, janji nak belanja KFC... (Sambil buat muka jahat nak mengikis poket aku)
CIK KASEH : nantilah~ kalau pergi pekan, aku belanja lah. kecohla kau ni... (buat muka bengang -padan muka aku! siapa suruh bet benda ygx masuk akal ngan dia)
MY ADIK : ala~ bila masanya? pegila sekarang... (muka tak puas hati)
MY EMAK : Jom ke pekan. mak nak shoping barang dapurlah. alang2 kakak kamu dah balik ni, boleh belanja lebih sikit. (sebab aku ade kete so bolehlah sumbat mcm2 dlm kete kan. huhu~)
MY ADIK : Yes!... (sambil jeling aku ngan penuh makna. cis! terbang duit aku belanja KFC. tp xpe... sonok gak sekali sekala makan KFC ngan family)


1 July 09
MY OFFICE MATE 1 : Hari ni birthday Lim, dengar cite boss nak bikin suprice party.
CIK KASEH : Yes~ betul ke ni... (sonoknya aku... dpt makan free~)
MY OFFICE MATE 2 : Betullah. dia baru je suruh aku order KFC
CIK KASEH : Err... (dlm hati - KFC ke? baru je lepas makan hari tu... hurm~ xpelah. makan free. bedal ajelah~)


11 July 09
CIK KASEH : Hello, En. Danny. job U dah ready. hari ni boleh datang collect ya.
MY CUSTOMER : Ok. thank's Nurul. tengah hari ni I datang ambil ok.

Tengah hari itu En. Danny dtg ambil job dia... dan bawa 1 bucket KFC...

MY CUSTOMER : Nah, saya belanja U all semua.
CIK KASEH : thank's... tapi...
MY CUSTOMER : don't worry k... ni bukan rasuah ke apa. cuma nak balas jasa sebab siapkan job saya tepat pada masanya. hehehe~
CIK KASEH:... (dalam hati - sekali lagi~ KFC... ergh~)


18 July 09
singgah ke Klang Central jumpa my kakak(siti). nak jumpa dia mmg susah walaupun rumah sejengkal je kat sebelah rumah my kakak(tina)... tp sbb my kakak(siti) ni bz selalu ngan business die so, Kaseh terpakse ke kedai dia kalau nak jumpa.

then... korang tahu ape yg dia jamu Kaseh masa dtg sana?

MY KAKAK(SITI) : Ha~ langkah kanan lah kau ni Nurul... kakak baru beli KFC. meh makan sekali.
CIK KASEH : erm... x pelah. kenyang lagi ni, kak. akak makan lah dulu ek...(berdalih je. dah tak larat nak telan KFC hampir setiap minggu)
MY KAKAK(SITI) : elleh, nak jual mahal pulak. macamlah tak biasa. ke tengah diet?

~cis bunyi mcm menyindir jerk.

CIK KASEH : mana ade. xde maknanya nak diet2 ni.
MY KAKAK(SITI) : so... (sambil buat muka sarkastik)

~chies~ x pasal2 je aku makan gak KFC tu sbb nak jaga air muka. yelah... kalau aku x makan karang dia tuduh aku sibuk diet sbb nak kurus. hello~ tolong sket. muka pembedal makanan macam aku ni mana reti nak berdiet semata-mata nak nampak kurus n cantik.


25 July 09
hari ni meeting. semua staf wajib hadir. siapa tak hadir siap sedia saja utk kena tolak pointer attendent. dlm kemalasan yang bermaharajalela di jiwa, kugagahkan jua kaki ini untuk turun ke bilik mesyuarat. Boring betul~ apa ke halnya boss ni buat meeting hari sabtu. org nak balik cepat ni. hish~

lepas boss membebel membebel berceloteh itu dan ini, cerita pasal tanggungjawab, tugas yg perlu di laksanakan oleh semua staflah... lagi pasal disiplin... dan entah macam2 lagi yg aku x sempat nak tangkap(sbb mata dah blur. ngantuk!)... dan akhirnya tibalah acara kemuncak. MAKAN!

korang tahu tak apa menu tengah hari yg boss belanja kami semua hari itu??
KFC KFC KFC KFC KFC KFC argh~~~!!!!!!!http://emo.huhiho.comhttp://emo.huhiho.com


1 August 09
MY KAKAK(TINA) : Nurul~~!!! (dia menjerit dari arah dapur dengan gaya ala tarzan)
CIK KASEH : mende jerit2 panggil orang ni kak? (soalku sambil gesa2 mendapatkan kakakku itu)

~semua orang dah ambil port masing2 di meja makan. ada hidangan 'special' yang penuh bertenggek di atas meja.

MY KAKAK(TINA) : Jom makan KFC... (sambil senyum dengan gumbiranya kepada ku. maklumlah, baru balik shoping... dah dapat barang yg dia cari, tu yg happy semacam. siap belanja satu rumah makan KFC)
CIK KASEH :......................http://emo.huhiho.com (tak cakap apa-apa selain dari rasa cam nak tembak diri sendiri... bleh tak kalau aku x nak makan mendalah tu?)


~ Ok... korang rasa apa akan jadi pada Kaseh sebulan selepas ini kalau keadaan ini berterusan?
a) Kaseh akan jadi semakin debab even di bulan puasa nanti...
b) Kaseh fobia dengan perkataan KFC, Ayam, warna merah dan apa2 saja yg seangkatan dengannya.
c) Akan keluar Enovella Aku,Ayam&KFC... Bunga Cinta Ayam KFC... Ayam In The KFC Suit... kuikuikui~

~Aduyai... skang ni pun dah rasa macam fobia tu dah mula muncul. buktinya... Kaseh cuba mengelak dari melalui jalan yang ade restoran KFC. kemudian kalau pegi kedai makan, akan cari denda lain selain ayam sebagai lauk makan tengah hari. dan Kaseh akan alih chanel setiap kali ada iklan KFC... iklan kat paper pun Kaseh sanggup tarik keluar & campak ke belakang... semuanya gara2 meluat tgk KFC tu... huhuhu~~


tiba2 semasa dok sibuk on9 skang ni...
CHE KODOK & CIK DONUT : Cik Kaseh~!! Suprice~~~!!! (sambil bawa plastik KFC)
CIK KASEH :...........................http://emo.huhiho.com(pengsan aku)

p/s : Boleh jadi gila aku macam ni. kenapalah dalam banyak2 restoran fast food, mereka berdua ni pilih KFC juga. tertekan betul aku!!!!


Tulus dari hati…