Kawan2 yg saya Sayang

Tuesday, September 29, 2009

Cerita Raya... [2]

hari raya tahun ini biasa je. seperti tahun2 lalu... kononnya nak bersederhana menyambut syawal tapi akhirnya Cik Kaseh ter-over bajet juga akhirnya. hai~~ *sigh*

tahun ini separuh daripada adik beradik Cik Kaseh beraya dirumah keluarga mentua masing2. jadi kurang sikitlah meriahnya. *sigh again*

lepas tu lagi... my emak tak buat ketupat. *sigh sigh sigh*

Tapi kitorang ganti ketupat dengan lontong special ciptaan emak. korang pernah makan lontong bentuk bulat2 macam lemang yang dibungkus dalam daun pisang? lepas tu cara masak die macam masak ketupat; iaitu direbus di dalam air. Rasa die pula... hui~~ best bangat seh. kena pula dengan daging masak kicap emak plus lagi dengan rendang ayam pencen emak cik kaseh... peh~~ masyuk habis.

(ni apa kes teruja sangat cerita pasal makan ni... elok2 turun 2kg waktu bulan puasa terus naik 2 kg balik lepas raya sehari. haila~ cik kaseh...)

pagi raya... kaum ibu sibuk di dapur menyediakan sarapan pagi. potong lemang, ketupat... eh, mana ada ketupat, lontonglah... dan sediakan tempat makan.

Anak2 dara pula... kemaskan ruang tamu. Time ni Cik Kaseh kena jadi leader mengarah anak2 buah buat itu dan ini. Cik adik-cik adik semua tu mana reti nak buat kerja kalau tak diketuk. So Acik Nurul(gelaran anak buah) mereka ni diberi mandat untuk menyetelkan ruang tamu.

balik sembahyang raya, masing-masing berkumpul di dapur dan melantak. Masakan paling favourite family kami ialah daging masak kicap emak. yang ni wajib ada setiap tahun. kalau mak tak buat jawabnya menangislah semua cucu2 n anak2 emak.

tapi yang spoilnya tahun ini daging masak kicap emak masin sikit. Agaknya sebab tangan Cik Kaseh yang mengacau daging tu kot. (anak dara kalau masak terlebih garam atau gula tu kata orang2 tua dah nak kahwin. Ngaa~~ tak pasal2 je diorang semua bahan Cik Kaseh pagi tu. cis~)

lepas makan... bersiap-siap untuk acara seterusnya, berkumpul dan salam2 minta maaf. Nak tunggu acara ni saja dah ambil masa sampai dekat nak pukul 11.00 pagi. Memang macam ni lah kalau dah family besar. Yang sibuk berebut bilik air nak mandi. Yang sibuk tunggu turn nak gosok baju. Yang sibuk nak berhias depan cermin lagi. Kalau yang ada anak kecil, nak layan kerenah mereka yang nakal2 tu lagi... hurm~ inipun dah kira awal sebab kurang 4 buah keluarga yang dah beraya di luar.

Sebelum sesi bermaaf-maafan ada sedikit tazkirah dan tahlil yang diadakan dan dikepalai oleh abang ipar Cik Kaseh yang no. 2... Utz. Lazim gelaran yg biasa orang panggil dia.

hurm~ tapi yg tak boleh blaa tu, disebabkan tazkirah die terlebih panjang... semua pun dah tersengguk2 tahan ngantuk. & sempatlah si juru gambar x bertauliah ni snap gambar mereka.



THE WANTED OF THE YEAR~




Ewah~ cover tidolah plak awek ni... tadah tgn aminkan doa konon... hikhikhik~



Ini lagi best... lentok habis wa cakap sama lu~... kahkahkah~



Amboi kak long aku ni... lagi best cover dengan kipas "UNDILAH PAS" tu... cun je...




Abg aku yang sorang lagi ni dapat port baeek~ punye landing. kat tiang dinding.




berbaju coklat-Abg ipar no.1 cik Kaseh "Apa yg nak diukur tu abg Yazid? hikhikhik~"
Berbaju putih& kain pelikat -Abg ipar ke2 selaku pentazkirah pagi itu...


Wokeh~ sebab Cik Kaseh kesuntukan masa maka dengan ini saya sambung lagi entry Raya Cik Kaseh. nak bla cepat ni. nak pergi beraya... <--- actually kena paksa ngan mak n kakak... huhuhu~ akur jelah...

~bersambung~

Tulus dari hati…

Cerita Raya... [1]

Bunyi macam dah basi kan... apa ke tak nye... dah masuk raya ke berapa baru Cik Kaseh terhegeh-hegeh nak update blog. huhuhu~... wa manyak busy la... <-- busy lah sangat! cakap jelah ko malas Cik Kaseh.



Pic. kat atas tu ialah sehari sebelum raya. semua tengah gotong-royong bersihkan rumah.

nak cerita satu benda kat sini... sepanjang bulan ramadhan tempoh hari rumah ni kosong tidak berpenghuni kerana tuan rumahnya menghabiskan bulan puasa di rumah anak-anak.

seminggu sebelum raya baru Cik Kaseh hantar my emak pulang ke kampung halaman. time menjejak kaki ke perkarangan rumah kami... agak-agak siapa boleh bayangkan keadaan rumah anda yang ditinggalkan selama sebulan?

kotor, berhabuk, berdebu kan... tu baru sebulan tapi apa yang berlaku di rumah Cik Kaseh lebih dasyat. mengalahkan rumah yang ditinggalkan selama setahun.

dasyat tak dasyat halaman rumah saja dah macam hutan belantara. rumput tinggi sampai ke paras lutut. sampah, habuk, ranting pokok, daun kering... bersepah depan beranda. beberapa pokok bunga emak mati... ini baru keadaan di luar rumah. macam mana pula dgn dalam rumah...

dalam rumah... huu~~ dia punya kotor sampai tahap adik Cik Kaseh yang terkenal dengan perangai penyepah dan suka buat kotor tu pun boleh tak sanggup nak memijak lantai. hahaha~ disebabkan dia tak rela nak pijak lantailah dia sanggup cuci lantai tu sebelum kami sampai rumah... (my adik pulang dahulu sebelum Cik Kaseh dan my emak sampai)

cerita rumah dah settle setelah kami semua bergotong royong membersihkannya selama seminggu (tak termasuk hari bekerja)

Hurm... boleh tak Cik Kaseh sambung next entry?

Ah, peduli apa. nak sambung entry baru gak...


Tulus dari hati…