Kawan2 yg saya Sayang

Monday, June 29, 2009

GivE anD taKe

Kelmarin Aku memahami apa maksud GIVE AND TAKE melalui kamus hidup Che Kodok & Cik Donut...

Jam menunjukkan tepat pukul 12.00 tengah malam. Tapi mata aku masih segar. masih ligat menaip manuskrip di laptop.
Che Kodok mula membuka buku untuk menelaah sesuatu. biasalah... study lewat malam. kata Che Kodok, ilmu senang masuk bila hari menjelang ke pagi. entah teori mana dia pakai, aku tak tahu...
Cik Donut yang sekali sekala memekak, menyumbangkan lagu yang berkumandang di radio sudah mula letih.

CIK DONUT : Okey... kita TUTUP RADIO, Che Kodok nak study.

Che Kodok jeling Cik Donut yang sedang tutup radio demi kawannya yang hendak study. selepas itu Che Kodok pun bolehlah Study dengan tenang. Baik kan Cik Donut ni?... tapi lepas tu Cik Donut berkata lagi...

CIK DONUT : Okey... kita TUTUP LAMPU. Cik Donut nak tidur.

Che Kodok toleh kepada Kaseh sambil buat muka... err, Kaseh sendiri tak dapat nak pastikan apa maksud air muka Che Kodok time ni...

CHE KODOK : Err... okey. GIVE AND TAKE. (sambil tutup semula bukunya)

Hakhakhak~ Cik Donut sanggup tutup radio sebab Che Kodok nak belajar. Jadi Che Kodok pun kena tutup lampu sebab Cik Donut nak tidur. Adil kan?

P/s : Mujur Kaseh menaip guna laptop. agaknya kalau Kaseh jadi Che Kodok, Kaseh akan belajar guna Braille la. boleh study dalam gelap. KihKihKih~ ;p


Tulus dari hati…

Sunday, June 28, 2009

Timeless



Baru-baru ni ada seorang teman suruh Kaseh tonton clip video ni... bukan CV baru... dah lama. tahun 2006 punye.

1st time tengok... Kaseh langsung tiada perasaan terhadap lagunya. tapi disebabkan jalan ceritanya yang menyentuh hati, buat Kaseh terus terpacak tengok. ohye, lupa nak beritahu. ada dua episod dlm CV ni.

kisah dia memang agak sedihlah~ taklah sampai air mata Kaseh meleleh... tapi kalau dah tahap bulu tengkuk Kaseh meremang tu, dah kira hebatlah...

lagu ni ada dua version... english and korea. untuk versi korea penyanyinya ialah Xiah (DBSK) & Jang Ri Inn. untuk versi english dinyanyikan oleh Kelly Clarkson & Justin Guarini. tapi tak taulah sebenarnya mana satu yang versi asal. korea ke english? ada ke antara anda semua yang tahu?

Kaseh suka kedua-dua versi. dua-dua buat tengkuk Kaseh meremang. Sugoi~!! untuk versi korea, Kaseh rasa suara Xiah sangat menonjol berbanding dia dalam DBSK. Jang Ri Inn... erm, biasa je. Bagi Kaseh Kelly Clarkson punye suara lagi hebat. lagi-lagi part yang menjerit tu. hohoho~ best!


Dan anda pula... mana satu yg lagi best? Xiah&Jang Ri Inn atau Kelly&Justin... err, atau tak minat pun dengan lagu atau CV ni... hehehe~


Tulus dari hati…

Monday, June 22, 2009

Hari Bapa... Aku sedih~


"Apa yang kau beri pada ayah kau sempena hari bapa kali ni?" Si penanya bertanya kepada aku.

Aku diam...

Masa hari ibu, walaupun aku gagal menghadiahkan something special untuk mak aku tapi aku bangga sebab aku jadi anak pertama dia yang mengucapkan Hari Ibu kepada mak aku. tapi bila sampai hari bapa... aku sedih bila lihat orang sekeliling... berkata seorang ibu kepada anaknya...

"Pagi tadi abah berkata sesuatu. hari ni hari bapa, tiada seorangkah anak mahu memberikannya sesuatu sempena hari yang istimewa ini?" Si ibu itu ialah kakakku. sambil memotong kain baju yang hendak dijahit dia bercakap dengan anaknya.

