Kawan2 yg saya Sayang

Wednesday, June 9, 2010

Angel In The Devil Suit 1 ::Bab 1::

BAB1
“SIAPA nama awak?” lelaki pertengahan usia itu menyoal.
“He?” si gadis bersanggul dua kiri dan kanan yang sedang berkhayal itu terpinga-pinga dengan soalan tersebut.
“I said your name… nama awak?” soalan tersebut diajukan semula.
“Owh… err, na-nama s-saya…” akibat rasa gugup yang sukar dikawal dia seakan telah terlupa dengan namanya sendiri apabila disoal oleh lelaki itu.
“Bertenang. Awak tak perlu rasa tertekan. Saya cuma tanya siapa nama awak.” Guru lelaki itu cuba menenangkan pelajar barunya yang nampak begitu gemuruh.
“Ca-Camily… Miyazaki… M-Martinez…” Suara perlahan gadis itu masih ada unsur-unsur ketakutan. Matanya mencuri pandang pada guru lelaki itu takut-takut. Dia nampak nama ‘Stein’ terpampang pada tanda nama pada poket baju kemeja lelaki itu.
“Er… Camily? … Camily apa?” guru tersebut menyoalnya semula. Kali ini dengan wajah senyum yang berniat mahu melunturkan gugup pelajarnya itu.
“Camily Miyazaki Martinez, sir,” ulang Camily semula dengan lebih jelas.
“Okey, Camily…” Guru lelaki berkaca mata itu membetulkan letak cermin matanya sebelum menegakkan tubuhnya semula. “Saya bawa awak ke kelas sekarang.” Dia mula mengatur langkah.
Camily menuruti langkah guru lelaki tersebut untuk menuju ke kelasnya. Hari ini adalah hari pertamanya di kolej ini. Kawasan luar kota. Jauh dari keluarga. Dan tinggal bersama makcik yang membencikan. Huh… itu hukuman kerana melanggar peraturan keluarga. Kau bernasib malang, Camie… bisiknya kepada diri sendiri.
Sebaik Camily masuk, kelas yang haru biru dengan ragam pelajarnya tadi bertukar suasana. Semua senyap dan menumpukan perhatian kepada seorang pelajar baru yang masuk bersama Cikgu Stein. Seperti tadi sekali lagi Camily memperkenalkan dirinya di hadapan kelas.
“He-He-Hello, my name is… Camily Miyazaki Martinez. Call me Camie…” Sejenak dia mengerling pada Cikgu Stein. Cikgu Stein membalas pandangannya sebelum mengarahkan Camie meneruskan ucapannya melalui isyarat mata.
 “Sila tunjuk beri ajar,” sambungnya pantas sehingga tidak sedar yang ayatnya sudah terbalik. Dia menundukkan tubuh 90° selama lebih kurang tiga saat sebagai tanda hormat kepada rakan-rakan barunya.
Semua pelajar di dalam kelas tersebut terpinga-pinga melihat gelagat pelajar baru tersebut. Begitu juga dengan Cikgu Stein. Guru lelaki itu hanya menggeleng-gelengkan kepala. Masing-masing ada tanggapan tersendiri terhadap pelajar baru itu.
“Gadis ini bukan saja nampak asing malah juga pelik. Entah dari planet mana dia berasal.”
“Bahasa yang dia cakap tunggang langgang. Macam ayam bercakap bahasa itik.”
“Tak payahlah nak tunduk hormat macam tu pada kita semua. Dia ni terlebih-lebihlah pulak.”
“Kamu boleh duduk di tempat kosong di sebelah Dew Jeremy,” kata Cikgu Stein menghentikan soksek-soksek para pelajarnya ketika itu.
Mata Camie terarah pada tangan Cikgu Stein yang menuding ke arah hujung kelas. Camie nampak tempat duduk kosong di sebelah seorang pelajar lelaki yang membenam muka di meja dengan gaya tangannya yang seperti superman sedang terbang. Dah terbang sampai ke mana agaknya tu. Huhh… selamba saja tidur dalam kelas. Langsung tak hormat cikgu di hadapan. Gumam Camie sendirian sambil melangkah pergi ke tempat duduknya.
Kelas berjalan dengan lancar. Selepas suku masa pertama Camie mengerling sekali lagi ke sebelah. Pemuda tadi masih lena. Budak ni tidur ke mati? Kenapa guru-guru yang masuk ke kelas ni macam tak kisah dengan perangai dia? Camily benar-benar tidak faham.
Kring~!!
Loceng rehat berbunyi. Si dia tiba-tiba tersedar. Dia menggeliat sepuasnya sebelum mengangkat muka. Camie menjelingnya sepintas lalu. Bangun juga kau akhirnya. Ingatkan kau nak tidur sampai hari kiamat.
“Kau siapa?” soal lelaki itu tiba-tiba.
Camie memusing kepala memandang si penanya… dan dia tergamam memandang wajah yang sedang berkerut itu. Biji mata Camie terbuntang memandang pemuda yang baru bangkit dari beradu itu.
Tak mungkin… betulkah apa yang sedang aku lihat sekarang? Dia hidup kembali? Mustahil! Orang yang dah mati mana boleh hidup semula. Tapi… tapi dia betul-betul sama… sangat sama!
“Taiko Jeremy, jom makan!” pekik seorang pelajar lelaki dari lawang pintu.
Camie menoleh kepada pelajar tersebut sekejap sebelum merenung Jeremy kembali. Jeremy… nama dia Jeremy juga? Aku bermimpi ke? Camie pejam mata rapat-rapat. Kemudian dia celikkan mata besar-besar. Berharap dia sedang bermimpi sekarang. Namun orang di hadapannya masih wujud. Camie menggeleng kepala. Tidak! Ini mustahil!
Pemuda bernama Jeremy itu pula sedang memandang Camie dengan pelik. Langsung tidak dihiraukan teman-teman yang memanggilnya tadi. Dia lebih tertarik untuk menyoal siasat gadis yang tiba-tiba duduk di sebelahnya itu.
“Woi, kau ni siapa?” tanya Jeremy kasar.
“Hah?” Camily kalut. Terpinga-pinga kerana asyik memikirkan wajah dan nama pemuda itu yang sama dengan seseorang yang dikenalinya sebelum ini.
“Dew, dia pelajar baru kelas kita,” sampuk seorang pelajar di hadapan Jeremy.
“Siapa benarkan dia duduk di sebelah aku?” soal Jeremy kepada Phim yang sedang membuka bekalan makanannya di atas meja.
Speak english if you want her to understand you.” Phim tidak menjawab pertanyaan Jeremy sebaliknya menjelaskan perkara yang sepatutnya kepada Jeremy.
Jeremy menjeling dingin pada Phim sebelum kembali ke arah Camie “Hei, girl… why are you looking me like that?”
“Er… err… so-sorry.” Camie masih gugup dan terkejut. Hanya itu yang mampu dilafazkannya oleh mulutnya.
“Silly girl with the weird dress up,” kata Jeremy perlahan sebelum bangkit meninggalkan tempat duduknya.
Camily mengetap bibir. Celaka! Sopan sungguh sapaan dia. Sekarang aku mula percaya yang dia bukan Jeremy ku yang mati dua tahun lalu. Mereka berdua sangat berbeza. Macam langit dengan bumi. Camie angkat punggung dan beredar meninggalkan kelas untuk ke kantin. Dalam hati masih meluap-luap marahnya terhadap si pelanduk dua serupa Jeremy Oghio Khitto, kekasihnya yang sudah berada di alam lain itu.

