Kawan2 yg saya Sayang

Wednesday, July 17, 2013

AITDS the sequel :- THE WITCH THAT I LOVE (bab1)

BAB1
KOTA LISBERG…
KEDAI SERBANEKA PLANE MART…
Ia sebuah kedai serbaneka yang dibuka 24jam sehari. Pada waktu-waktu tertentu kedai tersebut adakalanya kelihatan lengang tanpa kunjungan pelanggan. Seorang pekerja lelaki yang beruniform baju T berwarna putih berkolar hitam sedang mencuri tulang di ruang belakang kedai yang merupakan stor penyimpanan barang. Tanpa pengetahuan sesiapa dia mengambil kesempatan untuk melelapkan mata barang sejenak.
“Jay!!!” Dia hanya berjaya melelapkan mata lebih kurang lima minit sebelum terdengar namanya dilaung kuat oleh supervisornya. Seorang lelaki bersuara nyaring yang kuat membebel itu tercari-cari kelibat Jay di sekitar kedai tersebut. Jeritannya yang membingitkan telinga menyebabkan Jay segera terjaga dari tidurnya. Tubuhnya berdiri tegak secara mendadak bagai direnjat elektrik mendengar suara amarah ketuanya. Kaca matanya hampir melurut dari batang hidung segera dibetulkan kedudukannya sebelum ketuanya itu muncul di hadapannya beberapa saat lagi.
“Ya, Encik Tom! Saya di sini.” Jay sempat cover line konon-konon sedang menyusun barang di atas rak dalam stor tersebut.
Lelaki kurus berkemeja putih dengan bertali leher warna pink dengan corak polka dot warna hitam itu jalan melenggang mendapatkan Jay yang berpura-pura sibuk dengan kerjanya.
“Apa kau buat di sini? Customer tengah ramai di hadapan, kau curi tulang di sini ke. Pergi tolong Sam jaga kaunter cepat!” Tom memang lelaki yang pandai membebel tetapi kerjanya sentiasa tip top. Walaupun orang melihatnya sebagai lelaki ‘donut’ tetapi bila mula membebel, kalah mak-mak di rumah. Ini menyebabkan pekerjanya segera menurut perintah kerana tidak sanggup mendengarkan bebelannya.
Jay cabut lari meninggalkan ruang stor sebaik mendapat arahan tersebut. Dia segera masuk ke dalam kaunter dan membuka kaunter kedua untuk membantu teman sekerjanya melayan pelanggan yang hendak membuat pembayaran. Sesekali ekor matanya mengerling Tom yang asyik mengawasinya sesekali dari satu sudut. Wajah jambu itu kelihatan garang menyorotkan pandangannya ke arah Jay. Dalam hati Jay hendak ketawa sahaja melihat lagak si jejaka lembut itu. Tidak padan dengan lembut, bila melenting mahu bergegar seluruh kedai itu.
“Hei, Jay. Fokus. Nanti Makcik Tom kau mengamuk lagi baru padan muka kau.” Sam berbisik, menegur sikap Jay yang terjeling-jeling pada supervisor mereka yang mudah naik angin itu.
“Baik…” Jay kembali tertumpu pada pelanggannya yang merupakan seorang gadis.
Gadis berambut panjang dan memakai cekak rambut warna putih itu meletakkan minuman ringan yang hendak dibelinya di atas meja kaunter. “Berapa?” tanyanya sambil membelek dompetnya untuk mencari duit kecil.
“$2.00 sahaja, cik,” jawab Jay setelah mengimbas kod harga minuman tersebut.
Gadis itu menghulurkan sekeping not kertas kepada Jay dan serta merta pandangannya kaku sebaik terpandang wajah Jay. Air muka gadis tersebut serta merta berubah. Dia bagai terpukau sebaik melihat orang yang menjaga kaunter tersebut.
“Err… cik…” Jay cuba menarik not kertas yang dihulurkan namun gadis tersebut seakan tidak mahu melepaskannya. Jay serba salah namun renungan mereka segera bertaut apabila dia mengangkat wajahnya ke arah gadis tersebut. Renungan itu tiba-tiba membuatkannya berasa sesuatu yang tidak kena.