Aku yang sedang menggosok baju hanya diam menangkap perbualan tersebut.

"Tahulah orang. ibu ni~" Bunyi seakan mengeluh. mungkin berasa ibunya berleter.

"Korang ni minta duit kat abah pandai. berkira itu ini dengan abah pandai. tapi nak bagi hadiah setahun sekali sempena hari bapa pun susah. nak kena push dengan ibu baru nak buat." Kakak aku sambil potong kain sambil berleter.

"Ok, ok... fahamlah. nanti orang buatlah apa ibu suruh." si anak berlalu pergi. bukannya dia tidak mahu menghargai bapanya. Tapi malas nak dengar si ibu berleter.

Aku yang masih menggosok baju rasa something yang tak best. sedih~ kenapa Kaseh sedih?

Sebab aku dah tak ada ayah. ayah aku dah meninggal dunia dua tahun lepas.

Lebih sedih lagi ialah sebabnya aku tak sempat menghadiahkan apa-apa pada ayah aku semasa dia hidup. betapa teruknya aku rasa menjadi seorang anak sekarang... Sesal itu tidak berguna. apa yang mampu aku buat sekarang ialah menghadiahi arwah dengan bacaan Al-Quran dan Yasin. itu saja yang aku rasa paling bermakna untuk arwah ayahanda kini. Semoga dia datang lagi dalam mimpi-mimpi ku setiap kali aku menghadiahinya dengan bacaan Yasin seperti selalu.

~I miss U, dad~
~Watashi wa anata ga daisuki... aishiteru otosan~

P/s : Moral of the story... hargailah seseorang yang kita sayang ketika dia masih ada di dunia...


Tulus dari hati…

Pertama kali di tempat aku...

Sultan Melaka dah bertukar jadi sultan jawa
Kira ok lah tu... SELAMAT PENGANTIN BARU~


Hari ahad nan indah~ 2 orang gadis sibuk melaram. gara-gara nak pergi kenduri kahwin Adlin Aman Ramli dan Imelda Rosmila. majlis menyambut menantu itu diadakan di kediaman pengantin lelaki di Pekan Meru, Klang...

CHE KODOK : Cepat, cepat~!! kita dah lambat ni. dah pukul 1.30 dowh... mane ade org gi kenduri kawen lewat cmni. Cepatlah Cik Donut~
CIK DONUT : Sabau lah~ kau juga yg mengada2 ajak aku pegi buat facial kat salon. kecoh! nak kenduri kawen Adlin punye pasal sanggup gi abis duit kat salon dulu.
CHE KODOK : Eh, membebel pula dia ni. cepat ah~! nanti melepas aku nak jumpa ramai artis kat rumah Mak Mah tu nanti.
CIK DONUT : (dalam hati - cis! poyo gile~ kate tak minat artis local tp hari ni mcm dia plak yg terlebih excited nak gi jumpa artis)



pemandangan jalan raya yg penuh kenderaan menuju ke rumah adlin. ni kire dah kurang sket sbb dah agak petang...


Gara-gara Facial treatment yg memakan masa berjam-jam... mereka berdua rider naik Yamaha 125 milik Cik Donut saja. lgpun memikirkan kemungkinan besar x dpt parking klu bawa kereta... & takut kena pelangkung kalau berani-berani sentuh Fiona Lime milik Chik Kaseh tu...


Lambat sangat tunggu pengantin, sempat kami bergambar dgn biras pengantin lelaki ni dulu.
Che Kodok : Abang AC, apasal tinggi sangat?
AC Mizal : Nak buek cam no dik... terlebih makan vitamin. hehehe~
(Dialog betul ni!)



Ha, giliran mak-mak plak nak bergambar.
(Mak Che Donut mmg tetamu jemputan Mak Mah. Orang Merulah katakan~)



Che Kodok : Huh~ lambat sangatlah pengantin ni.
(sempat posing depan pelamin)



Punyelah ramai manusia ngah tunggu ketibaan raja sehari. dah pukul 2.00 ptg pun masih x muncul2... (nasib baik aku sampai lewat)



Mak Mah cute berbaju hijau. baju tak glamour mana pun. low profile je.



Pak! Pak! Plak! Kebum! Kebum! Kebum!... yey~! pengantin dah sampai...
(Nampak je bunga manggar ngan payung kuning, semua dah excited angkat kamera... termasuklah Che Kodok dan Cik Donut.)