Friday, June 4, 2010

Peperangan menentang Israel... Peranan kita sebagai Islam?


Dalam beberapa hari ini mata dan minda Cik Kaseh sentiasa disajikan dengan berita2 tentang keganasan Israel terhadap umat Islam di Gaza.

Hati saya sebak sehingga tak mampu menahan lagi air mata dari mengalir setiap kali membaca artikal dan melihat gambar yang berkaitan tentang keganasan Israel terhadap umat Islam Palestin.

Ketika menulis entry ini, perasaan saya berbelah bahagi... hati saya kembali sebak
Saya rasa diri ini sangat lemah dan bodoh sebab tak mampu lakukan apa-apa untuk membela nasib rakyat seagama dengan saya. Apa lagi yang mampu kita lakukan selain bersedih dan terus berdoa untuk mereka?

Hari ini Cik kaseh bersama beberapa orang teman berbincang tentang isu ini. Kami cuba mencari cara untuk menghentikan kekejaman kaum Israel yang laknat itu...(bunyinya seperti terlalu gila...mana ku ada kuasa dan kabel besar untuk melakukan apa2 tindakan tersebut... huhuhu~)...

Namun akhirnya kami mendapat 1 kesimpulan...
bahawa untuk menghentikan Israel laknatullah itu kita memerlukan seorang ketua. Seorang pemimpin yang betul.

Maaf sekiranya kata2 yang berikutnya bakal mengundang kontroversi



Bagi Cik Kaseh pemimpin kita sekarang seorang yang tidak layak digelar pemimpin! Saya tidak tinggal di negara Islam biarpun pemimpin saya seorang Islam dan agama rasmi Malaysia adalah agama Islam!

Saya tahu... kenyataan di atas agak keterlaluan bagi sesetengah pihak. Tapi jika anda rasional... sila siasat siapakah diri pemimpin kita di sebalik topeng wajahnya. Saya takkan bercakap lebih kerana blog saya bukan blog untuk berpolitik... dan saya berani menulis ini setelah menilai melalui pemerhatian dan pembacaan.


Kawan2... soalan saya yang masih belum berjawab...
APAKAH PERANAN KITA SEBAGAI ISLAM DALAM MEMBELA NASIB RAKAN SEAGAMA KITA?


Di bawah saya sajikan sekelumit kisah duka di sebuah sekolah kerana kekejaman bangsa laknat yang tidak pernah berjaya untuk menghapuskan Islam di Palestin. 









P/S : Cik Kaseh masih tak faham tentang Qunut Nazilah... ada sesiapa boleh share ilmu dengan saya?

Coming soon... present 4 all of u,my readers~


Agak2 apa suprise Cik Kaseh nak bagi...
sape boleh teka...

hahaha~~
tak payah suruh teka pun orang bleh agak dah Cik kaseh oi~~

Okey...berita baik untuk korang semua...
Angel In The Devil suit 2nd season akan muncul tak lama lagi...

Tak mo cakap banyak
sekadar pemberitahuan je

maka... nantikanlah entry terbaru AITDS2 selepas ni

Bila?
haa~~ maybe esok
maybe lusa

juz wait n see~~


Chiow

(✿◠‿◠)



Sunday, May 16, 2010

Ai Without Love ::Bab 8::

Tajuk : Langkah Pertama... Permainan Ryo atau Yna Sebenarnya.

Watak : RyoYna pairing

Genre : Friendship & Romance

Lokasi : Alam maya; luvryotarou.com.mdl ... kediaman Ryo

Ringkasan : Kehadiran Ryo bersama dengan teman wanitanya di sebuah majlis mengundang berita hangat di dunia maya. Yna memulakan langkah pertamanya untuk memikat Ryo. Ryo memberikan reaksi yang tidak terduga.


Bab 8

Bolehkah kita memahami kehendak diri sendiri sekiranya hati kita sentiasa memikirkan orang lain? Jawapannya… adalah hak masing-masing untuk menentukannya.

Bertanya seorang si tukang karut di pentas hiburan… “Apakah beza sebelum dengan selepas anda menjadi seorang artis?”

Seperti selalu Ryo akan melemparkan senyuman menawannya sebelum menjawab pertanyaan si penanya-penanya yang tidak pernah bosan menemuramahnya.

“Sebelum menjadi artis, saya adalah saya yang berhak ke atas diri sendiri… tapi selepas menjadi artis, saya perlu menjadi seperti apa yang diharapkan oleh peminat.”

Lensa kamera yang begitu rancak menjalankan tugas masih giat menangkap wajah pemuda yang menjadi kegilaan ramai gadis remaja itu. Ryo terus memaniskan wajah biarpun hakikatnya dia sudah penat untuk bersenyum sepanjang hari. Sesungguhnya untuk mendapat apa yang dimilikinya kini dia telah mengorbankan banyak perkara dalam hidupnya termasuklah cinta.

 

LuvRyoutaro.com.mdl

Miss Heartness : I’m sick… just sick when thinking about Ryotarou~~

Momo : @Miss Heartness… I follow~~ nak gila sama-sama ngan you!!!

Ryolando : Ahahaha~~ putus fius… kalau korang baca gosip terbaru Ryo kali ini mesti korang pengsan.

Miss Heartness : @Ryolanda Gosip apa? Tell me now!!!

Ryolando : Ryo with his girl… tunggu @Sushi_neko. Dia ada gossip baeekk punya nak khabar pada you all…

Sushi_neko : Hai hai hai~~ I’m back!

Momo : @Sushi_neko si wartawan sensasi, ada cerita baru nak kongsi ke hari ni?

Sushi_neko : Yup! Terbaik dari ladang. Masih fresh lagi ni… bukan lagi gossip tapi bakal jadi berita sensasi seantero negara.

Miso_t@ro : Baru lepas usha blog @Sushi_neko… *speechless* … going to cry now…

Miss Heartness : @Sushi_neko; @Miso_t@ro what happen? It’s that about Ryo’s secret lover again?

Sushi_neko : This pic can tell you everything… Sushi tak mahu cakap banyak…




**Sorry… tak pasal2 aku belasah pic ni smpi jadi rupe gini**

“Kyaaaa~~~!!!!!”  apa lagi reaksi yang boleh digambarkan tentang peminat-peminat artis seperti Ryo selain dari jeritan yang berkumandang apabila melihat artis kesayangan mereka berdampingan penuh bahagia dengan gadis lain.

 

******

 

“Ryo, it’s over, right?” Yna separuh berbisik di telinga Ryo.

