Kawan2 yg saya Sayang

Friday, July 19, 2013

AITDS the sequel :- THE WITCH THAT I LOVE (bab3)

Bab3
“DEW… mati hidup balik pun aku tetap akan jejaki kau.” Camily Miyazaki Martinez merenung sekeping gambar di dalam jurnalnya. Perasaannya yang kuat terhadap lelaki dalam gambar tersebut menyebabkannya sanggup melakukan apa sahaja untuk membuktikan pemuda yang ditemuinya di kedai serbaneka itu adalah Dew.
Gambar terakhir itu diambil ketika mereka di tahun akhir sekolah menengah. Mereka kelihatan muda remaja dengan pakaian seragam sekolah. Dia suka menyanggul rambut panjangnya di kiri kanan kepala waktu itu. Dew yang berwajah dingin itu hanya meleretkan sedikit senyumannya. Ekor matanya sempat mengerling ke arah Camie. Rambutnya yang hitam itu agak panjang dan sekadar dihighlight  dengan sedikit warna perang di hujungnya. Muka memang nak gaya taiko sepanjang zaman. Gaya itu memang berbeza dengan lelaki yang diintipnya di Plane Mart tadi.
“Tapi gaya boleh berubah. Aku mesti cari satu tanda yang boleh membuktikan itu ialah Dew.”

*******

Tap! Tap! Tap!
Jari-jemarinya sedang melompat-lompat mengetuk permukaan meja mengikut rentak ketukan drum yang sedang berdentum memenuhi ruang telinganya yang tertutup dengan head phone. Sesekali kepalanya turut bergerak menghayati muzik yang menguasai pendengarannya. Dentuman drum kini bergabung dengan alunan gitar bass lalu mewujudkan intro yang bertenaga. Beberapa saat kemudian petikan gitar elektrik masuk mengambil bahagian untuk melengkapkan lagu. Ketiga-tiga instrument itu bergabung lalu melengkapkan sebuah bahasa yang dikenali sebagai muzik.
Jay berhenti mengetuk permukaan meja. Gitar elektrik yang merupakan nadi sesebuah muzik bergenre rock itu tiba-tiba mengujakan perasaannya. Tangannya mula dirapatkan ke dada sambil jari jemarinya bergerak-gerak seolah-olah sedang memetik gitar. Matanya dipejam. Air mukanya nampak serius seolah-olah sedang menghafal not muzik melalui pergerakan jari-jemarinya. Jiwanya sedang hanyut dalam alunan irama keras muzik rock tersebut.
“Jay!”
Dia masih terus dalam dunia muzik yang hanya difahami dirinya sendiri.
“JAYY!!!” lelaki bersuara nyaring itu menjerit dengan lebih kuat. Nadanya lebih keras dari biasa. Nampak gayanya dia sangat marah dengan sikap pekerjanya itu.
Jay menoleh apabila terasa ada pandangan membunuh sedang menikamnya dari belakang. “Ya, En. Tom panggil saya?” sebenarnya dia memang tidak mendengar panggilan supervisornya itu walaupun Tom menjerit bagai sudah hendak tercabut anak tekak.
“Taklah. Saya panggil dinding ni.” Tom menyindir dengan air muka yang berapi-api memandang Jay. “Dinding, oh dinding… kau faham bahasa tak yang aku ni dah penat dan nak tutup kedai ni sekarang!”
Jay faham tapi buat-buat tak peduli dengan bebelan lelaki donut itu. Head phone yang menutup cuping telinganya tadi sudah ditanggalkan dan hanya disangkutkan pada lehernya. Jay bangkit dari tempat duduk lantas mengatur langkah untuk beredar. Bosan mendengar bebelan Tom.
“Aku suruh kau mop lantai yang kau pergi melepak kat stor sambil berangan nak jadi ahli muzik tu siapa suruh?” Tom masih belum puas rupanya. Cerlingan matanya tajam menikam Jay, cuba hendak menunjukkan kuasanya terhadap orang bawahannya. Namun Jay tetap dengan perangai selamba buat tidak peduli.
Hampir setiap hari berbakul-bakul herdikan lelaki itu lemparkan kepadanya namun dia tetap tidak sedikitpun tersentap dengan sikap Tom. Dia tetap setia dengan dunianya sendiri. Bukan dia tiada rasa dengan setiap kata-kata Tom namun dia sengaja mengabaikan sikap semulajadi Tom yang suka marah-marah itu. Baginya selagi Tom tidak bersikap keterlaluan dia tiada masalah untuk menadah telinga mendengar syarahan lelaki itu setiap hari. Asalkan gajinya dibayar pada setiap bulan tanpa dipotong.
“En. Tom, semua kerja saya dah siapkan. Lantai pun dah siap mop. Saya balik dahulu ya.”
Tom yang baru selesai menutup akaun di meja kaunter mendongakkan wajah ke arah suara Jay.
“Baiklah. Terima kasih untuk hari ini,” balas lelaki itu. Nadanya mendatar sahaja memandangkan tiada motif dia hendak marah ketika itu.
Jay segera cabut lari setelah mendapat kebenaran ketuanya. Kakinya dihayun pantas menuju ke perhentian bas yang terletak beberapa meter dari kedai serbaneka Plane Mart. Air mukanya kelihatan girang. Seperti ada sesuatu yang sedang menantinya untuk pulang ke rumah.
Head phone kembali disangkut di kepala dan menutup cuping telinganya. Petikan nyaring gitar elektrik yang dimainkan oleh Slash sedang melagukan The Godfather Theme. Jay mengambil tempat duduk di perhentian bas. Kedua belah tangannya disilangkan ke hadapan. Tiba-tiba tengkuknya terasa meremang. Sejuk. Kakinya mula bergerak-gerak setempat sambil ekor matanya memicing ke jalan raya cuba mencari kelibat bas yang dinantikannya. Jari jemarinya diramas-ramas. Tiba-tiba terasa gatal. Dia kelihatan begitu resah. Tidak sabar hendak pulang untuk menemui buah hati kesayangannya. “Fenderina…”
Petikan gitar elektrik persembahan solo Slash sudah selesai. Kini berganti pula dengan lagu Adult Suits oleh One Ok Rock. Jay tersenyum apabila kelibat bas yang dinanti-nantikan akhirnya muncul.
“Can you hear me when I cry in desperation...? Nothing comes along with my expectation… how much pain and ache you’re feeling… breathing…? I gotta change this situation…”