Ah~ huru hara betul time ni. semua orang nak snap! snap!


MC : Elok je pengantin jejak tanah, hujan renyai turun. kalau ikut firasat, apa maknanya tu AC?
AC Mizal : Itu tandanya pengantin bunting pelamin.

(semua dah gelak. pandai je buat ramalan.)

MC : itu kalau hujan renyai2... kalau ribut petir pula apa tandanya? cuba jawab sikit Abang AR Badul.
AR Badul : Itu tandanya jatuh peranakan.

(Grr... dasyatnye jawapan.)



Kami lepak baik punya... betul2 straight depan pengantin. ni kira jauh dah ni. kalau tak di halau dgn abang RELA mahu aku terus berdiri satu saf dgn jurugambar2 yg penuh atas pelamin tu.


AR Badul : Mungkin ada yg masih tak tahu. adik saya Adlin kahwin dgn Imelda iaitu adik kepada Emylia, isteri AC Mizal... jadi secara tak langsung sekarang kami dah bersaudara. tapi macam mana hubungan kita sebenarnya? apa aku nak panggil kau AC?
AC Mizal : Beras... err, Biras... Erk, entahlah. Dah macam keluarga 69 pula rasanya ni.

tiada pose terbaik berjaya aku snap!. ini je yg paling cun. lagipun cuma guna HP. (huhuhu~ kamera aku ngeng! plak time ni)


Bebudak silat tengah buat persembahan. sementara tu kemeraman n reporter ngah buat kerja diorang... aku still terpacak di posisi strategik tadi...


Ini pic paling dekat berjaya aku snap!. tapi yg tak boleh bla nye pic ni ialah... Aqasha lagi macho drp Adlin yg jadi raja sehari plak. huhu~ apsal tetiba aku rasa mamat Aqasha ni handsome hari ni... sebab dia jadi pengapit kot.

Ramai juga orang2 glamour yang kami jumpa di majlis tu. antaranya Zamarul& Diana Rafar, Serina, Tiara Jaquelina(betul ke aku eja nama dia? main bedal je. maaf kalau salah) &keluarga, Siti Hajar(cikgu dlm AF tu), lagi ada Roslin Hashim, Jailani sidek n Raja Azmi pun ada. Norlia Ghani, Zaibo... Eh, banyaklah artis. yang aku tak kenal pun ada. tapi aku x minat diorang so x excitedlah nak ambik gambar. cuma ambik gambar ngan AC je sbb kira aku minat dia gak lah. suka dia jadi CMP(Cik Mat Poi). hakhakhak~

Ini saja entry untuk kali ini. actually spatutnya aku masuk entry ni semalam tp semalam penat sgtlah. pas tu internet plak ngeng!. betul buat aku menyirap! hehehe~



Tulus dari hati…


Tuesday, June 16, 2009

Kawaii~~

pernahkah anda bayangkan betapa cutenye budak2 kecik menari dan menyanyi tiru gaya artis?
nak tau cute ke weird diorang sume ni... meh tgk~



~sila fokus pada budak yg pakai seluar kaler kuning tu... die tengah tiru aksi Nikhun dr Gruop 2PM...




~budak ni pun bleh tahan gak. suke aksi dia masa menari lagu So Hot dgn ahli Wonder Girl




~spek adik ni yg paling market sekali.
~budak ni kaki pendek so x leh buat break dance mcm Rain... hakhakhak~ x bleh bla~ lawak gile!
~tgk part minit ke 4.42 ...dia menari lagu Triple S... tym die buka kot tu... gaya nak macho je. lawak~
~n da last 1... dia menari Merotic by DBSK... pun sweet...



Tulus dari hati…

Si Cekodok


1st tym edit pic ni Kaseh dok piki, ni anak kucing ke anak musang??

CHE KODOK : anak kucing ni comel...
CIK DONUT : tapi dia nampak macam ketakutan.
CHE KODOK : dia takut dengan kau tu. muka kau macam alien lah, Cik Donut.
CIK DONUT : Cis! mulut jahat x de insuran!

~lalala~ bolayan...

