Kawan2 yg saya Sayang

Showing posts with label Lepas Geram. Show all posts
Showing posts with label Lepas Geram. Show all posts

Thursday, June 24, 2010

Sukarkah melafazkan maaf

Malam itu langsung tak indah
saya tak boleh tidur sampai pagi sebab bengang punya pasal
Ottoke~ esok saya nak keje tapi sampai pukul 4.00 pg pun mata tak mau lelap
Akhirnya saya ambil wudu' dan solat sunat minta ditenangkan hati ni
baru saya boleh tidur lepas tu... tu pun terlelap kat tikar sembahyang...huu~~

pagi itu saya pergi kerja dengan senyuman pelik yang macam dibuat2
seolah2 sedang menutup mood saya yang sepatutnya tak baik sebab kes malam tadi...
sampai kene tegur dengan rakan sekerja
tapi saya tak mahu cerita pape pada mereka
tempat keje saya tu tempat gosip... pantang ada cerita hangat sikit
habis tersebar 1 company...(I tak rela Uuu~~)...huhuhu~~

Satu hari saya ambil masa untuk positifkan balik fikiran saya tentang sikap si dia malam tadi... mungkin dia tak ada niat jahat nak buat macam tu... mungkin dia ada alasan yang kukuh buat macam tu... mungkin saya yang terlalu emotional sangat time tu... mungkin.. mungkin...

Arghh~~ mungkin atau tak... kenapa dia tak ada inisiatif untuk bertanya kenapa saya blah macam tu saja malam itu?!Kenapa dia macam orang yang tak ada perasaan untuk ambil berat keadaan sekeliling...

Memang tak patut... 

Nak dikisahkan lagi... saya hubungi dia untuk berjumpa malam berikutnya
dia mengelak tak mahu bertemu dengan saya.
saya terpaksa ugut dia akan tunggu even sampai pagi dekat kedai makan tu kalau dia tak mau datang...
memang saya dah nekad.nak settle benda ni secepat mungkin.selagi tak settle saya tak boleh tidur dengan lena... lagipun ia bukan melibatkan sy seorang...

Mulanya saya nak pergi sendiri...kalau bawa awek sebilik dengan saya, takut minah tu main nak serang je si dia.Awek sebilik ngan saya tu memang pandai kalau bab nak sembur2 orang apatah lagi diapun terlibat gak dengan kes malam tersebut.
Tapi akhirnya saya bawa awek sebilik ngan saya teman sekali...takut kalau betul2 saya kene tunggu sampai pagi, naya je...huhuhu~~ <--dalam otak dh piki macam2 benda tak baik kalau tunggu si dia sorang2 kat tmpt tu...

saya bajet paling awal pun si dia datang jumpa saya lepas 11.00 malam
tapi rupanya tak sampai sejam pun dia dah muncul...hahaha *gelak ada makna*

Dalam pertemuan ni... ada part2 yang saya tak mau cerita
sebab ia mungkin agak 'memalukan' si dia
biarlah saya simpan sendiri rahsia tu
saya belum sampai tahap nak bermusuh dengan sesiapa...

Cuma yang masih saya terkilan sehingga sekarang
dia menganggap perkara yang dia lakukan terhadap saya dan awek sebilik dengan saya tu cuma perkara biasa dan remeh. dia tak rasa bersalah dengan apa yang berlaku waktu tu...

saya tak minta dilayan dengan istimewa
saya tak mengharapkan perhubungan kami lebih dari seorang kawan
satu yang saya minta... nilai saya sebagai seorang kawan
sekadar PERMOHONAN MAAF dari mulut dia disebabkan kejadian tu
tapi sampai sekarang dia seolah2 dah melupakannya
dia tak sedar... even pada luarannya saya nampak biasa berkawan dengannya
tapi jauh di sudut hati ni masih sakit dan tak puas hati

Orang kata... Jangan ditambah bara yang terpendam...
malam tadi tiba2 nak marah saya tanpa sebab yang kukuh
ini menyebabkan luka lama yang saya dah simpan jauh di sudut hati ini terbuka balik


Saya pernah berkata pada seseorang... "JANGAN SAMPAI SAYA ADA PANDANGAN BURUK TERHADAP LELAKI."