Ryo memerhati sekeliling. Bersikap berjaga-jaga sebelum bersuara.

“Untuk malam ini… nampaknya kita dah boleh tamatkannya.”

Yna senyum lega. Dia segera masuk ke dalam perut kereta. Ryo di bahagian memandu sedang menghidupkan enjin keretanya.

“Kita balik rumah aku kejap. Ada sesuatu aku nak buat sebelum hantar kau pulang.”

“Hurm…” Yna memikir-mikir sebentar akan cadangan Ryo.

“Anggap je pergi melawat rumah kawan lama.” Ryo bersuara tanpa menoleh kepada Yna. Tangannya mengawal stereng kereta yang mula bergerak meninggalkan Hotel Priston Valley. Malam ini mereka berdua menghadiri parti ulang tahun perkahwinan seorang penerbit filem. Jemputan tersebut dijadikan sebagai medan pertama Ryo memperkenalkan Yna sebagai kekasihnya kepada umum.

Kemunculan Yna sememangnya telah menjadi perhatian ramai terutama para wartawan. Mewujudkan Yna sebagai kekasihnya adalah suatu pertaruhan. Hanya ada dua kemungkinan, samada menang ataupun kalah. Jika peminat menyokong maka dia selamat. Namun jika kehadiran Yna ditolak, kedudukannya di persada seni bakal goyah.

 

*********

 

Yna menuruti langkah Ryo menuju ke kediaman pemuda tersebut.

“Kau duduk sini kejap.” Ryo memegang bahu Yna dan mendudukkannya di sebuah kerusi di ruang santai di bahagian beranda di luar rumah.

Yna terduduk secara paksa. Ekor matanya melirik menjejaki kelibat Ryo yang pantas melangkah masuk ke dalam rumah. Dia dibiarkan termangu-mangu sendirian di situ.

“Ergh! Dia nak aku ikut saja semua arahan dia sepanjang hari ini. Betul-betul menyakitkan hati.” Yna memanjangkan leher, mengintai ke dalam rumah menjejaki kelibat Ryo. “Kau siap nanti Ryo. Aku mesti dapat makan kau balik,” tekadnya dalam hati.

Tidak lama kemudian kedengaran hempasan pintu dari ruang dalam rumah diikuti tempikan Ryo memanggil Yna.

“Ynaa~~!!!” pemuda itu muncul mendapatkan Yna semula.

“Kau gila ke menjerit tengah-tengah malam macam ni, Ryo.” Hampir saja tapak tangan Yna melekap di mulut Ryo namun sempat dielak oleh lelaki itu. “Apa hal?”

Ryo tersengih. Sengihannya itu hanya menambahkan lagi rasa jengkel Yna terhadapnya.

“Duduk dulu. Aku nak tunjuk sesuatu pada kau.” Ryo tidak peduli dengan reaksi bengang Yna. Dia menarik lengan Yna untuk kembali duduk di kerusi. Sebuah komputer riba yang dijinjingnya bersama dibuka dihadapan Yna.

“Kau nak tunjuk apa?”

Ryo tidak menjawab soalan Yna sebaliknya jari jemarinya ligat menekan dada keyboard. Giginya yang mengetap bibir bawah mencacatkan sedikit senyuman di wajahnya. Matanya tertumpu pada skrin komputer, begitu tekun dengan apa yang dilakukannya.

“Ryo~” Yna mula bosan dengan sikap Ryo yang masih belum menjelaskan tindakannya.

“Sabarlah… kau ni lorat mengalahkan mak neneklah.”

Yna mengerutkan dahi memandang Ryo yang bercakap dengannya tetapi mata tertumpu pada skrin laptop. Sisi wajah Ryo disantap matanya tanpa sengaja. Wajah itu tidak banyak berubah. Diri sebenar Ryo juga tidak banyak berubah sebenarnya. Walaupun penampilan Ryo telah berubah setelah bergelar artis namun pada satu sudut tertentu, Ryo tetap sama seperti Ryo yang dikenalinya dulu.

Dia seorang yang menumpukan perhatian hanya pada satu perkara. Hal ini menyebabkan Yna makan hati kerana Ryo tidak peka terhadap perkara lain yang berlaku di sekelilingnya kerana hanya tertumpu pada suatu perkara sahaja. Dia perlu bertindak segera agar matlamat utamanya tercapai.

“Aku tak salah. Kau memang pilihan yang tepat. Best tahap world, Yna.” Sesaat ekor mata Ryo menangkap Yna di sebelah. “Kau tengok sendiri dalam laman web ni. Baru beberapa jam, berita tentang kita dah tersiar. Aku rasa…” belum sempat bicara Ryo tamat, Yna menutup laptop yang ternganga.

“Kau buat apa ni?”

“Aku tak peduli semua tu, Ryo.” Laptop tadi ditolak menjauhi mereka berdua. “Lupakan sebentar cerita dunia glamour kau yang bagaikan karutan ayam jantan di pagi hari tu.”

“Apa maksud kau?” Ryo mengerutkan dahi tidak berpuas hati.

“Jangan mudah teruja. Biarkan ia berlaku secara semulajadi. Semuanya akan terus dalam kawalan kita jika kau percayakan aku.” Yna merapatkan wajah Ryo. Renungannya bagai mahu menikam hati sang teruna di hadapannya.

Ryo masih tenang. Tidak mudah gugup dengan sikap teman lamanya itu.

“Antara kau dan aku… kita tetap seorang lelaki dan perempuan…” Jari jemari Yna mula menjalar ke pangkal leher Ryo. “Jadi, apakata kalau…”

“Stop!” Ryo mula menyedari sikap Yna yang berubah. Tangan Yna yang menjalar di lehernya tidak ditepis sebaliknya tangannya memaut wajah gadis itu. Seraut wajah ayu itu dalam genggaman tangannya kini. Ryo merenung tajam wajah Yna yang beransur-ansur berubah membalas renungannya.

“Aku rasa kau cuba nak bermain api malam ini, Yna,” ujar Ryo sinis. Dia melepaskan wajah Yna, serentak menepis tangan Yna di lehernya.

“Jom, aku hantar kau balik.” Ryo mencari jalan keluar sebelum Yna cuba bertindak lebih jauh. Laptop di atas meja diambil sebelum bangkit untuk beredar.

“Aku bermain dengan api atau kau yang cuba mengelak untuk terjebak dalam cinta, Ryo.” Yna tidak dapat menerima sikap dingin yang dipamerkan Ryo terhadapnya tadi.

Ryo yang baru hendak mengatur langkah itu kembali menoleh kepada Yna. Senyuman yang telah mati sejak tadi kini berubah menjadi kerutan yang tidak keruan.

“Aku sukakan kau…”

“Tidak… ayat tu langsung tak sesuai, Yna.” Ryo menafikan secara lurus biarpun jauh di sudut hati dia tidak merelakannya.

“Aku suka…”

“Tidak…” Ryo memintas Yna yang cuba untuk terus membuat pengakuan.