CIK DONUT : kita bela nak.
CHE KODOK : kene minta kebenaran Chik Kaseh dulu.
CIK DONUT : x payah. dia kan suka kucing juga. mesti setuju punye. (confident je)
CHE KODOK : ok. jadi kite kena bagi dia nama.
CIK DONUT : hurm... panggil je dia Dohnat. dia kan bulat macam kueh donut.
CHE KODOK : tak setuju... aku nak bagi nama 'Cekodok'. memanglah kucing ni gebu montel macam kueh donut tapi kucing mana ada lubang kat tengah macam kueh donut. cekodok lebih sesuai.
CIK DONUT : Dohnat lah~...
CHE KODOK : tak mo. Cekodok juga.

~ Cik donut dah buat muka bengang. minah sorang tu asyik nak menang je. akhirnya ahli baru dalam rumah Kaseh tu di beri nama Cekodok atas faktor fizikalnya yang bulat, gebu, bulu kembang... tapi tak comel mana pun. macam cekodok jugalah. walaupun rupa tak cun tapi sedap!



Cekodok masih takut-taakut dengan tuan baru die yang agak teruja waktu ni.


Tulus dari hati…


Sunday, June 7, 2009

Chik Kaseh,Che Kodok&Cik Donut ~Terjun Sungai~


CHE KODOK : Chik Kaseh, esok cuti, jom lah kita kuar jenjalan.
CHIK KASEH : nak gi mane? tengok wayang, shopping or jalan2 carik pasal kat KL. cepat pilih.
CIK DONUT : Ala, bosanlah asyik pegi tempat camtu. Chik Kaseh bawaklah kami ke tempat yg lg advance... macam pegi seremban ke... Melaka ke... Port Dickson ke... tak pun pegi Langkawi!
CHIK KASEH : Woi, budok! otak ko tarok kat lutut ke?! nak pegi tmpt peranginan macam tu kenalah rancang awal2. ni dah last minit baru nak habaq mai kat aku. nak kene sekeh lah tu.
CHE KODOK : Kita mandi air terjun nak tak.

~Serentak Kaseh dan Cik Donut paling pada Che Kodok.

CHIK KASEH & CIK DONUT : Gud idea~!!
KAMI BERTIGA : Yeah~~ jom mandi air terjun!
CHIK KASEH : tapi kita nak mandi air terjun kat mana?
CHE KODOK : tak yah jauh2. kita pegi saja Ulu Yam. amacam?
CIK DONUT : setuju!

~pagi keesokannya juga kami bersiap utk ke Ulu Yam. (Erm, plus Ibu, abah Cik Donut n dua orang anak buah Chik Kaseh gak.) exited tak ingat tym ni. maklumlah, dah lama tak Chebush! dalam air terjun. Pegi naik dua buah kreta. kreta abah Cik Donut n kreta Kaseh...

Diz is my car... nama ia sepatutnya Fiona Lime..tp sbb tuan dia suka men'capap'kan nama dia sendiri tu yg tarok stiker nama sendiri.. hakhakhak~


~perjalanan ke Ulu Yam mengambil masa yang lama(tak lama mane pun tp sbb tak penah pegi tu yg terasa lama gila).


Cuba teka ini tgn siapa?... huh, mestilah tgn Kaseh sbb sy punye kreta, mestilah Kaseh yg pandu. nak kasi Che Kodok @ cik Donut bawa... mahu lingkup Fiona Lime kesayangan aku nih...

~dan akhirnya setelah meredah hutan, bukit bukau dan segala rintangan, akhirnya kami tiba di tmpt yg dituju. (huhuhu~ jauh nak mam$%^. sibuk nak cari tmpt yg privacy kononnya smpi tersesat2. dasat tol!...Cik Donut dh cuak tym aku redah jalan kecil lagi sunyi. sibuk soh aku patah balik. yg Che Kodok plak lg dasat, gi tahan orang kat tengah jalan. sib baik org tu bawak kreta slow... Fuh~ macam2 hal btol!)

~sampai je kat sungai, apalagi... CHEBUSH!! lah kitorang sume. hahahah~!!


~Chik Kaseh : Woi, Che Kodok! konon comel lah buat aksi gitu.
(Che Kodok-baju hitan, dok kat tengah2)


Che Kodok : Mana Chik Kaseh menghilang. cuba korang semua kesan dimana Chik Kaseh Esmiralda.(makcik sorang tu mmg susah nak diajak bergambar.)
Cik Donut : Kau kecohlah, Che Kodok. snap ajelah pic aku ngan ibu ni...