Kepada yang berkenaan, kalau terbaca entri ni... inilah luahan sebenar hati saya terhadap awak.. saya gagal untuk mengenali siapa sebenarnya awak... biarpun sebagai kawan biasa... awak boleh nilai sendiri selepas ini... samada saya ni betul syok kat awak atau cuma pernah syok kat awak...



Belanja cukup syarat ke, bang~ *nada sarkastik*

Entry ni dah dua kali saya buat dan delete..
tak tau kenapa... saya rasa tak patut bagi orang baca entry yang menyakitkan hati ni...
maka saya tak publish
tp sebab ada orang cabar saya... & buat saya sakit hati <--dh lah badan sakit lepas eksiden...nk kasi hati saya sakit pula lagi... teruk betul!... sakit luar dan dalam...

anda tentu pernah baca my love story kan...
ada yang kata my love story tu lg best dr enovella yg sy karang
tapi bagi saya... my love story tu... sebenarnya hampeh...
indah khabar dari rupa...

biarpun ianya realiti tapi saya harap itu cuma mimpi saja
kerana realiti yang sebenar sangatlah terbalik!

Saya tak tahu perlu mula dari mana...
sebab setiap entry yg berkaitan dan status dlm FB adakalanya membuatkan seseorang PERASAN!

Ok... mari mula dengan malam yang membosankan tu...
(kisah seringkas mungkin sbb tak nak bagi korang penat baca)

Saya tak ingat dh berapa bulan lepas... kiranya masa saya feeling kat dialah... tp disebabkan malam yang membosankan+hampeh tu... saya terus xde hati dekat si dia...


Dia ajak saya keluar tengok wayang...saya rasa malas sebab dia ajak tengok KL Drift yang saya tak minat tu(motif-sebab tak minat shamsul Yusuf)... tapi sebab dia ajak skali awek sebilik dengan saya, maka saya pun pergilah... tak teragak2 nak pergi sebab bukannya pergi dating pun... juz hanging out ngan kawan2...

pakai sesimple mungkin sbb ajak pun dh last minute... sampai sana wayang dh start... bising jugak dia sbb saya lambat... <--sape soh ajak last minute, ngok!..

tak sempat ckp pape...(kenalkan kawan die kat saya pun tak...teruknya)... terus masuk panggung... layan KL Drift sampai habis... pastu blah...

benti sat gi toilet... dia ngan member die blah dulu... kata tunggu kat kedai makan... tinggalkan saya ngan awek sebilik ngan saya? owhh~~ takpe, sabar jelah...(walaupun dalam hati ada sikit rasa terbakar)

jumpa kat kedai makan yang dijanjikan... order makan... tapi kat meja tu cuma ber3... saya, awek sebilik ngan saya & kawan  si dia... mana si dia pergi???... dia melepak kat meja lain bersama kawan2 dia yang lain...UNTIL THE END!

Nasi yang saya telan rasa berpasir... air yang saya minum rasa tawar... suasana dekat meja makan kami sangatlah suram... macam orang tengah berkabung sedangkan meja yg kat sebelah tu happy sakan! Si dia tengah seronok dengan teman2nya tanpa menghiraukan kami di sini...

Saya tak nak merosakkan suasana... maka cuba bersembang apa saja dengan kawan si dia tadi... malangnya bila mamat yang sorang lagi ni macam pendiam kot(ke malu?)... saya tanya sepatah dia jawab sepatah... saya tak bertanya, dia diam... last sekali saya dengan awek sebilik ngan saya bersembang sesama sendiri.

Saya tak de selera nak makan... nasi saya awek sebilik ngan saya tu yg habiskan... saya rasa malam ni langsung tak seronok... hanya sekeping memori paling membosankan yang ditinggalkan oleh si dia... saya rasa sangat tak seronok sampai tahap rasa macam nak pulangkan balik duit yang dia belanja saya ngan awek sebilik ngan saya malam itu.

Memang saya sakit hati sampai sekarang...sebab sampai kami habis makan pun dia tak lepak bersama kami...makan minum semua kat meja lain ngan kawan2 dia... kitorang ni dibiarkan macam tunggul... saya n awek sebilik ngan saya terasa dianggap seperti kucing... si dia belanja kami untuk cukup syarat malam tu saja...

Cik kaseh tak kuasa nak tunggu lama2 kat situ... tarik awek sebilik ngan saya blah! balik saja memandangkan sampai kami habis makan pun dia tak berganjak nak ke meja kami...