“Tapi aku suka kau!” Yna tetap tidak berputus asa.

“TIDAK! Aku cakap ‘tidak’ dan kau tak boleh sangkal kata-kata aku.”

Yna tergamam. Ryo sungguh-sungguh menafikan pengakuannya.

“Aku yang suka pada kau sebenarnya.” Nada suara lelaki itu kendur dan separuh perlahan.

“Hah?” Yna terkesima. Keliru dengan apa yang didengarinya dari mulut Ryo.

“Sudahlah… mari aku hantar kau pulang.” Ryo membiarkan Yna terus tertanya-tanya. Langkahnya diatur semula meninggalkan ruang beranda.

“Ryo…” pantas tangan Yna memaut lengan Ryo. “Kau katakan apa tadi?”

Riak persoalan di wajah Yna diteroka Ryo.

“Aku hantar kau pulang.” … dan tanpa menjawab soalan Yna, Ryo berlalu pergi.

Yna tak terkata apa. Belakang Ryo yang sedang berjalan ke pintu rumah diperhatikannya penuh persoalan.

Ryo… aku pasti yang aku tidak salah dengar tadi. Kau sukakan aku… walaupun aku tak pasti sejauh mana pengakuan kau tadi. Mungkin kau sukakan aku hanya sekadar kawan… tapi itu lebih baik daripada kita bermusuhan seperti dulu…

“Aku akan buat kau suka pada aku lebih daripada seorang kawan.” Ada senyuman penuh makna di bibir gadis tersebut. Niat jahat yang tersembunyi di lubuk hatinya tiada siapa yang mengerti.

 


P/s : Hahaha~~ aku telah mencipta skandal Ryo bersama Kristine di blog ini... layan jelah... selamat membaca ya... 


Sunday, May 9, 2010

Talian ibu yang sibuk dengan 'urusan negara'... T_T



tut tut... tut tut... tut tut...
"Nombor yang anda hubungi sedang sibuk. harap maaf"

...
...
...

setiap kali call je beliau tiada
it's ok... apa kata try telefon rumah pulak

tut tut... tut tut... tut tut...

...
...
...
 
sama juga~~ ã… _ã… 

Omma~~ kenapa diary hidup mak ni selalu je bz

Mak... janganlah pergi mana2... tak payahlah buat semua kerja2 tu
mak rehat je lah kat rumah... 

"Mak dah biasa... lagipun mak bosan kalau asyik dok rumah saja" <-- jawapan standard mak dari dulu sampai sekarang.

"Mak tinggal sama ngan kitorang ya..." <-- sejak ayahanda meninggal dunia, mak tinggal sendirian di kampung.

"Alah, tak payah risaulah. Mak boleh jaga diri. Kalau mak tinggalkan rumah ni, siapa nak tengok2kan kebun... rumah ni karang merajuk kalau tak didiami. Jangan risau... orang kampung kan ada. diorang semua sayangkan mak. Lek Ri ngan Lek Sah pun ada(pakcik & makcik, adik mak)"

...
...
...

tut tut... tut tut...

"Hello, assalamualaikum."

"Hello... boleh bercakap dengan Pn. hjh. Suraya?" <-- sambil pura2 buat suara halus. nak menyamarlah kununnya ni...

"Ya, Hjh Suraya bercakap ni." <-- menjawab penuh protokol. skema!

"Puan, sihat ya? dah makan? susahnya nak hubungi puan ya. bznya sejak kebelakangan ni. apa masalah negara yang sibuk sangat sedang diuruskan tu, puan?"

"Tengah sibuk buat rundingan damai dengan negara jiran... melawat mangsa bencana di hospital dan memenuhi undangan majlis2 perkahwinan diseluruh negara." <-- erk~ sekali mak aku pun turut masuk air seperti anaknya juga daa~~

"Puan tengah buat apa tu?"

"Memasak... hari ini ada tetamu terhormat dari luar negara nak datang."

"kihkihkih~~ masak apa?" <-- mana tukang masak?

"Kangkung Masak Tumis... Ayam Goreng Berempah... & sambal kicap meletup"

"Peh~~ air liur meleleh tak dapat ketagih... mak, nak makan mak masak~~ã… _ã… " <-- ayat skema dah hilang lepas dengar mak masak ape.

...
...
...

(sebab dah banyak sangat merapu, cik kaseh skip je k)

"Mak, selamat hari ibu."

"terima kasih"

"Mak..."

"Ya..."

"Terima kasih..."

"Terima kasih?"

"Ya, untuk segala-galanya... I love U... muah muah."

My emak tak jawab pape... cuma dengar suara dia ketawa bahagia je dalam talian




KEPADA EMAK, MUMMY, MAMA, IBU, UMMI, OKASAN, OMMA, AMMA, MOTHER
SELAMAT HARI IBU SEDUNIA UNTUK ANDA

Iklas daripada KASEH ESMIRALDA.

(✿◠‿◠)


Thursday, May 6, 2010

Ai Without Love ::Bab 7::

Tajuk : The Make Over

Watak : Yna, Ryo... Miss Ferez(pemilik butik)

Genre : Friendship & romance

Lokasi : Lobi Hotel pearl Intrusa, Butik NAF Miracle

Ringkasan : Ryo nak make over Yna jadi gadis impian yang diharapkan oleh peminatnya. Say no pada Yna yang seksi... say yes pada Yna yang bersopan santun; say no pda Yna yang penggoda... say yes pada Yna yang berbudi pekerti; Say no pada Yna yang garang... say yes pada Yna yang comel. ;P




Bab 7

Sudah hampir setengah jam Yna menunggu di ruang lobi hotel. Batang hidung Ryo masih tidak kelihatan. Dia mula berasa bosan lantas segera menghubungi lelaki itu.

“Kat mana? Cepatlah! Kenapa lambat sangat?” Tanpa sebarang pembuka kata, Yna terus menyerang Ryo.

“Pergi ke Butik NAF Miracle sekarang. Kita jumpa di sana.” Yang di sana juga terus memberi arahan tanpa pembuka bicara yang sepatutnya terhadap Yna.

“Kau ni kan…” … Sesedap oren pula dia nak bagi aku arahan macam tu. “Motif?”

“Motif… motif apa pula?”

“Motif kenapa aku perlu ikut arahan kau?”

“Kat sana nanti aku beritahu. Cepat pergi. Sekarang!”

Plup! Talian segera dimatikan Ryo.

Yna mengetap bibir. Geram. Sakitnya hati dengan mamat ni!!!

 

************

 

BUTIK NAF MIRACLE…

Yna tercari-cari kelibat Ryo di sekitar butik tersebut. Seperti yang dijanjikan dia ke situ biarpun marahkan tindakan Ryo yang sesuka hati memberi arahan kepadanya tadi. Pekerja di butik tersebut datang menyambutnya dengan senyuman mesra namun dia tidak menghiraukannya. Apa yang dicarinya kini bukan pakaian baru tetapi Ryo.

Tiba-tiba lengannya ditarik dari belakang oleh seseorang. Yna yang terkejut segera melawan dengan mengilas semula tangan yang disangkanya berniat jahat itu.

