Kawan2 yg saya Sayang

Thursday, June 10, 2010

Angel In The Devil Suit 1 ::Bab22::

Bab 22
SETELAH hujan sedikit reda muncul sebuah kereta mewah di luar pondok telefon tempat mereka berteduh itu. Seorang lelaki berpayung keluar dari bahagian pemandu lantas menuju ke pondok telefon untuk menjemput Dew.
Dew keluar dari pondok telefon. Payung di tangan lelaki itu dirampas sebelum melangkah menuju ke pintu kereta. Camie sekadar melihat tindakan Dew yang membiarkan pemandunya basah terkena hujan.
Lelaki bersuit kemas itu terkocoh-kocoh membukakan pintu kereta untuk tuan mudanya. Namun Dew bertindak menegahnya. Camie tidak jelas dengan apa yang Dew katakan tapi jelas yang tindakannya sedang mengarahkan lelaki itu pergi ke bahagian memandu.
Sebelum masuk ke perut kereta Dew menoleh semula ke pondok telefon. Camie yang sedang mendukung anak kucing tadi direnungnya sebentar.
“Woi!” panggilnya.
Camie memandang Dew dengan wajah tanda tanya.
“Mari naik,” arahnya.
“Ha?” Camie terpinga-pinga.
Dew mengetap bibir. Geram dengan kelembaban otak Camie berfungsi terhadap sesuatu arahan. Dia berpatah balik ke pondok telefon dan menarik Camie keluar dari situ.
“Eh, nak tarik aku pergi mana ni?” tanya Camie terpinga-pinga.  Terkocoh-kocoh dia mengutip barang-barangnya.
Dew tidak banyak bicara. Lengan Camie terus ditarik kasar menuju ke keretanya.
“Eh-eh… takpe, Dew. Tak payah hantar aku pulang. Aku boleh balik sendiri. Tak perlu susah-susah. Lagipun aku bawa basikal tadi,” jelas Camie cuba menolak lembut niat baik Dew yang mahu menghantarnya pulang.
“Kau mengarut apa? Siapa yang nak hantar kau balik… dah, jangan nak membebel. Ikut aku,” balas Dew seraya menolak tubuh Camie masuk ke dalam perut kereta.
“Ha?” tiba-tiba Camie berasa ada sesuatu yang tidak kena. Terasa kejahatan The Devil sedang memburunya. Oh, my god… Dia nak buat apa pada aku kali ini? “Err… tapi aku tak boleh ikut kau. Aku kena balik. Nanti makcik aku cari.” Camie cuba memberi alasan walaupun dia sedar yang alasan seperti itu tidak mungkin akan diterima oleh The Devil.
“Urusan kau dengan makcik kau bukan masalah aku. Yang penting sekarang kau mesti bertanggungjawab diatas kesalahan yang dah kau lakukan… diam dan ikut saja arahan aku.” Dew menjegilkan biji matanya untuk menakutkan Camie. “Jalan cepat.” Selajur dia memberi arahan kepada pemandunya.
Camie cuak. Anak kucing comel tadi dipeluknya dengan erat sambil duduk menjauhi lelaki jelmaan Jeremy itu. Oh, tuhan… selamatkanlah aku dari satu lagi kekejaman The Devil

9 comments:

StrangerDanger said...

bila nak sambung?
*penat menunggu nie T^T

Kaseh Esmiralda said...

takkan sambung dah dik sebab buku ni dah kuar novelnya...hehe

Anonymous said...

salam kak . novel nih memang tak dikeluarkan dah ehh ? saya cari merata kedai buku tp takdak pon novel tuh .

Unknown said...

sis novel ni ad lgi tk?

Kaseh Esmiralda said...

Saya tak pasti. buku ni dah tak ada cetakan baru. kalau nak kena cari yang jual 2nd hand. sorry dik. terima kasih sebab sudi baca cerita cik kaseh.

Unknown said...

Akak sambung laa lagi😆

Unknown said...

Akak sambung la lagi��

Unknown said...

Akak sambung laa lagi��

Anonymous said...

akak sambung lah lagi:)