Owh~ memang bosan... dah lah tengok movie yang saya tak minat... rasa macam keluar berdua dengan awek sebilik ngan saya saja... yang lagi dua orang tu ala2 halimunan saja pulak...


::Korang ada pandangan dengan kisah di atas?::




P/s : Kisah agak panjang maka bersambung next entry... tentang hari yang berikutnya.


Thursday, March 25, 2010

Cik kaseh Nak Lepas Geram Sikit Je...

Boys and Men...
are stupid!!!!
like B%^&*t&*o

Okey... Kaseh...
bersabar ya...
Ini adalah dugaan. Tuhan nak uji sekuat mana kita menghadapi ujianNya.

Mungkin saya dah tersalah kenal orang...
tak mengapalah kalau mereka nak anggap macam tu pada saya

Dia tak kenal siapa Kaseh yang sebenarnya...
bukan senang nak jadi baik... 
dan tak susah untuk jadi jahat...
pertimbangkanlah mana yang terbaik...


 dia kata saya playgirl? ... My god! kalau kawan2 n family saya tahu mesti diorang gelak guling2... Cik kaseh yang alergi ngan lelaki ni dipanggil playgirl?
Dia kata saya ni suka promote diri n bagi no. hp pada lelaki?... <-- wow! it's dat me?? sila check contact list dalam my Narsha(hp)... boleh kira dengan jari je no. kawan lelaki...
Cik Kaseh seorang girl yang terhegeh2 dengan lelaki yang dia suka... <-- Peh! statement bikin gua panas~~
kau ni macam perigi cari timba!... <-- Erk!

Bila kita beramah mesra dengan semua orang... ada yang cakap belakang, kononnya saya ni bajet cun... mentang2 ku sorang je yang masih single di office...

Bila ku buat sombong n tegur bila perlu saja... pun ada jugak yang cakap belakang, kononnya aku ni mcm bagus... sombong tak bertempat...

Pulak... habis tu... ku nak wat macam mana?
Aiyoo~~

mereka cakap, perempuan ni complicated...
sebenarnya lelaki lagi complicated!!!

What should I do?
juz kembali pada moto hiduplah...

IF YOU THINK SOMETHING IT'S RIGHT
JUST BECAUSE EVERYONE ELSE BELIEVE IT
,... YOU'RE NOT THINKING.

I know who am I better then everyone else 


p/s : jangan menilai buku kerana kulitnya...

Saturday, December 19, 2009

Aku Penat!

Huuhh... *sigh*
Saya dah penat...

Penat dengan kakak saya yang sorang tu.
semua benda yang saya buat pun salah.
Tak tahulah apa masalah dia sejak kebelakangan ni
benda kecik pun nak mengamuk membebel...

Awek yang duduk sebilik dengan saya pun dah mula tertekan.
apatah lagi sekarang dia tengah menganggur.

skang ni saya lebih banyak memerap dalam bilik.
sebab takut nak keluar...
asal keluar je mesti ada benda jadi isu yang nak dibebelkan dia
saya tak tahu mana silapnya.
buat salah... tak buat salah
buat tak tahu lagilah salah...

Rumah dah super bersih dan kemas pun dia bising kata saya dan awek sebilik ngan saya tak reti kemas rumah...
saya masak macam ni salah... saya masak macam tu salah..
saya tak masak lagilah salah!
saya cuci baju lupa nak letak pelembut pun salah...
kalau tak cuci... sendiri mahu ingatlah... confirm sangatlah nak kena bel-bel-bel-bel...

what should I do now?
really tired lah dengan My sis ni...
tension sampai rasa nak OT sampai malam supaya dapat kurangkan lagi pertembungan dengan dia. sebab bila bertembung je... mesti ada isu yang dia nak bising dekat saya.


Wednesday, December 9, 2009

betul pun kira salah juga... dah nasib~~

Aku tak faham dia ke
atau dia yang tak faham aku??
Setiap kali aku cakap, dia bilang penerangan aku tak jelas.
Setiap kali aku jawab pertanyaannya, dia bilang aku tak beri jawapan yang dia mahukan.
Tapi apsal orang lain faham apa yang aku cakap.
dan kenapa orang lain ulang soalan yang sama dengannya, aku boleh faham.
So, aku atau dia yang salah...
dia atau aku... jawapannya tetap aku
Sebab aku pekerja dan dia majikan.
Boss mana boleh salah.
kita buat benda yang betul pun dia boleh kata salah apatah lagi buat kesalahan.
tapi kalau dia... dia salah pun kira betul aje...
Huhh~... penat betul follow boss yang cerewet tak bertempat ni.

