Kawan2 yg saya Sayang

Friday, June 4, 2010

Peperangan menentang Israel... Peranan kita sebagai Islam?


Dalam beberapa hari ini mata dan minda Cik Kaseh sentiasa disajikan dengan berita2 tentang keganasan Israel terhadap umat Islam di Gaza.

Hati saya sebak sehingga tak mampu menahan lagi air mata dari mengalir setiap kali membaca artikal dan melihat gambar yang berkaitan tentang keganasan Israel terhadap umat Islam Palestin.

Ketika menulis entry ini, perasaan saya berbelah bahagi... hati saya kembali sebak
Saya rasa diri ini sangat lemah dan bodoh sebab tak mampu lakukan apa-apa untuk membela nasib rakyat seagama dengan saya. Apa lagi yang mampu kita lakukan selain bersedih dan terus berdoa untuk mereka?

Hari ini Cik kaseh bersama beberapa orang teman berbincang tentang isu ini. Kami cuba mencari cara untuk menghentikan kekejaman kaum Israel yang laknat itu...(bunyinya seperti terlalu gila...mana ku ada kuasa dan kabel besar untuk melakukan apa2 tindakan tersebut... huhuhu~)...

Namun akhirnya kami mendapat 1 kesimpulan...
bahawa untuk menghentikan Israel laknatullah itu kita memerlukan seorang ketua. Seorang pemimpin yang betul.

Maaf sekiranya kata2 yang berikutnya bakal mengundang kontroversi



Bagi Cik Kaseh pemimpin kita sekarang seorang yang tidak layak digelar pemimpin! Saya tidak tinggal di negara Islam biarpun pemimpin saya seorang Islam dan agama rasmi Malaysia adalah agama Islam!

Saya tahu... kenyataan di atas agak keterlaluan bagi sesetengah pihak. Tapi jika anda rasional... sila siasat siapakah diri pemimpin kita di sebalik topeng wajahnya. Saya takkan bercakap lebih kerana blog saya bukan blog untuk berpolitik... dan saya berani menulis ini setelah menilai melalui pemerhatian dan pembacaan.


Kawan2... soalan saya yang masih belum berjawab...
APAKAH PERANAN KITA SEBAGAI ISLAM DALAM MEMBELA NASIB RAKAN SEAGAMA KITA?


Di bawah saya sajikan sekelumit kisah duka di sebuah sekolah kerana kekejaman bangsa laknat yang tidak pernah berjaya untuk menghapuskan Islam di Palestin. 









P/S : Cik Kaseh masih tak faham tentang Qunut Nazilah... ada sesiapa boleh share ilmu dengan saya?

4 comments:

FAR said...

you know what,cik kaseh??
I really3 agree with you!!!!

Seorg pemimpin haruslah adil,berani & yg paing penting skali~~~!!! dia haruslah sentiasa memikirkan kebajikan & kepentingan org bawahannya;iaitu rakyatnya..masyarakat yg dipimpin olehnya~!!
but things happen otherwise,isn't it?
betul tu~ negara kita negara Islam. Rasmi sbg ISLAM...
tp adakah sistem yg kita guna di negara kita skrg ni berpandukan agama Islam,Al-Quran & hadith???

hal2 mcm ni sepatutnya dititik beratkn. Agama ALLAH. Bukan boleh buat main!

adakah patut?? diorg halalkan benda yg mmg terang lagi nyata HARAM di sisi agama ISLAM??
Dh Allah kata haram...pepandai je diorg ubah bg jd halal.. Berani sgguh diorg kn kn??
kesian pun ada kt diorg ni... nnt bila tiba masa kena terima azab siksaan dari Allah...menyesal pun x guna dh larh~~!!!!

Kaseh Esmiralda said...

sedih coz tak boleh bergantung harap pada pemimpin yg ada skarang... dia x layak digelar pemimpin kerana mempergunakan nama islam demi kepentingan peribadi!!!

. . . said...

wow!!! cik kaseh... mahal gambar nie!!! yg paling elle takut time gmbr 2 n 3!!! kalau larr elle kat situ... nauzubillah!!! hanya Allah je yg tau... xapa... dorg pergi bukannya rugi!!! syahid dibumi sendiri menentang manusia yang x sedar diri!!!
.
.
.
aiyoo bermadah pula elle...

Kaseh Esmiralda said...

@elle; mmg pun elle...nmpk cm menarik...tp cube bayangkan klu kita kat citu tym tuh...seribu ketakutan mengejar kita...

~kejamnya manusia~