Chik Kaseh : Che Kodok posing kat dalam air. gila sejuk dowh air sungai tu... dan sangat deras.



Chik Kaseh : aksi Cik Donut pula... bajet bergayalah kau ni Cik Donut! (Hmph, adakah aku ditakdirkan utk menjadi tukang ambik gambar dan driver korang? hampeh!)


~Itu saja entry untuk kali ini. balik petang tu memang penat tak hengat. dlm kreta, Che Kodok n Cik donut terus tido. mangkuk dua ekor tu mmg nak kena hentak ngan Kaseh. aku penat2 memandu, dey all dua orang seronok pergi ke alam kayangan plak. huhuhu~ nasib akulah dpt member cmtu...tp apa-apa hal pun aku happy, coz sbb dua makhluk ni jugalah hidup aku ceria setiap hari~ =))



Tulus dari hati…

Wednesday, June 3, 2009

Muda+handsome+kaya tapi...

Alec Su You Peng


Suatu hari saya menerima panggilan daripada seorang customer(memang kerja aku jawab panggilan customer setiap hari)...

Kaseh : Hello, Hitech Computer Form... selamat pagi~ (ayat biasa yg Kaseh guna setiap kali pick up phone)
Customer : Hello, morning... Nurul Please... (Customer panggil saya Nurul)
Kaseh : Siapa sana?
Customer : Vincent -V Tec here.
Kaseh : Ya, En. Vincent. Nurul here... ada apa-apa yang boleh saya bantu?
Customer : Hye sayang, selamat pagi~ (nada suara dia terus berubah ceria+miang. automatically aku buat muka kat depan monitor komputer)
Kaseh : Herk herk herk... selamat pagi(dlm hati - berapa kali aku nak ucap selamat pagi dengan dia ni?)
Customer : Hei, apa cerita ni? bila ni Nurul? sudah lama saya tunggu ni~
Kaseh : Bila apanya En. Vincent? job awak saya belum arrange lah. masih dalam production. (jawabku, main nak bedal je. padahal sebenarnya job dia dah lama kuar dari production. cuma belum sempat aku nak arrange je)
Customer : Bukan job sayalah... maksud saya bila nak keluar dating dengan saya.
Kaseh : Aduyai~ En. Vincent ni kan. suka merapulah.
Customer : Aduyai~(tiru gaya aku cakap)... jangan panggil saya Encik-encik la, Nurul. Panggil abang Vincent sudahlah. (Aku dah rasa macam nak hentak gagang tu kat kepala kerusi je time ni)

~En. Vincent dah gelak-gelak dalam talian. betullah orang tua ni. kalau tak memikirkan yg dia tu customer tetap Boss, memang aku nak sound setempek je kat dia~

Kaseh : Bila masa pula kita jadi adik beradik sampai nak kena panggil En. Vincent abang pula ni? (aku tanya soalan sarkastik kat dia)
Customer : Nurul, nanti lunch sama ya. saya belanja awak. boleh? (dia buat bodo tak balas soalan aku tadi. hampeh tol!)
Kaseh : boleh tapi kena belanja saya kat restoran 5star. tak mau gerai kat kaki lima tau.
Customer : Boleh, tak ada hal punya ma~ nanti lepas tu kita pergi jalan-jalan... erm, kita pergi karaoke... pergi tengok wayang... boleh, Nurul?
Kaseh : Err... (adoi, makin menjadi-jadi pulak apek ni kalau aku layan)... berfoya-foya dalam waktu kerja? En. Vincent nak saya kena pecat dengan boss ke?!

~dia gelak terbahak-bahak lagi. rasa nak cekik je apek tu kalau ade depan mata

Customer : Apa you takut... saya kamcheng dengan you punya Boss ma~

~aku diam. malas nak balas lagi. kang lagi meleret-leret orang tua tu ngayat aku.

Customer : Err, Nurul... okeylah, sebenarnya saya call you ni nak order Pay-in Slip lah. ada stock ka?

~hadus... ini apek kan, betullah~ nak order Pay-slip tapi dia punya mukaddimah punyalah panjang meleret-leret. tekanan sungguh aku kena layan customer macam ni...