Monday, December 7, 2009

Ninja Assasin - Pembunuh Yang Dasyat!


Pada mulanya Cik Kaseh langsung tak tertarik nak menonton Filem ni
sebab Cik Kaseh tak suka cerita keganasan.

Bila tertengok The Making of Ninja Assasin di channel MTV,
Cik Kaseh terus tertarik nak menonton.
Dan tak sangka langsung rupanya pelakon utama Filem ni ialah Rain Bi.
(siapa perasan kalau dah poster tu muka dia serabut dengan perut segala bagai)

Cerita dia dari mula sampai akhir penuh dengan aksi yang mendebarkan.
Macam2 jurus ninja ada.
teknik penyamaran, teknik pembahagian badan, teknik bayang... semua ada.
siapa yang layan anime Naruto mesti tahu pasal teknik2 yang sinonim dengan dunia ninja. Kalau tak tengok Naruto, mesti ada pengikut anime Ninja Boy(budak2 bawah umur sukalah tengok anime ni)

Babak paling Cik kaseh suka dalam filem ni ialah
masa Raizo bertarung dengan ninja2 dekat jalan raya.
Best giler~. superb!

Korang kena tengok juga.
dan memang tak rugi keluar RM 10.00 untuk filem ni.
sebab cerita dia memang best!

Cuma ada suatu perkara yang Cik Kaseh tak berkenan...
bukan pasal filem ni tapi pasal klasifikasi 18SG tu.
Saya tak faham dengan pemikiran sebilangan ibu bapa yang
memandang enteng akan parkara ini.
mereka dah tahu klasifikasi filem ini tidak sesuai dengan anak2 yang berusia bawah 18 tahun
sebab filem ini ada unsur2 ganas yang melampau
tapi mereka tetap membawa anak2 mereka yang masih dibawah umur menonton bersama2 di panggung.
Mereka tak sedar ke yang tindakan mereka tu boleh mempengaruhi anak2 meniru aksi2 ganas tersebut. dan ini boleh menyebabkan masalah sosial di kalangan remaja semakin meruncing.
inilah salah salah satu puncanya kes juvana di negara kita semakin meningkat
bukannya semakin menurun!

Tapi bukan salah ibubapa seratus peratus juga,
pihak panggung tersebut pun salah.
mereka pun ambil ringan dengan hal sebegini.
hanya memikirkan keuntungan saja.

Hergh!!! geram betul saya.
(tak tahu nak lepas kat sape, tu yang lepas kat sini ni.)


P/s : Sangat2 berpuas hati dengan filem ni
(walaupun dah cuak habis masa tengok aksi2 dalam filem ni)


Friday, December 4, 2009

Bad Day

Today is my bad day
Pagi2 dah terpaksa dengar Boss nyanyi lagu 'Negaraku'
(istilah mengamuk dalam kamus Cik Kaseh)
Dia marah orang lain pun membebel dengan Cik Kaseh
Dia marah dengan staf CIMB pun dia membebel dekat Cik Kaseh
Dia marah Cik Kaseh lagilah... sah2 muka ni yang kena mengadap dia.
My office mate pula cuti MC hari ni.
memang ngam ho~!!
aku sorang yang kena mengadap muka tempe pakcik tu hari ni.
Dari pagi bawa ke petang??
Aduss~~ tensionnya...

Tuesday, July 28, 2009

Jiwa tengah Kacau~!!

Semangat saya untuk menulis telah jatuh secara mendadak!

kenapa? apa yang berlaku?...