“Ahh~!!” Ryo menjerit kesakitan apabila tangannya dikilas secara tiba-tiba oleh Yna.

“Kau?” Yna segera melepaskan Ryo. “Padan muka! Siapa suruh muncul macam penyangak.” Yna sengih sinis sambil merenung jejaka di hadapannya itu.

“Penyangak kau panggil aku… teruk betul.” Tangan Ryo sudah gatal hendak mencekik seseorang. Wajah sarkastik Yna dipandang sekilas sahaja sebelum mengurut tangan kanan yang masih terasa sakit akibat dikilas Yna tadi.

“Nasib baik penyangak, kalau perogol bersiri…” Yna tidak meneruskan kata-katanya. Riak bengang pada wajah Ryo dikesannya. Renungannya lekat pada seraut wajah yang sudah hilang ketampanannya akibat muncung di wajah itu. Langsung tidak sesuai dengan imej idol yang menjadi kegilaan ramai. Yna terasa ingin ketawa. Namun tawanya itu hanya dikulum di dalam mulut. Hasilnya senyuman yang tidak sekata dan pincang yang terhasil.

“Yna…” Ryo mencurigai situasi Yna.

“Kita nak buat apa di sini?” Yna segera bertanya. Cuba menutup segala tindakannya tadi.

Ryo merenungnya tajam. Seolah-olah sedang meneka hati Yna. Dia terasa seperti ditertawakan dalam diam.

Make over.” Ryo melupakan saja perasaan sangsinya itu. Dia berjalan pergi mendapatkan khidmat pemilik butik NAF Miracle.

Make over?” Yna menututinya. “Nak make over apa?”

Ryo tidak menghiraukan soalan Yna. Dia bercakap-cakap dengan seorang wanita berpenampilan unik yang merupakan pemilik butik tersebut. Yna yang tidak tahu apa-apa terpaksa menjauhi perbincangan tersebut. Hanya selepas seketika barulah Ryo kembali kepadanya semula.

Sorry, buat kau tertunggu-tunggu.”

Yna mengangkat wajah memandang Ryo.

“Miss Ferez, saya tak suka gadis ini. Tolong bawa dia pergi jauh dari sini sekarang juga,” kata Ryo kepada wanita pemilik butik berkenaan dengan nada serius.

Dahi Yna berkerut geram. Kedua belah tangan sedang dikepal. Bersedia hendak membelasah mulut cabul Ryo.

“Saya nak yang comel-comel. Lepas tu yang bersopan. Tak mahu yang over seksi macam ni. Tolong ubah dia jadi apa yang saya nak.”

Wajah marah Yna bertukar menjadi tanda tanya. Motif apakah yang cuba dsampaikan oleh Ryo? Mahu dia menjadi gadis idamannyakah?


P/S : selamat membaca~~

Berani kau membuat onar!!!

sepanjang usiaku
tidak pernah sekali pun aku menyakiti...
apatah lagi membuat onar terhadap Fiona Lime, kereta ku...

tapi kenapalah aku sering menjahanamkan 
kereta orang lain?

dah lebih 3 tahun aku jaga Fiona Lime
tak pernah sekali pun aku mencalarkannya
walaupun cara pemanduanku selalunya mengalah Michael Schumacher

kesian kereta awek yang duduk sebilik dengan aku
baru beli kereta tu tak sampai 3 bulan
aku dah jahanamkan...

Kepada awek yang duduk sebilik dengan aku...
Cik kaseh minta maaf ya...
huhuhu~~~

<(TT..TT)>

Sunday, May 2, 2010

Ai Without Love ::Bab 6::

Tajuk : The Deal!

Watak : Ryo Nishikido, Yna Baktiar

Genre : Friendship & Romance

Lokasi : Hotel Pearl Intrusa

Ringkasan : We are the couple... the trouble couple... Ryo- "Betul ke pilihan aku ni? Yna, tolonglah jadi kekasih terbaik aku... walaupun cuma olok-olok."





Bab 6

Suasana sepi menyelimuti ruang bilik tersebut. Masing-masing tertumpu pada helaian kertas perjanjian di tangan masing-masing. Tekun meneliti setiap syarat perjanjian kontrak percintaan mereka.

Anak mata Ryo yang bergerak-gerak tidak hanya tertumpu pada kontrak di tangannya. Sesekali dia mencuri pandang pada Yna di hadapan. Gadis tersebut khusyuk meneliti kontrak tersebut dan langsung tidak menghiraukan kewujudan Ryo.

“Deal!” Tiba-tiba suara Yna memecahkan suasana hening di bilik yang ditempah khas oleh Ryo pada petang itu.

“Hah?” Ryo terpinga-pinga apabila Yna bersuara dengan tiba-tiba.

“Aku setuju dengan kontrak ni.”

Wajah Ryo tersenyum lebar. Kertas di tangannya di letak di atas meja.

“Bagus. So kita boleh sign kontrak ni sekarang.” Ryo sangat gembira kerana Yna tidak banyak kerenah seperti sangkaan awalnya sebelum ini.

“Kau dah baca habis syarat-syarat yang aku kenakan ke?” tanya Yna sambil menjeling kertas-kertas yang tertulis segala syarat kontrak percintaan Yna terhadap Ryo Yang bersepah di sekeliling Ryo. Ada yang diletakkan di atas kerusi, bersepah di meja malah yang tercicir di lantai di bawah meja juga ada.

Ryo memandang sekelilingnya. Dicapai satu persatu kertas-kertas yang berselerakan di sekelilingnya. Dikumpul menjadi satu dan disusun di atas meja semula.

“Dah. Aku dah baca semuanya,” katanya dengan penuh yakin. Padahal hakikatnya dia tidak membaca keseluruhan isi perjanjian yang disediakan oleh Yna itu. Terlalu banyak.

Maka dengan rasminya setelah masing-masing bersetuju, kontrak pun ditandatangani.

“Kontrak percintaan kita akan bermula sebaik kita melangkah keluar dari bilik ini.” Ryo menghulurkan tangan kanannya kepada pasangan kekasih kontraknya, Yna.

Yna mengangkat wajah merenung jejaka di hadapannya. Perlahan-lahan dia berganjak mendekati Ryo. Roman wajahnya manis mendapatkan pasangan kekasih kontraknya. Ryo berasa janggal lantas perlahan-lahan menjauhkan diri. Namun Yna semakin mendekatinya sehingga jarak diantara mereka hanya tinggal beberapa inchi.

“Okey… deal.” Yna bersuara separuh berbisik. Matanya terus menjejaki wajah lelaki itu tanpa menghiraukan huluran tangan Ryo terhadapnya tadi. Ryo kaku direnung sebegitu dekat oleh Yna.

“Kita jumpa di ruang lobi sekejap lagi, ya sayang.” Sempat Yna mengusik sambil menampar lembut pipi Ryo sebelum bangkit untuk beredar keluar dari bilik hotel berkenaan.