*****************

“TAK mungkin. Ini langsung tak logik.” Camie sedang mengintip sesuatu dari beranda rumah seorang temannya menggunakan sebuah binokular. Sejak dari siang tadi lagi dia mengekori lelaki itu. Kebetulan dia terserempak dengan Shin ketika sedang mengintip Jay. Shin ialah teman sekuliahnya di kolej. Mereka tidaklah terlalu rapat namun hubungan mereka agak baik memandangkan Shin pernah menjadi teman sekumpulannya ketika menyiapkan sebuah projek tugasan kuliah sebelum ini.
“Apa yang tak logik?” Shin menyampuk dari belakang. Dia berdiri di antara pintu gelongsor di beranda di bahagian anjung rumahnya itu.
Camie menoleh ke belakang sambil meletakkan hujung jarinya ke hadapan mulut, menyuruh Shin senyap. Pemuda itu garu kepala yang tidak gatal. Memikirkan dimana silapnya menegur Camie ketika itu. Lantas pandangannya ditalakan ke hadapan. Di hadapannya itu ada sebuah lagi bangunan apartment yang sama seperti rumahnya. Di pertengahan malam begini kelihatan sebahagian rumah sudah gelap. Ada beberapa buah rumah sahaja yang masih terang benderang. Ekor mata Shin kembali menjeling Camie, mahu memastikan rumah yang mana satu yang sedang menjadi sasaran Camie.
Pandangan mata Shin kembali ditalakan ke arah titik pandangan Camie. Dia tersenyum memandang ke arah salah sebuah beranda rumah di tingkat sepuluh, setingkat lebih rendah dari apartment kediamannya. Ada seorang lelaki berkaca mata yang hanya berseluar jeans sedang memetik gitar elektrik. Gaya kacamata dah hampir nak macam budak nerd… tapi tak jadi. Memang tak rupa budak nerd kalau gaya menggoreng gitar elektrik tu dah mengalahkan otai rockers. Tubuhnya yang tidak berbaju kelihatan kurus tetapi tegap menampakkan otot di bahagian perutnya. Mantap! Selalu angkat barang berat agaknya kerja lelaki ni. Sehelai tuala kecil tersangkut di atas kepalanya yang kelihatan basah. Tentu dia baru lepas mandi barangkali.
Bunyi gitar itu membingit nyaring sebaik jari-jemari lelaki itu menyentuh tali-tali gitar. Ia langsung tidak sama seperti gitar akustik yang bunyinya sebiji-sebiji setiap kali dipetik. Shin cuba menangkap lagu apakah yang sedang dimainkan oleh pemuda tersebut… macam pernah dengar. Lagu yang sangat biasa menjadi makanan telinganya selama ini…
“Ahhh… Land Of Roses… Black Sakura In The Desert… awesome!” Shin tiba-tiba teruja.
Camie berkerut dahi mengerling ke arah Shin yang tiba-tiba separuh menjerit di sebelahnya. Teruja ala-ala fan girl kpop boyband pula. Cheh!
Who is that?” soal Camie merujuk pada nama kumpulan dan tajuk lagu yang disebut oleh Shin.
Music band. Maybe kau tak pernah kenal jika tidak meminati muzik rock.”
Camie blur. Memanglah dia zero knowledge kalau bab muzik rock. Pendek kata kalau lelaki itu tersalah memetik cord muzik pun dia bukannya tahu. Namun itu semua tidak penting baginya. Dia cuma pelik bila melihat Dew yang sedang beraksi dengan gitarnya di beranda rumahnya tanpa peduli jika bunyi bising gitarnya itu bakal menyebabkan jiran tetangganya mengamuk di malam hari.
