Bab14
CAMIE
termenung merenung muka Hunnypink, telefon pintarnya yang sedang menayangkan
sebuah video yang dirakamnya sendiri. Dia sedang teragak-agak untuk mengambil
satu keputusan. Kata-kata yang dilemparkan oleh Leah semalam terus berbekas di
hatinya sehingga sekarang. Dia tidak mampu mengalahkan Leah sampai bila-bila.
Itu kata Leah tapi dia berazam untuk mengubah situasi itu.
Dia
masih lagi seorang gadis yang penakut dan tidak mempunyai keyakinan diri yang
tinggi seperti dahulu. Dia cuma berpura-pura berani di hadapan orang tapi
hakikatnya dia tidak pernah menang setiap kali dibuli oleh Leah. Dia tahu
kelemahannya selama ini. Namun dia tidak pernah cuba dengan bersungguh-sungguh
untuk mengatasinya.
Video
yang baru dirakamnya ini adalah permulaan baginya untuk meningkatkan keyakinan
diri dengan menampilkan kebolehannya dalam sesuatu kemahiran… mungkin.
Sebenarnya dia tidak pasti dan masih teragak-agak untuk memuat naik video
tersebut ke laman You Tube.
Ketika
dia sedang dalam pertimbangan untuk memuat naik atau tidak video tersebut
tiba-tiba seseorang muncul dari belakangnya dan merampas Hunnypink dari
tangannya. Serta merta Camie menoleh ke belakang dalam keadaan yang terkejut.
Jay sedang tersenyum sinis sambil menunjukkan telefon milik Camie yang berjaya
dirampasnya secara senyap tadi.
“Jay…”
mata Camie terbelalak memandang sesusuk tubuh yang sekali lagi muncul di
hadapannya secara mengejut. Dahinya berkerut kerisauan sambil anak matanya
memicing tepat pada Hunnypink di tangan Jay. “Pulangkan handset aku.” Camie menadah tapak tangan dengan harapan Jay mudah
dipujuk.
“Tidak…
selagi aku belum tengok video apa yang kau tonton dengan khusyuk tadi.” Jay
mula bertindak dengan menyentuh skrin sesentuh telefon pintar berwarna merah
jambu itu.
“Jangan!”
Camie bertindak drastik dengan menerpa tangan Jay yang cuba hendak memainkan
video tersebut. Namun Jay lebih cekap dengan mengangkat tangannya setinggi
mungkin. Camie takkan berjaya mencapai Hunnypink dengan ketinggiannya
memandangkan ketinggian Jay sahaja sudah hampir mencecah 180cm.
“Jay,
pulangkan barang aku.” Camie terlompat-lompat cuba mendapatkan telefonnya yang
diangkat tinggi oleh Jay. Puas dia merayu namun tidak dipedulikan Jay. Malah
pemuda itu lebih galak mengusik Camie yang tidak mampu mencapai ketinggiannya
untuk merampas semula Hunnypink kesayangannya.
Jay
mendapat peluang yang berharga untuk menonton video tersebut setelah berjaya
menjarakkan kedudukannya dari Camie.
“Jay,
jangan. Please, jangan tengok.” Suara
Camie merayu-rayu pada Jay.
Sikap
Camie hanya menambahkan lagi rasa ingin tahu Jay lantas tanpa teragak-agak dia
terus menyentuh butang play untuk
menonton video tersebut. Camie hanya mampu pasrah setelah video tersebut
berjaya ditonton oleh Jay.
“Apa
ni? Kau buat parody Gwiyomi.”
Kedengaran tawa Jay menyusul selepas itu sambil bergembira menonton video
tersebut.
Bibir
Camie menjuih ke hadapan sebelum kembali mengambil tempat duduknya kembali. Ekor
matanya menjeling Jay yang sedang tersengih-sengih menonton video tersebut.
Camie berasa malu melihat sengihan Jay yang seolah-olah sedang mengejeknya itu
lantas dia menundukkan wajahnya sambil menarik sebahagian rambutnya menutupi
sebahagian wajahnya… menyesal sungguh! Aku tak patut buat video yang memalukan
macam tu… Kalau bukan kerana perangai Leah yang menyakitkan hati tu sepatutnya
aku tak fikirkan cara yang bodoh begini untuk bersaing dengannya dari segi
populariti.
Jay
mengambil tempat di hadapan Camie sebaik dia habis menonton video Gwiyomi versi
Camie. Sengihannya masih belum lekang dari bibir. Hunnypink masih ada dalam
tangannya. Sementara itu Salamander yang terselit di poket seluarnya dikeluarkan.
Dia menyentuh-nyentuh skrin kedua-dua telefon pintar tersebut sambil
diperhatikan oleh Camie.
“Kau
nak buat apa tu?” soal Camie agak curiga.
“Bluetooth.” Panjang senyuman Jay. Masih
belum lekang sejak dia menonton video Camie sejak tadi.
“No way! Kau tak boleh buat macam tu.
Malulah aku!” Tangan Camie pantas cuba menghalang tindakan Jay.
“Kenapa
pula tak boleh? Aku nak juga.” Ternyata Jay lebih bijak mengelak tangan Camie
yang pantas bak ular tedung mahu mematuk mangsanya.
“Janganlah.
Kenapa yang kau nak sangat ambil video yang buruk tu?”
“Buruk
ke? Mana ada. Comellah.”
Camie
terkesima merenung wajah Jay yang tersenyum suka sambil mengulang tayang video
tersebut.
“Kau
comel… dan video ni adalah Parody Gwiyomi
paling comel pernah aku tonton.”
Untuk
tiga saat Camie cuba memproses ayat yang baru termuntah dari mulut Jay.
“Akira shock!!!” spontan Camie membuat
gaya ala Akira dalam Nobuta Wo Produce.
Dan
spontan dengan itu juga Jay memuntahkan tawanya lagi. Dia cukup terhibur dengan
sikap kalut Camie yang kadang-kadang nampak comel dan kelakar.
“Seriously? Kau tak pernah puji aku comel
pun selama ini.” Dia cuma ingat panggilan ‘Si Hodoh’ adalah nama yang paling
popular pernah dia terima sebelum ini. Panggilan itu bermula dari Dew sendiri
dan kemudiannya melarat kepada semua orang. Termasuklah Leah, semua pelajar
memberikan jolokan Si Hodoh kepadanya dan sehingga sekarang Leah masih lagi
memanggilnya ‘Si Hodoh’. Hal ini secara tidak langsung telah menyebabkan Camie
percaya yang dia memang tidak cantik.
“Sebelum
ini? Apa maksud kau? kita baru sempat berbual semalam dan hari ini sahaja tau.”
“Oh,
sorry. Maksud aku, kau orang pertama
yang puji macam tu pada aku.” Camie terlupa yang dia sedang berhadapan dengan
Jay dan bukan Dew.
Ooo…
Jay mengangguk. Dia memulangkan kembali Hunnypink kepada Camie.
“Terima
kasih.” …kerana kau menjadi tidak terlalu ego untuk memuji setelah kau hilang
ingatan.
“Terima
kasih? Aku yang sepatutnya berterima kasih pada kau lah. Terima kasih sebab share video comel kau tu dengan aku.”
Camie
terkesima dan kehilangan kata-kata. Pemuda di hadapannya itu benar-benar telah
berubah. Tidak pernah ada perkataan ‘terima kasih’ dalam kamus hidup Dew selama
ini dan kini tiba-tiba lelaki yang semakin selesa dengan gelaran Jay itu sedang
berterima kasih kepadanya sambil memujinya comel. Sikap Jay membuatkan Camie
hampir terbang ke awang-awangan. Namun tiba-tiba anganannya tersentak diganggu
oleh kelibat The Queen Of Pirate.
Leah
muncul di pintu kafeteria yang bertentangan dengan Camie. Jay yang sedang duduk
berhadapan dengannya tidak nampak Leah yang sedang melilau-lilau mencari
kelibat seseorang di belakangnya. Pastinya dia sedang menjejaki Jay.
“Camie,
kau ada nampak Leah tak pagi ini?”
Soalan
Jay membawa kembali Camie pada perbualannya dengan pemuda itu tadi.
“Leah?
Kau cari dia?”
Jay
mengangguk. Kaca mata yang hampir melurut di hidung dibetulkan kembali di
wajah. Dia merenung tepat ke wajah kacukan di hadapannya.
“Aku…
tak. Tak nampak kelibat dia lagi pagi ini.” Dia berbohong. Padahal waktu ini
renungan tajam Leah sedang menikam ke arahnya dari jarak jauh tanpa pengetahuan
Jay. Camie cuak tapi buat-buat selamba di hadapan Jay. Risau juga dia jika
gagal mengawal air mukanya yang risau lantas berjaya dikesan Jay.
“Kau,
okey?” tiba-tiba Jay melontarkan pertanyaan. Sahlah dia mengesan perubahan air
muka Camie.
“Hah?
Okey. Aku okey. Hmm… kenapa kau cari Leah?”
Dahi
Jay berkerut sambil bibirnya meleretkan senyuman sederhana. Seolah-olah cuba
tidak mahu mengulang sekali lagi kenyataan tentang dirinya terhadap Leah.
“Hmm…
mungkin aku patut cari Leah di tempat lain. Jumpa lagi, Camie.” Jay bangkit dari
kerusi lantas mengatur langkah untuk beredar.