“Dew…” Gadis tersebut mengungkapkan satu nama dari mulutnya. Matanya bulat dan berkaca-kaca merenung Jay. Not kertas yang mahu diserahkan kepada Jay tadi masih belum dilepaskan. Dia bagai terpukau melihat jejaka di hadapannya.
“Err… cik. Air ni…” Jay terus cuba menarik not kertas tersebut.
“Dew, aku tunggu kau selama ini. Apa kau buat di sini? Kenapa kau menghilangkan diri?” gadis tersebut tiba-tiba memaut pergelangan tangan Jay sebaik melepaskan wangnya ke tangan Jay.
“Eh, apa awak buat ni?” Jay cuba menepis tangan gadis tersebut dengan sopan. Dia berasa serba salah diperlakukan begitu di khalayak ramai kala itu.
“Dew, Ini akulah… Camie. Kau dah lupa siapa aku ke? Sampai hati kau pura-pura tak kenal siapa aku…” Camie cuba mencapai pangkal baju Jay apabila pemuda itu cuba menjauhinya ke dalam kaunter.
“Saya rasa awak dah salah orang ni.” Jay memaut tangan gadis itu dari terus mencengkam bajunya. Beberapa orang termasuk temannya, Sam sedang tertumpu melihat situasi tersebut.
“Dew, aku cari kau selama ini. Aku rindukan kau, Dew…” Camie tidak mahu melepaskannya.
“Cik, bertenang. Saya rasa cik ni dah salah orang.” Sam dari kaunter sebelah segera masuk campur apabila mendapati keadaan gadis tersebut semakin kurang kawalan. “Jay, kau okey?” Sam menegur Jay sambil tangannya cuba meleraikan cengkaman Camie pada baju teman sekerjanya itu.
“Hah… Jay?” gadis itu terpinga-pinga sebaik mendengar Sam memanggil pemuda yang disangkanya sebagai Dew itu dengan nama ‘Jay’. Dia bagai orang yang baru tersedar dari mimpi lantas perlahan-lahan meleraikan pautan tangannya pada Jay.
“Awak dah salah orang.” Jay mengambil kesempatan itu untuk berundur menjauhi gadis tersebut. Dia membetulkan pakaiannya setelah pegangan gadis itu terlerai.
“Saya minta maaf.” Gadis tersebut segera menjarakkan dirinya dari meja kaunter. Terasa malu apabila baru sedar yang dia telah menjadi perhatian semua orang di kedai serbaneka tersebut. Dia segera mengambil minuman ringan yang dibelinya tadi lantas beredar keluar dari kedai serbaneka tersebut. Akibat rasa malu, duit baki pun tidak diambilnya.
Jay tidak sempat memberikan baki wang gadis tersebut. Dia hanya terkulat-kulat di kaunter sambil melihat gadis tersebut yang berlalu dengan tergesa-gesa. Matanya terus memerhatikan pintu kedai biarpun kelibat gadis tersebut telah hilang.
“Jay, kau okey ke tak?” Sam menegur Jay semula setelah pelanggan yang hendak membayar sudah tiada.
“Okey,” jawab Jay ringkas. Pemuda itu meninggalkan kaunter setelah pelanggan berkurangan.
“Hei, siapa perempuan tadi tu?” Sam mengekori Jay yang sedang menyusun majalah yang bersepah di atas rak. Lelaki itu nampaknya tidak menghiraukan langsung pertanyaannya. “Jay, aku tak bercakap dengan tunggul tau. Aku tanya ni… betul ke kau tak kenal perempuan tu?” perasaan ingin tahu Sam begitu tinggi sekali.
“Entah. Aku tak kenal.” Jay lari ke bahagian makanan ringan pula.
Sam mengejarnya semula. “Tak kenal atau sengaja buat-buat tak kenal? baik kau mengaku kalau kau kenal perempuan tu.” Sam sengaja menembak. Mahu melihat sejauh mana kejujuran Jay.
Jay memusingkan anak matanya sebelum menjeling Sam dengan perasaan jengkel. Mulutnya berdecit menandakan dia tidak berminat untuk mendengar sebarang spekulasi yang cuba hendak ditimbulkan oleh Sam. “Aku tak kenal perempuan tu.” Dengan wajah yang serius dia memberi kenyataan sebelum mengangkat kakinya beredar dari situ.
Sam ditinggalkan terkulat-kulat sendirian.

