Kawan2 yg saya Sayang

Sunday, January 3, 2010

Penyebar Virus + Cerewet = Kaseh Esmiralda

Salam, para bloger sekalian...
2 hari tak bloging... rinduuu~~ <-- Poyo!

Cik Kaseh baru balik dari bengkel penulisan yang dianjurkan oleh AVA. penat belum hilang terus je online.

Alhamdulillah... banyak ilmu yang Cik Kaseh dapat hari ini. ia memang sangat berguna untuk setiap penulisan Cik kaseh.

Ok... Cik Kaseh bukan nak ulas pasal bengkel tadi.
cuma sejak dari di bengkel tadi sampai kat rumah sekarang ni otak Cik kaseh ni tak berhenti fikirkan sesuatu. sesuatu yang selama ni Cik Kaseh langsung tak sedar telah Cik kaseh lakukan terhadap ramai orang. terutama semua yang mengikuti kedua2 blog Cik kaseh.

Bila ada yang fikir Cik Kaseh kecewa dengan komen Pn. Nisah pasal AITDS tu sebenarnya mereka salah. Cik Kaseh langsung tak rasa kecewa. Apa yang Cik Kaseh rasa sepenjang perjalanan pulang tadi... Cik Kaseh rasa sangat bersalah. Cik Kaseh dah abaikan tanggungjawab sebagai penulis.

sorang teman bloger kata Cik Kaseh dah sebarkan virus Kpop,Jpop,Anime secara halus melalui setiap penulisan Cik Kaseh. Setiap entry dan enovel cik kaseh sedang mempengaruhi pembaca secara senyap. akhirnya ia bagaikan virus yang merebak dan menyebabkan kegilaan orang terhadap Kpop@Jpop@anime... (pendapat ini telah disokong oleh awek yang duduk sebilik dengan Cik Kaseh)

Bila Pn. Nisah cakap tentang pembudayaan dan jati diri tentang AITDS yang menjurus ke arah itu, dia bimbang cerita sebegini bila menjadi trend penulis di masa hadapan kerana ia dipengaruhi budaya luar (tak kira samada jepun, korea, sepanyol). Cik Kaseh rasa sangat bersalah.

adakah saya sedang mengangkat budaya luar dan mengabaikan budaya sendiri?

Mungkin itu bukan persoalan akar. tapi bila difikirkan lagi... apa bakal berlaku jika ada penerbit nak terbitkan cerita ni sebagai buku? sah2 Cik Kaseh yang bakal menjadi pelopor pada novel bergenre sebegini. kemudian bila ia menjadi trend, mungkin penulis lain akan buat sesuatu yang lebih advance dan semakin menjauhi budaya dan agama kita. kesannya akan mempengaruhi pembaca peringkat muda(terutamanya). dan secara tak langsung, Cik Kaseh pun dapat share dekat akhirat kelak!

... adakah saya berfikir terlalu jauh?...


Saya sedar selama ini saya agak cerewet dalam pemilihan buku bacaan(terutama novel)... tapi saya tak sedar kalau yang saya ni SUPER CEREWET. <-- seorang member tu bagi tahulah.

Bila fikir2... betul apa yang dia cakap tu. kalau Hlovate punya novel yang popular tu pun, boleh cik kaseh tak puas hati... kira boleh tahan lagilah. tapi kalau sampai Pn. Nisah punya Cik Kaseh tak puas hati...( "Kau gila ke, Kaseh?!")... tidak, bukan saya kondem novel dia tapi cuma menyuarakan persoalan yang patut terhadap novelnya. dan dia dah berikan jawapan yang memuaskan hati saya. kira okey lah tu~

"inilah punca menyebabkan penulisan kau agak detail. sebab tulah kau berjaya menyebarkan virus tu secara halus dan tanpa disedari. bila sedar je virus tu dah meletup. orang yang terpengaruh dengan virus tu terus jadi gila! gilakan Kpop,Jpop." kata sorang member tu... dan turut disokong oleh awek yang duduk sebilik dengan saya.

Korang ada pandangan yang nak disuarakan terhadap masalah ni? please~ ringan2kanlah tangan korang untuk type komen pada Cik Kaseh. kepada silence reader, cik kaseh tak kisah korang tak komen enovel cik kaseh tapi tolonglah bagi pendapat tentang masalah Cik Kaseh ni.

Cik Kaseh tak boleh berhenti memikirkan hal ni sejak dari tadi. buat pertama kalinya Cik Kaseh baru sedar dengan kelemahan terbesar AITDS.