Huuh~ *sigh*
kenapalah banyak sangat cabaran dan liku-liku untuk mencapai sebuah impian...
bila karya kita diterima oleh pembaca, ada pula rintangan lain yg datang menduga.

orang kata lumrahlah kita lalui kesakitan dahulu sebelum mendapatkan kemanisan dalam mengejar suatu impian.

saat kita putus asa untuk menggapai bintang, ada pula yg sudi menghulur tangan memberi sinar harapan. memberi sebuah semangat untuk kita bangkit semula dari kegagalan. hatta akhirnya dia pula yang putus asa dahulu sebelum cahaya yang dikejar sempat digapai. apa maknanya semua ini? adakah suatu gurauan di pentas dunia. teruk betul~

otak Kaseh dah stuck. semangat dah luntur tatkala nak siapkan chapter AITDS malam tadi.

tutup laptop dan masuk tidur utk tenangkan fikiran.

pagi ni nak pergi kerja dan lupakan semua kejadian yg telah meragut semangat saya tu...

tapi rupanya saya masih gagal untuk tarik semula semangat tu.

solat subuh dan berdoa pada tuhan agar diberi kekuatan untuk mengahadapi semua ini...

lepas tu siap2... gosok tudung and... NOO~~!!! iron tak guna tu dah bakar tudung Kaseh.

my spirit utk pergi kerja semakin down. what should i do now?

menangis macam orang putus cinta. teruk betul!

pergi kerja... oh, no~ akhirnya Kaseh melencongkan Fiona Lime (my car) ke Setia Alam. lepak kat situ sambil usha orang berjogging.(Aku tak ponteng tau, dah call Boss... boleh kire tak ponteng ke tu?)

bosan... lalu buka novel Hlovate(5 tahun 5 bulan). sonok gak... hilang sekejap perasaan teruk di hati ku tadi. tp akhirnya aku bosan. Hlovate~!! apasal buku kau langsung tak masuk otak aku?! amende yang Jo dan Along Serbia ni bercerita? entah! x tau.

campak buku ke belakang seat n drive back to my home...

Hurm~ lepas masuk entry ni Kaseh nak buat ape plak ek??

okey... Kaseh dah dapat plan baeek~ punya... nak pergi Bukit Raja pergi tengok wayang~!! yeah~

Ps : korang semua jangan jadikan perangai kaseh yang satu ni sebagai teladan ya... terutama adik2 yang masih bersekolah tu. Jangan memonteng~

Pss : korang semua plis la bagi komen papepun supaya semangat saya nak menulis kembali semula... tu pun kalau nak bace ending AITDS cepat2...hehe~


Tulus dari hati…

Sunday, July 26, 2009

PERHATIAN~

Hwaa~~~
Sedihnya Kaseh...
Korang semua ni kan langsung tak alert tau...

Penat2 kaseh buat EmailMeForm kat side bar tu... tapi korang masih tanye lagi cmne nak hubungi Kaseh utk dptkan epilog AITDS tu... huhuhu~

nevermind... so kepada semua pembaca terutama silent readers tu...sila ambil perhatian ya...

sila lihat side bar blog ini... di Kaseh 2 U, sila klik di bhg tersebut(kalau tak jumpa lg, sila buka mata besar2... lihat di bhg atas Blog Archive)

caranya mudah je... tinggalkan pesanan anda di situ dan Kaseh akan balas... lepas tu tunggu saja AITDS bab terakhir. k...

Hampir terlupa... jgn lupa tinggalkan nama dan umur sbb kaseh nak buat sedikit bancian. ~yoroshiku onegaisimasu~



Klik kat sini pun boleh juga


Tulus dari hati…

Thursday, July 23, 2009

Mimpi buruk yang teruk!

Mimpi oh mimpi~~
perkara biasa yang Kaseh alami setiap hari. even tertidur selama lima minit di siang hari pun Kaseh boleh bermimpi. best kan... berada di alam fantasi.

tapi mimpi aku kali ini sgt membencikan! (maaf... kali ini Kaseh sgt bengang sampai bahasakan diri dgn 'aku'...) aku mimpikan si penerbit jahat yg telah menipu aku tu. dia berpura-pura tidak mengenali aku. memalukan aku di khalayak ramai sambil mengatakan aku kononnya org gila yg cuba nak menjatuhkan nama baiknya.

Cis! siapa jatuhkan siapa ni~~!! tak guna betul perempuan tu. bengangnya akuuu~~!!!
walaupun ini cuma mimpi tapi sampai sekarang pun aku masih terbawa-bawa perasaan sakit hati ni. benci benci benci~!! dan BENCI LAGI~~!!!