*************

CAMILY MIYAZAKI MARTINEZ mengambil tempat duduk di stesyen keretapi bawah tanah itu sementara menunggu keretapi seterusnya tiba. Minuman ringan yang baru dibelinya dari kedai serbaneka Plane Mart tadi dibuka dan diteguk untuk menghilangkan dahaganya. Selepas minum matanya tertumpu semula pada botol minuman ringan tersebut.
Hatinya mengeluh sebaik teringat kejadian yang berlaku ketika dia membeli minuman tersebut tadi. Jiwanya resah dan kembali teringat pada pemuda yang menjaga kaunter tadi.
“Dia bukan Dew ke?” Bibirnya berkata-kata sendirian. “Takkan pelanduk dua serupa. Takkan mendiang Jeremy ada lagi kembar selain Dew… argh!!!” jiwanya meronta. Ingin sekali dia menjerit di situ tapi risau pula menjadi perhatian orang ramai.
“Dew…” botol minuman ringan berperisa cola itu kembali direnung. “Aku rindukan dia. Kemana dia menghilang selama ini?” Kehilangan Dew sejak setahun lalu memberi kesan pada Camie. Kewujudan lelaki itu sememangnya meninggalkan impak yang besar dalam hidup Camie. Dia ketawa, menangis, bergaduh, bahagia dan terluka semuanya disebabkan oleh Dew. Dia menjadi Camie yang baru juga disebabkan Dew. Namun disebabkan suatu peristiwa lelaki itu menghilang tanpa kesan secara tiba-tiba. Dew seolah-olah telah ghaib dan tiada siapa dapat menjejakinya sehingga sekarang. semua orang percaya yang dia sudah mati tetapi tidak pada Camie selagi dia tidak melihat mayat lelaki itu.

“Ouch!” seorang kanak-kanak yang cuai tiba-tiba terlanggar Camie sebelum terjatuh. Kanak-kanak itu segera bangkit lantas berlari tanpa mengucapkan maaf pada Camie. Malang sekali pada Camie apabila botol minumannya tertumpah lalu air manis itu tumpah mengenai pakaiannya. “Teruknya… ini semua Dew punya pasal.”

11 comments:

Anonymous said...

first...hahahaha
Dew ngn Jay org sama ke?
tp...sy suka watak Dew
dia da mati ke?

Unknown said...

Alaaaaaa......sikit nyerrr. Hmmmm....permulaan yg menarik!.

Kaseh Esmiralda said...

awak rasa kalau Dew mati cite ni bleh sambung ke?

Unknown said...

Alaaaaa....sikitnyer? Permulaan yg menarik! Nak kena baca balik AITDS nih...baru igt watak n jln citer. Hehehehe....hope updated cepat sket!!!!! Nak taw gak...saper si jay nih. Takkan kembar 3 dgn si jeremy n dew?

Unknown said...

BEST.

StrangerDanger said...

Sambungan citer Devil in angel suit ke nie...
hmmm nama watak Dew check!
seiras ngan jeremy check!
Heroin namanyer Camie check!
Nama heroin miyazaki MArtinez[jepun ngan apa ntah check!
So adakah ini sambungannyer?

Kaseh Esmiralda said...

Tepat sekali...ni sequel Angel in the devil's suit

Unknown said...

cik kaseh ku sayang...baru nak baca ni...tapi nak tanya dulu gak...bila nak bukukan???? >///<

Ecoolzzz said...

Ni ke sambungan aids.... Cam awesome jer... Nnt aku publish ke??? Hope lg bes dr aids 1

m said...

Wt sy gt blik novel fave sy, AITDS~ >_< Trima ksih sbb wt sequel~

Kaseh Esmiralda said...

@aerith sama2