Gulp! Ryo hanya mampu menelan liur sebaik kelibat Yna lesap. Dia masih lagi duduk kaku di kerusi.

“Adakah aku telah buat keputusan yang tepat kali ini?” Dia bertanya sendiri kepada dirinya. “Perhaps…” Otaknya tidak mampu mencerna apa-apa kemungkinan dikala ini.


P/s : Seberapa pantas!!! aku sedang menaip dan cuba bergerak seberapa pantas untuk menyiapkan Ai Without Love... HWAITING!! <-- kata2 semangat untuk diri sendiri.

Wednesday, April 28, 2010

Ai Without Love ::Bab 5::

Tajuk : Kontrak Percintaan

Watak : Ryo Nishikido, Yna Baktiar

Genre : Friendship & Romance

Lokasi : Apartment kediaman Yna

Ringkasan : Yna - "Kau ingat bercinta tu macam makan donut ke. main nak sesedap rasa je ajak bercinta. huh!" ... Ryo - "Aku pilih kau sebab kau pelakon yang hebat... best tahap world!"




Pintu dibuka dan seorang pemuda berpakaian kemas sedang berdiri di luar rumah Yna. Ryo senyum manis kepada Yna. Senyuman yang bagai tiada niat yang tersirat. Yna tidak membalas senyuman lelaki tersebut. Sekadar memandangnya tanpa sebarang perasaan.

“Boleh kita bercakap sekejap? Ada sesuatu yang aku nak bincangkan dengan kau,” ujar Ryo.

“Erm… tunggu aku bersiap sekejap. Kita berbincang di luar,” balas Yna lalu cuba menutup semula pintu rumahnya.

“Tidak…” Ryo menahan pintu yang hendak ditutup itu. “Kita bincang di dalam. Sekarang.” Ryo melangkahkan kakinya masuk ke dalam rumah Yna.

“Hei…” Yna agak tidak berpuas dengan tindakan Ryo yang masuk ke rumahnya tanpa kebenaran.

“Lebih elok berbincang di dalam. Err… ada wartawan sedang ekori aku.”

Fine… hanya untuk kali ini. Lagipun aku dah terlibat dalam kehidupan glamournya sekarang.

Yna menutup rapat pintunya dan menjemput Ryo ke ruang tamu. Ryo duduk di kerusi empuk yang rapat di penjuru dinding itu. Sementara Yna di ruang dapur sedang menuang jus ke dalam sebiji gelas. Selepas itu dia  kembali mendapatkan Ryo.

Sempat matanya menjeling ke tingkap, menjejaki kelibat beberapa orang yang mencurigakan di luar kawasan pangsapurinya. Minuman diletak di atas meja di hadapan Ryo sebentar kemudian. Yna mengambil tempat di sebelah Ryo.

“Kau memang sangat popular sekarang. Aku cemburukan kau.” Yna memulakan kata-kata.

“Heh… perkataan cemburu kau tu macam dah tak sama bunyinya seperti waktu dulu. Kau sindir aku ya.”

Yna mencebik. Ryo masih ingat akan kisah lama mereka yang selalu bergaduh demi merebut populariti sewaktu di zaman kolej dulu.

“Apa yang kau nak bincangkan dengan aku? Cepatlah cakap,” soal Yna sejurus kemudian. Dia tidak mahu topik tadi  berlanjutan.

“Aku nak bincang soal perniagaan dengan kau.”

“Hah? Apa maksud kau?”

“Aku dah fade up apabila terlalu menjadi perhatian orang. Kadangkala aku rasa dipergunakan oleh sesetengah pihak. Mereka anggap aku sebagai benda yang boleh memberi keuntungan yang lumayan.”

Yna mengerutkan dahi. Kurang jelas dengan titik utama yang cuba hendak disampaikan oleh Ryo.

“Mari kita bercinta.”

Yna tergamam. Matanya buntang merenung Ryo.

Pap!!

Yna memukul dahi Ryo kuat. Seolah-olah cuba hendak menyedarkan temannya itu.

“Ouwch!” Ryo memegang dahi yang tiba-tiba ditampar oleh Yna.

“Kau gila ke? Kau ingat bercinta tu macam makan donut… senangnya bercakap.” Yna geram.

“Aku tak habis cakap lagi. Sabarlah…”

“Hah, cakaplah cepat. Kau nak ambil berapa banyak masa untuk cakap dengan jelas?”

“Aku nak buat kontrak percintaan dengan kau. Itulah urus niaga yang aku nak cakap tadi.”

“Apa? Kontrak percintaan?” reaksi terkejut dari Yna. Namun ada riak tertarik pada wajahnya.

“Ya… aku bayar kau untuk bercinta dengan aku di hadapan umum,” jelas Ryo.

“Tapi untuk apa?”

Ryo mengambil masa sebelum dia menjelaskan dengan lebih lanjut.

“Ada orang sedang cuba jatuhkan aku melalui berita tentang kita berdua. Sebelum berita yang lebih mengarut berjaya mereka cipta aku perlu tutup mulut mereka.

“Jadi?”

“Kau kan pelakon terbaik. Best tahap world. Sebab tu aku pilih kau untuk jadi kekasih aku.”

“Aku…?” Yna menuding pada diri sendiri. Roman wajahnya seakan tidak puas hati dengan kenyataan Ryo. Terasa Ryo sedang menyindirnya.

“Macam ni…” Mereka memulakan perbincangan tersebut dengan lebih serius.

 

*********

 

Yna memandang majalah yang memaparkan gambarnya bersama Ryo yang diambil oleh paparazzi selepas Ryo meninggalkan kediamannya tadi. Sejak insiden terperangkap di lif tempohari kehidupan sehariannya turut menjadi perhatian umum. Walaupun tidak banyak tapi kini dia turut menerima tempias populariti Ryo. Banyak andaian-andaian yang dicipta tentang kewujudannya di sisi Ryo. Ada yang menganggapnya adalah kekasih rahsia yang disembunyikan olehh Ryo selama ini. Ada juga berita mengatakan yang kewujudannya sengaja diada-adakan untuk menaikkan lagi populariti Ryo. Ada juga yang menganggap sebenarnya Yna adalah saudara kandung Ryo kerana melihat persamaan yang wujud di wajah kedua-dua mereka.

Bagi Yna, dia tidak peduli dengan semua khabar angin tersebut. Memikirkan tawaran yang diajukan oleh Ryo tadi membuatkan dia berfikir akan faedah yang bakal diperolehinya nanti.

“Menjadi kakasih kontrak untuk mengaburi mata umum. Untuk menutup mulut wartawan yang suka mensensasikan cerita artis… dan sekaligus mendapatkan kepercayaan daripada peminatnya.” Yna mencapai berita dalam majalah yang dilihatnya di atas meja. Ditatap semula gambarnya bersama Ryo di dalam majalah tersebut. “Kau memang bijak, Ryo. Aku juga tidak bodoh untuk menggunakan peluang yang ada untuk membalas perbuatan yang kawan baik kau tu dah lakukan terhadap aku.” Matanya tajam merenung wajah kacak yang menghiasi dada majalah itu. Senyuman penuh makna terlakar di wajah gadis tersebut.