Untuk mengubat kebengangan aku... kali ini aku dah ambil keputusan untuk entrykan VELVET ESPRADA di blog ini. so pembaca semua... bersiap sedia untuk kemunculan Velvet Esprada ya.


Monday, April 6, 2009

Kamu budak kurang ajar!!

ZASS~!!
terasa macam badan aku terbelah dua dicantas dengan pedang samurai. at the 1st tym... inilah kali pertama orang panggil aku budak kurang ajar.

oh gosh... rasa betul-betul teruk tym ni.

kurang ajar sangat ke aku? apa benda yang aku buat sampai si Gila(boss) tu panggil aku kurang ajar? melampau betul!

waktu di marah sebab kesalahan yang bukan aku puncanya... (senang cite orang lain punya salah, aku pun tempias kena marah juga)... dia kata aku ni kurang ajar dan tak reti menghormati orang tua... err, dialah orang tua tu...

aku betul2 hot bila dia nilai aku macam tu. kurang ajar ke kalau aku ulang balik arahannya supaya aku tak tersilap buat kerja yang dia suruh? kurang ajar ke namanya kalau aku tak menyahut panggilannya sebab tengah layan customer... customer siapa? customer dia juga... dan kurang ajar sangat ke aku kalau betulkan kesilapan dalam arahannya?... dia nak aku hormat macam mana lagi sebenarnya ek?... susah betullah nak puaskan hati seorang boss yang cerewet tahap gaban macam tu...

takkanlah dia nak aku tundukkan kepala kepadanya setiap kali bertemu... nak buat macam adat orang jepun pula ke? atau nak aku layan dia macam seorang dayang istana yang melayan rajanya. oit, melampaulah tu...

bila dia panggil aku budak kurang ajar serta merta aku terfikirkan mak ayah aku... mesti diorang kecil hati bila boss aku panggil anak diorang ni macam tu. macamlah aku tak cukup didikan sampai dilabel budak kurang ajar yang tak tahu menghormati orang tua dan majikan.

Fuhh~ wuteverlah... lantak dia nak anggap aku ni apa lepas ni. yang penting aku tunaikan tanggungjawab aku sebagai pekerja... cukup bulan masuk gaji. tahan tak tahan belakang kira. agak-agak dah tak tahan, resign cari kerja lain... hahaha~ senangnya seorang Kaseh Esmiralda ni bercakap kan.

kepada korang semua yang belum menghadapi alam pekerjaan, baik korang semua stanby dari segi psikologi ek. bekerja dan belajar tak sama. tekanan bekerja lebih dasyat berbanding belajar. i'm serious!

Wednesday, April 1, 2009

Kerja...KERJA...kerje...kerr... Arghh~~!!

kerjakerjakerjakerjakerjakerjakerjakerjakerjakerjakerjakerjakerjakerjakerjakerjakerjakerjakerjakerja...

Argh~~!! Tensionnye akuu~~!!
Kerja bosan... tak kerja pun bosan... habis nak buat apa ni...??
Aduss... bengangnyee...

Bila menganggur rasa tertekan gila n hope cecepat dapat kerja...
bila dah kerja... pun tertekan jugak... tertekan dengan bebanan kerja pula...

hurm... rasenya apa yang lagi best? blajar? Erk~ tak payah piki lah... sama saja. belajar ke kerja ke tanam anggur ke... akan ada tym seronok dan bosannya.

BETUL!
tapi kalau kita optimis dan berfikiran positif, percayalah semuanya akan berjalan dengan lancar biarpun hari ini kita rasa macam dah putus asa dengan apa yang kita buat... rasa diri ni bodoh dan tak berguna... rasa macam nak terjun bangunan atau sekurang-kurangnya tanam kepala dalam tanah untuk tutup muka malu kita... Tapi bila kita bertenang dan optimis menghadapi suatu masalah, kita akan nampak hikmah disebalik masalah yang menimpa kita. Dan setiap masalah itu pasti ada jalan penyelesaiannya...

Kata-kata ini bukan ditujukan kepada sesiapa tapi sekadar luahan perasaan Kaseh sendiri yang tengah tension lepas balik kerja. huu~~

P/S : Satu benda yang aku tak pernah tension... tulis novel... dan satu perkara yang akan aku buat bila tension ialah baca balik cerita2 fantasi yg aku karang... so, now i want to back home and layan some novella yg agak2 cute n sweet... Chiow~