Kaseh : Ada. En. Vincent nak berapa box? nak yang with box atau yg without box?
Customer : Saya mahu yang with box. bagi 2 box. sekejap lagi saya datang ambil.
Kaseh : Okey. saya siapkan invoice untuk youlah kalau macam tu.
Customer : Okey, nanti ikut saya keluar lunch sekali ya.

~aduyai... sakit otak betullah pakcik sorang ni. huh~! (mengeluh)

Tengah hari itu...
Sedang sibuk aku ajar staff baru nak buat invoice tiba-tiba Miss Goh panggil aku. terjerit-jerit dia dari luar office panggil nama aku. aku pun segeralah berkejar mendapatkan work mate aku yang seorang tu.

seorang pemuda berbangsa cina berdiri segak di sisi Miss Goh sambil memegang sekotak Pay-in Slip di atas meja kaunter. handsome, kacak lagi bergaya. muka dah ala-ala Alex Su(pelakon Taiwan). dia tersenyum manis kepada aku. aku buat selamba bodo je. senyum secubit je tanda hormat. aku bukannya kenal dia pun. lagipun aku datang sebab Miss Goh panggil tadi.

Miss Goh : Nurul, inilah Vincent.

~Gerk... aku salah dengar ke apa ni? Miss Goh sebut Vincent? sorang je customer aku yang bernama Vincent ni. dan Vincent itulah yang selalu kacau aku dengan ayat2 poyo stok play boya dia.

Kaseh : Ini En. Vincent? (soalku tak percaya)

~Vincent masih senyum macam tadi. Peh~ aku tak boleh pandang senyuman dia. mau cair aku karang dengan mamat ni. haiya~ aci potong jarilah. serius dia handsome tahap karma dowh!

Miss Goh : Yelah, inilah Vincent. Lu kata mahu kenal siapa Vincent. ini hari dia datang, saya kenalkanlah sama lu.
Kaseh : hehehe~ h-hai En. Vincent. (tak pasal-pasal je aku jadi gugup. 1st sebab mamat tu handsome tahap petala kelapan. 2nd sebab aku cuak kalau dia start mengayat aku macam selalu dalam call. naya dowh~)
Customer : You tak percaya saya Vincent ke, Nurul? mahu check ic saya ka? marilah tengok. (Dia seluk poket seluar, konon nak tunjuk bukti bahawa dia memang Vincent)

~aku sengih je. tak berani nak jawab lelebih.

Lepas dia ambil barang aku follow dia untuk sign invoice/D.O...
Customer : Nurul, dah tengah hari. jom lunch. (senyum maut kat aku)

~Aduyai~ sekali lagi... ingatkan dah lepas bala tadi.

Customer : Hehe... saya gurau sajalah. bye bye... (Dia masuk ke dalam kereta BMW 5 series dia).... nanti ada senang kita keluar date ya. (sempat lagi turunkan cermin dan ajak aku keluar lagi tu)

~aku cuma senyum sambil buat muka serba salah. tak jawab apa-apa. cuma lambai tangan dan cabut balik masuk ke office. si Vincent tu pun blah...

Sampai office aku pegi cari Miss Goh. tye dia balik betul ke itu Vincent? betul 3x... dengan yakinnya Miss Goh jawab betul... aku dah separuh pengsan bila fikir balik pasal si Vincent ni. macam mana dirinya yang sebenar langsung tak sama dengan apa yg aku bayangkan?? aku bajet si Vincent miang tu umur dia dalam lingkungan 40-an, kepala botak, tak handsome pun... tapi tup-tup, benda yg sebaliknya pula jadi. mamat tu punyalah handsome, bergaya, macho, muda(umur dlm lingkungan lewat20-an atau awal 30-an), dan paling penting sekali KAYA!!... huhuhu~ okey tak kalau aku layan dia balik (banyaklah~!! jangan nak mimpi)

P/S : Moral of the story... jangan menilai seseorang melalui suara dalam telefon atau ayat dalam sms dan YM. kemungkinan besar orang sebenar yang anda kenali adalah sebaliknya. kalau anda fikir dia handsome, mungkin dia hodoh. kalau anda fikir dia romantik, mungkin sebenarnya diluar dia hampeh. dan kalau anda fikir si dia miang, mungkin juga sebenarnya dia bukan jenis macam tu...


Tulus dari hati…