Majalah tersebut dilontar ke atas meja semula. Yna bangkit lantas berjalan menuju ke meja konsol di sebelah televisyen. Dia menarik laci meja dan mencapai sesuatu yang disimpan jauh di dalam laci tersebut. Bagaikan sesuatu yang sudah lama dibuang namun tidak berani untuk dibuang terus dari kotak kenangannya.

Wajah Vic kembali datang menyapa dari sudut dalam laci berkenaan. Yna menatapnya semula setelah sekian lama.

“Sekali kau tinggalkan luka di hati ini… selamanya ia akan berbekas. Kini aku akan pulangkan semula kesakitan itu kepada kau. Aku nak kau rasa, Vic… dilukakan oleh sahabat sendiri itu lebih pedih berbanding membunuh cinta sendiri.”

Gambar tidak bernyawa itu direnung tajam penuh dendam. Yna… dia telah kembali sebagai pendendam kepada kaum lelaki.




Nota kaki : Sorry... Gomennasai... mianhae... sangatlah lama tak post entry enovella. Kesulitan amatlah dikesali... (╯︵╰,)

Monday, April 26, 2010

Lasykar Pelangi Yang Indah


Agak lama juga rasanya Cik Kaseh tak buat review novel. tiba2 hari ini datang pula mood nak buat entry.

sebelum start tulis entry, mata bekerja keras mengusha rak buku... "mana satu dulu aku nak buat review dalam blog."

Banyak sangat yang best. (yang tak habis baca pun banyak lagi.. huhuhu~~)

Maka... disebabkan Lasykar Pelangi ni buku pertama yang Cik kaseh habiskan pada tahun ini, so saya pilih untuk buat review pasal Lasykar pelangi.

Actually ini bukan novel terbaru di pasaran tapi memandangkan Cik Kaseh nak mendalami apa itu sastera..(saya tak mahu diperkecilkan hanya kerana menulis novel yang dianggap picisan oleh sesetengah masyarakat)... Cik Kaseh kena mula dengan yang paling ringan dulu. (nak capai A.Samad Said punya... huhuhu~ gua tak berani lagi beb.)

Masa mula baca, Cik Kaseh tak tahu pula novel ni telah difilemkan. My sis yang beritahu... disebabkan saya ni jenis tak sabar nak tahu kesudahan cerita, maka dengan semangatnya saya tinggalkan sekejap novel ni n pergi search filemnya di internet.

watch... watch... n watch until the end... the result... SUPERB!!!

tapi layan movie mana sama ngan feel baca novel. kekuatan filemnya, apa yang dibayangkan oleh penulis di buku dapat dilihat secara bergerak melalui skrin. bahasa percakapannya juga unik. bunyinya ada sikit persamaan dengan bahasa melayu yang kita guna sehari-harian. Mudah nak faham. dan kita dapat saksikan keindahan Pulau Belitong yang digambarkan penulis di buku secara lahiriah di sini. seriously, Pulau Belitong memang indah!

Tentang Novelnya pula... THUMB UP!!... Cik Kaseh sifatkan Andrea Hirata seorang penulis yang sangat tinggi imaginasi. dia sorang yang prihatin dan peka dengan setiap inchi cerita karangannya. dia hanya bercerita tentang postman pada satu babak, tapi disebabkan cara pengolahannya yang berkesan membuatkan Cik kaseh pandang dua belah mata pada tugas postman kini. hehe~

Dalam Lasykar Pelangi pun ada kisah cinta tau... bukan setakat cerita pasal pelajar2 di maahad Muhammadiah tu saja. Dan kisah cinta Ikal dengan seorang gadis tionghwa di kedai buruk(ku lupa nama kedai tu) itu sangatlah sweet. ia bukan cinta biasa. cinta seorang budak(boleh kira cinta monyetlah) tapi penulis berjaya mengangkat kisah cinta tersebut menjadi kisah semanis madu yang tanpa adegan romantis untuk menguatkan jalan ceritanya seperti kebanyakan novel...(◡‿◡✿)...

Banyak sangat yang menarik untuk dikongsikan tentang Lasykar Pelangi ni. dah tulis berjela pun tak juga masuk2 part sinopsis. huhuhu~~ so sorry... tapi secara ringkasnya novel ini mengisahkan  11 orang anak Melayu Belitong yang luar biasa dan tidak pernah putus asa mahu menuntut ilmu biarpun banyak halangan yang perlu mereka tempuhi demi mencapai cita2. Lintang, si cilik yang genius. hidupnya daif namun sangat suka menuntut ilmu dan tidak kisah berulang alik dari rumah ke sekolahnya sejauh 20km setiap hari demi menuntut ilmu. Mahar, seorang yang sangat kreatif dan tinggi daya imaginasinya. walaupun sering dipersenda teman2nya namun dia berjaya mengangkat darjat Sekolah Muhammadiyah di kampung mereka. Ikal pula memainkan peranan utama sebagai pencerita dalam Lasykar Pelangi.

Sesiapa yang belum membaca... saya cadangkan untuk membaca Lasykar Pelangi... selamilah kehidupan mereka, kejujuran pemikiran serta keindahan pengembaraan mereka. memori zaman kanak2 dan remaja itu memang indah untuk dikenang kembali.

Akhir kata... bacalah... tak rugi... berbaloi-baloi~~



Tuesday, April 20, 2010

I'm not HOT... I'm sooo COOL~~



Halluu~~ dunia bloger...
lama tak datang menjenguk
maaflah biarkan blog ni bersawang sekejap...

sesungguhnya cik kaseh ketandusan idea nak menulis dalam blog...
mujur ada Putri Lily bagi award n tag ni...
so now... ada jugaklah sesuatu yang boleh cik kaseh conteng dalam blog

Terima kasih untuk tag n award ni, Kak Lily...
sesungguhnya si penjerit ini tidak lagi sunyi... kikiki~~

are you ready... let's start now!!!


1) Adakah anda rasa HOT?
I'm not HOT... I'm soo COOL~~

2)Upload wallpaper PC/Laptop yang anda gunakan sekarang..?


3) cerita pasal gambar nih...

ini yang dinamakan kipas-susah-mati JKpop... motif utama guna wallie ni sbb ia banyak main kaler hitam... pastu pic ni ala2 snap dari binocular jerk... smart n simple!


4) kali terakhir makan pizza...?

kali terakhir makan pizza tu x ingat bila... tapi kalau kali terakhir masuk pizza hut... bulan lepas. tapi Cik kaseh tak jadi makan kat situ... sebab my adik ubah fikiran nak makan KFC plak tym tu...


5) Lagu terakhir anda dengar...?

Demam SuJu Cik kaseh belum berakhir... maka setiap hari pun dengar lagu SuJu... yang terakhir cik kaseh dengar lagu... Why I Like You-Super Junior.


6) Apa anda buat selain selesaikan tag ni...?