P/S : Bukan AITDS saja... enovel yang lain2 juga patut diteliti semula...

8 comments:

yana aryana said...

salam...
Cik Kaseh,bg yana la, kebanyakan penulisan enovel Kaseh krg menerapkan nilai2 agama, gaya hdp y agk krg sesuai u diamalkan bg masyarakat kite..sy mmg setuju klu dikatakan tiap jari jemari y menari lalu mghasilkan sebuah kisah y amat menarik mmp mpengaruhi cara hpd seseorg...kdg2, bg sesape y kdg kala krg mgunakan akal bg mbezakan y baik + krg baik, sering mgikut budaya hdp di dlm fantasi @ realiti novel..
tp, x slh jk ia skdr mcari idea baru @ mahukan klainan dlm karya msg2..sy antara pgikut enovel Cik Kaseh y setia..tp, skadar pndpt sy la.pape pn, trskan berkarya, cik Kaseh...!!!

Farahusain said...

Kaseh,

Jangan patah semangat. Teruskan menulis. Anggap kritikan dan komen sewaktu novel semalam sebagai cabaran Kaseh untuk hasilkan karya yang lebih baik. Terus terang, Kak Farah memang minat cerita AITDS tu. Jalan ceritanya bagus dan menarik.
Jadikan komen semalam untuk Kaseh perbaiki karya tu. I know you can do it.
Hwaiting!

Nemo^0^eriMo said...

uiks.... tertiber hakoo dah ternampak aura cahaya taubat bersianr bling2 kat keliling ko... hakhakhak....

Putri Lily said...

hehe.. nemo pun. :)

Kaseh,

Kak lily pun mengikuti novel kaseh tu, walaupun tak jelas budaya apa sebenarnya yg kaseh terapkan pada watak2nya, tapi tak pula terlihat pengaruh budaya tertentu yg timbul. Gaya makan atau sembahyang contohnya. Hanya jelas pada nama watak2nya saja.

Pendapat kak lily, kaseh masih boleh teruskan menulis mengikut idea semulajadi kaseh, tapi kalau dapat dimasukkan sedikit unsur2 keagamaan, mungkin akan akan diterima. Org tak buat, kita buat. Jika sejauh ini belum ada org buat cerita Korean versi Islam, apa salahnya kita mencuba. :) Cuma kena buat rujukan makna nama watak2 tu takut tk bersesuaian utk versi begitu.

Maklumlah, mcm Puan Nisah kata, pembaca ni suka nak cari silap penulis. Jadi setiap perubahan yyg dibuat harus hati2.

Panjang lebar pula pandangan kak lily.

~Putri Lily~

Ariyatna Adri said...

Hi Kaseh,

Sebenarnya Kak Faiz tertarik ngan AITDS. Ceritanya remaja dan fresh...gaya penceritaan dan penulisan Kaseh tersendiri dan mampu attract audiens remaja. Mungkin Kaseh boleh terapkan elemen yang membawa pengajaran nilai Islam/Melayu secara tak langsung, tidak terlalu menonjol tetapi ada.

Kaseh seorang pencerita dan percayalah pada ceritamu.

Nice to meet u :-)

Anonymous said...

AK bilang jangan anggap ia sebagai virus... <-- dasyat sgt ke kalau Kaseh gunakan perkataan virus tu... huhuhu~~

terima kasih kepada bloger2 yg beri pandangan dan kata2 semangat buat Cik Kaseh... kpd AK juga yg dah bebel pjg lebar mmbincangkan perkara ini malam tadi.

Sy akan perbaiki lagi mutu penulisan saya selepas ini.

AVA said...

Nemo - hahahaha, kau ni memang nak kena!

Kaseh - sekadar berkongsi pandangan je ... hehehe ... AK rasa malam tu mmg bebel panjang, kui kui kui ....

arbaein said...

hai k.kaseh...
ni bagi pandangan saya, gengre kak kaseh bawa tu bg saya x salah, bila saya dengar perkataan virus tu cam teruk je, tapi xde lah teruk sgt, asalkan pembawaan cerita tu elok, saya nak tulis panjang2, sy bukanlah pengkritik yg mengkritik hasil tangan org len, kerana sy bukan lah kreatif dalam hal2 cam ni,hanya org tertentu sahaja yg menerima anugerah ini, saya hanyalah pembaca yg ingin menghiburkan hati saya. ape2 pon keep it up..