Land Of Roses bakal menjadi lagenda muzik rock suatu hari nanti. Mereka sangat hebat dan sesiapa yang dapat memainkan lagu-lagu mereka juga merupakan seorang yang hebat kerana bukan calang-calang pemuzik boleh memainkan not-not muzik Kuro-san yang rumit. Lebih-lebih lagi lagu Black Sakura In The Desert yang dimainkan oleh lelaki itu.” Shin sempat memberi sedikit ulasan sebagai info pengetahuan untuk Camie. Namun sepatah haram pun Camie tak dapat menangkapnya. Dia cuma tahu yang rock adalah spesies muzik yang bukan pilihan telinganya.
Tiba-tiba bunyi petikan gitar Jay membingit seolah-olah telah melencong dari landasan cord lagunya. Serta merta Shin dan Camie menekup telinga masing-masing. “Erghh… terbaik punya sumbang!”
Camie tersengih tanpa sengaja disebabkan kesumbangan yang dicipta oleh Jay. Shin pula membalas sengihan Camie dengan seulas senyuman yang kecewa. Apadaa… baru saja puji, tiba-tiba spoiled pula.
“Ya… dia bermain dengan sangat baik.” Camie seolah-olah menyindir biarpun air mukanya nampak tulus memuji pemuda tersebut.
Jay masih meneruskan petikan gitarnya yang berjaya dikawal semula untuk kembali ke landasannya. Camie dan Shin menarik tapak tangan masing-masing dari menekup telinga.
“Dia seorang pemuzik yang baik jika dia cuma seorang amatur.” Shin memberikan pendapatnya kerana percaya yang pemuda tersebut bukan seorang professional yang bermain muzik secara serius bersama kumpulan muzik tertentu. Camie menyambut kata-kata Shin dengan seulas senyuman. Telinganya kembali menyantap alunan gitar elektrik pemuda itu yang masih terus berlagu menguasai ruang udara.
“Dew dah banyak berubah.” Walaupun ini adalah kali pertama Camie melihatnya bermain instrument muzik namun dia tidak boleh menafikan kebolehan yang dimiliki lelaki itu. Hatinya semakin rapuh untuk mempercayai yang pemuda itu memang bukan Dew The Devil, bekas kekasihnya. Dia masih berharap dan dia mahu menamatkan pencariannya secepat mungkin.
“Dew? Bukankah nama dia Jay. Dia bekerja di kedai serbaneka Plane Mart berhampiran dengan subway tu kan.” Shin menyampuk lagi walaupun tahu Camie sekadar berkata-kata sendirian.
“Mana kau tahu dia bekerja di sana? Kau kenal dia?” Dahi Camie berkerut mengerling Shin. Rupanya Shin mengenali pemuda yang bermain gitar itu bekerja di kedai serbaneka Plane mart.
Shin menggeleng. “Tak kenal pun tapi aku selalu singgah kedai tu setiap kali nak ambil train. Jadi aku tahulah nama dia Jay,” jelas Shin.
Kenyataan itu membunuh sebahagian harapan Camie. “Jadi itu bukan bukti yang kukuh kalau dia memang bukan Dew.”
Shin jungkit bahu. No comment
“Aku tak pernah tahu pula yang kami berjiran selama ini. Lagipun kenapa yang kau obsess sangat nak mengintip mamat tu? Siapa dia sebenarnya?” Shin memang tidak faham dengan tindakan Camie sejak dari tadi. Awal malam tadi dia terserempak dengan Camie di halaman di bawah apartment kediamannya. Mereka bertegur sapa kemudian entah bagaimana mereka boleh berbual panjang sehingga tidak sedar dia telah menjemput gadis itu singgah ke rumahnya.
“Err… sebenarnya…” Camie serba salah hendak berterus terang. Bagaimana dia mahu menjelaskan yang dia sedang mengintip bekas kekasihnya. Atau patutkah dia mencari alasan lain agar Shin tidak bertanya perkara berkaitan Dew.
