Bab8
JAY
baru sahaja keluar dari bilik air selepas selesai mandi. Kedengaran bunyi orang
sedang menyediakan masakan di dapur. Jay tersenyum. Leah masih setia
menemaninya di rumah itu. Dia berjalan menuju ke ruang tamu sebaik mengenakan
pakaiannya.
Aroma
masakan Leah terbang dan berjaya menangkap hidungnya. Aroma yang digemari oleh
Jay setiap kali Leah berkunjung ke rumahnya. Jay tersenyum lebar sambil
menjeling ke arah dapur. Dia nampak kelibat Leah sedang khusyuk memotong
sesuatu di meja dapur. Gadis itu mengangkat kepala lantas melemparkan jelingan
manja sebaik mengesan renungan Jay terhadapnya dari arah ruang tamu. Untuk
seketika mereka berinteraksi melalui bahasa tubuh. Leah memberi amaran agar Jay
jangan cuba masuk ke dapur ketika dia sedang bekerja dan Jay akur dengan arahan
tersebut lalu menuju ke ruang tamu. Melemparkan tubuhnya di atas sofa.
Dia
mencapai Salamander, telefon pintarnya di atas meja kopi. Playlist dibuka.
Matanya bergerak meneliti setiap lagu yang terdapat dalam gadjet serbaboleh
itu. Dan akhirnya dia memilih VAMPS, sebuah band muzik yang terkenal dari Asia
Timur. Volume dikuatkan dan sebentar
kemudian rumah itu bergema dengan himpunan lagu-lagu dari VAMPS. Lagu pertama
yang berkumandang ialah Devil Side.
Leah
dari ruang dapur tersenyum penuh makna sambil menjeling ke arah Jay yang sedang
berbaring di sofa di ruang tamu. “This is
your theme song, darling…” dia tersenyum sinis ke arah lelaki itu.
Kebenaran kadangkala sukar disembunyikan biarpun dia tidak tahu siapa dirinya
yang sebenar. Leah masih merenung ke arah pemuda itu yang pernah terkenal
dengan jolokan The Devil suatu masa dahulu.
“Berapa
lama kau kenal aku sebelum kau jumpa aku dalam keadaan sekarang?” Jay menyoal
Leah sebaik menyedari gadis itu sedang berjalan menuju ke meja makan untuk
meletakkan hidangannya yang baru siap.
Leah
tidak terus menjawab soalan tersebut. Dia nampak Jay sedang memegang diary
Jeremy di ruang tamu.
“Lebih
kurang lima tahun.”
Jay
mengangguk. Matanya masih tertumpu pada diary tersebut. “Jadi aku dah kenal kau
sewaktu aku tulis diari ini. Kenapa aku tak pernah tulis tentang kau dalam buku
ni?”
“Mungkin
aku adalah orang yang kau benci sebelum ini,” jawab Leah.
“Hmm…”
Jay mencebirkan bibirnya kepada Leah. Tidak percaya.
Leah
mengeluh perlahan ketika membelakangi Jay. Kalaulah dia mampu berterus terang,
dia adalah perempuan yang suka mengambil kesempatan terhadap kelemahan orang
lain dan dia selalu mencari pasal dengan Jay sebelum ini. Mereka berdua hanya
akan berbaik apabila mahu membuli orang sahaja.
“Kau
kenal keluarga aku? Bagaimana hubungan aku dengan mereka?”
Sekali
lagi Leah terdiam. Jawapan bagaimana sepatutnya sesuai untuk diberikan kepada
Jay saat ini? dan akhirnya…
“Boleh
kita skip soalan ini?”
“Tak.
Aku nak tahu.”
Leah
mengetap bibir sambil memandang Jay yang sedang merenung penuh harapan
terhadapnya. Kepala otaknya serta merta merakam beberapa nama penting dalam
hidup Jay atau Dew sebelum ini. Madam Juwiette, Tuan Ramelo dan Tok Pinatto
atau lebih dikenali sebagai Lelaki Tuan Kedai. Namun jika hendak diikutkan
sepatutnya mereka bukan keluarga kandung Jay. Leah tahu sebahagian daripada
diri Jay memang ada dalam diari Jeremy.
“Leah,
kau tahu sesuatu kan?”
“Honestly… aku tak nak kau rasa sedih
tapi sebenarnya hubungan kau dengan keluarga kau tidak begitu baik.”
Dahi
Jay kelihatan berkerut. “Tapi kenapa dalam diari ni hubungan kami sangat erat
dan keluarga aku sangat mengambil berat terhadap aku. Mereka terlalu menjaga
aku. Terutama sekali Rosally. Dia protect
aku dari banyak segi… atau adakah dia seorang kakak yang suka control hidup aku?”
Leah
meninggalkan Jay dengan satu lirikan penuh makna… bila kau akan sedar yang
sebenarnya diary itu bukan diri kau, Jay…? maksud aku Dew, itu bukan kau. Itu
Jeremy. Jeremy, kembar kau yang dah lama mati. Jeremy tulis diary tersebut
sebelum dia mengetahui kau ialah kembarnya. Bermakna kau belum wujud dalam
sejarah hidupnya waktu tu… dan nama aku tiada dalam diari tersebut kerana
Jeremy tak pernah kenal siapa aku. Kau takkan tahu kebenaran ini jika kau hanya
mahu percaya pada apa yang kau mahu percaya. Aku takkan begitu bodoh untuk
mendedahkan perkara sebenar kerana aku memang tak mahu kau ingat siapa diri kau
sebenarnya. Tentang Camie dan keluarga kandung kau termasuk Rosally… aku tak
mahu ambil peduli. Aku cuma peduli tentang diri kau seorang sahaja.
“Leah…”
Jay mengekori Leah ke dapur.
“Kalau
kau nak jumpa dengan family kau,
katakan sahaja Jay.” Leah mencapai dua gelas kosong dan satu jag air sebelum
kembali ke ruang makan. Jay tetap mengekorinya. “Kau tahu kan selama ini aku
buat semuanya atas kehendak dan permintaan kau. Kalau kau dah sedia untuk
berjumpa semula dengan keluarga kau, aku akan bantu. Aku akan bawa kau berjumpa
dengan mereka.” …mari berpura-pura menjadi baik. Itulah Leah Dianza Mikeilson.
“Sejujurnya
aku nak jumpa mereka tapi bolehkah aku percaya pada mereka?” wajahnya beriak
gusar. Ada sesuatu yang membelenggu perasaannya. “Kau sendiri tahu bagaimana
keadaan aku sewaktu kau jumpa aku dahulu. Aku dapat rasa ada musuh di luar sana
sedang mengejar aku. Aku tak nak tanggung risiko untuk bertemu dengan orang
yang aku tak ingat siapa mereka. Bagaimana kalau musuh aku ada dalam kalangan
mereka?”
“Jadi
bagaimana pula dengan aku? Kau percaya yang aku tak pernah tipu kau selama ini?
Kau tak ada apa-apa memori tentang aku dan bagaimana kau percaya yang kita dah
lama berkawan.” Leah sengaja menduga Jay. Dia mahu lihat sejauh mana lelaki itu
menerima dirinya dalam hidupnya.
Jay
terkesima. Anak matanya tepat merenung wajah Leah yang sedang tersenyum sinis
kepadanya. Perlahan-lahan dia menarik kerusi lantas duduk di sebelah meja. Leah
mengikut perbuatannya dengan duduk di sebelah Jay. Dia masih menunggu jawapan
balas dari mulut Jay.
“Entah…
aku tak tahu, Leah.” Dia tidak memandang Leah. Hanya tertunduk merenung meja.
“Kali pertama kau muncul, kau berjaya buat aku bertenang. Kau layan aku macam
seorang teman rapat. Kau peluk aku sewaktu aku ketakutan. Kau usap air mata aku
dan pujuk aku sewaktu aku kesedihan. Kau buat aku rasa selesa setiap waktu jadi
mungkin sebab itu aku percayakan kau.”
Leah
tergamam mendengar jawapan Jay. Jika benar apa yang Jay katakan mengapa dia
tidak sedar akan tindakannya terhadap Jay selama ini? Adakah ianya berlaku
secara spontan setiap waktu? Dia selalu cuba menguji perasaan Jay terhadapnya
dan kini perasaannya sendiri yang hampir teruji. Mampukah dia menepis
perasaannya terhadap Jay walaupun bukan itu kehendaknya? Oh, dia benci kerana
pernah menyukai Dew, dan kini Jay pula!
“Aku
nak ambil sos sekejap. Lepas ni kita boleh makan, ya.” Leah bangun dan bergegas
ke dapur. Nampaknya dia cuba mengelak untuk memanjangkan perbincangan tersebut.
Ketika
Leah meninggalkan meja makan, telefon pintar Leah berbunyi di atas meja makan.
Jay mengambilnya untuk melihat panggilan tersebut daripada siapa. Biasanya jika
ia dari kalangan keluarga Leah, Jay berani menjawabnya.
“Tom
Cruise?” dahi Jay berkerut melihat nama tersebut. Telefon masih bergetar di
tangannya. Dia menjeling ke arah dapur. Kelibat Leah tiada. Barangkali ke bilik
air. Jay mengambil keputusan untuk menjawab sahaja panggilan tersebut.
“Hello…
Leah’s phone…”
Senyap…
“Hello…”
Tetap
senyap biarpun sudah beberapa kali Jay menyapanya.
“Hei,
siapa kau ni? Aku beri amaran, jangan cuba ganggu girlfriend aku!”
Tuuttt…
talian diputuskan oleh si pemanggil.
“Jay,
apa kau buat?” Leah muncul lantas merampas semula telefonnya dari tangan Jay.
Wajahnya merona merah menahan marah apabila mendapati Jay menjawab panggilan
peribadinya. “Siapa benarkan kau jawab panggilan aku?”
“Leah,
aku…”
“Kau
ingat kau siapa? Kenapa kau cakap macam tu? Sejak bila aku ni kekasih kau.”
Leah meradang. Tiba-tiba naik angin disebabkan panggilan tersebut yang telah
dijawab oleh Jay dengan cara yang salah.
“Siapa
Tom Cruise?”
“None of your business.”
“Baik
kau mengaku sebelum tapak tangan aku sampai ke muka kau.” suaranya mula dingin.
Api kemarahannya cuba dikawal walaupun sebenarnya saat ini jiwanya dirasuk oleh
api cemburu yang sangat kuat.
“What? Sekarang kau dah pandai nak main
sepak terajang dengan aku pula?”
“Leah,
siapa Tom Cruise? Please… jangan buat
aku salah faham.”
“Bukan
sesiapa dalam hidup aku.”
“Aku
tak percaya. Kalau bukan sesiapa kenapa kau save
nombor dia dalam handphone kau? dan kenapa ‘Tom Cruise’?”
“Wait… wait… wait… sekarang ni apa
masalah kau dengan ‘Tom Cruise’? please
don’t tell me that you’re jealous.”
“Yes, I do.”
Leah
tertawa serta merta mendengarkan kata-kata Jay yang serius. “Biar aku beritahu
kau satu perkara. Di luar sana, terutama sekali di kolej aku… berderet lelaki
tengah cari peluang untuk memikat aku. Kalau kau tersalah langkah walau
sedikitpun, aku takkan teragak-agak untuk pergi kepada mereka.”
Jay
tersenyum sinis. Setiap perkataan Leah ada maknanya yang tersendiri. Dia tahu
kalau itu jalan untuk gadis itu mendesaknya bersetuju untuk masuk ke kolejnya.
“You make me sick!”
Leah sekadar meleretkan senyuman nakal. Melihat
kemarahan Jay kali membuatkannya berasa gembira kerana ada api cemburu dalam
amarah Jay terhadapnya. Dia bangga melihat perkembangan tersebut. Setelah
sekian lama dia menyukai lelaki tersebut baru sekarang dia tahu apa itu cinta
disebalik cemburu yang terpendam.Bersambung lagi.... =)
No comments:
Post a Comment