FB n Twitter... ada lagi... You Tube... ngah d.load sitcom Hey! Hey! Hey!... Heechul yang putus fius tu buat usus perut saya berselirat ketawa malam2 begini... huhuhu~~~


7) selain nama sendiri anda dipanggil nama apa...?

Kaseh Esmiralda... This is not my real name... hehe~~

Ada lagi... Ayim, Carrie Jelly <-- weird right... yg satu bunyik cam budak manja tak sempat nak jadi anak bongsu... yang satu lagi... erk~ aku dan Jelly??? 


8) Tag lagi lima orang yang anda suka?

1)Nemo

2)Nina alona

3)Qyn Qyna

4)Ffill@ @naheR

5)Nadz


9) Siapa orang no 1 pada anda..?
Teman blogger merangkap teman dikala nak putus fius layan JKpop.


10) Katakan sesuatu pada orang no 5...?
Hi Nadz yang cute~~... ucapan dengan unsur2 nak mengampu? kuikuikui~~


11) No 3 ada hubungan dengan sape...?
Dengan Pak Amid gigi jongang belakang umah tok wan aku... hakhakhak~ merapu je... Be smile Qyn...


12) Bagaimana pulak dengan no 2....?
dengar cerita dia ada skandal ngan HyunJoong SS501... hahhaha~~


13) Kata-kata cinta dengan orang no 4...?
Atashi wa anataga daisuki~~... erkk... tak sesuai!!!


14) Berikan 5 fakta yang anda tahu pasal orang yang tag anda...?

1)Singapore mali~~ ^^

2)Penulis tegar seperti Kaseh juga~~ ^^

3)Suka bunga terutama sekali bunga lily~~ ^^

4)Manis dan bersopan santun orangnya... (I malu bila bersamanya sebab cik kaseh ni kuat merapu...huhuhu) ~~ ^^

5)lagiiii~~~ apa ya???... tak de... just ucapan untuk Kak Lily...

"SELAGI HAYAT DI KANDUNG BADAN... TERUSKANLAH PERJUANGAN DALAM BIDANG PENULISAN."


~PEACE, NO WAR~

^^


Wednesday, March 31, 2010

Awak didapati bersalah!!!

Hari ini sy sergah dia lagi... tapi bukan dalam stor... dalam panggilan telefon je... hahaha~~ 
 
"Hello... saya dari balai polis Pantech... Boleh saya bercakap dengan En. D....."
 
"Hoh??"
 
"En. D......, Awak didapati bersalah kerana telah menyebabkan taman dalam hati Cik kaseh berbunga." 
 
"Err... Sape ni?"
 
"Berani awak tak kenal saya... Ni yang rasa macam nak saman awak sekarang jugak!"
 
"Ahahaha~~~"
 
"Nurul lah!!!"
 
"Ler, mana tau... berleluasa je guna telefon ofis... mentang2 ada speed dial sy."
 
"Eh, D... Nurul nak bla... bla.. bla..." <--sembang hal berkaitan keje... tulispun bukan korang faham.hehe~ 
 
 
 
 
P/S :  I tak dapat hati U... dapat simpan senyuman U yang menawan tu dalam hati pun kira okey je... I lagi ske mulut jahat D daripada jantan murahan yang berfikiran ortodoks tempohari...
 
 
Cik Kaseh, HWAITING!!!... 
 

Friday, March 26, 2010

I'm so beautiful... or my blog?

TQ kepada MiRa'e yang bagi award...
sangat menghargainya.. 





Syarat - syarat nya ialah :

1.THANK & LINK THE PERSON THAT GAVE YOU AWARD
2. PASS THIS AWARD ONTO 15 BLOGGER YOU'VE RECENTLY DISCOVERED AND
THINK ARE FANTASTIC
3.CONTACT SAID BLOGS AND LET THEM KNOW THEY'VE WON THE AWARD
4.STATE 7 THINGS ABOUT YOURSELF



1) -done- ... hehehe

2) Pass pada 15 blogger?... Alemek~~ ramainya... Cik Kaseh tak tau nak pilih ni... Hurmm~~ Cik kaseh ada idea... Cik kaseh nak bagi award ni kepada semua gadis2 bloger yang rasa dirinya cantik!!! terutama sekali yang selalu datang singgah kat teratak Penjerit yang sunyi ni... (^0^)v

Kepada gadis2 bloger di luar sana... jangan lupa ambil award ni k...


3) yang ni takyah kot... sebab orang yang baca entry ni n rasa dirinya orang yg Cik kaseh maksudnya secara automatik telah menerima award ni...


4) 7 things about me ?

~ degil, keras kepala
~ imaginasi tahap luar alam...
 ~Kaseh+Green Mafia@Fiona Lime = jiwa kelajuan!!!










~Kipas susah mati Nishikido Ryo & SuJu






~Layan Jdorama... but not Kdrama... <-- tipu... ada jugak Kdrama yang saya layan... tp tak banyaklah.
~Penulis tegar... tapi bukan pembaca tegar
~impian... nak melancong ke Korea n Jepun...

Thursday, March 25, 2010

Cik kaseh Nak Lepas Geram Sikit Je...

Boys and Men...
are stupid!!!!
like B%^&*t&*o

Okey... Kaseh...
bersabar ya...
Ini adalah dugaan. Tuhan nak uji sekuat mana kita menghadapi ujianNya.

Mungkin saya dah tersalah kenal orang...
tak mengapalah kalau mereka nak anggap macam tu pada saya

Dia tak kenal siapa Kaseh yang sebenarnya...
bukan senang nak jadi baik... 
dan tak susah untuk jadi jahat...
pertimbangkanlah mana yang terbaik...


 dia kata saya playgirl? ... My god! kalau kawan2 n family saya tahu mesti diorang gelak guling2... Cik kaseh yang alergi ngan lelaki ni dipanggil playgirl?
Dia kata saya ni suka promote diri n bagi no. hp pada lelaki?... <-- wow! it's dat me?? sila check contact list dalam my Narsha(hp)... boleh kira dengan jari je no. kawan lelaki...
Cik Kaseh seorang girl yang terhegeh2 dengan lelaki yang dia suka... <-- Peh! statement bikin gua panas~~
kau ni macam perigi cari timba!... <-- Erk!

Bila kita beramah mesra dengan semua orang... ada yang cakap belakang, kononnya saya ni bajet cun... mentang2 ku sorang je yang masih single di office...

Bila ku buat sombong n tegur bila perlu saja... pun ada jugak yang cakap belakang, kononnya aku ni mcm bagus... sombong tak bertempat...

Pulak... habis tu... ku nak wat macam mana?
Aiyoo~~

mereka cakap, perempuan ni complicated...
sebenarnya lelaki lagi complicated!!!

What should I do?
juz kembali pada moto hiduplah...

IF YOU THINK SOMETHING IT'S RIGHT
JUST BECAUSE EVERYONE ELSE BELIEVE IT
,... YOU'RE NOT THINKING.

I know who am I better then everyone else 


p/s : jangan menilai buku kerana kulitnya...