“Hoiii!!! Kau fikir bapak kau ada share besar dalam bangunan ni ke? Dah tengah malam pun masih memekak! Aku nak tidur pun tak senang!” tiba-tiba mereka dikejutkan dengan suara lantang seorang jiran tetangga yang memarahi Jay disebabkan bunyi gitar yang membingit yang dimainkannya di kala malam buta.
Seorang lelaki pertengahan usia yang hanya berseluar pendek dan bersinglet membentak Jay dari balkoni di sebelah rumahnya. Serta merta bunyi gitar elektrik itu senyap mendadak.
“Sekali lagi aku dengar kau buat bising, sumpah aku pecahkan gitar tak guna tu!” jerkah lelaki itu lagi sebelum melangkah keras masuk ke dalam rumahnya semula. Kedengaran dentuman pintu gelongsor rumahnya sebagai tanda protes terhadap perbuatan Jay.
Jay garu kepala sambil memeluk gitar di tangannya. Air mukanya kelat mempamerkan rasa meluat dengan teguran jirannya itu. Kalau diikutkan hati mahu sahaja dia menembak kepala lelaki itu dengan senapang gajah. Biar lelaki itu ‘tidur’ selama-lamanya. “Kau ingat aku tak boleh suruh bapak aku beli bangunan apartment ni ke kalau aku nak. Grr…” mulutnya membebel sambil tubuh badan gitarnya itu dielus-elus penuh kasih sayang. “Tak apa Fenderina, jangan kecil hati. Pakcik tu cuma jealous. Kes kekurangan kasih sayanglah tu.” Jay berjalan masuk ke dalam rumahnya setelah ditegur kasar kerana bermain gitar pada waktu yang salah.  
Camie dan Shin yang menyorok di sebalik balkoni di rumah Shin hanya memerhatikan kelibat Jay yang menghilang di sebalik pintu gelongsor. Kemudian mereka berdua sama-sama kembali masuk ke ruang tamu.
Ruang empat segi yang menjadi tempat berteduh Shin itu kelihatan luas. Dari hujung ke hujung Camie boleh melihat seluruh penjuru rumah yang kosong tanpa sebarang perkakas dan perabot itu. Kali pertama dia masuk ke dalam rumah itu tadi dia berasa pelik. Keadaan rumah Shin seperti orang yang baru berpindah. Langsung tiada benda dalam rumahnya melainkan satu bagasi besar yang terletak di ruang biliknya yang tidak ditutup pintunya. Agaknya memang Shin baru berpindah ke situ. Fikirnya…
“Tak sangka seorang cashier di kedai serbaneka boleh bermain gitar dengan baik sekali. Dia memang berbakat walaupun cara dia bermain belum cukup sempurna.” Fikiran Shin masih lagi tertumpu pada aksi Jay bermain gitar tadi. Dia berjalan membuntuti Camie.
“Dia memang seorang yang genius tapi aku tak pernah tahu kebolehannya yang satu ini.” Camie berdiri di tengah-tengah ruang tamu rumah Shin yang kosong. Betul-betul kosong. Terasa begitu janggal melihat keadaan rumah Shin.
Shin membelokkan kakinya ke dapur untuk mengambil sedikit hidangan ringan untuk tetamunya. Sejak dari tadi Camie melepak di balkoni rumahnya dan dia tidak sempat menjemput Camie duduk memandangkan gadis itu sibuk sangat dengan aktiviti mengendapnya.
“Kau pasti ke dia orang yang kau cari tu?” Shin mula hendak mengorek cerita.
Camie duduk bersimpuh di atas lantai yang hanya beralas tikar jerami. Soalan Shin tidak dijawab. Matanya hanya menunggu Shin yang sedang menatang dulang berisi minuman dan sedikit makanan ringan itu datang menghampirinya. Otaknya bukan tertumpu pada soalam Shin sebaliknya memikirkan kejanggalannya melihat sisi sebenar diri Shin ketika di luar kolej.