Kelibat
Leah sudah hilang dari pandangan Camie. Dia berasa lega untuk sementara waktu
dan berharap Leah tidak kembali kepadanya disebabkan tindakannya cuba mendekati
Jay tadi. Separuh dari jiwanya masih lemah untuk menjadi lebih berani. Leah
tidak pernah gagal melepaskan auranya yang menakutkan walaupun hanya melalui pandangan
matanya sahaja.
Sebaik
kelibat Jay menghilang kelibat Leah kembali muncul dari belakang Camie sambil
menatang dulang berisi sepotong sandwich dan sekotak susu berperisa kopi. Dia
sengaja muncul kembali setelah Jay beredar semata-mata mahu menyapa mesra
‘sahabat-sehidup-semati’nya itu. Dulang berisi sarapan pagi sengaja diletakkan
sedikit kuat untuk menarik perhatian Camie yang belum sedar dengan
kemunculannya.
Bahu
Camie sedikit terangkat akibat terkejut. Kepalanya menoleh ke sebelah kiri dan
dia terkesima melihat Leah yang sedang mengambil tempat duduk di sebelahnya
untuk bersarapan pagi di situ.
“Morning, Camie,” ucap Leah dengan senyuman
penuh makna di wajahnya. Senyuman yang nampak manis tapi sebenarnya sedang
melepaskan aura yang menakutkan Camie.
Aku
tak takut pada Leah. Aku takkan takut pada The
Queen Of Pirate lagi. Aku berani. Aku lebih berani dari sesiapa yang berani
dalam dunia ini. Aku takkan tunduk pada perempuan yang cuba nak menghancurkan
hidup Dew! Jeritnya di dalam hati.
“Well… morning, Queen Of Pirate.” Camie
tidak senyum. Sekadar melontarkan jelingan dengan wajah yang serius. Jantungnya
terasa berdegup kencang namun air mukanya tetap dikawal agar tidak menampakkan
yang dia sedang gementar berhadapan dengan Leah kini.
“Oh,
sweet! Kau sedang panggil aku dengan
nama yang sangat indah.” Leah langsung tidak marah walaupun gelaran tersebut
tidak pernah disukainya sejak dari dahulu lagi. Malah senyumannya lebih lebar
dari sebelumnya. Dia mencapai kotak minumannya. Straw dicucuk pada lubang kotak
susu kopi sebelum airnya disedut perlahan-lahan. Ekor matanya menjeling Camie
yang serius memandang reaksinya kini. Barangkali gadis itu sedang
berdebar-debar menanti jikalau dia akan mengamuk sebentar lagi disebabkan Jay
tadi.
“Kalau
kau nak halang aku dari berkawan dengan Jay, baik lupakan sahaja, Leah. Aku
takkan putus asa untuk pulihkan ingatan dia. Jadi aku tak pedulilah dengan
hubungan korang berdua sekarang sebab aku tahu akhirnya nanti dia akan kembali
pada aku juga.”
Leah
yang sedang mengunyah sandwich berintikan salad dan tuna itu tertawa
mendengarkan kata-kata Camie.
“Kau
sedang persendakan kata-kata aku kan, Leah.” Camie sangat faham makna tawa
sinis Leah itu.
“Tidak.
Aku cuma happy.”
“Happy? Untuk apa?” Camie kepelikan.
“Happy sebab selepas setahun aku protect Dew… I mean Jay.” Dia sempat membetulkan panggilannya. Baginya Dew
memang sudah hilang dari jasadnya setelah dia hilang ingatan dan menggunakan
nama Jay sebagai pengenalan diri. “…selama ini aku protect Jay tanpa pengetahuan sesiapa dan akhirnya dah ada orang
yang nak take over tugas aku. Welcome to the club, Camie. Semoga kau
boleh buat lebih baik dari aku untuk lindungi Jay dari sebarang ancaman musuh!”
“Apa
maksud kau, Leah?”
“Kau
nak sangat ingatan Jay pulih kan. Well…
good luck, babe,” ucapnya sambil melemparkan senyuman sarkastik sebelum
bangkit meninggalkan Camie. Sandwich yang sekeping itu tidak dihabiskan tetapi susu
kopi yang masih berbaki diambil. Kakinya diatur untuk beredar dari kafeteria
tersebut.
Camie
tertanya-tanya akan maksud disebalik kata-kata Leah. Dia tidak tahu apa yang
sedang dirancang oleh Leah. Selama setahun Leah menyembunyikan identiti sebenar
Dew dan kini gadis itu seolah-olah membiarkannya menjadi penghalang dalam
percintaan palsunya bersama dengan Jay. Camie keliru dengan sikap Leah yang
menyembunyikan sesuatu darinya selama ini.
Bersambung lagilah...
2 comments:
Xphm dgn sikap leah nie..sapa sbnarnya msuh dew?
harap leah de motif yg baik..
Post a Comment