“Dah berapa lama kau pindah di sini?” soal Camie.
“Hmm… ada lah dalam sebulan dua.”
“Patutlah…” Camie mengangguk-angguk sambil merenung ke sekeliling rumah Shin. Ada dua buah bilik dalam rumah tersebut yang salah satu daripadanya terbuka. Sebuah pintu yang terletak di sebelah dapur itu tentu sekali bilik air. Tidak ada apa yang boleh Camie ulas berkenaan dengan rumah Shin kerana rumah Shin sememangnya kosong. “Shin, aku faham kau sibuk dengan jadual belajar tapi takkan kau tak ada maid yang boleh uruskan rumah baru kau ni?”
“Apa maksud kau? tak ada apa yang aku perlu uruskan pun dengan rumah kecil ni.” Shin tergelak kecil mendengar kata-kata Camie. “…dan aku tak perlukan maid untuk buat kerja rumah.”
Camie mengerling tingkah Shin yang tertawa mendengar saranannya. Sedikit sebanyak dia cuba memahami keperibadian sebenar pemuda itu. Selama ini nama Shin Viera dikenalinya sebagai lelaki bangsawan yang merendah diri. Punya rupa paras yang kacak menyebabkan dia popular dikalangan para gadis di kolej. Seorang yang bijak dan menjadi harapan setiap pensyarahnya. Seorang yang aktif dalam sukan dan sering mengharumkan nama kolej dalam acara olahraga sehingga ke peringkat kebangsaan.
Dia kurang bergaul dengan orang namun dia bukanlah seorang yang sombong. Cuma sikapnya yang merendah diri dan pemalu menyebabkannya kelihatan seperti berada di satu status yang berbeza dengan semua orang. Walaupun latar belakang dirinya tidak pernah didedahkan namun ramai yang mengatakan bahawa Shin sebenarnya berketurunan bangsawan. Keluarganya sengaja menghantarnya ke kolej biasa agar Shin dapat bergaul dengan rakyat kebanyakan. Ia juga dikatakan sebagai pendidikan asas buat seorang putera mahkota sebelum dia ditabalkan menjadi seorang pemimpin kelak.
“Shin, macam mana kau boleh tinggal dalam rumah yang kosong sebegini?”
“Macam biasa saja. Aku okey dengan semua ini,” jawab Shin selamba sambil menghulurkan tin minuman ringan kepada Camie.
“Tapi…” Camie mengambil tin minuman yang dihulurkan oleh Shin. Ekor matanya masih pelik memerhati keadaan rumah itu. Bukan kerana rumah kosong itu tetapi tentang Shin… bagaimana anak seorang bangsawan boleh tinggal dalam rumah yang kosong tanpa ada sebarang perabot dan kemudahan?
“Kosong itu sebenarnya indah dan aku selesa dengan keadaan aku sekarang. Kalau kau lihat rumah ini kosong, kau tentu lebih sedih jika melihat orang yang tidak berumah dan tidur di kaki lima. Keadaan itu jauh lebih teruk, Camie.” Shin melontarkan pendapatnya dengan senang hati. Air mukanya yang masih lagi tersenyum itu kelihatan bahagia dengan apa yang dimilikinya dalam rumah kecil tersebut. Camie jadi insaf seketika.
“Kau betul. Aku rasa malu sebab menegur perkara yang tak sepatutnya tadi. Aku minta maaf, Shin.” …kau bukan bangsawan biasa, Shin. Kau bangsawan berjiwa rakyat.
“Tak ada apalah. Perkara kecil sahaja. Kita bestfriend kan.”

Camie tersenyum. Senang hatinya mengenali teman sebaik Shin.

Bersambung...

1 comment:

Anonymous said...

Bestnyaaaaaa . Kesian Camie !!! D: